Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 6 November 2013

Detoks : Langkah & Pemilihan Yang Betul


Detoksifikasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan, juga Salam Maal Hijrah 1435 kepada semua pengunjung setia blog ini. Bersyukur kita dengan kehadrat-Nya kita masih bernafas dengan memulakan tahun baru ini dengan azam baru. Baiklah, telah agak lama saya tidak mengemaskini entri terbaharu di blog ini. Bersempena dengan tahun baru ini, saya akan mengepos satu entri yang saya yakin, ramai di luar sana menantikan kehadiran entri ini. Ini kerana saya kerap mendapat pertanyaan daripada pembaca di luar sana berkaitan topik yang bakal kita bincangkan ini. Baiklah, bagi memberi penjelasan secara terperinci berkaitan topik ini, saya akan mengulasnya dan sekiranya terdapat sebarang soalan, sila kemukan di ruangan komen tertera, saya akan berusaha menjawab setiap soalan anda.

Detoks dapat diistilahkan sebagai proses membuang dan menyahtoksin tubuh daripada tubuh. Ia merupakan satu proses pembuangan toksin keluar daripada badan. Terdapat beberapa jenis detoks seperti Alcohol detox, drugs detox, metabolic detoxification. Proses detoks merupakan satu proses yang agak kompleks untuk difahami secara ilmiah. Ini kerana ia melibatkan pelbagai disiplin ilmu yang bersumberkan fakta sahih serta pandangan beberapa pengamal perubatan dalam menyokong keberkesanan dan rasional proses ini dijalankan. Ramai yang bertanya kepada saya, adakah detoks perlu? Perlukah ia dilaksanakan sekiranya badan masih sihat? Bilakah ia perlu dilaksanakan? Apakah agen detoks terbaik? Berapa lama ia perlu dilaksanakan? Bagi menjawab persoalan ini, saya akan memberi sedikit keterangan secara dasar terhadap proses detoks dalam membantu anda memahaminya sebelum saya menjawab pelbagai soalan yang telah dikemukan.


Lindungi dan sayangilah hati anda


Menurut pandangan pengamal perubatan holistik terkemuka USA, Dr. Joseph Mercola, detoks adalah perlu kerana ia merupakan satu kemestian dalam mendapatkan semula tenaga badan dan mengecas semula sel badan yang layu dan hampir mati. Ia perlu kerana setiap hari, kita hidup dalam persekitaran yang tercemar. Adakah kita yakin bahawa makanan yang diambil oleh kita seharian bebas racun perosak, bukan GMO, ternakan yang disuntik antibiotik, peralatan rumah bebas bahan pencetus kanser ( karsinogen ), makanan berkalori dan kolesterol tinggi juga sumber air bersih yang bebas klorin? Tidak dinafikan bahawa, tubuh badan memiliki mekanisma detoksnya yang tersendiri. Tubuh badan manusia amat unik kerana ia mampu menjalankan proses detoks secara semulajadi. Hati adalah organ detoks badan yang paling penting kerana tahukah anda, hampir sepenuhnya proses detoks badan dijalankan oleh hati? Setiap apa yang dimakan, diminum dan diambil oleh kita termasuk melalui suntikan akan melalui hati untuk dimetabolismakan. Apakah kaitan antara metabolisma dan detoks ?



Ubat-ubatan adalah antara bahan paling banyak d
itapis dan dimetabolasikan oleh hati

Setiap benda yang memasuki badan akan ditapis oleh hati. Sesetengah bahan ( majoriti ubat-ubatan ) perlu dimetaboliskan oleh hati agar ia menunjukkan kesan positif yang diingini dan menjadikan ianya mudah disingkirkan dari tubuh badan kelak. Semasa proses metabolisma ini berjalan, proses detoks juga berjalan dan prinsip detoks digunapakai kepada bahan lain seperti makanan dan minuman. Toksin wujud di sekeliling kita. Ia terdiri dan terkandung di dalam makanan, minuman, peralatan rumah dan sebagainya. Apabila kita menghidu dan mengambilnya secara oral, ia akan sebati dengan darah. Namun, tubuh badan amat bijak dan memiliki sensitiviti yang jitu dalam memproses keluar semula toksik yang memasuki badan. Maka disinilah peranan hati bertindak dalam meneutralkan semula darah yang tercemar. Hati akan menapis darah dan menjadikan darah yang telah ditapis bersih untuk digunapakai semula oleh organ badan lain. Namun begitu toksik yang telah termendap di hati akan menyebabkan hati mulai layu dan lemah. Ia akan menggangu fungsi hati dan ini menyebabkan hati terbeban. Bagi mengatasi masalah ini, hati akan mengaktifkan benteng pertahanan kedua dalam membaik pulih sel hati secara automatik. Ia akan menggunakan Glutathione yang dihasilkan secara semulajadi di hati sendiri. Glutathione unik kerana ia bukan sahaja dihasilkan oleh hati malah ia berfungsi menyahtoksik sel hati daripada toksik yang termendap di hati sendiri. Inilah yang menjadikan hati sangat penting dalam proses detoksifikasi seharian manusia dan untuk itu penting untuk kita menjaga kesihatan hati.


Peringkat kerosakan hati


Satu fakta yang ramai memandang rendah namun ia adalah fakta utama yang harus kita tanamkan dalam ingatan kita ialah, seseorang individu tidak akan menunjukkan kesan kerosakan hati walaupun hati mereka telah mengalami kerosakan 70%-80%! Simptom kerosakan hati akan terserlah apabila pigmen kulit dan mata berwarna kekuningan dan perut yang membusung. Mengapa ia mengambil masa yang lama? Ini kerana, walaupun hati rosak, sel hati masih aktif dalam menghasilkan sel baharu. Sel baharu berfungsi dalam menghasilkan Glutathione yang dianggap sebagai penyelamat No.1 hati. Namun begitu, seiring dengan peningkatan usia, paras Glutathione akan berkurangan dan keadaan ini akan lebih aktif apabila pengambilan ubat-ubatan terutama Paracetamol ( Panadol ) secara berpanjangan diamalkan oleh seseorang. Setelah hati mulai layu, dan sel hati baharu semakin berkurangan, ini akan menyebabkan beberapa kecil peratusan toksik terlepas dan kembali semula ke dalam darah. Hati masih menyimpan mendapan toksin, namun ia tidak mampu bertahan lama. Simptom hati terbeban menunjukkan bahawa hati seseorang individu telah mula terganggu dan ini menjadikan keadaan bertambah parah. Simptom seperti :

1) Keletihan melampau walaupun telah mendapatkan tidur 7-8 jam sehari
2) Sengal dan kebas
3) Sering mengantuk dan kecenderungan tidur yang tinggi terutama selepas menjamu makan tengah hari
4) Sakit belakang
5) Kesakitan otot dan sengal
6) Mata letih, berair dan kepenatan
7) Air kencing yang berbau dan bewarna gelap walaupun telah mengambil lebih 3 liter air kosong sehari
9) Bengkak di bahagian kaki terutama buku lali dan tumit
10) Wajah yang kusam
11) Jerawat
12) Keguguran rambut
13) Kulit merengsa dan ruam juga sangat sensitif
15) Ekzema
16) Mata dan pigmen kulit bewarna kekuningan
17) Perut membusung



Keletihan melampau merupakan salah satu simptom hati terbeban

Sekiranya anda mengalami salah satu atau beberapa faktor di atas, hati anda mungkin telah terbeban! Bagaimana mahu mengatasinya? Di sinilah peranan detoks muncul dan untuk itu kita memerlukan bantuan luar. Tetapi adakah masalah hati terbeban hanya disumbangkan dengan kemasukan toksin dan bahan kimia berbahaya ke dalam badan? Soalan ini selalu diajukan kepada saya dan ingin saya ingatkan kepada anda semua, gaya hidup juga memainkan peranan dalam prestasi dan kesihatan hati anda. Terlalu banyak mengambil makanan berlemak, makan lewat ( melebihi jam 7 malam dan ke atas ) makanan berindeks glisemik ( gula ) tinggi, minuman beralkohol, merokok, stress, kerja keterlaluan, tidur kurang dari 7-8 jam sehari dan tidur lewat juga menyumbangkan kepada masalah hati terbeban

Semua faktor di atas menyumbangkan kepada masalah hati dan hati terbeban. Oleh yang demikian, beberapa toksin yang termendap atau perlu ditapis oleh hati akan terlepas. Ini akan menyebabkan darah akan tercemar dan membawa bersama lebihan toksin yang perlu dikedap. Ia seterusnya akan dimendapkan di beberapa bahagian badan seperti sendi tulang, kulit dan liang roma yang terdapat di beberapa badan. Namun demikian, tidak semua toksin yang dihidu atau disedut masuk ke dalam tubuh akan melalui hati. Beberapa bahan bertoksik seperti logam berat plumbum dan merkuri akan meresap terus ke dalam tulang. Ini kerana logam sedemikian memiliki kelebihan dalam meniru fungsi seakan-akan kalsium. Ini yang menjelaskan mengapa detoks yang mengfokuskan kepada hati sahaja tidak mencukupi. Detoks yang melibatkan darah juga adalah perlu kerana darah dapat mengapai beberapa bahagian di dalam organ yang tidak dapat dilakukan oleh hati. Setelah anda memahami dengan jelas apakah peranan hati kepada tubuh, pasti kita akan tertanya-tanya apakah kaedah detoks paling berkesan? Bagi menjawab persoalan ini, teruskan pembacaan anda.



Milk Thistle


Milk Thistle

Seperti yang saya poskan dalm entri yang lepas, terdapat pelbagai manfaat dan kelebihan yang terletak dalam sejenis herba yang telah digunakan semenjak ribuan tahun lalu di Eropah. Ia adalah Milk Thistle, sejenis herba bermusim tahunan yang sangat bernilai. Ia mengandungi sejenis Flavonoid yang dikenali sebagai Silymarin. Silymarin memainkan peranan yang sangat mujarab dalam mendetoks hati kerana ia bukan sahaja memiliki sifat antioksida, malah ia berkesan meregenerasikan sel hati agar menjadi sel baharu. Ia sering ditag sebagai tonik hati No.1 kerana kemampuannya dalam membaik pulih sel hati, mendetoks dan menutralkan beberapa jenis toksin yang termendap di dalam hati dan melindungi sel hati daripada jangkitan virus Hepatitis dan kanser. Disebabkan ia membawa sifat pelindung hati yang sangat kuat, maka ia menjadi pilihan bagi kebanyakan pengamal perubatan tradisional dalam merawat masalah hati terbeban, detoks hati dan mengurangkan kesan toksik akibat pengambilan alkohol yang berlebihan. Berbeza dengan sesetengah herba seperti Ganoderma ( Ling Zhi ), Silymarin adalah larut air. Maka kurang kesan sampingan dan mudah dibuang melalui saluran kecing dan tidak membebankan ginjal. Apa yang lebih menarik, Milk Thistle sehingga kini merupakan satu-satunya herba yang mampu meningkatkan paras Glutathione badan secara semulajadi. Ia dipercayai kesan antioksida yang dibawa oleh Silymarin yang terkandung di dalamnya. Maka tidak hairalah, Milk Thistle mampu melakukan dua peranan dalam satu masa, membaik pulih dan mendetoks hati juga meningkatkan paras Glutathione badan untuk kesan detoks yang lebih sempurna dan mendalam.



Phospholipid


Phospholipid

Agak janggal kepada mereka di luar sana mengenali jenis bahan ini. Tetapi tahukah, Phospholipid adalah asas kepada pembinaan dinding sel hati yang sihat? Berdasarkan penjelasan saya sebelum ini, sel hati yang rosak akan menyebabkan masalah hati yang serius seperti hati berparut ( sirosis ) dan jangkitan virus Hepatitis. Ini lebih didorong kepada masalah hati berlemak dengan diet harian yang tidak sihat. Phospholipid yang terdapat di sel hati dapat diumpakan seperti batu bata yang menjadi asas kepada pembinaan rumah. Phospholipid penting kerana ia bukan sahaja membentuk struktur hati yang sihat, malah menjadikan sel hati lebih teguh dan jitu. Kerosakan Phospholipid di sel hati menyebabkan fungsi hati terganggu dan ini meningkatkan risiko kecederaan kepada hati termasuk jangkitan virus dan kuman.



Choline juga terdapat di dalam telur


Choline

Merupakan sejenis nutrien yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Choline memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu sel hati kekal sihat dan menjalankan tugasanya sebagai penapis darah yang unggul. Beberapa kajian menunjukkan bahawa Choline bertindak sebagai agen anti keradangan terhadap sel hati. Ini menjelaskan mengapa kekurangan Choline dalam diet harian akan meningkatkan risiko hati berlemak. Masih banyak yang menjadi persoalan tentang peranan dan fungsi Choline terhadap kesihatan manusia namun ia jelas menunjukkan bahawa nutrien sangat penting untuk kesihatan hati yang optimum. Lecithin adalah salah satu bentuk Choline yang paling baik dan supplement berasaskan Lecithin sangat digalakkan diambil bersama Milk Thistle untuk kesan yang optimum.



