Salam sejahtera saya ucapkan.Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.Segala entri adalah perkongsian ikhlas daripada saya untuk anda semua. Anda dialu-alukan bertanya sebarang soalan dan permasalahan berkaitan. Terima kasih dan jangan lupa klik FOLLOW.
Milk Thistle, anugerah alam paling mujarab untuk kesihatan hati
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca setia blog saya. Sudah lama saya tidak mengemaskini entri terbaharu saya kerana saya semenjak kebelakangan ini mendapat berpuluh soalan daripada pembaca di blog mahupun fan page kesihatan saya. Saya berasa bersyukur kerana ramai mula peka terhadap kepentingan antioksida dalam kehidupan seharian juga ada yang bertanya tentang cara pengambilan ubat-ubatan yang betul dan pantang larang yang harus dipatuhi semasa mengambil ubatan. Saya ucapkan terima kasih semua di atas sokongan tidak bebelah bahagi anda dan sama-samalah kita menjaga kesihatan yang optimum dengan mengamalkan pengambilan sumber alam yang menyimpan seribu satu rahsia dan membawa seribu satu rahsia terhadap kesihatan kita. Memandangkan banyak soalan yang dikemukan, ada juga yang ingin bertanya secara peribadi tentang produk-produk supplement dan kesihatan, juga ubat-ubatan, maka anda boleh berbuat demikian di Fan Page ini dan sila LIKE untuk mendapatkan update terbaharu setiap hari berkaitan topik kesihatan di wall Facebook anda. Baiklah, hari ini saya ingin mengetengahkan sebuah lagi topik kesihatan yang menjadi bualan ramai. Pada asalnya saya tidak mahu membicarakan topik ini secara umum kerana ia agak kompleks, namun ramai yang bertanya ketika saya mencadangkan kepada mereka untuk memulakan program detoks dengan mengambil bahan ini. Ia adalah Milk Thistle, sejenis herba yang mendapat jolokan Bunga Antidot ( Antidote Flower ) di beberapa negara Barat.
Milk Thistle merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang meyerupai daisi. Ia banyak didapati di negara beriklim Mediterranean seperti Eropah. Walaupun ia sejenis tumbuhan berbunga yang agak renek namun khasiatnya terhadap kesihatan sangat meluas. Banyak kajian menunjukkan ia mengandungi Silymarin, sejenis flavonoid yang bertindak sebagai kimia organik yang bukan sahaja bertindak sebagai antidot kepada masalah keracunan cendawan dan mabuk teruk, tetapi ia juga memiliki kuasa antioksida yang sangat kuat terutama hati. Manfaatnya terhadap kesihatan dan perlindungan hati telah dikatalogkan selama 2000 tahun dan ia terus dikaji secara mendalam sehingga hari ini. Berikut adalah amalan yang menyumbangkan kepada masalah hati terbeban dan berkarat :
1) Pengambilan alkohol
2) Pengambilan Paracetamol ( Panadol ) secara banyak dan berterusa
3) Pengambilan antibiotik dan lain-lain ubat secara berpanjangan
4) Banyak mengambil makanan berlemak
5) Suka tidur lewat malam
6) Kurang minum air ( 3-6 liter sehari )
7) Banyak minum minuman berkafein ( Coke )
8) Banyak mengambil bahan berpengawet tinggi
9) Banyak mengambil makanan segera
10) Banyak mengambil makanan bergoreng
Peringkat masalah hati
Silymarin yang terkandung di dalam Milk Thistle diekstrak daripada bijinya dan dianggarkan ia mengandungi 65-80% Silymarin ( secara kering ). Banyak kajain menunjukkan bahawa Silymarin sangat berguna untuk merawat masalah hati termasuklah sirosis hati, Hepatisis C dan pendetoks hati terunggul. Apa yang paling mengujakan saya ialah, Silymarin mampu membersihkan hati juga menghasilkan sel hati yang baru ! Tidak terhad di situ, sebuah kajian menunjukkan bahawa pengambilan Milk Thistle secara berterusan selama beberapa bulan dapat meningkatkan penghasilan Glutathione secara semula jadi !
Ini disebabkan, kuasa antioksida, perlindungan dan penyahtoksik yang dibawa oleh Silymarin di dalam Milk Thistle mampu merawat dan menjaga setiap sel hati untuk kekal sihat daripada sebarang penncemaran, Selain itu, Silymarin juga mampu menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan tahap kerintangan insulin terhadap gula di dalam badan. Disebabkan ini, saya menjadikan Milk Thistle sebagai pilihan No. 1 saya dalam memulakan proses detoks kerana manfaatnya yang jelas terhadap hati. Anda juga perlu ingat, setelah hati bersih, barulah penghasilan Glutathione mampu dijalankan secara efisien kerana hati yang terbeban menyebabkan masalah yang teruk kepada penghasilan Glutathione. Adakah anda menghidapi maslaah berikut :
1) Mata berair dan letih
2) Kulit yang mudah merengsa
3) Sakit bahagian belakang badan
4) Wajah kusan dan lesu
5) Kecenderungan untuk lebih tidur dan penat setelah menjamah makanan terutama selepas makan tengah hari
6) Kulit lebih mudah beruam
7) Masih berasa letih walaupun telah tidur 7-8 jam sehari
8) Sengal-sengal
9) Rambut mudah gugur
10) Mata atau bewarna kuning
11) Mudah berasa mengantuk
12) Cepat hilang tumpuan
13 ) Perut membusung
14) Susah turun berat badan walaupun selepas berdiet
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, kemungkinan hati anda terbeban. Milk Thistle dapat membantu anda. Namun, ingin saya ingatkan bahawa pengambilan Milk Thistle dengan apa-apa jenis ubat adalah tidak digalakkan sama sekali memandangkan Milk Thistle mampu meningkatkan kesan metabolisma di dalam hati. Ini dikhuatiri akan menganggu kesan ubat terhadap badan samada menjadi negatif kepada badan. Oleh itu, saya sarankan anda jarakkan pengambilan 2-4 jam selepas mengambil Milk Thistle. Berkaitan dengan pemilihan produk, sila pastikan anda memilih kandungan aktif Silymarin di dalamnya adalah 70-80%. Bagaimanapun peratusan 80% adalah lebih baik dan pekat untuk kesan yang lebih optimum. Anda boleh memilih sebarang jenama Milk Thistle di farmasi, kedai kesihatan dan seumpama dengannya. Jadi, adakah anda tergolong di dalam masalah di atas ? Perlukan bantuan ? Milk Thistle adalah jawapannya !
