Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 28 Jun 2013

CoQ10 : Bukan Sekadar Antioksida



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Diharap pada hari Jumaat yang mulia ini anda semua sihat sejahtera. Hari ini saya ingin mengupas sedikit isu berkaitan satu lagi manfaat antioksida yang ramai di antara kita pernah mendengarnya, malah pernah mengambilnya. Ia adalah CoQ10, juga dikenali sebagai Coenzyme Q10, Ubiquinone, dan Q10, ia merupakan sejenis antioksida semula jadi badan yang dihasilkan oleh badan termasuk mamalia. Sebelum saya melangkah jauh, saya ingin berbicara serba sedikit. Saya tergerak hati untuk menulis entri berkaitan dengan manfaat antioksida ini kerana saya mula merasakan agak penting menghuraikannya mamandangkan sebelum ini ramai antara kita yang pernah mendengarnya, namun jarang sekali memahaminya. Baiklah, tanpa membuang masa lagi, saya akan menjelaskan serba sedikit berkatan dengan antiokisda hebat ini. 




Jantung lembu


Sejarah penemuan CoQ10 memiliki latar belakang yang sangat unik dan agak panjang. Semuanya bermula pada tahun 1957 apabila seorang professor di sebuah Institusi Enzim Universiti Wisconsin-Madison, Professor Fredrick L. Crane menemui CoQ10 secara tidak sengaja dalam satu eksperimen yang menggunapakai jantung lembu untuk mengekstrak CoQ10. Dianggarkan 30 tan jantung lembu digunakan untuk mengekstrak beberapa miligram CoQ10! Ia adalah sejenis bahan bewarna kuning-jingga dan ia disimpan di dalam tiub sampel untuk dijadikan sampel. Namun, beliau tertarik apabila mendapati bahawa bahan itu mempunyai kaitan dengan mitokondria yang menjadi kilang penghasilan tenaga di dalam setiap sel badan. Untuk kepastian, beliau menghantar sampel CoQ10 kepada Dr Karl Folkers, seorang ahli biokimia di sebuah makmal Merck Sharpe & Domhe Laboratories di New Jersey, USA. Dr Folkers berjaya menstruktur CoQ10 dan ia disahkan ia merupakan sejenis bahan di dalam kumpulan Quinone. 

Walaubagaimana pun, CoQ10 tidak boleh dipatenkan kerana undang-undang farmasi dan perubatan dunia termasuk FDA yang bertapak di USA sama sekali MELARANG apa-apa bahan semulajadi yang wujud di dalam badan dan alam dipatenkan. Ini menjadikan makmal Merck menghadapi masalah menghasilkan CoQ10 dalam kuantiti yang banyak kerana ia memerlukan sejumlah besar jantung lembu dan pada masa sama  kaedah ekstrak CoQ10 yang digunapakai mereka tidak dapat dipatenkan. Ini menjadikan ia lebih sukar dan kosnya yang terlalu tinggi dan mahal. Akhirnya, Makmal Merck menjual teknologi ekstrak ini kepada Jepun. Apa yang lebih mengejutkan, saintis Jepun berjaya menghasilkan CoQ10 dalam kuantiti yang banyak pada harga yang sangat murah. Mereka menggunapakai teknologi penapaian yis yang sememangnya dipelopori oleh Jepun ketika itu. Sehingga kini, Jepun merupakan negara No.1 di dunia yang mempelopori kualiti CoQ10 yang dihasilkan bukan melalui tisu hidup, namun melalui yis, tetapi kualiti dan hasilnya setaraf dengan COQ10 yang terdapat di dalam tubuh mamalia. 




Mitokondria

CoQ10 memiliki pelbagai manfaat terutama kesihatan jantung. Ia disahkan dalam ribuan kajian di seluruh dunia di mana COQ10 adalah agen bersama di dalam mitokondria dalam menghasilkan tenaga. Mitokondria adalah sejenis organel yang terdapat dalam setiap sel badan. Ia berfungsi sebagai pengilang tenaga badan kerana sel memerlukan tenaga. Ia menukarkan setiap bahan yang melalui mitokondria kepada ATP ( tenaga ). Ini penting bagi setiap organ dalam menjalankan tugasan mereka dan sememangnya jantung adalah organ paling banyak memerlukan tenaga. Maka tidak hairanlah paras CoQ10 di jantung adalah 10 kali lebih banyak berbanding organ lain!

