Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 19 September 2012

Oat : Kebaikan Dalam Setiap Hidangan


Bijirin penuh nutrisi, Oat

Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog setia saya. Hari ini saya ingin membicarakan satu topik yang saya rasa ramai sudah mengetahuinya namun, masih kurang kesedaran tentang kebaikan dan manfaat yang mampu diberikan oleh makanan ini. Apakah ia ?

Oat...

Dengar sahaja nama oat, pasti ramai memalingkan muka, mahu termuntah dan tidak lari juga yang 'kembang' tekak apabila melihat, mendengar dan meghidu bau serta rasa oat ini. Lihatlah, betapa hebatnya penangan oat ini sehingga ramai yang tutup hati melihat makanan bernama oat ini. Tetapi, tahukah anda, Tuhan itu menciptakan sesuatu dengan bertujuan memberi manfaat kepada hamba-Nya ?

Jadi pada hari ini, saya akan membincangkan tentang 1001 rahsia dan manfaat oat kepada kesihatan manusia. Mana tahu, setelah anda membaca entri ini, mungkin pandangan anda terhadap oat bakal berubah ? Mari kita saksikan !!!


Pokok oat

Oat merupakan sejenis gandum yang banyak ditanam di ladang-ladang gandum dunia seperti di Rusia, Kanada, Australia dan Amerika Syarikat. Ia merupakan satu-satunya gandum paling berkhasiat di dunia yang mengandungi pelbagai nutrient dan zat-zat penting untuk tumbesaran termasuklah protein, Vitamin B, kalsium dan magnesium. Ia mengandungi peratusan serat yang paling tinggi dalam kelasnya malah jauh mengatasi kultur hidup lain seperti minuman probiotic dan nasi.

Di negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Kanada, oat menjadi hidangan harian mereka kerana komposisi protein nya yang jauh dan kaya malah mengatasi segelas susu. Ini juga mengandungi karbohidrat yang tinggi dan ini menjelaskan sesiapa yang mengambil oat pada sebagai sarapan pagi mereka akan berasa kenyang sehingga 4-6 jam berikutnya !!!

Tetapi tahukah anda bahawa oat merupakan salah satu daripada 3 makanan di dunia mampu menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah dengan effektif ?

Pasti ramai tahu akan fakta ini namun masih kurang penjelasan mengapa dan bagaimana ia bertindak. Oleh itu, ramai pesakit darah tinggi,koleterol tinggi, sakit jantung dan diabetis lebih gemar mengambil preskripsi harian ubatan mereka berbanding sumber semula jadi seperti oat tanpa mengetahui kesan buruk ubat-ubatan ini. 

Untuk pengetahuan, ubat darah tinggi seperti amlodipine mampu memberi kesan yang buruk kepada kadar denyutan jantung untuk jangka masa yang panjang. Ubat penurun kolesterol paling berjaya di pasaran dunia, Lovastatin, Simvastatin dan Atorvastatin pula lebih parah. Ia boleh menurunkan paras antioksidan semula jadi badan, CoQ10 secara mendadak walaupun dengan hanya sekali pengambilan. Ini menjelaskan mengapa ramai pesakit yang mengambil ubat ini mengadu sakit-sakit otot, pening kepala, keletihan dan lesu dan sebagainya. Ubat diabetis seperti metformin pula boleh mengakibatkan masalah berkaitan pencernaan dan gangguan usus yang serius.

Kebaikan Oat diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Maka, anda memerlukan alternatif semula jadi dalam menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah anda tanpa menghadapi sebarang kesan sampingan. Jawapan ini terletak pada oat.

Oat mengandungi Beta-glucan, sejenis bahan aktif yang berfungsi sebagai pengikat kolesterol paling mujarab di dunia. Fakta paling utama yang perlu anda ketahui ialah, 80% kolesterol dihasilkan di hati dan 20% lagi melalui makanan. Ini menjelaskan mengapa ramai yang cuba mengawal pemakanan mereka tetapi 'gagal' kerana tidak mengetahui fakta yang sebenar kerana kolesterol banyak dihasilakan di hati dan bukan melalui pemakanan. Oleh itu, kita harus mencari punca utama kolesterol itu dihasilkan dan mengawal 'kilang hati' daripada terus mengeluarkan kolesterol secara berlebihan ke dalam dalam.

beta-glucan yang terkandung di dalam oat bertindak seperti vakum kolesterol dengan bergabung bersama kolesterol dan membuangnya keluar melalui saluran najis. Tidak setakat itu, ia juga bergabung dengan asid hempedu untuk mengelakkan penyerapan semula kolesterol ke dalam darah. Ini menjadikan oat serat yang 100% sihat dan mampu menurunkan parasa kolesterol darah dalam hanya 30 hari !!!