p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.
Assalamaulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca setia blog saya. Bagaimana hari anda,semakin ceria atau tidak ? Jangan tertekan dan nikmati hari anda dengan tenang dan penuh senyuman. Baiklah, hari ini saya ingin menulis satu entri berkaitan kebaikan antioksida yang cukup popular dan agak hangat diperkatakan terutama di negara Barat, Astaxanthin. Pada sesiapa yang telah membaca pos saya yang terdahulu, pasti akan sedar terdapat satu pos berkaitan dengan antioksida hebat ini. Dan anda pasti tertanya-tanya, mengapa saya perlu mengutarakan satu lagi pos berkaitan tentang antioksida ini ? In kerana, dalam kebanyakan entri blog saya, pos Astaxanthin yang mendapat peratusan peningkatan tertinggi dalam bahan carian di blog saya. Secara purata ia dibaca hampir setiap hari dan kata kunci yang sering dimasukkan oleh pembaca ialah berkaitan dengan kebaikan Astaxanthin. Di dalam entri yang lepas saya ada menghuraikan serba sedikit berkaitan dengan manfaat Astaxanthin, namun masih ada antara fakta-fakta dan informasi penuh yang tidak disentuh oleh saya. Oleh yang demikian, kali ini saya akan menghuraikan seberapa banyak fakta, manfaat serta kebaikan Astaxanthin terhadap kesihatan.
Secara umum, Astaxanthin merupakan sejenis pigmen merah yang dihasilkan secara semula jadi oleh sejenis mikro alga unik bernama Haematococcus Pluvialis. Alga ini banyak didapati secara meluas di kebaanyakan negara yang mempunyai lautan dalam terutama Lautan Pasifik dan hidup sekurang-kurangnya 5000 kaki di bawah paras air laut. Antara negara yang kaya dengan sumber alam ini ialah di Kepulauan Hawaii, Kanada, Jepun dan sepanjang pantai negara persisir Lautan Pasifik. Namun, alga di Kepulauan Hawaii merupakan yang terbaik di dunia kerana ia hidup subur memandangkan ia mendapat nutrien, suhu dan persekitaran yang sempurna memandangkan Kepulauan Hawaii terdiri daripada gugusan kepulauan gunung berapi berusia jutaan tahun yang kaya dengan mineral dan galian semula jadi.
Walaupun alga ini bewarna hijau, seperti kebanyakan alga lain, namun ia sebenarnya akan bertukar warna kepada merah sekiranya persekitarannya terancam sama ada tekanan persekitaran, suhu, pancaran UV yang berlebihan dan sebagainya. Ia sebenarnya berpunca daripada mekanisma terakhir alga ini sendiri yang mengeluarkan sejenis pigmen atau pewarna semulajadi yang digelar Astaxanthin. Percaya atau tidak, sekiranya Astaxanthin memenuhi setiap penjuru alga ini, alga ini mampu hidup selama 40 TAHUN tanpa makanan, tekanan suhu yang tinggi dan rendah, pancaran UV yang berlebihan dan sebagainya. Ini menjadikan Astaxanthin sangat berkuasa malah ia digelar Mother of Nature's Antioxidant dan King of Caretenoid, World's Strongest Antioxidant dan sebagainya.
Ikuti temubual bersama Dr. Mercola berkaitan manfaat Astaxanthin
Astaxanthin merupakan sejenis pigmen merah yang berada dalam kumpulan famili Vitamin A yang besar bergelar Caretenoid. Ia tergolong dalam kelas phytokimia Tepenes di mana ia majortinya di dalam kumpulan Xanthophyll. Ia merupakan sejenis pigmen kuning-oren-kemerahan yang wujud secara semula jadi di muka Bumi. Haematococcus Pluvialis menjadi diet harian beberapa jenis unggas dan hidupan marin seperti flamingo, ketam laut, udang laut ( lobster ), krill ( sejenis udang laut dalam ), dan ikan salmon. Ini menjelaskan mengapa flamingo mendapat warna bulu merah jambu yang sangat cantik sedangkan anak-anak flamingo lahir dengan waran putih-kelabu-kehitaman !!! Ini juga menjelaskan mengapa lobster dan ketam bewarna merah dan daging ikan salmon bewarna merah-oren !!!
Namun, fakta yang paling menarik perhatian saya ialah, daya ketahanan Astaxanthin sebagai perlindung semula jadi hidupan-hidupan ini. Mengapa ?
Pernahkah anda terfikir bahawa mengapa lobster dan ketam mampu hidup di lautan dalam dan tahan tekanan laut dalam sedangkan cengkerang kulitnya amat rapuh sekali ?
Lobster
Pernahkan anda terfikir mengapa flaminggo kadang-kadang bewarna putih dan boleh bertukar kepada warna merah jambu di sesetengah tempat ?
Flamingo
Pernahkan anda terfikir bagaimana ikan salmon mampu merentas arus deras sungai selama 7 hari tanpa henti ?
Salmon
4) Dan pernahkan anda terfikir bahawa mengapa isi ikan salmon dan lobster begitu enak sehingga amat mahal untuk dibeli di pasaraya ?
Isi ikan salmon yang bewarna oren
Pasti anda semua tertanya-tanya ? Mengapa ini terjadi. Jawapannya sangat mudah. Iaitu Astaxanthin.
Astaxanthin memaparkan salah satu daripada ketahanan semula jadi alam terhebat pernah diketahui manusia. Astaxanthin sangat unik kerana strukturnya sendiri yang sangat unik. Ia mempunyai lebih kumpulan hidroksil untuk menagkis serangan radikal bebas dan struktur lebih panjang sehingga mampu mengapai lapisan atas kulit ( epidermis ) dan lapisan bawah kulit ( dermis ). ia juga mampu mengapai lapisan luar dan dalam sel yang dikenali sebagai cell membrane dan menjelaskan mengapa ia mampu kekal di dalam setiap sel dan memegang struktur sel daripa musnah daripada serangan radikal bebas.
Keupayaan Astaxanthin mengapai lapisan luar dan dalam sel
Terdapat lebih daripada 2000 kajian yang menyokong tentang manfaat Astaxanthin terhadap kesihatan manusia dan ia terus dikaji oleh para saintis, pengamal perubatan, ahli farmasi dan sebagainya. Antara kebaikan dan manfaat Astaxanthin ialah :
Mampu merentasi rintangan darah otak ( Blood Brain Barrier ) dengan mudah. Ini memberikan harapan baru kepada pesakit Parkinson dan Alzheimer untuk sembuh atau mengurangkan simptom penyakit secara berperingkat. Perlu diingatkan bahawa, sehingga kini, Astaxanthin merupakan satu-satunya Caretenoid yang mampu melintasi BBB tanpa apa-apa halangan. Tidak ada satu pun Caretenoid lain seperti Zeaxanthin, Lutein dan Lycopene yang mampu berbuat demikian.
Perlindungan sel otak dan saraf yang menyeluruh
Mampu merentasi rintangan darah mata ( Blood Retinal Barrier ). Seperti Zeaxanthin dan Lycopene, ia juga mampu melintasi BRB, namun kajian menunjukkan bahawa kuasa perlindungan yang diberikan oleh Astaxanthin lebih tinggi dan ini memeranjatakan penyelidik. Satu kajian makmal menunjukkan bahawa pengambilan 100 mg Astaxanthin terhadap tikus makmal mendapati bahawa tikus tersebut memiliki penglihatan yang lebih tajam kerana terkumpul di kawasan anak mata. Walaupun tidak dapat dipastikan mengapa ini terjadi, namun kajian tersebut berjaya membuktikan bahawa dos sehingga 100 mg sehari adalah selamat. Kajian lain juga menunjukkan bahawa Astaxanthin mampu mengurangkan risiko katarak, glukoma, kemerosotan otot mata, diabetis retinopati dan banyak lagi. Ini amat sesuai kepada penghidap diabetis kerana hampir separuh daripada penghidap diabetis akan menghidapi masalah penglihatan dan boleh buta kerana kebocoran kapilari darah di mata. Ini terjadi apabila kandungan gula yang tinggi dalam darah akan menghimpit salur darah kecil ( kapilari ) dan seterusnya mengakibatkan kebocoran yang boleh menjadi serius. Akibatnya, mata akan kekurangan nutrien dan potensi buta boleh berlaku. Berbeza dengan Astaxanthin, ia didapati boleh mengedap kebocoran dengan bertindak menjadikan salur darah lebih lentur tetapi pada masa yang sama kuat dan teguh. Selain itu, Ia juga bertindak sebagai penampan sinaran UV yang terunggul. Maka, amat sesuai kepada sesiapa yang menghidapi masalah mata seperti mata berair, gatal, sensitif cahaya dan sebagainya.
Penglihatan yang lebih tajam
Sebagai anti-keradangan terunggul !!! Mengapa ? Setiap kali kita menghidapi sakit kepala, pening, sakit lutu, sengal-sengal badan dan otot, lenguh dan sebagainya, kita sering mengambil ubat penahan sakit seperti Paracetamol ( Panadol ), Aspirin, Tramadol, Celecoxib ( Celebrex ) dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa pengambilan ubat-ubatan tahan sakit sebenarnya tidak mengubat kesakitan, tetapi cuma MENGHALANG sakit daripada berterusan ? Inilah yang menjadi persoalan kebanyakan pengamal perubatan kerana bukan mudah untuk mereka memberi ubat penahan sakit yang diminta oleh pesakit kerana sesetengah mereka sedar akan keburukan dan kesan sampingan untuk tempoh masa panjang kerana mekanisma ubat penahan sakit adalah hanya untuk menghalang kesakitan dan bukan menyembuhkan !!!
Secara umum, terdapat dua kelas ubat penahan sakit iaitu COX-1 Inhibitor dan Selective COX-2 Inhibitor. Di dalam disiplin farmakologi, COX-1 dan COX-2 memainkan peranan yang penting dalam menormalkan kitaran badan sekiranya inflamasi atau keradangan yang terjadi. COX-1 dan COX-2 merupakan sejenis enzim yang terhasil secara semula jadi sekiranya inflamasi berlaku. Kedua-dua jenis enzim ini juga dikenali sebagai prostaglandin di mana ia juga berfungsi dalam memberi manfaat kepada sesetengah tempat di dalam tubuh badan manusia. Antaranya, menampan asid perut daripada merosakkan dinding perut, menormalkan kitaran sodium di dalam darah, membantu mengawal tekanan darah terutama di buah pinggang dan agen pembantu mengawal jantung yang kekal sihat. Namun, apabila kesakitan atau inflamasi berlaku, kita sering mengambil ubat penahan sakit untuk melegakan kesakitan yang dialami. Tetapi, tahukah anda, setiap kali anda mengambil ubat penahan sakit, anda sebenarnya bukan mengubati kesakitan tetapi menambah kesakitan lain di dalam badan ? Mengapa ? Ini kerana apabila COX-1 dan COX-2 direncatkan oleh ubat-ubat tersebut, ia akan menyebabkan fungsi normal enzim ini turut terganggu. Maka, ini menimbulkan kesakitan lain seperti ulser perut di mana, apabila enzin ini terganggu, ia tidak mampu melindungi dinding perut daripada asid perut, maka, asid perut akan menghakis dinding perut seterusnya mengakibatkan ulser dan di dalam kes yang jarang berlaku, ada di antara pesakit mengalami kebocoran perut yang serius kerana ubat ini telah menghentikan sama sekali pengeluaran enzim COX-1 dan COX-2 !!!
Celebrex ( Celecoxib ), ubat penahan sakit yang popular digunakan di USA
walaupun harganya agak mahal
Walaupun sesetengah ubat penahan sakit kini lebih tertumpu kepada jenis COX-2 yang diyakini kurang kesan sampingan, namun ia tetap menjadi persoalan keselamatan terhadap pengguna di mana, pernah terjadi satu kes di mana beberapa jenis ubat penahan sakit seperti Rofecoxib yang menyebabkan pesakit mengalami serangan jantung dan strok !!! Ia bagaimanapun telah ditarik balik dan diharamkan di pasaran dunia, tetapi jenis-jenis COX-2 yang lain masih menjadi menjadi persoalan keselamatan namun dianggap 'selamat' memandangkan kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan manusia masih lagi samar. Oleh yang demikian, pasti antara kita mula sedar bahawa mengapa sesetengah orang mengalami ulcer, sakit dada mahupun kadang-kadang kelihatan lebih tua daripada usia mereka. Inilah jawapan kepada persoalan ini dan apakah alternatif rawatannya ? Sangat mudah, Astaxanthin.
Kajian menunjukkan bahawa Astaxanthin mengurangkan kesakitan dengan mengahalang COX-1 dan COX-2 daripada terhasil tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan.Walaupun penyelidik tidak menemui jawapan mengapa ia mampu menghalang pengeluaran enzim ini tanpa mengakibatkan kesan sampingan yang serius, tetapi mereka memberi teori bahawa kemungkinan ia adalah disebabkan oleh kuasa antioksidanya yang kuat dan penggunaan Astaxanthin sebagai peganti ubat penahan sakit disokong oleh beberapa orang pengamal perubatan seperti Suzy Cohen, seorang ahli faramsi yang mendapat gelaran 'The American Most Trusted Pharmacist'. Beliau menyatakan pendapat secara peribadi bahawa kuasa anti keradangan dan anti inflamasi Astaxanthin adalah setaraf dengan Celecoxib ( Celebrax ), walaupun ia tidak sepantas kesan Celecoxib tetapi ia mampu memberi kesan kelegaan yang sama dengan ubat ini cuma lambat sedikit
Suzy Cohen membincangkan kesan anti inflmasi Astaxanthin
Selain itu, Astaxanthin juga mampu meningkatkan tenaga dan stamina atlet dan sesiapa yang bersukan secara kerap. Terdapat satu kesalahan umum yang sering dilakukan oleh atlet atau pengamal sukan di mana mereka tidak mendapatkan pelindungan antioksida sebelum dan selepas bersukan. Ini disebabkan setiap kali kita mengerah tenaga untuk bersukan, radikal bebas akan terhasil secara rawak di beberapa tempat di dalam badan kerana dipercayai bahawa pemecahan lemak kepada tenaga dan pembinaan otot badan melalui beberapa mekamisma fisologi badan bukan sahaja menghasilkan kesan positif seperti otot yang tegap dan mantap, dan juga badan yang kurang lemak, namun ia juga menghasilkan tekanan oksidasi. Tekanan oksidasi ini yang akan menghasilkan radikal bebas dan untuk itu ia akan bertindak dengan oksigen di dalam badan untuk kembali stabil. Namun, parah yang menanti, oksigen yang teroksida akan kembali menjadi radikal bebas dan ia akan terus bertindak balas dengan rantaian oksigen lain di dalam badan dan juga sel. Ini menjadikan sel-sel badan cepat tua dan rantaian ini akan terus berlaku sehingga kesemua kesemua radikal bebas itu kembali stabil. Di dalam sesetengah kes, ia mampu bertukar kepada bentuk yang paling 'ganas' yang dikenali sebagai singlet oxygen.
Astaxanthin membendung asid laktik daripada mengurangkan
stamina atlet ketika bersukan
Kajian menunjukkan bahawa, pengambilan Astaxanthin dalam mengurangkan kesan radikal bebas adalah sangat positif. Ia mampu mengurangkan asid laktik ketika bersukan. Asid laktik merupakan penanda aras terhadap stamina seseorang dimana apabila asi laktik terjadi, kita akan berasa seperti 'panas badan'. Ini disebabkan oleh pembakaran lemak dan penghasilan tenaga selepas bersukan. Ia juga merupakan penanda aras bahawa stamina badan sudah sampai ke tahap yang maksimun. Tetapi pengambilan Astaxanthin didapati dapat mengurangkan pengahasilan asid laktik dan ini dapat memacu tenaga badan dan stamina ke tahap yang tinggi. Ini amat memeranjatkan penyelidik kerana ia bukan sahaja bertindak sebagai pemangkin radikal bebas, namun sebagai pemacu tenaga dan stamin badan yang sangat unggul. Sebuah kajian yang dilakukan dilakukan di Sweden mendapati, sekumpulan lelaki sihat yang diberi 6 mg Astaxanthin selama 6 bulan menunjukkan peningkatan senaman lutut secara drastik. Ini membuka harapan baru kepada atlet dalam meningkatkan tahap tenaga dan stamina ketika bersukan. Berbeza dengan pengambilan steroid yang sangat berbahaya dan diharamkan sama sekali, Astaxanthin lebih sempurna, selamat dan semestinya semula jadi untuk diambil.
Membantu mengurangkan tekanan oksidasi gula
Selain itu, kajian lain menunjukkan bahawa Astaxanthin mampu mengurangkan dan mencegah Diabetis Jenis 2 dimana di dalam kes ini, pesakit mengalami kekebalan insulin tanpa diketahui puncanya. Dianggarkan terdapat hampir 6 juta penghidap diabetes di Malaysia dan jumlah ini terus meningkat saban tahun. Walaupun terdapat ubat untuk merawat penyakit ini, namun perlu diingatkan bahawaa ia hanya sekadar membantu mengurangkan kandungan gula di dalam darah tetapi tidak menyembuhkan penyakit. Ini yang menjadi buah fikiran dan ingatan semua orang apabila bercakap mengenai diabetes, mereka beranggapan bahawa ubat merawat kecing manis membantu menyembuhkan penyakit mereka tetapi tanggapan ini salah sama sekali. Anda perlu sedar bahawa ubat diebetes yang terdapat di pasaran dan hospital seluruh negara adalah masih lagi diperingkat awal ujian jangka masa panjang terhadap kesihatan manusia dalam mengurangkan kekebalan insulin di dalam badan. Ubat diabetes yang popular seperti Metformin didapati hanya membantu mengurangkan 31% kekebalan insulin dan sekiranya rawatan ini tidak berjaya, doktor akan menukar regim atau protokol rawatan seperti meberi ubatan lain seperti Acarbos, Glucovance dan sekiranya masih lagi tidak berjaya, rawatan suntikan insulin menjadi pilihan terakhir. Antaranya, suntikan Mixtard, Actrapid, Insulatard, Humulin dan Novopen digunakan bergantung kepada tahap penyakit, umur dan lain-lain maklumat berkaitan penyakit dan pesakit. Kekebalan insulin ini menjadi tanda tanya kerana sehingga kini tidak terdapat satu pun jawapan yang kukuh mengapa ia terjadi dan apabila insulin tidak digunakan, badan akan memberi isyarat memerlukan insulin untuk mencernakan gula dalam darah. Oleh itu, pankreas akan menghasilkan lebih insulin sehingga pada satu tahap, ia tidak akan mampu menghasilkan insulin dan pada keadaan yang serius, pankreas akan rosak dan tidak berfungis lagi.
Astaxanthin mengawal kesan toksik gula darah
Oleh yang demikian, dalam mencari penawar kepada masalah ini, satu kajian dilakukan terhadap penghasilan insulin badan tanpa meberi kerosakan kepada pakreas, malah membantu untuk melindungi pankreas telah dijalankan. Didapati bahawa Astaxanthin menembus jauh ke dalam pankreas dan membantu melindungi Beta-cell daripada musnah. Dengan keupayaan kuasa antioksidanya, didapati ia bukan sahaja melindungi Beta-cell dan pankreas malah membantu Beta-cell menghasilkan lebih insulin dan pada masa yang sama, mengurangkan kekebalan insulin di dalam badan. Penemuan ini membuka mata penyelidik untuk terus mengkaji dan menemui penawar diabetes memandangkan kajian ini masih di peringkat awal tetapi rata-rata penghidap diabetes yang telah mengambil suplemen Astaxanthin selama 3-6 bulan mendapati bahawa paras glukosa darah mereka menurun.
Kuasa alam untuk kulit kekal muda
Namun, didalam banyak kajian dan respon positif para penyelidik dan pengguna tetap Astaxanthin, terdapat satu manfaat yang paling diketahui ramai terhadap pengambilan Astaxanthin. Ia berkaitan dengan kulit dan bagaimana antioksida ini bertindak di segenap penjuru kulit sama ada di luar mahupun di dalam lapisan kulit. Terdapat beratus kajian yang menunjukkan bahawa antioksida ini melindungi kulit daripada kerosakan semula jadi mahupun buatan alam. Ia beritndak sebagai agen anti-penuaan, anti kedut, memberi perlindungan selar matahari UVA dan UVB secara dalam badan, meningkatkan kelicinan kulit, meningkatkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih anjal. Kajian 1998 menunjukkan bahawa Astaxanthin sangat berkuasa menampan pancaran UVA terhadap kulit iaitu 100-200 kali lebih kuat berbanding lain-lain Beta-Carotene !!! Di dalam kajian lain yang dilakukan oleh saintis Jepun mendapati bahawa Astaxanthin dapat mengurangkan kedutan di wajah dalam tempoh 6 minggu sahaja !!! Tetapi, hasil kajian juga mendapati bukan kedutan sahaja yang kurang, lebih tepat lagi kekeringan kulit, kelembapan kulit kekasaran kulit dan tahap keanjalan kulit meningkat hampir 60% dalam tempoh kajian ini dilakukan !!!
Astaxanthin mengurangkan kedtan kulit dalam hanya 6 minggu
Lebih mengejutkan, Astaxanthin dapat memegang kolagen kulit daripada terurai dan ia kekal terkumpul di dalam lapisan kulit untuk meberi perlindungan kepada kulit. Selain itu, berbekalkan kuasa antioksidanya, ia didapati dapat mengurangkan masalah berkaitan kulit seperti ekzema, psiorosis, jerawat dan alahan teruk termasuk sinus, resdung dan sebagainya. Pernah dilaporkan kes bahawa Astaxanthin menyembuhkan terus penyakit ekzema dan psiorosis. Ini dipercayai disebabkan oleh kuasa antioksidanya yang mengawalatur semula mekanisma dan fisologi badan yang terganggu akibat sebab-sebab yang tidak dipastikan terutama penyakit degenerasi sel seperti ekzema, psiorosis, rheumatoid arthritis dan sebagainya.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa antioksida ini mampu memberi perlindungan yang sangat menyeluruh ke seluruh penjuru badan bermula daripada hujung rambut ke hujung kaki. Berikut adalah antara manfaat lain Astaxanthin yang saya sendiri tidak mampu menulis di entri ini kerana kajian dan penerangannya amat panjang untuk dihuraikan :
1) Membantu mengurangkan penyakit jantung. Dipercayai Astaxanthin temendap di otot jantung untuk meningkatkan kadar pengambilan darah dan pada masa yang sama melindungi diostol dan sistol tekanan darah dan jantung.
2) Mengawal atur tekanan darah dengan mengurangkan tekanan oksidasi di salur darah dan menjadikan salur darah lebih lentur, fleksibal, kuat, teguh dan anjal.
3) Membantu membunuh sel kanser pada peringkat awal
4) Meningkatkan kualiti sperma dan tenaga seks ( libido )
5) Meningkatkan imunisasi tubuh agar kebal penyakit ringat seperti selesema dan batuk, demam dan pening.
6) Melindungi sel hati dan membantu hati berfungsi lebih baik dalam proses detoksifikasi badan. Sebuah kajian menunjukkan bahawa pengambilan 100 mg Astaxanthin dapat menebus jauh ke dalam sel hati dan membantu hati meningkatkan proses detoksifikasi, juga membantu mengahsilkan sel hati yang baru.
7) Lebih berkuasa daripada semua jenis antioksidan yang wujud di muka Bumi ini malah sehingga melebihi kuasa Vitamin C yakni 6000 kali lebih kuat !!!
Dari sudut kimia, apakah yang menjadikan antioksida ini sangat berkuasa sehingga melebihi antioksida lain ?
Terdapat empat jawapan yang menjadi tumpuan saintis iaitu :
1) Satu-satunya antioksida di dalam kumpulan Caretenoid yang tidak akan bertukar menjadi pro-oksidan iaitu kecenderungan menjadi radikal bebas setelah berinteraksi dengan radikal bebas.
Tidak menjadi pro-oksidan
2) Mampu melakukan lebih banyak manfaat berbanding lain-lain Caretenoid
Manfaat Astaxanthin melebihi lain-lain Carotenoid
3) Kuasa penangkis radikal bebas tertinggi bagi ketegori singlet oxygen
Perbandingan Astaxanthin terhadap kuasa pemusnah
singlet oxygen dengan antioksida lain
4) Kuasa antioksidan tertinggi bagi semua jenis antioksidan yang wujud
Perbandingan Astaxanthin terhadap antioksidan lain
Setelah membaca kesemua fakta-fakta ini, adakah anda bersedia untuk mendapatkan Astaxanthin pertama anda hari ini ? Apakah jenama yang harus dipercayai ? Terdapat dua jenis jenama yang saya percaya iaitu pertama, BioAstin Hawaii Nutrex dan AstaPycnogenol. Memandangkan BioAstin Hawaii Nutrex menjadi produk Astaxanthin No. 1 di Amerika Utara dan ini diamalkan sendiri oleh ahli farmasi terkenal Amerika, Suzy Cohen.
BioAstin Hawaii Nutrex dianggap antara sumber Astaxanthin komersial terbersih, berkualiti, tulen, semula jadi dan selamat kerana ia diternak di kawasan perairan pasifik di Kepualaun Hawaii. Menjadikannya salah satu daripada sumber Astaxanthin terbaik di dunia yang mendapat sumber alam semula jadi terunggul. Kualiti air laut dan lain-lain sumber persekitarannya dijaga dengan rapi untuk menghasilkan Astaxanthin yang bermutu dan bebas pencemaran
Kolam ternakan semula jadi Astaxanthin
Namun, dukutacitanya, produk ini tidak terdapat di pasaran Malaysia dan hanya boleh dibeli melalui laman web online Amazon.com. Oleh yang demikian, saya memilih jenama kedua yang dipasarkan sendiri oleh syarikat Malaysia, Cosway. Ia adalah AstaPycnogenol. Gabungan dua jenis antioksida Astaxanthin dan Pycnogenol menjadikan produk ini pilihan nombor satu saya kerana dos Astaxanthin yang terdapat dalam setiap kapsul produk ini sangat tinggi iaitu 100 mg, malah tertinggi di pasaran negara ini. Dos ini selamat diambil walaupun kajian menunjukkan bahawa bahawa 100 mg Astaxanthin mampu bertahan dan terkumpul di dalam badan, kulit dan mata selama 4 hari !!!
Oleh itu, apa yang anda tunggu lagi, sama-sama nikmati perubahan drastik daripada sumber alam yang terhebat ini. Bersama saya di enteri akan datang dan selamat berhujung minggu.
p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.
Salam sejahtera semua saya ucapkan, apa khabar anda di luar sana ? Saya harap anda sihat dan sejahtera, mulakan hari anda dengan senyuman. Sudah lama saya tidak mengemaskini blog saya ini memandangkan saya telah pun memulakan latihan amali saya untuk sepanjang tahun ini. Walaupun tidak sesibuk ketika belajar, tetapi kepenatan yang terpaksa ditampung takala habis bekerja menyebabkan saya terus rebah di persada katil. Baiklah, bukan saya mahu menceritakan tentang kepenatan saya, tetapi kali ini saya akan menceritakan tentang sebuah lagi keajaiban sumber semula jadi yang kita sebenarnya terlepas pandang. Sekiranya anda tahu pun, tetapi adakah anda cukup informasi berkaitan dengannya ? Apakah ia ?
Teh Hijau
Dikenali juga sebagai Green Tea, teh hijau merupakan salah satu daripada tiga jenis teh yang sangat popular di dunia. Secara umum, teh terbahagi kepada tiga jenis, iaitu, Teh Hitam ( Black Tea ), Teh Oolong ( Teh Cina ) dan Teh Hijau ( Green Tea ). Ketiga-tiga jenis teh ini berasal daripada satu-satunya pokok renek yang dikenali sebagai pokok teh, atau nama saintifiknya Camellia sinensis
Camellia sinensis
Semenjak 4000 tahun selepas penemuan teh, ia merupakan minuman kedua paling banyak diminum di dunia selepas air kosong. Ia dikaitkan dengan pelbagai mitos, lagenda, sejarah peradaban dunia mahupun peperangan. Ia merupakan satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai dan menjadi antara kegemaran penduduk dunia tidak kira budaya, bangsa mahupun agama. Seperti yang nyatakan sebentar tadi, ketiga-tiga jenis teh tersebut berasal daripada pohon yang sama. Tetapi apakah yang membezakannya ? Secara ringkas, ia berbeza antara kandungan antiokxidannya, rasa, warna dan bau. Teh hitam bewarna lebih gelap dan coklat, aromanya lebih harum dan rasanya lebih sedap. Ia merupakan jenis teh yang paling banyak dinikmati oleh manusia. Antara jenama teh yang menjadi kegilaan ialah Boh dan Lipton. Teh oolong pula lebih terkenal dan dinikmati oleh masyarakat Cina terutama mereka yang berusia. Teh ini yang menjadi titik permulaan kepada pengenalan teh sebagai minuman komersial dunia apabila Mahraja China yang ketika itu, sedang duduk berehat dibawah sebuah pohon sambil menikmati minuman baginda, tiba-tiba sehelai daun teh jatuh ke dalam cawan baginda, dan dari situlah baginda jatuh cinta terhadap teh malah menjadikannya sebagai minuman rasmi kerabat diraja berabad lamanya. Teh ini bewarna kurang gelap, seakan-akan perang dan rasanya sedikit pahit.
Seterusnya, teh hijau, jenis teh paling terkenal di Jepun dan Korea. Sebut sahaja Jepun, pasti teh hijau menjadi ingatan. Teh ini benar-benar bewarna hijau seperti daun teh. Berbau agak payau dan rasanya yang pahit. Tetapi, ia sebenarnya mengandungi lebih banyak antioksidan dan lebh bermanfaat walaupun dalam satu cawan. Ini menjelaskan mengapa masyarakat Jepun lebih kurang terdedah kepada penyakit, memiliki kulit yang sangat cantik dan sangat fokus terhadap kerja harian mereka. Mereka juga kurang mendapat kanser berbanding kaum lain di dunia.
Apakah komposisi utama yang sangat berkuasa di dalam teh hijau ?
Jawapannya terletak di dalam struktur kimia teh itu sendiri. Antara bahan-bahan yang boleh ditemui di dalam teh hijau ialah phenol dan asid organik lain. Namun, phenol merupakan kumpulan antioksidan terkuat yang di temui di dalam teh hijau dan jenis phenol yang ditemui ialah Catechin. Catechin juga mempunyai beberapa isomer, yakni jenis-jenis tersendiri, iaitu, epicatechin (EC), epigallocatechin (EGC),epicatechin gallate (ECG), and epigallocatechin gallate (EGCG)
Struktur Catechin
Diantara empat jenis isomer ini, EGCG merupakan yang paling kuat menurut kajian saintifik yang dibuat oleh kebanyakan saintis di dunia. Secara umum, Catechin memberi kebaikan dan manfaat kesihatan kepada badan. Antaranya :
1) Mencegah penyakit jantung dan menurunkan parasa kolesterol
2) Membantu melawan radikal bebas
3) Membantu menurunkan berat badan dengan membakar lebih kalori
4) Mencegah hampir semua jenis kanser
5) Melindungi sel-sel otak daripada kerosakan degenerasi seperti Alzheimer dan Parkinson's
6) Kandungan Catechin di dalamnya juga bertindak sebagai antibakteria dengan melawan pereputan gigi
dan mengurangkan masalah nafas berbau.
7) Mengurangkan dan menstabilkan semula paras gula dalam darah, ini membantu mencegah diabetis
8) Membantu mendetoks badan dan darah
9) Paling penting, ia mampu bertindak sebagai anti penuaan dan sangat baik untuk kulit
Maka tidak hairanlah masyarakat Jepun kurang mendapat penyakit dan memiliki kulit yang sangat cantik dan bersih kerana walaupun mereka tinggal di negara empat musim, tetapi kadar kelembapan yang tidak stabil boleh menjadikan kulit lebih cepat kering dan ketika musim panas, selar matahari atau sunburn boleh berlaku lebih-lebih lagi, bagi sesiapa yang kurang melanin seperti masyarakat Jepun. Namun, ajaibnya, kulit mereka masih kelihatan seperti biasa. Mengapa ini berlaku ? Sebuah kaji selidik dilakukan di Jepun mendapati mereka menjadikan teh hijau sebagai minuman utama harian mereka selepas air kosong. Apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah, teh hijau dipelbagaikan dalam pelbagai perisa, bungkusan dan rasa. Mereka menjual minuman ini seperti air mineral yang sangat mudah diperolehi di kedai-kedai, kafe, pasaraya dan sebagainya !!!
Sebagai perbandingan, catechin di dalam teh hijau bertindak sebagai antioksidan yang sangat kuat. Ia mampu mengitar semula Vitamin C kembali menjadi bentuk aktif semula dan ia dikatakan 100 kali lebih berkuasa daripada Vitamin C dan 24 kali lebih kuat berbanding Vitamin E. Disebabkan ia jauh berkuasa berbanding kedua-dua vitamin ini, pelbagai kajian dilakukan untuk mengaitkan keberkesanaan catechin terhadap pencegahan kanser malah menjadi penawar kanser juga.
Walaupun ia hanya sekadar teori dan tidak dapat dibuktikan oleh kajian saintifik, namun semuanya berubah sama sekali apabila pada tahun lepas ( 2012 ) sekumpulan saintis dari Edinburgh, Scotland berjaya membuktikan bahawa ekstrak teh hijau mampu membunuh sehingga 40% sel kanser dan mengecutkan sehingga 30% sel kanser. Kajian ini mengemparkan dunia perubatan moden kerana mereka berjaya membuktikan bahawa catechin sangat berkuasa dalam melawan sel kanser dan ia terbukti sama sekali. Dengan menggunakan sejenis kaedah saintifik dalam penghantaran catechin ke tapak sel kanser, mereka berjaya membuktikan bahawa ia berkesan membunuh sel kanser hampir separuh daripada bilangan asal.
Kajian mereka mendapat liputan meluas media seluruh dunia dan mereka berharap agar penawar kanser menggunakan bahan ini dikormesialkan kerana ekstrak ini bukan hanya membunuh sel barah malah ia lansung sama sekali tidak menganggu sel normal yang lain !!! Dan yang paling mengejutkan ialah mereka menggunakan isomer EGCG yang terkenal sebagai pencegah kanser terunggul dan paling kuat.
Tetapi, dalam kalangan kita, ada yang mengetahui bahawa teh juga mengandungi kafein. Walaupun ia hanya separuh daripada secawan kopi, tetapi ramai yang takut untuk meminumnya. Kerana mereka berasakan bahawa kafein di dalamnya akan memberi kesan buruk terutama kepada sesiapa yang tidak suka kafein dan kopi. Anda jangan takut kerana teh hijau merupakan salah satu minuman yang mengandungi Theanine, sejenis bahan yang didatangkan bersama dengan catechin. Ia sangat unik kerana kopi tidak mengandungi Theanine. Theanine berfungsi dalam menjadikan otak lebih mudah tertumpu dan fokus apabila melakukan sesuatu dan mengurangkan kesan kafein. Ia menjadikan tubuh lebih tenang dan oleh itu, sesuai diambil ketika tidur kerana ia merangsangkan tubuh untuk lebih berehat tetapi fokus. Maka tidak hairanlah, sesiapa yang mengambil teh hijau sebelum tidur, mereka akan berasa lebih segar dan tidur yang lebih nyenyak. Ini kerana, Theanine mampu merentasi rintangan darah otak ( Blood brain Barrier, BBB ) dan bertindak di saraf otak tetapi secara lembut, tidak seperti kafein yang mengacu terus saraf otak.
Setelah anda tahu akan manfaat teh hijau, adakah anda ingin mencubanya ? Katakan YA untuk kesihatan yang menyeluruh pada harga yang mampu milik !!!
Secawan teh hijau sebelum tidur
Anda boleh memilih pelbagai jenama teh hijau di pasaran, kebanyakkannya boleh diperolehi di Aeon Jusco, farmasi dan pasaraya besar berhampiran. Seelok-eloknya, saya mencadangkan anda memilih yang berlabel ORGANIK atau juga memiliki cop EU Certificate kerana ia diiktiraf organik dan semula jadi.
Nikmati secawan teh hijau anda hari ini dan rasakan kesannya dalam dua minggu !!! Selamat mencuba !!!
p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.