Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 5 April 2013

Astaxanthin : Ketahanan Terhebat Alam Semulajadi


Haematococcus Pluvialis

Assalamaulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca setia blog saya. Bagaimana hari anda,semakin ceria atau tidak ? Jangan tertekan dan nikmati hari anda dengan tenang dan penuh senyuman. Baiklah, hari ini saya ingin menulis satu entri berkaitan kebaikan antioksida yang cukup popular dan agak hangat diperkatakan terutama di negara Barat, Astaxanthin. Pada sesiapa yang telah membaca pos saya yang terdahulu, pasti akan sedar terdapat satu pos berkaitan dengan antioksida hebat ini. Dan anda pasti tertanya-tanya, mengapa saya perlu mengutarakan satu lagi pos berkaitan tentang antioksida ini ? In kerana, dalam kebanyakan entri blog saya, pos Astaxanthin yang mendapat peratusan peningkatan tertinggi dalam bahan carian di blog saya. Secara purata ia dibaca hampir setiap hari dan kata kunci yang sering dimasukkan oleh pembaca ialah berkaitan dengan kebaikan Astaxanthin. Di dalam entri yang lepas saya ada menghuraikan serba sedikit berkaitan dengan manfaat Astaxanthin, namun masih ada antara fakta-fakta dan informasi penuh yang tidak disentuh oleh saya. Oleh yang demikian, kali ini saya akan menghuraikan seberapa banyak fakta, manfaat serta kebaikan Astaxanthin terhadap kesihatan.

Secara umum, Astaxanthin merupakan sejenis pigmen merah yang dihasilkan secara semula jadi oleh sejenis mikro alga unik bernama Haematococcus Pluvialis. Alga ini banyak didapati secara meluas di kebaanyakan negara yang mempunyai lautan dalam terutama Lautan Pasifik dan hidup sekurang-kurangnya 5000 kaki di bawah paras air laut. Antara negara yang kaya dengan sumber alam ini ialah di Kepulauan Hawaii, Kanada, Jepun dan sepanjang pantai negara persisir Lautan Pasifik. Namun, alga di Kepulauan Hawaii merupakan yang terbaik di dunia kerana ia hidup subur memandangkan ia mendapat nutrien, suhu dan persekitaran yang sempurna memandangkan Kepulauan Hawaii terdiri daripada gugusan kepulauan gunung berapi berusia jutaan tahun yang kaya dengan mineral dan galian semula jadi.

Walaupun alga ini bewarna hijau, seperti kebanyakan alga lain, namun ia sebenarnya akan bertukar warna kepada merah sekiranya persekitarannya terancam sama ada tekanan persekitaran, suhu, pancaran UV yang berlebihan dan sebagainya. Ia sebenarnya berpunca daripada mekanisma terakhir alga ini sendiri yang mengeluarkan sejenis pigmen atau pewarna semulajadi yang digelar Astaxanthin. Percaya atau tidak, sekiranya Astaxanthin memenuhi setiap penjuru alga ini, alga ini mampu hidup selama 40 TAHUN  tanpa makanan, tekanan suhu yang tinggi dan rendah, pancaran UV yang berlebihan dan sebagainya. Ini menjadikan Astaxanthin sangat berkuasa malah ia digelar Mother of Nature's Antioxidant dan King of Caretenoid, World's Strongest Antioxidant dan sebagainya.




Ikuti temubual bersama Dr. Mercola berkaitan manfaat Astaxanthin


Astaxanthin merupakan sejenis pigmen merah yang berada dalam kumpulan famili Vitamin A yang besar bergelar Caretenoid. Ia tergolong dalam kelas phytokimia Tepenes di mana ia majortinya di dalam kumpulan Xanthophyll. Ia merupakan sejenis pigmen kuning-oren-kemerahan yang wujud secara semula jadi di muka Bumi. Haematococcus Pluvialis menjadi diet harian beberapa jenis unggas dan hidupan marin seperti flamingo, ketam laut, udang laut ( lobster ), krill ( sejenis udang laut dalam ), dan ikan salmon. Ini menjelaskan mengapa flamingo mendapat warna bulu merah jambu yang sangat cantik sedangkan anak-anak flamingo lahir dengan waran putih-kelabu-kehitaman !!! Ini juga menjelaskan mengapa lobster dan ketam bewarna merah dan daging ikan salmon bewarna merah-oren !!!


Namun, fakta yang paling menarik perhatian saya ialah, daya ketahanan Astaxanthin sebagai perlindung semula jadi hidupan-hidupan ini. Mengapa ?


Pernahkah anda terfikir bahawa mengapa lobster dan ketam mampu hidup di lautan dalam dan tahan tekanan laut dalam sedangkan cengkerang kulitnya amat rapuh sekali ?


Lobster

Pernahkan anda terfikir mengapa flaminggo kadang-kadang bewarna putih dan boleh bertukar kepada warna merah jambu di sesetengah tempat ?



Flamingo 

Pernahkan anda terfikir bagaimana ikan salmon mampu merentas arus deras sungai selama 7 hari tanpa    henti ?


Salmon 

4) Dan pernahkan anda terfikir bahawa mengapa isi ikan salmon dan lobster begitu enak sehingga amat  mahal untuk dibeli di pasaraya ?


Isi ikan salmon yang bewarna oren


Pasti anda semua tertanya-tanya ? Mengapa ini terjadi. Jawapannya sangat mudah. Iaitu Astaxanthin.

Astaxanthin memaparkan salah satu daripada ketahanan semula jadi alam terhebat pernah diketahui manusia. Astaxanthin sangat unik kerana strukturnya sendiri yang sangat unik. Ia mempunyai lebih kumpulan hidroksil untuk menagkis serangan radikal bebas dan struktur lebih panjang sehingga mampu mengapai lapisan atas kulit ( epidermis ) dan lapisan bawah kulit ( dermis ). ia juga mampu mengapai lapisan luar dan dalam sel yang dikenali sebagai cell membrane dan menjelaskan mengapa ia mampu kekal di dalam setiap sel dan memegang struktur sel daripa musnah daripada serangan radikal bebas.


Keupayaan Astaxanthin mengapai lapisan luar dan dalam sel


Terdapat lebih daripada 2000 kajian yang menyokong tentang manfaat Astaxanthin terhadap kesihatan manusia dan ia terus dikaji oleh para saintis, pengamal perubatan, ahli farmasi dan sebagainya. Antara kebaikan dan manfaat Astaxanthin ialah :

Mampu merentasi rintangan darah otak ( Blood Brain Barrier ) dengan mudah. Ini memberikan harapan baru kepada pesakit Parkinson dan Alzheimer untuk sembuh atau mengurangkan simptom penyakit secara berperingkat. Perlu diingatkan bahawa, sehingga kini, Astaxanthin merupakan satu-satunya Caretenoid yang mampu melintasi BBB tanpa apa-apa halangan. Tidak ada satu pun Caretenoid lain seperti Zeaxanthin, Lutein dan Lycopene yang mampu berbuat demikian.


Perlindungan sel otak dan saraf yang menyeluruh 


Mampu merentasi rintangan darah mata ( Blood Retinal Barrier ). Seperti Zeaxanthin dan Lycopene, ia juga mampu melintasi BRB, namun kajian menunjukkan bahawa kuasa perlindungan yang diberikan oleh Astaxanthin lebih tinggi dan ini memeranjatakan penyelidik. Satu kajian makmal menunjukkan bahawa pengambilan 100 mg Astaxanthin terhadap tikus makmal mendapati bahawa tikus tersebut memiliki penglihatan yang lebih tajam kerana terkumpul di kawasan anak mata. Walaupun tidak dapat dipastikan mengapa ini terjadi, namun kajian tersebut berjaya membuktikan bahawa dos sehingga 100 mg sehari adalah selamat. Kajian lain juga menunjukkan bahawa Astaxanthin mampu mengurangkan risiko katarak, glukoma, kemerosotan otot mata, diabetis retinopati dan banyak lagi. Ini amat sesuai kepada penghidap diabetis kerana hampir separuh daripada penghidap diabetis akan menghidapi masalah penglihatan dan boleh buta kerana kebocoran kapilari darah di mata. Ini terjadi apabila kandungan gula yang tinggi dalam darah akan menghimpit salur darah kecil ( kapilari ) dan seterusnya mengakibatkan kebocoran yang boleh menjadi serius. Akibatnya, mata akan kekurangan nutrien dan potensi buta boleh berlaku. Berbeza dengan Astaxanthin, ia didapati boleh mengedap kebocoran dengan bertindak menjadikan salur darah lebih lentur tetapi pada masa yang sama kuat dan teguh. Selain itu, Ia juga bertindak sebagai penampan sinaran UV yang terunggul. Maka, amat sesuai kepada sesiapa yang menghidapi masalah mata seperti mata berair, gatal, sensitif cahaya dan sebagainya.


Penglihatan yang lebih tajam


Sebagai anti-keradangan terunggul !!! Mengapa ? Setiap kali kita menghidapi sakit kepala, pening, sakit lutu, sengal-sengal badan dan otot, lenguh dan sebagainya, kita sering mengambil ubat penahan sakit seperti Paracetamol ( Panadol ), Aspirin, Tramadol, Celecoxib ( Celebrex ) dan sebagainya. Tetapi tahukah anda bahawa pengambilan ubat-ubatan tahan sakit sebenarnya tidak mengubat kesakitan, tetapi cuma MENGHALANG sakit daripada berterusan ? Inilah yang menjadi persoalan kebanyakan pengamal perubatan kerana bukan mudah untuk mereka memberi ubat penahan sakit yang diminta oleh pesakit kerana sesetengah mereka sedar akan keburukan dan kesan sampingan untuk tempoh masa panjang kerana mekanisma ubat penahan sakit adalah hanya untuk menghalang kesakitan dan bukan menyembuhkan !!! 

