Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 28 Jun 2013

CoQ10 : Bukan Sekadar Antioksida



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Diharap pada hari Jumaat yang mulia ini anda semua sihat sejahtera. Hari ini saya ingin mengupas sedikit isu berkaitan satu lagi manfaat antioksida yang ramai di antara kita pernah mendengarnya, malah pernah mengambilnya. Ia adalah CoQ10, juga dikenali sebagai Coenzyme Q10, Ubiquinone, dan Q10, ia merupakan sejenis antioksida semula jadi badan yang dihasilkan oleh badan termasuk mamalia. Sebelum saya melangkah jauh, saya ingin berbicara serba sedikit. Saya tergerak hati untuk menulis entri berkaitan dengan manfaat antioksida ini kerana saya mula merasakan agak penting menghuraikannya mamandangkan sebelum ini ramai antara kita yang pernah mendengarnya, namun jarang sekali memahaminya. Baiklah, tanpa membuang masa lagi, saya akan menjelaskan serba sedikit berkatan dengan antiokisda hebat ini. 




Jantung lembu


Sejarah penemuan CoQ10 memiliki latar belakang yang sangat unik dan agak panjang. Semuanya bermula pada tahun 1957 apabila seorang professor di sebuah Institusi Enzim Universiti Wisconsin-Madison, Professor Fredrick L. Crane menemui CoQ10 secara tidak sengaja dalam satu eksperimen yang menggunapakai jantung lembu untuk mengekstrak CoQ10. Dianggarkan 30 tan jantung lembu digunakan untuk mengekstrak beberapa miligram CoQ10! Ia adalah sejenis bahan bewarna kuning-jingga dan ia disimpan di dalam tiub sampel untuk dijadikan sampel. Namun, beliau tertarik apabila mendapati bahawa bahan itu mempunyai kaitan dengan mitokondria yang menjadi kilang penghasilan tenaga di dalam setiap sel badan. Untuk kepastian, beliau menghantar sampel CoQ10 kepada Dr Karl Folkers, seorang ahli biokimia di sebuah makmal Merck Sharpe & Domhe Laboratories di New Jersey, USA. Dr Folkers berjaya menstruktur CoQ10 dan ia disahkan ia merupakan sejenis bahan di dalam kumpulan Quinone. 

Walaubagaimana pun, CoQ10 tidak boleh dipatenkan kerana undang-undang farmasi dan perubatan dunia termasuk FDA yang bertapak di USA sama sekali MELARANG apa-apa bahan semulajadi yang wujud di dalam badan dan alam dipatenkan. Ini menjadikan makmal Merck menghadapi masalah menghasilkan CoQ10 dalam kuantiti yang banyak kerana ia memerlukan sejumlah besar jantung lembu dan pada masa sama  kaedah ekstrak CoQ10 yang digunapakai mereka tidak dapat dipatenkan. Ini menjadikan ia lebih sukar dan kosnya yang terlalu tinggi dan mahal. Akhirnya, Makmal Merck menjual teknologi ekstrak ini kepada Jepun. Apa yang lebih mengejutkan, saintis Jepun berjaya menghasilkan CoQ10 dalam kuantiti yang banyak pada harga yang sangat murah. Mereka menggunapakai teknologi penapaian yis yang sememangnya dipelopori oleh Jepun ketika itu. Sehingga kini, Jepun merupakan negara No.1 di dunia yang mempelopori kualiti CoQ10 yang dihasilkan bukan melalui tisu hidup, namun melalui yis, tetapi kualiti dan hasilnya setaraf dengan COQ10 yang terdapat di dalam tubuh mamalia. 




Mitokondria

CoQ10 memiliki pelbagai manfaat terutama kesihatan jantung. Ia disahkan dalam ribuan kajian di seluruh dunia di mana COQ10 adalah agen bersama di dalam mitokondria dalam menghasilkan tenaga. Mitokondria adalah sejenis organel yang terdapat dalam setiap sel badan. Ia berfungsi sebagai pengilang tenaga badan kerana sel memerlukan tenaga. Ia menukarkan setiap bahan yang melalui mitokondria kepada ATP ( tenaga ). Ini penting bagi setiap organ dalam menjalankan tugasan mereka dan sememangnya jantung adalah organ paling banyak memerlukan tenaga. Maka tidak hairanlah paras CoQ10 di jantung adalah 10 kali lebih banyak berbanding organ lain!

Namun, kajain terhadap CoQ10 tidak terhad di situ, saintis mula sedar bahawa CoQ10 adalah bukan sekadar bahan kuning-jingga bertenaga, ia lebih daripada sekadar yang disangkakan. Kajian demi kajian dilakukan dan ini membuka sebuah lagi fakta yang menakjubkan terhadap bahan ini. Ia memiliki sifat antioksida dalam melawan radikal bebas! Ini disokong dalam banyak kajian yang menunjukkan bahawa CoQ10 mampu meneutralkan radikal bebas yang terhasil dan menyerang badan termasuk sel! Ini menerangkan mengapa sel badan terutama sel jantung amat lambat untuk melalui kitaran sel mati. Ini kerana CoQ10 melindungi sel ini daripada termusnah daripada radikal bebas yang terhasil. Ini membuka lembaran baharu dalam dunia kecantikan di mana apabila CoQ10 diambil secara oral atau disapu secara topikal akan melindungi kulit daripada kesan penuaan. Ada juga ura-ura yang mengatakan bahawa CoQ10 adalah Telaga Kekal Muda ( Fountain of Youth ) di Barat selepas penemuan Alpha Lipoic Acid!

Apa yang menarik perhatian saya ialah, CoQ10 tidak dihasilkan di mitokondria, tetapi ia dihasilkan di dalam hati. Ia dihasilkan melalui Mevalonate Acid yang pada sama bertindak sebagai precursor kepada penghasilan kolesterol! Ia benar! CoQ10 berkongsi aliran penghasilan dengan kolesterol di dalam hati! Anda jangan terkejut sekiranya pengambilan ubatan anti kolesterol Statin adalah pembunuh No.1 di dalam penghasilan antioksida semulajadi badan ini! Saya akan menjelaskan kepada anda sebentar lagi. 

Manfaat CoQ10 termasuk :

1) Melindungi hati
2) Membantu melawan kanser
3) Membantu menjadikan degupan jantung stabil
4) Mengawal darah tinggi
5) Membantu melanjutkan usia 
6) Menjadikan penampilan lebih kekal muda
7) Melawan radikal bebas 
8) Melindungi penuaan pra-matang kulit
9) Membantu membekalkan tenaga
10 ) Mengurangkan migrain
11 ) Membantu mencegah Parkinson

Manfaat di atas adalah sebahagian kecil daripada ratusan manfaat CoQ10 yang diyakini. Untuk maklumat lanjut anda boleh mencari info berkaitan di Google.


Statin, ubat penurun kolesterol paling berjaya di pasaran dunia


Berkaitan dengan kesan ubat penurun kolesterol Statin terhadap pengahsilan CoQ10, ramai yang tidak sedar akan keburukan ubatan moden ini terhadap CoQ10. Bagi individu yang mengambil ubatan kolesterol Statin seperti Lovastatin, Simvastatin dan Atorvastatin, ia seumpama 'syurga' kenikmatan untuk pesakit menurunkan paras kolesterol dalam darah. Namun, hakikatnya, STATIN sama sekali TIDAK mengubati paras kolesterol berlebihan di dalam darah! Ia hanya merencatkan enzim HMG-CoA Reductase yang berfungsi dalam menukarkan HMG-CoA kepada Mevalonic Acid. Mevalonic Acid pula ditukarkan kepada kolesterol. Dengan perencatan enzim ini, HMG-CoA tidak akan menukarkan HMG-CoA kepada Mevalonic Acid seterusnya kepada kolesterol. Namun, parah yang menanti, HMQ-CoA juga adalah asas kepada pembinaan CoQ10 ! Dengan kata lain, setiap kali anda mengambil ubatan statin, anda sebenarnya telah BERJAYA menghalang penghasilan CoQ10 semula jadi badan anda dan pada masa yang sama, anda sama sekali tidak mengubati penyakit anda. Statin hanya membantu dalam mengurangkan kolesterol dengan menganggu kitaran normal fisiologi badan anda. Maka, jangan terkejut sekiranya individu yang mengambil Statin akan kelihatan lebih tua, berusia daripada usia sebenar mereka! Kulit mereka juga akan kelihatan mudah kusam, kering dan tidak bermaya. Keletihan, sengal badan, sakit di belakang badan, penat dan dada yang kesakitan antara petanda awal anda sebenarnya telah kehilangan CoQ10 di dalam badan anda! 




Mekanisma Statin dalam mengurangkan COQ10 di dalam badan !


Penyelesaian ? 

Untuk mengatasi masalah ini, anda terutama pengambil regim Statin sangat digalakkan mengambil CoQ10 sebagai supplement asas anda. Ia boleh didapati daripada dos seharian serendah 20mg sehingga setinggi 100mg sehari. Bagi pemilihan produk CoQ10, terdapat sedikit info yang harus anda ketahui, CoQ10 yang terdapat di pasaran wujud di dalam dua bentuk. Mengikut pandangan Dr. Mercola, seorang doktor perubatan USA yang sangat disegani kerana inisiatif beliau dalam mengamalkan pengambilan supplement sebagai asas kehidupan berbanding ubatan moden, beliau mencadangkan bahawa CoQ10 perlu diambil mengikut kategori berikut.

CoQ10 wujud dalam dua formulasi, Ubiquinone dan Ubiquinol





Untuk Ubiquinone, ia digalakkan diambil kepada individu yang berumur 30 tahun dan ke bawah kerana Ubiquione adalah bentuk CoQ10 yang kurang aktif. Pengambilan secara oral akan menukarkan Ubiquinone kepada Ubiquinol ( aktif ). Individu berumur 30 tahun ke bawah masih lagi mampu menukarkan bentuk CoQ10 ini kecuali kepada mereka yang sememangnya mengambil Statin pada usia yang muda. Dos seharian serendah 30mg boleh diambil dan dipertingkatkan sehingga 90mg sehari

Manakala Ubiquinol pula merupakan bentuk aktif sepenuhnya atau lebih dikenali sebagai 'reduced'. Ia lebih aktif kerana ia terus bertindak selepas diambil secara oral. Ia digalakkan diambil oleh individu yang berumur 30 & 35 tahun dan ke atas. Ini kerana ketika ini, badan sudah mulai lemah dalam proses fisiologi badan. Saranan dos adalah serendah 60-90mg sehari dan sekiranya anda berumur 50 tahun dan ke atas, dos 100mg sehari disarankan diambil.

Memandangkan CoQ10 adalah bersifat larut lemak, maka ia perlu diambil semasa makan atau sejurus selepas makan. Ini kerana ia memerlukan bantuan makanan untuk diserap. Pemilihan produk bergantung kepada individu. Anda bebas memilih sebarang jenama dan saranan saya, produk Jepun adalah pilihan utama. 

Anda letih, kurang bermaya, penat yang melampau, mengambil Statin, pesakit jantung ? Anda perlukan CoQ10! 

p/s : Sila LIKE PAGE ini untuk keterangan lanjut berkaitan kesan sampingan jangka masa panjang Statin dan kepetingan CoQ10.

p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.

2 ulasan:

Nizm Shamsury berkata...

sedang saya mencari² info tentang CoQ10 dan terjumpalah blog Fariqh..

entry yang bagus.. keep on writing & sharing about natural vitamin/supplements.


feel free to visit & add me @ http://greenleaf.nazuka.net/ into your blog list.

let's exchange our blog list. tq

Fariqh berkata...

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini. Dan terima kasih atas perkongsian blog anda. Sebarang pertanyaan amatlah saya alu-alukan. Terima kasih