Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 14 September 2013

Vitamin B17 : Antara Fakta & Kontroversi ! Bahagian 3


Buah aprikot


Assalamualikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar anda di sana ? Diharap anda semua sihat walafiat. Bertemu kita semula di dalam bahagian ketiga kupasan entri Vitamin B17 yang semakin menjadi perbualan hangat dewasa kini. Sebelum saya melangkah bicara, marilah kita semua mengitipkan Al-Fatihah kepada pelakon vateran Allahyarham Maimon Talib yang sebentar tadi kembali ke rahmatullah akibat kanser payudara yang dideritai oleh arwah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. Amin. Baiklah, memandangkan ketika ini, kita sering mendengar kekerapan kes kanser yang semakin kerap kedengaran di dada akhbar, majalah, radio malah media massa, ini membuka mata kita agar lebih peka untuk memahami penyakit ini. Pelbagai teori dilemparkan dalam mengetahui apakah punca sebenar kanser dan tidak lari juga perjuangan dalam mencari penawarnya. Sekiranya anda telah membaca entri yang lepas, anda akan faham bagaimana penyakit ini mula membiak di dalam tubuh dan di dalam entri ini, saya akan mengupas pula sejarah berkaitan Vitamin B17 yang menjadi perdebatan yang sangat hangat dan penuh kontroversi yang didakwa sebagai penawar kanser! Teruskan pembacaan anda!

Untuk kita memahami lebih jelas bagaimana sejarah Vitamin B17 ini, saya akan menyentuh dahulu kaedah konvesional yang digunapakai dalam merawat kanser. Terdapat 3 kelas rawatan kanser, ia adalah setempat ( local ), sistemik dan oral. Untuk rawatan setempat, prosedur pembedahan dan radioterapi digunapakai. Pembedahan sering dilakukan serikaranya ia meberi lebih manfaat kepada pesakit seperti tidak mengancam nyawa pesakit. Radioterapi pula digunkan sekiranya tumor yang dikesan terletak di kawasan yang sukar dibuang melalui pembedahan. Sinaran Gamma adalah yang sinaran pembunuh sel kanser. Namun rawatan ini sering menimbulkan ketidakselesaan kepada pesakit kerana rasanya seperti terbakar. Ia juga tidak menjamin tumor dimusnahkan 100% kerana cebisan sel kanser masih boleh tertinggal. Ketika inilah kaedah oral yang mengaplikasikan pengambilan pil atau tablet beraasakan sitotoksik seperti Tamoxifen, Chlorambucil, Methotrexate dan seumpama dengannya. Ia perlu diambil dengan pengawasan ahli farmasi dan pakar onkologi. Bagi kaedah sistemik pula merupakan kaedah paling dikenali di dalam dunia perubatan kanser, ia adalah kimoterapi. Sering ditag sebagai rawatan terunggul membunuh sel kanser, namun keberkesanannya mula diragui kerana matlamat utama kimoterapi adalah untuk memanjangkan jangka hayat pesakit dengan membiarkan sel kanser mati kebuluran, sekaligus membawa kepada kematian sel kanser sendiri ( apoptosis ).



Konspirasi yang disengajakan ? 


Namun begitu, timbul satu persoalan yang sehingga kini menjadi buah mukut orang ramai termasuk pengamal perubatan moden sendiri, setelah melebihi 70 tahun selepas dadah kimoterapi digunapakai dalam rawatan kanser, mengapa tidak ditemui penawarnya ? Timbul pelbagai teori dan spekulasi yang mendakwa penawar kanser telah ditemui namun ia sengaja disembunyikan atas alasan mahu melindungi kepentingan syarikat farmaseutikal daripada mengalami kerugian. Spekulasi ini lebih hangat kedengaran setelah dakwaan Vitamin B17 sebagai penawar kanser muncul pada tahun 1845. Ia menyebabkan FDA mengharamkan terus penggunaannya sebagai penawar kanser atas alasan keracunan Cyanide. Walaupun kes berkaitan Vitamin B17 ini reda seketika, namun ia mula menjadi topik hangat apabila formulasi sintetik yang dipatenkan ( dikenali sebagai Laaetrile/ Vitamin B17 ) diura-urakan sebagai penawar kanser pada tahun 1950-an. Topik ini menjadi lebih rumit apabila dakwaan sesetengah ahli perubatan menyokong dan ada juga yang menolak secara terang-terangan berkaitan keberkesanan Vitamin B17 sebagai penawar kanser. Terdapat dua puak, pembangkang dan penyokong yang menggunakan Vitamin B17 sebagai penawar kanser. Agak rumit untuk saya jelaskan secara keseluruhan intisari konspirasi dan kronologi yang melibatkan Vitamin B17 ini, maka saya membahagikan secara berperingkat bermula dari sejarah penemuan Vitamin B17 sehingga kepada dakwaan keberkesanannya. Disebabkan entri ini bakal menjadi entri terpanjang, maka di harap anda dapat bersabar dan tekun membaca kerana pembongkaran ini akan mengupas isu ini dan seterusnya terpulang kepada anda untuk membuat keputsan. Teruskan pembacaan anda!



Vitamin B17

Vitamin B17 merupakan nama umum kepada sejenis sebatian kimia yang dikenali sebagai Amygdalin. Ia merupakan sejenis sejenis Glycoside, iaitu molekul gula yang bergabung lain-lain functional group melalui Ikatan Glukosida ( Glucosidic Bond ). Agak panjang dan rumit untuk saya terangkan secara terperinci kerana ini melibatkan topik kimia terutama pengkhususan kimia organik yang mendalam. Maka, diharap anda hanya perlu mengetahui terma-terma yang digunakan ( tetapi tidak memahami secara mendala ) agar anda dapat melihat secara dasar info yang ingin disampaikan oleh saya. Berbalik kepada topik perbincangan kita, Amygdalin pertama kali diekstrak daripada biji aprikot oleh dua orang ahli kimia Perancis yang terkenal, Pierre jean Robiquet dan Antoine Francois Boutron pada tahun 1830. Namun begitu, penemuan ini dikaji secara mendalam oleh dua orang ahli kimia Jerman popular, Justus von Liebig dan Friedrich Wohler pada tahun yang sama. Selepas penemuannya pada tahun 1830, ia digunapakai dalam rawatan merawat kanser di Rusia dan juga USA menjelang 1920-an. Namun,ia didakwa terlalu bertoksik sebagai agen rawatan kanser. Maka, pada tahun 1950-an, formulasi sintetik Amygdalin yang tidak toksik dipatenkan sebagai alternatif kepada pengawet daging. Ini membawa lembaran baru kepada rawatan kanser berasaskan Amygdalin ke pasaran dunia dimana ia terus dipatenkan atas nama Laetrile. Walaubagaimanapun, pendekatan ini diharamkan oleh FDA pada tahun 1977. Maka, bermula dari era inilah istilah Laetrile, Amygdalin dan Vitamin B17 mula menitip di bibir penduduk dunia kerana ia kelihatan seperti 'kebenaran yang disembunyikan'. Persoalannya, siapakah yang mematenkan Amygdalin ini ke dalam bentuk Laetrile dan mempromosikannya sebagai penawar kanser ?




Penawar atau penipu ? 


Pelopor atau Penipu ?

Laetrile dipatenkan oleh seorang ahli biokimia USA yang menjadi sering menjadi perdebatan dan kontroversi atas usaha beliau mempromosikan penggunaan bahan yang tidak terbukti secara saintifik untuk merawat kanser. Beliau adalah Ernst T. Krebs Jr, juga merangkap anak lelaki kepada Ernst Theodore Krebs. Sr, seorang ahli perubatan yang diktritik hebat kerana mempromosikan sirap sebagai ubat merawat pelbagai jenis penyakit. Krebs. Jr pula mencipta kontroversi dalam mempromosikan Laetrile dan Pangemic Acid dalam rawatan kanser. Beliau dikatakan bekerjasama dengan bapanya dalam mempromosikan Laetrile ini kerana ia didakwa sebagai penawar kanser. Sebelum saya mengulas lebih lanjut berkaitan dakwaan penggunaan Vitamin B17, mari kita kenal terlebih dahulu profil "Pelopor" Laetrile ini.

Ernst T. Krebs Jr merupakan seorang ahli biokimia USA yang lahir di Carson Cit, Nevada. Beliau merupakan anak kepada doktor penuh kontroversi Ernst Theodore Krebs. Sr. Beliau merupakan pelajar perubatan di Hahnemann Medical School yang kini dikenali juga sebagai Draxel University College of Medicine. Krebs Jr menjadi pelajar di sana selama 3 tahun termasuk setahun yang terpaksa didudukinya ekoran kegagalan melepasi tahun pembelajaran sebelumnya akibat gagal dalam peperiksaan. Namun begitu, beliau gagal dalam meneruskan pengajian di sana dan dibuang oleh pihak kolej. Beliau tidak berputus asa malah terus menerus menghadiri kolej-kolej perubatan termasuk di Mississippi, California dan juga Tennessee. Akhirnya, beliau berjaya menamatkan pengajian sarjananya di dalam kos Ijazah Sarjana Seni ( Bachelor of Art ) di University of Illinois. Walaupun beliau mendakwa memiliki persijilan Doktor Falsafah ( Ph.D ) di University Illinois, namun beliau tidak layak digeral doktor perubatan ( Dr ) kerana ia disalah tafsirkan oleh pengikut setianya yang mendakwa beliau memiliki persijilan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian diAmerican Christian College of Tulsa di Okhlahoma. Ironinya, kolej ini tidak diakreditasikan sebagai kolej perubatan dan sama sekali tidak layak memberi gelaran doktor perubatan dan semua jenis gelaran tertinggi bagi Ijazah Sarjana Muda kepada penuntutnya ekoran ia hanya sebuah kolej berasakan pengajian Bible. Lebih ironi, beliau yang pernah menuntut di sini ditendang keluar kerana fahamannya yang berbeza dengan silibus kolej tersebut. Lebih menggemparkan, kolje ini ditutup dan hanya mampu bertahan selama 7 tahun selepas penubuhannya pada tahun 1971. Sejarah hidup beliau penuh kisah duka, tragik dan sadis, juga  kontroversi dan mungkin juga pernah dihambat dengan pelbagai spekulasi yang dinyatakan secara teori oleh beliau sendiri. Beliau akhirnya meninggal pada tahun 1969 di rumahnya yang terletak di San Francisco, California. Tidak dapat dipastikan apakah punca kematian beliau namun apa yang ingi saya kongsikan di sini, teori kanser yang kemukan oleh beliau amat kontroversi dan penuh dengan spekulasi yang kadang kala tidak masuk akal. Beliau menyatakan bahawa semua jenis sel kanser berpunca daripada Trophoblast iaitu satu lapisan luaran Blastocyst yang bertindak sebagai perumah nutrisi kepada embrio dalam perkembangan placenta bayi.





Simptom utama penyakit metabolik


Teori ini secara terang-terangan ditolak oleh  pakar kanser kerana sehingga kini punca utama kanser tidak diketahui ( sila lihat entri lepas ). Menghangatkan lagi isu ini, beliau juga mendakwa bahawa kanser merupakan sejenis penyakit metabolik. Penyakit metabolik merupakan satu keadaan dimana beberapa gangguan kesihatan terjadi. Ini meningkatkan risiko penyakit jantung dan diabetes. Penyakit metabolik juga lebih dikenali sebagai penyakit tiga serangkai, penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Umum mengetahui bahawa ketiga-tiga jenis penyakit ini masih tidak dapat dipastikan apakah punca sebenarnya. Penyelidik hanya mampu mengenal pasti patofisologi penyakit namun bukan punca utama penyakit. Ia dikelaskan sebagai penyakit metabolik kerana kecenderungan untuk mendapat ketiga-tiga jenis penyakit ini sangat tinggi dan berisiko setelah salah satu daripadanya terjadi. Sebagai contoh, seseorang yang menghidapi darah tinggi berisiko menghidapi penyakit jantung dan diabetes. Malah, jika seseorang mengidapi diabetes, risiko menghidapi dua lagi penyakit yang dinayatakan lebih tinggi kerana ramai pakar percaya bahawa, diabetes adalah ibu segala penyakit. Sehingga kini, ubatan moden tidak dibuktikan secara sahih menyembuhkan ketiga-tiga penyakit ini. Ia hanya membantu menjadikan kondisi pesakit dan simptom penyakit terkawal. Dalam konteks kanser, seperti yang didakwa oleh Ernst, Jr, beliau secara berani menyatakan bahawa ia adalah salah satu daripada penyakit ini. Namun, pendapat ini ditentang keras oleh pakar onkologi dan pakar kanser kerana sekiranya benar kanser adalah penyakit metabolik, mengapa ramai pesakit tiga serangkai yang dinyatakan amat jarang menghidapi kanser malah tidak relevan. Ini mencetuskan perdebatan yang sehingga kini tiada berkesudahan. Teori ini juga dikaitkan dengan amalan pemakanan yang kurang sihat seperti pengambilan gula dan garam. Ini tidak dapat dinafikan kerana gula dan garam adalah makanan penyubur No.1 sel kanser. Beberapa kajian menunjukkan bahawa amalan mengambil gula dan garam melebihi jumlah yang dihadkan akan menyebabkan tercetusnya kanser. Ini dibuktikan dengan pengambilan telur asin selama 30 hari berturut-turut boleh meningkatkan risiko kanser! Walaupun garam dan gula mungkin antara punca utama kanser yang sering dikaitkan dengan faktor pemakanan, namun ralevan kaitan antara kanser dan penyakit metabolik hanya sekadar teori tidak berasas dan tidak dibuktikan dengan kajian saintifik.




Benarkah kiimotearpi membebankan ?


Kimoterapi atau Vitamin B17 ?


Sebentar tadi kita telah memahami serba sedikit sejarah penemuan Amygdalin yang dipatenlan oleh Ernst T. Kerbs, Jr dan leboh dikenali sebagai Laetrile. Ia kemudiaanya dikenali sebagai Vitamin B17 dan didakwa sebagai tidak toksik berbanding struktur asalnya. Ia mencetuskan kontroversi yang dianggap antara terbesar dalam dunia perubatan terutama bidang berkaitan rawatan kanser kerana ia secara terus-terang didakwa sebagai penawar kanser terunggul malah mengatasi agen-agen kimoterapi yang lain. Bagi memahami bagaimana Vitamin B17 bertindak dalam membunuh sel kanser dan apakah pula perbezaannya dengan agen kimoterapi, saya akan menjelaskan sebentar lagi namun dalam penjelasan yang ringkas kerana ia amat rumit untuk dijelaskan kerana menggunapakai istilah sains dan perubatan yang mungkin sebahagian besar tidak difahami oleh anda semua. Saya akan menjelaskan secara dasar agar anda semua dapat memahami sekali imbas bekaitan isu ini. Teruskan pembacaan anda!





Racun penyembuh atau racun pembunuh ?


Kimoterapi dapat ditakrifkan sebagai rawatan merawat kanser dengan menggunpakai satu atau lebih agen sitotoksik dan antineoplastik. Terdapat lima jenis kelas kanser yang dikelaskan dalam menujukkan sifat agen anti kanser tersebut termasuk kemampuannya membunuh sel kanser melalui mekanisma tindakan, kesan sampingan dan regim/protokol yang digunakan. Agen kimoterapi bertindak dengan menggangu kitaran 'normal' pembiakan sel kanser seperti menggangu kitaran normal DNA kanser ( Chlorambucil, Cyclophosphomide, Ifosfomide ), antimetabolasi sel ( Methotrexate dan 5-FU ), menganggu struktur protein kanser ( Vincrsitine ), enzim ( Irinotecan, Doorubicin dan Etoposide ), juga bersifat antibiotik seperti Belomycin. Kesemua agen kimoterapi ini bertindak dengan mengganggu kitaran sel kanser sehingga menjadikan sel kanser lemah atau kebuluran dalam mendapatkan 'nutrisi' ( gula, garam, homon ) mereka untuk membiak dan berkembang. Ini mencampakkan sel kanser ke arah Apoptosis, satu proses dimana sel kanser diprogramkan untuk mati secara sendiri. Setelah dilihat secara kasar, tidak dinafikan kimoterapi sangat berkuasa dalam membunuh sel kanser namun hakikatnya ia tidak membunuh, hanya mengganggu kitaran normal sel kanser dan ini menjurus ke arah kematian sel kanser tersebut. Maka, tidak hairanlah majoriti pesakit kanser harus menjalani beberapa sesi rawatan kimoterapi sehingga pakar onkologi mengesahkan bahawa sel tersebut telah lumpuh atau mati sepenuhnya. Sedar atau tidak, isu inilah yang membebankan pesakit kanser kerana mereka diambang pertarungan di antara hidup dan mati. Berdepan dengan kanser dan pada masa yang sama menahan kesakitan rawatan yang dijalankan. Agen kimoterapi bersifat 'panas' dan ini menyebabkan ramai pesakit mengalami simptom atau kesan sampingan umum. Contohnya, keguguran rambut, loya, pening, demam, muntah, anemia, lemah/letih dan kerosokan organ normal lain. Kesimpulannya, matlamat utama kimoterapi adalah bukan membunuh secara terus sel kanser, namun ia lebih kepada pengawalan pertumbuhan kanser dan pada sama memprogramkan sel kanser tersebut mati secara sendiri demi memanjangkan JANGKA HAYAT pesakit. Bagaimana pula dengan keberkesanan Vitamin B17 seperti yang didakwa ?


Tindak balas Laetrile/ Amuygdalin terhadap sel kanser 


Vitamin B17 memiliki struktur yang agak unik mengikut perkiraan saya. Ia merupakan ikatan Glukosida yang terkunci ketat dan memiliki 2 cabang Glukosa yang mengikat satu elemen Cyniade dan satu element Benzeldehdye. Kesemua elemen ini terkunci ketat dalam alam dan ia sukar dileraikan kerana sememangnya sifatnya yang sedemikian rupa. Sianida ( Cynide ) adalah toksik, begitu juga Benzeldehdye. Cyniade adalah elemen kimia yang sangat toksik dan beracun. Bersama dengan Benzeldehdye, ia adalah 100 kali lebih toksik dan mampu membunuh setiap hidupan dalam beberapa minit sahaja. Namun, berbeza dengan Amygdalin, memandangkan ia terkunci ketat, maka ia dikategorikan tidak aktif dan sama sekali tidak mengancam hidupan yang mengambilnya. Menurut teori Ernst. T, Jr, beliau berjaya membuktikan bahawa Laetrile yang dicipta olehnya mampu bertindak dengan membunuh sel kanser secara terus. Setelah diserap oleh tubuh, Laetrile akan menuju ke sel kanser dan target ke arahnya. Ini akan merungkaikan ikatan Glukosida yang terdapat di dalam Laetrile, sekaligus membebaskan elemen Cyanide dan Benzeldehdye. Apa yang lebih menarik, hanya sel kanser sahaja yang mampu berbuat demikian. Mengapa ? Ini kerana sel kanser memiliki satu rantaian gula yang digelar Beta-Glucosidase. Ia adalah sejenis enzim yang secara umumnya majoriti terdapat di dalam sel kanser bebanding sel normal lain. Enzim ini sangat berkuasa malah dikatakan menjadi antara senjata utama dalam kebanyakan patogen termasuk bakteria. Di dalam kes kanser, ia dikatakan menguraikan ikatan Glukosida yang terikat kuat antara Glukosida-Cynide-Benzeldehdye. Ini sekaligus membebaskan elemen Cynide dan Benzeldehdye secara terus ke arah sel kanser dan membunuh sel kanser tanpa syarat! Lebihan elemen Cynide yang tertinggal akan dineutralkan oleh enzime semula jadi badan yang dikenali sebagai Rhodenase kepada Thiocyanate. Manakala Benzeldehdye pula dineutarlkan oleh oksigen dan ditukarkan kepada Benzoic Acid. Teori dan penjelasan yang dikemukan oleh Ernst T. Krebs Jr inilah yang menyebabkan penggunaan Laetrile sebagai penawar kanser bagai pisang goreng panas kerana ia digunapakai sehingga 70 000 pesakit kanser di USA pada tahun 1978. Namun, ia kemudiannya diharamkan penggunaannya oleh FDA kerana dakwaan keracunan Cynide yang akut dan kronik. Ini terjadi apabila, beberapa kajian menunjukkan bahawa keracunan Cyanide boleh terus terjadi di perut apabila ia dimakan terus akan menukarkan Amygdalin secara terus kepada Hydrogen Cyanide yang sangat toksik. Ini memnyebabkan populariti Amygdalin dan Laetrile sebagai penawar kanser dikecam hebat dan ia dikategorikan sebagai 'kepercayaan karut dunia perubatan. Mereka mendakwa bahawa ia hanya salah satu daripada tindakan placebo yang mempengaruhi keberkesanan Amygdalin terhadap pengguna.

Namun demikian, ada juga segelintir  yang mendakwa bahawa Amygdalin tidak akan ditukar kepada Hydrogen Cyanide secara bebas di dalam tubuh badan dan lebihan Cyanide tersebut dineutralkan kepada Thiocyanate. perlu diingatkan bahawa Thiocyanate masih lagi bertoksik kepada tubuh walaupun dalam dos yang kecil. Terdapat juga kajian lain yang menunjukkan bahawa, Cyanide bukan agen utama dalam proses pembunuhan sel kanser seperti yang didakwa oleh Ernst T. Krbes, Jr. Kajian terbaharu menunjukkan bahawa elemen Benzeldehdye adalah kunci kepada tindakan ini. Walaupun saya gagal mendapatkan sumber sahih dari mana dakwaan ini dipetik, namun terdapat satu lagi pendapat yang mendakwa bahawa Vitamin B17 adalah selamat diambil oleh manusia. Pendapat paling sahih yang menyatakan bahawa pengambilan Laetrile, Amygdalin atau Vitamin B17 selamat diambil oleh manusia ialah kekuatan satu puak di sebuah kawasan pergunungan di Pakistan. Mereka mendapat sumber utama Vitamin B17 melalui aprikot yang banyak ditanam di sana. Mereka adalah puak Hunza, juga dikenali sebagai Hunzakuts. Menetap di Hunza Valley yang di kawasan pergunungan di utara Pakistan dan merangkumi beberapa banjaran Himalaya pada ketinggian kira-kira 2500 meter. Apa yang menarik perhatian penyelidik, termasuk saya juga secara peribadi, mereka merupakan satu-satunya bangsa tunggal di dunia yang bebas daripada kanser sejak 1000 tahun lalu dan memiliki jangka hayat terpanjang di dunia, diiktiraf oleh Guiness Book World Record.



Puak Hunza, puak kekal abadi Banjaran Tinggi

Agak memeranjatkan namun, hakikatnya, mereka disahkan tidak menghidapi kanser malah sama sekali tidak pernah mendengar perkataan kanser semenjak 900 yang lepas! Dengan purata usia 120 tahun, menjadikan mereka memiliki jangka hayat terpajang di dunia. Ini memeranjatkan penyelidik sehingga beberapa ekspedisi ke Hunza Valley dilakukan. Antara ekspedisi terkenal pernah dilaporkan ialah J.I Rodale yang menulis buku sebuah buku dinamakan The Healthy Hunzas pada tahun 1955. Beliau kagum dengan gaya hidup puak Hunza yang mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan organik, bebas racun perosak, racun rumpai dan baja kimia. Selain itu, puak Hunza juga menjadikan aprikot dan bijinya sebagai diet harian mereka. Mereka memakan aprikot segar selama 3 bulan beserta bijinya semasa musim aprikot berlansung dan baki 9 bulan berikutnya, mereka memakan aprikot kering. Di Hunza Valley, aprikot digelar sebagai Permata Hunza kerana ia merupakan salah satu daripada ribuan sumber alam yang mampu mencegah penyakit. Tidak hairanlah Hunza Valley sering mendapat gelaran Land Of Apricot, King of Apricots, Gold of Hunza dan sebagainya. Puak Hunza memakan aprikot sebanyak 10-30 biji berbanding bangsa lain didunia. Ironinya, mereka memakan aprikot beserta bijinya dan ini menimbulkan persoalan yang menjadi tanda tanya. Sekiranya benar Amygdalin atau Vitamin B17 yang terkandung di dalam aprikot itu mampu membunuh manusia dalam sekelip mata, maka mengapakah mereka dengan yakin terus menerus memakan aprikot beserta bijinya tanpa pernah dilaporkan sebarang kes keracunan Cyanide dalam kalangan puak Hunza sehingga kini ? Persoalan ini menjadi tanda tanya terbesar dalam kronologi perubatan kerana ia seolah-olah tidak masuk akal kerana puak ini masih boleh menjalani kehidupan normal setelah menelan berpuluh biji aprikot yang sememangnya terkandung Vitamin B17 di dalamnya. Kisah kehidupan abadi puak Hunza yang bebas kanser dan memiliki jangka hidup terpanjang bukan sahaja menjadi buah mulut ramai. Ia diterbit dan diulas dalam berpuluh jurnal, majalah malahan artikel perubatan moden terutama di negara Barat yang kagum dengan kelansungan hidup puak ini. 

Namun, tidak dinafikan bahawa terdapat juga pihak yang mendakwa bahawa kehidupan kekal abadi puak Hunza dipengaruhi dengan cara hidup mereka yang bebas daripada pencemaran. Tidak dinafikan, mereka hidup di kawasan tanah tinggi, mendapat udara segar, menikmati sumber air pergunungan, buah-buahan dan sayur-sayuran ditanam bebeas racun perosak dan 100% organik juga menghadkan kenderaan di kawasan pengunungan. Ini merupakan salah satu faktor kepada kesihatan kekal abadi mereka yang bebas kanser. Sebaliknya pendapat ini disangkal kerana umum mengetahui terdapat sebuah negara di dunia yang sangat mementingkan kualiti hidup. Wujud di dalam kesesakan bangunan konkrit, menjadikan alkohol sebagai salah satu pesta keraian dan hidup yang mengejar masa dan tekanan melampau. Ia adalah Jepun, negara metropolitan yang maju namun masih menyimpan rekod terendah kadar penghidap kanser bagi kategori negara di dunia. Dipercayai bahawa, amalan meminum teh hijau yang kaya dengan Catechin, tanpa mengira waktu menjadi kunci utama kepada bangsa ini untuk terus menikmati kehidupan yang sihat. Mereka juga memakan makanan yang segar terutama sushi. Ikan salmon dan tuna segar juga dijadikan santapan wajib kerana salmon merupakan sumber sekunder utama Astaxanthin, antioksida terkuat pernah wujud di muka Bumi. Tekanan hidup mereka seolah-olah dipulihkan dengan pengambilan makanan berasaskan organik dan segar. Seperti puak Hunza, kemungkinan faktor makanan menjadi penyumbang utama kepada pencegahan kanser dengan mengambil aprikot beserta bijinya.




Misteri yang bakal berkesudahan!


Setelah membaca secara terperinci apa yang ditulis, kini terdapat satu persoalan yang muncul, apakah relevan penggunaan Vitamin B17 dalam rawatan kanser ? Adakah ianya masih boleh ditimbangtara sedangkan banyak kajian menunjukkan bahawa Amygdalin yang terkandung di dalam biji aprikot, juga termasuk bentuk sintetiknya yang dikenali sebagai Laetrile boleh menyebabkan keracunan Cyniade ? Adakah praktikal pengambilan Vitamin B17 secara oral atau suntikan ? Adakah ianya benar satu konspirasi yang digelapkan atau hanya sebagai satu kepercayaan karut perubatan yang disengajakan dalam mengaut publisiti murahan dan alternatif merawat kanser ? Persoalan ini bakal dijawab oleh saya dan nantikan bahagian terakhir misteri pembongkaran Vitamin B17!

p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI. 

Tiada ulasan: