Takaful
Assalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu kita kembali dalam bahagian kedua topik perbincangan yang bakal mengupas akan kepentingan takaful dalam kehidupan. Dalam entri lepas, kita telah melihat apakah yang dimaksudkan dengan insurans dan takaful serta perbezaan antara kedua entiti ini juga prinsip yang digunapakai dalam urusan jual beli kedua-dua entiti ini. Dalam entri ini pula, saya mahu mengupas elemen penting yang perlu dittimbangtarakan sebelum anda memilih dan melanggan polisi takaful anda daripada agen yang menjualnya.
Langganan polisi yang bijak bermula daripada pemilihan agen
Umum mengetahui, apabila kita memperkatakan perihal takaful,
ramai dalam kalangan kita mula berasa muak akan setiap
intisari yang bakal diperkatakan oleh agen insurans/ takaful. Ramai dalam
kalangan kita merasakan bahawa agen-agen tersebut hanya dahagakan wang ringgit pelanggan dan ingin
membolot wang tersebut untuk kepentingan mereka. Tips di sini ialah, anda perlu bijak memilih agen yang terbaik dan boleh berkomunikasi dengan anda walau apa cara
sekalipun. Kebanyakkan agen takaful/ insurans lebih selesa berjumpa dengan
pelanggan mereka bagi memudahkan mereka menerangkan apa secara jelas apa yang
ingin disoal oleh klien mereka atau intisari polisi takaful yang ditawarkan. Ini penting
kerana, pertemuaan secara terus lebih memudahkan kedua-dua pihak dalam
berbincang lebih lanjut berkaitan soalan dan jawapan yang bakal diberi atau
dilontarkan. Nasihat saya di sini sebelum anda melanggan sesuatu polisi takaful, anda perlu :
11) Bertanya kepada agen
apakah jenis perlindungan yang ditawarkan
22) Tempoh matang sijil
33) Jumlah pampasan yang
boleh dituntut oleh anda sekiranya anda mengalami kecelakaan kelak dan jumlah
tersebut haruslah merangkumi pampasan kematian, sakit kritikal, hilang upaya
kekal menyeluruh dan pampasan kemalangan atau lain-lain pampasan yang
dikirakan relevan dengan jumlah perlindungan yang diambil oleh anda. Tips di sini, pampasan kematian, sakit kritikal dan hilang upaya kekal menyeluruh merupakan elemen paling penting sekiranya anda melanggan polisi nyawa.
44) Tempoh bertenang iaitu
sekiranya anda telah bersetuju mengambil pelan takaful tersebut, apakah tempoh
masa yang diberikan oleh pihak pengedali takaful sekiranya anda mahu membatalkannya dalam masa terdekat. Adakah sekitar 14 hari setelah pembayaran dibuat atau lain-lain tempoh yang
dinyatakan?
55) Tempoh kuatkuasa sepenuhnya pelan takaful. Ini
kerana setiap syarikat pengendali takaful memiliki tempoh kuatkuasa penuh yang berbeza. Ini termasuk, tempoh kuatkuasa perlindungan kemalangan, sakit
kritikal, penghospitalan dan lain-lain lagi.
Seterusnya, cadangan paling utama dalam memilih
agen adalah seseorang yang anda kenal atau rapat atau mempunyai hubung kait
dengan anda. Contohnya, rakan anda memiliki takaful dan disyorkan oleh beliau
untuk berinteraksi dengan agen tersebut. Namun, PASTIKAN agen tersebut juga
mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda. Anda mungkin berkenalan dengan agen
tersebut secara atas talian seperti WhatsApp, Facebook atau blog-blog yang
diterbitkan. Kaji sejauh mana komitemen mereka dalam memberikan penerangan yang
terbaik untuk anda. Ini penting kerana, ia memberikan satu bentuk personaliti
kepada anda dalam melanggan produk takaful yang ingin dibeli oleh anda.
Setelah mendapatkan agen yang bersesuaian dengan anda, anda perlu memasuki langkah kedua iaitu, pemilihan produk
takaful. Ini adalah langkah PALING KRITIKAL kerana saya mahu mengfokuskan
kepada empat elemn utama dalam mana-mana polisi takaful yang terdapat di
pasaran. Empat elemen ini adalah
mengikut manfaat jangka masa panjang kerana kita ketika ini hidup dalam zaman
inflasi. Semakin bertambah tahun, semakin mahal sesuatu barangan. Apakah
kaitannya dengan takaful? Teruskan pembacaan anda.
Keempat-empat elemen utama yang perlu diberi
perhatian dalam memilih pelan takaful adalah :
11) Ko-takaful
22) Had tahunan
33) Had seumur hidup
44) Tahun matang
Sepanjang saya memerhatikan pelan-pelan takaful di
pasaran, terdapat banyak syarikat takaful/ insurans yang meletakkan ko-takaful
dalam pelan mereka. Ramai dalam kalangan kita yang sering terlepas pandang akan
perkara ini kerana SEKRIANYA anda TIDAK
MAMPU membayar ko-takaful, anda akan kerugian KECUALI anda memiliki wang yang
banyak atau elaun penghospital anda mampu merangkumi semula pembayaran ko-takaful. Bagaimanakah ini terjadi?
Ko-takaful adalah satu bentuk perjanjian
antara dua pihak ( pemegang polisi & pengendali takaful ). Ia bermatlamat
dalam membantu syarikat takaful untuk membayar sebahagian bil perubatan yang
ditanggung oleh pemegang polisi. Lazimnya, setiap syarikat takaful menetapkan
10% daripada jumlah keseluruhan bil perubatan yang perlu dibayar akan dibayar
oleh pemegang polisi mengikut had bayaran yang ditetapkan. Sebagai contoh,
Pengendali Takaful A menetapkan had maksimum yang perlu dibayar oleh pemegang
polisi adalah pada kadar RM 1000. Pengedali Takaful B pula adalah pada kadar
maksimum RM 500. Untuk memudahkan anda memahami perkara ini, saya sertakan
contoh dibawah :
Situasi A :
Encik Ali merupakan pemegang polisi Syarikat A dan jumlah bil rawatan hospital beliau adalah RM 30 000. Mengikut
perjanjian di dalam polisi, beliau dikehendaki membayar 10% daripada jumlah
keseluruhan bil dan maksimum yang perlu dibayar oleh beliau adalah RM 1000. Ini
bererti, sekiranya 10% daripada RM 30 000, ia adalah sejumlah RM 3000 yang
perlu dibayar oleh Encik Ali kepada pihak hospital namun memandangkan
perjanjian polisi adalah maksimum yang perlu dibayar adalah RM 1000, maka Encik
Ali hanya perlu membayar sejumlah RM 1000 kepada pihak hospital. Sejumlah RM
2000 yang berbaki akan dilangsaikan oleh pihak takaful Syarikat A
Situasi B :
Puan Zaiton merupakan pemegang polisi Syarikat B dan jumlah bil rawatan hospital beliau adalah RM 30 000, Mengikut
perjanjian di dalam polisi, beliau dikehendaki membayar 10% daripada jumlah
keseluruhan bil dan maksimum yang perlu dibayar oleh beliau adalah RM 500. Ini
bererti, sekiranya 10% daripada RM 30 000, ia adalah sejumlah RM 3000 yang
perlu dibayar oleh Puan Zaiton kepada pihak hospital namun memandangkan
perjanjian polisi adalah maksimum yang perlu dibayar adalah RM 500, maka Puan
Zaiton hanya perlu membayar sejumlah RM 500 kepada pihak hospital. Sejumlah RM
2500 yang berbaki akan dilangsaikan oleh pihak takaful Syarikat B.
Sekali imbas, kita melihatnya sebagai satu
jumlah yang kecil bagi sesetengah individu. Namun, saya ingin menekankan di
sini, adakah berbaloi sekiranya anda membeli polisi takaful dengan harapan
syarikat takaful menanggungnya namun tiba-tiba anda perlu mengeluarkan sedikit
wang anda untuk melangsaikan baki tertunggak? Fikirkan semula dan semak
kembali buku polisi takaful anda ( kepada yang telah memiliki takaful ). Apakah
yang tercatat di dalamnya? Adakah anda sebenarnya BENAR-BENAR rugi ATAU untung?
Penyelesaian? Anda boleh mencari pengendali takaful yang menawarkan pelan TANPA
ko-takaful untuk kebebasan kewangan anda!
Berapakah maksimum had tahunan polisi anda?
2) Had Tahunan
Setelah meniliti elemen pertama tadi, mari kita
lihat elemen kedua yang perlu menjadi pertimbangan dalam memilih
pelan takaful terbaik untuk diri anda. Had tahunan menetapkan jumlah perlindungan maksima yang boleh digunapakai oleh anda dalam tempoh satu tahun selama polisi anda masih aktif dan sah. Had tahunan berbeza mengikut pelan dan syarikat takaful. Had tahunan juga menjadi kayu ukur dalam pengurangan jumlah perlindungan had seumur hidup yang diambil oleh pelanggan. Ini bermaksud, jumlah tahunan yang telah digunakan akan ditolak daripada jumlah perlindungan penuh yang ditawarkan oleh syarikat takaful kepada pelanggan dan ini juga tertakluk kepada had tahunan yang ditetapkan. Contoh :
Situasi 1 :
Amir membeli Pelan Takaful A daripada Syarikat A dengan caruman asas bulanan adalah RM 150. Mengikut pelan tersebut, had tahunan maksima yang ditetapkan adalah berjumlah RM 60 000 setahun. Ini bermakna, dalam setahun, Amir hanya berhak menikmati sejumlah RM 60 000 untuk segala kos perubatan dalam tahun tersebut. Sekiranya kos perubatan tersebut melebihi had RM 60 000, maka Amir perlu membayarnya sendiri.
Situasi 2 :
Anita membeli Pelan takaful B daripada Syarikat A dengan caruman asas bulanan adalah RM 200. Mengikut pelan tersebut, had tahunan maksima yang ditetapkan adalah berjumlah RM 80 000 setahun. Ini bermakna, dalam setahun, Anita hanya berhak menikmati sejumlah RM 80 000 untuk segala kos perubatan dalam tahun tersebut. Sekiranya kos perubatan tersebut melebihi had RM 80 000, maka Anita perlu membayarnya sendiri.
Situasi 3 :
Abu membeli Pelan Takaful A daripada Syarikat B dengan caruman asas bulanan adalah RM 150. Mengikut pelan tersebut, had tahunan maksima yang ditetapkan adalah berjumlah RM 50 000 setahun. Ini bermakna, dalam setahun, Abu hanya berhak menikmati sejumlah RM 50 000 untuk segala kos perubatan dalam tahun tersebut. Sekiranya kos perubatan tersebut melebihi had RM 50 000, maka Abu perlu membayarnya sendiri.
Situasi 4 :
Asnah membeli Pelan Takaful B daripada Syarikat B dengan caruman asas bulanan adalah RM 200. Mengikut pelan tersebut, had tahunan maksima yang ditetapkan adalah berjumlah RM 70 000 setahun. Ini bermakna, dalam setahun, Asnah hanya berhak menikmati sejumlah RM 70 000 untuk segala kos perubatan dalam tahun tersebut. Sekiranya kos perubatan tersebut melebihi had RM 70 000, maka Asnah perlu membayarnya sendiri.
3) Had Seumur Hidup
Elemen ketiga ini merupakan elemen paling penting dan paling saya tekankan kerana ia paling kurang diberi perhatian oleh kebanyakkan pembeli polisi takaful. Mengapa saya katakan had seumur hidup penting? Had seumur hidup menetapkan jumlah perlindungan maksimum yang ditawarkan bagi setiap pelan takaful yang dilanggan. Had seumur hidup tidak terguna pakai ke atas umur pemegang polisi kerana tarikh matang sijil hanya sebagai panduan asas kepada pelanggan dan jumlah perlindungan yang ditawarkan tersebut berkemungkinan besar akan habis digunapakai oleh pemegang polisi sebelum mencapai umur akhir tarikh matang sijil. Contoh :
Situasi 1 :
Syarikat A menawarkan Pelan Takaful A pada
had maksima seumur hidup RM 600 000 sehingga umur peserta mencecah 70 tahun.
Halim membeli polisi tersebut dan setelah beberapa bulan, Halim dimasukkan ke
dalam hospital akibat keracunan makanan. Semasa keluar wad ( discharge ),
jumlah bil perubatan Halim adalah RM 3000. Ini bererti, jumlah perlindungan
yang masih berbaki di dalam polisi hanya berjumlah RM 770 000. Semakin kerap
Halim menggunakan kad perubatannya, semakin kurang jumlah berbaki yang akan
tinggal sehingga umurnya mencecah 70 tahun.
Situasi 2 :
Syarikat B menawarkan Pelan Takaful B pada had
maksima seumur hidup RM 1 000 000 sehingga umur
peserta mencecah 80 tahun. Hana
membeli polisi tersebut dan setelah beberapa bulan, Hana dimasukkan ke dalam
hospital akibat keracunan makanan. Semasa keluar wad ( discharge ), jumlah bil
perubatan Hana adalah RM 3000. Ini bererti, jumlah perlindungan yang
masih berbaki di dalam polisi hanya berjumlah RM 997 000. Semakin kerap Hana
menggunakan kad perubatannya, semakin kurang jumlah berbaki yang akan tinggal
sehingga umurnya mencecah 80 tahun
p/s : : Soalan cepu emas, apakah kaitan antara had
tahunan dan had seumur hidup dalam setiap pelan takaful?
Bagi menjawab soalan ini, sila lihat contoh
di bawah :
Situasi
1:
Arif membeli Pelan Takaful A daripada Syarikat A dengan caruman asas bulanan berjumlah RM 150 sebulan. Pelan
tersebut menawarkan jumlah had tahunan maksima RM 60 000 setahun dan had seumur
hidup sejumlah RM 600 000 sehingga umur peserta mencecah 70 tahun. Beberapa
bulan kemudian, Arif disahkan menghidapi penyakit jantung dan jumlah kos perubatan
yang perlu dibayar adalah RM 30 000. Ini bererti, jumlah tahunan berbaki adalah
RM 30 000 dan jumlah had seumur hidup adalah RM 570 000. Ini bermaksud, RM 30
000 akan ditolak daripada jumlah had maksima yang ditawarkan dalam tempoh
matang sijil. Maka, Arif memiliki sejumlah baki RM 570 000 di dalam sijil
perlindungannya sehingga umurnya mencecah 70 tahun.
Situasi
2:
Ikram
membeli Pelan Takaful B daripada Syarikat Takaful B dengan caruman asas
bulanan berjumlah RM 200 sebulan. Pelan tersebut menawarkan jumlah had tahunan
maksima RM 80 000 setahun dan had seumur hidup sejumlah RM 1 00 000 sehingga
umur peserta mencecah 80 tahun. Beberapa bulan kemudian, Ikram disahkan
menghidapi penyakit jantung dan jumlah kos perubatan yang perlu dibayar adalah
RM 30 000. Ini bererti, jumlah tahunan berbaki adalah RM 50 000 dan jumlah had
seumur hidup adalah RM 970 000. Ini bermaksud, RM 30 000 akan ditolak daripada
jumlah had maksima yang ditawarkan dalam tempoh matang sijil. Maka, Ikram
memiliki sejumlah baki RM 970 000 di dalam sijil perlindungannya sehingga
umurnya mencecah 80 tahun.
Setelah melihat semua situasi di atas, mari
kita imbas semula, adakah ianya mencukupi? Ramai yang beranggapan bahawa jumlah
had seumur hidup dengan jumlah sedemikian adalah mencukupi untuk umur mereka
sehingga 70-80 tahun. Namun, pernahkah anda terfikir bahawa adakah jangka hayat
di Malaysia semakin menurun atau meningkat dan bagaimana pula dengan kadar
inflasi yang semakin melambung setiap tahun?
Jangka hayat penduduk di negara
ini meningkat kepada 79 tahun bagi wanita pada tahun 2013 bebanding 77 tahun pada tahun 2011. Bagaimana pula dalam tempoh 5 – 10 tahun akan datang?
Adakah ianya mencukupi? Sekiranya Ariff
memiliki polisi yang hanya melindunginya pada umur 70 tahun, maka sekiranya kos
perubatan yang ditanggung beliau melebihi RM 60 000 setahun pada tahun
mendatang, adakah jumlah berbaki tersebut mencukupi sehingga umurnya mencecah
sehingga umur 70 tahun? Bagaimana pula sekiranya beliau ditakdirkan hidup
sehingga umur 80 tahun? Ini bererti, beliau perlu membayar bil perubatannya
setelah sijilnya tamat!
Harus diingatkan bahawa jangka hayat penduduk Malaysia akan meningkat saban tahun dan secara relevan, anda memerlukan pelan takaful yang boleh melindungi anda sehingga umur anda 99 tahun. Pemilihan ini penting kerana ada pengendali takaful yang tidak menawarkan TANPA had seumur sehingga umur peserta menjangkau 99 tahun! Bagi pengendali takaful yang menawarkan pelan sedemikian, ia seperti menawarkan tambahan semula pembaharuan had tahunan sehingga umur peserta menjangkau 99 tahun! Tidak banyak syarikat takaful yang memiliki kemampuan ini kerana ia harus memiliki saiz dana yang besar dan stabil untuk melindungi para pemegang polisi sehingga umur mereka mencecah 99 tahun. Saya lebih menitikberatkan elemen ketiga ini kerana ianya satu KEUNTUNGAN jangka masa panjang kepada peserta.
Adakah anda telah menyemak tahun matang sijil/polisi anda?
4) Tahun Matang
Tahun matang merujuk kepada tahun akhir sijil takaful yang dilanggan oleh peserta. Tahun matang sijil juga dikenali sebagai tempoh kuatkuasa sijil dalam melindungi peserta sehingga mencapai umur tertentu. Tahun matang sijil berbeza mengikut syarikat takaful yang menawarkan produk mereka. Ada antara syarikat takaful menawarkan tempoh matang sijil sehingga umur peserta mencecah 80 tahun dan ada juga sehingga 100 tahun! Semakin panjang jumlah umur yang ditawarkan semakin berbaloi kepad apeserta untuk jangka masa panjang.
Setelah kita melihat situasi dan penerangan
yang diberikan, apakah yang bermain di fikiran anda? Adakah anda berasa SESAL
SEPARUH NYAWA kerana terlepas pandang akan perkara-perkara penting ini? Ingin
meneruskan kajian terhadap pemilihan pelan takaful dalam entri seterusnya?
Teruskan pembacaan anda!