Chlorella


Chlorella

Satu-satunya agen detoks darah paling berkesan dan tulen juga memberi kesan detoks darah yang menyeluruh. Chlorella sangat unik kerana strukturnya yang unik dalam bergabung dengan logam berat yang termendap di dalam darah, organ dan tulang, lalu menarik dan membuangnya keluar terus dari tubuh badan. Chlorella juga memiliki kandungan klorofil yang tinggi. Ini dapat membantu menghasilkan sel darah merah dan menjadikan setiap sel di dalam badan segar. Klorofil juga dapat meningkatkan kapasiti oksigen dan ini sekali gus merejuvinasikan sel-sel badan agar kekal muda dan bertenaga. Maka tidak hairanlah saya berani meletakkan Chlorella bersama lain-lain agen detoks hati kerana ia berfungsi membersihkan darah dan menghasilkan sel darah merah pada masa yang sama.



Langkah detoks


Kini, tibalah masa untuk saya menjawab beberapa soalan yang sering dikemukan oleh para pembaca sekalian :


1) Bilakah detoks perlu dilaksanakan ?

Detoks perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

2) Berapa lamakah tempoh detoks perlu dilaksanakan ?

Ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya 1 bulan berturut-turut atau 3 bulan secara berturut-turut untuk kesan maksimum yang menyeluruh

3) Bilakah waktu terbaik detoks ?

Sebenarnya tidak terdapat masa atau waktu yang tetap dalam melaksanakan detoks. Anda bebas melaksanakannya pada bila-bila masa mengikut kehendak dan keselesaan anda. Namun, mengikut pengalaman saya, saya lebih menyarankan ia dilakukan semasa bulan berpuasa iaitu Ramadhan. Ini kerana ketika ini badan mengalami proses proses detoks semulajadi semasa berpuasa di siang hari. Pengambilan supplement detoks di bulan Ramadhan dapat memberi kesan detoks yang lebih mendalam dan anda akan dapat merasakan kesannya selepas sebulan menjalani ibadah  puasa

4) Adakah dibolehkan mengambil sebarang supplement lain semasa detoks berjalan?

Ia dibolehkan, namun jarakkan pengambilan supplement lain sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas pengambilan supplement detoks. Ini kerana sesetengah supplement detoks terutama Chlorella mempunyai kemampuan membersihkan usus secara efektif. Ini dikhuatiri akan mengurangkan kesan resapan supplement lain di dalam usus dan seterusnya mengurangkan kesan yang supplement yang diingini.

5) Adakah dibolehkan mengambil sebarang jenis ubat-ubatan semasa detoks dijalankan?

Anda DILARANG mengambil SEBARANG JENIS ubat-ubatan semasa mengambil supplement detoks secara bersama. Sila jarakkan 2 jam selepas pengambilan suppelment detoks kerana detoks mengfokuskan kepada fungsi hati. Milk Thistle adalah supplement No.1 yang DILARANG diambil bersama ubat-ubatan. Ini kerana, memandangkan Milk Thistle bertindak ke atas hati, ia akan menggangu fungsi metabolisma hati ke atas ubat. Maka, kesan sampingan yang tidak diingini seperti kesan buruk ubatan boleh meningkat, kekurangan kesan positif ubatan boleh berlaku atau potensi ubatan untuk dibuang secara selamat dari tubuh badan boleh berkurangan akan terjadi. Ini adalah beberapa jenis kesan yang tidak diingini sekiranya Milk Thistle diambil bersama ubat-ubatan. Milk Thistle bertindak dalam merencatkan enzim CYP450, sejenis enzim terpenting semasa proses metabolisma ubatan berlaku. Kegagalan hati dalam menghasilkan enzim ini semasa proses metabolisma ubatan berlaku boleh menyumbangkan kepada masalah lain yang dinyatakan sebentar tadi.

6) Apakah gabungan agen detoks yang berkesan mengikut jenis supplement yang dinyatakan?

 Milk Thistle + Chlorella
 Milk Thistle + Chlorella + Phospholipid + Cholin ( Lecithin )

7) Bagaimanakah cara pengambilan detoks yang betul dan teratur ?

Memandangkan terdapat dua jenis regim detoks yang boleh dipilih oleh anda, maka ini adalah serba sedikit langkah pengambilan yang betul :

1] Milk Thistle + Chlorella

Anda pelru mengambil 1-2 kapsul Milk Thistle dan 5 biji Chlorella sejurus selepas bangun dari tidur pagi. Jarakkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum mengambil apa-apa makanan dan minuman ( kecuali air kosong ). Kemudian, 1-2 kapsul Milk Thistle dan 5 biji Chlorella 2-3 minit sebelum tidur. Namun, sila apstikan perut anda telah kosong 2 jam sebelum mengambilnya. Ini penting kerana Milk Thistle dan Chlorella memerlukan keadaan perut kosong untuk kesan yang maksimum.

2] Milk Thistle + Chlorella + Phospholipid + Cholin ( Lecithin )

1-2 kapsul Milk Thistle dan 5 biji Chorella sejurus selepas bangun dari tidur pagi. Jarakkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum mengambil apa-apa makanan dan minuman ( kecuali air kosong ). Kemudian, anda boleh mengambil Phospholipid dan Cholin ( Lecithin ) bersama selepas sarapan pagi kerana ia memerlukan bantuan makanan untuk diserap. 

8) Mengapakah beberapa jenis supplement lain seperti Alfalfa, minuman klorofil atau serat ( fibre ) tidak boleh digunkan sebagai agen detoks?

Ia dibolehkan namun tidak digalakkan kerana walaupun supplement lain seperti yang dinyatakan memiliki kebolehan mendetoks, namun ia tidak menyeluruh. Adalah menjadi satu andaian tidak berasas apabila muncul andaian yang menyatakan bahawa supplement tersebut mampu mendetoks dengan berkesan, kesan daripada klorofil yang terkandung di dalamnya. Jangan keliru kerana, semua sayuran yang bewarna hijau sebenarnya memiliki klorofil dan klorofil memiliki kemampuan detoks. Namun, ia tidak mampu menyaingi kebolehan Chlorella kerana sehingga kini, Chlorella merupakan satu-satunya supplement yang diiktiraf dapat menarik keluar logam berat dengan bergabung terus terhadap bahan tersebut. Ini didorong dengan struktur Chlorella yang unik dan kandungan klorofil di dalamnya membantu meningkatkan kapasiti oksigen ke dalam sel.

9) Apakah kesan sampingan detoks?

Berikut adalah beberapa kesan sampingan detoks yang mungkin wujud sepanjang proses detoks dijalankan. Namun, tidak semua individu akan merasakan kesan sampingan tersebut. Sesetengah individu akan merasakan hanya beberapa kesan sampingan sahaja. Ada juga yang merasakan hampir sepenuhnya kesan sampingan berikut. Ia adalah :

1) Pening, migrain
2) Gatal dan ruam di kulit
3) Demam
4) Selesema 
5) Sinus dan resdung bertambah teruk
6) Mata keletihan, berair
7) Ekzema
8) Keletihan 
9) Jerawat
10) Muncul benjolan kecil seakan-akan ketumbuhan di beberapa bahagian anggota badan seperti bawah lengan dan kawasan kemaluan
11) Nafas lebih berbau
12) Air liur lebih berbau
13) Pengumpulan tahi mata yang banyak ketika bangun dari tidur pagi
14) Najis bewarna gelap atau kehitaman
15) Air kencing yang bewarna gelap dan lebih berbau daripada biasa

Semua kesan ini adalah bersifat sementara dan ia akan beransur hilang selepas 2-3 minggu. Namun, ada juga sesetengah individu yang mengalami simptom ini secara berterusan sehingga melebihi 4 minggu. Ia tidak perlu dirisaukan kecuali sekiranya simptom masih berterusan, kemungkinan besar berlaku kesan penolakan atau alahan terhadap supplement yang diambil.

Pemilihan Produk

Ini merupakan soalan popular yang sering diajukan dan  menjadi soalan No.1 dalam mana-mana produk supplement yang diambil oleh pengguna. Dalam menjawab soalan ini, saya akan menyenaraikan beberapa jenis produk yang menjadi pilihan saya setelah ia dibandingkan dari seri harga, kualiti dan beberapa faktor yang berkaitan. Namun, anda masih boleh memilih lain-lain produk yang dipercayai dan berkualiti oleh anda.



Peratusan 80% bahan aktif Silymarin
 adalah yang tertinggi dan terbaik


1) Milk Thistle

Anda boleh memilih sebarang jenama Milk Thistle yang terdapat di pasaran, namun sila pastikan ianya mengandungi peratusan 70% dan ke atas untuk kesan detoks yang optimum. Walaubagaimanapun, peratusan 80% adalah yang terbaik dan paling pekat untuk kesan yang lebih maksimum dan mendalam.



Yaeyama Ishigaki Chlorella


2) Chlorella

Hanya terdapat satu sahaja produk Chlorella yang saya percayai. Ia adalah :

Yaeyama Ishigaki Chlorella

Diternak di Kepulauan Ishigaki, Jepun, Chlorella ini merupakan jenama No.1 di Jepun kerana ia diternak di kawasan perairan Pasifik yang bersih dan hampir sepenuhnya bebas pencemaran. 



Essentiale

3) Phospholipid 

Sehingga kini, saya masih tidak mendapat informasi yang lengkap terhadap produk Phospholipid yang terbaik. Kebanyakan produk yang ditemui lebih menjurus ke arah kegunaan industri. Namun begitu, produk terbaharu keluaran sebuah syarikat farmaseutikal terkemuka dunia, Sanofi Aventis memasarkan sejenis produk berasaskan Phospholipid yang diekstrak daripada kacang soya.Ia dikenali sebagai Essentiale dan anda boleh mencuba produk ini dan diharap ia membantu mengurangkan masalah hati terbeban yang dialami oleh anda.



RoyalMix BD Complex


4) Cholin ( Lecithin )

Anda bebas memilih sebarang jenama namun pastikan anda memilih sekurang-kurangnya produk Lecithin yang berkepekatan 1200mg dan ke atas. Lecithin bersumberkan soya adalah yang terbaik kerana ia bukan sahaja mengandungi Cholin, namun ia lebih enak. Lecithin juga sesuai untuk kanak-kanak. Sehingga kini, hanya terdapat satu produk Lecithin yang khas untuk kanak-kanak yang saya percayai. Ia adalah RoyalMix BD Complex yang dipasarkan oleh syarikat Zhulian. Ia tulen dan  mengandungi lain-lain bahan aktif termasuk probiotik yang sesuai untuk persekitaran usus yang sihat


Detoks untuk kesihatan yang menyeluruh


Setelah membaca, menilai dan melihat secara jelas bekaitan dengan isu detoks ini, maka jangan teragak-agak atau melengahkan masa anda dalam memulakan proses detoks bermula hari ini. Selamat mencuba! 

49 ulasan:

Ana berkata...

Salam Fariqh... Perkongsian yg amat berguna. Terima kasih.

Boleh share jadual pemakanan supplement detox semasa berpuasa? Thanks once again

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Berkenaan dengan soalan anda, pengambilan supplement detoks semasa berpuasa terdapat sedikit perubahan. Ini kerana, ketika ini kita tidak makan dan minum di siang hari. Oleh itu, regim pengambilan supplement perlu diubah tanpa memberi kesan positif pengambilan supplement seharian. Untuk itu, sekiranya anda memilih regim MIlk Thistle + Chlorella, anda perlu mengambil kedua-dua supplement ini di waktu malam. Anda perlu mengambil 2-4 kapsul Milk Thistle dan 10 biji Chlorella 2-3 minit sebelum tidur. Namun pastikan perut anda telah kosong 2 jam selepas berbuka puasa. Ini penting kerana kehadiran akan mengganggu kadar resapan supplement tersebut.

Sekiranya anda memilih regim Milk Thistle + Chlorella + Phospholipid + Choline ( Lecithin ), terdapat sedikit perubahan yang perlu dilakukan. Untuk Milk Thistle dan Chlorella, ia perlu diambil seperti yang telah dinyatakan sebentar tadi, namun bagi Phospholipid dan Choline ( Lecithin ), ia perlu diambil sejurus selepas berbuka puasa. Ini kerana, kedua-dua bahan ini bersifat larut lemak dan tidak terganggu dengan kehadiran makanan ( Choline adalah larut air, namun kehadiran makanan tidak menggangu kadar resapan ). Diharap penjelasan ini dapat difahami anda. Terima kasih

Ana berkata...

Perlu tak selepas sebulan atau tiga bulan menjalani detox dgn mengambil milk thistle dan chlorella, maintain pengambilan kedua-duanya tetapi dlm dos yg kecil?

Fariqh berkata...

