Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 14 Ogos 2014

Isotretinoin : Rawatan Jerawat Moden Pilihan Akhir


Jerawat 

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca dan pengikut setia blog saya. Sudah lama saya tidak mengemaskini blog saya ini memandangkan beberapa masalah dan kekangan yang saya hidapi dan ini menyebabkan saya tidak memiliki masa yang cukup kompetetif dalam menerbitkan entri terbaharu setiap masa. Sebelum saya mengulas dan membincangkan lebih lanjut berkaitan dengan topik perbincangan kita kali ini, terlebih dahulu saya mahu mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca sekalian kerana setelah lebih tiga tahun blog ini diwujudkan, ia berjaya mencatatkan  jumlah capaian lawatan ( visit ) pembaca bagi kategori blog santai Bahasa Melayu, kategori kesihatan dan pengetahuan umum berkaitan kesihatan antara yang tertinggi dan paling pantas berkembang dengan hampir 100 000 jumlah lawatan! Terima kasih saya ucapkan atas sokongan tidak berbelah-bahagi anda semua dan saya akan berusaha dengan lebih lagi untuk menerbitkan lebih banyak topik berkaitan kesihatan. Maka dengan ini, bermula dari saat ini, saya akan menyentuh skop kesihatan yang lebih meluas dan tidak hanya tertumpu kepada satu skop perbincangan sahaja seperti yang dipaparkan sebelum ini. Bagi menyempurnakan anjakan paradigma ini, saya akan mulakan topik perbincangan baharu kita dengan sebuah tajuk entri seperti yang tertera di atas. Tanpa membuang masa, teruskan pembacaan anda.

Roaccutane 


Isotretinoin lebih dikenali sebagai Accutane ( pasaran USA ) juga dikenali sebagai Roaccutane           ( pasaran Eropah dan global ), merupakan sejenis ubat anti jerawat paling terkenal dengan kesan sampingannya walaupun ia menawarkn kesan pemulihan dan penyembuhan yang sangat signifikan. Isotretinoin merupakan sejenis ubat merawat jerawat di dalam kategori Retenoid, iaitu sebahagian daripada keluarga Vitamin A. Namun, ia merupakan sintetik Vitamin A yang dihasilkan untuk merawat masalah jerawat terutama jerawat yang melibatkan kesan nodula dan sista ( cysts ) yang teruk dan kronik. Ia sering ditag dan dijadikan sebagai rawatan pilihan terakhir ( last resort ) dalam merawat masalah jerawat sekiranya SEMUA jenis rawatan termasuk rawatan topikal dan penggunaan antibiotik TELAH GAGAL. Ini kerana, Isotretinoin terkenal sebagai salah sejenis ubat yang memiliki kesan sampingan paling major dan sering menjadi perdebatan dalam penggunaannya. Sebelum kita mengulas lebih lanjut berkaitan Isotretinoin, saya ingin membawa anda mengenali lebih lanjut sejarah penciptaan Isotretinoin dan mengapa ianya cukup berkesan dalam merawat masalah jerawat.

Isotretinoin ditemui secara tidak sengaja sebagai rawatan menangani masalah jerawat kronik pada tahun 1982 oleh seorang ahli dermatologi, Dr. Gary Peck. Pada awal penciptaan dan penemuannya sebagai sintetik Vitamin A, ia diklasifikasikan sebagai ubat merawat masalah berkaitan kulit terutama kanser kulit melanoma. Namun begitu, beliau mendapati kesan toksik yang terdapat di dalam Isotretinoin memiliki sifat pengecutan kelejar minyak dan ini menjadi asas kepada teori dalam merawat masalah jerawat kronik memandangkan, kebanyakan jerawat kronik terutama yang melibatkan rosacea dan sista disebabkan pengeluaran minyak atau sebum yang berlebihaan di kulit. Oleh yang demikian, setelah melalui pelbagai penyelidikan dan percubaan klinikal, akhirnya Isotretinoin dipatenkan di baawah nama dagangan Accutane untuk pasaran USA dan paten ini dimiliki dan dipasarkan oleh sebuah syarikat farmaseutikal terkenal, Hoffmann-La Roche yang berpangkalan di Switzerland. Hoffman-La Roche juga dikenali sebagai Roche merupakan antara syarikat farmaseutikal terbesar di dunia dari segi pulangan dan keuntungan tahunan dan juga saiz dana penyelidikan bagi penciptaan ubat-ubatan generasi baharu terutama ubat berasaskan kimoterapi Trastuzumab ( Herceptin ) yang terkenal, Roche juga memasarkan beberapa ubatan lain termasuk Mycophenolate ( Cellcept ), Recormon dan Capecitabine ( Xeloda ).

Pada awal pemasaran Accutane bagi pasaran USA, ia dihantui oleh pelbagai spekulasi dan perdebatan dalam kalangan pengamal perubatan moden kerana kesan sampingannya yang sangat major terutama untuk tempoh penggunan yang panjang. Ini kerana Isotretinoin memerlukan masa sekitar 6-8 bulan bagi mendapatkan kesan positifi maksimum dan sekirnaya ia gagal, regim rawatan kedua diperlukan. 


Pengecutan kelenjar minyak, sekaligus mengurangkan pembiakan bakteria


Bagaimana Isotretenioin bertindak?

Secara saintifik, mod tindakan a bertindak di dalam badan masih TIDAK DIKETAHUI sehingga kini namun dipercayai ia bertindak dengan mengecutkan kelenjar minyak ( sebaceous gland ) yang memainkan perana besar dalam mengekalkan kelembapan kulit. Secara umum, kulit memiliki lapisan minyak secara semualajadi. Ianya dirembeskan oleh kelenjar minyak yang terdapat di dalam kulit. Bakteria yang sering wujud di atas permukaan kulit, dikenali sebagai P.Acne, menjadikan minyak       ( sebum ) di kulit sebagai salah satu sumber makanan dan agen pembiakan mereka. Namun begitu, sesetengah pesakit yang menghidapi masalah jerawat terutama yang melibatkan kesan perubahan dan ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh badan, pengeluaran minyak di wajah menjadi terlampau aktif. Ini kerana, hormon androgen yang terdapat di dalam tubuh badan lelaki mahupun wanita merupakan pencetus kepada pengaktifan kelenjar minyak. Ini menjadikan kelenjar minyak merembeskan lebih banyak minyak ke kulit wajah dan menjelaskan mengapa penghidap jerawat cenderung memiliki kulit yang lebih berminyak berbanding individu normal lain. Namun begitu, kulit wajah seseorang individu masih tidak diserang jerawat KECUALI setelah peranan bakteria P.Acne mengambil alih tempat. Ini menyebabkan, bakteria P.Acne yang wujud di permukan kulit akan menjangkiti lapisan dalam kulit terutama kelenjar minyak. Ia menjadikan kelenjar minyak kemerahan, bengkak dan menghasilkan nanah mahupun gumpalan minyak dalam kes-kes yang kronik. 


Doxycyclin ( Vibramycin ) yang terkenal

Lazimnya, pesakit yang merujuk masalah jerawat yang dihadapi mereka kepada pakar kulit ( ahli dermatologi ) di hospital, mereka akan diberikan rawatan pencegahan dan percubaan yang merangkumi, antibiotik, krim sapuan dan krim mengurangkan keradangan. Antibiotik dalam kumpulan Tetracyclines seperti Doxycycline ( Vibramycin ) mahupun Minocycline antara beberapa jenis  antibiotik yang kerap digunakan. Ini kerana, kemampuan kumpulan antibiotik jenis ini yang memiliki kesan membunuh bakteria di lapisan kulit selain ianya pantas memberi kesan konsisten dalam tempoh rawatan. Namun begitu, kesemua jenis antibiotik Tetracyclines memiliki pantang larang yang menyukarkan pesakit untuk mengambilnya. Ia WAJIB diambil semasa perut kosong kerana antibiotik ini akan bertindak dengan pelbagai jenis mineral yang terkandung di dalam makanan terutama kalsium ( keju, susu dan yogurt ), aluminium ( antasid ) mahupun zat besi              ( supplement berasaskan zat besi ). Sekiranya interaksi berlaku, kadar resapan dan kesan positif antibiotik ini akan berkurangan dan lebih membimbangkan, ianya akan termendap di dalam komponen badan yang memiliki peratusan kalsium tinggi seperti tulang dan gigi. Ini akan menyebabkan tulang dan gigi menjadi reput atau bertukar warna kepada surih. Kebanyakan doktor menyarankan pesakit mengambil antibiotik ini selepas makan. Ini disebabkan, sesetangah pesakit akan merasa loya, mual atau muntah sekiranya diambil semasa perut kosong. Saya TIDAK MENYARANKAN manhupun MENGGALAKKAN pesakit yang mengambil SEBARANG JENIS antibiotik di dalam kumpulan Tetracyclines mengambilnya sejurus selepas makan kerana RISIKO interaksi boleh berlaku. Saya lebih menggalakkan pesakit mengambilnya sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan dan dikehendaki tidak mengambil SEBARANG jenis makanan KECUALI air kosong selama 1 jam setelah mengambil antibiotik ini. 

Pesakit juga akan diberikan krim sapuan yang memiliki sifat anti bakteria atau anti radang. Lazimnya, krim berasaskan Benzoyl Peroxide dengan kekuatan 2.5%, 5% atau 10% diberikan untuk membunuh bakteria P.Acne di kawasan kemerahan jerawat. Ia harus disapu senipis yang mampu kerana Bezyoxyl Peroxide merupakan sejenis krim yang bertindak dengan mengelupas lapisan kulit yang dihidapi jerawat. Ini menjadikan kulit lebih kering dan mudah mengelupas. Maka, bergantung kepada justifikasi pakar kulit yang merawat pesakit, ia boleh disapu pada siang atau malam hari. Namun, kebanyakkan pakar kulit lebih menyarankan pesakit memakainya pada malam hari bagi mengelakkan kesan kerosakan kulit sekiranya terdedah kepada sinaran matahari di siang hari. Sesetangah pesakit pula, tidak memerlukan bantuan Benzyl Peroxide, mereka hanya memerlukan krim sapuaan anti bakteria sahaja. Oleh itu, krim berasaskan antibiotik seperti mengandungi Clindamycin dan terkenal dengan nama dagangan Dalacin-T digunakan. Ia bertindak dengan membunuh terus bakteria jerawat tanpa kompromi walaupun risiko kerintangan antibiotik boleh berlaku. Namun begitu, penggunaan Dalacin-T tidak lagi menjadi popular kerana matlamat utamanya hanya membunuh bakteria jerawat dan sama sekali tidak merawat masalah jerawat kronik, terutama yang melibatkan perembesan minyak ke kulit wajah secara drastik. Oleh yang demikian, ketika ini, kebanyakan hospital mahupun klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengunapakai krim berasaskan sulfur. Ia menggunakan sulfur sebagai agen anti bakteria dan anti pengurangan minyak di kulit wajah. Ia kerap dipreskripsikan oleh pakar kulit bersama dengan krim Benzyl Peroxide dan antibiotik. Ia bagaimanapun, mengeringkan kulit wajah terutama kepada individu yang menghidapi ketidak toleransi kepada alkohol memandangkan alkohol merupakan salah satu komponen utama penghasilan krim ini.


Ubat hormon Diane-35


Bagi sesetengah individu, rawatan yang menggunapakai ubat-ubatan di atas adalah TIDAK mencukupi atau GAGAL. Ini menyebabkan pakar perubatan beralih kepada barisan rawatan kedua yang menggunakan beberapa jenis ubat-ubatan yang lebih kuat. Khas untuk wanita, sekiranya masalah jerawat yang dihidapi mereka disebabkan oleh pengaruh hormon, maka sesetengah pakar kulit akan menggunakan ubat hormon bagi menstabilkan semula hormon androgen mereka. Cyproterone merupakan agen utama anti androgen yang juga memiliki sifat menstabilkan kitaran haid. Ia dipasarkan atas nama dagangan Diane-35 yang popular dan sehingga kini, ia menjadi salah satu daripada pil hormon wanita paling berjaya di pasaran dunia. Dari segi kawalan masalah jerawat, ia bertindak dengan menyekat reseptor androgen di kawasan kelenjar minyak. Ini menjadikan kelenjar minyak kurang merembeskan minyak ke wajah dan memberi sinar baharu kepada pesakit. Namun, keselamatan penggunaan Diane-35 bagi tempoh jangka masa panjang menjadi persoalan yang sangat kotroversi disebabkan, gangguan penyekatan reseptor androgen dalam tubuh badan. 


Retin-A yang cukup popular 


Bagi individu lain yang tidak boleh bertoleransi dengan pengambilan Diane-35 terutama lelaki, kaedah sapuan menjadi jalan terakhir dengan penguaan krim berasakan Tretinoin. Retin-A adalah antara krim pilihan kerana kemampuannya dalam mengelupas dan mengurangkan kesan kemerahan disebabkan oleh masalah jerawat. Ia memberikan kesan pengelupasan yang sederhana kuat dan ia menyebabkan sesetangah pesakit tidak mampu bertoleransi terhadap pengguaannya. Maka, sesetengah pakar kulit mengadaptasikan penggunaan Tretinoin generasi seterusnya seperti Adapelene. Penggunaan krim berasaskan Tretnoin tidak memberi kesan yang cukup konsisten kerana disamping ianya menjadikan kulit kemerahan, ia juga menjadikan kulit lebih kering dan hanya perlu disapu pada malam hari. Ini kerana, penggunaannya pada siang hari akan mendedahkan kulit kepada risiko kerosakan dan lebih parah, risiko kanser. Kebanyakan pesakit yang merekodkan masalah jerawat akan mula menunjukkan kesan perubahan yang positif selepas tempoh rawatan yang berpanjangan dengan pengambilan antibiotik sehingga penggunaan krim Tretinoin. Namun begitu, ia sama sekali tidak mengurangkan terus masalah jerawat dan dalam kebanyakan kes, jerawat akan lebih kerap menyerang walaupun dengan pesakit telah mengaplikasikan krim Tretinoin. Di sinilah, peranan rawatan moden terakhir ( last resort ), Isotretinoin digunakan.



Bagaimana jerawat terjadi?

Mengapa ia berkesan?

Seperti yang diulas oleh saya pada perenggang lepas, Isotretinoin bertindak ( diteorikan ) dengan mengecutkan terus kelenjar minyak dan ini menjadikan kulit hampir tidak berminyak sepenuhnya. Ini sekaligus mengurangkan risiko jangkitan bakteria, P.Acne yang bertanggungjawab menjadikan kulit kemerahan. Pada awal pemasaran Isotretinoin di pasaran USA, ia lebih dikenali sebagai Accutane dan menjadi pilihan rawatan akhir ( last resort ) sekiranya kesemua rawatan lain TELAH GAGAL. Pentadbiran Makanan dan Dadah USA ( FDA ) menetapkan Isotretinoin HANYA perlu digunakan dalam kes yang benar-benar serius. Isotretinoin adalah bersifat teratogenik, iaitu mencacatkan bayi dalam kandungan sehingga mampu membawa keguguran! Oleh yang demikian, FDA menetapkan Isotretinoin perlu diletak dibawah sebuah program khas yang dinamakan iPLEDGE. Program ini diwujudkan bertujuan untuk mengelakkan pesakit wanita daripada hamil sepanjang tempoh pengambilan Isotretinoin dijalankan ekoran kesan kecacatan bayi adalah sangat tinggi. iPLEDGE juga mengarahkan setiap ahli farmasi dan pakar kulit untuk mendaftar sebelum mendispensi dan mempreskripsikan Isotretinoin kepada pesakit wanita. Di USA, iPLEDGE adalah program mandatori dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pengamal perubatan boleh kehilangan lesen perubatan mereka sebagai pakar perubatan atau ahli farmasi. 



Program iPLEDGE


Berbeza di Malaysia, sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia mahupun Lembaga Farmasi Malaysia TIDAK melaksanakan SEBARANG program khas khusus kepada pesakit wanita yang ingin memulakan regim rawatan Isotretinoin. Ini menjadi persoalan keselamatan dan ketirisan dalam pemberian Isotretinoin kepada pesakit. Sehingga kini, hanya borang persetujuan dan pengakuan pengguna sahaja yang ditetapkan sebelum pesakit memulakan rawatan Isotretinoin. Ini adalah sangat berbeza seperti yang diamalkan di negara maju lain selain pesakit perlu menjalani ujian tahap kolsterol dan triglyserida setiap bulan. Ini disimpulkan oleh kerana Isotretinoin berisiko tinggi dalam meningkatkan kadar kolesterol di dalam badan. Pada awal pemasaran Isotretinoin di USA, ia menjadi antara penyelesaian masalah jerawat dalam kalangan penghidap terutama remaja. Ia meraih populariti ekoran lebih 80% pesakit menunjukkan kesan pemulihan yang sangat ketara sepanjang dan selepas tempoh rawatan. Namun begitu, memandangkan Isotretinoin bersifat toksik, maka ia sering menjadi sasaran saman bernilai ribuan malah jutaan Dollar oleh pesakit yang mengambil rawatan ubat ini. Antara yang paling terkenal adalah saman bernilai lebih USD 11 juta yang difailkan oleh seorang pelakon Amerika, James Marshall ekoran dakwaan beliau yang mengaitkan  kerosakan dan kehilangan usus besar beliau setelah mengambil ubat ini. Ia merupakan satu tamparan hebat kepada Roche memandangkan Isotretinoin yang terkenal, seolah-olah tidak memberi sebarang pulangan pendapatan mereka dan krisis saman oleh pengguna yang semakin meningkat. Maka, pada tahun 2009, Roche mengesahkan mereka menarik keluar sepenuhnya Accutane di pasaran USA dan kemudian menjenamakan semula Isotretinoin dengan nama dagangan baharu, Roaccutane. Roche mengfokuskan Roaccutane untuk pasaran Eropah dan global. 


Bagaimana dengan tempoh rawatan?

Pesakit dikehendaki menjalani rawatan Isotretinoin selama 6-8 bulan berturut-turut dan memandangkan Isotretinoin tergolong dalam keluarga Vitamin A, ia perlu diambil sejurus selepas makan dan makanan berlemak digalakkan kerana ia mampu meningkatkan kadar resapan. Ia bergantung kepada potensi dan keberkesanan Isotretinoin dalam merawat masalah jerawat dan menjadikan jerawat benar-benar hilang dan tidak kembali. Setelah benar-benar menunjukkan kesan positif pemulihan, pesakit akan diawasi sepenuhnya bagi membendung potensi relapse ( berulang ). Sekiranya ini berlaku, regim rawatan kedua akan dimulakan setelah 1-2 bulan regim rawatan pertama tamat.


Berapakah dos Isotretinoin yang perlu diambil oleh pesakit?

Kadar dos yang ditetapkan bagi pesakit yang mengambil Isotretinoin adalah dikira berdasarkan berat badan dimana julat dos antara 0.5mg/kg - 1mg/kg dan dos terkumpul yang perlu dicapai oleh pesakit adalah pada kadar 120mg/kg - 150mg/kg di akhir rawatan mereka. Dos ini perlu dicapai di akhir tempoh rawatan kerana ia adalah panduan asas dalam mengelakkan potensi relapse berlaku. Namun begitu, pakar kulit akan memanjangkan untuk tempoh beberapa bulan bagi memaksimumkan jumlah dos terkumpul di dalam badan. Ini juga bermaksud semakin berat seseorang individu, semakin tinggi dos yang perlu diambil mereka. Sebagai contoh :


Pengiraan A :

Berat individu = 70kg

Dos terkumpul akhir yang perlu dicapai = ( 120mg x 70kg = 8400mg )

Dos harian = ( 1mg x 70kg = 70mg )

Bilangan hari yang perlu ditempuhi ( 8400mg/70mg = 120 hari )


Pengiraan B :

Berat individu = 70kg

Dos terkumpul akhir yang perlu dicapai = ( 150mg x 70kg = 10 500mg )

Dos harian = ( 1mg x 70kg = 70mg )

Bilangan hari yang perlu ditempuhi ( 10 500mg/70mg = 150 hari )

Namun begitu, terdapat sesetengah pakar kulit memiliki justifikasi mereka dalam menentukan kadar yang optimum untuk merawat pesakit mereka da ini didorong dengan justifikasi mereka bagi mengurangkan kesan sampingan memandangkan, kesan sampingan Isotretinoin adalah bertambah serius seiring dengan peningkatan dos. Ada dalam kalangan mereka menetapkan Isotretinoin hanya perlu diambil pada dos serendah yang mungkin iaitu sekitar 10mg - 30mg sehari atau ia boleh diselang-seli selama beberapa hari. Justifikasi ini adalah masih samar walaupun ada kajian awal menunjukkan bahawa dos minimum terkumpul iaitu dos yang tidak mengikuti julat pengiraan badan individu dapat memberikan kesan optimum yang sama atau hampir sama dengan dos konvesional yang diamalkan mengikut ketetapan asas yang digunapakai.


Apakah kesan sampingan yang boleh berlaku sepanjang pengambilan Isotretinoin?

Sepanjang tempoh rawatan dilakukan, pesakit akan menghidapi kesan sampingan seperti bibir kering, mata yang kering dan pedih, kulit kering dan merekah, kulit menjadi nipis dan mudah terluka, kulit kepala kering dan tidak berminyak malah sakit kepala. Bagi membendung kesan sampingan ini, krim pelembab berasaskan air, salap bibir, losyen dan pelembab kulit dan banyakkan mengambil air kosong sehari adalah perlu. Kesan sampingan hanya akan hilang setelah rawatan dihentikan selepas tempoh 2-3 minggu dari tarikh akhir rawatan. Pasakit juga perlu merujuk kepada pakar merawat mereka sekiranya terdapat SEBARANG kesan sampingan lain. Disamping itu, kesan sampingan seperti tekanan perasaan dan kejadian bunuh diri pernah dilapor dan dikaitkan dengan pengambilan Isotretinoin. Ia masih samar, namun sekiranya pesakit memiliki sejarah tekanan perasaan, kemurungan atau lain-lain penyakit berkaitan mental, ia DILARANG diambil sama sekali KECUALI dibawah pengawasan ahli dermatologi dan lain-lain justifikasi yang relevan.


PERINGATAN : Isotretinoin terpalit dengan reputasi buruk sebagai salah sejenis ubatan moden yang meningkatkan kecenderungan pesakit dengan masalah kesihatan mental seperti kemurungan, tekanan perasaan dan bunuh diri. Sehingga kini, kajian saintifk yang benar-benar telus masih GAGAL membuktikan adakah ubatan ini benar-benar menyumbangkan kepada kejadian sedemikian. Oleh itu, sekiranya anda mengalami sebarang simptom berkaitan sebelum ATAU semasa ATAU selepas rawatan dijalankan, sila rujuk kepada pakar kulit yang merawat anda dengan kadar segera. 


Bagaimana dengan interaksi dengan ubatan lain?

Vitamin A atau sebarang pelopor Vitamin A termasuk Beta-Carotene adalah DILARANG sama sekali diambil sepanjang tempoh rawatan dijalankan. Ini kerana, memandnagkan Isotretinoin adalah di dalam keluarga Vitamin A, maka pengambilan dengan lain-lain komponen Vitamin A akan meningkatkan risiko toksik yang akut termasuk toksik hati. Sekiranya anda mahu mengambil   Vitamin A, sela masa sekitar 2-3 bulan adalah diperlukan. Selian itu, Isotretinoin juga TIDAK boleh diambil bersama SEBARANG jenis antibiotik dalam kelas Tetracyclines. Ini termasuk Tetracycline, Doxycycline dan Minocycline. Pengambilan Isoretinoin dengan kumpulan ubat ini akan meningkatkan risiko tekanan kepada otak dan dalam kes yang jarang, ia boleh menjejaskan penglihatan secara kekal. Tidak dapat dipastikan mengapa ini terjadi, namun sila berhubung dengan pakar kulit yang merawat anda.


Kontraindikasi

Memandangkan Isotretinoin memiliki struktur yang hampir sama dengan famili Vitamin A terutama Retinoic Acid, maka, wanita yang merancang kehamilan ATAU sedang hamil adalah DILARANG SEPENUHNYA mengambil ubatan ini. Di kebanyakan negara termasuk Malaysia, ia dikategorikan sebagai X iaitu larangan penuh terhadap pengambilan bagi wanita hamil di dalam Indeks Keselamatan Kehamilan.Ini kerana, risiko kecatatan bayi dalam kandungan adalah sangat tinggi. Pesakit wanita yang mahu merancang kehamilan harus mengambil sela masa sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh akhir pengambilan Isotretinoin. Ini kerana, memandangkan Isotretinoin memiliki sifat larut lemak, ia sangat mudah termendap di dalam tubuh badan dan sela masa diperlukan bagi menyingkirkan lebihan Isotretinoin yang tertinggal. Bagi pesakit wanita yang telah mendirikan rumah tangga dan masih di dalam regim rawatan Isotretinoin, anda WAJIB menggunakan lebih daripada dua jenis kaedah pencegah kehamilan, ini termasuk penggunaan kondom dan pil perancang. Kaedah ini WAJIB dilakukan kerana kebergantungan kepada hanya salah satu daripada kaedah pencegah kehamilan adalah tidak mencukupi di mana kadar keberkesanannya adalah hanya sekitar 97% -98%. Ini masih berisiko tinggi dan membawa mudarat kepada kandungan kelak.


Pilihan atau paksaan?

Setelah membaca segala ulasan ini, apakah keputusan anda dan adakah anda menghidapi masalah jerawat yang kronik sehingga memerlukan bantuan pakar? Saya harap anda menemui sesuatu yang ingin dicari anda selama ini walaupun ianya berisiko. Sekiranya anda pernah atau masih mendapatkan rawatan berkaitan jerawat terutama pengambilan Isotretinoin, Accutane mahupun Roaccutane, kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dibawah.

Ahad, 5 Januari 2014

Spirulina : Alga Hijau Yang Hebat


Spirulina 


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan dan selamat menyambut permulaan tahun baru kepada semua bagi tahun 2013 Masihi ini. Diharap anda semua sihat sejahtera dan memulakan azam baru. Bermula tahun ini, pelbagai perkara baru mula mengambil tempat dalam kehidupan seharian kita ini termasuklah penukaran hari bekerja bagi negeri Johor yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Maka, hari Ahad adalah waktu bekerja bagi kakitangan awam di negeri tersebut. Ini merupakan satu langkah yang bijak bagi menghormati hari Jumaat dan memberi lebih peluang kepada golongan Adam untuk mengerjakan solat Jumaat pada hari tersebut. Baiklah, bukan niat saya mahu mengulas lanjut berkaitan isu ini, namun saya ada kaitan antara penukaran waktu bekerja dan juga topik yang bakal saya bincangkan sebentar nanti. Bagi kebanyakan individu dan masyarakat yang akan mula bekerja pada hari Ahad, pasti mereka memerlukan masa untuk mengumpul semula kekuatan dna semangat bekerja di hujung minggu. Ini dapat diatasi dalam satu tempoh jangka masa akan datang. Cuma pada permulaannya, ada antara mereka akan berasa letih atau kurang bersemangat kerana telah terbiasa menghabiskan hujung minggu di hari Ahad. Baiklah, bagi menaikkan semangat ini, mungkin dengan pengambilan supplement mampu membantu menjadikan diri anda lebih bertenaga semasa bekerja. Pengambilan Spirulina mampu membantu, namun adakah manfaatnya terhad di sini sahaja? Ketahui jawapannya dengan meneruskan pembacaan anda.



Spirulina : Rahsia Laut Dalam

Spirulina merupakan antara hidupan paling terawal di dunia. Ia merupakan antara jenis-jenis alga yang telah wujud sejak 3.5 bilion tahun lalu.Ramai tidak mengetahui bahawa Spirulina adalah salah satu daripada bahagian bakteria yang dihasilkan melalui proses fotosentesis dan menjadi sebahagian daripada mikro alga sama seperti Chlorella. Spirulina terkenal sebagai salah satu daripada sumber makanan dunia yang paling kaya dan bernilai. Ia dikatakan mampu menjadi bantaun penyelamat sekiranya berlaku kebuluran secara besar-besaran. Ini kerana Spirulina mengandungi pelbagai khasiat termasuk mineral, zat galian, vitamin serta lain-lain Caretenoids yang sangat tinggi. Spirulina boleh didapati di kawasan air tawar bersih seperti tasik, kolam dan juga sungai. Ia memerlukan keadaan air tawar yang bersih, disinari sinaran matahari secara berterusan dan pH air yang seimbang. Ini kerana, ia amat sensitif terhadap perubahan persekitaran termasuk kualiti air yang sering menjadi medium paling asas dalam proses pembiakannya di sesuatu lokasi tersebut.




Nutrien Spirulina jauh mengatasi lain-lain sumber tumbuhan 
yang wujud di muka Bumi ini


Spirulina berbeza dengan Chlorella dari beberapa sudut walaupun pada dasarnya, kedua-dua ciptaan seni ini mengandungi klorofil. Spirulina memiliki struktur berlingkar dan saiznya lebih besar daripada Chlorella sehingga mampu mencapai 100 kali ganda berbanding Chlorella. Spirulina juga adalah alga biru-kehijauan berbanding Chlorella yang sepenuhnya kehijauan. Disebabkan strukturnya yang sedikit berbeza dan unik, ia memiliki paras mirela, zat, vitamin serta lain-lain khasiat yang jauh mengatasi Chlorella. Secara perbandingan, Spirulina adalah :

1) 60% lebih protein berbanding mana-mana sumber tumbuhan dan merupakan antara sumber asid amino paling lengkap 

2) 7% kepekatan Gamma-Linolic Acid ( GLA ) dan menjadikannya sumber paling tinggi GLA selepas bunga Safflower, minyak Borage dan juga Evening Primrose Oil ( EPO )

3) Satu-satunya sumber Vitamin B Complex paling pekat dan jauh mengatasi sumber tumbuhan

4) Berbanding sumber tumbuhan lain, Sipurlina disahkan sebagai satu-satunya sumber paling tinggi mineral termasuk zink, selenium, manganese, fosforus, kuprum dan juga zat besi. 

5) Mengandungi lain-lain Caretenoid termasuk Beta-Carotene dan Zeaxanthin. Spirulina disahkan sebagai salah satu sumber paling tinggi bagi Caretenoid.

6) Kaya dengan Vitamin A, B, C, D, E dan K

7) Mengandungi lebih banyak klorofil berbanding sayuran lain

Ia merupakan sebahagian daripada khasiat dan nutrien yang terkandung di dalam ciptaan seni ini. Disebabkan itu, maka tidak hairanlah ia digelar antara sumber makanan paling lengkap di dunia. Apa yang menarik perhatian saya ialah, terdapat beberapa pendapat yang menyatakan bahawa pengambilan Spirulina dapat menggantikan supplement Vitamin B Complex dan sumber daging. Ini disebabkan paras vitamin ini yang sangat tinggi di dalam Spirulina dan ia sering menjadi pilihan kepada individu vegetarian dan tidak menggemari daging. Pendapat ini sedikit kontroversi dan disangkal oleh badan-badan kesihatan ternama seperti Dietitians of Canada. Mereka mendakwa bahawa andaian ini tidak disokong oleh kajian saintifik disamping Spirulina masih lagi kekurangan tiga jenis asid amino yang bermanfaat, Methionine, Cysteine dan Lysine. Saya kurang arif berkaitan perkara ini dan ini memerlukan justifikasi daripada pengamal perubatan bertauliah dalam mendapatkan pandangan walaupun saya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa Spirulina dapat menjadi alternatif kepada Vitamin B Complex berbanding sumber daging. Ini berdasarkan pandangan yang dikeluarkan oleh ahli farmasi terkemuka USA, Suzy Cohen. 

Oleh kerana ia mengandungi pelbagai nutrien, banyak kajian dilakukan terhadap kesihatan manusia dan antaranya :

1) Meningkatkan imunisasi badan
2) Perlindungan dan kesihatan terhadap mata
3) Mengurangkan kesan simptom putus haid 
4) Mengurangkan sembelit
5) Membersihkan usus
6) Agen detoks
7) Mengurangkan alahan termasuk ekzema dan ruam-ruam
8) Meningkatkan tenaga badan
9) Membantu pembinaan tulang dan sel
10) Merejuvinasi sel-sel kepada sel baharu dan segar
11) Meningkatkan daya ingatan dan tumpuan
12) Mengurangkan masalah kulit termasuk jerawat
13) Mengakalikan badan dan darah
14) Antioksida
15) Menguat dan menyihatkan rambut




Spirulina, 'sayuran' hijau yang amat berkuasa


Satu soalan yang sering diajukan oleh para pembaca kepada saya, bagaimanakah cara pengambilannya? Memandangkan Spirulina adalah sejenis alga dan sensitif, maka ia perlu diambil 5-10 tablet sebanyak 1-2 kali sehari sebelum makan. Ia memerlukan keadaan perut kosong untuk diserap dan kehadiran makanan boleh mengurangkan kadar resapan ke dalam tubuh. Setelah membaca dan memahami serba sedikit berkenaan topik ini, pasti anda tertanya-tanya apakah produk Spirulina terbaik memandangkan ketika ini, lambakan produk Spirulina seperti cendawan tumbuh seperti hujan. Bagi membantu anda, saya akan menyenaraikan  tiga jenama Spirulina yang menjadi pilihan saya. Seperti biasa, ia telah diambil kira kualiti, harga dan lain-lain faktor berkaitan.





Pure Hawaiian Spirulina Pacifica 



Spirulina ini diiktiraf paling bersih, semulajadi, bebas pencemaran dan paling berkualiti di dunia . Ia dikeluarkan oleh syarikat Nutrex Hawaiian, sebuah syarikat supplement yang berpangkalan di Hawaiia, USA dan merupakan syarikat yang sama mengeluarkan BioAstin Hawaiian Nutrex Astaxanthin. Apa yang menarik  Spirulina ini diternak di Kepuluan Hawaiian dan menggunapakai sumber air Lautan Pasifik yang diambil sehingga kedalaman 2000 kaki di bawah paras air laut. Ia kemudiannya melalui satu kaedah berpaten yang menjadikan Spirulina yang dihasilkan adalah sangat tinggi kualiti nutrienya, jauh mengatasi mana-mana produk lain di pasaran. Maka, tidak hairanlah ia diangkat sebagai jenama Spirulina paling bersih, organik dan semulajadi di dunia.





Spirulina Manna



Ini adalah pilihan No.2 saya kerana Spirulina ini adalah Spirulina sumber air tawar sepenuhnya paling berkualiti dan semulajadi. Ia dipungut di Tasik Texcoco di Lembah Mexico yang merupakan sebahagian ekosistem semulajadi di kawasan pergunungan di negara ini. Lebih mengujakan, Spirulina di sini telah diternak dan dipungut sejak zaman peradaban purba lagi iaitu di zaman Aztec. Ini menjadikan Spirulina yang dipungut di kawasan perairan air tawar ini adalah antara termahal di dunia kerana kualitinya yang 100% diambil di kawasan beralkali tinggi. 




Spirulina Keiun Kodo ( Elken )



Ini adalah satu-satunya jenama Spirulina paling berkualiti yang terdapat di pasaran Malaysia. Ia dipasarkan oleh syarikat jualan lansung Elken. Walaupun harganya mahal berbanding mana-mana produk Spirulina di pasaran negara ini, namun ianya menjadi pilihan saya kerana produk ini diformulasi oleh pakar dan saintis Spirulina antara terbaik di dunia, Jepun. Spirulina ini dihasilkan dengan kajian lanjutan melebihi 30 tahun dan dihasilkan melalui paten antarabangsa. Lebih menarik, produk ini adalah SATU-SATUNYA produk Spirulina di negara ini yang mendapat pengiktirafan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah USA ( FDA ). 

Setelah membaca segala input di atas, adakah anda telah bersedia untuk mendapatkan tablet Sipurlina pertama anda hari ini? Selamat mencuba!

Ahad, 22 Disember 2013

Melatonin : Hormon Pemulihan Terunggul!


Melatonin

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada anda semua. Bertemu kita kembali setelah sekian lama saya tidak mengemaskini dan mengepos entri terbaharu di blog ini. Beberapa minggu ini saya sedikit sibuk kerana membantu saudara-mara saya meraikan raja sehari di rumah datuk saya. Maka, kami semua amat sibuk dalam membuat persiapan kerana ia penting dalam menjadikan hari tersebut sebagai antara hari paling bermakna kepada pasangan mempelai. Ini menyebabkan kami kurang tidur dan kepenatan hampir sepanjang hari. Walaupun majlis berlansung sehari, namun kesan keletihan masih terasa sehingga beberapa hari. Baiklah, berbalik semula kepada topik perbincangan kita hari ini, Melatonin. Saya yakin ramai di luar sana yang tidak pernah mendengar istilah/ nama ini. Sebagai seorang pelajar yang mempunyai latar belakang perubatan, saya amat menitikberatkan peranan Melatonin dalam kehidupan seharian saya. Namun demikian, masih terdapat juga dalam kalangan individu yang datang dari latar belakang perubatan tidak memandang serius perkara ini malah ada juga yang tidak mengetahui  tentang kewujudan Melatonin ini! Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Melatonin ini? Tanpa membuang masa lagi, teruskan pembacaan anda.



Circadian Rhythm

Melatonin merupakan sejenis sebatian kimia yang dikategorikan sebagai hormon yang terdapat di dalam beberapa jenis tumbuahn, mamalia dan manusia. Di dalam tubuh manusia, ia dihasilkan oleh otak dalam mengawal ritma sirkadian ( Carcadian Rhythm ). Antara peranan ritma sirkadian yang terpenting adalah proses tidur dan bermimpi. Melatonin dihasilkan secara semulajadi oleh kelenjar Pineal yang terletak di bahagian tengah otak. Ia sangat unik kerana kemampuannya dalam merentasi Rintangan Darah Otak            ( BBB ) dan merangsangkan mood tidur seseorang. Selama bertahun lamanya, penyelidik beranggapan bahawa Melatonin hanya berfungsi sebagai hormon biasa yang membantu tidur, namun semua itu berubah takala ia menunjukkan sifat antioksidanya dalam melakukan lebih daripada apa yang disangkakan.Sehingga kini, ia merupakan SATU-SATUNYA hormon yang bertindak sebagai antioksida di dalam tubuh badan manusia. Apakah keunikan Melatonin sehingga ia digelar Night Hormone ( Hormon Malam ) dalam kalangan penyelidik? Pelbagai kajian dilakukan dalam melihat keberkesanan Melatonin terhadap kesihatan. Antaranya kesan perlindungan terhadap otak, salur darah dan sebagainya. Namun begitu, bagaiamanakah Melatonin bertindak ke atas badan terutama semasa tidur? Persoalan ini akan dikupas oleh saya untuk anda melihat sejauh mana kepentingan bahan berkuasa ini terhadap kesihatan kita.




Melatonin dihasilkan oleh kelenjar Pineal pada malam hari


Tubuh badan memiliki lebih daripada 1001 rahsia yang masih lagi menjadi pertanyaan dan persoalan terhadap para panyelidik. Masih banyak rahsia yang tidak mampu dirungkai oleh kita sehingga hari ini. Antara yang menjadi tanda tanya termasuklah peranan apendiks, rongga sinus dan juga limpa. Melatonin juga tidak lari daripada rahsia yang masih tersimpan ini. Namun begitu, semenjak beberapa dekad yang lepas, para penyelidik mula mencari peranan Melatonin dalam merungkai rahsia tidur. Mereka pada mulanya beranggapan bahawa Melatonin adalah hanya sejenis hormon biasa yang membantu dalam proses tidur namun itu semua menjadi satu anjakan paradigma yang dalam mengkaji sebatian berkuasa ini. Melatonin sangat unik kerana ia hanya 'keluar' ketika malam hari dan di dalam kondisi yang gelap. Proses pengeluarannya akan terhenti sekiranya terdapat kehadiran cahaya. Walaupun tidak dapat dipastikan apakah yang mendorong kelenjar Pineal merangsangkan pengeluaran Melatonin di malam hari, namun ia dikaitkan dengan ritma sirkadian yang mengawal fungsi biologi badan dari bermula terbitnya siang hari dan terbenamnya mentari. Ia merupakan kitaran normal kehidupan seseorang manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Apabila malam hari menjelang, kelenjar Pineal secara automatik mula merembeskan Melatonin. Ia dirembeskan dalam kuantiti yang sangat kecil dan merentasi BBB untuk mempengaruhi otak agar memasuki mood tidur. Proses ini berlaku sekitar jam 9pm/10pm setiap hari dan ini menjelaskan mengapa anda akan mula berasa lebih tenang dan menguap pada malam hari! Hormon ini dirembeskan sehingga jam 7.30AM/ 8AM yakni hampir 12 jam sehari.

Melatonin mencapai kemuncak penghasilannya sewaktu jam 2AM dan beransur hilang bermula jam 4AM dan sepenuhnya hilang ketika matahari mula terbit di keesokan hari pada jam 7.30AM/ 8AM. Semasa Melatonin dirembeskan, ia mula memainkan peranannya dalam membaik pulih sel-sel yang rosak semasa di siang hari. Ia berfungsi menyingkirkan toksik, membaik pulih dan merejuvinasikan sel-sel kulit, membunuh sel-sel abnormal termasuk sel kanser dan bersama Glutahione, ia berfungsi dalam mendetoks hati dengan lebih mendalam. Selain itu, Melatonin juga membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan melindungi sel-sel otak daripada kerosakan degenarasi. Kerosakan degenerasi adalah antara faktor yang dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan termasuk Rheumatoid Arthritis, Parkinson dan Alzheimer. Sejauh mana dakwaan ini masih menjadi perdebatan dalam kalangan penyelidik, namun beberapa kajian menunjukkan bahawa signifikan Melatonin dalam fungsi normal fisiologi badan di malam hari tidak boleh dipandang enteng.



Melatonin hanya keluar dan aktif pada waktu malam ketika anda sedang tidur


Namun begitu, apa yang ingin saya sentuh di sini ialah TINDAKAN yang wajar diambil berat oleh kita dalam menjadikan penghasilan Melatonin di malam hari adalah berkualiti. Ini kerana, gaya hidup yang moden ketika ini sedikit sebanyak telah mencalar mengganggu peranan Melatonin di malam hari. Mengapa? Tahukah anda bahawa Melatonin hanya akan dirembeskan ketika keadaan BENAR-BENAR GELAP sahaja? Kehadiran dan pendedahan kepada cahaya walaupun selama 1 minit akan menghentikan terus pengeluaran Melatonin badan. Intisari ini yang menjadi topik paling asas perbincangan saya dalam entri ini. Ini kerana, ketika malam hari menjelang, Biological Clock yang terlibat sama dalam proses penghasilan Melatonin akan mengarahkan Melatonin yang bakal dihasilkan peka terhadap keadaan gelap melalui saraf yang terdapat di mata. Mata akan mengesan ketidakhadiran cahaya dalam untuk dijadikan sebagai isyarat asas kepada penghasilan Melatonin. Apabila keadaan gelap dikesan, maka kelenjar Pineal akan mual merembeskan Melatonin ke dalah darah. Melatonin belegar ke setiap bahagian tubuh badan termasuk otak dan hati yang  merupakan antara organ paling banyak terkumpulnya hormon ini. Secara ringkas, Melatonin bekerja selama 6-8 jam sehari dalam membaik pulih sel-sel badan yang rosak. 




Sehingga kni tidak diketahui secara jelas sejauh mana peranan Melatonin terhadap kesihatan selain daripada perannya semasa tidur. Namun, beberapa kajian saintifk yang dijalankan semenjak 5-10 tahun lepas menunjukkan bahawa Melatonin mampu melakukan sebahagian daripada perkara-perkara sedemikian :

1) Sebagai jaringan imunisasi tubuh badan
2) Antipenuaan
3) Agen detoks semasa tidur
4) Mencegah penyakit degenerasi ( Alzheimer dan Parkinson )
5) Penyeimbang mood
6) Anti kanser
7) Perlindungan radikal bebas ( antioksida )
8) Mencegah obesiti

Signifikan anda harus menjadikan malam hari sebagai sebaik-baik waktu untuk berehat dan tidur di dalam keadaan yang benar-benar gelap adalah ia membantu tubuh anda untuk menjalani fungsi fisiologi secara normal. Kegagalan berbuat demikian akan mendedahkan diri anda kepada kecederaan yang serius tanpa kita sedari. Ini kerana, beberapa kajian menunjukkan bahawa kegagalan mendapatkan tidur yang mencukupi dan berjaga di malam hari akan mendedahkan diri kepada risiko kanser! Dakwaan ini timbul setelah pengamatan dan kajian beberapa jurnal perubatan di USA menunjukkan bahawa, 50-60% daripada wanita dan lelaki yang menghidapi terutama kanser payudara PERNAH dan MASIH  bekerja di malam hari           ( night shift ). Selain itu, kekerapan individu yang kurang tidur dan berjaga lewat malam juga memiliki berat badan yang tidak seimbang. Mereka juga kerap dan mudah diserang demam selesema dalam setahun dan ini menjelaskan mengapa sebahagian daripada teka-teki yang disimpulkan secara awal oleh penyelidik berkaitan peranan Melatonin dalam meningkatkan imunisasi seseorang. 




Manfaat antioksida terhadap tubuh badan


Seperti Glutathione, Alpha Lipoic Acid dan CoQ10 yang dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh badan, paras pengeluaran Melatonin juga akan berkurangan sejajar dengan peningkatan usia. Ramai yang memandang rendah terhadap peranan Melatonin di usia remaja kerana kekerapan berjaga di lewat malam dan tidur kurang daripada 6-8 jam sehari akan mendedahkan diri kepada masalah kesihatan di usia tua kelak. Simptom ini tidak kelihatan semasa tubuh badan masih sihat, ini kerana kuantiti Melatonin yang dihasilkan semasa proses tumbesaran adalah tinggi. Namun, sekiranya amalan berjaga di malam hari dan tidur yang kurang dipraktikkan secara kerap, ini mengundang satu tentangan di dalam fungsi fisiologi badan. Ia diumpamakan seperti melawan arus positif yang dialirkan oleh badan dalam memadamkan arus negatif yang teraktif di dalam tubuh. Kegagalan mengikuti fungsi normal fisiologi tubuh dapat diumpamakan seperti bom jangka yang boleh meletus pada bila-bila masa. Namun begitu, timbul beberapa persoalan yang sering disalahtafsir oleh kebanyakan pihak. Menjadi lumrah masyarakat dalam menjatuhkan sesuatu hukum terhadap sesuatu perkara tanpa membuat soal selidik terlebih dahulu. 

Peranan saya di sini bukan sahaja mahu memberi pandangan dan ulasana berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh saintis di Barat, namun saya ingin memberi pencerahan dan penejelasan dengan bersudut rohani dan agama. Saya masih melihat, masyrakat dewasa ini masih terikat dengan fahaman yang cukup sempit dalam menilai sesuatu perkara terutama berkaitan topik-topik kesihatan. Saya juga tidak menyalahkan mereka kerana setiap manusia melakukan kesalahan dan menjadi tanggungjawab kita memperbetulkan apa yang salah untuk kebaikan bersama. Dalam konteks Melatonin, saya berkali-kali menekankan pentingnya tidur di dalam gelap, tidak berjaga di lewat malam secara kerap dan mendapatkan tidur 6-8 jam sehari. Namun, ada persoalan yang mungkin timbul dalam kalangan pembaca sekalian berkaitan relevannya masa tidur yang mencukupi. Saya pernah menjelaskan secara terang-terangan peranan Melatonin terhadap kesihatan di beberapa laman sosial dan laman web namun amat mendukacitakan kerana ia mendapat respon yang negatif daripada pembaca di laman tersebut. Saya tidak menyalahkan mereka malah saya mengaggapnya sebagai satu cabaran untuk memberi lebih banyak penjelasan dan pencerahan terhadap isu kesihatan yang acap kali dipandang rendah oleh kebanyakan pihak. Ia berkaitan ibadah yang akan dilakukan di malam hari. Apakah penyelesaiannya?

Islam menuntut umatnya agar seimbang dalam mencari keredaan di muka Bumi ini. Setiap yang wajib dilakukan perlu dilakukan dan setiap yang harus mahupun sunat digalakkan dilaksankan untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan duniawi mahupun ukhrawi. Dalam konteks ibadah di waktu malam, terdapat hadis yang menyebut bahawa ibadah di waktu malam adalah antara galakkan paling utama dalam mendekatkan diri kepada Pencipta. Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, nabi bersabda :

"Allah turun ke langit dunia setiap malam pada 1/3 malam terakhir. Lalu Allah berfirman, Siapa yang berdoa kepada-Ku tentu Aku ampinu. Demikian keadaannya hingga terbit fajar"

Sekali imbas, hadis ini terang-terangan menyatakan bahawa kita sangat digalakkan agar melakuakn ibadat di malam hari yakni ketika 1/3 malam terakhir. Namun, terdapat sebuah lagi hadis yang menarik perhatian saya untuk diselidiki kerana ia seolah-olah berkait rapat dengan kajian yang dilakukan terhadap peranan Melatonin semasa tidur. Di dalam sebuah hadis yang lain, dari Jabir bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda :

"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kalian hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bejana serta makanan dan minuman kalian".  

Hadis ini amat menarik perhatian saya kerana secara terang-terangan Baginda menasihatkan umatnya agar tidak menjamah makanan dan minuman ketika malam hari kerana ia tidka baik untuk kesihatan. Ini dibuktikan dengan beratus kajian saintifik yang menyatakan bahawa amalan mengambil makanan selepas jam 7-8PM akan mengganggu fungsi hati dalam melakukan tugasnya untuk mendetoks tubuh badan semasa tidur. Selain itu, ia akan meningkatkan risiko hati berlemak dan masalah peningkatan brat badan yang melampau. Namun, signifikan lampu-lampu dimatikan  pada waktu malam seolah-olah mencungkil dan dikaitkan dengan kajian yang menyatakan bahawa Melatonin hanya keluar pada waktu malam dan hanya bertindak semasa keadaan benar-benar gelap. Terdapat perkaitan antara kajian yang dilakukan oleh saintis dan intisari hadis Baginda. Saya tidak mahu menidakkan atau bersetuju dengan dakwaan saintis dan penyelidik kerana mereka juga mungkin boleh melakukan kesalahan dalam kajian mereka atau kajian mereka masih di peringkat awal.

Berbalik pula kepada topik perbincangan kita, kajian menunjukkan bahawa amalan tidur 6(min) - 8(max) jam sehari adalah waktu terbaik dalam membaik pulih sel-sel dan merawat badan. Namun timbul persoalan yang menyatakan kajian sedemikian karut kerana ia akan mengganggu masa untuk seseorang beribadat di malam hari. Sekiranya kita lihat secara lebih terperinci, Rasulullah bersabda bahawa 1/3 malam terakhir adalah waktu paling digalakkan beribadat dan ini mencungkil satu lagu misteri iaitu adakah kajian sedemikian benar-benar telus dan relevan? Untuk menjawab persoalan ini, mari kita fahami dahuku apakah yang dimaksudkan dengan 1/3 malam . Sebahagian ulama berpendapat bahawa 1/3 malam ialah jarak waktu diantara Isyak sehingga Subuh yang merupakan 9 jam dibahagikan  kepada 3 jam waktu berbeza iaitu 1/3 malam awal, 1/3 malam pertengahan dan 1/3 malam terakhir. Ia bermula sekitar ( anggaran ) jam 8.30PM dan berakhir (anggaran ) pada jam 5.30AM. Ini bererti, 1/3 malam awal adalah bermula dari jam 8.30-11.30PM, 1/3 malam pertengahan bermula dari jam 11.30PM-2.30AM dan 1/3 malah ahir bermula dari jam 2.30AM-5.30AM

Jika dilihat secara teliti, terdapat perkaitan antara ibadah di waktu malam yang digalakkan pada 1/3 malam terakhir dan masa yang diperuntukkan untuk tidur selama 6-8 jam sehari. Sekiranya benar, maka tidur seawal jam 10PM sehingga 4AM bersamaan dengan 6 jam dan ini menunjukkan bahawa ibadah di 1/3 malam akhir kurang terganggu kerana, bermula sekitar jam 4/4.30AM, paras Melatonin telah mula menurun ( tapering ) dan ketika ini, sel-sel badan berada pada keadaan yang segar dan bertenaga. Ini juga menjelaskan bahawa amalan mengulangkaji pelajaran seawal jam 4AM dan ke atas adalah waktu terbaik kerana fungsi otak berada di tahap tertinggi. Mungkin dalam kalangan anda masih ada yang perjudis terhadap topik yang dibincangkan oleh saya pada hari ini, namun ia terpulang kepada anda untuk menilai sejauh mana logik dan relevannya perkara ini kerana saya tidak mahu menidakkan mahupun mempersetujui apa yang dinyatakan di sini. 



Berjaga di malam hari mendedahkan and kepada risiko kesihatan yang serius


Disamping itu, saya juga dihujani dengan beberapa soalan yang menyatakan bahawa sekiranya benar Melatonin itu penting dalam kehidupan seharian, maka bagaimanakah pula dengan pekerjaan yang memerlukan masa bekerja di malam hari? Anda tidak perlu risau kerana supplement beraasaskan Melatonin ada dijual dipasaran. Ia bermula daripada dos serendah 0.5mg sehingga 3mg dalam setiap kapsul. Kebanyakan produk Melatonin yang dijual di pasaran diesktrak daripada sumber bovine seperti lembu. Namun begitu, sekiranya anda alah terhadap produk berasaskan Lactose mahupun susu atau lembu, anda boleh memilih produk Melatonin sintetik yang lebih bertoleransi dan sesuai kepada mereka yang mengalami alahan terhadap sumber bovine. Anda harus mengambilnyan 30 minit sebelum tidur di bagi menggantikan paras Melatonin yang hilang semasa and aberjaga di malam hari. Sebagai contoh, anda bekerja sehingga jam 7AM dan akan mula tidur sekitar jam 8Am, makan anda perlu menhambilnya sekitar jam 7.30AM untuk membolehkan Melatonin mula bertindka ke atas tubuh badan anda. Walaubagaimanapun, sila pastikan anda benar-benar mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan atau ahli farmasi anda terlebih dahulu berkenaan dos yang perlu diambil kerana setiap individu memerlukan dos yang berbeza. Dos sekitar 0.5mg juga masih dikategorikan sebagai tinggi berbanding paras normal yang dihasilkan oleh badan. 




Masalah Jet Lag dapat diatasi dengan pengambilan Melatonin



Selain itu, sekiranya anda seorang individu yang kerap merentasi zon waktu dengan menaiki kapal terbang ke sesebuah destenasi yang terdapat perbezaan 3-5 zon waktu berbeza, anda harus mendapatkan Melatonin. Ia dinamakan jet lag dan ini menyebabkan tubuh badan terpaksa me'reset' semula Biological Clock badan dalam mengadaptasi zon waktu yang baharu. Supplement Melatonin membantu anda dalam menangani masalah jet lag agar ia tidak menjejaskan tumpuan anda agar tubuh tidak terlalu letih atau 'tekejut' dengan zon waktu yang direntasi.  



Ceri merupakan sumber alam paling tinggi kandungan Melatonin


Terdapat juga kaedah yang lebih holistik dalam membantu anda tidur dan meningkatkan paras Melatonin ke dalam darah. Ia boleh dilakukan dengan mengambil buah ceri. Ceri merupakan satu-satunya buah-buahan paling tinggi kandungan Melatonin dalam kategori buah-buahan di dunia. Ini menjelaskan mengapa kanak-kanak yang memakan ceri dengan kuantiti yang banyak mula berasa pening, mengantuk dan lebih mudah tertidur. Selain itu, makanan berasaskan koko asli juga membantu seseorang dalam mendapatkan Melatonin secara semulajadi berasaskan sumber alam. Ini kerana koko kaya dengan Tryptophan yang menjadi pelopor ( asas/ precursor ) kepada Melatonin. Maka Tidak hairanlah, individu yang banyak mengambil coklat akan berasa lebih tenang dan mudah berasa mengantuk, terutama coklat galap ( dark chocolate ). Walaubagaimanapun, sehingga kini, hanya AuraWhite Chocolate Indulgence sahaja yang benar-benar mengandungi ekstrak koko asli yang berkepekatan tinggi di pasaran negara ini.    

Diharap, perkongsian ini dapat memabntu anda memahami serba sedikit berkenaan dengan peranan Melatonin dalam kehidupan seharian kita. Jagalah kesihatan anda dan tidurlah di dalam gelap, anda bakal merasakan kesannya. Selamat berhujung minggu!