Secara umum, terdapat dua kelas ubat penahan sakit iaitu COX-1 Inhibitor dan Selective COX-2 Inhibitor. Di dalam disiplin farmakologi, COX-1 dan COX-2 memainkan peranan yang penting dalam menormalkan kitaran badan sekiranya inflamasi atau keradangan yang terjadi. COX-1 dan COX-2 merupakan sejenis enzim yang terhasil secara semula jadi sekiranya inflamasi berlaku. Kedua-dua jenis enzim ini juga dikenali sebagai prostaglandin di mana ia juga berfungsi dalam memberi manfaat kepada sesetengah tempat di dalam tubuh badan manusia. Antaranya, menampan asid perut daripada merosakkan dinding perut, menormalkan kitaran sodium di dalam darah, membantu mengawal tekanan darah terutama di buah pinggang dan agen pembantu mengawal jantung yang kekal sihat. Namun, apabila kesakitan atau inflamasi berlaku, kita sering mengambil ubat penahan sakit untuk melegakan kesakitan yang dialami. Tetapi, tahukah anda, setiap kali anda mengambil ubat penahan sakit, anda sebenarnya bukan mengubati kesakitan tetapi menambah kesakitan lain di dalam badan ? Mengapa ? Ini kerana apabila COX-1 dan COX-2 direncatkan oleh ubat-ubat tersebut, ia akan menyebabkan fungsi normal enzim ini turut terganggu. Maka, ini menimbulkan kesakitan lain seperti ulser perut di mana, apabila enzin ini terganggu, ia tidak mampu melindungi dinding perut daripada asid perut, maka, asid perut akan menghakis dinding perut seterusnya mengakibatkan ulser dan di dalam kes yang jarang berlaku,  ada di antara pesakit mengalami kebocoran perut yang serius kerana ubat ini telah menghentikan sama sekali pengeluaran enzim COX-1 dan COX-2 !!!



Celebrex ( Celecoxib ), ubat penahan sakit yang popular digunakan di USA 
walaupun harganya agak mahal


Walaupun sesetengah ubat penahan sakit kini lebih tertumpu kepada jenis COX-2 yang diyakini kurang kesan sampingan, namun ia tetap menjadi persoalan keselamatan terhadap pengguna di mana, pernah terjadi satu kes di mana beberapa jenis ubat penahan sakit seperti Rofecoxib yang menyebabkan pesakit mengalami serangan jantung dan strok !!! Ia bagaimanapun telah ditarik balik dan diharamkan di pasaran dunia, tetapi jenis-jenis COX-2 yang lain masih menjadi menjadi persoalan keselamatan namun dianggap 'selamat' memandangkan kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan manusia masih lagi samar. Oleh yang demikian, pasti antara kita mula sedar bahawa mengapa sesetengah orang mengalami ulcer, sakit dada mahupun kadang-kadang kelihatan lebih tua daripada usia mereka. Inilah jawapan kepada persoalan ini dan apakah alternatif rawatannya ? Sangat mudah, Astaxanthin.

Kajian menunjukkan bahawa Astaxanthin mengurangkan kesakitan dengan mengahalang COX-1 dan    COX-2 daripada terhasil tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan.Walaupun penyelidik tidak menemui jawapan mengapa ia mampu menghalang pengeluaran enzim ini tanpa mengakibatkan kesan sampingan yang serius, tetapi mereka memberi teori bahawa kemungkinan ia adalah disebabkan oleh kuasa antioksidanya yang kuat dan penggunaan Astaxanthin sebagai peganti ubat penahan sakit disokong oleh beberapa orang pengamal perubatan seperti Suzy Cohen, seorang ahli faramsi yang mendapat gelaran 'The American Most Trusted Pharmacist'. Beliau menyatakan pendapat secara peribadi bahawa kuasa anti keradangan dan anti inflamasi Astaxanthin adalah setaraf dengan Celecoxib ( Celebrax ), walaupun ia tidak sepantas kesan Celecoxib tetapi ia mampu memberi kesan kelegaan yang sama dengan ubat ini cuma lambat sedikit

Suzy Cohen membincangkan kesan anti inflmasi Astaxanthin 


Selain itu, Astaxanthin juga mampu meningkatkan tenaga dan stamina atlet dan sesiapa yang bersukan secara kerap. Terdapat satu kesalahan umum yang sering dilakukan oleh atlet atau pengamal sukan di mana mereka tidak mendapatkan pelindungan antioksida sebelum dan selepas bersukan. Ini disebabkan setiap kali kita mengerah tenaga untuk bersukan, radikal bebas akan terhasil secara rawak di beberapa tempat di dalam badan kerana dipercayai bahawa pemecahan lemak kepada tenaga dan pembinaan otot badan melalui beberapa mekamisma fisologi badan bukan sahaja menghasilkan kesan positif seperti otot yang tegap dan mantap, dan juga badan yang kurang lemak, namun ia juga menghasilkan tekanan oksidasi. Tekanan oksidasi ini yang akan menghasilkan radikal bebas dan untuk itu ia akan bertindak dengan oksigen di dalam badan untuk kembali stabil. Namun, parah yang menanti, oksigen yang teroksida akan kembali menjadi radikal bebas dan ia akan terus bertindak balas dengan rantaian oksigen lain di dalam badan dan juga sel. Ini menjadikan sel-sel badan cepat tua dan rantaian ini akan terus berlaku sehingga kesemua kesemua radikal bebas itu kembali stabil. Di dalam sesetengah kes, ia mampu bertukar kepada bentuk yang paling 'ganas' yang dikenali sebagai singlet oxygen.


Astaxanthin membendung asid laktik daripada mengurangkan 
stamina atlet ketika bersukan


Kajian menunjukkan bahawa, pengambilan Astaxanthin dalam mengurangkan kesan radikal bebas adalah sangat positif. Ia mampu mengurangkan asid laktik ketika bersukan. Asid laktik merupakan penanda aras terhadap stamina seseorang dimana apabila asi laktik terjadi, kita akan berasa seperti 'panas badan'. Ini disebabkan oleh pembakaran lemak dan penghasilan tenaga selepas bersukan. Ia juga merupakan penanda aras bahawa stamina badan sudah sampai ke tahap yang maksimun. Tetapi pengambilan Astaxanthin didapati dapat mengurangkan pengahasilan asid laktik dan ini dapat memacu tenaga badan dan stamina ke tahap yang tinggi. Ini amat memeranjatkan penyelidik kerana ia bukan sahaja bertindak sebagai pemangkin radikal bebas, namun sebagai pemacu tenaga dan stamin badan yang sangat unggul. Sebuah kajian yang dilakukan dilakukan di Sweden mendapati, sekumpulan lelaki sihat yang diberi 6 mg Astaxanthin selama 6 bulan menunjukkan peningkatan senaman lutut secara drastik. Ini membuka harapan baru kepada atlet dalam meningkatkan tahap tenaga dan stamina ketika bersukan. Berbeza dengan pengambilan steroid yang sangat berbahaya dan diharamkan sama sekali, Astaxanthin lebih sempurna, selamat dan semestinya semula jadi untuk diambil.


                                 
                                Membantu mengurangkan tekanan oksidasi gula 


Selain itu, kajian lain menunjukkan bahawa Astaxanthin mampu mengurangkan dan mencegah Diabetis Jenis 2 dimana di dalam kes ini, pesakit mengalami kekebalan insulin tanpa diketahui puncanya. Dianggarkan terdapat hampir 6 juta penghidap diabetes di Malaysia dan jumlah ini terus meningkat saban tahun. Walaupun terdapat ubat untuk merawat penyakit ini, namun perlu diingatkan bahawaa ia hanya sekadar membantu mengurangkan kandungan gula di dalam darah tetapi tidak menyembuhkan penyakit. Ini yang menjadi buah fikiran dan ingatan semua orang apabila bercakap mengenai diabetes, mereka beranggapan bahawa ubat merawat kecing manis membantu menyembuhkan penyakit mereka tetapi tanggapan ini salah sama sekali. Anda perlu sedar bahawa ubat diebetes yang terdapat di pasaran dan hospital seluruh negara adalah masih lagi diperingkat awal ujian jangka masa panjang terhadap kesihatan manusia dalam mengurangkan kekebalan insulin di dalam badan. Ubat diabetes yang popular seperti Metformin didapati hanya membantu mengurangkan 31% kekebalan insulin dan sekiranya rawatan ini tidak berjaya, doktor akan menukar regim atau protokol rawatan seperti meberi ubatan lain seperti Acarbos, Glucovance dan sekiranya masih lagi tidak berjaya, rawatan suntikan insulin menjadi pilihan terakhir. Antaranya, suntikan Mixtard, Actrapid, Insulatard, Humulin dan Novopen digunakan bergantung kepada tahap penyakit, umur dan lain-lain maklumat berkaitan penyakit dan pesakit. Kekebalan insulin ini menjadi tanda tanya kerana sehingga kini tidak terdapat satu pun jawapan yang kukuh mengapa ia terjadi dan apabila insulin tidak digunakan, badan akan memberi isyarat memerlukan insulin untuk mencernakan gula dalam darah. Oleh itu, pankreas akan menghasilkan lebih insulin sehingga pada satu tahap, ia tidak akan mampu menghasilkan insulin dan pada keadaan yang serius, pankreas akan rosak dan tidak berfungis lagi.




Astaxanthin mengawal kesan toksik gula darah


Oleh yang demikian, dalam mencari penawar kepada masalah ini, satu kajian dilakukan terhadap penghasilan  insulin badan tanpa meberi kerosakan kepada pakreas, malah membantu untuk melindungi pankreas telah dijalankan. Didapati bahawa Astaxanthin menembus jauh ke dalam pankreas dan membantu melindungi Beta-cell daripada musnah. Dengan keupayaan kuasa antioksidanya, didapati ia bukan sahaja melindungi Beta-cell dan pankreas malah membantu Beta-cell menghasilkan lebih insulin dan pada masa yang sama, mengurangkan kekebalan insulin di dalam badan. Penemuan ini membuka mata penyelidik untuk terus mengkaji dan menemui penawar diabetes memandangkan kajian ini masih di peringkat awal tetapi rata-rata penghidap diabetes yang telah mengambil suplemen Astaxanthin selama 3-6 bulan mendapati bahawa paras glukosa darah mereka menurun.



Kuasa alam untuk kulit kekal muda


Namun, didalam banyak kajian dan respon positif para penyelidik dan pengguna tetap Astaxanthin, terdapat satu manfaat yang paling diketahui ramai terhadap pengambilan Astaxanthin. Ia berkaitan dengan kulit dan bagaimana antioksida ini bertindak di segenap penjuru kulit sama ada di luar mahupun di dalam lapisan kulit. Terdapat beratus kajian yang menunjukkan bahawa antioksida ini melindungi kulit daripada kerosakan semula jadi mahupun buatan alam. Ia beritndak sebagai agen anti-penuaan, anti kedut, memberi perlindungan selar matahari UVA dan UVB secara dalam badan, meningkatkan kelicinan kulit, meningkatkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih anjal. Kajian 1998 menunjukkan bahawa Astaxanthin sangat berkuasa menampan pancaran UVA terhadap kulit iaitu 100-200 kali lebih kuat berbanding lain-lain Beta-Carotene !!! Di dalam kajian lain yang dilakukan oleh saintis Jepun mendapati bahawa Astaxanthin dapat mengurangkan kedutan di wajah dalam tempoh 6 minggu sahaja !!! Tetapi, hasil kajian juga mendapati bukan kedutan sahaja yang kurang, lebih tepat lagi kekeringan kulit, kelembapan kulit kekasaran kulit dan tahap keanjalan kulit meningkat hampir 60% dalam tempoh kajian ini dilakukan !!!



Astaxanthin mengurangkan kedtan kulit dalam hanya 6 minggu 


Lebih mengejutkan, Astaxanthin dapat memegang kolagen kulit daripada terurai dan ia kekal terkumpul di dalam lapisan kulit untuk meberi perlindungan kepada kulit. Selain itu, berbekalkan kuasa antioksidanya, ia didapati dapat mengurangkan masalah berkaitan kulit seperti ekzema, psiorosis, jerawat dan alahan teruk termasuk sinus, resdung dan sebagainya. Pernah dilaporkan kes bahawa Astaxanthin menyembuhkan terus penyakit ekzema dan psiorosis. Ini dipercayai disebabkan oleh kuasa antioksidanya yang mengawalatur semula mekanisma dan fisologi badan yang terganggu akibat sebab-sebab yang tidak dipastikan terutama penyakit degenerasi sel seperti ekzema, psiorosis, rheumatoid arthritis dan sebagainya.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa antioksida ini mampu memberi perlindungan yang sangat menyeluruh ke seluruh penjuru badan bermula daripada hujung rambut ke hujung kaki. Berikut adalah antara manfaat lain Astaxanthin yang saya sendiri tidak mampu menulis di entri ini kerana kajian dan penerangannya amat panjang untuk dihuraikan :

1) Membantu mengurangkan penyakit jantung. Dipercayai Astaxanthin temendap di otot jantung untuk meningkatkan kadar pengambilan darah dan pada masa yang sama melindungi diostol dan sistol tekanan darah dan jantung.

2) Mengawal atur tekanan darah dengan mengurangkan tekanan oksidasi di salur darah dan menjadikan salur darah lebih lentur, fleksibal, kuat, teguh dan anjal.

3) Membantu membunuh sel kanser pada peringkat awal

4) Meningkatkan kualiti sperma dan tenaga seks ( libido )

5) Meningkatkan imunisasi tubuh agar kebal penyakit ringat seperti selesema dan batuk, demam dan pening.

6) Melindungi sel hati dan membantu hati berfungsi lebih baik dalam proses detoksifikasi badan. Sebuah kajian menunjukkan bahawa pengambilan 100 mg Astaxanthin dapat menebus jauh ke dalam sel hati dan membantu hati meningkatkan proses detoksifikasi, juga membantu mengahsilkan sel hati yang baru.

7) Lebih berkuasa daripada semua jenis antioksidan yang wujud di muka Bumi ini malah sehingga melebihi kuasa Vitamin C yakni 6000 kali lebih kuat !!!

Dari sudut kimia, apakah yang menjadikan antioksida ini sangat berkuasa sehingga melebihi antioksida lain ?

Terdapat empat jawapan yang menjadi tumpuan saintis iaitu :

1) Satu-satunya antioksida di dalam kumpulan Caretenoid yang tidak akan bertukar menjadi pro-oksidan iaitu kecenderungan menjadi radikal bebas setelah berinteraksi dengan radikal bebas.



Tidak menjadi pro-oksidan


2) Mampu melakukan lebih banyak manfaat berbanding lain-lain Caretenoid 


Manfaat Astaxanthin melebihi lain-lain Carotenoid


3) Kuasa penangkis radikal bebas tertinggi bagi ketegori singlet oxygen


Perbandingan Astaxanthin terhadap kuasa pemusnah 
singlet oxygen dengan antioksida lain


4) Kuasa antioksidan tertinggi bagi semua jenis antioksidan yang wujud 



Perbandingan Astaxanthin terhadap antioksidan lain 


Setelah membaca kesemua fakta-fakta ini, adakah anda bersedia untuk mendapatkan Astaxanthin pertama anda hari ini ? Apakah jenama yang harus dipercayai ? Terdapat dua jenis jenama yang saya percaya iaitu pertama, BioAstin Hawaii Nutrex dan AstaPycnogenol. Memandangkan BioAstin Hawaii Nutrex  menjadi produk Astaxanthin  No. 1 di Amerika Utara dan ini diamalkan sendiri oleh ahli farmasi terkenal Amerika, Suzy Cohen. 


BioAstin Hawaii Nutrex dianggap antara sumber Astaxanthin komersial terbersih, berkualiti, tulen, semula jadi dan selamat kerana ia diternak di kawasan perairan pasifik di Kepualaun Hawaii. Menjadikannya salah satu daripada sumber Astaxanthin terbaik di dunia yang mendapat sumber alam semula jadi terunggul. Kualiti air laut dan lain-lain sumber persekitarannya dijaga dengan rapi untuk menghasilkan Astaxanthin yang bermutu dan bebas pencemaran 


Kolam ternakan semula jadi Astaxanthin 


Namun, dukutacitanya, produk ini tidak terdapat di pasaran Malaysia dan  hanya boleh dibeli melalui laman web online Amazon.com. Oleh yang demikian, saya memilih jenama kedua yang dipasarkan sendiri oleh syarikat Malaysia, Cosway. Ia adalah AstaPycnogenol. Gabungan dua jenis antioksida Astaxanthin dan Pycnogenol menjadikan produk ini pilihan nombor satu saya kerana dos Astaxanthin yang terdapat dalam setiap kapsul produk ini sangat tinggi iaitu 100 mg, malah tertinggi di pasaran negara ini. Dos ini selamat diambil walaupun kajian menunjukkan bahawa bahawa 100 mg Astaxanthin mampu bertahan dan terkumpul di dalam badan, kulit dan mata selama 4 hari !!! 

Oleh itu, apa yang anda tunggu lagi, sama-sama nikmati perubahan drastik daripada sumber alam yang terhebat ini. Bersama saya di enteri akan datang dan selamat berhujung minggu.


p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.




28 ulasan:

raida berkata...

Salam farigh...akak kurang faham artikel ini n nk tanya...adakah astaxanthin ini bahan mentah utama nya dr sumber haiwan atau tumbuh -tumbuhan...tq

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi kak, ingi saya perjelasakan di sini bahawa Astaxanthin merupakan sejenis PIGMEN ( pewarna ) semulajadi yang dihasilkan oleh sejenis alga yang digelar Haematococous Pluvialis. Ia dihasilkan secara semula jadi apabila keadaan persekitaran alga ini terancam. Maka pigmen ini akan dihasilkan oleh alga ini dan ia digelar Astaxanthin.

Astaxanthin bewarna kemerahan, maka tidak hairanlah alga ini kadang kala bewarna kemerahan. Namun, Astaxanthin bukan sahaja bewarna kemerahan namun ia membawa potensi anti radikal dan pertahanan yang lebih kita kenali sebagai antioksida. Ia sangat berkuasa kepada kesihatan manusia dan mampu melindungi segenap penjuru badan manusia daripada radikal bebas dan boleh membunuh sel kanser pada peringkat awal.

Berkaitan dengan soalan akak, Astaxanthin ini terdapat dua sumber, utama dan sampingan. Sumber utama ( bahan mentah ) Astaxanthin ialah alga ini. Manakala sumber sampingan ialah apa-apa haiwan yang memakan alga ini sebagai makanan mereka seperti flamingo, krill, salmon, lobster dan ketam laut. Disebabkan itu, haiwan-haiwan ini mendapat warna bulu dan kulit mereka seakan-akan merah, oren, dan merah kejambuan disebabkan Astaxanthin itu sendiri.Saya harap akak faham akan penjelasan saya ini. Jangan terkeliru dan sekiranya masih kurang jelas, sila bertanya saya akan menerangkan lebih lanjut. Terima kasih

Linda Zahirul berkata...

Hi Rx Fariqh,
akak suka baca ttg Astaxanthin... apatah lagi akak start amalkan collagen yg ada campuran Astaxanthin ni... akak nak minta izin kongsi info ni di fb & blog akak boleh ke?

Fariqh berkata...

Hi akak, terima kasih kerana sudi melawati blog saya dan saya teruja dengan minat akak terhadap Astaxanthin. Dengan pengambilan Astaxanthin beserta kolagen, kesan kemudaan lebih cepat terserlah. Sekiranya akak mahu berkongsi info di dalam blog saya ini, saya amat alu-alukan kerana blog ini didirikan untuk memberi kesedaran kepada semua terhadap kepentingan dan manfaat antioksida dalam kehidupan seharian. Segala usaha murni akak amat saya hargai dan terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat penting ni demi kesejahteraan bersama

Fariqh berkata...

Hi, sama-sama atas sokomgan anda. Nantikan entri terbaharu dalam masa terdekat ini. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

hi..blhkah ibu mnyusu ambil suplemen astaxanthin? sy jg ade alahan seafood..sesuai ke untk sy mkn suplemen asta ni

Fariqh berkata...

Hi, untuk ibu mengandung dan menyusu, kami TIDAK MENGGALAKKAN kerana sehingga kini, tidak terdapat sebarang kajian saintifik kesan terhadap ibu mengandung dan menyusukan anak berkaitan pengambilan Astaxanthin. Maka, kami sama sekali tidak MENYARANKAN ibu mengandung atau menyusukan anak mengambil supplement ini. Namun, sekiranya anak anda telah melepasi fasa penyusuan badan yakni anak anda telah berhenti menyusu badan, maka anda dibenarkan mengambilnya cuma memandangkan anda mengalami alahan terhadap seefood, digalakkan anda memilih ekstrak tulen Astaxanthin. Ekstrak tulen Astaxanthin adalah berasal daripada alga Haematococcus Pluvialis. Antara jenama yang saya percayai adalah AstaPycnogenol yang depasarkan oleh Cosway. Astaxanthin juga boleh didapati di dalam sumber marin lain termasuk kril dan ektrak salmon atau lobster. Namun, sumber sedemikian tidak digalakkan anda memilihnya kerana dikhuatiri akan menyebabkan masalah alahan. Antara jenama yang memasarkan Astaxanthin di bawah sumber krill adalah Bio-Life. Terima kasih

ummuhanan berkata...

Subhanallah bagusnya artikel. Lengkap..Terima kasih atas perkongsian.. Membantu sy dlm mencari maklumat berkaitan Astaxanthin..^_^

Fariqh berkata...

Hi, terima kasih atas sokongan anda.

Unknown berkata...

Assalammualaikum.

Tumpang tanye, awak buat research pasal astaxanthin? (:

AinRay berkata...

Salam.. Nk tanya waktu bila sesuai ambil astaxanthin ni; sblum/slps mkn, pagi/malam? Berminat sgt nk try lepas baca kelebihan dia yg bkn setakat kulit tapi hampir seluruh badan. Terima kasih kongsikn ilmu ni. :)

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, berkenaan kepada seoalan anda semua, kepada saudari Nuratika Hambal, saya tidak melakukan sebarang kajian terhadap Astaxanthin. Ia hanya berdasarkan kajian, jurnal perubatan dan artikel perubatan serta padangan beberapa pangamal perubatan holistik terkemuka dunia dalam mengiktiraf Astaxanthin sebagai salah sejenis antioksida terkuat pernah wujud di muka bumi.

Kepada saudari AinRay pula, terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih keran sudi melewati blog ini. Berkenaan dengan soalan anda, Astaxanthin digalakkan diambil selepas makan yakni samada selepas sarapan pagi atau selepas makan makan malam atau kedua-duanya sekali. Ia memerlukan bantuan makanan untuk diserap sepenuhnya terutama makanan berlemak dan berminyak memandangkan Astaxanthin adalah larut lemak. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

aslm..slps mkn tgari bole x... bole x diambil secara bersama dgn EPO dan minyak ikan...

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, ia SANGAT DIGALAKKAN kerana Evening Primerose Oil ( EPO ) dan Fish Oil memerlukan bantuan makanan untuk diserap. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

assalam saudara fariqh ..sy suka la baca blog ni info mmg padat dan mudah dipahami...dlu sy lgsung xbeminat n xambil taw psl vitamin /suplemen semulajadi n kesihatan..lps tgk blog ni secara xsengaja kt google (sy cari berkenaan masalah mata terjumpa pasal astaxanthin so terjebak ngn semua info dalam blog ni) tahniah dan terima kasih sy ucapkan pada saudara fariqh sbb kongsikan ilmu dan hasilkan blog yg penuh dgn info kesihatan ni. sy nk tnya boleh ke ambik astaphynogenol,epo,fish oil diambil dalam masa yang sama (ambik sekali gus).. mengganggu keberkesanannya x.risau juga membebankan sistem buah pinggang ke? boleh x syorkan cara makan yang sepatutnya untuk 3 suplemen tu..

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi kepada saudari, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini. Berkenaan dengan soalan anda, AstaPycnogenol, Evening Primerose Oil ( EPO ) dan Fish Oil boleh diambil pada masa yang masa. Anda bebas mengambilnya di waktu pagi atau tengah hari. Ia perlu diambil sejurus selepas makan kerana ia memerlukan bantuan makan untuk diserap. Makanan berlemak dan berminyak ( kuantiti yang kecil ) digalakkan diambil bersama untuk kadar penyerapa yang maksimum memandangkan antioksida ini adalah larut lemak. Saya tidak menggalakkan ianya diambil selepas makan malam terutama AstaPycnogenol kerana sesetengah individu akan berasa cergas selepas pengambilan memandangkan AstaPycnogenol meningkatkan proses janaan tenaga. Sehingga kini TIADA sebarang kajian mahupun bukti saintifik yang mendakwa antioksida ini semua membebankan ginjal. Ia malah membantu melindungi ginjal namun, pastikan anda tahu akan dos harian yang perlu diambil. AstaPycnogenol boleh diambil 1-2 kapsul sehari, EPO dan Fish Oil pula berbeza mengikut jenis bahan yang terkandung di dalamnya. Terima kasih

Unknown berkata...

Hai just nk share i pun pengamal astaxanthin.. setakat ni alhamdullilah.. berkesan lah untk saya tp saya dpt side effect mcm selera mkn saya jd bertambah sikit.
Mmg dia tmbh selera mkn kita ke?

Fariqh berkata...

Hi saudari Eka Ishak, berkenaan dengan soalan anda, sesetengah individu yang mengambil Astaxanthin akan merasai beberapa kesan sampingan positif termasukpenambahan selera makan. Ia adalah normal kerana Astaxanthin berupaya meningkatkan kadar metabolisma badan dan hati, sekaligus akan meningkatkan selera makan bagi sesetengah individu yang mengambilnya. Terima kasih.

SNHazwani berkata...

Tuan Fariqh,saya ada msg di facebook glutamax berkenaan order BioAstin Hawaiian Nutrex astaxanthin. Harap dapat respon ASAP. terima kasih.

Unknown berkata...

hari ni tv 3 melalui majalah 3 ade keluar pasal astazanthin ni.. dan usahawan tempatan bumiputera yg memmbuat nya.
nak tanya saudara ada jual astazanthin buatan malaysia

Unknown berkata...

bagus artikel ni, sy search pun sbb ada kluar di tv3 smlm...

Beautypedia berkata...

astaxanthin brand biolife pon dah ada sekarang..tapi rendah sikit la dosage die, 4mg je..selalu orang ambik 4 biji kapsul sehari, so 12mg dah ckup utk sehari :)


sy dapat harga murah dri psaran, confirm ori
email sy: beautypedia.contact@gmail.com

Fariqh berkata...

Hi kepada saudara Ar Rayyan, dukacita kami ingin maklumkan bahawa kami tidak menjual atau mengedar produk yang dinyatakan oleh pihak anda. Terima kasih

Hi kepada saudara Fahmi, terima kasih atas sokongan anda.

Tanpa Nama berkata...

Phyto Astaxanthin Plus Abyadh


Amount & Per saving & %Daily

L-glutamine -212mg 25.**%
L-cysteine -168mg 1*.**%
L-glutathione -250mg -47.00%
glycine -100mg 11.82%
isolated soy protein -50mg -5.91%
ascorbic acid -30mg -3.55%
rosehips acid -13mg -1.54%
alpha lipoic acid -10mg -1.18%
pine bark extract -10mg -1.18%
acerila cherry extract -10mg -1.18%
pomegranate extract -10mg -1.18%
vitamin c -50mg -5.91%
astaxanthin -100mg -11.82%
hyaluronic acid -150mg -27.00%


saya nak tanya, adakah dos dlm supplement ni tinggi ? kalau diamalkan ada kesan sampingan tak ?

Tanpa Nama berkata...

Salam. Boleh sy taw dos maximum yg kita boleh ambil astaxanthin ni untuk 1 hari berapa mg ya?

Unknown berkata...

Salam sy ada beli bio life astaxanthin 6mg .sblum sy beli sy sudah bertanya kepda famasi adakah suplement ni sesuai untuk ibu myusu .jwpanmya boleh dan saya baru start makan 1biji..blh bg penerangan ttg ni thank u

Jingga berkata...

Àssalamualaikum saudara.suka sya mmbaca dgn jelas penerangan anda.sya nk tahu jika amik astaxantin ni perlukah lagi amik vit lain..spt multivit,vit c,natrieo, myk2 sihat (olive,sacha inchi, habbatussawda,)mana satu patut join sma astaxantin .sya umur 53,nk jg sel ,salur drh,selalu sakit2 bdn .