Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 1 September 2012

Glutathione : Manfaat untuk Setiap Sel Badan

Struktur 3D Glutathione 

Pernahkah anda mendengar Glutathione ? Apakah manfaat yang dibekalkan oleh antioksidan ini ? Mengapa ia menjadi antara antioksidan yang menjadi buruan terutama para wanita ketika ini ? Secara ringkas, Glutathione merupakan sejenis antioksidan yang dihasilkan oleh badan melalui hati. Ia merupakan gabungan tripeptida yang luar biasa antara Cysteine yang terdiri daripada Kumpulan Amine dan Kumpulan Carboxyl. Pelbagai kajian telah dilakukan untuk melihat keberkesanan Glutathione terhadap tubuh badan kita. Lebih daripada 92 000 journal dan artikel telah diterbitkan dan membuktikan bahawa Glutathione memiliki kekuatan melawan radikal bebas yang sangat memberansangkan dan jauh mengatasi Vitamin C dan E !!!


Antara manfaat Glutathione 


Percaya atau tidak, kekuatannya yang jitu menjadikan ia digelar Antioksidan Induk atau Master of Antioxidant kerana ia merupakan satu-satunya antioksidan terkuat yang dihasilkan oleh badan. Malah ia jauh mengatasi kekuatan Asid Alpha Lipoic dan Melatonin !!! Glutathione juga banyak ditemui di dalam mitokondria ( kilang tenaga sel ) dan antara sel-sel yang memiliki kadar mitokondria tertinggi ialah sperma, sel otot, otot jantung dan sel otak. Kebaikan Glutathione bukan sahaja terhad dalam penghasilan tenaga badan namun ia juga bertindak sebagai antioksidan terunggul. Ini didorong dengan pemilikan Kumpulan Thiol yang bertindak sebagai agen penurun dalam mengitar semula antioksidan-antioksidan serta sel-sel badan yang hampir musnah, kehilangan proton ( antara struktur sel/antoksidan ) serta bertindak sebagai pelindung radikal bebas yang kuat.


The Master Of Antioxidant


Glutathione mampu mengitar semula Vitamin C & E secara berterusan tanpa bantuan apa-apa agen. Berbeza dengan sesetengah antioksidan, ia tidak memerlukan agen pelindung mahupun agen pembantu dalam melaksanakan tugasnya sebagai antioksidan badan. Ini kerana, struktur Cysteine yang terhadap di dalam Glutathione merupakan komponan asas yang menjadikannya lebih berkuasa. Cysteine merupakan sejenis amino asid yang bekuasa dalam pembaikan sel-sel badan dan bertindak sebagai pelindung semula jadi sel badan. Disebabkan ini, Glutathione dipercayai dapat melawan sel kanser dengan berjaya kerana walaupun ada kajian menunjukkan bahawa ia mampu meniru mekanisma dadah cytotoxic seperti Methotrexate, tetapi ia tidak bertindak dengan membunuh sel-sel baik memandangkan sel-sel kanser merupakan pembahagian sel secara pantas dan ubat-ubat kemoterapi di pasaran akan memusnahkan sel-sel kanser. Malangnya, ubat kemoterapi tidak mampu membezakan sel kanser dan sel baik dengan tepat kerana matlamat utama ubat kemoterapi ialah membunuh apa sahaja sel yang membahagi secara pantas termasuklah folikel rambut. Disebabkan itu, ramai pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi akan menghadapi keguguran rambut ( alopecia ) kerana ia turut terjejas kesan daripada ubat kemoterapi yang digunakan.





 Methotreaxte, antara ubat antikaser paling kerap digunakan dalam rawatan kemoterapi


Berbeza dengan Glutathione, ia mampu mengesan sel kanser dan membezakannya dengan sel baik. Sel kanser memiliki struktur sel yang teroksida dan tidak stabil. Maka, ia membahagikan sel secara rawak dan pantas dan ini menganggu kitaran normal badan manusia dalam menerima sel-sel baharu dengan cepat sehingga ia mampu menjejaskan fungsi organ. Banyak kajian menunjukkan bahawa Glutathione mungkin menjadi kunci kepada rawatan kemoterapi pada masa hadapan memandangkan ia tidak sama sekali menjejaskan sel-sel sihat dan pada masa sama, memusnahkan sel kanser secara berperingkat. Walaupun hasil penemuan serta kajian yang dilakukan adalah berbeza tetapi ia menunjukkan keputusan yang hampir sama yakni, ia mampu memusnahkan sel kanser dengan baik. Masih banyak kajian yang perlu dijalankan dalam menjadikannya ubat yang benar-benar berkesan dalam melawan serta menyembuhkan kanser pada masa akan datang.

Selain itu, antioksidan ini juga bertindak sebagai agen detoksifikasi yang hebat. Glutathione dihasilkan melalui hati dan ia berfungsi dalam mendetoksifikasi hati daripada bahan-bahan kimia beracun, membersihkan sel-sel darah dan 'mencuci' ahti agar lebih sihat dan tidak membebankan. Setiap hari, 150-180 liter darah dibersihkan, dicuci serta ditapis oleh hati. Apa sahaja bentuk, bahan serta molekul yang melalui hati mesti melalui hati untuk dibersihkan dahulu. Ini penting dalam menjadikan bahan tersebut tidak membahayakan tubuh badan kita. Antara bahan yang paling banyak dibersihakn oleh hati ialah darah dan ubat ( drugs ). Setiap kali kita mengambil ubat-ubatan, ia pasti akan dimebolisme oleh hati. Ini penting dalam menjadikan lebihan ubat tersebut dibuang secara selamat daripada badan. Tetapi, sedarkah anda bahawa setiap kali hati anda bekerja, anda sebenarnya membebankan, menjadikannya karat, lemah serta tidak bermaya ?


Hati berparut atau sirosis hati

Ia kerana, sisa perkumuhan yang ditapis melalui hati akan merosakkan sel-sel hati daripada terus tumbuh. Tidak dinafikan bahawa hati merupakan satu-satunya organ badan yang mampu tumbuh secara sendiri tanpa memerlukan apa-apa bantuan atau talian hayat. Tetapi, sekiranya mendapan,toksin serta kotoran yang tertinggal di hati tersebut masih tertinggal, adakah ia mampu tumbuh dengan sempurna ? Perkara inilah yang menjadi perbualan hangat para penyelidik khususnya pakar-pakar perubatan serta hematologi dalam mencari punca sebenar kanser hati mahupun sirosis. Walaupun hati kita rosak sehingga 70% sekalipun, namun kebanyakan daripada kita masih tidak dapat megesan petanda awal hati yang rosak kerana hati masih dapat berfungsi walaupun kerosakan tersebut berlaku. Ini menjadikan kanser hati ataupun sirosis sebagai antara pembunuh senyap No 1 di dunia.

Antara petanda kerosakan hati anda sedang dan telah berlaku ialah, sakit-sakit belakang badan, sengal-sengal otot, mata serta kulit menjadi kuning, kulit yang cepat merengsa, kulit sangat sensitif, alahan yang berpanjangan, muka yang kusam walaupun telah menggunakan produk-produk kecantikan, lingkaran gelap ( eye beg ) di mata, mata yang mudah berasa pedih, berair, ekzema, muka dipenuhi jerawat, masih berasa letih walaupun telah mendapat tidor yang cukup sehingga 8 jam sehari, mudah berasa letih, kepenatan yang melampau selepas pukul 6 petang, berasa letih dan mengantuk selepas makan tengah hari, kaki membengkak, perut membusung, berasa panas badan dan tidak mampu tidur dengan baik pada waktu malam walaupun menggunakan penghawa dingin dan banyak lagi. Ini merupakan antara contoh simptom awal hati anda terbeban dan menghadapi masalah yang serius. Saya percaya ramai dalam kalangan anda menghadapi simptom-simtom di atas namun anda sering berasakan bahawa ianya merupakan perkara normal setelah seharian bekerja atau belajar. Tetapi, perkara yang normal itulah akan menjadi abnormal sekiranya tindakan awal tidak diambil.


Kanser hati peringkat akhir 

Oleh itu, apakah kaitan Glutathione terhadap fungsi hati yang baik ? Sebenarnya, Glutathione merupakan penyelamat dan produk hati yang baik. Dari segi 'penyelamat', antioksidan ini akan menyahtoksik bahan-bahan beracun hati serta membantu hati dalam menapis darah dan memudahkannya membuang bahan-bahan yang berpotensi memberi eksna buruk kepada hati dan badan. Dari segi 'produk hati' pula, Glutathione dihasilkan bertindak dalam mengitar semula antioksidna lain dalam badan dan menjalankan proses-proses anti penuaan serta menyahtoksik badan daripada pencemaran serta melindungi sel-sel badan daripada radikal bebas. Oleh yang demikian, sekiranya hati tidak berfungsi dengan baik, maka ia tidak menghasilkan Glutathione secara menyeluruh dan Glutathione tidak dapat bertindak dengan baik terhadap sel badan.

Walau bagaimanapun, kesan yang paling ketara terhadap pengambilan Glutathione ialah ia mampu mencerahkan kulit badan serta wajah sehingga secerah yang anda mahu ! Ini terbukti apabila Glutathione mampu menghalang penghasilan melanin yang memberi penggelapan warna kulit, Tyrosinase. Ini menjadikan tona kulit anda lebih cerah dan berseri dalam 2-3 minggu. Namun, bergantung kepada individu, kesan pencerahan adalah berbeza dan kesan total diperolehi sekurang-kurangnya 2-3 bulan dengan pengambilan tetap dan berterusan Glutathione. Disebabkan ini, Glutathione sangat popular dalam mencerahkan kulit wajah dan badan sehingga 3 tona warna. Dengan pengambilan berterusan, ia mampu memncerahkan sehingga 5-6 tona warna dalam tempoh 6-8 bulan. Di negara Barat, produk ini sangat popular kerana kebanyakan produk Glutathione terdiri daripada kapsul atau tablet yang hanya perlu ditelan. Tidak seperti sesetengah produk lain, ia perlu disuntik atau diimpilan ke dalam badan anda supaya kesannya kelihatan. 

Kesan pencerahan maksimum !!!

Sekiranya anda berjemur di bawah pancaran cahaya matahari, kulit anda tidak akan gelap, malah anda dapat melihat sendiri ia akan lebih cerah kesan daripada pancaran terus cahaya matahari dan UV yang mencecah kulit anda. Disebabkan itu, produk Glutathione sangat popular dan banyak di pasaran. Pasti anda semu tertanya-tanya dan berkehendak mahukan kulit yang cerah. Tetapi apakah produk Glutathione terbaik yang boleh dipilih ?  




 Glutamax 

Glutamax, ia merupakan paten Glutathione yang dipasarkan di Filipina  dan menggunapakai kepakaran teknologi Jepun dan Sweden dalam penghasilannya. Ia juga menggunapakai teknologi nano dalam memudahkannya diserap lebih baik ke dalam badan. Apakah yang membezakan produk ini dengan produk Glutathione lain ? 

Apa yang membezakan produk ini dengan yang lain secara ketara ialah, ia diperkaya dengan L-glutathione, Basic Glutathione ( Patented ) dan Enriched Glutathione ( Patented ) dalam setiap tablet. Paling ketara adalah  Basic Glutathione yang sangat jarang digunakan kerana proses penghasilannya daripada sumber semula jadi adalah mahal. Basic Glutathione inilah yang menjadi kunci sebenar kepada tindak balas pencerahan serta manfaat-manfaat lain Glutathione di dalam badan kerana antara komponen asasnya, ia terdiri daripada Cysteine yang bertindak sebagai badan asas dan penentu buat komponen Glutathione yang lain. Cysteine juga penting dalam menhyahtoksik serta melindungi sel badan dan membersihkan darah terutama kepada sesiapa yang menghidapi masalah kulit yang berjerawat. 


Masalah kulit seperti jerawat ( pimple + acne ) juga mampu dipulihkan dengan pengambilan Glutamax 

Tetapi masalah utama yang melibatkan pengambilan Glutathione ialah, ia sangat sukar diserap oleh badan kerana Glutathione sangat sensitif lepada perubahan haba, pH ( terutama dalam perut ) serta mikroflora ( bakteria ) yang wujud di persekitaran dinding usus manusia. Ini menjadikan ada antara pengguna Glutathione kecewa serta melaporkan bahawa produk Glutathione yang diambil oelh mereka tidak mendatangkan kesan pemutihan yang jitu sehingga adakalanya memerlukan selama 6 bulan untuk mendapatkan pencerahan tona 2 tona warna. Masalah ini didorong oleh penggunaan Glutathione yang aktif di luar badan. Glutathione haruslah diserap di dalam bentuk L Glutathione atau Reduce Glutathione kerana struktur Glutathione seperti ini adalah lebih berkuasa dan kebal terhadap kerosakan komponen Glutathione. 


Usia dan persekitaran menurunkan paras Glutathione

Sehingga kini, Glutamax satu-satunya produk Glutathione di pasaran yang menggabungkan ketiga-tiga bentuk Glutathione dalam setiap kapsul. Malangya, produk ini tidak dipasarkan di negara ini. Ia hanya boleh didapati di Filipina kerana sememangnya ia dipatenkan dan dihasilkan di sana. Anda boleh membuat pembelian melalui laman web online untuk keterangan lanjut. Diharap info ini sedikit sebanyak membantu anda memilih produk Glutathione terbaik.

p/s : Sebarang pertanyaan, sila kunjungi Fan Page tertera dan dapatkan produk Astaxanthin campuran No.1 DI SINI


143 ulasan:

KAKWHY lahhhhhhh berkata...

hi...saya nak tanya sikit...jika kite makan glutathione tanpa ada booster spt vit.c adakah kesan nyer sama or gimana?

to be honest kat msia benda ni tgh meletup2 kat pasaran...tapi i dah mula makan on off since 5-6 yrs ago..masa tu i pegi thailand tuk jmpa doktor pakar kulit kat sana....dia bagi i pill ni...masa tu mmg standard lah kan bodoh2 mana tau apa benda dia bagi..pastu like early 2012 saya pegi jmpa doktor tu bagi lagi pill ni (gluta) kata nyer mampu melawan pigmentasi....

tapi bile saya baca research orng lain...utk mendapatkan kesan yg lebih baik....sb tu ada nyer ALA (alpha lipoic acid) dlm bahan2 gluta and vitamin c lak kena ambik 2 kali ganda dari dose gluta yg kite ambik? tolong komen sikit part ni pls?

lagi satu pasal OCP? ce cite sikit kat saya ni.. since u budak farmasi...mesti u lebih ilmu dari saya ni...

tq

Fariqh berkata...

terima kasih kerana beratnay dan maaf kerana lewat membalas pertanyaan in kerana saya agak bz sedikit...

berkenaan dgn soalan saudari... mmg terbukti bahawa gluta dpt melawan pigmentasi tetapi ia memerlukan masa yang agak panjang... gluta tidak seperti collagen yang terus meresap ke dalam lapisan kulit...ini kerana gluta hanya termendap di bawah lapisan kulit dan bertindak dalam mneghentikan penggelapan kulit dengan menyekat enzim Tyrosine...

tetapi fungsi utama gluta ialah membersihkan hati kerana sememangnya gluta dihasilkan oleh hati... apa2 supplmnt gluta yg terdpt di pasaran kebykannya diambil drp sumber haiwan terutama bovien.....

perlu diingatkan... gluta juga membantu dlm mengitar semula vit c yg teroksida di dlm badan menjadi aktif semula... dan pengambilan gluta beserta vit c adalah digalakkan krn ia dpt membantu penyerapan gluta ke dalam badan...

berknaan dgn ALA... supplmnt semakin HOT di pasaran skang...cuma data2 terperinci berkaitan dgn bahan ini tidak begitu byk...secara ringkas... ALA merupakan sejenis bahan kimia badan yg dihasilkan dlm proses kimia dan fisiologi badan yg sgt kompleks...

amat panjang utk sy menerangkan cuma apa yg perlu saudari perlu faham...ALA sgt berkuasa dlm melawan radikal bebas ...malah jauh mengatasi vit c dan gluta...

cuma ia dihasilkan secara sedikit dlm badan dan parasanya akan menurun seiring dgn usia yg meningkat...

ALA sgt berkuasa sehingga mampu mengitar semula vit c dgn lebih cepat malah mengatasi kepantasan gluta...

sehingga kini ALA masih tidak begitu difahami scr mendalam oleh para penyelidik kerana ALA merupakan semi-vitamin di dalam badan..ia juga mampu bertindak seperti vit B .... dan mengapa ini terjadi, masih kekurangn bukti dan penjelasan yg jelas...

disarankan mengambil ALA dan vit c bersama kerana ia membantu fungsi badan kembali normal...

berkaitan OPC... ia merupakan singkatan kpd oligoproanthocyanidins atau lebih dikenali sbg extract grape seed...

ia juga mempunyai paten yg lenih terkenal seperti Pycnogenol...

kebanyakan OPC boleh didapati di dlm biji anggur....ia juga bertindak sbg antioksidan di mana ia membantu mencantikkan mata, melindungi mata drp sinaran UV dan kulit...

OPC sgt popular dan kerana itulah... mengapa org Perancis kelihatan muda dan cantik kerana wain yg diminum oleh mereka mengandungi biji anggur...

antara produk yg mengandungi OPC ialah Inner Shine...

walaubagaimanapun... dlm kebanyakan antioksidan yg wujud di muka bumi ni... sy lebih memilih Astaxanthin dan Pycnogenol..mengapa ?

kerana ia merupakan antioksidan terkuat yg pernah wujud di muka bumi dan alam semulajadi sehingga kini... maklumat lanjut...boleh search di post sy yg lain

Astaxanthin sgt berkuasa...terutama utk kulit dan mata... dan ia merupakan satu pelaburan yg amat berbaloi utk perlindungan dari hujung rambut ke hujung kaki...

sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

glutathione perlu ambil ngan vitamin C ke?ataupun tak perlu vitamin C?tq

Fariqh berkata...

digalkkan ambil dengan vit c... tp sy cadangkan ambil dengan grape seed extract atau milk thistle...dpt bantu tingkatkan glutathione scr semula jadi...

haya berkata...

assalamualaikum Fariqh..

pnah dgar produk Eskayvie..so far saya tau astarealp2af adalah antioksidan terkuat di dunia dan dibuktikan melalui kajian dan pengasasnya adalah doctor pakar Dr syid aiyob..
jik a diamalkan redianze ni selama 4 mgu kulit akn lebih cerah kesan protecter pd sinar uv..
ble ke fb saya siti norhaya utk info

Fariqh berkata...

wslm...maaf sekiranya saya lambat membalas dan terima kasih di atas komen anda... pertama sekali sy ucapkan terima kasih kerana saudari pernah mendgar ttg Astaxanthin.. tetapi jujur sy katakan sy x pernah mendgar produk yg dinyatakn oleh saudri itu... cuma yg pasti produk itu mmg menggnkan Astaxanthin sbg bahan aktifnya dan ia merupkan paten AstaReal, produk Astaxanthin terkemuka di Sweden... Eskayvie mrupkn antara bvrp prduk Astaxanthin di pasaran Malaysia yg menngkan Astaxanthin dr Sweden inu krn produk lain seperti InnerShine Rubby Essence juga mmgnkan AstaReal dan ianya dipek semula dlm brand yg beberza sama seperti Eskayvie... cuma yg pasti AstaReal merupakan Astaxanthin yg diternak di dlm kondisi tertutp di makmal AstaReal Sweden... ia x seperti BioHawaii Nutrex yg dibiakkan di perairan semula jadi yg bersih di kepulauan Hawaii...

astarealp2af merupkn jenis Astaxanthin yg dikultur di dlm kaedah inu dan ia merupkn paten kpd AstaReal yg menunjkkn bhw produk Astaxanthin mereka setaraf dgn Astaxanthin semula jadi lain seperti BioHawaii Nutrex..tidak ada perbezaan yg ketara antara AstaReal dan lain2 produk Astaxanthin kerana proses pembiakknnya yg bebrbza...ttp sy lebih memilih BioHawaii Nutrex kerana ia semula jadi dan dibiakkn di kepualaun Hawaii....

pelangironaroni berkata...

salam..nak tanya psal produk aura white which its contain glutathione 400 000mg.is there any side effect if we take it in higher dosage? hooe u can advise.thanks! :)

Fariqh berkata...

wslm n thanks for ur comment...1st thing u need to realized that SEMUA produk gluta yg diambil scr oral atau injction x akan meningkatkan kandungn gluta dlm badan....ini kerana gluta sgt sukar diserap di dalam badan...sekiranya trdpt gluta yg bersaiz nano..kadar resapannya juga rendah dan tidak akan melebihi 95% drp kuantiti gluta yg diambil.... the easier way to INCREASE our gluta level is by taking the NAC ( N-Acetly Cysteine ) atau lain2 precoursor kpd gluta seperti certain type of amino acid.... walaupn agak mahal ia dpt membantu increase the gluta level....

berkenaan dgn soaln saudri....aura white merupakn antara hot phenomenon ketika ini krn kesannya yg sgt membrsgkan....dosnya juga tinggi yakni menjangkau 400k + kolagen.... anda perlu ingat bhw setiap badan manusia memrlukan dos gluta yg berbeza dan sekiranya berlebihan ia akan dibuang melalui saluran kencing.... sy x mengglkn pengambilan dos gluta yg terlalu tinggi krn takut ianya mampu menggangu sistem hati krn setiap badan manusia memiliki limit yg sukar diagak.... tp sy x bermaksud mahu melarang pengmbilnnya krn anda masih boleh ambil cuma jarakkan atau selang dlm 1-2 hari krn kbykn produk gluta mmrlukan 1-2 minggu utk nmpkkan hasil...disebbkn itu...pengmbilan gluta yg berpnjgn dpt maintain warna kulit yg cerah... dan skrnya brhenti...warna kulit akan kembali kpd asal cuma...sdkit cerah seperti 2 tona warna perubahan yg kekal... sehingga kini kesan pengmbilan gluta scr pnjg masih menjd kontroversi walaupn ia dianggap selamat GRAS oleh FDA....anda masih blh ambil cuma jarakkan bbrl hari agar sistem badan x terbeban...sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum fariqh,

Terima kasih utk perkongsian yg sgt informatif. Tetapi benarkah product gluta ini boleh mengecutkn rahim?

Fariqh berkata...

berkenaan dgn soalan itu..sy kurang pasti...namun tdk digalakkan diambil kpd wanita yg mengandung...ingin mengandung dan selepas mengandung bbrp bulan... krn sehingga kini...tiada kajian saintifik terhdp kesan pregnancy dibuat...

umy berkata...

kat mn blh sy dptkan Glutamax yg mcm u post kat blog tu..yg original punye..dan berapa harga..

Fariqh berkata...

ada pautan KLIK DI SINI di entri ini...

MIA D ISSANDRA STUDIO berkata...

Salam nak tanya..sy tahu pasal astaxanthin ni tp nak kepastian adakah astaxanthin dan xanthon yg ada dlm buah manggis mende yang sama

Tanpa Nama berkata...

Salam Dik Fariqh. Akak nak tanya produk ni halal ke bagi orang Islam untuk dimakan.

Fariqh berkata...

assalamaulaikum dan salah sejahtera semua, maaf sekiranya saya lewat membalas pertanyaan anda. Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kerana sudi melewati blog dan entri saya ini. Berkenaan dengan soalan dua orang saudari di atas. Ini jawapannya :

1) untuk pengetahuan semua pihak, Astaxanthin adalah dari kumpulan caretenoid yang menjadi precursor kepada Vitamin A. Manakala Xanthon yang terdapat di dalam extract maggis pula tergolong di dalam kumpulan xanthonoids iaitu antara jenis-jenis bahan kimia organik yang wujud di dalam kumpulan antioksida Polyphenol ( sama seperti extract Green Tea, Catechin )

Maka, secara jelas dapat saya ungkapkan di sini ialah ia adalah dua jenis bahan yang sama sekali TIDAK sama dan TIDAK berasal daripada jenis yang sama. Namun masih menunjukkan kuasa antioksidanya. Sama seperti kereta, Ferrari dan Persona merupakan dua buah kereta yang berlainan jenis. Kedua-duanya berasal daripada dua buah syarikat kereta yang berbeza cuma kedua-keduanya masih lagi sebuah kereta yang memiliki fungsi yang sama seperti bergerak, boleh dipandu, mempunyai kerusi dan sbgnya. Apa yang membezakannya adalah harga, kelajuan, spesifikasi, CC dan lain-lain lagi.

Sama seperti Astaxanthin dan xanthon di dalam manggis. Ia berasal daripada dua bahan yang bebeza tetapi masing-masing menunjukkan kesan antioksida yang jelas. Cuma Astaxanthin lebih berkuasa. Kuasanya 6000 kali lebih kuat daripada Vitamin C dan beratus kali ganda daripada lain-lain antioksida yang wujud di muka bumi ini. Sehingga kini ia merupakan satu-satunya antioksida yang mampu berkumpul dari dalam sel sehingga ke lapisan bawah kulit manusia ! Tidak ada satu pun antioksida yang mampu bertindak seperti ini termasuklah Vitamin E yang sangat popular dalam regim penjagaan kulit. Sila lihat entri saya yang lain berkaitan kuasa Astaxanthin terhadal kesihatan manusia.

2) Sehingga kini Glutamax disahkan halal dan saya lihat ramai yang menggunapakai produk ini. Produk tersebut dipek semula di Thailand dan disahkan oleh badan halal yang diiktiraf di sana.

izry aizuren berkata...

salam..bagaimana untuk menghubungi saudara?

Nimrod Robert berkata...

Salam, nak tanya makan GlutaMax ne perlu dgn Vitamin C ke? Adakah dengan exercise spt jogging etc juga dpt mempercepatkan kesan pencerahan kulit bersama GlutaMax? thanks :)

Fariqh berkata...

Wasalam, digalakkan pengambilan Glutamax dengan Vit C untuk meningkatkan penyerapan dan membantu Vit C lebih cepat berkesan. Glutathione sangat penting untuk proses penyembuhan sel-sel badan dan meningkatkan tenaga. Disebabkan Glutathione berfungsi sebagai bahan penyahtoksik terbaik hati, digalakkan anda bersenam bagi mengeluarkan peluh. Perpeluhan dapat mengeluarkan lebih toksik yang termendap di dalam badan. Anda dapat merasai kesan detoks dengan pengambilan Glutamax beserta senaman. Juga kesan pencerahan lebih mendalam dan nyata dengan pengambilan Vit C.

Qatrin Nada berkata...

assalamualaikum :) nak tanye , boleh tak nak amalkan glutathione dengan vit c beserta vit e ?

raida berkata...

Salam....akak ni berusia 43 tahun...dan pesakit kanser payudara...adakah akak blh mengambil produk ini sbgai protect utk hati akak selain utk kecantikan kulit...bgaimana nk hubungi anda utk dpt kan keterangan tempat yg menjual produk ini...akak tanya d farmasi tp tiada brand ini...tq

Fariqh berkata...

Waslm dan terima kasih kerana bertanya. Maaf sekiranya saya sedikit lewat menjawab soalan anda semua. Baiklah berkaitan dengan soalan saudari Qatrin, ingin saya maklumkan bahawa pengambilan Glutathione beserta Vit C amat digalakkan. Ini kerana ia dapat membantu penyerapan Glutathione di dalam badan dan pada masa yang sama mengurangkan risiko batu karang sekiranya mengambil Glutathione. Selain itu Vit C juga membantu dan bekerjasama dengan Glutathione untuk kesan lebih mendalam. Saya mencadangkan anda memilih Organic Vitamin C atau boleh memilih jenis yang lain cuma sila pastikan tertera label/jenis Sustain Release, Time Release atau Buffer. Disarankan anda mengambil dos 500-1000mg sehari.

Kepada Kak Raida, saya mencadangkan agar akak mengambil antioksida lain. Ini kerana memandangkan akak sedang berlawan dengan penyakit ini, saya tidak dapat memastikan samada akak telah menjalani berapa Cycle rawatan kimoterapi atau radioterapi. Juga apakah jenis agen kimo yang digunakan samasa 5FU, Cisplatin, Adrymycin atau MTX atau selain daripadanya. Ini kerana setiap jenis dadah kimo memiliki kuasa dan tindak balas yang berbeza dalam membunuh sel barah. Penggunaan dadah kimo terhadap pesakit hanya dibincangkan bersama doktor, pakar onkologi dan ahli farmasi yang benar-benar di dalam bidang onkologi.

Bagaimanapun, saya hanya bokeh mencadangkan akak mengambil beberapa jenis antioksida tertentu. Bukan semua jenis adalah sesuai meandangkan akak mungkin atau masih dalam rawatan kimo. Saya cadangkan akak mengambil Astaxanthin. Ia merupakan antioksida terkuat pernah diketahui. Dan manfaat adalah sangat luas. Akak boleb dapatkan maumat lanjut di entri saya yang lain. Selain itu, pengambilan CoQ10 juga digalakkan dan saya nasihatkan akak mengambil lebih tomato kerana ia mengandungi Lycopene. Selain itu saya sarankan akak memakan setengah biji durian belanda setiap hari. Ini kerana durian belanda sejenis phenol yang amat berkuasa malah dikatakan 10 000 kali ganda lebih berkuasa daripasa agen kimo Adrymycin. Astaxanthin akak boleh dapatkan di Cosway atas jenama AstaPycnogenol dan CoQ10 boleh didapati di semua farmasi. Saya cadangkan akak mengambil sebiji AstaPycnogenol semasa makan dan 60 mg CoQ10 juga semasa makan. Ini hanya cadangan dan pendapat peribadi saya. Tiada kajian yang betul-betul saintifik dalam membuktikan penyataan saya ini. Kita hanya mampu berusaha. Allah yang menentukan. Saya doakan akak cepat sembuh dan ingatlah setiap penyakit ada penawar. Yakin dan berfikiran positif. Saya harap, regim pengambilan AstaPycnogenol + CoQ10 + tomato + durian belanda MUNGKIN boleh membantu akak. Berdoalah dan banyak bersabar atas ujian-Nya.

raida berkata...

Salam farigh...akak bminat utk btanya lebih lanjut ttg penyakit cancer yg akak hidapi....dgn doctor hanya berkongsi info yg ringkas sahaja..hanya ubat 'dadah' yg mnjadi jawapan...kalau sudi farigh hubungi akak melalui email yg d beri...akak ingin bkongsi info utk memerangi penyakit ini walau pun akak byk google ttg cancer tp mayb ada ilmu farigh yg dpt mbantu akak...for ur info akak telah mjalani kimo 6 circle n radio 20 kali n semua treatment tu berakhir pd mei 2011..tp x pasti jenis kimo.bagaimana nk hubungi farigh...tq berkongsi ilmu d sini...moga Allah mberkati ibadah ini

Fariqh berkata...

wasalam kak, memandangkan akak telah memberi serba sedikit berkaitan rawatan kimo dan radioterapi itu, mahu perkongsian lebih mendalam, sila hubungi saya di emel fariqh.raito@gmail.com .Terima kasih dan tahniah atas usaha akak dalam meneruskan perjuangan ini. Semoga Allah memberkati dan memberi petunjuk kepada usaha dan semangat akak.

♡ R I Z H A ♡ berkata...

Hi. Macam mana nak order glutamax ni ya?

Fariqh berkata...

Hi, anda boleh melihatnya di bahagian KLIK DI SINI di dalam entri ini. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

salam, maximum dos untuk kandungan glutathione dalam badan seharian berapa? sbb banyak prod skrg ni, berMG2 kandungannya, dan ada yg kata kalau kandungan gluta dlm badan melebihi hadnya, lain pulak effectnya.. jadi dos pengambilan gluta yang paling ideal shari berapa?

Terima Kasih

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, sehingga kini tiada sebarang sukatan dos yang tepat dalam pengambilan Glutathione sehari. Ia boleh diambil serendah beberapa mg sehingga beribu mg sehari bergantung kepada keperluan pengguna. Sekiranya diambil lebih, badan akan membuang Glutathione melalui saluran kencing kerana Glutathione adalah larut air. Sehingga kini juga, tiada sebarang dokumentasi khas berkaitan kesan sampingan Glutathione sekiranya diambil secara berpanjangan. Namun kesan seperti, pening, tekanan darah rendah dan kekejangan otot pernah dilaporkan namun ia amat jarang sekali berlaku. Cadangan saya, dos melebihi 20 000 mg sehari boleh diambil secara berselang 1-3 hari. Ini bagi mengelakkan berlakunya bebanan terhadap buah pinggang kerana Glutathione masih memegang cabang Cysteine, iaitu amino acid yang terkandung di dalam protein. Pengambilan protein yang berlebihan akan membebankan ginjal. Walaupun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran fakta ini, namun saranan ini dipetik dari kolum kesihatan ahli farmasi terkemuka Amerika, Suzy Cohen. Maka saya simpulkan bahawa ia selamat diambil cuma jarakkan masa pengambilan sekiranya dos adalah tinggi. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

hi... brp harga glutamax 2. camana nak dapatkan di pasaran?

Hegel Atan berkata...

dekat mana ada jual benda ni?

Fariqh berkata...

Hi, maaf membalas pertanyaan anda. Produk ini tidak terdapat di pasaran Malaysia, ia hanya boleh didapati di Filipina mamandangkan ia dipaten dan dihasilkan di sana. Ia dipasarkan atas lesen Kutis Mayaman. Anda boleh membuat pembelian melalui online. Terima kasih

dewi sri fajarwati berkata...

Hi fariqh nak tanya sy nk consume product yg contains glutatione but sy bingung nk ambik yg mn.boleh awak recommend untuk sy yg mna satu. Glutamix (cosway) keh aurawhite cz kat cosway tu cm 1gr je. Trima kasih sblmnya :)

Fariqh berkata...

Hi, sebenarnya terdapat jenis produk Glutathione di pasaran. Anda bebas memilihnya berdasarkan kemampuan anda, cuma pastikan ianya berkualiti dan dipercayai. Saranan yang disyorkan untuk pengambilan Glutathione seharian adalah 10 000mg sehari untuk mendapatkan kesan optimum yang diinginkan walaupun tidak terdapat sebarang kajian mahupun laporan klinikal yang menyokong pengambilan 10 000mg Glutathione adalah yang terbaik. Terima kasih

Nurul Ain berkata...

Hi fariqh.
Sy nak tanye pasal 1 produk ni.name produk tu Radiglow.that product contain astaxanthin,glutathione,vitamin c & so on.is it okey to consume it?because there's so much thing in it.is it safe?sbb skrg nie dah byk sgt produk.but im kind of interested nak cuba produk nie,cuma rasa takut2 sikit.sy takut kalau2 dia boleh affect kte pnye k'sihatan.i really hope u can help me on this problem.tq.

Fariqh berkata...

Hi, berkaitan dengan produk ini, sekiranya ianya dihasilkan dan dipasarkan secara sah, maka tidak menjadi untuk anda mencubanya. Gabungan Astaxanthin, Glutathione dan kolagen sudah mencukupi untuk mendapatkan kulit yang cerah, muda dan berseri. Sehingga kini, kesan sampingan terhadap produk-produk yang mengandungi sumber ini masih lagi samar. Antaranya, pening, loya, mual, ketidakselesaan perut, perubahan warna kulit kuning-kemerahan ( akibat kesan pigmen Astaxanthin ) dan alahan ( terutama kolagen )pernah dilaporkan walaupun sangat jarang. Terima kasih

Mizz D.L berkata...

Sy ingin bertanya..kini ada produk baru iaitu k-colly sweet 17 di pasaran.
Produk ni kini mengatasi aurawhite dipasaran memandangkn ia mengandungi 1.5juta mg manakala aurawhite pula 900k mg Glutathione sahaja..selamat ke kita amik produk yg mcm ni?

Fariqh berkata...

k-colly sweet 17

Hi, ingin saya jelaskan di sini bahawa, produk terbaharu yang dikenali sebagai K-Colly Sweet 17 tidak menagndungi kepekatan 1500000mg Glutathione dan kolagen. Ini kerana, berat tersebut hanya ditimbang melalui satu jar penuh bagi setiap produk. Seperti AuraWhite, ia hanya mengandungi 10 000mg kolagen dan 10 000mg Glutathione. Seperti yang didakwa, 900 000mg itu hanyalah berat keseluruhan bagi satu jar penuh. Terima kasih

Miss Irah berkata...

Assalamualaikum, saye nak tanya pasal produk Satin skinz yang baru berada di pasaran, produk ni ada dua jenis botol pink dan biru.

► Bahan-Bahan aktif yang terdapat pada botol pink ( 1500mg)
- Grade Reduced Glutathione : Glutamate, Cysteine, & Glycine
- Pure L-Glutathione & Basic Glutathione N-Acetylcysteine (NAC)
- Alpa Lipoic Acid (ALA)

► Bahan-Bahan aktif yang terdapat pada botol biru (1500mg)
- Premium Pure vitamin C dengan EXTRA Rosehip
- Kolagen ikan kod
- Gabungan phyto steamcell (Apple, Tomato, Roselle)
- Astaxanthin
- Super Lemon ( Extra Vitamin C)

dan dikatakan produk Satin Skinz ni merupakan produk pertama di Malaysia yang mengasingkan bahan-bahan aktif untuk mengekalkan khasiat semulajadi tanpa pertembungan bahan-bahan lain yang mungkin menyebabkan perubahan pada khasiat asal.

boleh encik komen tentang hal ini? Terima kasih. :)

Tanpa Nama berkata...

salam,hi sy nak tny..
sy ade ambil supplement EPO + kod ikan dan juga grape seed Blackmores BIO ACE...
adakah selamat jika sy ambil bersama dgn supplement lain lagi macm Glutatione supplement,astaxanthin supplement dan kolagen supplement..sb sy nak kulit gebu dan cerah..memandangkn kulit sy kusam...? sy takot terlalu byk supplement /bhn antioxidant ni buat bdn jd keliru dgn tidak balas kimia ini lalu bertukar jd barah mcm armalhum seniwati azianidrawati..nauzubillahiminzalik.

xpun awak ade nak recommnend supplement yg baik diambil bersama.
terima kasih..:)

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, kepada saudari Miss Irah, ini adalah pandangan saya :

Secaar jujur, ini adalah kali pertama saya mendengar produk ini memandangkan ia masih baharu di pasaran. Namun, melihat kepada kandungan serta sedikit penerangan yang diberikan, saya melihat ia sebagai satu evolusi kepada produk pencerahan serta suppelement di negara ini. Tidak dapat dipastikan sejauh mana dakwaan syarikat ini dalam menyatakan ianya merupakan produk pertama yang mengasingkan bahan-bahan aktif di dalam satu produk, namun saya melihat ianya mengandungi Cysteine dan NAC. Ini menarik perhatian saya kerana NAC adalah pelopor kepada Glutathione. Ia lebih mudah diserap di usus dan tambahan Alpha Lipoic Acid ( ALA ) dalam melindungi bahan-bahan aktif semasa proses resapan. Selain itu, penggunaan kolagen ikan kod juga menarik perhatian saya kerana kolagen ikan kod ini adalah antara yang paling pekat dan tinggi kandungan peptida berbanding mana-mana jenis sumber marin lain. Namun, sila pastikan anda menyiasat terlebih dahulu berkaitan produk ini serta syarikat berkenaan. Ini bagi memastikan anda tidak tertipu dek pemilihan produk emmandnagkan ketika ini terdapat pelbagai jenis dan lambakan produk kecantikan di pasaran.

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, ia sebenarnya bergantung kepada keperluan harian anda. Sekiranya anda mengfokuskan kepada kesan pencerahan ke atas kulit, anda hanya perlu mengambil Astaxanthin dan Vitamin E. Anda juga boleh meneruskan pengambilan Evening Primrose Oil ( EPO ). Keperluan pengambilan kolagen dan Glutathione hanya saya galakkan sekiranya anda benar-benar mengalami keadaan kulit yang benar-benar teruk atau tidak memuaskan. Ini kerana, pengambilan terlalu banyak supplement akan membebankan tubuh badan dan setiap individu memiliki keupayaan dalam menerima sesuatu supplement secara terhad. Secara ringkas, anda boleh mengikuti saranan saya seperti yang tertera di bawah. Namun ini hanya panduan asas sahaja. Pastikan anda merujuk terlebih dahulu kepada pengamal perubatan atau ahli farmasi yang bertauliah untuk informasi lanjut.

1) Kolagen + Glutathione + Astaxanthin + Vitamin E ( Tocotrienol atau Tocopherol )

2) Astaxanthin + Vitamin E ( Tocotreinol atau Tocopherol ) + kolagen

3) Astaxanthin + Evening Primrose Oil ( EPO ) + Glutahione + kolagen

Supplement berunsurkan minyak seperti Astaxanthin, Vitamin E dan EPO perlua diambil sejurus selepas makan. Ini kerana ia memerlukan bantuan makanan untuk diserap. Ia juga boleh diambil secara bersama. Manakala kolagen dan Glutathione perlu diambil semasa perut kosong yakni sejurus selepas bangun pagi. Ini kerana, ia memerlukan keadaan perut kosong dan kehadiran makanan akan menggangu kadar resapan. Jarakkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum mengambil apa-apa makanan. Terima kasih

hazze berkata...

Salam.. sy nk tnye.. klu produk glowbro dan glowdiamond tu ad L-glutathione dan ad juga collagen .blh ambil kan.. mcm sy kitaran haid sy trbalik dgn yg normal..
Hanya brhnti 7hari shje..kdg2 xbrhnti.. sntiasa ad..brterusan slama sebulan dan seterusnye..
Sy nk tnye tntg pngmbilan produk yg sy sebut kan ini krana trdpt kndungan L-glutathione.. blh normal kan kitahan haid jugk kah?
Tq

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, sehingga kini TIDAK terdapat sebarang kajian saintifik yang menyokong pengambilan kolagen dapat menstabilkan semula masalah kitaran haid. Anda seharusnya merujuk kepada doktor atau pakar sakit puan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan masalah yang dihidapi anda. Sekrianya anda menghidapi masalah ketidakseimbangan hormon, doktor atau pakar sakit puan akan memulakan terapi hormon bagi menyeimbangkan semula masalah hormon yang dihidapi anda. Pengambilan kolagen dan Glutathione tidak sama sekali membantu mengatasi masalah anda. Ini kerana ia hanya supplement yang mengfokuskan kepada kecantikan dan masalah berkaitan hati dan juga kulit. Sehingga kini, hanya Evening Primrose Oil ( EPO ) sahaja yang dibuktikan dalam beberapa buah kajian dalam membantu mengatasi masalah berkaitan hormon dna seumpama dengannya. Terima kasih

FaruqAriffin berkata...

assalamulaikum..sy nak bertanya berkenaan dgn Glutathione.Yang sedia saya maklum ianya merupakan anti-oksida utk membuang racun dalam badan disamping kebaikannya utk pencerahan...
boleh terangakan tak berkenaan dengan produk yang berkaitan dgn N-A-C? adakah ianya merupakan komponen Glutathione??? Saya kurang maklumat berkenaan ini...

Tanpa Nama berkata...

salam,terima kasih atas jawapan saudara farigh..sy nak tny lg if seseorg ade buah pinggang sebelah tetapi nak juga ambil glutathione, kolagen , vit.e,vit c dan Astaxanthin adakah selamat? memandangkn dia juga mahu kulit mulus dan gebu sb kotor/toksin sukar dinyahkan,kulitnya penuh dgn jerawat..

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi kepada anda semua dalam mengajukan soalan. Bagi menjawab soalan-soalan anda berdua, ini adalah pandangan dan jawapan saya :

Kepada saudara Faruq Ariffin :

Sememangnya umum mengetahui bahawa Glutathione adalah antioksida yang dihasilkan oleh badan dalam mendetoks dan membersihkan sistem badan daripada racun dan toksik. Selain itu, Glutathione juga memiliki kesan positif lain iaitu sebagai agen pencerah kulit. Ia selamat diambil oleh semua golongan KECUALI TIDAK DIGALAKKAN diambil oleh individu berisiko termasuk wanita hamil, ingin hamil, selepas hamil ( berpantang )dan menyusukan bayi. Ini kerana, sehingga kini tidak terdapat sebarang kajian jangka masa panjang berkaitan kesan pengambilan Glutathione terhadap golongan ini.

Seperti yang telah saya ulas di dalam entri di atas, Glutathione dihasilkan dengan gabungan dua jenis bahan yang menjadi asas kepada penghasilan Glutathione. Ia adalah Cysteine dan Kumpulan Carboxyl. Ia adalah gabungan luar biasa dalam membentuk antioksida ini terutama Cysteine, sejenis asid amino yang diketahui bersifat antioksida secara tunggal.

N-Acetylcysteine atau lebih popular dikenali sebagai NAC pula merupakan salah satu bentuk Cysteine. Ia cukup popular digunakan di kebanyakan hospital di seluruh dunia sebagai antidot terhadap keracunan Paracetamol ( Panadol )

Fariqh berkata...

NAC bertindak dengan bertukar kepada Cysteine, dan membantu dalam penghasilan Glutatione kerana Cysteine merupakan komponen aktif dan menjadi komponen untama pengahsilan Glutathione. Ini kerana, setiap tablet Paracetamol yang diambil, sebahagian kecil iaitu kira-kira 10% daripada jisim bersih Paracetamol akan bertukar menjadi NAPQI, sejenis bahan sampingan Paracetamol yang sangat bertoksik. Ia bertindak dengan memusnahkan sel-sel hepar ( hati ) dan menjurus ke arah masalah hati seperti hati berparut ( sirosis ). Walaubagaimana pun, organ hati amat 'bijak' dan ia akan mengaktifkan tembok pertahanan kedua dalam menentang kesan toksik NAPQI. Ia akan 'mengarahkan' Glutathione untuk meneutralkan NAPQI yang terbentuk selepas metabolisma Paracetamol berlaku. Ini merupakan sebahagian proses normal sekiranya seseorang individu mengambil Paracetamol dalam kuantiti yang dibenarkan iaitu pada kadar 500mg sehingga 4000mg sehari ATAU 1 tablet sehingga 8 tablet sehari.

Namun begitu, sekiranya seseorang individu mengambil melebihi 8 tablet sehari, Glutathione tidak mampu mengedap kesan toksik NAPQI kerana ia memiliki limitasi dalam berbuat demikian. Kes seumpama ini lazimnya berlaku kepada individu yang ingin membunuh diri. Oleh yang demikian, pesakit akan diberikan suntikan NAC untuk membantu tubuh badan menghasilkan lebihan Glutathione bagi meneutralkan kesan toksik NAPQI. perlu diingatkan bahawa, sekiranya seseorang mengambil Paracetamol melebihi 30 biji dan ke atas, individu tersebut TIDAK akan menemui maut. Ini kerana, Paracetamol merupakan antara dadah sintetik paling rendah kesan toksik yang menjurus ke arah kematian. Pesakit bagaimana pun, hanya akan mengalami kerosakan buah pinggang secara kekal

Fariqh berkata...

Apa yang membezakan Glutathione dan NAC adalah, peratusan kadar resapannya di usus. Ini kerana, Glutathione amat sukar diserap di saluran usus. Ia memiliki saiz molekul yang besar untuk diserap dan memerlukan masa untuk diserap sepenuhnya. Berbeza dengan NAC, ia memiliki saiz molekul yang kecil dan tidak memaksa tubuh badan menghasilkan lebihan Glutathione. Ini hanya membantu tubuh badan dalam menghasilkan sejumlah Glutathione yang diperlukan oleh tubuh badan.

Menurut pandangan Suzy Cohen, seorang ahli farmasi di USA yang disegani, beliau menyatakan bahawa tidak menjadi maslah untuk mengambil terus supplement berasakan Glutathione atau pengambilan terus NAC. ia terpulang kepada individu kerana supplement berasaskan Glutathione lebih murah diperolehi berbanding NAC yang wujud di dalam formulasi suntikan dan harganya lebih mahal. Diharap penerangan ini dapat memabntu anda. Terima kasih

Fariqh berkata...

Kepada saudara/ saudari Tanpa Nama, ini adalah pandangan dan jawapan saya :

Saya TIDAK MENGGALAKKAN pengambilan Glutathione dan Vitamin C atau SEBARANG JENIS supplement berasaskan larut air diambil dlaam kuantiti yang banyak sekiranya seseorang individu tersebut memiliki masalah perkumuhan berkaitan ginjal, kerosakan buah pinggang atau hanya memiliki salah satu daripada ginjal di dalam tubuh badannya. Ini kerana, supplement berasaskan larut air tidak disimpan di dalam tubuh badan. Ia akan dibuang melalui salur perkumuhan termasuk air kencing yang melibatkan fungsi ginjal. Pengambilan terlalu banyak supplement berasaskan larut air terhadap golongan berisiko ini akan menyebabkan masalah mendapan lebihan supplement di dalam badn yang boleh menyebabkan lain-lain komplikasi yang boleh mengundang maut.

Individu terbabit harus merujuk kepada doktor, pakar perubatan atau ahli farmasi bertauliah bagi mendapatkan pandangan dan justifikasi mereka. Ini kerana setiap individu memiliki tahap keupayaan dan metabolisma badan yang berbeza. Tidak menjadi masalah kepada individu terbabit dalam mengambil suppelment berasaskan larut air, cuma ia perlu diambil dalam kuantiti yang kecil dan sederhana. Sekrianya individu terbabit mengalami masalah kulit seperti yang dinyatakan oleh anda, anda harus menasihatkan beliau agar mengawal pengambilan supplement berasaskan larut air bagi mengelakkan sebarang kesan mudarat mendatang. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam...sy nk tny, anak sy brumur 1 tahun 5 bulan dan masih lg fully breastfeed. Masa lahir dlu doc sahkn anak sy ni kekurangan G6PD. bleh x sy ambil glutathione, nnt ada apa2 efek x kt anak sy, tq...

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, pertama kali saya ucapkan agar puan banyak bersabar atas dugaan yang diberikan olehNya. Ini kerana, setiap dugaan, pasti ada hikmah disebaliknya. Berkenaan dengan masalah kesihatan yang dihidapi oleh anak puan, G6PD Deficiency atau lebih dikenali sebagai Glucose-6-phosphate Dehydrogenase Deficiency, sejujurnya saya tidak begitu arif dengan penyakit ini walaupun saya pernah mendegar beberapa kes berkaitan penyakit ini. Apa yang saya fahami, ia melibatkan maslaah berkaitan sel darah merah dan dikaitkan juga dengan imunisasi badan yang rendah dalam melawan penyakit.

Puan harus merujuk kepada pakar yang merawat anak puan kerana mereka lebih mengetahui penyakit ini dan cara menanganinya. Saya hanya boleh memberikan beberapa pandangan dan ia bagaimana pun, memerlukan perbicangan antara pihak puan dan pasangan puan dengan doktor atau pakar perubatan yang merawat anak puan. Memandangkan penyakit ini melibatkan sel darah merah dan imunisasi badan, maka berikut adalah cadangan beberapa jenis supplement dalam membantu puan dna anak puan secara lansung. Antaranya :

1) Spirulina
2) Selenium
3) Vitamin E

Saya amat menggalakkan pengambilan Spirulina memandangkan ianya mengandungi mineral, galian serta antioksida semulajadi badan yang membantu merejuvinasikan sel-sel termasuk sel darah, kulit dan sebagainya. Antara mineral penting yang terkandung di dalam Spirulina termasuklah :

1) Zat besi ( Iron ): Penting untuk pembentukan sel darah merah
2) Beta-Carotene : Bertindak sebagai antioksida yang melawan radikal bebas
3) Klorofil : Merejuvinasikan sel darah merah dan lain-lain sel agar kekal segar dan bertenaga
4) Mineral surih : Manganes, zink dan kuprum antara mineral surih yang terkandung di dalam Spirulina membantu dalam proses pembentukan sel darah merah
Selenium pula merupakan mineral surih dan sehingga kini, ia diiktiraf sebagai satu-satunya mineral surih yang bersifat antioksida. Ia memainkan peranan yang penting terhadap kelenjar tiroid dan meningkatkan imunisasi badan. Ia juga adalah faktor bersama terhadap pembinaan Glutathione, Antioksida Induk badan. Ia perlu diambil dalam kuantiti yang kecil kerana lebihan dos pengambilan Selenium boleh menyebabkan kesan toksik.

Vitamin E hadir dalam dua famili, Tocopherol dan Tocotrienol. Tocotrienol adalah 40-60% lebih berkuasa daripada Tocopherol. Ia bertindak sebagai antioksida, meningkatkan imunisasi dan melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Berikut pula adalah jenama pilihan produk yang saya percayai dan boleh didapati di pasaran Malaysia :

1) Spirulina : Spirulina Elken yang dipasarkan oleh syarikat jualan lansung Elken
2) Selenium : Selenium 200mcg yang dipasarkan oleh GNC Live Well Malaysia
3) Vitamin E : E-Trienol yang dipasarkan oleh Cosway ATAU TOCO-Span yang dipasarkan oleh Live Well Malaysia

Sila merujuk kepada doctor atau pakar perubatan yang merawat anak puan memandangkan perubahan dos pengambilan adalah perlu terutama sekrianya anak puan masih menysu. Ini penting bagi mengelakkan sebarang kesan mudarat terutama Selenium yang harus dititikberatkan dos pengambilannya. Sehingga kini juga, tidka terdapat sebarang kajian yang menyokong atau mengaitkan kesan positif pengambilan Glutathione terhadap penghidap G6PD Deficiency. Puan harus mengelakkan pengambilan Glutathione kerana tiada kajian lansung terhadap antioksida ini dengan G6PD Deficiency. Terima kasih

Miz Hana Madu berkata...

As salam..saya nk tnye..saya fully breastfeed to my son 2 mths old...is it safe if i rmek 4 product gluta+collagen ( k-colly,secret skin whitening kawaaii collagen,double stemcell n BVR collagen)..kesan pd kulit saya mmg amat cantik...tp sye risaukan baby saya...pls advise..tq...

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, saya TIDAK MENGGALAKKAN anda mengambil SEBARANG jenis produk berasaskan kolagen dan Glutathione sekrianya anda masih menyusukan anak anda. Ini kerana sehingga kini TIDAK terdapat sebarang kajian saintifik terhadap kesan pengambilan bahan ini kepada wanita menyuskan bayi dan bayi yang disusui untuk tempoh jangka masa panjang. Pengambilan Spirulina lebih digalakkan untuk kesihatan anda dan bayi anda memandnagkan Spirulina mengandungi lebih banyak mineral, zat serta manfat antioksida yang baik untuk kesihatan luaran dan dalaman. Terima kasih

Piotelly berkata...

assalamualaikum,maaf ya adik,tumpang tanya..apa itu NAC , Astaxanthin dan Glutathione ? antara mereka which one paling the best antioksidan? dan boleh ker diambil bersama2?

Fariqh berkata...

wasalam dan hi, N-Acetlycysteine atau lebih dikenali sebagai NAC adalah sejenis asid amino yang menjadi pelopor kepada penghasilan Glutathione. Ia merupkan antara bentuk aktif Cysteine sebelum ia bertindak balas di dalam badan dan membantupenghasilan Glutathione. Lazimnya, NAC digunakan sebagai antidot kepada kes keracunan Paracetamol ( Panadol ). Ini membantu hati menghasilkan lebih banyak Glutathione dalam mengelakkan kesan toksik Paracetamol yang boleh merosakkan hati. Ia terdapat dalam formulasi suntikan dan kapsul. Walaubagaimana pun, formulasi suntikan adalah paling popular berbanding kapsul atas faktor kos yang agak tinggi. NAC lebih mudah diserap di usus kerana saiz molekulnya yang lebih kecil berbanding Glutathione.

Glutathione pula merupakan sejenis antioksida semulajadi badan yang bukan hanya dihasilkan oleh manusia, malah oleh mamalia lain termasuk lembu dan juga hadir di dalam tumbuhan seperti Avocado dan asparagus. Di dalam tubuh manusia, ia digelar Antioksida Induk atau Master of Antioxidant. Ia berfungsi dengan melindungi hati, mendetoks sel-sel badan dan mejaga keterampilan kulit ekoran ia boleh mngurangkan aktiviti melasma yang terdapat di kulit, sekaligus mencerahkan kulit. terdapat lebih daripada 80 000 kajian yang menyokong kesan dan manfaat Glutathione terhadap kesihatan manusia. Glutathione terbina daripada beberapa tindak balas kimia badan yang agak kompleks di dalam badan dan menjadikan Cysteine sebagai antara komponen asas pembinaannya. Glutathione agak popular dalam formulasi berasaskan serbuk ( power ) dimana ia boleh dibancuh dan terus diminum. Bagaimanapun, Glutathione amat sukar untuk diserap di usus kerana saiz molekulnya yang besar. Ia memerlukan masa untuk diserap sepenuhnya tetapi tidak menjadi masalah sekiranya anda mahu mengambilnya secara oral.

Berbeza dengan Astaxanthin, ia adalah sejenis pigmen merah yang bersifat antioksida. Ia dihasilkan oleh sejenis mikro alga unik yang dikenali sebagao Haematococcus Pluvialis. Haematococcus Pluvialis adalah sumber primer atau sumber sumber paling asas antioksida ini dihasilkan. Alga ini menjadi sumber makanan beberapa jenis ungas termasuk flamingo dan hidupan marin/ tawar seperti lobster dan ikan salmon. Maka, sumber berasaskan ikan dan hidupan lain merupakan sumber kedua antioksida unik ini. Ia merupakan salah satu daripada ratusan jenis antioksida yang dikelaskan di dalam kumpulan Caretenoids dimana ia menjadi asas kepada penghasilan Vitamin A. Namun begitu, Astaxanthin TIDAK bertukar kepada Vitamin A sekiranya diambil dan ia kekal sebagai Astaxanthin di dalam tubuh badan manusia. Memandangkan ianya dikelaskan bersama lain-lain Caretenoids, maka, ia bersifat larut lemak. Tetapi, apa yang unik terhadap antioksida ini ialah, ia mampu bergerak di dalam kawasan larut lemak dan larut air di dalam sel tubuh manusia. Ini menjadikan antioksida ini sangat unik dna berkuasa. Ia dikatakan 6000 kali lebih berkuasa dalam menangkis serangan radikal bebas dan ini menjelaskan mengapa alga Haematococcus Pluvialis mampu hidup tanpa makanan selama 40 tahun setelah bergantung kepada antioksida unik ini.

Manfaat terhadap kesihatan manusia pula amat meluas, namun banyak kajian menunjukkan bahawa ia memberi kesan positif dan perlindungan terhadap mata, otak dan jantung juga tenaga. Terlalu banyak manfaat antioksida ini dan anda boleh merujuk entri Astaxanthin : Ketahanan Terhebat Alam Semulajadi

Bagi arahan pengambilan pula, NAC tidak begitu banyak dijual di pasaran kerana ia lebih menjurus ke arah kegunaan perubatan. Glutathione perlu diambil semasa perut kosong kerana kehadiran makanan akan mengganggu kadar resapannya. Manakala Astaxanthin pula, ia perlu diambil selepas makan terutama makanan berlemak dan berminyak kerana ia memerlukan kehadiran makanan untuk diserap. Sekiranya anda meminta pendapat saya, saya menjadikan Astaxanthin sebagai antioksida pilihan No.1 saya. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

salam adik yg dirahmati Allah,,akak nk tny..nape erk muka akak kemerahan dan gelap berbanding badan akak yg cerah..sedangkn nk kata terddah matahari,akak keje dlm pejabat dan kulit tgn akak cerah..kulit akak berbeza kt setiap part..contoh,,muka gelap,tngan dan dada cerah..tapi belakang bdn dan kaki agak gelap ..kaki akak bersisik dan blakang penuh jerawat..akak byk minum air putih xde kesan pun.ape supplement yg baik tok akak terutamanya yg baik tok kulit? yg bagi glow kulit kita..terima kasih banyak2.

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa mengunjungi blog ini. Berkenaan dengan soalan yang dikemukakan, ini adalah pandangan saya namun anda harus merujuk kepada pakar kulit atau perunding kecantikan yang ebrtauliah bagi mengenal pasti masalah kulit yang dihidapi anda. Saya hanya memberikan garis panduan asas dan diharap ini dapat membantu.

Melihat kepada masalah yang dinyatakan, kemungkinan besar anda mengalami masalah berkaitan perkumuhan termasuk fungsi hati yang lemah. Ini menjadikan mendapan toksin termendap dan terkumpul di dalam tubuh badan anda. Kemungkinan besar juga, saluran pencernaan terutama usus mengalami masalah dalam menjalankan fungsi normal. Selain itu juga, faktor seperti perubahan hormon menyumbangkan kepada masalah kulit yang dihadapi anda. Ini kerana, kemunculan jerawat di bahagian belakang tubuh badan sering dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon. Ia mungkin berpunca daripada kitaran haid yang tidak teratur atau peningkatan paras hormon androgen yang melampau. Faktor pemakanan juga boleh menyumbangkan kepada masalah ini terutama sekiranya anda mengambil makanan berindek glisemik ( gula ) tinggi termasuk coklat ( kecuali coklat gelap/ dark coklat ). Masalah kulit wajah yang dihidapi anda kemungkinan besar disebabkan ianya mengalami dehidrasi atau kering dan ditambah pula dengan aktiviti melanosit yang melampau sehingga menjadikan keadaan kulit gelap dan tidak bermaya. Keadaan akan menjadi lebih kronik sekiranya ia tidak dirawat, ia akan meninggalkan kesan pigmentasi. Kesemua keadaan ini boleh dirawat tetapi ia memerlukan masa. Berikut adalah cadangan dan pandangan saya dlama menangani masalah ini :

1) Lakukan detoks terlebih dahulu. Ini bagi membantu membuang sisa dan mendapan toksin yang terdapat atau tertinggal di dalam tubuh badan anda. Detoks memerlukan penjagaan yang rapi bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Milk Thistle dan Chlorella adalah antara dua jenis supplement yang amat saya sarankan untuk memulakan regim detoks bagi emndapatkan hasil yang optimum. Ia membantu membersihkan darah dan membaik pulih fungsi hati agar ianya kembali normal. Sila rujuk entri Detoks: Langkah & Pemilihan Yang Betul bagi mendapatan informasi lanjut berkaitan topik ini.

2) Bagi mengatasi masalah kulit kurang bermaya dna kusam, saya menyarankan anda mengambil produk pencerah yang mengandungi gabungan kolagen, Glutathione dan Vitamin C. Ini membantu menjadikan penampilan kulit lebih sempurna dan cerah. Anda boleh sebarang jenama di pasaran namun pastikan bahan aktif di dalam produk tersebut adalah bersesuain dengan anda. Ingin saya tegaskan bahawa, langkah kedua ini PERLU dilakukan selepas proses detoks selesai dilakukan samada anda melakukan proses detoks selama 1 ATAU 3 bulan berturut-turut.

3) SANGAT DIGALAKKAN pengambilan probiotik. Ini penting bagi meningkatkan imunisasi tubuh badan anda. Persekitaran usus yang sihat dapat membantu menjaga penampilan wajah dna kulit. Ia juga membantu mengurangkan masalah jerawat yang dihidapi. Probiotik juga membantu menjadikan kulit lebih bersinar dari dalam dan luar. Yakult adalah jenaman minuman probiotik yang saya percayai.

4) Bagi mengatasi masalah jerawat yang KEMUNGKINAN BESAR berpunca daripada masalah ketidakseimbangan hormon, saya menyarankan anda memilih Evening Primrose Oil ( EPO ). Ia mengandungi GLA, sejenis asid larut lemak yang sangat membantu mengatasi masalah keradangan dan menyeimbangkan paras hormon badan. Anda boleh memilih sebarang jenama EPO di pasaran. Untuk mendapatkan informasi lanjut berkaitan dengan cara menangani masalah jerawat, sila lihat entri, Jerawat : Musuh No.1!

Fariqh berkata...

5) Bagi mengatasi masalah pigmentasi dan kulit kusam juga masalah kekeringan kulit yang dihidapi, terdapat dua langkah yang boleh dipilih. Namun begitu, saya AMAT MENGGALAKKAN anda memilih kedua-dua langkah ini bagi mendapatkan hasil yang optimum. Pertama, anda boleh menimbangtara penggunaan aplikasi luaran seperti penggunaan produk kecantikan. Memandangkan anda menghidapi masalah kulit kering, ditambah pula kekerapan bekerja dalam suasana yang tertutup dan berhawa dingin, ini akan meningkatkan peratusan kekeringan kulit. Untuk itu, penggunaan serum atau pati adalah digalakkan. Saya mencadangkan anda menggunakan SK-II Facial Treatment Essence ( FTE ). Ia adalah SATU-SATUNYA pati pelembab semulajadi di dunia yang sehingga kini dihasilkan secara penapaian yis dan disokong dalam ratusan kajian saintifik bagi mengembalikan semula kelembapan smeulajadi kulit. Namun begitu, kira-kira 80% pengguna sahaja yang boleh bertoleransi terhadap penggunaan FTE dan baki 20% pengguna adalah tidak sesuai bagi penggunaan produk ini. Sila rujuk kepada perunding kecantikan yang ebrtauliah bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan produk ini. Langkah kedua adalah dengan pengambilan supplement. Untuk itu, saya mencadangkan anda memilih Astaxanthin. Ia adalah penagkis serangan radikal bebas dan pelindung kulit juga pengekal kelembapan dan kolagen kulit yang sangat berkuasa malah dikatakan 550 kali lebih berkuasa daripada Vitamin E. Terdapat 2 jenama yang boleh dipilih, ia adalah BioAstin Hawaiian Nutrex Astaxanthin dan AstaPycnogenol.

Ini adalah sebahagian daripada pandangan serta cadangan anda. SIla rujuk kepada pakar kulit atau perunding kecantikan untuk maklumat lanjut. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

assamualaikum adik...akak nak tny, antara Astaxanthin dan Glutathione..yg mana satu boleh buat kulit putih dan awet muda secara total..dan akak skrg konfius nak pilih antara grape seed sup. atau vit.C sup. yg tuk di ambil bersama2 antara dua sup asta.atau gluta..tolong bg cadang..terima kasih byk2 dan selamat belajar..maaf kacau yer.

Fariqh berkata...

Wasalm dan hi, dalam terma kekuatan antioksida, Astaxanthin adalah juaranya. Namun, bagi kategori kekuatan antioksida badan, Glutathione adalah antara juaranya. Terdapat perbezaan antara Astaxanthin dan Glutathione iaitu Astaxanthin dihasilkam oleh sejenis mikro alga yang dikenali sebagai Haematococcus Pluvialis. Manakala Glutathione pula dihasilkan oleh tubuh badan melalui organ hati. Astaxanthin mampu bertindak sebagai anti keradangan, anti radikal bebas, anti UV dan sebagainya. Ini memberi kebolehan kepada Astaxanthin dalam melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan, majoriti akibat sinaran UV dan dapat melindungi kolagen daripada penguraian.

Glutathione pula bertindakm sebagai 'pembersih' sel-sel badan. Selain itu, ia memberi kesan positif lain seperti pencerahan kulit dan awet muda. Ini jelas jelas menunjukkan Glutathione adlah agen pencerah dan Astaxanthin tidak mampu melakukannya. Ia hanya bertindak sebagai pembantu pelindung kulit daripada kesan kerosakan selular. Ramai yang terkeliru dan beranggapan bahawa Astaxanthin adalah agen pencerah kulit, ini adalah tidak benar sama sekali.

Glutathione perlu diambil semasa perut kosong iaitu sejurus selepas bangun daripada tidur pagi atau sebelum tidur namun pastikan perut anda telah kosong 2 jam sebelum mengambilnya. Manakala Astaxanthin perlu diambil selepas makan. Ini kerana ia memerlukan bantuan makanan untuk diserap. Anda boleh mengambil Grepe Seed Extract atau Vitamin C bersama Astaxanthin selepas makan. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Macam mana ek nak buat pembelian. Dah cuba hubungi melalui fb, tp still xde maklum balas. Berapa ek harga glutamax tu.
Tq

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Pernah dengar pasal perla coffee? Sy nak tahu adakah kandungan dlm produk tersebut selamat untuk diamalkan. Harap saudara boleh membantu. :)

yus riena berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
yus riena berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nur Hazmal berkata...

As salam...sy nk tahu jika amik produk glutathione ada x kesan2 healing crisis seperti jantung brdebar2 dan mjadi laju, tekanan darah meningkat, pedih hulu hati dll. Sbb br2 ni sy ada mkn produk kesihatan, lpas 5mnt trus jd kesan yg sy sebut diatas. Knp ye?

Tanpa Nama berkata...

Salam fariqh, pesakit darah tinggi boleh ke mkn glutathione ni? Td doc x suruh sy mkn ubat darah tinggi sbb br peringkat awal. So skrg sy hanya control mkn saja. Average bp sy 85-90/125-135

nur Hazmal berkata...

Atau adakah sbb produk yg sy amik tu mngandungi bahan2 trlarang seperti sibutramin? Harap fariqh dpt mbantu, tq

Tanpa Nama berkata...

salam saudara fariqh, sy skrg ni mengambil 2 jenis supplement berbeza iaitu transcapsule for whitening and vitamin c dri nowfood company dri usa. adakah pengambilan 2 supplement ini mempengaruhi hormon sy? sbb utk pengetahuan saudara fariqh sy da dua bulan x period. n period sy sebelum ni pun x teratur. and im not married yet. boleh saudara explain. thank u.

Tanpa Nama berkata...

hi Fariqh, sy nak tanya sikit..skg ni sy minum Purwhite mengandungi L-Glutathione 300mg,Fish Collagen 2500mg,Vitamin C 250mg,Liqourice Extract &Mixberries powder. boleh ke sy ambil bersama-sama dgn vitamin c 1000mg?

Tanpa Nama berkata...

hi fariqh..

sy nak tnya skg ni sy minum Purwhite..dlm tu ada L-Glutathione,Fish Collagen,Vitamin C,Liqourice Extract,Mixberries powder..bole ke sy ambil bersama2 dgn vit c? tkt over dos. :-(

tq..

Tanpa Nama berkata...

hi fariqh..

sy nak tnya skg ni sy minum Purwhite..dlm tu ada L-Glutathione,Fish Collagen,Vitamin C,Liqourice Extract,Mixberries powder..bole ke sy ambil bersama2 dgn vit c? tkt over dos. :-(

tq..

Tanpa Nama berkata...

hi fariqh..

sy nak tnya skg ni sy minum Purwhite..dlm tu ada L-Glutathione,Fish Collagen,Vitamin C,Liqourice Extract,Mixberries powder..bole ke sy ambil bersama2 dgn vit c? tkt over dos. :-(

tq..

Tanpa Nama berkata...

hi fariqh..

sy nak tnya skg ni sy minum Purwhite..dlm tu ada L-Glutathione,Fish Collagen,Vitamin C,Liqourice Extract,Mixberries powder..bole ke sy ambil bersama2 dgn vit c? tkt over dos. :-(

tq..

Tanpa Nama berkata...

hi fariqh..

sy nak tnya skg ni sy minum Purwhite..dlm tu ada L-Glutathione,Fish Collagen,Vitamin C,Liqourice Extract,Mixberries powder..bole ke sy ambil bersama2 dgn vit c? tkt over dos. :-(

tq..

Tanpa Nama berkata...

hi fariqh..

sy nak tnya skg ni sy minum Purwhite..dlm tu ada L-Glutathione,Fish Collagen,Vitamin C,Liqourice Extract,Mixberries powder..bole ke sy ambil bersama2 dgn vit c? tkt over dos. :-(

tq..

Tanpa Nama berkata...

hi fariqh..

sy nak tnya skg ni sy minum Purwhite..dlm tu ada L-Glutathione,Fish Collagen,Vitamin C,Liqourice Extract,Mixberries powder..bole ke sy ambil bersama2 dgn vit c? tkt over dos. :-(

tq..

Fariqh berkata...

Kepada semua pengunjung setia blog ini, terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa anda melewati blog saya. Berikut adalah jawapan dan pandangan saya :

Kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 1, secara jujur saya tidak pernah mendengar tentang produk Perla Coffee yang dimaksudkan oleh anda. Terima kasih

Kepada sadari Nur Hazmal, sememangnya Glutathione boleh memangkingkan simptom-simptom yang dinyatakan anda namun kes sedemikian adalah JARANG. Ia bergantung kepada penerimaan seseorang individu. namun begitu, produk kecantikan dan pelansing badan yang mengandungi Sibutramine adalah boleh memangkingkan kesemua simptom yang dinyatakan oleh anda. Oleh itu, sila passtikan anda menyiasat terlebih dahulu keselamatan setiap produk yang ingin diambil oleh anda. Terima kasih

Kepada saudari Tanpa Nama 2, berikut adalah pandangan saya. Sekiranya produk yang diambil oleh anda memberi kesan kepada kitaran haid normal anda, saya MENGGESA agar anda menghentikan pengambilan produk tersebut. Ini kerana, secara major,kebanyakan produk supplement tidak akan memberi kesan yang terlalu ketara kepada kitaran haid normal seseorang individu. Sila rujuk doktor atau pakar perubatan anda untuk keterangan lanjut. Terima kasih

Kepada saudari Tanpa Nama 3, memandangkan anda mengambil produk PurWhite, ia tidak menjadi masalah sekiranya anda mahu mengambil tambahan Vitamin C 1000mg dan ianya tidak mendatangkan kesan toksik kerana dos harian maksimum yang boleh ditoleransi oleh tubuh badan adalah 2000mg, cuma pastikan anda mengambil air kosong yang banyak setiap hari. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

salam,ank sy umur 2 bln dn kulit die sangat sensitif slps die kne sakit staphylycocus scalded skin syndrome ms umur die 3 mggu.sy xblh Mkn seafood,telur,kekacang dan makanan yg ade gluten.sy jg ade masalah bau bdn slps sy keluarkn implanon 2 thn lps.mcm2 dh sy buat dn mkn mcm2 produk,tp xde yg berkesan.boleh x syorkn produk yg berkesan untuk sy dn selamat untuk ank sy yg fully bf.tq..

Tanpa Nama berkata...

Salam saya ada mengambil l-glutathione dari brand gnc beserta alpha lipoic acid dan vit c. Tertulis cara pemakanan gluta ni dengan makanan..Yang mana 1 lebih berkesan..wit food or without food.Perlu ke saya ambik ketiga-tiga supplement ini untuk penyerapan lebih baik? Perlukah saya hentikan meminum coffee utk penyerapan lebih baik?atau just jarakkan masa selama 3jam?sebab badan saya mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum . Produk produk gluthathione Thailand yg kebanyakan ' Mak Nyah di Thailand guna untuk putih gebu ' Apakah brand dia ? Dan selamat ke ?

Fariqh berkata...

Wasalam kepada anda sekalian, ini adalah jawapan dan pandangan saya :

Kepada saudari Tanpa Nama, saya tidak dapat membuat pilihan yang terbaik kerana masalah kulit anak anda melibatkan jangkitan bakteria. Ini memerlukan bantuan pakar perubatan dan mereka akan membantu anak anda dengan pemberian ubat-ubatan yang sesuai. Ini termasuk juga dengan masalah bau badan yang dihidapi anda. Sila rujuk kepada pakar perubatan kerana ia kemungkinan melibatkan masalah hormon atau lain-lain masalaha berkaitan. Terima kasih

Kepada saudara/ saudari Tanpa Nama, saya LEBIH MENGGALAKKAN anda mengambil SEBARANG jenis produk Glutathione semasa perut kosong iaitu 1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Ini kerana, Glutathione adalah sukar diserap sepenuhnya di usus dan kehadiran makanan akan menurunkan lagi kadar resapan. Pengambilan kopi seelok-eloknya perlu dihentikan kerana kafein di dalam kopi memmpunyai interaksi dengan kesan Glutathione. Kopi secara umum baik untuk kesihatan TETAPI pengambilan di dalam kuantiti yang banyak boleh membawa mudarat termasuk osteoporosis, kulit kusam dan kering dan dehidrasi. Sekiranya anda tidak mampu menghentikan pengambilan kopi, jarakkan sekurang-kurangya 4 jam sebelum sebelum atau selepas mengambil SEBARANG bentuk produk Glutathione walaupun secara dasarnya, ia WAJAR dielakkan pengambilannya. Terima kasih

Kepada saudara/ saudari Tanpa Nama, sejujurnya saya TIDAK mengetahui sebarang jenis jenama Glutathione yang digunakan oleh golongan sedemikian di Thailand. Namun perlu diingatkan bahawa KEBANYAKKAN produk kecantikan di Thailand adalah DIHARAMKAN sepenuhnya oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan ( BPFK ) kerana ianya mengandungi pelbagai jenis racun berjadual malah ada antaranya diharamkan oleh kebanyakan negara seperti merkuri, hidroquinone dan logam berat lain. Terima kasih

Azura Basilia berkata...

Assalammualaikum, saudara sy nk tye, sy nk try neocell super collagen type 1& 3, now foods vit c 1000 mg & now foods gluthathione. Klu sy nak tambah astaxhantin ok ke? Dan sy xberapa faham antara NAC, cystein n L cystein, which one yg boleh consume everyday utk kesihatan n which one much better? N xbahaya ke sy consume semuanya sekali everyday?.. tq

Azura Basilia berkata...

Assalammualaikum, saudara sy nk tye, sy nk try neocell super collagen type 1& 3, now foods vit c 1000 mg & now foods gluthathione. Klu sy nak tambah astaxhantin ok ke? Dan sy xberapa faham antara NAC, cystein n L cystein, which one yg boleh consume everyday utk kesihatan n which one much better? N xbahaya ke sy consume semuanya sekali everyday?.. n boleh explain l glutamic acid & glycine..

Raisya Amanda berkata...

Salam. Sy nk tnya, bolehkh epo dimkn bersama vit c dan vit e.
Klu sy nk mkn astaxnathin dan gluthatione plk, wkt bila sy perlu ambil. Sb mlm sy mnum nh colla plus. Harap dpt bg pndapat. Trm kasih

Sha amiera berkata...

Salam fariqh...saya ada mengambil suntikan gluta Q10 platinum yg mengandungi 5000mg kandungan gluta..adakah sesuai jika sy ambil bersama nikko placenta white?nikko placenta mmpunyai salmon placenta extract,collagen,gluta,dan vit c..atau adakah lebih sesuai jika saya tukar kepada vitamin organik rosehip 1000mg?hope saudara blh bantu saya..

fiza berkata...

salam

nak tanya waktu period boleh ambil supplement yg ada kolagen dan glutathione?
berkesan tak kalau ambil ni waktu period atau tiada kesan hanya membazir sahaja

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi diucapkan kepada saudara/ saudari sekalian. Maaf sekiranya saya lewat membalasa pertanyaan anda, berkenaan dengan soalan anda semua, ini adalah jawapan dan pandangan saya :

Kepada saudari Azura, ia tidak menjadi masalah sekiranya anda mengambilnya bersama produk-produk lain. NAC adalah asas pembentukan kepada Glutathione dan ia menjadi pelopor kepada penghasilan Glutathione. Cysteine pula merupakan salah satu bentuk NAC namun ia kurang aktif. Oleh itu, NAC adalah lebih digalakkan pengambilannya dan NAC memiliki kadar resapan yang tinggi terutama sekira ianya diambil secara suntikan. Terima kasih

Kepada saudari Raisya, Astaxanthin, Vitamin E dan EPO adalah digalakkan diambil sejurus selepas makan terutama melibatkan makanan berlemak atau berminyak. Ini kerana, ia adalah larut lemak dan memerlukan bantuan makanan untuk diserap. Vitamin E disarankan diambil selepas makan kerana ia mengganggu perut kepada sesetengah pengguna. KOlagen pula perlu diambil 1 jam sebelum makan yakni perut kosong. Ini kerana, kehadiran makanan akan mengganggu kadar resapan kolagen ke dalam tubuh badan. Terima kasih

Kepada saudari Sha Amiera, anda tidak perlu terlalu mengambil banyak produk kecantikan dna supplement. Hanya perlu memilih antara regim suntikan atau oral ( makan ). Ini kerana, pengambilan yang banyak akan dibuang keluar dari badan melalui air kencing. Terima kasih

Kepada saudari Fiza, saya tidak menggalakkan pengambilan supplement tersebut kerana sehingga kini, tidak terdapat sebarang kajian lanjut berkaitan kesan positif atau negatif pengambilan kolagen atau Glutathione semasa proses kedatangan haid. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

hey , kalau makan glutamax ni pada umur15 boleh ke ?

azlina shamsudin berkata...

Saya baru mencuba produk glutamix dari cosway. Setakat mana keberkesannya utk wanita yg telah berumur lewat 40an

leen berkata...

salam..hai ..sy nk tnye..kalau sy ambil supplement glutathione dgn supplement ACE plus dari blackmore ok ke?or just ambil glutathione dgn vitamin c je?yg mana better?

Aida Biey berkata...

Salam.. sya nak mendapatkn kepastian n jwapn. Sya ad trbaca beberapa artikel brkaitan glutathione tidak brkesan pada sesorang yg menghidapi penyakit tiroid. Adakah benar?? Apakah ad cra len bagi sesorg yg menghidapi tiroid ingin cantik n putih mcm pengguna lain? Supplement ap yg boleh diambil??

Tanpa Nama berkata...

assalam,sy nk tnye,pernah dengar x gluta 400k??adakah produk ini kesan nye amat cepat??sy mggunakan produk gluta 400k dah seminggu,tp xda ape2 kesan buat mse ney..

Tanpa Nama berkata...

Assalam. Saya ada terbaca produk gluta x digalakkan kepada pesakit yg mengambil ubat untuk anxiety disorder. Boleh tolong jelaskan. Tq.

Fariqh berkata...

Kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 1, pengambilan Glutathione pada usia seawal 15 tahun adalah masih lagi samar. Ini kerana, ketika ini paras Glutathione semulajadi badan adalah masih tinggi kecuali sekiranya individu tersebut mengambil sejumlah besar ubat-ubatan moden dalam kehidupan seharian. Sekiranya manfaat kebaikan adalah melebihi keburukan, maka pengambilan Glutathione pada usia seawal 15 tahun dibenarkan pengambilannya. Sila rujuk kepada doktor mahupun ahli farmasi bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan perkara ini. Terima kasih\.

Kepada saudari Azlina, kesan pengambilan Glutathione adalah bergantung kepada penerimaan individu. Ada pengguna mengambil masa sehingga 6-8 bulan bagi mendapatkan kesan yang diingini. Terima kasih.

Kepada saudari Laen, ia digalakkan pengambilan Vitamin A, C dan E walaupun hanya pengambilan C sudah mencukupi pengambilannya bersama Glutathione. Ketiga-tiga vitamin ini membantu meningkatkan kadar penyerapan Glutathione ke dalam tubuh badan. Terima kasih.

Wasalam dan hi kepada saudari Aida, perlu diingatkan bahawa sehingga kini tidak terdapat sebarang kajian saintifik yang lanjut dalam menyokong pengambilan dan kesan positif Glutathione ke atas fungsi tiroid. Selenium adalah mineral surih yang memiliki sifat antioksida paling digalakkan pengambilannya sekiranya seseorang mengalami masalah tiroid. Selenium digalakkan pengambilannya bersama lain-lain mineral surih seperti mangan, magnesium dan zink untuk kesan yang maksimum. Terima kasih.

Wasalam dan hi, kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 2, sejujurnya, saya tidak pernah mendengar akan produk itu. Terima kasih.

Kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 3, sememangnya sesiapa yang mengalami masalah kegemuruhan ( Anxiety Disorder ) TIDAK digalakkan pengambiannya bersama Glutathione. walaupun tidak dapat dipastikan mengapa, namun ia kemungkinan besar membawa lebih keburukan berbanding kebaikan. Terima kasih

saya kurang arif berkata...

Tumpang tanya, adakah mengambil gluthione boleh merosakkan sistem perkumuhan seperti hati? Sejarah keluarga saya menghidap kanser hati..ujian darah liver profile didapati ALT tinggi mungkin sebab suplemen yg saya ambil sebelum ini...adakah mengambil glutathione berisiko kepada hati saya

Ayu berkata...

Salam Fariqh,

Thx sb sudi berkongsi segala info. Sy dah bace dari mula smpi akhir. Dan seriusly sblm ni sy xpernah pun amik tahu segala kandungan yg ada dlm setiap produk yg sy consume. Tp tetibe mlm ni rasa nk carik bebrapa info dan blog saudara byk membantu. Sblm ni sy pernah amik produk Glutamix (cosway) dan berkesan mencerahkan kulit sy. Tapi lately ni sy perasaan makin lama kecerahan semakin berkurg. So soalan per1 sy, adakah ia disebabkan faktor penuaan krn sy kini berusia 30 tahun. Dan soalan sy yg ke2, boleh x sy amik produk glutamix bersama2 dgn Jamu yg mengandungi bahan spt follium piperis betle, cortex parameriae, thallus usnea, semen quercus, fructus coriandrum dan uncaria. Sy ingin seimbangkn penjagaan dalaman dan luaran krn Jamu lebih kpd menjaga kecantikan dalaman. Hrp Fariqh sudi memberi jwpn. Salam :-)

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, terima kasih saya ucapkan kerana kesudian saudari meluangkan masa membaca entri di blog ini. Menjawab persoalan saudari, mungkin ia disebabkan faktro penuaan seiring dengan peningkatan usia kerana, Glutathione hanya supplement dan kesannya terhadap individu adalah berbeza. Anda masih boleh mengambil dengan lain-lain supplement/ produk namun sila jarakkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum mengambil produk lain. Ini kerana, Glutathione memerlukan keadaan perut kosong untuk kesan penyerapan yang maksimum.Terima kasih

Fariqh berkata...

Kepada saudara/ saudari kurang arif, berkenaan dengan soalan anda, anda harus merujuk kepada doktor yang merawat anda. Ini kerana, tiada kajian yang menunjukkan bahawa Glutathione merosakkan hati memandangkan tugas utama Glutathioen adalah melindungi hati. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

apakah produk y anda sarankan utk y mahu MENCERAHKAN KULIT SAHAJA..sy tiada masalah lain dan hanya mahu mencerahkan kulit..apakah produk y benar2 berkesan untuk tujuan ini..benar2 mahukan pendapat anda..trima kasih

Tanpa Nama berkata...

bolehkah sy mendpatkan contact num y jual glutamax tu? sbb sy x suke pm fb..dan lg 1,sy nk beli dengan seller lain y lbih senang kerana mmpunyai contact num tetapi glutamax y mreka jual adlah bbntuk botol,bukan sperti gmbar diatas..adakah sama dgn y diatas atau bagaimana produk tersbut..harap boleh beri contact num utk lebih memudahkan untuk berhubung..tq

Fariqh berkata...

Hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 1, sehingga kini secara umum hanya Glutathione sahaja yang digunapakai secara meluas dalam proses pencerahan kulit. Namun sekiranya anda mahukan pandangan lebih lanjut, sila rujuk kepada pakar kecantikan atau pakar astetik dan kecantikan untuk maklumat lanjut. Terima kasih

Kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 2, anda boleh menghubungi Kutis Mayaman secara atas talian memandangkan mereka adalah pengilang dan pemegang paten Glutamax. Kutis mayaman adalah syarikat kecantikan dan kesihatan yang berpangkalan di Filipina. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.. saya nk brtanya..sayaa ingin mencuba supp placenta white... ia juga mngndungi gluta..saya cuma nk tye dia oke ke..sya tkUt dia bole rosak kan hati or dlman saya. Bole jelaskan n beri jawapan

dila berkata...

asslm en. fariqh, skrg sy consume blackmores bio c 1000mg dan bio e 500. so far alhamdulillah kulit muka dah hilang parut tp kdg2 ada juga pimple yg singgah. Memandang ramai yg suh suggest amik blackmores bio ace plus (which is ada vit A 5000iu dan beberapa vit b, c 500mg, e 100iu, zinc, folic acid, selenium n grape seed ckit) pendek kata all in one la BioAce ni. teruja pula nk try.
Jadi sy nk minta pendapat en fariqh, sy ingin consume blackmores bio ace plus + blackmores bio E 500iu(perlu amik lagi ke x yg ni sbb dlm bio ace ada 100iu je?), and perlu ke sy tambah amik epo ataupun pure collagen? sy dah 28thn n btul2 nak jaga kulit..x putih melepak pun xpe asalkn kulit sihat. harap encik blh bagi pendapat. tq :)

Cik Juny berkata...

Multivitamin 3000mg
Collagen 2500mg
Alpa lipoic acid 1000mg
Hyaluronic acid 1500mg
Combined tech gluceta 50,000mg
COQ10 1000mg
COA 600mg
FAD 750mg
NAD 400mg
PRO Egf 1800mg
salam en.fariqh..boleh sya tnya adakah kandungan injection di atas bahaya tuk bdan?..sbb ada setgh pihak ckp boleh mgakibatkan sakit buah pinggan kl0w blebihan..adakah injection atau pil..y mna lebih safe?

Cik Juny berkata...

Dan apakah supplement terbaik untk kulit cerah ,putih ,sekata dan hilangkan parut?

amOy tEcik berkata...

Assalam sy nk btanya mgenai produk gluta rukkard keluaran thai selamat ke utk mkn?? Halal ke?? Apa pndapat admin ttg bahan kandungan produk ni??

Bahan Kandungan
~Estrogen hormon
~L-glutathione 10000mg
~L- cysteine
~L-glycine
~Pomegranate hydroglycolic extract ~Grape seed extract 150mg
~Alpha lipoid acid
~Vit e 150mg
~Collagen 150mg
~Q10 150mg

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.. nk tnya sedikit, mne2 gluta bole ke dg mkn semasa period.. ? Cnfuse sdikit sbb ade yg kate bole n.ade yg kate x..mohon balas, tQ.

Tanpa Nama berkata...

You're really helpful :)

Tanpa Nama berkata...

aslm saudara fariqh .. sy nk tnya sikit ni. sblm ni sy ada amalkn minuman kolegen, gluta n astaxanthin..bru2 ni sy disahkn hyperthyroid .. bole ke sy teruskn amlkn suplemen tu atau bhnti..sy ada baca yg hypertyroid ni xbole ambil mknn laut n rumpai laut astaxanthin dari keluarga rumpai laut kan.. bole bg pncerahan x psl tu.. bole x suggest suplemen ap yg sesuai n yg dilarang untk pesakit hyperthyroid dlm merawat sakit tu n suplemen kesihatan/ kecantikan yg bole diambil oleh sy... sy takut nk ambil suplemen sbrangan sekarang ni... dn jika bole sy xnk bergantung dgn ubatan hospital...

Tanpa Nama berkata...

Sy sejak hujung bulan mei mngambil l glutathione plus vitahealth yg kandungannya l-glutathione 100mg, l-cysteine 100mg, astaxanthin 1mg, alpha liopid acid 25mg, grape seed extract 25mg, vitamin c 125mg and zinc 2.5mg. Sejak mengambil l-glutathioneni, sy rasa bdn sy lemah, sendi sy sakit, otot sakit, pinggang sy sakit, kebas kaki dan tangan, demam, sedikit sesak nafas. Simptom2 ni hilang dalam 2-3 hari kecuali pinggang yg sakit, kebas kaki tangan akan hilang selepas saya jarakkan makan supplementni dan sakit tumit masih tak hilang sampai sekarang.. saya ada baca tentang detox symptoms, tapi sampai sampai sekarang saya xtahu samada apa yg sy alami ini detox symptom ataupun memang sy sakit. Sy dh buat blood test, semuanya nampak ok cuma gfr kidney sy 88 below drp 90. Dr kata sbb sy xminum air. Jadi sy nk minta pndpt blog owner, samada sy perlu teruskan utk ambil supplement ini ataupun stop.skrgni sy dh ambil belum lg 2 botol sebab saya selangkn pengambilan. Sy cuma risau supplementni menyebabkan penyakut lain. Hrp boleh mdgr pndpt blog owner utk mslh sy ni. By the way, sy ada tnya doktor tntg glutathione, tapi malangnya diorg mcm xtahu.huhu. 2orang dr sy tanya.huhu

Fariqh berkata...

Wasalam kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 1, berkenaan dengan soalan anda, ini adalah pandangan saya. Saya sebenarnya tidak begitu menggalakkan pengambilan produk yang mengandungi placenta kerana sehingga kini, TIDAK terdapat sebarang kajian saintifik yang menyokong akan keberkesanan placenta sekiranya ia diambil secara oral. Placenta lebih berkesan diambil melalui suntikan namun ia WAJIB dilaksanakan oleh profesional yang bertauliah. Sekiranya anda mahu mengambil produk yang mengandungi placenta, sila pastikan produk tersebut didaftarkan terlebih dahulu di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Terima kasih

Fariqh berkata...

Kepada saudari Dila, ia sebenarnya tidak menjadi masalah sekiranya anda mahu mengambil tambahan Vitamin E namun pastikan, ia perlu diambil bersama makanan yang mengandungi lemak. Ini kerana, vitamin E memerlukan lemak dalam meningkatkan kadar serapannya. Saya tidak menggalakkan anda mengambil tambahan EPO dan kolagen sekiranya keadaan kulit anda beransur pulih kerana zink yang terdapat di dalam Bio ACE Plus berkesan dalam membantu mengurangkan kadar kulit berminyak dengan mengawal pengeluaran sebum di wajah. Pendek kata, zink berupaya mengawal kadar ketidak seimbangan hormon dan pengambilan EPO dilihat sebagai bentuk pembaziran sekiranya pengambilan zink telah menunjukkan kesan yang positif. Terima kasih.

Wasalam dan hi kepada Cik Juny, mengikut pandangan saya, saya TIDAK MENGALAKKAN suntikan dos mega bahan-bahan yang dinyatakan di atas kerana dikhuatiri akan membebankan sistem perkumuhan tubuh badan. Tetapi anda masih boleh mengambilnya dengan syarat, ia dipantau oleh pakar kecantikan yang bertauliah dan pengawalan dos adalah perkara pertama yang perlu dititikberatkan. Terdapat pelbagai jenis supplement di pasaran untuk kulit cerah dan bebas parut. Anda boleh memilih Glutathione, kolagen, Vitamin E Tocotrienol mahupun Astaxanthin. Terima kasih.

Wasalam dan hi kepada saudari Amoy Tecik, saya pernah menjelaskan dalam komen terdahulu bahawa saya secara pribadi TIDAK MENGGALAKKAN pengambilan Glutathione semasa haid kerana sehingga kini TIDAK TERDAPAT sebarang kajian saintifik yang menyokong pengambilan Glutathione semasa haid sedang berlaku. Namun, sekiranya doktor atau pakar perubatan yang menyokong pengambilannya, anda boleh mengikuti arahan mereka berdasarkan justifikasi yang dilontarkan mereka. Terima kasih

Wasalam dan hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 2, berkenaan dengan soalan anda, ini adalah pandangan saya. Tidak terdapat sebarang halangan dalam pengambilan Astaxanthin bagi pesakit yang menghidapi masalah tiroid termasuk penghidap Hyperthyroidism. Walaupun Astaxanthin diperolehi daripada alga Haematococcus Pluvialis, namun alga ini TIDAK wujud secara semulajadi di dalam air masin. Ini kerana Haematococcus Pluvialis adalah sejenis alga yang hidup di kawasan air tawar. Astaxanthin adalah produk keluaran alga ini sekiranya ia terancam oleh persekitaran yang ekstrem. Lebih daripada 2000 kajian yang menyokong Astaxanthin sebagai salah satu sumber antioksida semulajadi bagi kesihatan umum tubuh badan. Walaupun Astaxanthin tidak memberi kesan positif lansung terhadap organ tiroid, namun ia masih memberi kesan anti keradangan bagi tiriod itu sendiri. Sekiranya anda mahu memilih supplement yang mengfokuskan kepada kesihatan tiroid, saya menyarankan anda mengambil Selenium kerana sehingga kini, Selenium merupakan SATU-SATUNYA elemen surih tunggal yang diiktiraf dalam memberi kesihatan terhadap tiroid. Namun pastikan anda mengambil Selenium bersama lain-lain mineral surih lain seperti Magnesium, Zink, Kuprum dan Iodine. Ini kerana, minerak tersebut adalah faktor bersama dalam menyerap dan meningkatkan kesan positif Selenium ke dalam tubuh badan. Tetapi AWAS! Pastikan anda merujuk kepada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu berkaitan dengan dos harian pengambilan Selenium dan lain-lain mineral tersebut. Ini kerana, kesan toksik boleh berlaku sekiranya diambil secara berlebihan. Terima kasih.

Hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 3, berkenaan dengan masalah anda, saya mencadangkan anda menghentikan pengambilan supplement yang diambil oleh anda ketika ini. Ini kerana, saya tidak mengetahui adakah ianya 100% simptom detoks atau kesan penolakan tubuh badan anda terhadap supplement yang diambil. Saya lebih mencadangkan anda mengambil Chlorella dan Milk Thistle untuk tujuan detoks. Anda perlu merujuk kepada ahli farmasi kerana terdapat segelintir dalam kalangan doktor yang masih tidak terbuka dalam hal berkaitan supplement dan perubatan holistik. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Saya tanpa nama 3. Walaupun sy ada simptom2 mcm yg sy cakap tadi. Sy ada dpt benefit drp supplement yg sy makanni. Sebab saya rasa lebih segar dan lebih bertenaga. Dan sy dpt tdo dgn lbh nyenyak bbndg sebelumni. Cuma masalahnya pinggang sy selalu sakit begitu juga sendi. Dan sekarang tumit kaki. Adakah kemungkinan suplement yg sy makantu boleh mnyebabkan kerosakan buah pinggang? Terima kasih atas perhatian owner blog.

Fariqh berkata...

Hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 3, saya berpendapat anda tidak perlu mengambil risiko dengan meneruskan regim detoks tersebut sekiranya memberi lebih keburkan kepada diri anda. Sila rujuk kepada pakar perubatan atau ahli farmasi untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan dengan masalah yang dihidapi anda. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

salam saudara fariqh, saya nak tanye, saye baru tamatkan full course TB treatment, that time, the doc said that my liver ada terjejas sedikit akibat kuman TB tersebut tapi skrg alhamdulilah my liver back to normal..so, i wonder is it ok ?? if i consume this dietary supplemet which contain

-Dong Quai Extract 130.00 mg.
-Soy Protein Isolate 120.00 mg.
-Goji (Wolfberry) Extract 100.00 mg.
-L-Glutathione 95.00 mg.
-Broccoli Powder 55.00 mg.

sbb takut nnti ad effect dekat hati..mohon pendapat daripada saudara fariqh..terima kasih

NOR AZAH NOR AZIZ berkata...

Salam fariqh,nk tanye..sy ambil suntikan gluta,mmg glowing,tp kulit berjerawat..sy ssh nk kna jerawat,adakah sy perlu stop skjap atau stop trus?

Farhanah Basar berkata...

Salam..adik.nak tnya tentang produk glutacaps boleh..produk tu ada hologram kkm..

Farhanah Basar berkata...

glutacaps menyatakan l-glutathione tersebut dari gred AAA jepun..dan glutacaps ada 3 kandungan utama iaitu
-200 mg l- glutathione,
-136.5 mg hyaluronic acid,dan
- 150 mg vitamin c..
dan disarankn minom air 1.5 l..dan saya bercadang nak terus menggunakannya..dan jenis capsul yang digunakan adalan printed capsule...apakah bila ada hologram kkm ni menjamin selamat digunakan utk jangka masa yang panjang??sya ingin mencari supplement yang berkesan utk jangka masa yang panjang..

Farhanah Basar berkata...

saya ingin tahu pendapat adik fariqh tentang supplement shaklee product.

Farhanah Basar berkata...

saya ingin tahu pendapat adik fariqh tentang supplement shaklee product.

Farhanah Basar berkata...

Maaf..ingin mencari supplement yang berkesan dan penting selmat dlm jangka masa panjang.
jika makan supplement berbentuk kapsul mula2 rasa pening dah lenguh2 badan..slpas 3 minggu consume dah normal dan tak rasa pening n lenguh2 lagi..kdg2 sakit di pinggang sikit2 masa mule3 makan..apakah mksod simptom ni..positif o negatif??tq

Farhanah Basar berkata...

glutacaps menyatakan l-glutathione tersebut dari gred AAA jepun..dan glutacaps ada 3 kandungan utama iaitu
-200 mg l- glutathione,
-136.5 mg hyaluronic acid,dan
- 150 mg vitamin c..
dan disarankn minom air 1.5 l..dan saya bercadang nak terus menggunakannya..dan jenis capsul yang digunakan adalan printed capsule...apakah bila ada hologram kkm ni menjamin selamat digunakan utk jangka masa yang panjang??sya ingin mencari supplement yang berkesan utk jangka masa yang panjang..

Afifah Iskandar berkata...

salam..sy menggunakan produk phyto collagen..produk ni juga agak baru keluar di pasaran..adakah produk ni selamat untuk kita guna dlm jangka masa yang panjang?kerana kandungan glutatione 650k..

zairatul hasni berkata...

Salam dik farid. Akak nak tanya akak pernah operated cyst. Bolehkah akak ambil supplenent gluthatione untuk menghilangjan jeragat dimuka?

zairatul hasni berkata...

Salam dik farid. Akak nak tanya akak pernah operated cyst. Bolehkah akak ambil supplenent gluthatione untuk menghilangjan jeragat dimuka?

zairatul hasni berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Caliph of ALLAH berkata...

Assalamualaikum doktor..sy nak tanya..umur berapakah yg sesuai untuk mengambil supplemen kolagen? Dekat msia skrg ni byk produk2 kolagen. Antaranya BVRC. Boleh doktor berikan pandangan tentang produk tersebut?Terima Kasih.. looking forward for your feedback soon.

Shaziana Shariff berkata...

Assalammualaikum doctor.btlke guta ni xsesuai untuk yg planing nak preggy?

Shaziana Shariff berkata...

Assalammualaikum doctor.btlke guta ni xsesuai untuk yg planing nak preggy?

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi kepada saudari Nor Azah Nor Aziz, pada padangan saya, adalah lebih baik saudari menghentikan sebentar pengambilan suntika Glutathione dan berjumpa dengan pakar kulit bagi mendapatkan pandangan profesional mereka. Terima kasih.

Wasalam dan hi kepada saudari Farhanah Basar, berkenaan soalan anda, ini pandangan saya. Saya melihat, Glutacaps merupakan sejenis produk supplement yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ). Ini bermaksud, produk tersebut selamat diambil oleh pengguna. Namun begitu, supplement sama sepeti ubatan moden yang memerlukan penjagaan rapi dalam proses perngambilannya. Ini termasuk mengikuti segala saranan pengambilan serta jangan mengambil melebihi dos yang disarankan. Untuk jangka masa panjang, Glutathione adalah selamat diambil oleh individu sihat dan normal kerana ia diklasifikasikan sebagai Generally Recognized As Safe ( GRAS ). Berkenaan dengan produk Shaklee, ia sama seperti produk supplement lain, namun ia bergantung kepada penerimaan individu dalam mendapatkan pilihan produk yang terbaik untuk diri mereka. Terima kasih

Wasalamd an hi kepada saudari Afifah Iskandar, saya kurang jelas dengan produk tersebut kerana Glutathine tidak memiliki saranan dos maksimum harian walaupun ada pakar kecantikan yang bertauliah memberikan suntikan Glutathione sehingga 3000mg namun ia hanya diulang suntik setelah beberapa bulan atau setelah kesan pencerahan menjadi pudar atau mana-mana terdahulu. Terima kasih.

Wasalam dan hi kepada saudari Zairatul Hasni, seperti yang saya jelaskan dalam komen terdahulu, saya TIDAK MENGGALAKKAN pengambilan Glutathione kpada individu yang memiliki cyst atau telah menjalani pembedahan. Ini kerana sehingga kini, tidak terdapat sebarang kajian saintifik terhadap kesan masa panjang Glutathione terhadap kes sedemikian. Terima kasih.

Wasalam dan hi kepada saudari Caliph of Allah, berkenaan dengan soalan anda, saya secara jujur tidak mengetahui secara lanjut tentang produk tersebut. Terima kasih

Wasalam dan hi kepada saudari Shaziana Shariff , seperti yang saya jelaskan dalam komen terdahulu, saya TIDAK MENGGALAKKAN pengambilan Glutathione kepada wanita hamil, merancang untuk hamil dan sedang hamil. Ini kerana, sehingga kini, TIDAK terdapat sebarang kajian saintifik kesan jangka masa panjang pendedahan Glutathione terhadap golongan ini. Terima kasih.

Fea Azlan berkata...

Assalamualaikum fariqh. Saye masih dlm pantang and baby saye masih menyusu ( fully bf) adakah selamat utk saye consume l-glutha plus daripada product vitahealth?

Product ini mengandungi (p/serving):
L-glutha 100mg
L-cysteine 100mg
Astaxanthin 1mg
ALA 25mg
Grape seed extract 25mg
Vit c 125mg
Zinc 2.5mg

Dan bilakah mase yg sesuai utk saye consume product ini? Adakah selepas baby saye berumur 6 bulan ataupun ianya selamat utk saye consume skrg? Minx pencerahan dan appreciate if Fariqh bley email kan jawapan die email address saye ctfauziah.azlan@gmail.com

Farhanah Basar berkata...

assalamualaikum fariqh.saya nk tnya kenapa susu antara mknn pantang semasa ambil glutathione??tetapi yogurt tidak..mohon penjelasan..trima kasih.

Farhanah Basar berkata...

mana yg lagi digalakkan utk ambil..glutacacaps yg ada glutathione atau supplement vitamin c utk mndapatkan kulit yang cerah dan sihat.

Farhanah Basar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Norlilam Amir berkata...

Asslm fariqh..sy adalah pengidap hyperthyroid selama 2 thn, dri larang sy makan minyak ikan,apa2 product dri sumber laut yg ada iodin dan collagen, sy nak cuba makan glutathione dan Astaxanthin sebab kulit sy jadi kering sgt2 sekarang walaupun sy dah cuba mkn vit c n d3, sy takut nk mkn mcm2 supplements sebab sy mkn ubat hospital, jadi rasanya boleh ke sy mkn glutathione dan Astaxanthin untuk pulihkan balik kulit sy ni? Sebab kalau sy tanya doctor di sini diorg tak benarkan sy mkn benda2 mcm tu yg diorg akan ckp lebih baik fikirkan kesihatan sy ni dari fikirkan yang tak penting. Buat pengetahuam fariqh sy menetap di Australia dan xmudah sy nak dpt beli satu benda tu tanpa nasihat doktor atau farmasi..

Tanpa Nama berkata...

Maaf saya menganggu..saya seorang perempuan berumur lingkungan remaja ..saya nak tanya apa beza pure l glutathione and glutathione ? And also kalau ambil glutathione and vitamin , boleh ada ke effect pencerahan untuk skin and agaknya sampai 2-3 bulan ke kesan dapat dilihat?maaf tanya

muhsin berkata...

Assalamualaikum saudara Fariqh. Saya berminat untuk tahu lebih lanjut tentang glutathione ini. Boleh ke kalau saya berhubung dengan saudara melalui email? Kerana saya ingin buat kajian.

Kalau tidak keberatan, boleh ke saudara nyatakan email saudara di sini.

Tanpa Nama berkata...

Salam

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum admin...
Umur sy 31
Berkulit gelap (keturunan)
Bolehkah suplimen pemutih di pasaran cerahkan kulit sy?

gha berkata...

assalamualaikum..
mohon pndangan dari admin utk supplement yg perlu saya ambil utk cerahkan dan cantikkan kulit serta utk kesihatan tubuh badan. saya ade dua pilihan spt di bawah:

1) 'multivitamin+mineral' + fish oil + buffered vit c + marine q10 plus

atau

2) 'multivitamin+mineral'(blckmores)+ fish oil(blackmores)+ vit c buffered(blackmores) + esca glutathione (vitahealth)

mohon pandangan dr admin...yg mana terbaik utk saya pilih dan adakah ia akan bebankan sistem tubuh badan saya..

tq..

Aety TIMsy berkata...

Assalamualaikum fariqh...

Sy ade sdikit kemusykilan berkenaan grape seed. Sy disarankan oleh dktr utk ambil supplement ni kerana mslh kulit. Disarankan utk ambil grape seed 15000 produk jenama HerbsOfGold. Namun, menjadi persoalan kpd sy adakah akn memberi kesan bg yg mengalami gastrik, alahan atau yg mengalami mslh drh? Dan.. adakah memberi kesan penipisan saluran darah atau lapisan perut?

Saya berharap saudara dpt memberi pandangan saudara. Jika tidak keberatan , bole saudara reply ke emel saya atimaks@gmail.com? Dikhuatiri terlepas pandang jika saudara membalas komen ini. ��

Terima kasih utk sharing info yg berguna ;)

Tanpa Nama berkata...

Hye admin. Sy nk tny. Lepas inject vitamin then sy termakan sambal nasi lemak yg ada sedikit seafood. Adakah ia akan merosakkan vitamin yg sy inject?

rafidah abd aziz berkata...

Berkenaan soalan fea azlan..boleh bg jawapan juga pada saya..sbb sy pun brminat dgn vita health l-glutathione plus..adakah boleh diamalkn wanita dlm pantang or sedang merancang kehamilan

cik Jaja berkata...

Gluthatione ada kesan buruk kan..��