Beta-glucan juga mampu menurunkan paras gula dalam darah dengan meningkatkan pertahanan dan imuniti badan agar tidak kebal terhadap insulin. Disebabkan itu juga, Beta-glucan mampu meningkatkan serta mengelakkan alahan daripada berlaku kerana ia memiliki sifat anti alahan dan penguat imun badan terunggul.
maka, sesiapa yang mengalami masalah alahan, anda sisyorkan mengambil oat setiap hari dan lihatlah hasilnya.

Disebabkan oat merupakan serat yangs angat larut, maka ia mampu melancarkan pergerakan usus untuk membuang sisa tinja yang terperangkap di usus. Ini sesuai untuk mereka yang menhgadapi masalah sembelit dan buang air tidak lawas.

Saya memilihi Instant Oatmeal kerana senang dimasak

Rasa ?

Ketika saya mula mengambil  semangkuk oat, saya hampir termuntah kerana rasanya yang seperti payau dan agak meloyakan. Oleh itu, saya cuba menukar sedikit menu tersebut dengan campuran susu dan gula. Semakin hari, saya mengurangkan pengambilan gula dalam semangkuk oat dan akhirnya saya mampu memakan oat yang hanya dididihkan dengan air panas. Sudah pasti rasanya agak meloyakan pada mereka yang mula-mula berjinak dengan oat. Tetapi, saya mahu mendapatkan kebaikan pengurangan kolesterol dan gula oleh yang demikian saya makan dengan bancuhan air panas kosong sahaja. 

Mula-mula agak payau rasanya, tetapi setelah biasa dengannya, saya merasakan adalah lebih sedap tanpa apa-apa tambahan kecuali buah-buahan sebagai perasa dan pelengkap keenakan oat.

Oleh itu, tunggu apa lagi, nikmatilah hidangan oat pertama anda hari ini dengan harapan SIFAR penyakit jantung



p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.

Selasa, 18 September 2012

Tocotrienol : Kehebatan Luar Biasa Vitamin E





Struktur Tocotrienol


Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog setia saya. Sudah beberapa minggu saya tidak mengemaskini entri terbaharu blog ini. Memandangkan saya sibuk mengahapi peperiksaan pertengahan semester dan cuti selama seminggu, perasaan 'malas' mula bertapak di hati. Namun, saya harus kuatkan semangat untuk menerbitkan seberapa banyak entri di blog ini memandangkan semenjak saya membicarakan  topik berkaitan kesihatan, trafik blog saya naik mendadak. Ini mengejutkan saya dan membuka mata saya untuk berkongsi seberapa banyak ilmu serta info kesihatan khususnya dalam produk-produk berasaskan sumber semula jadi, makanan tambahan serta organik yang sememangnya terkenal dengan sifat antioksidannya yang tidak terdapat di dalam priskripsi moden.

Baiklah, pada kali ini saya ingin membicarakan tentang satu topik yang agak lazim dalam dunia kimia. Pada sesiapa yang mengambil perkhususan kimia atau biokimia, mereka pasti pasti pernah mendengar tentang Tocotrienol. Namun, ada dalam kalangan mereka yang tidak sedar tentang kebaikan antioksidan ini memandangkan kajian yang dilakukan terhadap bahan ini sangat sedikit, yakni kurang daripada 1% daripada kajian berkenaan Vitamin E.

Apakah itu Tocotrienol ?

Tocotrienol merupakan kumpulan Vitamin E yang wujud secara semula jadi di kebanyakan persekitaran terutama di dalam tumbuh-tumbuhan. Secara umum, Vitamin E boleh terbahagi kepada dua famili yang besar iaitu Tocopherol dan Tocotrienol. bagi setiap famili Tocopherol dan Tocotrienol, terdapat jenis yang berbeza mengikut struktur mereka. Ia termasuklah alpha, beta, delta dan gamma. Keempat-empat jenis ini wujud dalam setiap famili Vitamin E. Tetapi apakah yang membezakan Tocopherol dan Tocotrienol ? Jawapannya terletak pada struktur mereka sendiri.


Tocotrienol lebih pendek dan singkat berbanding Tocopherol yang lebih panjang

Vitamin E merupakan sejenis vitamin yang berstruktur lipid yakni berlemak. Ia memiliki 'kepala' dan 'ekor' yang menjadikan struktrurnya unik. Tocopherol memiliki kepala yang besar dan ekor yang lebih panjang manakala Tocotrienol sebaliknya. Ini menjelaskan mengapa Tocotrienol mampu melindungi permukaan sel dengan lebih dalam berbanding Tocopherol memandangkan Tocotrienol lebih kecil dan mempunyai luas permukaan yang lebih besar dalam menembusi lapisan lipid sel dengan lebih cepat, malah ada kajian menujukkan bahawa daya penembusan Tocotrienol adalah 50% lebih pantas berbanding Tocopherol.

Namun harus diingatkan bahawa tidak semua jenis Tocotrienol adalah sama kerana setiap daripadanya adalah berbeza kekuatan serta fungisnya yang tersendiri. Kajian menunjukkan bahawa dalam empat jenis Tocotrienol yang wujud, hanya delta-Tocotrienol sahaja disahkan paling kuat dan mujarab diikuti gamma-Tocotrienol. Kedua-dua gabungan ini menjadikan Tocotrienol sangat berkuasa dan mampu bertindak sebagai komponen Vitamin E terkuat pernah ditemui.

Memandangkan hampir 99% kajian Vitamin E menfokuskan kepada alpa-Tocopherol, hakikatnya komponen Tocotrienol adalah jauh lebih berkuasa dan dan mujarab. Kajian menunjukkan bahawa Tocotrienol adalah 60 kali lebih kuat berbanding Tocopherol. Tocotrienol juga dapat membantu mereka yang menghadapi masalah jantung, kolestrol tinggi serta mahu memiliki kulit yang cantik berseri.


Tocotrienol bertindak sebagai 'Pengganti Statin Terulung' 

Dalam satu kajian yang dijalankan, Tocotrienol mampu mengurangkan paras kolestrol sehingga 31% dalam 4 minggu. Kajian lain juga menunjukkan bahawa ia hampir menyamai tindakan ubat penurun kolesterol popular, Statin. Statin sememangnya merupakan sejenis ubat penurun kolesterol terbaik dan paling effektif dalam menurunkan kolesterol. Namun kesan sampingan yang terpaksa ditanggung kepada mereka yang mengambil ubat ini ialah, sakit-sakit otot, pening kepala, mudah berasa penah serta lemah nafsu syahwat. Berbeza dengan Tocotrienol, hanya jenis delta dan gamma Tocotrineol sahaja yang mampu bertindak seperti statin tanpa mendatangkan kesan-kesan tersebut.


Pigmentasi, tona kulit tidak sekata dan parut yang dalam dapat 
diatasi dengan pengambilan Tocotrienol

Selain itu, antioksidan ini juga sangat berkuasa dalam pembaikan sel. Sememangnya diketahui ramai bahawa Vitamin E sangat penting dalam menghentikan penuaan kulit, menjadikan kulit lebih halus serta kurang pigmentasi. Berbeza dengan Tocotrienol, ia mampu bertindak lebih jauh ke dalam sel berbanding Tocopherol. Ini menjelaskan mengapa ia 60 kali lebih berkuasa daripada Tocopherol. Tocotrienol juga mampu bertindak sebagai penampan sinaran UV matahari secaa semula jadi sekiranya diambil sebelum pendedahan cahaya matahari. Ia mampu merencatkan enzim Tyrosinase yang bertindak sebagai pigmen penggelapan kulit. Antioksidan ini termendap di dalam lapisan lipid sel dan mengelakkan berlakunya oksidasi lipid yang membawa kepada kulit yang kurang bermaya, mencegah pemusnahan kolagen dan menjadikan lapisan dermis kulit lebih anjal.

Kehebatan antioksidan ini tidak terhad di sini, pengambilan Tocotrienol secara konsisten mampu mengurangkan tekanan di dalam salur darah dengan berkesan terutama kepada pesakit diabetis. Pesakit diabetis menghadapi masalah paras gula yang tinggi dalam darah. Ini sekaligus menjejaskan kelenturan saluran darah dan pada masa yang sama meningkatkan tekanan darah tinggi. Secara dasar, salur darah masih tidak cukup terjejas secara mendadak kepada pesakit diabetis kecuali salur darah utama ( arteri ) di jantung. Kapilari darah lebih terjejas memandangkan ia terpaksa menampung tekanan darah yang tinggi dan juga kepekatan gula yang melampau sedangkan kapilari darah sangat halus. Dinding kapilari hanyalah sebesar sel dan tanpa diragui ia boleh pecah dengan mudah. 


Mata, anugerah Tuhan yang tidak ternilai

Di dalam kes diabetes, paras gula yang tinggi menyebabkan pesakit terpaksa mengalami masalah tekanan kapilari yang melampau dan ini menjelaskan mengapa ramai pesakit diabetes menghidapi masalah penglihatan, glucoma atau katarak. Mata merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai, ia dihubungkan dengan ribuaan kapilari yang memberi nutrien dan oksigen dalam membantu penglihatan kita cerah dan sempurna.Namun, paras gula yang tinggi menyebabkan kapilari ini tersumbat dan menjadikan mata lesu, kurang bermaya, penglihatan semakin kabur dan sebagainya.

Tocotrienol bertindak pada dasar kapilari dalam menjadikan salur kapilari lebih lentur dan fleksibel. Ini sekaligus dapat mengurangkan tekanan pada kapilari dan memberi lebih ruang kepada mata dalam menerima nutrient dengan lebih sempurna. Disebabkan sifatnya yang kuat, ia juga mampu melindungi mata daripada sinaran UV dan radiasi berbahaya. Kesannya, mata akan lebih bersinar dan penglihatan lebih cerah. Tidak terhad di situ, ia juga sangat sesuai kepada sesiapa yang mengalami masalah penglihatan yang serius, silau, mata letih, mudah berair dan seumpama dengannya.

Terlalu banyak keistimewaan serta manfaat Tocotrienol sehingga saya sendiri tidak mampu menulis di entri ini. Persoalannya ? Di manakah saya harus mendapatkan produk ini  ?


Annatto merupakan sumber utama Tocotrienol yang berasal dari Amazon

Tocotrienol banyak diperolehi di dalam tumbuhan yang bersifat lipid atau minyak. Paling ketara adalah pokok kelapa sawit. Ia juga boleh ditemui di dalam beras.Walaubagaimana pun, di antara kesemua sumber utama Tocotrienol ini, hanya terdapat satu pohon yang saya sendiri teruja apabila membaca artikel berkaitan tumbuhan ini. Ia adalah annatto, sejenis tumbuhan liar yang banyak ditemui di hutan hujan tropika Amazon.  Tumbuhan ini menghasilkan buah kecil kemerahan yang kaya dengan karetenoid. Para saintis dan penyelidik pada mulanya hanya beranggapan biasa terhadap tumbuhan ini, namun setelah diteliti secara terperinci, karetenoid yang terkandung di dalam biji merah tumbuhan ini adalah sangat tidak stabil sekiranya terdedah kepada pancara UV. tetapi, berbeza dengan tumbuhan ini, biji merah annatto tidak sama sekali teroksida dan kandungan karetenoidnya tetap stabil walaupun terdedah kepada pancaran UV yang tinggi !!!

Mereka mula mencari dan mencari apakah yang menyebabkan kesemua kemungkinan ini berlaku. Akhirnya mereka mendapati bahawa biji merah annatto yang terkandung karetenoid dan cukup tidak stabil itu sebenarnya dilapisi dan dilindungi oleh Tocotrienol !!! Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah, ia dilindungi oleh 100% delta-Tocotrienol dan gamma-Tocotrienol !!! Secara perbandingan,beras mengandungi 50% Tocopehrol dan 50% Tocotrienol, kelapa sawit pula mengandungi 75% Tocotrienol dan 25% Tocopherol, tetapi, berbeza dengan pohon annatto, ia mengandungi 100% Tocotrienol. Ini menjadikan annatto satu-satunya tumbuhan di dunia yang diketahui mempunyai kandungan Tocotrienol tunggal tanpa Tocopherol dan 90% daripada kandungan Tocotrienol itu adalah delta-Tocotrienol dan 10% gamma-Tocotrienol. 

Bermula dari situ, para penyelidik akhirnya mengakui bahawa Tocotrienol adalah lebih kuat dan berkuasa daripada Tocopherol, komponen Vitamin E biasa yang banyak di pasaran. Ini juga secara jelas membuktikan bahawa Tocotrienol mampu melindungi sel terutama kulit dan badan daripada pancaran matahari dan sinaran UV yang berbahaya disamping memberi kebaikan utama Vitamin E dalam bentuk kesihatan jantung dan paras kolesterol darah yang rendah.


Ikuti temubual bersama Dr. Barrie Tan, pelopor Tocotrienol global 

Walaupun tidak terdapat banyak produk Tocotrienol di pasaran dunia, hanya satu sahaja yang menjadi pilihan saya. Kyani Sunset Tocotrienol. Ia memiliki campuran delta dan gamma-Tocotrienol 100% dari hutan hujan Amazon dan digabungkan bersama Omega-3 dan Astaxanthin. Apa yang lebih membanggakan lagi ialah, Kyani Tocotrienol dipatenkan dan difomularikan sediri oleh salah seorang pelopor Tocotrienol moden dan mendapat jolokan Dr. Tocotrienol. Beliau ialah Dr. Barrie Tan yang telah menjalankan kajian PhD terperinci beliau berkaitan manfaat Tocotrienol. Lebih membanggakan, Dr. Berrie Tan merupakan anak Malaysia yang mencipta nama dalam menjalankan kajian terperincin dan saintifik sehingga kajian dan paten Tocotrienol beliau dijual ke seluruh dunia. Antaranya Amerika Syarikat, Thailand dan beberapa negara Eropah lain. Kini, beliau menjadi pelopor dunia dalam perkembangan Tocotreinol secara meluas di pasaran dunia dan pada masa yang sama beliau juga bertugas sebagai Professor Kimia & Sains Makanan di Universiti Massachusetts, Amerika Syarikat. Amat mengujakan saya kerana sememangnya seorang rakyat Malaysia mampu membawa impak yang besar di mata dunia.

Kyani Sunset, satu-satunya produk Tocotrienol di dunia  yang bersumberkan 
100% delta dan gamma Tocotrienol berasaskan annatto di pasaran dunia

Malangnya, produk ini amat sukar diperolehi di Malaysia memandangkan Kyani kurang memiliki pejabat pengoperasi mereka di seluruh negara. Walaubagaimana pun anda masih boleh mendapatkan produk Kyani Tocotrienol atau lebih dikenali sebagai Kyani Sunset ini melalui agen berhampiran atau kenalan anda.

Memandangkan masalah ini, saya tetap mengambil Tocotrienol sebagai diet tambahan saya tetapi dengan jenama yang berbeza. Saya memilih E-Trienol yang dipasarkan oleh Cosway. Ia merupakan antara alternatif lain dalam mendapatkan produk Tocotrienol di negara ini. Saya lebih menggemari produk Cosway kerana promosi bulanan yang ditawarkan adalah mampu milik lebih-lebih lagi saya masih bergelar pelajar. Bercerita tentang pengalaman saya, saya pada mulanya agak kurang yakin dengan keberkesanan Tocotrienol memandangkan saya telah mencuba AstaPycnogenol. Namun, berdasarkan pembacaan serta kajian artikel yang dibuat oleh saya, saya dapati bahawa adalah lebih baik saya mencuba sesuatu pada harga yang mampu milik memandangkan AstaPycnogenol keluaran Cosway masih dikira mahal memandangkan saya masih seorang pelajar. Dipendekkan cerita, saya membeli E-Trienol pada promosi bulanan yang menawarkan beli 2 percuma 1 botol. Setelah saya mencuba produk ini, saya mula melihat keberkesanannya di mana penglihatan saya semakin jelas.

Pada hari ketujuh, saya dapati tona kulit saya kembali stabil, pigmentasi di lengan dan muka semakin pudar dan kulit saya semakin gebu, seolah-olah dilembabkan dari dalam. saya terus mengambil E-Trienol sehingga minggu kedua dan paling ketara ialah, penglihatan saya tidak lagi silau, semakin cerah, tidak berasa letih dan kurang bermaya, malah mata saya juga tidak lagi kepedihan apabila berjemur dibawah pancaran terik matahari UVA dan UVB. Secara konklusi, apa yang diwar-warkan selama ini adalah benar sama sekali.

Oleh itu, setelah anda membaca entri ini, adakah anda berminat mahu merasai sendiri keajaiban Tocotrienol untuk kulit, jantung serta mata anda ? Pastinya YA dan selamat mencuba.



p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.

Sabtu, 1 September 2012

Glutathione : Manfaat untuk Setiap Sel Badan

Struktur 3D Glutathione 

Pernahkah anda mendengar Glutathione ? Apakah manfaat yang dibekalkan oleh antioksidan ini ? Mengapa ia menjadi antara antioksidan yang menjadi buruan terutama para wanita ketika ini ? Secara ringkas, Glutathione merupakan sejenis antioksidan yang dihasilkan oleh badan melalui hati. Ia merupakan gabungan tripeptida yang luar biasa antara Cysteine yang terdiri daripada Kumpulan Amine dan Kumpulan Carboxyl. Pelbagai kajian telah dilakukan untuk melihat keberkesanan Glutathione terhadap tubuh badan kita. Lebih daripada 92 000 journal dan artikel telah diterbitkan dan membuktikan bahawa Glutathione memiliki kekuatan melawan radikal bebas yang sangat memberansangkan dan jauh mengatasi Vitamin C dan E !!!


Antara manfaat Glutathione 


Percaya atau tidak, kekuatannya yang jitu menjadikan ia digelar Antioksidan Induk atau Master of Antioxidant kerana ia merupakan satu-satunya antioksidan terkuat yang dihasilkan oleh badan. Malah ia jauh mengatasi kekuatan Asid Alpha Lipoic dan Melatonin !!! Glutathione juga banyak ditemui di dalam mitokondria ( kilang tenaga sel ) dan antara sel-sel yang memiliki kadar mitokondria tertinggi ialah sperma, sel otot, otot jantung dan sel otak. Kebaikan Glutathione bukan sahaja terhad dalam penghasilan tenaga badan namun ia juga bertindak sebagai antioksidan terunggul. Ini didorong dengan pemilikan Kumpulan Thiol yang bertindak sebagai agen penurun dalam mengitar semula antioksidan-antioksidan serta sel-sel badan yang hampir musnah, kehilangan proton ( antara struktur sel/antoksidan ) serta bertindak sebagai pelindung radikal bebas yang kuat.


The Master Of Antioxidant


Glutathione mampu mengitar semula Vitamin C & E secara berterusan tanpa bantuan apa-apa agen. Berbeza dengan sesetengah antioksidan, ia tidak memerlukan agen pelindung mahupun agen pembantu dalam melaksanakan tugasnya sebagai antioksidan badan. Ini kerana, struktur Cysteine yang terhadap di dalam Glutathione merupakan komponan asas yang menjadikannya lebih berkuasa. Cysteine merupakan sejenis amino asid yang bekuasa dalam pembaikan sel-sel badan dan bertindak sebagai pelindung semula jadi sel badan. Disebabkan ini, Glutathione dipercayai dapat melawan sel kanser dengan berjaya kerana walaupun ada kajian menunjukkan bahawa ia mampu meniru mekanisma dadah cytotoxic seperti Methotrexate, tetapi ia tidak bertindak dengan membunuh sel-sel baik memandangkan sel-sel kanser merupakan pembahagian sel secara pantas dan ubat-ubat kemoterapi di pasaran akan memusnahkan sel-sel kanser. Malangnya, ubat kemoterapi tidak mampu membezakan sel kanser dan sel baik dengan tepat kerana matlamat utama ubat kemoterapi ialah membunuh apa sahaja sel yang membahagi secara pantas termasuklah folikel rambut. Disebabkan itu, ramai pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi akan menghadapi keguguran rambut ( alopecia ) kerana ia turut terjejas kesan daripada ubat kemoterapi yang digunakan.





 Methotreaxte, antara ubat antikaser paling kerap digunakan dalam rawatan kemoterapi


Berbeza dengan Glutathione, ia mampu mengesan sel kanser dan membezakannya dengan sel baik. Sel kanser memiliki struktur sel yang teroksida dan tidak stabil. Maka, ia membahagikan sel secara rawak dan pantas dan ini menganggu kitaran normal badan manusia dalam menerima sel-sel baharu dengan cepat sehingga ia mampu menjejaskan fungsi organ. Banyak kajian menunjukkan bahawa Glutathione mungkin menjadi kunci kepada rawatan kemoterapi pada masa hadapan memandangkan ia tidak sama sekali menjejaskan sel-sel sihat dan pada masa sama, memusnahkan sel kanser secara berperingkat. Walaupun hasil penemuan serta kajian yang dilakukan adalah berbeza tetapi ia menunjukkan keputusan yang hampir sama yakni, ia mampu memusnahkan sel kanser dengan baik. Masih banyak kajian yang perlu dijalankan dalam menjadikannya ubat yang benar-benar berkesan dalam melawan serta menyembuhkan kanser pada masa akan datang.

Selain itu, antioksidan ini juga bertindak sebagai agen detoksifikasi yang hebat. Glutathione dihasilkan melalui hati dan ia berfungsi dalam mendetoksifikasi hati daripada bahan-bahan kimia beracun, membersihkan sel-sel darah dan 'mencuci' ahti agar lebih sihat dan tidak membebankan. Setiap hari, 150-180 liter darah dibersihkan, dicuci serta ditapis oleh hati. Apa sahaja bentuk, bahan serta molekul yang melalui hati mesti melalui hati untuk dibersihkan dahulu. Ini penting dalam menjadikan bahan tersebut tidak membahayakan tubuh badan kita. Antara bahan yang paling banyak dibersihakn oleh hati ialah darah dan ubat ( drugs ). Setiap kali kita mengambil ubat-ubatan, ia pasti akan dimebolisme oleh hati. Ini penting dalam menjadikan lebihan ubat tersebut dibuang secara selamat daripada badan. Tetapi, sedarkah anda bahawa setiap kali hati anda bekerja, anda sebenarnya membebankan, menjadikannya karat, lemah serta tidak bermaya ?


Hati berparut atau sirosis hati

Ia kerana, sisa perkumuhan yang ditapis melalui hati akan merosakkan sel-sel hati daripada terus tumbuh. Tidak dinafikan bahawa hati merupakan satu-satunya organ badan yang mampu tumbuh secara sendiri tanpa memerlukan apa-apa bantuan atau talian hayat. Tetapi, sekiranya mendapan,toksin serta kotoran yang tertinggal di hati tersebut masih tertinggal, adakah ia mampu tumbuh dengan sempurna ? Perkara inilah yang menjadi perbualan hangat para penyelidik khususnya pakar-pakar perubatan serta hematologi dalam mencari punca sebenar kanser hati mahupun sirosis. Walaupun hati kita rosak sehingga 70% sekalipun, namun kebanyakan daripada kita masih tidak dapat megesan petanda awal hati yang rosak kerana hati masih dapat berfungsi walaupun kerosakan tersebut berlaku. Ini menjadikan kanser hati ataupun sirosis sebagai antara pembunuh senyap No 1 di dunia.

Antara petanda kerosakan hati anda sedang dan telah berlaku ialah, sakit-sakit belakang badan, sengal-sengal otot, mata serta kulit menjadi kuning, kulit yang cepat merengsa, kulit sangat sensitif, alahan yang berpanjangan, muka yang kusam walaupun telah menggunakan produk-produk kecantikan, lingkaran gelap ( eye beg ) di mata, mata yang mudah berasa pedih, berair, ekzema, muka dipenuhi jerawat, masih berasa letih walaupun telah mendapat tidor yang cukup sehingga 8 jam sehari, mudah berasa letih, kepenatan yang melampau selepas pukul 6 petang, berasa letih dan mengantuk selepas makan tengah hari, kaki membengkak, perut membusung, berasa panas badan dan tidak mampu tidur dengan baik pada waktu malam walaupun menggunakan penghawa dingin dan banyak lagi. Ini merupakan antara contoh simptom awal hati anda terbeban dan menghadapi masalah yang serius. Saya percaya ramai dalam kalangan anda menghadapi simptom-simtom di atas namun anda sering berasakan bahawa ianya merupakan perkara normal setelah seharian bekerja atau belajar. Tetapi, perkara yang normal itulah akan menjadi abnormal sekiranya tindakan awal tidak diambil.


Kanser hati peringkat akhir 

Oleh itu, apakah kaitan Glutathione terhadap fungsi hati yang baik ? Sebenarnya, Glutathione merupakan penyelamat dan produk hati yang baik. Dari segi 'penyelamat', antioksidan ini akan menyahtoksik bahan-bahan beracun hati serta membantu hati dalam menapis darah dan memudahkannya membuang bahan-bahan yang berpotensi memberi eksna buruk kepada hati dan badan. Dari segi 'produk hati' pula, Glutathione dihasilkan bertindak dalam mengitar semula antioksidna lain dalam badan dan menjalankan proses-proses anti penuaan serta menyahtoksik badan daripada pencemaran serta melindungi sel-sel badan daripada radikal bebas. Oleh yang demikian, sekiranya hati tidak berfungsi dengan baik, maka ia tidak menghasilkan Glutathione secara menyeluruh dan Glutathione tidak dapat bertindak dengan baik terhadap sel badan.

Walau bagaimanapun, kesan yang paling ketara terhadap pengambilan Glutathione ialah ia mampu mencerahkan kulit badan serta wajah sehingga secerah yang anda mahu ! Ini terbukti apabila Glutathione mampu menghalang penghasilan melanin yang memberi penggelapan warna kulit, Tyrosinase. Ini menjadikan tona kulit anda lebih cerah dan berseri dalam 2-3 minggu. Namun, bergantung kepada individu, kesan pencerahan adalah berbeza dan kesan total diperolehi sekurang-kurangnya 2-3 bulan dengan pengambilan tetap dan berterusan Glutathione. Disebabkan ini, Glutathione sangat popular dalam mencerahkan kulit wajah dan badan sehingga 3 tona warna. Dengan pengambilan berterusan, ia mampu memncerahkan sehingga 5-6 tona warna dalam tempoh 6-8 bulan. Di negara Barat, produk ini sangat popular kerana kebanyakan produk Glutathione terdiri daripada kapsul atau tablet yang hanya perlu ditelan. Tidak seperti sesetengah produk lain, ia perlu disuntik atau diimpilan ke dalam badan anda supaya kesannya kelihatan. 

Kesan pencerahan maksimum !!!

Sekiranya anda berjemur di bawah pancaran cahaya matahari, kulit anda tidak akan gelap, malah anda dapat melihat sendiri ia akan lebih cerah kesan daripada pancaran terus cahaya matahari dan UV yang mencecah kulit anda. Disebabkan itu, produk Glutathione sangat popular dan banyak di pasaran. Pasti anda semu tertanya-tanya dan berkehendak mahukan kulit yang cerah. Tetapi apakah produk Glutathione terbaik yang boleh dipilih ?  




 Glutamax 

Glutamax, ia merupakan paten Glutathione yang dipasarkan di Filipina  dan menggunapakai kepakaran teknologi Jepun dan Sweden dalam penghasilannya. Ia juga menggunapakai teknologi nano dalam memudahkannya diserap lebih baik ke dalam badan. Apakah yang membezakan produk ini dengan produk Glutathione lain ? 

Apa yang membezakan produk ini dengan yang lain secara ketara ialah, ia diperkaya dengan L-glutathione, Basic Glutathione ( Patented ) dan Enriched Glutathione ( Patented ) dalam setiap tablet. Paling ketara adalah  Basic Glutathione yang sangat jarang digunakan kerana proses penghasilannya daripada sumber semula jadi adalah mahal. Basic Glutathione inilah yang menjadi kunci sebenar kepada tindak balas pencerahan serta manfaat-manfaat lain Glutathione di dalam badan kerana antara komponen asasnya, ia terdiri daripada Cysteine yang bertindak sebagai badan asas dan penentu buat komponen Glutathione yang lain. Cysteine juga penting dalam menhyahtoksik serta melindungi sel badan dan membersihkan darah terutama kepada sesiapa yang menghidapi masalah kulit yang berjerawat. 


Masalah kulit seperti jerawat ( pimple + acne ) juga mampu dipulihkan dengan pengambilan Glutamax 

Tetapi masalah utama yang melibatkan pengambilan Glutathione ialah, ia sangat sukar diserap oleh badan kerana Glutathione sangat sensitif lepada perubahan haba, pH ( terutama dalam perut ) serta mikroflora ( bakteria ) yang wujud di persekitaran dinding usus manusia. Ini menjadikan ada antara pengguna Glutathione kecewa serta melaporkan bahawa produk Glutathione yang diambil oelh mereka tidak mendatangkan kesan pemutihan yang jitu sehingga adakalanya memerlukan selama 6 bulan untuk mendapatkan pencerahan tona 2 tona warna. Masalah ini didorong oleh penggunaan Glutathione yang aktif di luar badan. Glutathione haruslah diserap di dalam bentuk L Glutathione atau Reduce Glutathione kerana struktur Glutathione seperti ini adalah lebih berkuasa dan kebal terhadap kerosakan komponen Glutathione. 


Usia dan persekitaran menurunkan paras Glutathione

Sehingga kini, Glutamax satu-satunya produk Glutathione di pasaran yang menggabungkan ketiga-tiga bentuk Glutathione dalam setiap kapsul. Malangya, produk ini tidak dipasarkan di negara ini. Ia hanya boleh didapati di Filipina kerana sememangnya ia dipatenkan dan dihasilkan di sana. Anda boleh membuat pembelian melalui laman web online untuk keterangan lanjut. Diharap info ini sedikit sebanyak membantu anda memilih produk Glutathione terbaik.

p/s : Sebarang pertanyaan, sila kunjungi Fan Page tertera dan dapatkan produk Astaxanthin campuran No.1 DI SINI