Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 21 Ogos 2013

Vitamin B17 : Antara Fakta & Kontroversi ! Bahagian 1


Vitamin B17, Penawar Kanser ? 

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog setia semua. terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Walaupun setelah 15 hari hari raya menjelma, namun bahangnya masih terasa terutama kepada mereka yang masih sibuk membuat rumah terbuka dan mengunjungi sanak saudara di hujung minggu. Nampaknya, telah lama saya tidak mengemaskini blog ini, memandangkan bulan berpuasa ditambah dengan persiapan raya, maka niat saya untuk menerbitkan sabuah entri semasa Ramadhan tidak kesampaian. Namun tidak mengapa, memandangkan Ramadhan telah berlalu, dan raya juga telah sampai di pertengahan bulan, telah reda sedikit bahang sambutan dan kesibukanna, maka dapatlah saya mengemaskini blog ini dengan menerbitkan sebuah entri yang saya rasa ramai telah ketahui. Ada yang sedia maklum akan kewujudan manfaat bahan ini sejak beberapa tahun dahulu, cuma ia telah mula menunjukkan kehangatan dan sensasi produk ini setelah dicanang dengan pelbagai kontroversi yang ada kalanya agak sukar untuk diterima. Ia adalah Vitamin B17, lebih dikenali Amygdalin mahupun Laetrile ( paten bersintetik ). Sebelum saya melangkah lebih jauh, saya ingi menyatakan secara jujur, terang-terangan dan tanpa sebarang provokasi terhadap mana-mana pihak dalam isu berkaitan Vitamin B17 ini. Ini kerana, semua info yang saya nyatakan sebentar lagi adalah berdasarkan pembacaan saya melalui jurnal perubatan online, artikel perubatan online, sumber-sumber sahih berstatus kajian saintifik yang diiktriraf di Wikipedia juga beberapa buah buku yang ditulis oleh pakar prubatan, ahli farmasi serta doktor perubatan yang bertauliah. terdapat juga info yang dipetik oleh saya merangkumi temubual dan juga juga dokumetari yang disiarkan di lama web teretentu dan diiktiraf, beserta yang ditayangkan di laman web Youtube dan temubual mereka yang berkenaan. Saya ingin menegaskan, kesemua info yang dipetik adalah PERLU anda ketahui kerana ia merupakan penguat mahupun bukti yang mengaitkan dengan setiap ulasan yang saya kemukan kelak. Apa yang pasti, hari ini saya mahu lari sedikit daripada tujuan asal saya mengwujudkan blog ini. Kebanyakan entri di dalam pos saya berkaitan dengan manfaat antioksida sebagai sebahagian daripada diet haarian kita. Namun, saya mula terpanggil dalam mengulas lebih lanjut berkaitan isu Vitamin B17 ini memandangkan ada pihak yang sewenag-wenangnya menghentam secara membuta tuli berkaitan isu yang mereka sendiri hanya berpaksikan kepada satu pihak. Ia, saya hanya seorang pelajar farmasi. Jika dibandingkan dengan pegawai/ahli farmasi yang telah bekerja dan berpengalaman lebih daripada 10 tahun, saya boleh diumpamakan seperti sekecil habuk yang terapung di atas permukaan lautan. Ilmu yang ditimba oleh saya masih belum mencukupi. Namun, ingin saya tegaskan bahawa, kesemua info dan fakta yang saya nyatakan adlaah berdasarkan kajian, penelitian mahupun pemerhatian saya setelah membuat analisis yang sangat panjang. Untuk menerbitkan ulasana berkaitan entri sahaja, saya mengambil masa lebih 4 bulan dalam mengkaji sedalam yang mungkin berkaitan sumber sahih yang boleh dipetik dan dibuat rujukan. 



Konspirasi & Kontroversi FDA ?


Ingin saya tegaskan bahawa, walaupun saya hanya seorang pelajar, belajar mengenai ubatan dan menyentuh segala aspek berkaitan ubatan, dari nama, kesan sampingan sehingga penemuan dan lain-lain info yang masyarakat sendiri juga tidak ketahui mahupun memahami, namun saya seorang yang optimis. Saya lebih tertarik dengan sumber berasaskan semula jadi, organik dan antikosida. Ini kerana, hampir kesemua ubatan di dunia adalah sintetik. Ia dihasilkan secara buatan, bukan semula jadi. Kemudian ia dipatenkan dan dijual di pasaran dunia dengan hasrat mahu 'menyembuhkan' penyakit sedangkan sehinggi kini, status ubatan yang bernaung di bawah pengawasan pihak hospital, FDA mahupun pakar perubatan hanyalah dikategorikan sebagai MERAWAT dan bukan menyembuh. Sekiranya diimbas 10 tahun yang lalu, dimana Paracetamol ( Panadol ) sangat laris dijual di pasaran Malaysia. Dari mereka yang berpendapatan sederhana sehingga mereka yang kaya, WAJIB memiliki sekurany-kurangnya 2-4 biji Paracetamol di rumah mereka sebagai simpanan. Mereka dimomokkan bahawa ubat ini dapat menyembuhkan kesakitan walhal ia hanya membantu redekan kesakitan terutama demam dan lenguh/sengal badan. Kepada mereka yang tidak datang dari larat belakang perubatan/ kesihatan, mereka beranggapan bahawa ubatan seringkas ini adalah penawar dalam kebanyakan kes. Namun, kepada mereka yang benar-benar sedar akan kesan jangka masa panjang ubatan ini, ia adalah PEROMPAK No.1 Glutathione di dunia di dalam badan manusia itu sendiri! Amat memeranjatkan, namun ia adalah hakikat! Hakikat yang paling nyata dan sukar ditelan. Sekiranya saya membincangkan sahaja topik berkaitan Paracetamol, saya boleh menulis entri berkaitan keburukan dan kesan jangka masa oanjang ubatan ini sebanyak 3-4 bahagian tanpa henti. Itu masih belum diambil kira daripada manakah Paracetamol ini diekstrak. Ramai yang tidak ketahui bahawa Paracetamol diekstrak daripada Coal Tar, sejenis produk sampingan yang terdapat di dalam Coal ( arang ). Apa yang lebih memeranjatkan, Coal Tar digunapakai sebagai raawatan topikal merawat Psoriasis ! Ia juga DILARANG dihidu secara terus kerana ia sangat toksik dan boleh membawa kepada potensi kanser! Jadi, sudakah anda melihat dimanakah peranan sebenar FDA yang dianggap sebagai PBB dalam dunia farmaseutikal ? Fikirkan semula, saya juga tidak mahu membuat spekulasi yang melampau kerana kita masih memerlukan rawatan moden dalam merawat penyakit. Kita tidak dapat lari daripada dunia perubatan moden kerana ia secara tidak lansung membantu kita merawat dan menyembuhkan penyakit.




Ubatan Sintetik Adalah Penawar ? 


Namun, apa yang didukacitakan oleh saya ialah, kebanyakan ubatan yang digunapakai adalah sintetik. Ini menunjukkan bahawa kita seolah-olah sombong dan bongkak terhadap pemberian Tuhan yang terkandung di dalam alam semula jadi. Tuhan tidak akan menjadikan sesuatu unsur di muka Bumi ini tanpa kegunaannya. Sedangkang sebatang pokok kelapa boleh digunapakai dari akar sehimgga ke pucuknya, ini pula unsur alam yang telah dinyatakan secara terang-terangan di dalam Hadis dan Al-Quran yang membuktikan bahawa ia diciptakan oleh-Nya untuk memberi lebih daripada yang diketahui oleh hamba-Nya. Dari sudut perubatan, ia adalah satu  anugerah yang tidak ternilai. Dunia perubatan mencapai tahap kegemilangannya sewaktu para sahabat dan khalifah memerintah dunia lebih 900++ tahun yang lepas. Sewaktu zaman tersebut, tiada sebarang istilah SINTETIK digunapakai dalam rawatan penyakit, anda mungkin boleh katakan bahawa ketika itu, tiada teknologi moden yang boleh digunapakai untuk menghasilkan sumber ubatan sintetik. Ia, tidak dinafikan ia merupakan salah satu faktor yang paling kukuh, hujah paling bernas dan fakta paling tepat. Namun, sedarkah anda bahawa mereka ( cendiakawan Islam ) mengkaji ilmu berkaitan perubatan terutama dalam hal berkaitan ubatan hanya berlandandaskan Hadis dan Al-Quran ? Masakan tidak, sewaktu zaman tersebut dikhabarkan bahawa penawar kanser mahupun kusta telah ditemui! Walaubagaimanapun, ianya lenyap setelah kejatuhan Islam itu sendiri di Eropah ketika itu. saya tidak mahu mengulas lebih lanjut berkaitan isu ini, apa yang perlu yang fahami, tujuan saya menerbitakn ulasan di dalam entri ini adalah atas dasar prihatan dan mahu berkongsi sebanyak yang mungkin berkaitan dengan info kesihatan dan manfaat yang terkandung di dalam tumbuhan alam walaupun ia hanya seulas bawang putih yang digunakan seharian dalam masakan! 



Kebenaran Bakal Dibongkar !


Dalam mengulas isu berkaitan Vitamin B17 ini, saya akan menerbitkan entri ini dalam 4 bahagian agar tidak terlalu panjang anda membaca bagi sebuah entri ini. Bahagian pertama, yakni bahagian pengenalan ini telah diulas oleh saya, diharap anda fahami akan mesej yang mahu sampaikan. untuk bahagian seterusnya, saya akan mengulas lebih mendalam dari pengenalan kanser dan vitamin, sejarah penemuan Vitamin B17, kontroversi Vitamin B17 sehingga diharamkan di USA, konspirasi dan kontroversi yang menyelubungi dunia perubatan dan sebagainya. Nantikan entri seterusnya, pastikan anda membuka dan berfikiran terbuka kerana saya mahu anda melihatnya dalam setiap aspek dan penjuru. Terima kasih.


p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.

Tiada ulasan: