Struktur seni paling bernilai di muka bumi, Chlorella
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca setia blog saya ini. Sudah agak lama saya tidak mengepos entri terbaharu memandangkan ketika ini adalah bulan peperiksaan. Walau bagaimanapun, saya gigihkan juga semangat saya untuk berkongsi seberapa banyak pos menarik berkaitan dengan kesihatan. Baiklah, hari ini saya ingin bercerita sedikit tentang kebaikan Chlorella. Pasti diantara anda yang pernah mendengar tentang tumbuhan ajaib ini dan pasti ada juga dalam kalangan anda yang lansung tidak pernah mendengar tentang benda ini !!! Anda semestinya umum dengan spirulina tetapi tidak dengan Chlorella. Oleh itu, di dalam entri kali ini saya ingin menerangkan seberapa banyak yang boleh berkenaan dengan ciptaan seni Tuhan ini tetapi ia mampu memberi impak paling besar terhadap kesihatan manusia.
Lautan merupakan sumber utama taburan Chlorella
Secara ringkas, Chlorella merupakan sejenis algar hijau yang banyak terdapat di lautan utama dunia seperti di Lautan Pasifik dan sekitar lembangan volkanik. Pada awal penemuan alga ini, tidak ramai yang memandang serius akan kebaikan yang boleh diperolehi melalui tumbuhan hijau ini. Namun segalanya terjawab apabila seorang ahli biokimia Jerman, Otto Heinrich Warburg meembuat kajian terhadap respirasi sel alga ini dan ini membolehkan beliau memenangi Anugerah Nobel di dalam Fisologi dan Perubatan pada tahun 1931. Apa yang menarik tentang alga ini ini ialah ia tidak terletak pada saiznya tetapi ia terletak pada kuasa fotosintesisnya.
Otto Heinrich Warburg, manusia pertama berjaya merungkai misteri Chlorella
Ramai penyelidik percaya bahawa Chlorella merupakan sumber makanan paling 'mewah' dan padat dari segi nutriennya kerana mereka mengteorikan bahawa Chlorella mampu menjalankan keberkesanan fotosintesisnya jauh mengatasi tumbuhan lain di muka bumi ini. Secara perbandingan, ia mampu mencapai 8% keberkesanaan penjanaan tenaga dan sumber makanan berbanding dengan gula tebu !!!
Maka, di sinilah bermulanya era populariti Chlorella kerana ia mampu menjana tenaga dan makanannya melebihi saiznya yang sangat seni. Ramai percaya bahawa ia mampu menjadi penyelamat sekiranya krisis makanan dunia terjadi kelak. Dengan kadar nutrien yang sangat tinggi, khasiat serta manfaatnya turut sama menyumbang kepada kebolehan alga ini terhadap manusia sejagat.
Namun begitu, di dalam kesemua penemuan menakjubkan tentang manfaat Chlorella ini, manfaatnya terhadap badan dan kesihatannya paling mendapat perhatian para penyelidik. Pelbagai kajian dilakukan untuk mengenal pasti sejauh mana manfaat serta kesannya terhadap kesihatan manusia. Rahsia ini terletak pada struktur alga ini yang sangat unik sehingga mampu menarik logam-logam berat seperti merkuri, plumbum dan cadmium di dalam darah dan tubuh badan manusia dan ia mampu membuangnya secara selamat tanpa mendatangkan apa-apa komplikasi yang teruk.
Ini menjadikan Chlorella sebagai bahan detoksifikasi paling berkesan untuk mendetoks badan dan darah manusia. Ia merupakan satu anugerah Tuhan paling bernilai pernah ditemui kerana sememangnya terdapat banyak produk atau bahan-bahan lain yang boleh digunakan untuk mendetoks badan, namun kemampuan Chlorella jauh mengatasi tumbuhan lain dan pada yang sama memberi manfaat dan nutrien penting terhadap tubuh badan manusia.
Kandungan oksigen di dalam tumbuhan seni ini juga sangat mengujakan. Oleh kerana itu, ia mampu menjana chlorophyll pada tahap yang sangat tinggi. Sekiranya kita mengambil Chlorella, maka kita akan memberi kandungan oksigen yang sangat tinggi terhadap sel-sel badan terutama sel darah merah. Chlorella mampu meniru tindakan hemoglobin, iaitu sejenis ko-faktor di dalam darah merah yang membantu membawa oksigen ke sel-sel badan. Sehingga kini, Chlorella merupakan satu-satunya tumbuhan hijau yang mampu membawa dan meniru tindakan hemoglobin secara pukal dan ini sekaligus menambahkan kandungan oksigen di dalam darah serta merta. Maka, tidak hairanlah ia mendapat jolokan 'darah hijau' kerana kemampuannya berbuat demikian.
Chlorella Growth Factor, kunci utama manfaat Chlorella
Kunci utama Chlorella terletak pada Chlorella Growth Factor ( CGF ). Ia merupakan standard yang digunakan dalam menilai sesuatu produk Chlorella itu beserta kandungan nutrien yang terdapat dalamnya. CGF memainkan peranan yang penting kerana ia memberi Chlorella kuasa keberkesanan terhadap Chlorella itu sendiri. Kerana itu, Chlorella mampu membaik pulih sel-sel badan dengan cepat dan pantas. Ia mamapu menghaluskan kulit dari dalam dan luar. Antara kandungan utama di dalam tumbuhan ini ialah karetenoid. Ia merupakan antara jenis-jenis famili Vitamin A yang paling mujarab dalam memberi kesan antioksidan terhadap badan.
Pelbagai jenis sel baru dihasilkan selepas pengambilan Chlorella termasuk sel darah merah
Maka, secara tidak lansung ia mampu membaik pulih kulit dari dalam dan luar, memudarkan pigmentasi, menjadikan kulit lebih anjal, kurang kedut, memadatkan kolegen dan mendetoksifikasi wajah dan badan secara selamat. Ia seolah-olah memberi nafas kepada sel untuk lebih bertenaga dan segar.
Kulit, organ terbesar manusia
Selain itu, tumbuhan ini juga mampu meneutralkan keasidan badan. Makanan dan minuman mengandungi tahap additive yang tinggim dan ia dimakan oleh kita seharian untuk menjana tenaga selain rasanya yang enak. Namun, tahukah anda bahawa ia sebenarnya meningkatkan tahap keasidan badan ?
Pengambilan Chlorella mampu mencabar kesemua masalah ini memandangkan kandungan Chlorophyll ynag tinggi. Ia akan meneutralkan semula tahap asid di dalam badan dan darah sehingga menjadi alkali semula. Kesannya, anda tidak akan berasa lesu dan lemah seharian. Untuk membuktikan bahawa darah dan tubuh anda berasid, dedahkan diri anda terhadap nyamuk. Lihat perbandingan sebelum dan selepas ( minimun 3 bulan ) mengambil Chlorella, dan pastinya nyamuk kurang cenderung untuk menghisap darah yang sudah alkali !!!
Tablet Chlorella
Terdapat banyak manfaat serta kebaikan Chlorella. Anda masih boleh mencari info-info tambahan terhadap tumbuhan hijau paling bermnafaat untuk umat sejagat ini di carian Google dan sebagainya. Setelah itu, sudah pasti anda teruja dan mahu meneutralkan semula badan anda dan memperoleh fungsi badan yang efisien beserta tenaga yang maksimum, oleh itu saya di sini akan mencadangkan kepada anda produk Chlorella paling terbaik untuk anda mecubanya.
Melalui pengetahuan saya, hanya terdapat hanya 2 jenis produk Chlorella sahaja yang hanya benar-benar menepati kesemua ciri CGF dan nutrien pada paras yang tinggi dengan konsentrasi yang pekat dalam setiap persediaan produk itu sendiri. Ia adalah :
Yaeyama Chlorella Ishigaki Island & Yaeyama Pacifica
Keduaa-dua produk ini merupakan produk Chlorella terbaik di dunia yang menepati hampir kesemua krateria utama penghasilan Chlorella secara bermutu tinggi dan tulen. Ia diternak di peraiaran Pasifik yang tulen dan paling bersih di dunia, iaitu di sekitar kepulauan Yaeyama. Ini menjadikan chlorella yang dihasilkan di sini adalah paling bersih dan selamat dimakan memandangkan Jepun sangat mementingkan kualiti dalam setiap produknya.
Malangnya, hanya Chlorella Yaeyama Ishigaki sahaja yang boleh didapati di negara ini kerana produk Chlorella Yaeyama Pacifica hanya dijual di pasaran Australia sahaja. Bagi memastikan ketulenan Chlorella ini dan paten produk, ia dipek semula untuk menjaga kualiti produk dan kualiti kawalan yang terdapat sepertimana di Jepun. Sehingga kini, seperti biasa, hanya syarikat Cosway sahaja yang memiliki lesen sah pengedaran produk Yaeyama di negara ini. Untuk itu, anda boleh mendapatkannya di mana-mana cawangan Cosway berhampiran anda.
Nikmatilah keremajaan, tenaga serta kesihatan dari dalam ke luar dengan tablet pertama Chlorella anda hari ini. Sehingga berjumpa lagi !!!