Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 19 September 2012

Oat : Kebaikan Dalam Setiap Hidangan


Bijirin penuh nutrisi, Oat

Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog setia saya. Hari ini saya ingin membicarakan satu topik yang saya rasa ramai sudah mengetahuinya namun, masih kurang kesedaran tentang kebaikan dan manfaat yang mampu diberikan oleh makanan ini. Apakah ia ?

Oat...

Dengar sahaja nama oat, pasti ramai memalingkan muka, mahu termuntah dan tidak lari juga yang 'kembang' tekak apabila melihat, mendengar dan meghidu bau serta rasa oat ini. Lihatlah, betapa hebatnya penangan oat ini sehingga ramai yang tutup hati melihat makanan bernama oat ini. Tetapi, tahukah anda, Tuhan itu menciptakan sesuatu dengan bertujuan memberi manfaat kepada hamba-Nya ?

Jadi pada hari ini, saya akan membincangkan tentang 1001 rahsia dan manfaat oat kepada kesihatan manusia. Mana tahu, setelah anda membaca entri ini, mungkin pandangan anda terhadap oat bakal berubah ? Mari kita saksikan !!!


Pokok oat

Oat merupakan sejenis gandum yang banyak ditanam di ladang-ladang gandum dunia seperti di Rusia, Kanada, Australia dan Amerika Syarikat. Ia merupakan satu-satunya gandum paling berkhasiat di dunia yang mengandungi pelbagai nutrient dan zat-zat penting untuk tumbesaran termasuklah protein, Vitamin B, kalsium dan magnesium. Ia mengandungi peratusan serat yang paling tinggi dalam kelasnya malah jauh mengatasi kultur hidup lain seperti minuman probiotic dan nasi.

Di negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Kanada, oat menjadi hidangan harian mereka kerana komposisi protein nya yang jauh dan kaya malah mengatasi segelas susu. Ini juga mengandungi karbohidrat yang tinggi dan ini menjelaskan sesiapa yang mengambil oat pada sebagai sarapan pagi mereka akan berasa kenyang sehingga 4-6 jam berikutnya !!!

Tetapi tahukah anda bahawa oat merupakan salah satu daripada 3 makanan di dunia mampu menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah dengan effektif ?

Pasti ramai tahu akan fakta ini namun masih kurang penjelasan mengapa dan bagaimana ia bertindak. Oleh itu, ramai pesakit darah tinggi,koleterol tinggi, sakit jantung dan diabetis lebih gemar mengambil preskripsi harian ubatan mereka berbanding sumber semula jadi seperti oat tanpa mengetahui kesan buruk ubat-ubatan ini. 

Untuk pengetahuan, ubat darah tinggi seperti amlodipine mampu memberi kesan yang buruk kepada kadar denyutan jantung untuk jangka masa yang panjang. Ubat penurun kolesterol paling berjaya di pasaran dunia, Lovastatin, Simvastatin dan Atorvastatin pula lebih parah. Ia boleh menurunkan paras antioksidan semula jadi badan, CoQ10 secara mendadak walaupun dengan hanya sekali pengambilan. Ini menjelaskan mengapa ramai pesakit yang mengambil ubat ini mengadu sakit-sakit otot, pening kepala, keletihan dan lesu dan sebagainya. Ubat diabetis seperti metformin pula boleh mengakibatkan masalah berkaitan pencernaan dan gangguan usus yang serius.

Kebaikan Oat diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Maka, anda memerlukan alternatif semula jadi dalam menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah anda tanpa menghadapi sebarang kesan sampingan. Jawapan ini terletak pada oat.

Oat mengandungi Beta-glucan, sejenis bahan aktif yang berfungsi sebagai pengikat kolesterol paling mujarab di dunia. Fakta paling utama yang perlu anda ketahui ialah, 80% kolesterol dihasilkan di hati dan 20% lagi melalui makanan. Ini menjelaskan mengapa ramai yang cuba mengawal pemakanan mereka tetapi 'gagal' kerana tidak mengetahui fakta yang sebenar kerana kolesterol banyak dihasilakan di hati dan bukan melalui pemakanan. Oleh itu, kita harus mencari punca utama kolesterol itu dihasilkan dan mengawal 'kilang hati' daripada terus mengeluarkan kolesterol secara berlebihan ke dalam dalam.

beta-glucan yang terkandung di dalam oat bertindak seperti vakum kolesterol dengan bergabung bersama kolesterol dan membuangnya keluar melalui saluran najis. Tidak setakat itu, ia juga bergabung dengan asid hempedu untuk mengelakkan penyerapan semula kolesterol ke dalam darah. Ini menjadikan oat serat yang 100% sihat dan mampu menurunkan parasa kolesterol darah dalam hanya 30 hari !!!

Beta-glucan juga mampu menurunkan paras gula dalam darah dengan meningkatkan pertahanan dan imuniti badan agar tidak kebal terhadap insulin. Disebabkan itu juga, Beta-glucan mampu meningkatkan serta mengelakkan alahan daripada berlaku kerana ia memiliki sifat anti alahan dan penguat imun badan terunggul.
maka, sesiapa yang mengalami masalah alahan, anda sisyorkan mengambil oat setiap hari dan lihatlah hasilnya.

Disebabkan oat merupakan serat yangs angat larut, maka ia mampu melancarkan pergerakan usus untuk membuang sisa tinja yang terperangkap di usus. Ini sesuai untuk mereka yang menhgadapi masalah sembelit dan buang air tidak lawas.

Saya memilihi Instant Oatmeal kerana senang dimasak

Rasa ?

Ketika saya mula mengambil  semangkuk oat, saya hampir termuntah kerana rasanya yang seperti payau dan agak meloyakan. Oleh itu, saya cuba menukar sedikit menu tersebut dengan campuran susu dan gula. Semakin hari, saya mengurangkan pengambilan gula dalam semangkuk oat dan akhirnya saya mampu memakan oat yang hanya dididihkan dengan air panas. Sudah pasti rasanya agak meloyakan pada mereka yang mula-mula berjinak dengan oat. Tetapi, saya mahu mendapatkan kebaikan pengurangan kolesterol dan gula oleh yang demikian saya makan dengan bancuhan air panas kosong sahaja. 

Mula-mula agak payau rasanya, tetapi setelah biasa dengannya, saya merasakan adalah lebih sedap tanpa apa-apa tambahan kecuali buah-buahan sebagai perasa dan pelengkap keenakan oat.

Oleh itu, tunggu apa lagi, nikmatilah hidangan oat pertama anda hari ini dengan harapan SIFAR penyakit jantung



p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.