Namun, kajain terhadap CoQ10 tidak terhad di situ, saintis mula sedar bahawa CoQ10 adalah bukan sekadar bahan kuning-jingga bertenaga, ia lebih daripada sekadar yang disangkakan. Kajian demi kajian dilakukan dan ini membuka sebuah lagi fakta yang menakjubkan terhadap bahan ini. Ia memiliki sifat antioksida dalam melawan radikal bebas! Ini disokong dalam banyak kajian yang menunjukkan bahawa CoQ10 mampu meneutralkan radikal bebas yang terhasil dan menyerang badan termasuk sel! Ini menerangkan mengapa sel badan terutama sel jantung amat lambat untuk melalui kitaran sel mati. Ini kerana CoQ10 melindungi sel ini daripada termusnah daripada radikal bebas yang terhasil. Ini membuka lembaran baharu dalam dunia kecantikan di mana apabila CoQ10 diambil secara oral atau disapu secara topikal akan melindungi kulit daripada kesan penuaan. Ada juga ura-ura yang mengatakan bahawa CoQ10 adalah Telaga Kekal Muda ( Fountain of Youth ) di Barat selepas penemuan Alpha Lipoic Acid!

Apa yang menarik perhatian saya ialah, CoQ10 tidak dihasilkan di mitokondria, tetapi ia dihasilkan di dalam hati. Ia dihasilkan melalui Mevalonate Acid yang pada sama bertindak sebagai precursor kepada penghasilan kolesterol! Ia benar! CoQ10 berkongsi aliran penghasilan dengan kolesterol di dalam hati! Anda jangan terkejut sekiranya pengambilan ubatan anti kolesterol Statin adalah pembunuh No.1 di dalam penghasilan antioksida semulajadi badan ini! Saya akan menjelaskan kepada anda sebentar lagi. 

Manfaat CoQ10 termasuk :

1) Melindungi hati
2) Membantu melawan kanser
3) Membantu menjadikan degupan jantung stabil
4) Mengawal darah tinggi
5) Membantu melanjutkan usia 
6) Menjadikan penampilan lebih kekal muda
7) Melawan radikal bebas 
8) Melindungi penuaan pra-matang kulit
9) Membantu membekalkan tenaga
10 ) Mengurangkan migrain
11 ) Membantu mencegah Parkinson

Manfaat di atas adalah sebahagian kecil daripada ratusan manfaat CoQ10 yang diyakini. Untuk maklumat lanjut anda boleh mencari info berkaitan di Google.


Statin, ubat penurun kolesterol paling berjaya di pasaran dunia


Berkaitan dengan kesan ubat penurun kolesterol Statin terhadap pengahsilan CoQ10, ramai yang tidak sedar akan keburukan ubatan moden ini terhadap CoQ10. Bagi individu yang mengambil ubatan kolesterol Statin seperti Lovastatin, Simvastatin dan Atorvastatin, ia seumpama 'syurga' kenikmatan untuk pesakit menurunkan paras kolesterol dalam darah. Namun, hakikatnya, STATIN sama sekali TIDAK mengubati paras kolesterol berlebihan di dalam darah! Ia hanya merencatkan enzim HMG-CoA Reductase yang berfungsi dalam menukarkan HMG-CoA kepada Mevalonic Acid. Mevalonic Acid pula ditukarkan kepada kolesterol. Dengan perencatan enzim ini, HMG-CoA tidak akan menukarkan HMG-CoA kepada Mevalonic Acid seterusnya kepada kolesterol. Namun, parah yang menanti, HMQ-CoA juga adalah asas kepada pembinaan CoQ10 ! Dengan kata lain, setiap kali anda mengambil ubatan statin, anda sebenarnya telah BERJAYA menghalang penghasilan CoQ10 semula jadi badan anda dan pada masa yang sama, anda sama sekali tidak mengubati penyakit anda. Statin hanya membantu dalam mengurangkan kolesterol dengan menganggu kitaran normal fisiologi badan anda. Maka, jangan terkejut sekiranya individu yang mengambil Statin akan kelihatan lebih tua, berusia daripada usia sebenar mereka! Kulit mereka juga akan kelihatan mudah kusam, kering dan tidak bermaya. Keletihan, sengal badan, sakit di belakang badan, penat dan dada yang kesakitan antara petanda awal anda sebenarnya telah kehilangan CoQ10 di dalam badan anda! 




Mekanisma Statin dalam mengurangkan COQ10 di dalam badan !


Penyelesaian ? 

Untuk mengatasi masalah ini, anda terutama pengambil regim Statin sangat digalakkan mengambil CoQ10 sebagai supplement asas anda. Ia boleh didapati daripada dos seharian serendah 20mg sehingga setinggi 100mg sehari. Bagi pemilihan produk CoQ10, terdapat sedikit info yang harus anda ketahui, CoQ10 yang terdapat di pasaran wujud di dalam dua bentuk. Mengikut pandangan Dr. Mercola, seorang doktor perubatan USA yang sangat disegani kerana inisiatif beliau dalam mengamalkan pengambilan supplement sebagai asas kehidupan berbanding ubatan moden, beliau mencadangkan bahawa CoQ10 perlu diambil mengikut kategori berikut.

CoQ10 wujud dalam dua formulasi, Ubiquinone dan Ubiquinol





Untuk Ubiquinone, ia digalakkan diambil kepada individu yang berumur 30 tahun dan ke bawah kerana Ubiquione adalah bentuk CoQ10 yang kurang aktif. Pengambilan secara oral akan menukarkan Ubiquinone kepada Ubiquinol ( aktif ). Individu berumur 30 tahun ke bawah masih lagi mampu menukarkan bentuk CoQ10 ini kecuali kepada mereka yang sememangnya mengambil Statin pada usia yang muda. Dos seharian serendah 30mg boleh diambil dan dipertingkatkan sehingga 90mg sehari

Manakala Ubiquinol pula merupakan bentuk aktif sepenuhnya atau lebih dikenali sebagai 'reduced'. Ia lebih aktif kerana ia terus bertindak selepas diambil secara oral. Ia digalakkan diambil oleh individu yang berumur 30 & 35 tahun dan ke atas. Ini kerana ketika ini, badan sudah mulai lemah dalam proses fisiologi badan. Saranan dos adalah serendah 60-90mg sehari dan sekiranya anda berumur 50 tahun dan ke atas, dos 100mg sehari disarankan diambil.

Memandangkan CoQ10 adalah bersifat larut lemak, maka ia perlu diambil semasa makan atau sejurus selepas makan. Ini kerana ia memerlukan bantuan makanan untuk diserap. Pemilihan produk bergantung kepada individu. Anda bebas memilih sebarang jenama dan saranan saya, produk Jepun adalah pilihan utama. 

Anda letih, kurang bermaya, penat yang melampau, mengambil Statin, pesakit jantung ? Anda perlukan CoQ10! 

p/s : Sila LIKE PAGE ini untuk keterangan lanjut berkaitan kesan sampingan jangka masa panjang Statin dan kepetingan CoQ10.

p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.

Selasa, 18 Jun 2013

Kolagen : Apa Anda Perlu Tahu ?


Struktur jaringan kolagen 

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog setia saya, apa khabar anda semua ? Sihat ? Saya harap anda sihat sejahtera dan gembira memandangkan cuti persekolahan baru sahaja selesai. Pasti anda semua telah mengambil dan meluangkan masa anda bersama anak-anak anda dan keluarga anda. Baiklah, hari ini saya ingin mengetengahkan sedikit topik yang agak tidak jangal lagi dalam dunia kecantikan terutama kepada wanita. Sebut sahaja perkataan ini, jangan katakan wanita, lelaki pun telah mula menunjukkan minat terhadapnya. Jangan terkejut sekiranya lelaki ketika ini telah mula menunjukkan minat dalam dunia kecantikan. Ini kerana mereka juga ingin menjaga penampilan dalam menempuh kehidupan seharian mereka. Apakah ia ? Ia adalah kolagen. Namun pasti anda semua merasakan bahawa anda telah mengetahui sepenuhnya tentang kolagen. Adakah benar ? Apakah perkara lain yang perlu anda ketahui ? Teruskan pembacaan anda !



Jaringan kolagen beserta Hyalaronic Acid


Kolagen merupakan sejenis kumpulan protein semulajadi yang hadir di dalam haiwan. Ia merupakan sejenis protein yang paling banyak hadir di dalam tisu mamalia dimana ia mewakili 25-35% daripada jumlah keseluruhan protein badan. Ia juga mewakili 70% daripada jumlah sturktur kulit. Sinaran UV, merokok, minuman beralkohol, sinus, kurang menagmbil protein dan kurang meminum air kosong merupakan antara penyumbang utama kepada kemusnahan kolagen di dalam badan. Maka tidak hairanlah bahawa hampir semua masalah kulit sering dikaitkan dengan kekurangan atau kerosakan kolagen. Kolagen terletak di dalam lapisan kulit bawah ( Dermis ) kerana ia bertanggungjawab membina jaringan kulit agar kekal anjal, lembut, lembab dan gebu. Namun tahukah anda, kolagen sendiri tidak kekal di dalam lapisan kulit ? Ia memerlukan bantuan lain seperti Hyalaronic Acid dan elastin untuk kekal di dalam kulit agar tidak termusnah dan mengekalkan kelembapan kulit. Namun, seiring dengan peningkatan usia, kolagen mulai berkurangan secara beransur-ansur. Ini kerana, bermula usia 25 tahun, 1.5% jumlah keseluruhan kolagen akan mulai berkurangan. Maka, sejumlah 50% kolagen akan mulai hilang apabila anda mencecah usia 60 tahun ! Ini menjelaskan mengapa antara kita, terutama wanita akan kelihatan mulai tua, kulit kendur, berkedut, kusam dan berpigmentasi setelah anda mencecah usia 35 tahun dan ke atas! Anda jangan terkejut kerana ia merupakan proses semulajadi badan kerana ketika ini, metabolisma dan pengaruh hormon telah mulai berkurangan. Wanita lebih berisiko terdedah kepada proses penuaan kerana hampir setiap sistem badan mereka dipengaruhi oleh hormon seperti estrogen. Estrogen penting dalam menguatkan tulang dengan mengikat kalsium dan Vitamin D di tulang, menjadikan wanita lebih bernafsu dalam hubungan intim, bertanggunjawab dalam sifat kewanitaan dan sebagainya. Ini menjelaskan mengapa wanita apabila berusia lanjut, mereka lebih terdedah kepada osteoprosis dan mula kehilangan identiti feminin dan kecantikan mereka. 



Wanita & lelaki memerlukan penjagaan kulit yang optimum


Untuk itu, bagi anda, terutama wanita mahupun lelaki yang mementingkan kerjaya dan penampilan, penampilan wajah dan kulit adalah penting dalam menjadikan anda lebih berkeyakinan untuk mendapatkan wajah dan kulit yang muda sama sewaktu usia 20-an. Kolagen juga penting dalam pemulihan sturktur kulit yang rosak termasuk pembaikan parut dan lecur. Tubuh badan akan berusaha memperbaiki sturktur kulit agar kekal seperti normal, namun sekiranya kolagen mulai berkurangan, adakah anda boleh menjamin kulit anda akan terus kekal pulih seperti biasa sekiranya terdapat parut ? Ini menjelaskan mengapa terdapatnya pembaikan parut yang kurang memuaskan iaitu parut yang hodoh dan mendalam. Bagi mengatasinya, kolagen diperlukan untuk menjadikan penampilan parut lebih licin dan samar. Walaupun ia tidak membantu sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya ia mampu menjadikan penampilan parut anda tidak terlalu hodoh.

Terdapat satu fakta yang ramai tidak ketahui, kolagen bukan sahaja terletak di kulit, namun hampir setiap bahagian badan terutama yang terdapatnya tisu sambungan ( connective tissue ). Sehingga kini, saintis telah mengenalpasti sehingga 28 jenis kolagen dan lima daripadanya adalah yang paling umum dan banyak di dalam badan iaitu Jenis 1 -5. Walaubagaimanapun, daripada 5 yang utama, Jenis 1 merupakan yang paling banyak sehingga mewakili 90% daripada jumlah keseluruhan kolagen badan. Setiap jenis kolagen mewakili fungsi yang berbeza dalam tubuh badan. Walaubaimanapun, saya hanya akan menyenaraikan lima jenis yang utama yakni, Jenis 1-5 kerana fungsinya terhadap badan amat penting dan utama. 

Jenis 1 : Penting untuk tulang, tendon, organ dan kulit
Jenis 2 : Penting untuk rawan 
Jenis 3 : Fiber reticular ( sejenis tisu sambungan )
Jenis 4 : Penting untuk pembinaan asas membran sel
Jenis 5 : Penting untuk permukaan sel, rambut dan placenta

Kelima-lima jenis kolagen ini terdapat di bahagian tubuh yang dinyatakan dan ia terkumpul mahupun penting di bahagian ini bagi menjadikan fungsi organ dan badan kekal normal dan baik. Peningkatan usia menjadikan kawasan utama ini mulai terdedah kepada kerosakan, maka, tidak hairanlah risiko osteoprosis, sakit sendi, masalah rawan dan lutut juga kulit mulai bermula. Maka, anda mungkin mengalami masalah ini lebih-lebih lagi usia anda mula melebihi 35 tahun dan ke atas. Untuk itu, anda memerlukan penyelesaian dan ini dapat diatasi dengan pengambilan supplement luaran. Memandangkan kolagen terdapat di dalam kulit mamalia mahupun sisik ikan, maka ia boleh diambil melaui sumber ini. Dalam kebanyakan sumber ini, sisik ikan paling menjadi pilihan kerana ia lebih mudah diekstrak dan prosesnya tidak begitu rumit berbanding kulit mamalia kerana ia melibatkan sumber ketelusan terutama halal yang kurang diyakini. Kolagen sisik ikan bersumberkan sisik ikan marin mahupun air tawar. Dos saranan sehari untuk memperbaiki dan mengantikan kolagen yang hilang adalah serendah 5000mg sehari dan boleh mencecah sehingga 10 000mg mahupun lebih. Sekiranya diambil lebih, ia akan dibuang melalui saluran kencing kerana kolagen adalah larut air. Kini, terdapat pelbagai produk kolagen di pasaran Malaysia dan ada di antaranya terdapat tambahan bahan aktif lain termasuk antioksida dan vitamin bagi meningkatkan kesan yang diingini. Anda mesti tertanya-tanya, apakah produk kolagen terbaik dan saya akan menyenarikan beberapa jenis produk kolagen yang dinyakini setelah dianalisis oleh saya. Namun perlu ingat ! Ini hanya cadangan saya, terdapat banyak lagi produk kolagen di pasaran dan anda boleh mencubanya. Apa yang saya senaraikan di sini adalah setelah dianalisis serta dibuat perbandingan oleh saya melalui kualiti, harga dan sebagainya. Berikut adalah senarainya : 




AuraWhite 


AuraWhite : Ia merupakan salah satu daripada inovasi kolagen di Malaysia kerana ia menggabungkan kolagen, Glutathione, sel stem dan Hyaloronic Acid dengan berat keseluruhan mencecah 900 000 mg ! Ia menjadi fenomena hangat di Malaysia kerana kebanyakan pengguna menunjukkan kesan pencerahan dan kemulusan kulit yang sangat drastik. Mak tidak hairanlah ia menjadi pilihan NO.1 saya dalam produk berasaskan kolagen di pasaran Malaysia kerana harganya yang mampu milik dengan dos yang sangat tinggi




Maixara C-Sential


Maixara C-Sential : Salah satu daripada fenomena ajaib masa kini. Seperti AuraWhite, ia juga produk Malaysia yang mendapat tempat di hati pengguna. Dengan gabungan kolagen, Glutathione, Vitamin C dan Hyalaronic Acid dengan dos setinggi 10 000 mg dalam setiap tablet. Ia merupakan salah satu inovasi yang sangat mengujakan kerana gabungan Vitamin C dengan kolagen sangat berkesan dalam menghasilkan kolagen secara semulajadi.




Eskayvie Radianze



Eskayvie Radianze : Sebelum ini, saya sama sekali tidak mengetahui akan produk ini. Namun terima kasih diucapkan kepada salah seorang pembaca setia blog saya yang memperkenalkan saya dengan kewujudan produk ini. Apa yang membuatkan saya agak berminat dalam meletakkan produk ini dalam senarai saya ialah, ia merupakan sebahagian kecil produk kolagen yang diiktiraf di USA, Eropah dan Jepun. Ia juga memenangi anugerah kecermelangan tertinggi yang menjadi pilihan dunia, Anugerah Frost & Sullivan bagi kategori inovasi produk. Eskayvie Radianze bukan sahaja mengandungi kolagen, namun ia mengandungi Astaxanthin dan pemegang paten AstaReal di pasaran dunia. Seperti yang sedia maklum, Astaxanthin merupakan antioksida terkuat di dunia. Ia juga mengandungi ekstrak Prunus Persica dan Vitamin C yang bertindak menghasilkan kolagen dan sebagai antioksida juga. 



Inner Shine Ruby Essence



Inner Shine Ruby Essence : Ia menjadi antara pilihan utama saya terutama saranan kepada wanita. Jika sebelum ini, Inner Shine hanya mengeluarkan produknya yang berasaskan ekstrak biji anggur terhadap kesihatan mata dan kulit, namun kemunculan Ruby Essence seolah-olah membuka lembaran baharu dalam revolusi Inner Shine untuk kejelitaan wajah dan kulit, juga perlindungan badan yang menyeluruh. Inner Shine Ruby Essence mengandungi 2 komponen utama dan semestinya Astaxanthin menjadi pilihan. Ia menggunapakai paten AstaReal dan menggabungkan kolagen. Walaupun harganya agak mahal namun ramai pengguna sangat berpuas hati dengan pengambilan produk ini kerana kesannya yang cepat terutama bantuan Astaxanthin yang sangat berkuasa.


Kinohimitsu : Siapa yang tidak kenal akan jenama No.1 di Jepun dan Malaysia ini. Walaupun ia agak mahal dan mendapat saingan daripada produk-produk lain, namun ia masih bertahan di pasaran kerana inovasi dan teknologi Jepun membantu menghasilkan produk yang sangat berkualiti. Produk kolagen Kinohimitsu terdiri daripada beberapa jenis namun saya ingin menyentuh 5 jenis produk yang sangat inovatif ini. 

1) Kinohimitsu Japan Beuty Drink : Ia menggabungkan kolagen, Perilla Seed, Seed Protein, Isoflavone 3 jenis buahan, epal, lemon dan laici


Kinohimitsu Japan Beuty Drink


2) Kinohimitsu Collagen Diamond 5300 Drink : Ia menggabungkan dos kolagen sehingga 5300 mg        ( tertinggi ) beserta Perillia Seed, Seed Protein, Isoflavone dan 3 jenis buahan, epal, lemon dan laici



 Kinohimitsu Collagen Diamond 5300 Drink


3) Kinohimitsu Japan Beuty BB Drink : Ia mengandungi pati sarang burung yang mengandungi sumber kolagen dan amino asid yang baik untuk keremajaan kulit. Gabungan rawan ayam yang merupakan sumber uatam Hyalaronic Acid juga dapat menjadikan kulit kekal lembab. Apa yang lebih mengujakan, produk ini menggunapakai yis yang telah ditapaikan. Ia merupakan sumber utama antioksida anti penuaan terulung, CoQ10. Gabungan Vitamin C dan Rice Bran juga membantu menjadikan produk ini lebih terserlah dan berkualiti.



 Kinohimitsu Japan Beuty BB Drink


4) Kinohimitsu Japan Beuty Collagen Men Drink : Produk yang khas untuk lelaki! Ia mengandungi kolagen, Perilla Seed, Cactus Extract, Hyalaronic Acid dan Wheat Dextrin. Ia diformulasikan khas untuk lelaki dan hasilnya ketara dalam 7 hari sahaja.



 Kinohimitsu Japan Beuty Collagen Men Drink


NH Colla Plus Advance : Ia merupakan antara produk pilihan saya. Walaupun harganya agak mahal, namun kesan yang diberikan sangat mengujakan. Ia mengandungi kepekatan OPC antara tertinggi di pasaran Malaysia dalam bentuk formulasi minuman yakni sehingga 95% ! Ekstrak biji anggur dan 6000mg kolagen menjadikan produk ini antara terbaik di pasaran Malaysia




NH Colla Plus Advance


Iz Pure Collagen : 100% produk Bumiputera dengan menggunakan formulasi dan teknologi dari Perancis, ianya mengandungi kepekatan kolagen Jenis 1-3 yang paling tinggi di pasaran Malaysia. Ia adalah 99.9% kepekatan kolagen asli dengan dos 10 000mg kolagen di dalam setiap sachet. Dalam tempoh 3-4 hari anda akan dapat melihat perubahan positif selepas pengambilan produk ini. Walaupun rasanya agak sedikit hanyir, namun ia tidak begitu menggangu kerana sekali anda mencuba, anda pasti mahukannya secara berterusn. 



Iz Pure Collagen

Total Image Collagen Drink Jumbo Pack : Ia merupakan antara alternatif lain untuk produk kolagen. Apa yang lebih menakjubkan, harganya lebih berbaloi untuk kadungan di dalamnya. Ia mengandungi campuran 20 jenis bahan aktif yang bertindak sebagai antioksida dan paling penting campuran Vitamin dan juga ekstrak teh hijau. 

Total Image Collagen Drink Jumbo Pack


Kesemua produk-produk kolagen di atas adalah antara cadangan dan perbandingan yang dibuat oleh saya. Namun, anda masih boleh memilih produk lain yang anda rasakan bersesuaian. Diharap ini dapat membantu ande memilih produk yang terbaik dan dapat memuaskan hati anda. Kolagen, anda pelrukan mereka untuk kesihatan yang menyeluruh.


p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.



Selasa, 21 Mei 2013

Milk Thistle : Tonik Hati No. 1


Milk Thistle, anugerah alam paling mujarab untuk kesihatan hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca setia blog saya. Sudah lama saya tidak mengemaskini entri terbaharu saya kerana saya semenjak kebelakangan ini mendapat berpuluh soalan daripada pembaca di blog mahupun fan page kesihatan saya. Saya berasa bersyukur kerana ramai mula peka terhadap kepentingan antioksida dalam kehidupan seharian juga ada yang bertanya tentang cara pengambilan ubat-ubatan yang betul dan pantang larang yang harus dipatuhi semasa mengambil ubatan. Saya ucapkan terima kasih semua di atas sokongan tidak bebelah bahagi anda dan sama-samalah kita menjaga kesihatan yang optimum dengan mengamalkan pengambilan sumber alam yang menyimpan seribu satu rahsia dan membawa seribu satu rahsia terhadap kesihatan kita. Memandangkan banyak soalan yang dikemukan, ada juga yang ingin bertanya secara peribadi tentang produk-produk supplement dan kesihatan, juga ubat-ubatan, maka anda boleh berbuat demikian di Fan Page ini dan sila LIKE untuk mendapatkan update terbaharu setiap hari berkaitan topik kesihatan di wall Facebook anda. Baiklah, hari ini saya ingin mengetengahkan sebuah lagi topik kesihatan yang menjadi bualan ramai. Pada asalnya saya tidak mahu membicarakan topik ini secara umum kerana ia agak kompleks, namun ramai yang bertanya ketika saya mencadangkan kepada mereka untuk memulakan program detoks dengan mengambil bahan ini. Ia adalah Milk Thistle, sejenis herba yang mendapat jolokan Bunga Antidot ( Antidote Flower ) di beberapa negara Barat. 


Milk Thistle merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang meyerupai daisi. Ia banyak didapati di negara beriklim Mediterranean seperti Eropah. Walaupun ia sejenis tumbuhan berbunga yang agak renek namun khasiatnya terhadap kesihatan sangat meluas. Banyak kajian menunjukkan ia mengandungi Silymarin, sejenis flavonoid yang bertindak sebagai kimia organik yang bukan sahaja bertindak sebagai antidot kepada masalah keracunan cendawan dan mabuk teruk, tetapi ia juga memiliki kuasa antioksida yang sangat kuat terutama hati. Manfaatnya terhadap kesihatan dan perlindungan hati telah dikatalogkan selama 2000 tahun dan ia terus dikaji secara mendalam sehingga hari ini. Berikut adalah amalan yang menyumbangkan kepada masalah hati terbeban dan berkarat :

1) Pengambilan alkohol
2) Pengambilan Paracetamol ( Panadol ) secara banyak dan berterusa
3) Pengambilan antibiotik dan lain-lain ubat secara berpanjangan
4) Banyak mengambil makanan berlemak
5) Suka tidur lewat malam
6) Kurang minum air ( 3-6 liter sehari )
7) Banyak minum minuman berkafein ( Coke )
8) Banyak mengambil bahan berpengawet tinggi
9) Banyak mengambil makanan segera
10) Banyak mengambil makanan bergoreng 



Peringkat masalah hati



Silymarin yang terkandung di dalam Milk Thistle diekstrak daripada bijinya dan dianggarkan ia mengandungi 65-80% Silymarin ( secara kering ). Banyak kajain menunjukkan bahawa Silymarin sangat berguna untuk merawat masalah hati termasuklah sirosis hati, Hepatisis C dan pendetoks hati terunggul. Apa yang paling mengujakan saya ialah, Silymarin mampu membersihkan hati juga menghasilkan sel hati yang baru ! Tidak terhad di situ, sebuah kajian menunjukkan bahawa pengambilan Milk Thistle secara berterusan selama beberapa bulan dapat meningkatkan penghasilan Glutathione secara semula jadi ! 

Ini disebabkan, kuasa antioksida, perlindungan dan penyahtoksik yang dibawa oleh Silymarin di dalam Milk Thistle mampu merawat dan menjaga setiap sel hati untuk kekal sihat daripada sebarang penncemaran, Selain itu, Silymarin juga mampu menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan tahap kerintangan insulin terhadap gula di dalam badan. Disebabkan ini, saya menjadikan Milk Thistle sebagai pilihan No. 1 saya dalam memulakan proses detoks kerana manfaatnya yang jelas terhadap hati. Anda juga perlu ingat, setelah hati bersih, barulah penghasilan Glutathione mampu dijalankan secara efisien kerana hati yang terbeban menyebabkan masalah yang teruk kepada penghasilan Glutathione. Adakah anda menghidapi maslaah berikut :

1) Mata berair dan letih
2) Kulit yang mudah merengsa
3) Sakit bahagian belakang badan
4) Wajah kusan dan lesu
5) Kecenderungan untuk lebih tidur dan penat setelah menjamah makanan terutama selepas makan tengah hari
6) Kulit lebih mudah beruam
7) Masih berasa letih walaupun telah tidur 7-8 jam sehari 
8) Sengal-sengal 
9) Rambut mudah gugur
10) Mata atau bewarna kuning
11) Mudah berasa mengantuk
12) Cepat hilang tumpuan 
13 ) Perut membusung
14) Susah turun berat badan walaupun selepas berdiet

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, kemungkinan hati anda terbeban. Milk Thistle dapat membantu anda. Namun, ingin saya ingatkan bahawa pengambilan Milk Thistle dengan apa-apa jenis ubat adalah tidak digalakkan sama sekali memandangkan Milk Thistle mampu meningkatkan kesan metabolisma di dalam hati. Ini dikhuatiri akan menganggu kesan ubat terhadap badan samada menjadi negatif kepada badan. Oleh itu, saya sarankan anda jarakkan pengambilan 2-4 jam selepas mengambil Milk Thistle. Berkaitan dengan pemilihan produk, sila pastikan anda memilih kandungan aktif Silymarin di dalamnya adalah 70-80%. Bagaimanapun peratusan 80% adalah lebih baik dan pekat untuk kesan yang lebih optimum. Anda boleh memilih sebarang jenama Milk Thistle di farmasi, kedai kesihatan dan seumpama dengannya. Jadi, adakah anda tergolong di dalam masalah di atas ? Perlukan bantuan ? Milk Thistle adalah jawapannya !


p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.