Tahukah anda, takaful adalah instrumen kewangan paling penting
yang TIDAK memberi kerugian SEKIRANYA anda faham
dengan teliti bagaimana ia berfungsi?
Asslamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pengunjung setia blog saya. Sudah lama saya tidak mengemaskini blog saya memandangkan saya sibuk dengan jadual harian saya setelah bekerja. Saya cuba untuk mencuri masa untuk tetap menulis dan menerbitkan entri terbaharu berikutan saya banyak menerima emel daripada pembaca yang dahagakan penulisan dan entri yang meliputi topic lebih luas dalam blog ini. Semenjak saya menerbitkan entri yang mengfokuskan kepada topic yang lebih luas, walaupun masih mengekalkan isu kesihatan sebagai topik utama, trafik bacaan harian saya naik mendadak. Ini berlaku setelah entri Isotretinoin: Rawatan Jerawat Moden Pilihan Akhir menjadi topic semasa paling cepat berkembang dalam trafik carian harian blog saya. Ini memberi saya lebih peluang untuk saya mengembangkan topik perbincangan kita dengan lebih luas, namun apa yang pasti ia masih bersangkut paut dengan kesihatan.
Masyarkat Melayu PALING RENDAH mengambil perlindungan rakaful/ insurans
kerana KURANG KESEDARAN dan mengganggapnya sebagai satu fobia
Secara jelas, saya telah lama mahu menerbitkan topik ini
kerana saya pada mulanya terlepas
pandang akan kepentingannya. Namun setelah diselidiki secara mendalam, akhirnya
saya sedar bahawa sesihat mana sekalipun kita, kita pasti berdepan dengan 3
MUSUH UTAMA dalam kehidupan kita iaitu kematian, hilang upaya kekal dan
penyakit kritikal. Kita tidak boleh lari daripada salah satu daripada tiga
jenis musuh ini. Walaubagaimana pun, kita diberi jalan untuk menanganinya atau
mengurangkan impaknya SEKIRANYA kita ditakdirkan mendapat salah satu atau lebih
daripada risiko yang berlaku ini. Apa yang bakal saya katakan di sini MUNGKIN
pernah didengari ATAU telah didengari ATAU secara tidak sengaja didengari oleh
anda sebelum ini. Anda mungkin merasakan ia adalah topik perbualan yang sama
sebelum ini namun saya mahu anda bertanya kepada diri sendiri, SEKIRANYA salah
satu atau lebih daripada tiga musuh utama tersebut TERJADI kepada anda,
bagaimanakah nasib kepada diri anda ATAU ibu bapa anda ATAU anak dan isteri/
suami anda? Pernahkah anda terfikir akan nasib yang bakal menimpa? Saya sering
mendapat JAWAPAN yang boleh dikategorikan sebagai SUDAH TERHANTUK BARU TERGADAH
kerana KEBANYAKKAN daripada individu yang ditemui saya telah menimpa nasib
sedemikian dan ini amat merugikan kerana matlamat utama perlindungan takaful
adalah mahu melindungi mereka yang masih sihat. PERLU DIINGATKAN BAHAWA TAKAFUL HANYA BOLEH DIAMBIL SEMASA SIHAT dan sekiranya anda TELAH DISAHKAN JATUH SAKIT, ANDA TIDAK LAYAK UNTUK MENDAPATKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL kerana matlamat takaful hanya ingin melindungi mereka yang sihat daripada ditimpa kecelakaan kelak yakni sakit. Sebelum mereka disahkan
menghidapi salah satu daripada tiga
musuh utama tersebut, mereka kerap menyatakan ayat-ayat di bawah:
“Cukup bulan saya ambil”
“Nantilah, saya masih sihat”
“TAK ada duit yang cukup”
“ Agen insurans tu cakap semua manis. Time nak wat claim,
lansung cakap tak boleh! Penipu!”
“Benda ni ( takaful ) bazir je! Buang masa masuk kalau masuk!
Hospital kerajaan kan banyak!”
“Tak penting semua ni! Aku ada duit untuk cover bil hospital
aku!”
Rajah di atas menggambarkan sesuatu yang normal
dalam kalangan masyarakat kita
dalam kalangan masyarakat kita
Itu merupakan sebahagian kecil ayat-ayat klise yang sering
didengari oleh saya namun kerap saya katakan, kita TIDAK BOLEH MERAMAL sejauh
mana kedudukan kesihatan dan kewangan yang diberikan oleh kerajaan WALAUPUN kita melabur ribuan ringgit dalam
supplement, ubat-ubatan mahupun berjoging 10KM sehari. Apa yang perlu kita
lakukan disini adalah, carilah perlindungan semasa kita masih sihat kerana kita
tidak tahu apa yang bakal berlaku kelak. Sekiranya anda tidak mahu memikirkan
nasib diri sendiri, kasihanilah ibu bapa anda yang telah membelanjakan sejumlah
wang yang tidak terkira banyakkan dalam membesarkan anda atau anak/isteri &
suami yang masih bergantung harap kepada anda. Adakah anda mahu melihat mereka
menderita setelah anda sakit atau lumpuh atau meratapi atas pemergian anda
kelak? Pernah tidak anda terfikir berapa banyak jumlah hutang yang ditanggung
anda dan bakal diwarisi oleh mereka setelah ketiadaan atau ketidakupayaan anda
untuk menyelesaikannnya kelak? Ia satu SEKSAAN! Ya! Satu SEKSAAN kepada mereka
dan semestinya kepada anda! Sekiranya anda masih ingin mengetahui apakah yang
terbaik boleh dilakukan oleh anda kini sementara masih sihat, di sinilah
peranan saya mahu mendidik anda agar CELIK takaful kerana apa yang bakal
diperkatakan oleh saya ini mungkin dapat mebantu anda dalam merangka atau
memilih produk takaful yang terbaik untuk diri anda mahupun keluarga. Sekiranya
anda merasakan apa yang saya perkatakan ini adalah sia-sia, saya tidak
mengharapkan anda menghabiskan bacaan entri ini kerana anda mungkin berfikir
simpanan di dalam takaful adalah satu bentuk pembaziran jangka masa panjang.
Namun, sekiranya anda memikirkan nasib diri, ibu bapa dan anak/ isteri & suami anda, teruskan pembacaan anda. Ingat, ANDA MASIH SEMPAT MERUBAH SEGALA-GALANYA SEMENTARA ANDA MASIH SIHAT. SETIAP 1 SAAT PENANGGUHAN ADALAH SEPERTI 1 SAAT ANDA BAKAL KEHILANGAN NYAWA kerana kita tidak tahu bila dan di mana kita bakal berdepan dengan tiga musuh utama tadi! Memandangkan entri ini bakal menjadi entri yang sangat panjang, maka saya akan menerbitkan sehingga tiga entri bagi mengupas serba sedikit bermula dari pengenalan takaful, elemen penting yang perlu ditimbang tarakan sebelum mengambil pelan takaful dan nilai tambah dalam setiap pelan takaful yang ditawarkan. Bagi memberi gambaran jelas berkaitan takaful, saya akan menyertakan bersama contoh atau situasi yang relevan bagi memudahkan anda memahami intisari yang ingi disampaikan oleh saya.
Setiap hari, kita sering disajikan dengan berita sedemikian rupa
Namun, sekiranya anda memikirkan nasib diri, ibu bapa dan anak/ isteri & suami anda, teruskan pembacaan anda. Ingat, ANDA MASIH SEMPAT MERUBAH SEGALA-GALANYA SEMENTARA ANDA MASIH SIHAT. SETIAP 1 SAAT PENANGGUHAN ADALAH SEPERTI 1 SAAT ANDA BAKAL KEHILANGAN NYAWA kerana kita tidak tahu bila dan di mana kita bakal berdepan dengan tiga musuh utama tadi! Memandangkan entri ini bakal menjadi entri yang sangat panjang, maka saya akan menerbitkan sehingga tiga entri bagi mengupas serba sedikit bermula dari pengenalan takaful, elemen penting yang perlu ditimbang tarakan sebelum mengambil pelan takaful dan nilai tambah dalam setiap pelan takaful yang ditawarkan. Bagi memberi gambaran jelas berkaitan takaful, saya akan menyertakan bersama contoh atau situasi yang relevan bagi memudahkan anda memahami intisari yang ingi disampaikan oleh saya.
Apakah Perbezaan Antara Insurans dan Takaful?
Terdapat pelbagai takrifan yang boleh digunapakai dalam
mengtakrifkan insurans dan takaful. Namun secara ringkas, insurans dan takaful
adalah satu bentuk entiti yang hampir sama
yakni, menawarkan perlindungan kepada peserta dalam menjaga kesihatan
mereka. Apa yang membezakan insurans dan takaful adalah, insurans menggunapakai
sistem konvensional manakala takaful pula menggunapakai sistem patuh syariah
yang meliputi aspek perundangan dan perbankan Islam dari teras hingga ke
penggunaanya. Ini bererti, takaful MENGHARAMKAN tiga elemen utama dalam sistem
kewangannya iaitu, riba ( faedah/ bunga ), gharar ( ketidak pastian ) dan
maysir ( perjudian ). Ketiga-tiga elemen ini adalah musuh utama dalam sistem
muamalat Islam kerana ia menguntungkan sebelah pihak sahaja, terutama
pengendali kewangan ( insurans ) dan menindas pelanggan ( peserta/ pemegang
polisi ) dalam urus niaga mereka. Dalam kalangan kita, pasti telah ketahui
bahawa ketiga-tiga unsur adalah diharamkan disisi syarak, namun pasti ramai
dalam kalangan kita masih tidak ketahui, bagaimana dikatakan bahawa ianya
memberi kesan secara lansung kepada peserta kerana insurans dan takaful adalah
satu entiti yang menawarkanperkhidmatan yang hampir sama kepada pelanggan
mereka. Bagi menjawab persoalan ini, saya akan mengulasnya pada perenggan yang
berikut bagi memudahkan anda memahaminya secara terperinci.
Konsep Asas Takaful
Di dalam takaful, konsep Tabarru’ merupakan konsep paling
asas dalam menjalankan urus niaga takaful. Tabarru’s bermaksud tolong-menolong
antara satu sama lain. Ia memperuntukkan sebahagian wang yang dikumpulkan oleh
peserta ke dalam satu tabungan khas dan kemudian digunakan untuk tujuan
pertolongan sekiranya ada antara kalangan peserta ditimpa bencana atau
kecelakaan. Sebagai contoh :
Terdapat 1000 orang peserta yang mencarum sekitar RM 200
untuk pelan Takaful A. Daripada RM 200 yang dicarum oleh setiap peserta,
sejumlah RM 100 seorang akan dimasukkan ke dalam tabungan khas Tabarru’ untuk tujuan pertolongan sekiranya salah
seorang atau bebrapa orang peserta mengalami kecelakaan seperti jatuh sakit.
Ini bererti, jumlah tabungan Tabarru’ yang dikumpulkan adalah berjumlah RM 10
000.
Ini menunjukkan bahawa takaful adalah satu konsep muamalat
Islam yang member pertolongan kepada peserta sekiranya mereka ditimpa
kecelakaan atau bencan ke atas diri mereka. Konsep ini yang membezakan takaful
dan insurans konvensional kerana sistem konvesional hanya bersifat individu
dimana segala bentuk pertolongan adalah melalui syarikat insurans dan ini
sangat berbahaya kerana sekiranya syarikat insurans TIDAK mampu membayar jumlah
pampas an kepada peserta, maka ia boleh diistiharkan sebagai muflis. Bagi
membendung perkara ini terjadi, riba ( bunga/ faedah ) akan dikenakan bagi
setiap urusan jumlah beli insurans kepada peserta bagi menjadikan kewangan
syarikat insurans mampu berdaya saing dan kukuh.
Di dalam takaful, dua
konsep penting yang menjadi tunjang dalam pelaksanaannya sebagai institusi
kewangan berlesen bagi menjalankan urus niaga yang menawarkan perlindungan
kepada peserta. Ia adalah konsep mudharabah dan wakalah.
Apakah Itu Mudharabah?
Mudharabah adalah salah satu daripada pelbagai konsep
muamalat islam dan konsep ini merupakan antara yang terkenal dan menjadi asas
dalam kebanyakan sistem perbankan islam di seluruh dunia. Ia merupakan konsep
keuntungan bersama yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dalam urus
niaga. Ia bertindak dengan pihak pengendali ( syarikat takaful ) menetapkan
peratusan pembahagaian keuntungan yang ditetapkan sebelum peserta
menandatangani surat perjanjian ( polisi ). Lazimnya, konsep mudharabah
menetapkan keuntungan 70 : 30 dimana, 70% keuntungan diberikan kepada pihak
syarikat dan baki 30% diberikan kepada pelanggan. Namun, peratusan ini boleh
berubah mengikut produk yang ditawarkan oleh syarikat seperti perkongsian 50 :
50 atau 60 : 40 atau 80 : 20 atau seperti mana yang dipersetujui oleh kedua-dua
belah pihak. Di dalam sektor takaful, konsep ini menjadi asas perkongsian
keuntungan dalam pembahagian lebihan keuntungan atau lebih dikenali sebagai
surplus. Apakah itu surplus? Saya akan menerangkannya dalam entri ketiga
memandangkan ia termasuk di dalam topik nilai tambah pelan takaful.
Apakah Itu Wakalah?
Wakalah merupakan satu konsep yang member hak pelantikan syarikat takaful sebagai wakil atau institusi yang diwakilkan
dalam menguruskan wang yang diamanahkan oleh peserta kepada mereka. Syarikat akan menggunapakai
pelbagai strategi bagi menguruskan wang peserta bagi mendapatkan keuntungan
atau memberi pelbagai manfaat kepada pelanggan mereka atau menguruskan pampas
an yang akan dituntut oleh peserta melalui tabungan Tabarru’ sekiranya berlaku
kecelakaan kepada peserta kelak. Sebagai contoh :
Syarikat takaful A menguruskan sejumlah RM 1 000 000
tabungan Tabarru’ yang diperolehi daripada 1000 orang peserta. Daripada 1000
orang peserta yang mencarum, disahkan bahawa 12 orang mengalami sakit kritikal
dan setiap dalam kalangan mereka menuntut sejumlah RM 10 000 bagi tuntutan
penyakit kritikal yang dialami mereka. Bagi memudahkan proses tuntutan dan
selaras dengan konsep Wakalah, syarikat takaful A diberi kuasa untuk mentadbir
dan menguruskan tabungan Tabarru’ tersebut untuk mengagihkan sejumlah RM 10 000
seorang kepada 12 peserta yang disahkan mengalami penyakit krtikal.
Pendek kata, Wakalah adalah satu sistem yang memberi kuasa
kepada pengendali takaful untuk melakukan yang terbaik bagi setiap urusan
dana-dana peserta sehingga kepada urusan tuntutan dan seumpama dengannya. Memandangkan syarikat takaful menjadi wakil
yang dilantik, maka sejumlah yuran TANPA riba dikenakan sebagai timbal balas
kepada pengendali takaful dan ia dibayar oleh pihak peserta semasa menyertai
pelan takaful yang diambil oleh mereka.
Ini sangat berbeza dengan insurans konvesional, pihak
syarikat ( insurans ) merupakan penanggung sepenuhnya sebarang risiko setelah
wang diberikan oleh pelanggan kepada mereka. Ini adalah sangat berbahaya keran
sekiranya oihak syarikat diitiharkan muflis, maka kedua-dua pihak akan rugi dan
wang pelanggan akan hangus ditambah pula yuran yang dikenakan adalah berkali
ganda daripada yang sepatutnya. Ini kerana ia menggunakan riba bagi
menyelamatkan sistem perbankannya dan ini sangat menindas hak peserta yang
mengamanahkan wang mereka untuk dikendalikan oleh pihak syarikat. Berbeza
dengan Sistem wakalah, ia unik kerana pihak syarikat ( takaful ) hanya mengenakan caj atau yuran mengikut
kadar yang dipersetujui dan sekiranya syarikat berada diambang muflis, ia tidak
akan muflis sepenuhnya memandangkan konsep mudharabh menetapkan kedua-dua pihak
( pihak takaful dan peserta ) perlu menanggung keuntungan dan kerugian mengikut
peratusan yang dipersetujui bagi menjadikan salah satu atau kedua-dua pihak tidak
muflis sepenuhnya.
Saya telah menjelaskan secara kasar apakah itu takaful dan
bagaimana ia berbeza dengan insurans
konvensional lain memandangkan ianya menggunapakai tiga elemen utama dalam
menjalankan urus niaganya iaitu, Tabarru’, Mudharabah dan Wakalah. Diharap anda
dapat memahami dengan jelas bagaimana takaful sebenarnya membawa faedah kepada
kedua-dua belah pihak dan ia tidak menindas peserta dalam mendapatkan
perlindungan yang diingini mereka. Di dalam entri seterusnya, saya akan
mengulas lebih lanjut berkaitan dengan elemen penting yang perlu ditimbang
tarakan sebelum mengambil pelan takaful
. entri tersebut akan membantu anda untuk melihat secara jelas kaedah atau cara
terbaik dalam mengenalpasti pelan takaful terbaik yang ingin diambil oleh anda.
Sehingga berjumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan