Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 2 November 2012

Chlorella : Ciptaan Seni Paling Menakjubkan


Struktur seni paling bernilai di muka bumi, Chlorella

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca setia blog saya ini. Sudah agak lama saya tidak mengepos entri terbaharu memandangkan ketika ini adalah bulan peperiksaan. Walau bagaimanapun, saya gigihkan juga semangat saya untuk berkongsi seberapa banyak pos menarik berkaitan dengan kesihatan. Baiklah, hari ini saya ingin bercerita sedikit tentang kebaikan Chlorella. Pasti diantara anda yang pernah mendengar tentang tumbuhan ajaib ini dan pasti ada juga dalam kalangan anda yang lansung tidak pernah mendengar tentang benda ini !!! Anda semestinya umum dengan spirulina tetapi tidak dengan Chlorella. Oleh itu, di dalam entri kali ini saya ingin menerangkan seberapa banyak yang boleh berkenaan dengan ciptaan seni Tuhan ini tetapi ia mampu memberi impak paling besar terhadap kesihatan manusia.



Lautan merupakan sumber utama taburan Chlorella 

Secara ringkas, Chlorella merupakan sejenis algar hijau yang banyak terdapat di lautan utama dunia seperti di Lautan Pasifik dan sekitar lembangan volkanik. Pada awal penemuan alga ini, tidak ramai yang memandang serius akan kebaikan yang boleh diperolehi melalui tumbuhan hijau ini. Namun segalanya terjawab apabila seorang ahli biokimia Jerman, Otto Heinrich Warburg meembuat kajian terhadap respirasi sel alga ini dan ini membolehkan beliau memenangi Anugerah Nobel di dalam Fisologi dan Perubatan pada tahun 1931. Apa yang menarik tentang alga ini ini ialah ia tidak terletak pada saiznya tetapi ia terletak pada kuasa fotosintesisnya.


Otto Heinrich Warburg, manusia pertama berjaya merungkai misteri Chlorella 

Ramai penyelidik percaya bahawa Chlorella merupakan sumber makanan paling 'mewah' dan padat dari segi nutriennya kerana mereka mengteorikan bahawa Chlorella mampu menjalankan keberkesanan fotosintesisnya jauh mengatasi tumbuhan lain di muka bumi ini. Secara perbandingan, ia mampu mencapai 8% keberkesanaan penjanaan tenaga dan sumber makanan berbanding dengan gula tebu !!!

Maka, di sinilah bermulanya era populariti Chlorella kerana ia mampu menjana tenaga dan makanannya melebihi saiznya yang sangat seni. Ramai percaya bahawa ia mampu menjadi penyelamat sekiranya krisis makanan dunia terjadi kelak. Dengan kadar nutrien yang sangat tinggi, khasiat serta manfaatnya turut sama menyumbang kepada kebolehan alga ini terhadap manusia sejagat.

Namun begitu, di dalam kesemua penemuan menakjubkan tentang manfaat Chlorella ini, manfaatnya terhadap badan dan kesihatannya paling mendapat perhatian para penyelidik. Pelbagai kajian dilakukan untuk mengenal pasti sejauh mana manfaat serta kesannya terhadap kesihatan manusia. Rahsia ini terletak pada struktur alga ini yang sangat unik sehingga mampu menarik logam-logam berat seperti merkuri, plumbum dan cadmium di dalam darah dan tubuh badan manusia dan ia mampu membuangnya secara selamat tanpa mendatangkan apa-apa komplikasi yang teruk.

Ini menjadikan Chlorella sebagai bahan detoksifikasi paling berkesan untuk mendetoks badan dan darah manusia. Ia merupakan satu anugerah Tuhan paling bernilai pernah ditemui kerana sememangnya terdapat banyak produk atau bahan-bahan lain yang boleh digunakan untuk mendetoks badan, namun kemampuan Chlorella jauh mengatasi tumbuhan lain dan pada yang sama memberi manfaat dan nutrien penting terhadap tubuh badan manusia.

Kandungan oksigen di dalam tumbuhan seni ini juga sangat mengujakan. Oleh kerana itu, ia mampu menjana chlorophyll pada tahap yang sangat tinggi. Sekiranya kita mengambil Chlorella, maka kita akan memberi kandungan oksigen yang sangat tinggi terhadap sel-sel badan terutama sel darah merah. Chlorella mampu meniru tindakan hemoglobin, iaitu sejenis ko-faktor di dalam darah merah yang membantu membawa oksigen ke sel-sel badan. Sehingga kini, Chlorella merupakan satu-satunya tumbuhan hijau yang mampu membawa dan meniru tindakan hemoglobin secara pukal dan ini sekaligus menambahkan kandungan oksigen di dalam darah serta merta. Maka, tidak hairanlah ia mendapat jolokan 'darah hijau' kerana kemampuannya berbuat demikian.


Chlorella Growth Factor, kunci utama manfaat Chlorella


Kunci utama Chlorella terletak pada Chlorella Growth Factor ( CGF ). Ia merupakan standard yang digunakan dalam menilai sesuatu produk Chlorella itu beserta kandungan nutrien yang terdapat dalamnya. CGF memainkan peranan yang penting kerana ia memberi Chlorella kuasa keberkesanan terhadap Chlorella itu sendiri. Kerana itu, Chlorella mampu membaik pulih sel-sel badan dengan cepat dan pantas. Ia mamapu menghaluskan kulit dari dalam dan luar. Antara kandungan utama di dalam tumbuhan ini ialah karetenoid. Ia merupakan antara jenis-jenis famili Vitamin A yang paling mujarab dalam memberi kesan antioksidan terhadap badan.



Pelbagai jenis sel baru dihasilkan selepas pengambilan Chlorella termasuk sel darah merah 


Maka, secara tidak lansung ia mampu membaik pulih kulit dari dalam dan luar, memudarkan pigmentasi, menjadikan kulit lebih anjal, kurang kedut, memadatkan kolegen dan mendetoksifikasi wajah dan badan secara selamat. Ia seolah-olah memberi nafas kepada sel untuk lebih bertenaga dan segar.



Kulit, organ terbesar manusia

Selain itu, tumbuhan ini juga mampu meneutralkan keasidan badan. Makanan dan minuman mengandungi tahap additive yang tinggim dan ia dimakan oleh kita seharian untuk menjana tenaga selain rasanya yang enak. Namun, tahukah anda bahawa ia sebenarnya meningkatkan tahap keasidan badan ?

Pengambilan Chlorella mampu mencabar kesemua masalah ini memandangkan kandungan Chlorophyll ynag tinggi. Ia akan meneutralkan semula tahap asid di dalam badan dan darah sehingga menjadi alkali semula. Kesannya, anda tidak akan berasa lesu dan lemah seharian. Untuk membuktikan bahawa darah dan tubuh anda berasid, dedahkan diri anda terhadap nyamuk. Lihat perbandingan sebelum dan selepas ( minimun 3 bulan ) mengambil Chlorella, dan pastinya nyamuk kurang cenderung untuk menghisap darah yang sudah alkali !!!



Tablet Chlorella


Terdapat banyak manfaat serta kebaikan Chlorella. Anda masih boleh mencari info-info tambahan terhadap tumbuhan hijau paling bermnafaat untuk umat sejagat ini di carian Google dan sebagainya. Setelah itu, sudah pasti anda teruja dan mahu meneutralkan semula badan anda dan memperoleh fungsi badan yang efisien beserta tenaga yang maksimum, oleh itu saya di sini akan mencadangkan kepada anda produk Chlorella paling terbaik untuk anda mecubanya.

Melalui pengetahuan saya, hanya terdapat hanya 2 jenis produk Chlorella sahaja yang hanya benar-benar menepati kesemua ciri CGF dan nutrien pada paras yang tinggi dengan konsentrasi yang pekat dalam setiap persediaan produk itu sendiri. Ia adalah : 

Yaeyama Chlorella Ishigaki Island & Yaeyama Pacifica 


Keduaa-dua produk ini merupakan produk Chlorella terbaik di dunia yang menepati hampir kesemua krateria utama penghasilan Chlorella secara bermutu tinggi dan tulen. Ia diternak di peraiaran Pasifik yang tulen dan paling bersih di dunia, iaitu di sekitar kepulauan Yaeyama. Ini menjadikan chlorella yang dihasilkan di sini adalah paling bersih dan selamat dimakan memandangkan Jepun sangat mementingkan kualiti dalam setiap produknya.

Malangnya, hanya Chlorella Yaeyama Ishigaki sahaja  yang boleh didapati di negara ini kerana produk Chlorella Yaeyama Pacifica hanya dijual di pasaran Australia sahaja. Bagi memastikan ketulenan Chlorella ini dan paten produk, ia dipek semula untuk menjaga kualiti produk dan kualiti kawalan yang terdapat sepertimana di Jepun. Sehingga kini, seperti biasa, hanya syarikat Cosway sahaja yang memiliki lesen sah pengedaran produk Yaeyama di negara ini. Untuk itu, anda boleh mendapatkannya di mana-mana cawangan Cosway berhampiran anda. 

Nikmatilah keremajaan, tenaga serta kesihatan dari dalam ke luar dengan tablet pertama Chlorella anda hari ini. Sehingga berjumpa lagi !!!


p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.

12 ulasan:

fathirah berkata...

Assalamualaikum , maaf mengganggu . saya nak tanya sesuatu kepada saudara . saya berminat hendak menyambung pelajaran ke RCMP dalam bidang dip.farmasi . saya skrang berada di tingkatan enam atas . adakah dip.farmasi ini terlalu sukar ? dan adakah saudara mendapat tajaan dari mara ?

Fariqh berkata...

terima kasih di atas soalan yg diutarakan oleh saudari... walaupun tidak berkaitn dgn artikel ini..tp sy sedia menerima apa2 persoalan drp pembaca sekalian... baiklah..mengenai soalan saudari... ingin sy simpulkan bahawa sebenarnya farmasi agak sukar sedikit bg sesiapa yg ingin menyambg pelajaran dlm kos ini...ini kerana anda perlu menguasai 3 subjek utama yakni...KIMIA, English dan Math...

tetapi, kerjaya farmasi amat menyeronokkan dan ia memberi kepuasan kpd sesiapa yg berminat dlm cabang perubatan dan mahu membantu pesakit... seperti yg saudari katakan... saudari ketika ini brp di form 6...dan sy ucapkan tahniah kerana saudari memilih saluran yg benar dlm menyambung pengajian di form 6 kerana form 6 merupakan SATU2NYA exam di malaysia yg diiktiraf di hampir kebanyakan negara di dunia...sdgkan National University of ingapore, yg tersenarai antara kelompok 50 universiti terbaik dunia itu pon menerima STPM...

btp tingginya martabat STPM...

cuma ingin sy katakan bhw...pilihan form 6 merupakan pilihan yg terbaik namun agak berisiko bg sesiapa yg berasakan mahu belajar secara main2 kerana x seperti spm...sekiranya sijil STPM gagal..maka ia seolah2 telah membazir masa... bagi sy..form 6 ialah pilihan yg tepat bg sesiapa yg benar2 mahu beljar kerana usaha yg perlu dikerah semasa berada di form 6 ialah 1000 kali drp bljr di matrik !!!

bukan mahu menakutkan...cuma sbg peringatan kpd semu pembaca bhw pilih lah jalan yg anda minati kerana sekiranya kita mengikut kata org...kita x kan ke mana....

berbalik kpd soalan saudari... kbykan pelajar unikl ( semua kampus ) mendapat bantuan pinjaman MARA dan ini didorong atas bebrp faktor... pinjaman mara agak ketat sedikit syaratnya tetapi sgt masyuk... berbanding dgn PTPTN...pinjaman MARA menyediakan bantuan kewangn penuh atau separuh penuh..dan sekiranya CGPA yg diperoleh adlaah melebihi 3.7..maka kita tidak perlu membayar satu sen pon !!!

tidak perlu risau...kerana pemngurangn pembayaran boleh dibuat berdasarkan pointer yg dicapai...

terima kasih kerana sudi bertanya...

Tanpa Nama berkata...

salam fariqh... terima kasih atas usaha mengwujudkan blog yg baik dan informatif dan mudah difahami. Teruskan usaha murni fariqh, ok?

Berkenaan dgn chlorella, boleh tak fariqh terangkan kebaikannya berbanding alfalfa?

P/s loking forward nak baca entri fariqh pasal detox.

Terima kasih.

Ana

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, terima kasih atas sokongan anda. Saya akan berusaha lebih gigih untuk mengepos lebih entri berkaitan supplement dan manfaat antioksida kepada anda semua. Baiklah berkaitan dengan soalan anda, Alfalfa adalah sejenis herba yang hampir menyerupai tauge. Ia bagaimanapun dikategorikan sebagai herba kerana ia sejarah perubatannya direkodkan lebih 1000 tahun sebelum Masihi lagi di kebanyakan negara Arab. Ia merupakan antara sumber paling pekat Vitamin K. Vitamin K penting dalam faktor pembekuan darah dan menjadikan darah tidak terlalu cair. Selain itu, ada kajian menunjukkan bahawa Vitamin K juga penting untuk ketumpatan otot yang teguh. Alfalfa juga merupakan sumber utama Phytoestrogen, sejenis hormon estrogen yang wujud di dalam tumbuhan. Ia dipercayai dapat mengawalatur ketidakseimbangan hormon dan penyakit yang berkaitan seperti sifat kewanitaan seseorang, masalah jerawat dan kulit, juga pertumbuhan kuku yang sihat. Namun, manfaat Alfalfa yang paling dipercayai adalah keberkesanannya menurunkan kolestrol di dalam darah. Ia dikatakan hampir setaraf dengan ubat penurun kolestrol popular Statin, cuma ia tidak memberi apa-apa kesan negatif.

Namun begitu, DILARANG sama sekali kepada pesakit yang mengambil ubat darah tinggi yang mencairkan darah seperti Aspirin, Warfarin dan Ticlopidine. Ini kerana kesemua ubat ini bertindak dengan mencairkan darah, terutama kesan Warfarin yang jelas. Ini kerana, memandangkan Alfalfa mengandungi Vitamin K, ia dikhuatiri akan menganggu keberkesanan ubatan tersebut dalam bertindak di dalam badan. Selain itu, pesakit kanser terutama kanser payudara juga tidak digalakkan mengambil herba ini kerana ia mengandungi sebatian estrogen. Walaupun tidak jelas bagaimana ia mampu memburukkan kanser, namun ia harus dielakkan pengambilannya bagi mengurangkan sebarang risiko yang tidak dingini. Estrogen adalah antara makanan utama sel kanser untuk membiak.

Fariqh berkata...

Jika dibandingkan Alfalfa dengan Chlorella tentang kesannya dalam kategori detoks, ia masih tidak setanding dengan Chlorella. Walaupun Alfalfa mengandungi Chlorella, namun ia tidak begitu tinggi dam kebanyakan kajian menunjukkan kesan detoks hanya tertumpu terhadap organ usus. Berbeza dengan Chlorella, ia unik kerana strukturnya sendiri yang unik. Dinding Chlorella merupakan agen pengikat toksin yang sangat kuat terutama kepada logam berat merkuri dan plumbum. Maka, tidak hairanlah ia menjadi pilihan No. 1 saya dalam mendetoks badan, darah, hati, usus, kecantikan kulit dan sebagainya. Diharap saudari memahami penjelasan yang disampaikan oleh saya. Bagi mengupas isu lebih lanjut berkaitan detoks, saya akan mengepos satu entri khas berkaitannya dalam terdekat. Terima kasih

ana berkata...

Terima kasih fariqh atas kesudian meluangkan masa memberi keterangan yg sangat relevan.

Fariqh berkata...

Hi, sama-sama atas sokongan anda.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikummm fariqh... fibroid sesuai ker amik chlorella nii

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, ingin saya jelaskan di sini bahawa Chlorella secara umum selamat diambil oleh semua golongan. Namun begitu, sila rujuk kepada pakar perubatan, doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu berkenaan dengan penyakit yang kemungkinan boleh berinteraksi dengan pengambilan Chlorella. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam... sy sgt brminat utk ambil supplement chlorella ni. So sy search dlu pndapat orang rmi dgn supplement ni.. knape rmi yg kaitkan antara algae dgn fungus.. n btol ke bkn smua org x ssuai dgn chlorella. Sbb sye bce forum dr internet pasal negetive effect chlorella ni..

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi saudara/ saudari Tanpa Nama, Chlorella adalah sejenis alga dan bukan kulat ( Fungus ). Ini kerana secara taxonomi, alga aalah HIDUPAN seni yang menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Berbeza dengan dengan kulat yang tidak mampu menghasilkan makanan sendiri dan bergantung kepada hidupan lain untuk memperoleh makanan mereka. diaggarkan sekitar 10% - 20% individu alah terhadap pengambilan Chlorella. Sekiranya anda menghadapi sebarang kesan alahan ekoran pengambilan Chlorella, sila hentikan pengambilannya kerana ia boleh membawa kesan mudarat yang tidak diingini. Terima kasih.

aida berkata...

Assalammulaikum....melalui pembacaan saya di post saudara bertarikh 18 jun 2013, saudara ada menyatakan bahawa saudara sama sekali tidak menyarankan mengambil makanan berasaskan GF KECUALI Fucoidan.
Fucoidan vs Chlorella? Minta pencerahan.