Melatonin
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada anda semua. Bertemu kita kembali setelah sekian lama saya tidak mengemaskini dan mengepos entri terbaharu di blog ini. Beberapa minggu ini saya sedikit sibuk kerana membantu saudara-mara saya meraikan raja sehari di rumah datuk saya. Maka, kami semua amat sibuk dalam membuat persiapan kerana ia penting dalam menjadikan hari tersebut sebagai antara hari paling bermakna kepada pasangan mempelai. Ini menyebabkan kami kurang tidur dan kepenatan hampir sepanjang hari. Walaupun majlis berlansung sehari, namun kesan keletihan masih terasa sehingga beberapa hari. Baiklah, berbalik semula kepada topik perbincangan kita hari ini, Melatonin. Saya yakin ramai di luar sana yang tidak pernah mendengar istilah/ nama ini. Sebagai seorang pelajar yang mempunyai latar belakang perubatan, saya amat menitikberatkan peranan Melatonin dalam kehidupan seharian saya. Namun demikian, masih terdapat juga dalam kalangan individu yang datang dari latar belakang perubatan tidak memandang serius perkara ini malah ada juga yang tidak mengetahui tentang kewujudan Melatonin ini! Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Melatonin ini? Tanpa membuang masa lagi, teruskan pembacaan anda.
Circadian Rhythm
Melatonin merupakan sejenis sebatian kimia yang dikategorikan sebagai hormon yang terdapat di dalam beberapa jenis tumbuahn, mamalia dan manusia. Di dalam tubuh manusia, ia dihasilkan oleh otak dalam mengawal ritma sirkadian ( Carcadian Rhythm ). Antara peranan ritma sirkadian yang terpenting adalah proses tidur dan bermimpi. Melatonin dihasilkan secara semulajadi oleh kelenjar Pineal yang terletak di bahagian tengah otak. Ia sangat unik kerana kemampuannya dalam merentasi Rintangan Darah Otak ( BBB ) dan merangsangkan mood tidur seseorang. Selama bertahun lamanya, penyelidik beranggapan bahawa Melatonin hanya berfungsi sebagai hormon biasa yang membantu tidur, namun semua itu berubah takala ia menunjukkan sifat antioksidanya dalam melakukan lebih daripada apa yang disangkakan.Sehingga kini, ia merupakan SATU-SATUNYA hormon yang bertindak sebagai antioksida di dalam tubuh badan manusia. Apakah keunikan Melatonin sehingga ia digelar Night Hormone ( Hormon Malam ) dalam kalangan penyelidik? Pelbagai kajian dilakukan dalam melihat keberkesanan Melatonin terhadap kesihatan. Antaranya kesan perlindungan terhadap otak, salur darah dan sebagainya. Namun begitu, bagaiamanakah Melatonin bertindak ke atas badan terutama semasa tidur? Persoalan ini akan dikupas oleh saya untuk anda melihat sejauh mana kepentingan bahan berkuasa ini terhadap kesihatan kita.
Melatonin dihasilkan oleh kelenjar Pineal pada malam hari
Tubuh badan memiliki lebih daripada 1001 rahsia yang masih lagi menjadi pertanyaan dan persoalan terhadap para panyelidik. Masih banyak rahsia yang tidak mampu dirungkai oleh kita sehingga hari ini. Antara yang menjadi tanda tanya termasuklah peranan apendiks, rongga sinus dan juga limpa. Melatonin juga tidak lari daripada rahsia yang masih tersimpan ini. Namun begitu, semenjak beberapa dekad yang lepas, para penyelidik mula mencari peranan Melatonin dalam merungkai rahsia tidur. Mereka pada mulanya beranggapan bahawa Melatonin adalah hanya sejenis hormon biasa yang membantu dalam proses tidur namun itu semua menjadi satu anjakan paradigma yang dalam mengkaji sebatian berkuasa ini. Melatonin sangat unik kerana ia hanya 'keluar' ketika malam hari dan di dalam kondisi yang gelap. Proses pengeluarannya akan terhenti sekiranya terdapat kehadiran cahaya. Walaupun tidak dapat dipastikan apakah yang mendorong kelenjar Pineal merangsangkan pengeluaran Melatonin di malam hari, namun ia dikaitkan dengan ritma sirkadian yang mengawal fungsi biologi badan dari bermula terbitnya siang hari dan terbenamnya mentari. Ia merupakan kitaran normal kehidupan seseorang manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Apabila malam hari menjelang, kelenjar Pineal secara automatik mula merembeskan Melatonin. Ia dirembeskan dalam kuantiti yang sangat kecil dan merentasi BBB untuk mempengaruhi otak agar memasuki mood tidur. Proses ini berlaku sekitar jam 9pm/10pm setiap hari dan ini menjelaskan mengapa anda akan mula berasa lebih tenang dan menguap pada malam hari! Hormon ini dirembeskan sehingga jam 7.30AM/ 8AM yakni hampir 12 jam sehari.
Melatonin mencapai kemuncak penghasilannya sewaktu jam 2AM dan beransur hilang bermula jam 4AM dan sepenuhnya hilang ketika matahari mula terbit di keesokan hari pada jam 7.30AM/ 8AM. Semasa Melatonin dirembeskan, ia mula memainkan peranannya dalam membaik pulih sel-sel yang rosak semasa di siang hari. Ia berfungsi menyingkirkan toksik, membaik pulih dan merejuvinasikan sel-sel kulit, membunuh sel-sel abnormal termasuk sel kanser dan bersama Glutahione, ia berfungsi dalam mendetoks hati dengan lebih mendalam. Selain itu, Melatonin juga membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan melindungi sel-sel otak daripada kerosakan degenarasi. Kerosakan degenerasi adalah antara faktor yang dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan termasuk Rheumatoid Arthritis, Parkinson dan Alzheimer. Sejauh mana dakwaan ini masih menjadi perdebatan dalam kalangan penyelidik, namun beberapa kajian menunjukkan bahawa signifikan Melatonin dalam fungsi normal fisiologi badan di malam hari tidak boleh dipandang enteng.
Melatonin hanya keluar dan aktif pada waktu malam ketika anda sedang tidur
Namun begitu, apa yang ingin saya sentuh di sini ialah TINDAKAN yang wajar diambil berat oleh kita dalam menjadikan penghasilan Melatonin di malam hari adalah berkualiti. Ini kerana, gaya hidup yang moden ketika ini sedikit sebanyak telah mencalar mengganggu peranan Melatonin di malam hari. Mengapa? Tahukah anda bahawa Melatonin hanya akan dirembeskan ketika keadaan BENAR-BENAR GELAP sahaja? Kehadiran dan pendedahan kepada cahaya walaupun selama 1 minit akan menghentikan terus pengeluaran Melatonin badan. Intisari ini yang menjadi topik paling asas perbincangan saya dalam entri ini. Ini kerana, ketika malam hari menjelang, Biological Clock yang terlibat sama dalam proses penghasilan Melatonin akan mengarahkan Melatonin yang bakal dihasilkan peka terhadap keadaan gelap melalui saraf yang terdapat di mata. Mata akan mengesan ketidakhadiran cahaya dalam untuk dijadikan sebagai isyarat asas kepada penghasilan Melatonin. Apabila keadaan gelap dikesan, maka kelenjar Pineal akan mual merembeskan Melatonin ke dalah darah. Melatonin belegar ke setiap bahagian tubuh badan termasuk otak dan hati yang merupakan antara organ paling banyak terkumpulnya hormon ini. Secara ringkas, Melatonin bekerja selama 6-8 jam sehari dalam membaik pulih sel-sel badan yang rosak.
Sehingga kni tidak diketahui secara jelas sejauh mana peranan Melatonin terhadap kesihatan selain daripada perannya semasa tidur. Namun, beberapa kajian saintifk yang dijalankan semenjak 5-10 tahun lepas menunjukkan bahawa Melatonin mampu melakukan sebahagian daripada perkara-perkara sedemikian :
1) Sebagai jaringan imunisasi tubuh badan
2) Antipenuaan
3) Agen detoks semasa tidur
4) Mencegah penyakit degenerasi ( Alzheimer dan Parkinson )
5) Penyeimbang mood
6) Anti kanser
7) Perlindungan radikal bebas ( antioksida )
8) Mencegah obesiti
Signifikan anda harus menjadikan malam hari sebagai sebaik-baik waktu untuk berehat dan tidur di dalam keadaan yang benar-benar gelap adalah ia membantu tubuh anda untuk menjalani fungsi fisiologi secara normal. Kegagalan berbuat demikian akan mendedahkan diri anda kepada kecederaan yang serius tanpa kita sedari. Ini kerana, beberapa kajian menunjukkan bahawa kegagalan mendapatkan tidur yang mencukupi dan berjaga di malam hari akan mendedahkan diri kepada risiko kanser! Dakwaan ini timbul setelah pengamatan dan kajian beberapa jurnal perubatan di USA menunjukkan bahawa, 50-60% daripada wanita dan lelaki yang menghidapi terutama kanser payudara PERNAH dan MASIH bekerja di malam hari ( night shift ). Selain itu, kekerapan individu yang kurang tidur dan berjaga lewat malam juga memiliki berat badan yang tidak seimbang. Mereka juga kerap dan mudah diserang demam selesema dalam setahun dan ini menjelaskan mengapa sebahagian daripada teka-teki yang disimpulkan secara awal oleh penyelidik berkaitan peranan Melatonin dalam meningkatkan imunisasi seseorang.
Manfaat antioksida terhadap tubuh badan
Seperti Glutathione, Alpha Lipoic Acid dan CoQ10 yang dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh badan, paras pengeluaran Melatonin juga akan berkurangan sejajar dengan peningkatan usia. Ramai yang memandang rendah terhadap peranan Melatonin di usia remaja kerana kekerapan berjaga di lewat malam dan tidur kurang daripada 6-8 jam sehari akan mendedahkan diri kepada masalah kesihatan di usia tua kelak. Simptom ini tidak kelihatan semasa tubuh badan masih sihat, ini kerana kuantiti Melatonin yang dihasilkan semasa proses tumbesaran adalah tinggi. Namun, sekiranya amalan berjaga di malam hari dan tidur yang kurang dipraktikkan secara kerap, ini mengundang satu tentangan di dalam fungsi fisiologi badan. Ia diumpamakan seperti melawan arus positif yang dialirkan oleh badan dalam memadamkan arus negatif yang teraktif di dalam tubuh. Kegagalan mengikuti fungsi normal fisiologi tubuh dapat diumpamakan seperti bom jangka yang boleh meletus pada bila-bila masa. Namun begitu, timbul beberapa persoalan yang sering disalahtafsir oleh kebanyakan pihak. Menjadi lumrah masyarakat dalam menjatuhkan sesuatu hukum terhadap sesuatu perkara tanpa membuat soal selidik terlebih dahulu.
Peranan saya di sini bukan sahaja mahu memberi pandangan dan ulasana berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh saintis di Barat, namun saya ingin memberi pencerahan dan penejelasan dengan bersudut rohani dan agama. Saya masih melihat, masyrakat dewasa ini masih terikat dengan fahaman yang cukup sempit dalam menilai sesuatu perkara terutama berkaitan topik-topik kesihatan. Saya juga tidak menyalahkan mereka kerana setiap manusia melakukan kesalahan dan menjadi tanggungjawab kita memperbetulkan apa yang salah untuk kebaikan bersama. Dalam konteks Melatonin, saya berkali-kali menekankan pentingnya tidur di dalam gelap, tidak berjaga di lewat malam secara kerap dan mendapatkan tidur 6-8 jam sehari. Namun, ada persoalan yang mungkin timbul dalam kalangan pembaca sekalian berkaitan relevannya masa tidur yang mencukupi. Saya pernah menjelaskan secara terang-terangan peranan Melatonin terhadap kesihatan di beberapa laman sosial dan laman web namun amat mendukacitakan kerana ia mendapat respon yang negatif daripada pembaca di laman tersebut. Saya tidak menyalahkan mereka malah saya mengaggapnya sebagai satu cabaran untuk memberi lebih banyak penjelasan dan pencerahan terhadap isu kesihatan yang acap kali dipandang rendah oleh kebanyakan pihak. Ia berkaitan ibadah yang akan dilakukan di malam hari. Apakah penyelesaiannya?
Islam menuntut umatnya agar seimbang dalam mencari keredaan di muka Bumi ini. Setiap yang wajib dilakukan perlu dilakukan dan setiap yang harus mahupun sunat digalakkan dilaksankan untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan duniawi mahupun ukhrawi. Dalam konteks ibadah di waktu malam, terdapat hadis yang menyebut bahawa ibadah di waktu malam adalah antara galakkan paling utama dalam mendekatkan diri kepada Pencipta. Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, nabi bersabda :
"Allah turun ke langit dunia setiap malam pada 1/3 malam terakhir. Lalu Allah berfirman, Siapa yang berdoa kepada-Ku tentu Aku ampinu. Demikian keadaannya hingga terbit fajar"
Sekali imbas, hadis ini terang-terangan menyatakan bahawa kita sangat digalakkan agar melakuakn ibadat di malam hari yakni ketika 1/3 malam terakhir. Namun, terdapat sebuah lagi hadis yang menarik perhatian saya untuk diselidiki kerana ia seolah-olah berkait rapat dengan kajian yang dilakukan terhadap peranan Melatonin semasa tidur. Di dalam sebuah hadis yang lain, dari Jabir bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda :
"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kalian hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bejana serta makanan dan minuman kalian".
Hadis ini amat menarik perhatian saya kerana secara terang-terangan Baginda menasihatkan umatnya agar tidak menjamah makanan dan minuman ketika malam hari kerana ia tidka baik untuk kesihatan. Ini dibuktikan dengan beratus kajian saintifik yang menyatakan bahawa amalan mengambil makanan selepas jam 7-8PM akan mengganggu fungsi hati dalam melakukan tugasnya untuk mendetoks tubuh badan semasa tidur. Selain itu, ia akan meningkatkan risiko hati berlemak dan masalah peningkatan brat badan yang melampau. Namun, signifikan lampu-lampu dimatikan pada waktu malam seolah-olah mencungkil dan dikaitkan dengan kajian yang menyatakan bahawa Melatonin hanya keluar pada waktu malam dan hanya bertindak semasa keadaan benar-benar gelap. Terdapat perkaitan antara kajian yang dilakukan oleh saintis dan intisari hadis Baginda. Saya tidak mahu menidakkan atau bersetuju dengan dakwaan saintis dan penyelidik kerana mereka juga mungkin boleh melakukan kesalahan dalam kajian mereka atau kajian mereka masih di peringkat awal.
Berbalik pula kepada topik perbincangan kita, kajian menunjukkan bahawa amalan tidur 6(min) - 8(max) jam sehari adalah waktu terbaik dalam membaik pulih sel-sel dan merawat badan. Namun timbul persoalan yang menyatakan kajian sedemikian karut kerana ia akan mengganggu masa untuk seseorang beribadat di malam hari. Sekiranya kita lihat secara lebih terperinci, Rasulullah bersabda bahawa 1/3 malam terakhir adalah waktu paling digalakkan beribadat dan ini mencungkil satu lagu misteri iaitu adakah kajian sedemikian benar-benar telus dan relevan? Untuk menjawab persoalan ini, mari kita fahami dahuku apakah yang dimaksudkan dengan 1/3 malam . Sebahagian ulama berpendapat bahawa 1/3 malam ialah jarak waktu diantara Isyak sehingga Subuh yang merupakan 9 jam dibahagikan kepada 3 jam waktu berbeza iaitu 1/3 malam awal, 1/3 malam pertengahan dan 1/3 malam terakhir. Ia bermula sekitar ( anggaran ) jam 8.30PM dan berakhir (anggaran ) pada jam 5.30AM. Ini bererti, 1/3 malam awal adalah bermula dari jam 8.30-11.30PM, 1/3 malam pertengahan bermula dari jam 11.30PM-2.30AM dan 1/3 malah ahir bermula dari jam 2.30AM-5.30AM .
Jika dilihat secara teliti, terdapat perkaitan antara ibadah di waktu malam yang digalakkan pada 1/3 malam terakhir dan masa yang diperuntukkan untuk tidur selama 6-8 jam sehari. Sekiranya benar, maka tidur seawal jam 10PM sehingga 4AM bersamaan dengan 6 jam dan ini menunjukkan bahawa ibadah di 1/3 malam akhir kurang terganggu kerana, bermula sekitar jam 4/4.30AM, paras Melatonin telah mula menurun ( tapering ) dan ketika ini, sel-sel badan berada pada keadaan yang segar dan bertenaga. Ini juga menjelaskan bahawa amalan mengulangkaji pelajaran seawal jam 4AM dan ke atas adalah waktu terbaik kerana fungsi otak berada di tahap tertinggi. Mungkin dalam kalangan anda masih ada yang perjudis terhadap topik yang dibincangkan oleh saya pada hari ini, namun ia terpulang kepada anda untuk menilai sejauh mana logik dan relevannya perkara ini kerana saya tidak mahu menidakkan mahupun mempersetujui apa yang dinyatakan di sini.
Berjaga di malam hari mendedahkan and kepada risiko kesihatan yang serius
Disamping itu, saya juga dihujani dengan beberapa soalan yang menyatakan bahawa sekiranya benar Melatonin itu penting dalam kehidupan seharian, maka bagaimanakah pula dengan pekerjaan yang memerlukan masa bekerja di malam hari? Anda tidak perlu risau kerana supplement beraasaskan Melatonin ada dijual dipasaran. Ia bermula daripada dos serendah 0.5mg sehingga 3mg dalam setiap kapsul. Kebanyakan produk Melatonin yang dijual di pasaran diesktrak daripada sumber bovine seperti lembu. Namun begitu, sekiranya anda alah terhadap produk berasaskan Lactose mahupun susu atau lembu, anda boleh memilih produk Melatonin sintetik yang lebih bertoleransi dan sesuai kepada mereka yang mengalami alahan terhadap sumber bovine. Anda harus mengambilnyan 30 minit sebelum tidur di bagi menggantikan paras Melatonin yang hilang semasa and aberjaga di malam hari. Sebagai contoh, anda bekerja sehingga jam 7AM dan akan mula tidur sekitar jam 8Am, makan anda perlu menhambilnya sekitar jam 7.30AM untuk membolehkan Melatonin mula bertindka ke atas tubuh badan anda. Walaubagaimanapun, sila pastikan anda benar-benar mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan atau ahli farmasi anda terlebih dahulu berkenaan dos yang perlu diambil kerana setiap individu memerlukan dos yang berbeza. Dos sekitar 0.5mg juga masih dikategorikan sebagai tinggi berbanding paras normal yang dihasilkan oleh badan.
Masalah Jet Lag dapat diatasi dengan pengambilan Melatonin
Selain itu, sekiranya anda seorang individu yang kerap merentasi zon waktu dengan menaiki kapal terbang ke sesebuah destenasi yang terdapat perbezaan 3-5 zon waktu berbeza, anda harus mendapatkan Melatonin. Ia dinamakan jet lag dan ini menyebabkan tubuh badan terpaksa me'reset' semula Biological Clock badan dalam mengadaptasi zon waktu yang baharu. Supplement Melatonin membantu anda dalam menangani masalah jet lag agar ia tidak menjejaskan tumpuan anda agar tubuh tidak terlalu letih atau 'tekejut' dengan zon waktu yang direntasi.
Ceri merupakan sumber alam paling tinggi kandungan Melatonin
Terdapat juga kaedah yang lebih holistik dalam membantu anda tidur dan meningkatkan paras Melatonin ke dalam darah. Ia boleh dilakukan dengan mengambil buah ceri. Ceri merupakan satu-satunya buah-buahan paling tinggi kandungan Melatonin dalam kategori buah-buahan di dunia. Ini menjelaskan mengapa kanak-kanak yang memakan ceri dengan kuantiti yang banyak mula berasa pening, mengantuk dan lebih mudah tertidur. Selain itu, makanan berasaskan koko asli juga membantu seseorang dalam mendapatkan Melatonin secara semulajadi berasaskan sumber alam. Ini kerana koko kaya dengan Tryptophan yang menjadi pelopor ( asas/ precursor ) kepada Melatonin. Maka Tidak hairanlah, individu yang banyak mengambil coklat akan berasa lebih tenang dan mudah berasa mengantuk, terutama coklat galap ( dark chocolate ). Walaubagaimanapun, sehingga kini, hanya AuraWhite Chocolate Indulgence sahaja yang benar-benar mengandungi ekstrak koko asli yang berkepekatan tinggi di pasaran negara ini.
Diharap, perkongsian ini dapat memabntu anda memahami serba sedikit berkenaan dengan peranan Melatonin dalam kehidupan seharian kita. Jagalah kesihatan anda dan tidurlah di dalam gelap, anda bakal merasakan kesannya. Selamat berhujung minggu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan