Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 22 Julai 2012

Astaxanthin & Pycnogenol : Antioksida Terhebat Alam Semulajadi




Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca setia blog saya ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf di atas kelewatan saya yang sudah lama tidak mengemas kini blog ini memandangkan saya sangat sibuk dengan pelbagai tugasan, assignments serta hidup sebagai pelajar yang sememangnya memerlukan masa dan pengorbanan. Jika ada masa sekali pun, saya tidak sempat mengemaskini blog memandangkan Blogger semakin lama semakin 'berat' untuk dibuka. Ini memandangkan Blogger semakin 'update' maka ia memerlukan masa untuk stabil dan senang dilayari kelak.

Anda semua mesti tertanya-tanya apakah tajuk perbincangan blog saya hari ini. Melihat tajuk tersebut, anda semua mesti tertanya-tanya " Apa tu Astaxanthin ? " "Apa tu Pycnogenol ? " " Apa yang menarik tentang benda ni ? " "Apa sebenarnya benda ni ?" . Soalan-soalan sedemikian sudah pasti bersarang di pemikiran anda dan oleh itu, tibalah masanya untuk saya menerangkan secara mendalam apakah yang dimaksudkan dengan Astaxanthin dan Pycnogenol ini.

Tuhan menciptakan sesuatu unsur itu untuk diguna pakai oleh umat manusia sama ada untuk kebaikan mahupun keburukan. Terpulang kepada kita untuk memilih. Alam semulaajdi merupakan antara nikmat serta anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Pelbagai rahsia alam yang sehingga kini masih belum mampu dirungkai oleh para saintis mahupun penyelidik. Namun, kajian demi kajian dilakukan untuk mendapatkan manfaat yang jitu dalam melengkapi hidup kita sebagai manusia. Antara anugerah Tuhan yang paling berharga  kepada manusia melalaui alam semulajadi ialah Pycnogenol.  Apa itu Pycnogenol ?


Ikuti temubual bersama Dr. Fred Pescatore tentang manfaat terulung Pycnogenol

Pycnogenol merupakan ekstrak/pati kulit kayu pain maritim Perancis yang berpaten dan merupakan jenama sebuah syarikat, Horphag Research Ltd. yang berpengkalan di Switzerland. Pycnogenol diambil daripada kulit pokok pain maritim Perancis yang tumbuh subur di sebuah hutan simpan pokok pain antara terbesar di Eropah. Ia bebas daripada sebarang pencemaran, baja kimia serta racun perosak dan pokok ini tumbuh subur tanpa sebarang gangguan ekologi serta sistem semula jadinya antara yang terbaik di dunia untuk pemuliharaan dan pemeliharaan pokok pain. Kulit kayu pokok pain maritim Perancis ini diambil setelah pokok tersebut mencecah usia 30-50 tahun. 


Kulit kayu pain maritime Perancis merupakan sumber Pycnogenol terulung di dunia


Bahan aktif utama yang terkandung di dalam kulit pokok ini dikenali sebagai Prosianidin    ( OPC ) serta beberapa jenis bioflavonoid semula jadi yang beratus kali ganda berkesan memberi perlindungan daripada serangan radikal bebas berbanding antioksida yang lain. Berbeza dengan ekstrak biji anggur di mana ia juga mengandungi OPC namun kandungan OPC yang diperolehi daripada biji anggur hanya tunggal yakni tidak bersama dengan lain-lain bioflavonoid. Pycnogenol merupakan campuran dan gabungan Prosianidin dan lain-lain bioflavonoid yang hanya wujud di dalam ekstrak kulit kayu pain maritim Perancis ini. Penemuan OPC beserta bioflavonoid di dalam satu bahan ini begitu menakjubkan serta menggemparkan dunia sains di mana sangat jarang untuk OPC bergabung dengan antioksidan lain di dalam satu medium. Penemuan ini juga menjadikan Horphag Research Ltd. memenangi beberapa anugerah kecermelangan dan anugerah tertinggi yang pernah dicapai ialah Anugerah Kajian Cemerlang Bahan Kesihatan Amerika Utara 2008 Frost & Sullivan. Anugerah Frost & Sullivan sangat terkenal kerana ia merupakan sebuah badan pengiktirafan dunia yang terunggul dalam menilai sesebuah kajian,pembangunan serta ekonomi dunia.

Disebabkan Pycnogenol merupakan sejenis antioksidan kuat yang memberi perlindungan kepada sel selular ia juga dikenali sebagai " Antioksidan Hebat Alam Semulajadi " terunggul dan sehingga kini Pycnogenol merupakan satu-satunya sebatian antioksidan terkuat pernah ditemui oleh para saintis di dunia. Kekuatan sesebuah antioksidan diukur menggunakan bacaan ORAC di mana semakin bacaan ORAC semakin kuat aktiviti penghalang kesan oksidasi terhadap sel. Walau bagaimanapun, nilai ORAC yang dicatat oleh Pycnogenol masih lagi menjadi pertikaian. Ia didorong oleh beberapa faktor tetapi ada teori mengatakan bahawa nilai ORAC Pycnogenol melebihi beri Maqui. Beri maqui merupakan satu-satunya buah yang mengandungi nilai ORAC tertinggi di dunia yang mencatatkan nilai ORAC sehingga 27 600 . Dalam kes Pycnogenol, nilai ORAC tidak memainkan peranan yang ketara tetapi kesan nilai ORAC nya yang menjadi perbualan hangat kerana gabungan OPC dan bioflavonoid lain di dalam ekstrak kulit kayu ini menunjukkan kesan penghalang oksidasi yang terunggul malah ia jauh mengatasi beri maqui. 

Disebabkan ini, Pycnogenol mampu mengitar semula Vitamin C dan E yang teroksida kembali menjadi bentuk yang aktif dan ini sangat memeranjatkan banyak pihak terutama pengkaji kerana Vitamin C dan E sendiri merupakan sejenis antioksidan yang kuat. Kesan paling ketara yang diperolehi daripada pengambilan Pycnogenol ialah dari segi kesihatan kulit, mata serta penyakit-penyakit kornik.Terdapat beberapa kajian membuktikan dengan pengambilan 50-100mg Pycnogenol selama 8 minggu akan memperoleh kulit yang kurang kedut. Selain itu Pycnogenol juga memberi perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB secara menyeluruh. Ini disokong oleh sebuah kajian yang dilakukan di California, USA dimana Pycnogenol mampu bergabung secara stabil dengan kolagen kulit. Apabila radikal bebas seperti sinaran UV mencecah kulit, ia akan merungkaikan jaringan elastisi kolagen dan menyumbangkan kepada penguraian serat kolagen. Namun, kekuatan Pycnogenol yang bergabung di setiap penghujung serat kolagen mengurangkan penguraian kolagen dan ini melindungi serat kolagen daripada kerosakan yang maksimum.

Selain itu, Pycnogenol juga mampu merentasi rintangan darah retina ( Blood Retinal Barrier, BRB ) dengan mudah. Antioksidan hebat ini menunjukkan perlindungan yang sangat tinggi terhadap kerosakan mata lebih-lebih lagi kepada pesakit diabetis jenis 2. Ini menjadi satu harapan baru kepada pesakit kencing manis dalam melindungi mata mereka daripada kerosakan dalaman. Namun, pencapaian terhebat Pycnogenol yang sehingga kini menjadi perbualan hangat ialah ia merupakan satu-satunya flavonoid yang mampu merentasi rintangan darah otak ( Blood Brain Barrier, BBB ). BBB merupakan sejenis lapisan perlindungan otak yang sangat tepu serta berlipid yang menyelaputi otak daripada kemasukan anasir-anasir luar. Lapisan ini sangat berlipid sehingga tidak banyak antioksidan yang wujud di dunia ini mampu melepasinya memandangkan otak merupakan organ neuorlogi terpenting manusia dan setiap inci kerosakan yang berlaku di otak mampu membunuh kita dalam sekelip mata. 

Tetapi, antioksidan semula jadi ini mampu melintasi BBB dengan mudah. Mengapa ? Ini masih lagi menjadi persoalan dan pertikaian para penyelidik kerana struktur Pycnogenol sendiri tidak cukup berlipid untuk melintasi BBB. Walau bagaimanapun, ia tetap selamat diambil sehingga dos seharian boleh diambil sehingga 200mg tanpa mendatangkan apa-apa kesan sampingan. Disesabkan ia merupakan antioksidan yang sangat berkuasa,jauh mengatasi Vitamin C dan E, dianggarkan kekuatan Pycnogenol adalah 1.5 kali lebih daripada catechin ( Esktrak teh Hijau ), 10 kali lebih daripada ektraks biji anggur, 40 kali lebih daripada Vitamin E, 350 kali lebih daripada Vitamin C dan 1000 kali daipada Asid lipoik, ia juga dikenali sebagai penghalang kanser terunggul pernah ditemui. Ia juga digunakan untuk meningkatkan imun sistem seseorang pada tahap yang maksimum sehingga ia mampu mengurangkan simptom alahan,resdung, selesema, batuk, alergi serta meningkatkan pernafasan normal pada tahap yang tinggi.

Terlalu banyak kebaikan serta manfaat yang diperoleh daripada kuasa ekstrak kulit kayu pain maritim Perancis ini. Terlalu banyak jurnal serta artikel kesihatan yang diterbitkan sehingga ada antaranya diguna pakai berulang kali untuk mendapatkan ekstrak yang benar-benar tulen dan lebih bermutu. Namun begitu, Pycnogenol bukanlah antioksidan terkuat pernah ditemui serta diketahui oleh manusia. Terdapat satu lagi antioksidan yang dikenali sebagai "Mother of Antioxidant and Carotenoid " dan "World's Strongest Antioxidant in Nature". Apakah antioksida tersebut ? Teruskan pembacaan anda !!!


ASTAXANTHIN

Mesti ramai antara anda yang tergelak mahupun tergigit lidah mahu menyebut perkataan ini secara betul. Secara ringkas, anda boleh menyebut secara sebegini, Asta-Zhan-Thin

Apakah Astaxanthin ini ? Mengapakah ia digelar antioksidan terkuat yang pernah wujud di dunia ? Apakah kelebihannya ? 

Astaxanthin merupakan sejenis pigmen kerotenoid semulajadi yang dihasilkan oleh alga Haematococus pluvialis. Ia banyak didapati di kawasan yang mempunyai aktiviti volkanik seperti di Jepun dan Kepulauan Hawaii. Namun, alga di Kepulauan Hawaii merupakan yang terbaik dunia kerana ia ditemui sedalam 5000 kaki di bawah paras air laut. Disebabkan ia merupakan karotenoid, maka ia berpigmen merah dan ini menjelaskan mengapa ikan salmon, udang laut, ketam, flamingo serta beberapa hidupan laut yang lain berwarna merah-oren mahupun merah kejambuan. Ini kerana haiwan-haiwan ini menjadikan Haematococus pluvialis antara diet makanan seharian mereka. Sebab itu mengapa ikan salmon serta ketam laut amat mahal disebabkan ia mengandungi isi yang enak dan lembut serta khasiatnya yang tinggi. Ini juga menjelaskan mengapa ikan salmon mampu berenang melawan arus deras selama 7 hari tanpa henti !!!

Sebenarnya, Astaxanthin merupakan mekanisma terakhir alga Haematococus pluvialis untuk hidup sekiranya alga ini mengalami tekanan suhu sejuk dan panas melampau, perubahan cuaca keterlaluan, kekurangan makanan dan air haba serta pancaran matahari yang keterlaluan. Alga ini secara semula jadi menjana Astaxanthin untuk meneruskan kehidupannya. Dengan kehadiran Astaxanthin, alga ini mampu hidup tanpa makanan dna tahan tekanan persekitaran selama 40 tahun. Maka tidak hairanlah, alga merupakan antara tumbuhan tertua pernah ditemui oleh umat manusia tanpa mengalami sebarang proses evolusi secara mendadak. Astaxanthin merupakan antara pelopor dalam melindungi alga ini daripada dimamah kesan evolusi melampau.

Berbeza dengan karotenoid yang lain, Astaxanthin merupakan satu-satunya karotenoid yang tidak mendatangkan kesan toksik sekiranya diambil pada dos yang berlebihan. Malah ia lagi menggalakan aktiviti selular sel serta melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Sehingga kini, para penyelidik masih kurang memahami bagaimana ia mampu memberi kesan perlindungan oksidasi sedangkan Astaxanthin tidak ditukar menjadi Vtamin A setelah dicernakan oleh badan. Namun teori yang diberikan ialah, Astaxanthin mampu melakukan kesemua ini berdasarkan strukturnya yang sangat menakjubkan serta panjang, sehingga ia mampu mengapai lapisan atas kulit ( epeidermis ) serta lapisan dermis kulit. 


Berbeza dengan Beta Carotene lain, Astaxanthin mampu mencapai lapisan atas dan bawah sel dengan sempurna dan ini sekaligus melindungi kerosakan sel kulit 


Astaxanthin memiliki kekuatan yang tinggi malah jauh mengatasi Pycnogenol. Oleh yang demikian ia mampu mengitar semula Vitamin C dan E serta lain-lain antioksida yang teroksida di dalam badan secara menyeluruh, malah melebihi Hyroxytyrosol, yang diyakini antara antioksidan terunggul yang pernah wujud. Astaxanthin merupakan satu-satunya karotenoid yang mampu merentasi BBB serta BRB dengan mudah. Tidak ada satu pun karotenoid yang mampu melepasi rintangan darah ini terutama BBB dengan mudah. Ini menjadikan ia sangat berguna untuk melindungi sel otak daripda kerosakan. Sememangnya ada harapan untuk pesakit Alzheimer sembuh disebabkan ia mampu melindungi kerosakan daripada terus kronik. Bagi pesakit darah tinggi, Astaxanthin bertindak pada sel-sel utama organ terutama ginjal. Ia mampu merentasi lapisan dalam sel badan dengan lebih mendalam dan terus melindungi sel tersebut setelah ia bergabung dengan sel tersebut. 



Harapan pesakit diabetis juga cerah memandangkan Astaxanthin mampu merentasi serta melindungi pankreas dengan menggalakan penghasilan dan pengeluaran insulin. Ia meransangkan sel Beta di dalam pankreas dan ini menjadikan insulin lebih banyak terhasil daripada yang sepatutnya. Namun, kesan terhebat Astaxanthin yang pernah dikaji ialah kesan terhadap kulit. Kulit merupakan organ terbesar manusia. Ia menjadi pelindung pertama terhadap anasir luar daripada memasuki badan. Kulit sangat unik. ia terdiri daripada 7 lapisan yang sentiasa berganti selama 28 hari. Lapisan dalam kulit terdiri daripada lapisan dermis yang mengandungi kolagen yang membantu pengurangan kedutan serta melanosit yang membantu pengeluaran melanin sekiranya terdedah kepada sinaran UV matahari. 




Astaxanthin sangat unik kerana strukturnya yang panjang mampu melindungi daripada lapisan atas sehingga dalaman kulit tanpa pecahan struktur molekulnya. Ini menjadikan ia mampu melindungi kulit daripada serangan UVA dan UVB dan sekaligus melindungi kolagen kulit daripada penguraian yang total. Paling terserlah ialah ia juga mampu mengurangkan 40% penghasilan melanin dan ini sekali gus mengurangkan penggelapan kulit. Tona kulit tidak sekata juga diperbaiki sehingga 78% tanpa sebarang cela. 

Perbandingan kekuatan antioksida lain terhadap Astaxanthin 

Terlalu banyak kajian yang dilakukan dalam mengenal pasti kebaikan Astaxanthin namun saya sendiri tidak mampu menulis di sini kerana antioksidan ini meliputi hampir keseluruhan antioksidan lain yang wujud di dunia. Kekuatannya 17 kali ganda berbanding ekstrak biji anggur ( OPC / Pycnogenol ), 40 kali berbanding mana-mana beta karoten, 75 kali ganda lebih kuat berbanding asid lipoik, 500 kali ganda berbanding Vitamin E, 560 kali ganda berbanding catechin ( ekstrak teh hijau ), 800 kali ganda berbanding enzim CoQ10 dan paling menakjubkan, 6000 kali ganda lebih kuat berbanding Vitamin C !!!  Malah nilai ORAC yang dicatat oleh Astaxanthin setinggi 28 222 !!! Ini sekali gus memecahkan mana-mana rekod antioksidan lain yang pernah ditemui oleh para penyelidik seperti Beri Maqui ( 27 600 ) dan beri acai ( 16 700 ). 



Masakan tidak, kelebihan serta kuasa pemulihan antioksidan ini diakui sendiri oleh Suzy Cohen. Suzy Cohen yang lebih dikenali sebagai "America's Most Trusted Pharmacist " sendiri mengamalkan pengambilan Astaxanthin sebagai diet makanan tambahan beliau kerana beliau sendiri mendapat perubahan yang sangat ketara terhadap pengambilan antioksidan hebat ini.

Ikuti temubual bersama Suzy Cohen tentang manfaat Astaxanthin


Setelah anda mendapat maklum tentang kesemua info-info ini, pastinya anda tertanya, di manakah saya boleh mendapatkan kedua-dua antioksida ini ? Adakah saya perlu menempah tiker penerbangan ke Perancis ? Menangkap ikan salmon liar di Jepun,Kanada mahupun USA yang tidak pasti sama ada ianya dipenuhi dengan logam berat merkuri atau juga perlu pergi ke Hawaii dan menyelam sedalam 5000 kaki ke dalam laut ? 




AstaPycnogenol

Tidak perlu bersusah payah kerana saya akan mencadangkan satu porduk yang saya amalkan sehingga kini. Hasilnya sangat jelas pada mata, kulit serta alahan saya yang semakin berkurangan. Saya memilih AstaPycnogenol yang dipasarkan oleh Cosway memandangkan produk ini memiliki paten Horphag ( Pycnogenol ) yang tulen dari Switzerland. Sehingga kini, Cosway merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang menggabungkan kedua-dua antiooksidan hebat ini di dalam satu kapsul dengan dos yang lebih tinggi berbanding mana-mana produk Astaxanthin serta Pycnogenol yang berada di pasaran Malaysia. Harganya juga sangat berbaloi untuk penggunaan sebulan di mana harga keahlian Cosway hanya RM 98.00 dan sekiranya terdapat promosi bulanan, ia mampu dimiliki dengan harga lebih murah, sekitar RM 82.00 atau RM 55.00 sahaja.


Bercerita mengenai pengalaman saya mengambil produk ini, pada mulanya saya meragui keberkesanaannya memandangkan pelbagai produk telah saya cuba untuk menghilangkan kesan cela di wajah serta lengan saya, namun saya kuatkan semangat untuk mencubanya dan saya melakukan sedikit pembacaan serta penyelidikan berkaitan dengan produk serta kedua-dua antioksidan hebat ini. Akhirnya, saya memilih untuk mencubanya semula dan sangat memeranjatkan apabila walaupun saya baru sahaja mengambil 2 kapsul AstaPycnogenol, penglihatan saya semakin jelas. Saya mengalami masalah penglihatan yakni silau yang agak serius disebabkan faktor keturunan. Mata saya sering letih dan berair lebih-lebih lagi pada waktu malam ketika terkena cahaya lampu dan pancaran terik matahari yang sememangnya mengeluarkan sinaran UVA dan UVB yang tinggi. Walaupun saya telah memakai cermin mata khas untuk menghalang penembusan sinaran UVA dan UVB beserta radiasi, namun mata saya tetap akan kering dan berair. Setelah saya mengambil 2 kapsul AstaPycnogenol, penglihatan saya bertambah baik, cerah, jelas dan terang. Ini menyakinkan saya bahawa kedua-dua antioksidan ini merupakan terbaik yang pernah saya cuba. Jerawat saya juga semakin menghilang dan kulit saya bertambah cerah tanpa memakai apa-apa losyen SPF mahupun mengambil kolagen.

Oleh yang demikian, rebutlah peluang ini untuk anda menjaga kesihatan dan keremajaan anda daipada serangan radikal bebas, kanser mahupun lain-lain masalah kesihatan. Anda cuba anda tahu.

p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran No.1 DI SINI