Aprikot & Biji
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada anda semua. Apa khabar anda di sana ? Diharap anda sihat sejahtera dan jaga kesihatan anda memandangkan ketika ini cuaca sedikit tidak menentu. Baiklah, tanpa membuang masa lagi, saya akan memulakan sesi pembongkaran Vitamin B17 kita yang menjadi bahagian terakhir dalam sesi pembongkaran kita pada kali ini. Diharap anda telah bersedia memandangkan selepas tamatnya ayat terakhir di dalam entri ini, ia terpulang kepada anda untuk menilai sejauh mana info dan ulasan yang telah dibuat oleh saya mengikut sumber dan informasi yang telah dipetik oleh saya. Teruskan pembacaan anda!
Di dalam entri lepas, saya telah menerangkan secara ringkas bagaimana agen kimoterapi dan juga Vitamin B17 bertindak. Saya juga telah menyentuh sejarah penemuan Vitamin B17 yang penuh dengan kontroversi dan dakwaan yang menyatakan bahawa keracunan Cyanide yang sangat berisioko terjadi setelah mengambil Vitamin B17. Selain itu pelbagai lagi info-info yang boleh dibaca oleh anda dan dinilai sendiri adakah ianya satu kebenaran, penipuan terancang atau provokasi yang penuh dengan kontroversi berkaitan penemuan bahan ini. Kisah dan misteri ini menjadi lebih hangat setelah penghasilan komponen sintetiknya yang didakwa 'selamat' oleh seorang individu ternama yang memiliki sejarah perubatan yang dipertikaikan. Namun, kali ini saya akan memasuki fasa terakhir dalam sesi penghuraian misi ini. Sepanjang pembacaan yang lepas, satu soalan yang mungkin muncul di dalam fikiran anda, adakah relevan rawatan memerangi kanser dengan mengaplikasikan Vitamin B17 ? Sekira ianya relevan, apakah bukti mahupun fakta yang menunjukkan bahawa ianya adalah dibenarkan dalam dunia perubatan ?
Memandangkan Amygdalin/ Vitamin B17 diharamkan oleh FDA di USA dalam digunapakai sebagai agen merawat kanser, maka hanya terdapat beberapa negara sahaja di dunia ini yang melangkaui saranan dan garis panduan FDA ini. Ia adalah Mexico, sebuah negara membangun yang bersempadan dengan USA di selatan. Sebagai sebuah negara yang memiliki persamaan beberapa budaya di selatan USA, negara ini membenarkan penggunaan Vitamin B17 sebagai agen penyembuh dalam rawatan kanser. Terdapat beberapa hospital di negara tersebut yang menjadikan Amygdalin sebagai penawar ajaib dalam memerangi penyakit ini. Antara yang paling terkenal adalah sebuah hospital swasta, Oasis of Hope. Ia mendapat jolokan 'New Hope' bagi pesakit kanser yang mendapatkan rawatan di sini. Apa yang lebih memeranjatkan adalah majoriti daripada pesakit yang mendapatkan rawatan di sini datang negara luar termasuk USA sendiri! Apakah yang menjadikan institusi perubatan di sini sangat unik sehingga mendapat tempat dalam kalangan pesakit kanser ?
Contreras Metabolic Integrity Therapy ( CMIT )
Ini kerana, hospital ini menggunapakai kaedah alternatif dalam merawat kanser disamping penggunaan agen kimoterapi. Rawatan alternatif yang digunapakai berdasarkan regim atau protokol yang direka sendiri oleh pengasas hospital ini, mendiang Dr Francisco Contreras. Lebih mengujakan, ia menjadikan Amygdalin/ Laetrile sebagai salah satu agen dalam rawatan alternatif yang digunakan. Apa yang menarik perhatian saya ialah, hospital ini menitikberatkan aspek penjagaan pesakit dari gaya hidup mereka, rawatan sehinggalah kepada rawatan berasaskan pemulihan semangat ( hope ). Hospital ini mengaplikasikan sejenis protokol rawatan berasaskan holistik dan moden yang dikenali sebagai Contreras Metabolic Integrity Therapy ( CMIT ). Ia terdiri daripada 9 regim utama yang perlu dilalui pesakit dalam mendapatkan rawatan di sini. Namun, antara 9 jenis yang utama, saya paling tertarik dengan rawatan yang menggunapakai Megadose Vitamin C, Laetrile Treatment dan juga Neutraceutical & Supplements Treatment. Rawatan berasaskan Vitamin C digunakan kerana ia menjadikan kuasa antikoksida Vitamin C dalam membunuh sel kanser. Rawatan Laetrile yang digunakan pula adalah berasaskan suntikan yang menjadikan elemen Cyanide didalamnya dalam membunuh tersu sel kanser. Kemudian, pesakit akan menjalani rawatan berasaskan nutrisi dan supplement. Regim supplement yang digunakan amat menarik perhatian saya kerana percaya atau tidak, mereka menjadikan Melatonin, Fish Oil, Vitamin D, Milk Thistle, Curcumin dan juga Green Tea Extract sebagai antara komponen utama dalam merawat, juga membunuh sel kanser dan mengembalikan kualiti pesakit pada masa yang sama. Kesemua antioksida ini terbukti dalam ratusan kajian saintifik yang menyokongnya sebagai antara penawar kanser terulung ekoran kuasa antoksida yang dimilikinya. Disini, saya melihat bahawa rawatan alternatif dan holistik yang menggunapakai sumber berasaskan semulajadi, antoksida, Laetrile dan juga moden membantu dalam memberikan lebih harapan kepada pesakit untuk sembuh. Selepas rawatan, sesetengah pesakit dibekalkan dengan supplement Vitamin B17 ( Amygdalin ) untuk membunuh cebisa-cebisan sel kanser aktif yang masih wujud di dalam badan mereka dengan pemantauan yang sangat rapi. Ini penting kerana ia bagi mengelakkan keracunan Cyanide terhadap diri pesakit. Maka, tidak hairalah lebih daripada 100 000 pesakit kanser yang telah datang ke institusi perubatan ini, 50% daripada mereka berjaya memiliki kelansungan hidup yang bermakna kerana kebanyakan daripada mereka datang setelah kanser merebak di Tahap 3 dan Tahap 4.
Kebenaran yang telah terbongkar
Setelah membaca secara terperinci apa yang ditulis di atas, apakah pandangan saya ? Saya berpendapat bahawa Vitamin B17/ Amygdalin/ Laetrile adalah terbukti dalam membunuh sel kanser SEKIRANYA kaedah yang digunakan adalah benar dan sahih. Ini bagi mengelakkan keracunan Cyanide yang akut terhadap pengguna. Ia memerlukan pengawasan pakar dan doktor yang benar-benar terbuka dalam menerima rawatan berasaskan unsur alam ini. Ini bagi memastikan agar pesakit tidak menerima kesan sampingan lain dalam menggunapakai sumber alam ini. Namun, ia hanya sekadar pandangan pribadi saya. Terpulang kepada anda untuk menilai kerana kita berusaha dan hanya Tuhan yang menentukan. Saya ingin menegaskan bahawa, apa yang telah ditulis oleh saya sepanjang 4 bahagian topik ini, ia hanyanlah pandangan peribadi saya dan hanyalah satu panduan atau informasi asas, bukan sebagai panduan utama yang boleh dicedok 100% dalam kehidupan seharian anda. Terima kasih
p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan