Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 21 Mei 2013

Milk Thistle : Tonik Hati No. 1


Milk Thistle, anugerah alam paling mujarab untuk kesihatan hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca setia blog saya. Sudah lama saya tidak mengemaskini entri terbaharu saya kerana saya semenjak kebelakangan ini mendapat berpuluh soalan daripada pembaca di blog mahupun fan page kesihatan saya. Saya berasa bersyukur kerana ramai mula peka terhadap kepentingan antioksida dalam kehidupan seharian juga ada yang bertanya tentang cara pengambilan ubat-ubatan yang betul dan pantang larang yang harus dipatuhi semasa mengambil ubatan. Saya ucapkan terima kasih semua di atas sokongan tidak bebelah bahagi anda dan sama-samalah kita menjaga kesihatan yang optimum dengan mengamalkan pengambilan sumber alam yang menyimpan seribu satu rahsia dan membawa seribu satu rahsia terhadap kesihatan kita. Memandangkan banyak soalan yang dikemukan, ada juga yang ingin bertanya secara peribadi tentang produk-produk supplement dan kesihatan, juga ubat-ubatan, maka anda boleh berbuat demikian di Fan Page ini dan sila LIKE untuk mendapatkan update terbaharu setiap hari berkaitan topik kesihatan di wall Facebook anda. Baiklah, hari ini saya ingin mengetengahkan sebuah lagi topik kesihatan yang menjadi bualan ramai. Pada asalnya saya tidak mahu membicarakan topik ini secara umum kerana ia agak kompleks, namun ramai yang bertanya ketika saya mencadangkan kepada mereka untuk memulakan program detoks dengan mengambil bahan ini. Ia adalah Milk Thistle, sejenis herba yang mendapat jolokan Bunga Antidot ( Antidote Flower ) di beberapa negara Barat. 


Milk Thistle merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang meyerupai daisi. Ia banyak didapati di negara beriklim Mediterranean seperti Eropah. Walaupun ia sejenis tumbuhan berbunga yang agak renek namun khasiatnya terhadap kesihatan sangat meluas. Banyak kajian menunjukkan ia mengandungi Silymarin, sejenis flavonoid yang bertindak sebagai kimia organik yang bukan sahaja bertindak sebagai antidot kepada masalah keracunan cendawan dan mabuk teruk, tetapi ia juga memiliki kuasa antioksida yang sangat kuat terutama hati. Manfaatnya terhadap kesihatan dan perlindungan hati telah dikatalogkan selama 2000 tahun dan ia terus dikaji secara mendalam sehingga hari ini. Berikut adalah amalan yang menyumbangkan kepada masalah hati terbeban dan berkarat :

1) Pengambilan alkohol
2) Pengambilan Paracetamol ( Panadol ) secara banyak dan berterusa
3) Pengambilan antibiotik dan lain-lain ubat secara berpanjangan
4) Banyak mengambil makanan berlemak
5) Suka tidur lewat malam
6) Kurang minum air ( 3-6 liter sehari )
7) Banyak minum minuman berkafein ( Coke )
8) Banyak mengambil bahan berpengawet tinggi
9) Banyak mengambil makanan segera
10) Banyak mengambil makanan bergoreng 



Peringkat masalah hati



Silymarin yang terkandung di dalam Milk Thistle diekstrak daripada bijinya dan dianggarkan ia mengandungi 65-80% Silymarin ( secara kering ). Banyak kajain menunjukkan bahawa Silymarin sangat berguna untuk merawat masalah hati termasuklah sirosis hati, Hepatisis C dan pendetoks hati terunggul. Apa yang paling mengujakan saya ialah, Silymarin mampu membersihkan hati juga menghasilkan sel hati yang baru ! Tidak terhad di situ, sebuah kajian menunjukkan bahawa pengambilan Milk Thistle secara berterusan selama beberapa bulan dapat meningkatkan penghasilan Glutathione secara semula jadi ! 

Ini disebabkan, kuasa antioksida, perlindungan dan penyahtoksik yang dibawa oleh Silymarin di dalam Milk Thistle mampu merawat dan menjaga setiap sel hati untuk kekal sihat daripada sebarang penncemaran, Selain itu, Silymarin juga mampu menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan tahap kerintangan insulin terhadap gula di dalam badan. Disebabkan ini, saya menjadikan Milk Thistle sebagai pilihan No. 1 saya dalam memulakan proses detoks kerana manfaatnya yang jelas terhadap hati. Anda juga perlu ingat, setelah hati bersih, barulah penghasilan Glutathione mampu dijalankan secara efisien kerana hati yang terbeban menyebabkan masalah yang teruk kepada penghasilan Glutathione. Adakah anda menghidapi maslaah berikut :

1) Mata berair dan letih
2) Kulit yang mudah merengsa
3) Sakit bahagian belakang badan
4) Wajah kusan dan lesu
5) Kecenderungan untuk lebih tidur dan penat setelah menjamah makanan terutama selepas makan tengah hari
6) Kulit lebih mudah beruam
7) Masih berasa letih walaupun telah tidur 7-8 jam sehari 
8) Sengal-sengal 
9) Rambut mudah gugur
10) Mata atau bewarna kuning
11) Mudah berasa mengantuk
12) Cepat hilang tumpuan 
13 ) Perut membusung
14) Susah turun berat badan walaupun selepas berdiet

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, kemungkinan hati anda terbeban. Milk Thistle dapat membantu anda. Namun, ingin saya ingatkan bahawa pengambilan Milk Thistle dengan apa-apa jenis ubat adalah tidak digalakkan sama sekali memandangkan Milk Thistle mampu meningkatkan kesan metabolisma di dalam hati. Ini dikhuatiri akan menganggu kesan ubat terhadap badan samada menjadi negatif kepada badan. Oleh itu, saya sarankan anda jarakkan pengambilan 2-4 jam selepas mengambil Milk Thistle. Berkaitan dengan pemilihan produk, sila pastikan anda memilih kandungan aktif Silymarin di dalamnya adalah 70-80%. Bagaimanapun peratusan 80% adalah lebih baik dan pekat untuk kesan yang lebih optimum. Anda boleh memilih sebarang jenama Milk Thistle di farmasi, kedai kesihatan dan seumpama dengannya. Jadi, adakah anda tergolong di dalam masalah di atas ? Perlukan bantuan ? Milk Thistle adalah jawapannya !


p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.

13 ulasan:

ana berkata...

salam fariqh...bagaimana cara pengambilan terbaik utk milk thistle dan chlorella bagi tujuan detox? bolehkah diambil sekaligus atau perlu dijarakkan utk keberkesanan optimum?

terima kasih.

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, gabungan Milk Thistle dan Chlorella dalam mendetoks hati dan badan adalah gabungan terbaik. Chlorella harus diambil sejurus selepas bangun dari tidur pagi. ia harus diambil dalam kuantiti 5-10 biji sehari. Saya mencadangkan anda mengambil 5 biji di waktu pagi dan 5 biji sebelum tdur. Pengambilan di waktu pagi adalah sejurus selepas bangun dari tidur yakni semasa perut kosong. Kemudian, pengambilan 5 biji di waktu malam pula adalah 2-3 minit sebelum tidur. Namun, sila pastikan perut anda telah kosong 1-2 jam sebelum mengambilnya.

Bagi Milk Thistle pula, ia boleh diambil bersama Chlorella, namun sebelum menyentuh cara pengambilannya, saya mahu menjelaskan terlebih dahulu berkaitan pemilihan produk. Anda bebas memilih sebarang jenama, namun sila pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya 70-80% kandungan aktif Silymarin. Namun, peratusan 80% adalah yang tertinggi untuk kesan yang optimum. Ia harus diambil semasa perut kosong yakni sejurus selepas bangun dari tidur. Saya mencadangkan anda mengambil 2 biji di waktu pagi dan 2 biji di waktu malam, yakni 2-3 minit sebelum tidur. Regim detoks ini harus dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 bulan berturut-turut bagi mendapatkan kesan yang optimum. Pastikan juga anda meminum air kosong yang banyak bagi memudahkan proses detoks berjalan dengan lancar

Fariqh berkata...

Semasa proses detoks dijalankan, kemungkinan anda akan mengalami beberapa simptom detoks seperti, kekeringan mata, nafas yang berbau, peluh yang lebih berbau, pengumpulan tahi mata yang lebih banyak di waktu pagi, air liur yang berbau busuk, kegatalan kulit, ruam, najis yang berbau lebih busuk dan hitam, air kencing yang lebih berbau walaupun telah mengambil air kosong banyak seharian, kulit yang kering, jerawat yang banyak, kemunculan ketumbuhan kecil seperti nod ( benjolan ) di kawasan kemaluan, bawah lengan dan sekitar dada, sakit sendi, lenguh badan, lelehan hingus dan bendalir dari hidung, selesema, batuk, demam, pening, pengumpulan tahi hidung yang banyak, sering bersin dan banyak lagi. Namun ia adalah perkara normal kerana badan mengalami proses detoksifikasi. Ia akan beransur hilang dalam beberapa minggu kemudian lagi proses detoks dan pengambilan Milk Thistle dan Chlorella masih berjalan. Terima kasih

Aida Ahmad berkata...

Boleh saudara beri salah satu brand milk thistle yg terdapat di farmasi.. terima kasih

Fariqh berkata...

Hi kepada saudari Aida Ahmad, ingin saya maklumkan bahawa sehingga kini saya tidak mempunyai senarai spesifik peribadi jenama Milk Thistle di pasaran. Anda bebas memilih sebarang jenama namun pastikan peratusan Silymarin di dalam setiap produk adalah pada kadar 70% atau 80% bagi potensi terbaik. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...sy ada mengambil milk thistle...tapi sy mengambilnya slps mkn...boleh ke...
Sy juga mengambil aprikot seed dan mkn milk thistle selepasnya...

Tanpa Nama berkata...

Saya adalah pesakit kanser tahap 1 tapi dia merebak ke breast n rahim....Rakan ada mencadangkan saya makan milk thistle, niacin, brom q, aprikot seed dan marin coral.
Boleh ke encik jelaskan kesan pengambilannya serentak...sy ambil brom q 21 biji sehari, aprikot seed 45 biji (3 kali), niacin dll tu sebiji sehari...di samping itu sy juga byk mkn buah2an n sayur2an...
Baru sebln sy mkn....klu dah 2 bln nnti sy akan buat ujian darah lg...
Sbgi langkah pencegahan agar ia tidak merebak...dan sy nak katakan tidak pada kimoterapi...sbb family sy 3 org adalah pesakit kanser dan dah buat kimo akhirnya meninggal dunia...jadi sy terpaksa memilih cara ini....

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 1, berkenaan soalan anda, seperti yang saya jelaskan di dalam entri di atas, Milk Thistle HARUS diambil semasa perut kosong iaitu 1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Pengambilan biji aprikot perlu diberi eprhatian serius kerana keracunan Cyanide boleh berlaku. Sila rujuk entri Vitamin B17 : Antara Fakta & Kontroversi. Terima kasih.

Kepada saudari Tanpa Nama 2, sekiranya saya mahu membincangkan antara kepercayaan dan kontroversi rawatan kimoterapi, ia adalah suatu perkara yang membincangkan antara konsep kepastian dan kejahilan dalam disiplin perubatan moden. Saya tidak mengatakan YA kepada kimoterapi atau juga mengatakan TIDAK kepada kimoterapi. Ada desas-desus mengatakan bahawa pesakit yang terdedah kepada kimoterapi adalah lebih berisiko tinggi jangka hayat mereka menjadi pendek berbanding pesakit yang tidak menjalani kimoterapi. Pada pandangan saya, saya lebih gemar kedua-dua kaedah rawatan ( holistik/ tradisonal + moden ) bergerak seiring. Ini kerana, pada pandangan saya, kedua-dua kaedah rawatan memerlukan antara satu sama lain walaupun salah satun daripadanya amat berisiko. Bagi membincangkan perkara ini, saya mencadangkan saudari merujuk kepada pakar onkologi yang merawat saudari dan berbincang dengan mereka secara terbuka. Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan pakar perubatan moden amat takut dan tertutup dalam membincangkan topik berkaitan kaedah rawatan holsitk dalam merawat kanser terutama pesakit yang menjalani rawtan kimoterapi. Namun, pengambilan sesentengah suppelement dapat membantu menjadikan ketahanan badan dalam menghadapi bebanan kimoterapi berkurangan. Antaranya, pengambilan Vitamin E Tocotrienol, Astaxanthin, Fucoidan, Spirulina serta Milk Thistle. Terima kasih

Unknown berkata...

Assalammualaikum fariqh..
milk thistle& dandelion boleh diamalkan sekali dgn supplement lain sprt gluta,kolagen dan vit?terima kasih

Noorshuhada Adda berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

adakah milk thistle ini boleh merawat hepatitis c ? saya sangat tertekan dengan keadaan saya sekarang ini.

Auto Rich berkata...

Kenapa masa proses detox kotoran sangat hitam dan bau? Sampai bila ye?

Nurul Iliani berkata...

Hi, saya beli milk thistle & dandelion jenama Bio-Life dengan kandungan Silybium marianum 3000mg (42.86mg) dan Taraxacum official 300mg (75.00mg). Direction pd botol adalah 1tablet 3kali sehari with food. Perlu ke ikut cara makan tersebut?