Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 16 Mac 2013

Keajaiban Teh Hijau




Teh Hijau

Salam sejahtera semua saya ucapkan, apa khabar anda di luar sana ? Saya harap anda sihat dan sejahtera, mulakan hari anda dengan senyuman. Sudah lama saya tidak mengemaskini blog saya ini memandangkan saya telah pun memulakan latihan amali saya untuk sepanjang tahun ini. Walaupun tidak sesibuk ketika belajar, tetapi kepenatan yang terpaksa ditampung takala habis bekerja menyebabkan saya terus rebah di persada katil. Baiklah, bukan saya mahu menceritakan tentang kepenatan saya, tetapi kali ini saya akan menceritakan tentang sebuah lagi keajaiban sumber semula jadi yang kita sebenarnya terlepas pandang. Sekiranya anda tahu pun, tetapi adakah anda cukup informasi berkaitan dengannya ? Apakah ia ? 

Teh Hijau

Dikenali juga sebagai Green Tea, teh hijau merupakan salah satu daripada tiga jenis teh yang sangat popular di dunia. Secara umum, teh terbahagi kepada tiga jenis, iaitu, Teh Hitam ( Black Tea ), Teh Oolong ( Teh Cina ) dan Teh Hijau ( Green Tea ). Ketiga-tiga jenis teh ini berasal daripada satu-satunya pokok renek yang dikenali sebagai pokok teh, atau nama saintifiknya  Camellia sinensis


Camellia sinensis

Semenjak 4000 tahun selepas penemuan teh, ia merupakan minuman kedua paling banyak diminum di dunia selepas air kosong. Ia dikaitkan dengan pelbagai mitos, lagenda, sejarah peradaban dunia mahupun peperangan. Ia merupakan satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai dan menjadi antara kegemaran penduduk dunia tidak kira budaya, bangsa mahupun agama. Seperti yang nyatakan sebentar tadi, ketiga-tiga jenis teh tersebut berasal daripada pohon yang sama. Tetapi apakah yang membezakannya ? Secara ringkas, ia berbeza antara kandungan antiokxidannya, rasa, warna dan bau. Teh hitam bewarna lebih gelap dan coklat, aromanya lebih harum dan rasanya lebih sedap. Ia merupakan jenis teh yang paling banyak dinikmati oleh manusia. Antara jenama teh yang menjadi kegilaan ialah Boh dan Lipton. Teh oolong pula lebih terkenal dan dinikmati oleh masyarakat Cina terutama mereka yang berusia. Teh ini yang menjadi titik permulaan kepada pengenalan teh sebagai minuman komersial dunia apabila Mahraja China yang ketika itu, sedang duduk berehat dibawah sebuah pohon sambil menikmati minuman baginda, tiba-tiba sehelai daun teh jatuh ke dalam cawan baginda, dan dari situlah baginda jatuh cinta terhadap teh malah menjadikannya sebagai minuman rasmi kerabat diraja berabad lamanya. Teh ini bewarna kurang gelap, seakan-akan perang dan rasanya sedikit pahit.

Seterusnya, teh hijau, jenis teh paling terkenal di Jepun dan Korea. Sebut sahaja Jepun, pasti teh hijau menjadi ingatan. Teh ini benar-benar bewarna hijau seperti daun teh. Berbau agak payau dan rasanya yang pahit. Tetapi, ia sebenarnya mengandungi lebih banyak antioksidan dan lebh bermanfaat walaupun dalam satu cawan. Ini menjelaskan mengapa masyarakat Jepun lebih kurang terdedah kepada penyakit, memiliki kulit yang sangat cantik dan sangat fokus terhadap kerja harian mereka. Mereka juga kurang mendapat kanser berbanding kaum lain di dunia.

Apakah komposisi utama yang sangat berkuasa di dalam teh hijau ?

Jawapannya terletak di dalam struktur kimia teh itu sendiri. Antara bahan-bahan yang boleh ditemui di dalam teh hijau ialah phenol dan asid organik lain. Namun, phenol merupakan kumpulan antioksidan terkuat yang di temui di dalam teh hijau dan jenis phenol yang ditemui ialah Catechin. Catechin juga mempunyai beberapa isomer, yakni jenis-jenis tersendiri, iaitu,  epicatechin (EC), epigallocatechin (EGC),epicatechin gallate (ECG), and epigallocatechin gallate (EGCG)



Struktur Catechin 

Diantara empat jenis isomer ini, EGCG merupakan yang paling kuat menurut kajian saintifik yang dibuat oleh kebanyakan saintis di dunia. Secara umum, Catechin memberi kebaikan dan manfaat kesihatan kepada badan. Antaranya :

1) Mencegah penyakit jantung dan menurunkan parasa kolesterol
2) Membantu melawan radikal bebas
3) Membantu menurunkan berat badan dengan membakar lebih kalori
4) Mencegah hampir semua jenis kanser
5) Melindungi sel-sel otak daripada kerosakan degenerasi seperti Alzheimer dan Parkinson's 
6) Kandungan Catechin di dalamnya juga bertindak sebagai antibakteria dengan melawan pereputan gigi 
    dan mengurangkan masalah nafas berbau. 
7) Mengurangkan dan menstabilkan semula paras gula dalam darah, ini membantu mencegah diabetis 
8) Membantu mendetoks badan dan darah
9) Paling penting, ia mampu bertindak sebagai anti penuaan dan sangat baik untuk kulit

Maka tidak hairanlah masyarakat Jepun kurang mendapat penyakit dan memiliki kulit yang sangat cantik dan bersih kerana walaupun mereka tinggal di negara empat musim, tetapi kadar kelembapan yang tidak stabil boleh menjadikan kulit lebih cepat kering dan ketika musim panas, selar matahari atau sunburn boleh berlaku lebih-lebih lagi, bagi sesiapa yang kurang melanin seperti masyarakat Jepun. Namun, ajaibnya, kulit mereka masih kelihatan seperti biasa. Mengapa ini berlaku ? Sebuah kaji selidik dilakukan di Jepun mendapati mereka menjadikan teh hijau sebagai minuman utama harian mereka selepas air kosong. Apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah, teh hijau dipelbagaikan dalam pelbagai perisa, bungkusan dan rasa. Mereka  menjual minuman ini seperti air mineral yang sangat mudah diperolehi di kedai-kedai, kafe, pasaraya dan sebagainya !!!

Sebagai perbandingan, catechin di dalam teh hijau bertindak sebagai antioksidan yang sangat kuat. Ia mampu mengitar semula Vitamin C kembali menjadi bentuk aktif semula dan ia dikatakan 100 kali lebih berkuasa daripada Vitamin C dan 24 kali lebih kuat berbanding Vitamin E. Disebabkan ia jauh berkuasa berbanding kedua-dua vitamin ini, pelbagai kajian dilakukan untuk mengaitkan keberkesanaan catechin terhadap pencegahan kanser malah menjadi penawar kanser juga. 

Walaupun ia hanya sekadar teori dan tidak dapat dibuktikan oleh kajian saintifik, namun semuanya berubah sama sekali apabila pada tahun lepas ( 2012 ) sekumpulan saintis dari Edinburgh, Scotland berjaya membuktikan bahawa ekstrak teh hijau mampu membunuh sehingga 40% sel kanser dan mengecutkan sehingga 30% sel kanser. Kajian ini mengemparkan dunia perubatan moden kerana mereka berjaya membuktikan bahawa catechin sangat berkuasa dalam melawan sel kanser dan ia terbukti sama sekali. Dengan menggunakan sejenis kaedah saintifik dalam penghantaran catechin ke tapak sel kanser, mereka berjaya membuktikan bahawa ia berkesan membunuh sel kanser hampir separuh daripada bilangan asal. 

Kajian mereka mendapat liputan meluas media seluruh dunia dan mereka berharap agar penawar kanser menggunakan bahan ini dikormesialkan kerana ekstrak ini bukan hanya membunuh sel barah malah ia lansung sama sekali tidak menganggu sel normal yang lain !!! Dan yang paling mengejutkan ialah mereka menggunakan isomer EGCG yang terkenal sebagai pencegah kanser terunggul dan paling kuat.

Tetapi, dalam kalangan kita, ada yang mengetahui bahawa teh juga mengandungi kafein. Walaupun ia hanya separuh daripada secawan kopi, tetapi ramai yang takut untuk meminumnya. Kerana mereka berasakan bahawa kafein di dalamnya akan memberi kesan buruk terutama kepada sesiapa yang tidak suka kafein dan kopi. Anda jangan takut kerana teh hijau merupakan salah satu minuman yang mengandungi Theanine, sejenis bahan yang didatangkan bersama dengan catechin. Ia sangat unik kerana kopi tidak mengandungi Theanine. Theanine berfungsi dalam menjadikan otak lebih mudah tertumpu dan fokus apabila melakukan sesuatu dan mengurangkan kesan kafein. Ia menjadikan tubuh lebih tenang dan oleh itu, sesuai diambil ketika tidur kerana ia merangsangkan tubuh untuk lebih berehat tetapi fokus. Maka tidak hairanlah, sesiapa yang mengambil teh hijau sebelum tidur, mereka akan berasa lebih segar dan tidur yang lebih nyenyak. Ini kerana, Theanine mampu merentasi rintangan darah otak ( Blood brain Barrier, BBB ) dan bertindak di saraf otak tetapi secara lembut, tidak seperti kafein yang mengacu terus saraf otak. 

Setelah anda tahu akan manfaat teh hijau, adakah anda ingin mencubanya ? Katakan YA untuk kesihatan yang menyeluruh pada harga yang mampu milik !!!


Secawan teh hijau sebelum tidur 


Anda boleh memilih pelbagai jenama teh hijau di pasaran, kebanyakkannya boleh diperolehi di Aeon Jusco, farmasi dan pasaraya besar berhampiran. Seelok-eloknya, saya mencadangkan anda memilih yang berlabel ORGANIK atau juga memiliki cop EU Certificate kerana ia diiktiraf organik dan semula jadi.

Nikmati secawan teh hijau anda hari ini dan rasakan kesannya dalam dua minggu !!! Selamat mencuba !!!


p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.

Jumaat, 2 November 2012

Chlorella : Ciptaan Seni Paling Menakjubkan


Struktur seni paling bernilai di muka bumi, Chlorella

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca setia blog saya ini. Sudah agak lama saya tidak mengepos entri terbaharu memandangkan ketika ini adalah bulan peperiksaan. Walau bagaimanapun, saya gigihkan juga semangat saya untuk berkongsi seberapa banyak pos menarik berkaitan dengan kesihatan. Baiklah, hari ini saya ingin bercerita sedikit tentang kebaikan Chlorella. Pasti diantara anda yang pernah mendengar tentang tumbuhan ajaib ini dan pasti ada juga dalam kalangan anda yang lansung tidak pernah mendengar tentang benda ini !!! Anda semestinya umum dengan spirulina tetapi tidak dengan Chlorella. Oleh itu, di dalam entri kali ini saya ingin menerangkan seberapa banyak yang boleh berkenaan dengan ciptaan seni Tuhan ini tetapi ia mampu memberi impak paling besar terhadap kesihatan manusia.



Lautan merupakan sumber utama taburan Chlorella 

Secara ringkas, Chlorella merupakan sejenis algar hijau yang banyak terdapat di lautan utama dunia seperti di Lautan Pasifik dan sekitar lembangan volkanik. Pada awal penemuan alga ini, tidak ramai yang memandang serius akan kebaikan yang boleh diperolehi melalui tumbuhan hijau ini. Namun segalanya terjawab apabila seorang ahli biokimia Jerman, Otto Heinrich Warburg meembuat kajian terhadap respirasi sel alga ini dan ini membolehkan beliau memenangi Anugerah Nobel di dalam Fisologi dan Perubatan pada tahun 1931. Apa yang menarik tentang alga ini ini ialah ia tidak terletak pada saiznya tetapi ia terletak pada kuasa fotosintesisnya.


Otto Heinrich Warburg, manusia pertama berjaya merungkai misteri Chlorella 

Ramai penyelidik percaya bahawa Chlorella merupakan sumber makanan paling 'mewah' dan padat dari segi nutriennya kerana mereka mengteorikan bahawa Chlorella mampu menjalankan keberkesanan fotosintesisnya jauh mengatasi tumbuhan lain di muka bumi ini. Secara perbandingan, ia mampu mencapai 8% keberkesanaan penjanaan tenaga dan sumber makanan berbanding dengan gula tebu !!!

Maka, di sinilah bermulanya era populariti Chlorella kerana ia mampu menjana tenaga dan makanannya melebihi saiznya yang sangat seni. Ramai percaya bahawa ia mampu menjadi penyelamat sekiranya krisis makanan dunia terjadi kelak. Dengan kadar nutrien yang sangat tinggi, khasiat serta manfaatnya turut sama menyumbang kepada kebolehan alga ini terhadap manusia sejagat.

Namun begitu, di dalam kesemua penemuan menakjubkan tentang manfaat Chlorella ini, manfaatnya terhadap badan dan kesihatannya paling mendapat perhatian para penyelidik. Pelbagai kajian dilakukan untuk mengenal pasti sejauh mana manfaat serta kesannya terhadap kesihatan manusia. Rahsia ini terletak pada struktur alga ini yang sangat unik sehingga mampu menarik logam-logam berat seperti merkuri, plumbum dan cadmium di dalam darah dan tubuh badan manusia dan ia mampu membuangnya secara selamat tanpa mendatangkan apa-apa komplikasi yang teruk.

Ini menjadikan Chlorella sebagai bahan detoksifikasi paling berkesan untuk mendetoks badan dan darah manusia. Ia merupakan satu anugerah Tuhan paling bernilai pernah ditemui kerana sememangnya terdapat banyak produk atau bahan-bahan lain yang boleh digunakan untuk mendetoks badan, namun kemampuan Chlorella jauh mengatasi tumbuhan lain dan pada yang sama memberi manfaat dan nutrien penting terhadap tubuh badan manusia.

Kandungan oksigen di dalam tumbuhan seni ini juga sangat mengujakan. Oleh kerana itu, ia mampu menjana chlorophyll pada tahap yang sangat tinggi. Sekiranya kita mengambil Chlorella, maka kita akan memberi kandungan oksigen yang sangat tinggi terhadap sel-sel badan terutama sel darah merah. Chlorella mampu meniru tindakan hemoglobin, iaitu sejenis ko-faktor di dalam darah merah yang membantu membawa oksigen ke sel-sel badan. Sehingga kini, Chlorella merupakan satu-satunya tumbuhan hijau yang mampu membawa dan meniru tindakan hemoglobin secara pukal dan ini sekaligus menambahkan kandungan oksigen di dalam darah serta merta. Maka, tidak hairanlah ia mendapat jolokan 'darah hijau' kerana kemampuannya berbuat demikian.


Chlorella Growth Factor, kunci utama manfaat Chlorella


Kunci utama Chlorella terletak pada Chlorella Growth Factor ( CGF ). Ia merupakan standard yang digunakan dalam menilai sesuatu produk Chlorella itu beserta kandungan nutrien yang terdapat dalamnya. CGF memainkan peranan yang penting kerana ia memberi Chlorella kuasa keberkesanan terhadap Chlorella itu sendiri. Kerana itu, Chlorella mampu membaik pulih sel-sel badan dengan cepat dan pantas. Ia mamapu menghaluskan kulit dari dalam dan luar. Antara kandungan utama di dalam tumbuhan ini ialah karetenoid. Ia merupakan antara jenis-jenis famili Vitamin A yang paling mujarab dalam memberi kesan antioksidan terhadap badan.



Pelbagai jenis sel baru dihasilkan selepas pengambilan Chlorella termasuk sel darah merah 


Maka, secara tidak lansung ia mampu membaik pulih kulit dari dalam dan luar, memudarkan pigmentasi, menjadikan kulit lebih anjal, kurang kedut, memadatkan kolegen dan mendetoksifikasi wajah dan badan secara selamat. Ia seolah-olah memberi nafas kepada sel untuk lebih bertenaga dan segar.



Kulit, organ terbesar manusia

Selain itu, tumbuhan ini juga mampu meneutralkan keasidan badan. Makanan dan minuman mengandungi tahap additive yang tinggim dan ia dimakan oleh kita seharian untuk menjana tenaga selain rasanya yang enak. Namun, tahukah anda bahawa ia sebenarnya meningkatkan tahap keasidan badan ?

Pengambilan Chlorella mampu mencabar kesemua masalah ini memandangkan kandungan Chlorophyll ynag tinggi. Ia akan meneutralkan semula tahap asid di dalam badan dan darah sehingga menjadi alkali semula. Kesannya, anda tidak akan berasa lesu dan lemah seharian. Untuk membuktikan bahawa darah dan tubuh anda berasid, dedahkan diri anda terhadap nyamuk. Lihat perbandingan sebelum dan selepas ( minimun 3 bulan ) mengambil Chlorella, dan pastinya nyamuk kurang cenderung untuk menghisap darah yang sudah alkali !!!



Tablet Chlorella


Terdapat banyak manfaat serta kebaikan Chlorella. Anda masih boleh mencari info-info tambahan terhadap tumbuhan hijau paling bermnafaat untuk umat sejagat ini di carian Google dan sebagainya. Setelah itu, sudah pasti anda teruja dan mahu meneutralkan semula badan anda dan memperoleh fungsi badan yang efisien beserta tenaga yang maksimum, oleh itu saya di sini akan mencadangkan kepada anda produk Chlorella paling terbaik untuk anda mecubanya.

Melalui pengetahuan saya, hanya terdapat hanya 2 jenis produk Chlorella sahaja yang hanya benar-benar menepati kesemua ciri CGF dan nutrien pada paras yang tinggi dengan konsentrasi yang pekat dalam setiap persediaan produk itu sendiri. Ia adalah : 

Yaeyama Chlorella Ishigaki Island & Yaeyama Pacifica 


Keduaa-dua produk ini merupakan produk Chlorella terbaik di dunia yang menepati hampir kesemua krateria utama penghasilan Chlorella secara bermutu tinggi dan tulen. Ia diternak di peraiaran Pasifik yang tulen dan paling bersih di dunia, iaitu di sekitar kepulauan Yaeyama. Ini menjadikan chlorella yang dihasilkan di sini adalah paling bersih dan selamat dimakan memandangkan Jepun sangat mementingkan kualiti dalam setiap produknya.

Malangnya, hanya Chlorella Yaeyama Ishigaki sahaja  yang boleh didapati di negara ini kerana produk Chlorella Yaeyama Pacifica hanya dijual di pasaran Australia sahaja. Bagi memastikan ketulenan Chlorella ini dan paten produk, ia dipek semula untuk menjaga kualiti produk dan kualiti kawalan yang terdapat sepertimana di Jepun. Sehingga kini, seperti biasa, hanya syarikat Cosway sahaja yang memiliki lesen sah pengedaran produk Yaeyama di negara ini. Untuk itu, anda boleh mendapatkannya di mana-mana cawangan Cosway berhampiran anda. 

Nikmatilah keremajaan, tenaga serta kesihatan dari dalam ke luar dengan tablet pertama Chlorella anda hari ini. Sehingga berjumpa lagi !!!


p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.

Rabu, 19 September 2012

Oat : Kebaikan Dalam Setiap Hidangan


Bijirin penuh nutrisi, Oat

Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog setia saya. Hari ini saya ingin membicarakan satu topik yang saya rasa ramai sudah mengetahuinya namun, masih kurang kesedaran tentang kebaikan dan manfaat yang mampu diberikan oleh makanan ini. Apakah ia ?

Oat...

Dengar sahaja nama oat, pasti ramai memalingkan muka, mahu termuntah dan tidak lari juga yang 'kembang' tekak apabila melihat, mendengar dan meghidu bau serta rasa oat ini. Lihatlah, betapa hebatnya penangan oat ini sehingga ramai yang tutup hati melihat makanan bernama oat ini. Tetapi, tahukah anda, Tuhan itu menciptakan sesuatu dengan bertujuan memberi manfaat kepada hamba-Nya ?

Jadi pada hari ini, saya akan membincangkan tentang 1001 rahsia dan manfaat oat kepada kesihatan manusia. Mana tahu, setelah anda membaca entri ini, mungkin pandangan anda terhadap oat bakal berubah ? Mari kita saksikan !!!


Pokok oat

Oat merupakan sejenis gandum yang banyak ditanam di ladang-ladang gandum dunia seperti di Rusia, Kanada, Australia dan Amerika Syarikat. Ia merupakan satu-satunya gandum paling berkhasiat di dunia yang mengandungi pelbagai nutrient dan zat-zat penting untuk tumbesaran termasuklah protein, Vitamin B, kalsium dan magnesium. Ia mengandungi peratusan serat yang paling tinggi dalam kelasnya malah jauh mengatasi kultur hidup lain seperti minuman probiotic dan nasi.

Di negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Kanada, oat menjadi hidangan harian mereka kerana komposisi protein nya yang jauh dan kaya malah mengatasi segelas susu. Ini juga mengandungi karbohidrat yang tinggi dan ini menjelaskan sesiapa yang mengambil oat pada sebagai sarapan pagi mereka akan berasa kenyang sehingga 4-6 jam berikutnya !!!

Tetapi tahukah anda bahawa oat merupakan salah satu daripada 3 makanan di dunia mampu menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah dengan effektif ?

Pasti ramai tahu akan fakta ini namun masih kurang penjelasan mengapa dan bagaimana ia bertindak. Oleh itu, ramai pesakit darah tinggi,koleterol tinggi, sakit jantung dan diabetis lebih gemar mengambil preskripsi harian ubatan mereka berbanding sumber semula jadi seperti oat tanpa mengetahui kesan buruk ubat-ubatan ini. 

Untuk pengetahuan, ubat darah tinggi seperti amlodipine mampu memberi kesan yang buruk kepada kadar denyutan jantung untuk jangka masa yang panjang. Ubat penurun kolesterol paling berjaya di pasaran dunia, Lovastatin, Simvastatin dan Atorvastatin pula lebih parah. Ia boleh menurunkan paras antioksidan semula jadi badan, CoQ10 secara mendadak walaupun dengan hanya sekali pengambilan. Ini menjelaskan mengapa ramai pesakit yang mengambil ubat ini mengadu sakit-sakit otot, pening kepala, keletihan dan lesu dan sebagainya. Ubat diabetis seperti metformin pula boleh mengakibatkan masalah berkaitan pencernaan dan gangguan usus yang serius.

Kebaikan Oat diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Maka, anda memerlukan alternatif semula jadi dalam menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah anda tanpa menghadapi sebarang kesan sampingan. Jawapan ini terletak pada oat.

Oat mengandungi Beta-glucan, sejenis bahan aktif yang berfungsi sebagai pengikat kolesterol paling mujarab di dunia. Fakta paling utama yang perlu anda ketahui ialah, 80% kolesterol dihasilkan di hati dan 20% lagi melalui makanan. Ini menjelaskan mengapa ramai yang cuba mengawal pemakanan mereka tetapi 'gagal' kerana tidak mengetahui fakta yang sebenar kerana kolesterol banyak dihasilakan di hati dan bukan melalui pemakanan. Oleh itu, kita harus mencari punca utama kolesterol itu dihasilkan dan mengawal 'kilang hati' daripada terus mengeluarkan kolesterol secara berlebihan ke dalam dalam.

beta-glucan yang terkandung di dalam oat bertindak seperti vakum kolesterol dengan bergabung bersama kolesterol dan membuangnya keluar melalui saluran najis. Tidak setakat itu, ia juga bergabung dengan asid hempedu untuk mengelakkan penyerapan semula kolesterol ke dalam darah. Ini menjadikan oat serat yang 100% sihat dan mampu menurunkan parasa kolesterol darah dalam hanya 30 hari !!!

Beta-glucan juga mampu menurunkan paras gula dalam darah dengan meningkatkan pertahanan dan imuniti badan agar tidak kebal terhadap insulin. Disebabkan itu juga, Beta-glucan mampu meningkatkan serta mengelakkan alahan daripada berlaku kerana ia memiliki sifat anti alahan dan penguat imun badan terunggul.
maka, sesiapa yang mengalami masalah alahan, anda sisyorkan mengambil oat setiap hari dan lihatlah hasilnya.

Disebabkan oat merupakan serat yangs angat larut, maka ia mampu melancarkan pergerakan usus untuk membuang sisa tinja yang terperangkap di usus. Ini sesuai untuk mereka yang menhgadapi masalah sembelit dan buang air tidak lawas.

Saya memilihi Instant Oatmeal kerana senang dimasak

Rasa ?

Ketika saya mula mengambil  semangkuk oat, saya hampir termuntah kerana rasanya yang seperti payau dan agak meloyakan. Oleh itu, saya cuba menukar sedikit menu tersebut dengan campuran susu dan gula. Semakin hari, saya mengurangkan pengambilan gula dalam semangkuk oat dan akhirnya saya mampu memakan oat yang hanya dididihkan dengan air panas. Sudah pasti rasanya agak meloyakan pada mereka yang mula-mula berjinak dengan oat. Tetapi, saya mahu mendapatkan kebaikan pengurangan kolesterol dan gula oleh yang demikian saya makan dengan bancuhan air panas kosong sahaja. 

Mula-mula agak payau rasanya, tetapi setelah biasa dengannya, saya merasakan adalah lebih sedap tanpa apa-apa tambahan kecuali buah-buahan sebagai perasa dan pelengkap keenakan oat.

Oleh itu, tunggu apa lagi, nikmatilah hidangan oat pertama anda hari ini dengan harapan SIFAR penyakit jantung



p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.