Hi, ingin saya tegaskan di sini bahawa, detoks hanya perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Ia tidak perlu dilakukan secara berpanjangan dengan mengamalkan pengambilan supplement berasaskan herba. Ini penting kerana walaupun sesetengah herba seperti Milk Thistle adalah larut air, namun ia tidak begitu digalakkan kerana ia boleh membebankan ginjal dalam tempoh jangka masa yang panjang. Walaubagaimana pun, pengambilan Chlorella untuk tempoh berpanjangan yakni melebihi 3 bulan berturut-turut dibolehkan kerana Chlorella bersifat alkali dan mampu menregenerasikan sel-sel badan agar kekal muda dan segar. Namun begitu, sila pastikan ia diambil dalam dos yang kecil. Anda harus menghadkan pengambilan 3-5 tablet sehari. Berbeza semasa proses detoks dijalankan, ia perlu diambil antara 5-10 biji sehari. Terima kasih

Ana berkata...

Terima kasih, Fariqh. info yg sgt berguna.

Fariqh berkata...

Hi, sama-sama atas sokongan anda.

shu berkata...

salam..sy ada mslh jerawat di sekitar dagu dan jaw lines dan ingin mencuba kaedah detox utk merawat masalah ini..sy ada lihat di web Cosway yg Chlorella bagus diambil bersma Spirulina..blhkah supplement ini diambil utk wanita yg merancang utk hamil? apakah kesan-kesan sampingan yg bakal saya hadapi dan juga long term effect?

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, memandangkan anda bercadang mengambil supplement semasa ingin hamil, anda harus merujuk dahulu kepada doktor dan juga ahli farmasi anda. Ini kerana ini bagi memastikan tubuh anda benar-benar tidak terganggu dengan pengambilan supplement ini. Perlu diingatkan bahawa walaupun Spirulina adalah dikategorikan selamat, namun pandangan dan justifikasi daripada doktor dan ahli farmasi adalah perlu. Anda menghidapi masalah jerawat, dan ini adalah normal kerana sesetengah wanita yang ingin hamil, sedang hamil dan selepas hamil akan menghidapi masalah jerawat kerana ia disebabkan oleh kitaran hormon yang tidak stabil. Terima kasih

Mizz Yami berkata...

Salam..saudara, untuk pengambilan supplement detoks tersebut seeloknya dalam tempoh berapa lama ya? Memandangkn menurut saudara detoks dilakukan sebanyak 2 kali. Tq

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, ia digalakkan dilakukan selama 3 bulan beruturut-turut sebanyak 2 kali setahun. Sebagai contoh, anda memulakan detoks pada bulan Januari sehingga bulan Mac. Kemudian dilakukan untuk kali kedua pada bulan Jun sehinga Ogos. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

salam adik..sy umur 25 tahun..dan belum berkahwin.sy nak tny..adakh sy sesuai mengambil milk thisle+chlorella bersama2..memandangkn sy ade buah pinggang sebelah kecil..tetapi masih fungsi..kulit sy kering, kusam dan gelap..juga sering sakit kepala,gugur rambut dan lebam dibwh mata...sebelum ni sy xpernah mkn ape2 supplement..dikuatiri mmbebankn buah pinggang sy..sy susah nak buang air besar..1 kali seminggu..tp selepas sy beranikn jugak ambil EPO dan multivit. yg ade selenium dan grape seed..atas suggestion kwn sy..kerna kulit sy byk selulit dan stretchmarks juga..so alhamdulillah sy kerap buang air besar 1kali 2 hari tau 1kali sehari, berat juga turun sedikit...cuma skrg sy nak detoxkn bdn sy..sesuai ker cara tu? dan jika sy dtg bulan boleh ke ambil juga? last skali..boleh x sy teruskn ambil EPO dan multivit after 2jam? terima kasih byk2..

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa anda di blog ini dan terima kasih kerana sudi bertanyakan soalan. Berdasarkan soalan anda, ini adalah jawapan dan pandangan saya. Memandangkan anda mengalami masalah berkaitan ginjal, maka diharap anda membaca penjelasan ini dengan teliti. Ini kerana ia penting bagi mengelakkan sebarang mudarat yang tidka diingini daripada berlaku.

Saya mencadangkan anda mengambil 5-10 tablet Chlorella sehari dan ia perlu dibahagikan dalam dua kali pengambilan sehari iaitu di waktu pagi dan malam. Chlorella perlu diambil semasa perut kosong iaitu sejurus selepas bangun daripada tidur pagi dan 2-3 minit sebelum tidur. Anda perlu menjarakkan 30 minit sehingga 1 jam sebelum mengambil sebarang produk makanan selepas pengambilan Chlorella. Ini kerana Chlorella memerlukan perut kosong untuk diserap dan kadar resapannya akan terganggu dengan kehadiran makanan.

Pengambilan Milk Thistle pula harus dihadkan sebanyak 1-2 kapsul SEHARI SAHAJA. Ini bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini walaupun secara hakikatnya komponen aktif Milk Thistle, Silymarin adalah larut air. Anda perlu mengambilanya semasa perut kosong iaitu sejurus selepas bangun tidur pagi dan sebelum tidur. Ia boleh digabungkan bersama dengan pengambilan Chlorella.

Detoks perlu dijalankan selama 1-3 bulan berturut-turut dan maksimum sebanyak 2 kali setahun sahaja. Detoks dapat membantu membersihkan darah, mendetoks hati dan membuang mendapan toksin yang termendap di dalam tubuh badan terutama di dalam ususu. Anda mengalami masalah berkaitan kulit dan ini KEMUNGKINAN BESAR menjelaskan bahawa fungsi hati anda adalah lemah dan disertakan dengan kehadiran lingkaran gelap di bawah mata. Detoks dapat mengurangkan kesan yang dihidapi dan membersihkan usus. Ini dapat membuang lebihan sisa toksin yang termendap dan sekaligus menggalakkan persekitaran usus yang sihat.

Sepanjang detoks dijalankan, anda dinasihatkan untuk menjarakkan sebarang pengambilan supplement termasuk Evening Primrose Oil ( EPO ) dan seumpama dengannya sekurang-kurangnya 2 jam. Ini bagi mengelakkan kadar resapan lain-lain supplement tidak terganggu memandangkan Chlorella adalah bersifat laksatif.

Bagi supplement berasaskan mineral surih seperti Selenium dan Zink, ia hanya perlu diambil sekali setahun sahaj. Ia tidak perlu diambil secara berpanjangan kerana ia boleh kesan toksik yang akut walaupun secara hakikat, kedua-dua mineral ini adalah bersifat antioksida. Namun, ia hanya memberikan kesan positif sekiranya diambil dalam dos yang rendah. Setelah anda melengkapkan proses detoks anda selama 1-3 bulan, saya sangat menggalakkan anda mengambil supplement berasaskan probiotik atau prebiotik. Ini bagi membantu bagi mengekalkan persekitaran usus yang bersih dan sihat juga dapat meningkatkan daya imunisasi anda. Yakult adalah antara jenama probiotik yang saya percayai.

Ini adalah pandangan dan saranan saya, namun sila rujuk kepada doktor atau pakar perubatan atau ahli farmasi anda terlebih dahulu. Ini bagi menggelakkan sebarang kesan mudarat yang tidak diingini daripada berlaku. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

salam sy nak tny..sy ade dah beli milk thistle dan baru nak start makan pil ni..tp xjumpa chlorella..ade tmpat atau website yg awk tau x? or ape yg leh gantikan chorella...xpun ok x jika sy mkn milk thistle sj...terima kasih~

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, sehingga kini, saya hanya mempercayai satu sahaja produk Chlorella yang terdapat di pasaran. Ia adalah Yaeyama Ishigaki Chlorella yang diternak di Kepulauan Ishigaki, Okinawa, Jepun. Chlorella ini diiktiraf sebagai antara terbersih, tulen, organik dan bebas pencemaran di dunia. Ia dipasarkan di Malaysia oleh sebuah syarikat jualan lansung, Cosway, Anda boleh mendapatkannya di mana-mana cawangan Cosway berhampiran. Pengambilan Chlorella dan Milk Thistle SANGAT DIGALAKKAN untuk diambil bersama. Ini kerana, fokus utama Chlorella adalah membantu membersihkan darah manakala fungsi utama Milk Thistle adalah mendetoks hati. Gabungan kedua-dua agen ini adalah yang terbaik untuk kesan detoks yang maksimum. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum saudara..sy nk taw cmne nak taw bdn kita sudah bebas dari toksin slpas proses detox?memandangkn sy mau rehat dr proses detox pas 3 bulan..xnk mkn dah.. kedua..leh x sy nk makan milk thistle dan choline sj..

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, ingin saya jelaskan bahawa TIDAK terdapat sebarang penanda aras atau panduan asas dalam menentukan bahawa tubuh badan seseorang telah bebas daripada kesan toksin walaupun selepas melakukan detoks selama 3 bulan berturut-turut. Saya mengesyorkan detoks dilakukan selama 1-3 bulan berturut-turut bagi memdapatkan kesan maksimum dan optimum. Ini berdasarkan tempoh jangka hayat sel darah merah yang berkitar di dalam salur darah selama maksimum 100-120 hari dan 80-90 hari apabila mencecah usia matang. Regim detoks yang dilakukan selama 3 bulan atau 90 hari berturut-turut hanya merupakan satu teori yang tidak disokong secara sahih oleh kajian saintifik. Namun, ia dilontarkan oleh pengamal perubatan holistik dan moden kotemporari dalanm membantu menghasilkan sel darah merah yang baru terutama selepasa sel darah merah melepasi fasa 'matang' 80-90 hari.

Anda tidak perlu lagi melakukan detoks selepas melakukannya selama 3 bulan berturut-turut. Ini kerana, tubuh badan manusia memerlukan 'waktu rehat' dalam memproses 'sistem' baharu yakni penghasilan sel-sel darah baharu dan tubuh badan yang tidak atau kurang bertoksin sebelum melakukan proses detoks. Anda hanya perlu mengulang semula proses detoks selepas 6 atau 12 bulan kemudian. Ini bagi memastikan tubuh badan kekal bersih dan bertenaga. Saya SANGAT MENYARANKAN pengambilan Chlorella dan Milk Thistle sebagai regim asas detoks. Ini kerana, Chlorella membantu membersihkan darah dan meregenerasi dan rejuvinasi sel-sel baharu. Manakala, Milk Thistle pula membantu mendetoks dan membersihkan hati. Tidak menjadi masalah untuk anda mengambil Choline, namun ia lebih disarankan sebagai pilihan kedua regim detoks. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

salam fariq
boleh tak ambil milk thistle dgn lecithin je? pastu kalau orang yang ada gastrik boleh tak nuat detok ni dan regim mana yang sesuai dengan pesakit gastrik? dan terakhir boleh tak buat detoks sambil makan vitamin c atau vitamin2 lain atau makan suplemen seperti tiger milk mushroom
terima kasih....

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, ingin saya MENEGASKAN sekali lagi bahawa, komponen paling asas dalam mendetoks dan saya jadikan sebagai langkah pertama dalam mendetoks adalah gabungan Chlorella dan Milk Thistle. Ini kerana, Chlorella mengfokuskan kepada pembersihan dan detoks darah manakala Milk Thistle mengfokuskan kepada detoks hati. Lecithin boleh diambil namun ia lebih digalakkan sebagai tambahan kepada regim detoks. Ini kerana, Lecithin secara asas mengandungi Choline yang membantu sel hati menjalani detoks harian dan ia tidak mengfokuskan kepada pembuangan toksin secara terus seperti yang dilakukan Milk Thistle. Ia hanya bertindak sebagai pembantu.

Secara umum, detoks adalah sesuai kepada semua individu termasuk pesakit gastrik. Namun, sesetengah individu tidka boleh bertoleransi terhadap bberapa agen detoks seperti Milk Thistle TETAPI kes ini adalah JARANG berlaku. Bagi mengurangkan kesan gastrik, Milk Thistle perlu diambil 1 jam selepas makan.

Pengambilan lain-lain vitamin tidak menjadi masalah namun sila jarakkan sekurang-kurangnya 1-2 jam selepas pengambilan supplement detoks. Ini kerana, agen detoks seperti Chlorella mempunyai kesan laksatif yang mampu mengurangkan kesan resapan vitamin dan lain-lain supplement. Pengambilan supplement berasaskan cendawan herba seperti Tiger Milk Mushroom adalah KURANG DIGALAKKAN semasa proses detoks dijalankan. Ini kerana dikhuatiri akan membawa kesan mudarat yang tidak diingini. Ini kerana ia dikhuatiri akan memberi kesan interaksi dengan Milk Thistle kerana hampoir kebanyakan supplement dan ubatan adalah DILARANG diambil bersama Milk Thistle. Ini disebabkan Milk Thistle bertindak ke atas hati dan kesan sampingan yang tidak diingini boleh berlaku. Sila jarakkan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum anda mengambil sebarang supplement berasaskan herba atau hentikan sementara pengambilan supplement seumpama ini ketika regim detoks dijalankan. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

hai... saudara..saya disarankan doktor untuk menggunakan nasonex dan t.cetirizine untuk penyakit alergi selama 2 bulan, tetapi saya berpendapat alergi tersebut hanyalah kesan hati saya bertoksik kerana sebelum ini saya banyak mengambil pelbagai jenis ubat mengikut saranan doktor..nasonex dan t.cetirizine itu saya gunakan/makan pada pukul 10 malam

soalan saya:bolehkah saya mengambil milk thistle dan chlorella di waktu pagi sahaja?

saya juga ada membaca artikel mengenai ishigaki yaeyama yang dikatakan membawa keburukan di laman web badchlorella..adakah kesannya sama kepada setiap orang? kerana saya pernah menggunakan lechitin shaklee dan mendapat simptom yang sama seperti yang dialami pesakit chlorella iaitu pening kepala(vertigo) denyutan laju,dan sentiasa gelisah..

bolehkah saya mengantikan chlorella tersebut dengan elken spirulina?? atau saya perlu reduce bilangan pil yang diambil?

terima kasih...

*wan yun

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, ingin saya tegaskan di sini bahawa, anda perlu mengikuti setiap arahan dan saranan yang telah dibuat oleh doktor anda. Sekiranya anda bercadang mahu menghentikan pengambilan tablet Cetrizine ( Zyrtec ) dan Nasonex ( Mometasone Furoate ), anda perlu berbincang dengan dengan doktor anda. Apa yang saya ulaskan di sini adalah sekadar PANDUAN ASAS dalam pengambilan supplement berasaskan regim detoks. Memandangkan doktor mempreskripsikan kepada anda dua jenis ubat ini yang perlu perlu diambil secara oral ( Cetrizine ) dan perlu disembur ke dalam hidung ( Nasonex ), anda perlu mengikuti arahan yang telah diberikan.

Secara umum, Chlorella dan Milk Thistle adalah sesuai diambil kepada semua peringkat umur KECUALI remaja berusia 15 tahun tahun dan di bawah. Anda boleh memgambil Chlorella dan Milk Thistle namun ia perlu diambil pada waktu pagi semasa perut kosong yakni sejurus selepas bangun daripada tidur pagi. Anda boleh mengambil 5-10 tablet Chlorella dan 2-4 kapsul ( atau seperti yang tertera di label mengikut dos harian maksimum ) Milk Thistle. Secara umum, kedua-dua supplement ini adalah sesuai kepada semua individu dan kesan sampingan yang seperti yang saya nyatakan di entri di atas adalah akan dirasai oleh sebahagian individu semasa proses detoks dijalankan. Namun, anda juga yang merasai lebih daripada 2-3 kesan kesan sampingan tersebut. Ia hanya berlarutan selama 2-3 minggu dan sekiranya anda merasakan kesan sampingan tersebut masih berlarutan selepas minggu keempat, ini menunjukkan bahawa tubuh anda tidak sesuai terhadap supplement yang diambil dan berlaku sifat penolakan, anda perlu menghentikan pengambilan supplement detoks yang diambil.

Tetapi, sekiranya anda merasakan terhadat sebarang kesan sampingan yang diragui, sila HENTIKAN pengambilan supplement detoks. Ini kemungkinan menunjukkan bahawa terdapat berlaku kesan interaksi antara supplement dan ubatam yang diambil walaupun jarak masanya adalah melebihi 12 jam. Anda juga tidak boleh 'merasakan' bahawan kesan alergi/ alahan yang diambil oleh anda adalah disebabkan kesan pengambilan ubata-ubatan sebelum ini. Tidak dinafikan bahawa sejarah pengambilan ubat-ubatan yang terdahulu boleh mempengaruhi status kesihatan seseorang. Namun masih terdapat pelbagai faktor lain yang mempengaruhinya dan untuk kepastian samada hati anda adalah sihat, maka saya menyarankan anda melakukan pemeriksaan hati ( Liver Test ). Ia boleh dilakukan di mana-mana hospital atau klinik swasta dan bergantung kepada jenis pemeriksaan yang dilakukan, caj adalah berbeza.

Selain itu, saya juga melihat laman web yang dinyatakan anda adalah lebih kepada satu ulasan yang tidak disertakan bukti konkrit. Tidak dinafikan apa yang dinyatakan oleh pengguna Chlorella tersebut adalah benar, namun perlu diingatkan bahawa kesan tersebut hanya dirasai oleh beberapa individu sahaja dan sekiranya anda mengalaminya, sila hentikan pengambilan supplement detoks yang diambil samada Chlorella atau Milk Thistle atau kedua-duanya sekali. Sila rujuk kepada doktor dan ahli farmasi anda terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan dalam regim pengambilan ubat-ubatam anda. Terima kasih

Bella berkata...

assalamualaikum fariqh..saya mengalami masalah susah untuk membuang..kadang2 beberapa hari tak membuang..sampai perut pun buncit,keras dan sesak nafas..baru2 ni saya ada amalkan supplement Melilea Organic selama sebulan..kesannya tiap2 hari saya membuang sehari sekali dan perut rasa selesa..persoalannya, produk melilea ni bagus tak untuk detox sbb seller tu bagitahu produk ni memang untuk detox..sekarang saya nak dapatkan kepastian whether should i continue with Melilea Organic ataupun fariqh ada cadangan lain..terima kasih :)

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, setelah saya membuat sedikit carian berkaitan dengan produk tersebut, ternyata ia adalah produk yang sememangnya khusus untuk detoks. Namun begitu, ingin saya jelaskan disini bahawa, ia lebih mengfokuskan kepada pembersihan usus besar dan usus kecil. Sekiranya anda mahu mengfokuskan kepada detoks usus, produk ini adalah sesuai. Namun begitu, sekiranya anda mengfoksukan kepada detoks darah, sistem penceranaan dan sebagainya, Chlorella adalah pilihan yang lebih tepat. Terima kasih

kaoru berkata...

Salam Fariqh.. Sy seorang ibu yg menyusukan anak.. Bolehkah sy lakukàn detoks? Jika ya adakah akn ada kesan kpd anak sy?

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi saudari Kouru, ingin saya TEGASKAN disini bahawa, SEBARANG aktiviti yang berkaitan tubuh badan termasuk regim detoks, perlu dirujuk kepada kepada pakar perubatan terlebih dahulu sekirnaya seseorang indiidu tersebut adalah disahkan hamil, merancang hamil, selepas hamil ( berpantang ) atau menyusukan bayi. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam faridh

Boleh tak saudara cadangkan aturan pengambilan supplement Glutathione, Chlorella & Milk Thistle untuk saya amalkan?

Adakah Glutathione keluaran Vita Health yg dijual di Guardian @ pharmacy lain selamat diambil?

Ini kerana saya berasa kurang yakin dengan supplement keluaran yang byk dijual fb etc.

Thanks Fariqh
~ Nora, JB

Fariqh berkata...

Kepada saudari Nora, anda boleh mengambil Chlorella dan Milk Thistle pada waktu pagi, sejurus selepas bangun daripada tidur. Ini kerana, ia memerlukan perut kosong bagi emningkatkan akdar penyerapannya kedalam tubuh badan. Glutathione juga memerlukan kedaan perut kosong tetapi anda boleh mengambilnya pada waktu malam sebelum tidur. Namun, pastikan perut anda telah kosong 2 jam sebelum mengambilnya. Jenama VitaHealth adalah selamat diambil dan ia merupakan antara jenama yang popular di benua Oceania. Terima kasih.

by mahsnil berkata...

Salam saudara fariqh, sy ingin bertanya apakah perbezaan detoks dengan milk thistle dan cholera dengan detox menggunakan minuman tea. Contohnya sy menggunakan produk kinohimitsu ginger detox tea. Terima kasih.

azhari mazlan berkata...

Salam ade x detox secara semula jadi?
Tanpa ade pengambilan pil2

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum fariqh..semasa kita melakukan proses detox apa makanan yg boleh kita makan? adakah benar kita hanya ble mngambil vegetarian sahaja. Terima Kasih

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi kepada saudari By Mashnil, berkenaan dengan soalan anda, Milk Thistle dan Chlorella merupakan agen detoks yang mengfokuskan kepada detoks darah dan hati. Terdapat pelbagai kajian saintifik yang membutikan bahawa kedua-dua sumber alam ini merupakan antara agen detoks paling menyeluruh untuk tubuh badan. Detoks yang menggunakan agen cecair seperti teh herba dan sebagainya masih lagi menjadi perdebatan kerana teh secara umum adalah bersifat laksatif iaitu mempunyai kemampuan membersihkan usus dan meningkatkan kadar pembuangan najis. Ia sama sekali tidak mengfokuskan kepada detoks darah dan hati, lebih tertumpu kepada pembersihan usus. Terima kasih.

Wasalam dan hi kepada saudara Azhari Mazlan, detoks PALING SEMULAJADI adalah dengan berpuasa. Namun begitu, agen detoks digalakkan diambil kerana ia membantu meingkatkan kadar detoks tubuh badan. Terima kasih

Wasalam dan hi kepada saudar/ saudari Tanpa Nama, semasa proses detoks dijalankan, TIDAK terdapat sebarang larangan untuk mengambil makanan KECUALI pengambilan kafein SEMASA agen detoks diambil. Ini penting kerana kafein mempunyai kemampuan mengurangkan kadar resapan agen detoks dan mengurangkan keberkesannya. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

owh..hanya kafein yg x ble d ambil..terima kasih fariqh atas pencerahan.saya suka mngikuti prkmbangan blog anda, padat dgn info dan maklumat :)

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Sy mengamalkan supplement keluaran now foods - vitamin c 1000mg dan glutathione 500mg. Soalan sy :
1. Bilakah waktu yg sesuai utk sy makan suppliment ini sekiranya mengambil milk thistle & chlorella?
2. Berapakah mg (milk thistle & chlorella) yg sesuai utk sy ambil sebagai detox?
Terima kasih.

Neng ayu Rahmawati berkata...

Info beli chollera itu dimana ya ?

Neng ayu Rahmawati berkata...

Info beli chollera itu dimana ya ?

Tautan mahabbah pbjj ukm berkata...

chlorella dari cosway

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Saya Encik Syah dari Cheras, KL. Boleh saudara ulaskan kebaikan supplement Neem dari produk Himalaya. Hal ini adalah saya mempunyai masalah kulit berminyak dan jerawat di muka. Adakah Neem bagus dimakan untuk jangkamasa yang lama? Terima kasih.

Fariqh berkata...

Hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 1, terima kasih atas sokongan anda.

Wasalam dan hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 2, berkenaan dengan soalan anda, ini adalah pandangan saya :

1) Anda boleh mengambil Vitamin C sejurus selepas makan dan pengambilan Glutathione pula disarankan diambil 1 jam sebelum sarapan pagi. Manakala Chlorella dan Milk Thistle pula boleh diambil pada malam hari yakni sebelum tidur. Namun pastikan perut anda telah kosong 2 jam sebelum mengambilnya. Ini kerana kedua-dua supplement tersebut memerlukan keadaan perut kosong untuk kadar resapan yang tinggi.

2) Tidak terdapat sebarang dos tetap dalam pengambilan Chlorella dan Milk Thitsle untuk tujuan detoks. Namun apa yang pasti, pengambilan 5-10 biji Chlorella disarankan bagi tujuan tersebut dan pemilihan peratusan 70% - 80% Milk Thistle bagi setiap kapsul digalakkan. Anda boleh mengambil sehingga 2-4 biji sehari Milk thistle untuk tujuan detoks. Terima kasih

Hi kepada saudari Neng Ayu Rahmawati, anda boleh mendapatkannya di cawangan Cosway berhampiran. Terima kasih

Wasalam dan hi kepada Encik Syah, berkenaan dengan soalan anda, ini adalah pandangan saya. Pertama kita perlu melihat bahawa produk yang dinyatakan oleh anda adalah sejenis herba. Herba secara umum adalah baik untuk kesihatan namun pengambilan jangka masa panjang TANPA KAWALAN boleh memberi kesan buruk kepada tubuh badan terutama yang melibatkan ginjal. Saya secara pribadi TIDAK MENGGALAKKAN pengambilan herba secara oral bagi tujuan rawatan jerawat kerana ia tidak mengfokuskan kepada perawatan kulit secara menyeluruh. Untuk itu, bagi mengatasi masalah ini, saya mencadangkan anda mengambil supplement yang mengandungi zink, Vitamin E Tocotrienol dan juga Vitamin A. Namun begitu, sila awasi dos yang diambil kerana pengambilan Vitamin A dan zink secara berlebihan akan menyebabkan kesan toksik yang akut boleh berlaku. Anda juga digalakkan membersihkan wajah anda dengan teratur. Cadangan saya, setiap kali wajah anda benar-benar berminyak, cuci wajah anda dengan hanya menggunakan air dan TANPA sabun. Ia akan menyingkirkan kotoran dan minyak yang menyumbat liang pori anda dan menyumbangkan kepada masalah jerawat dan keradangan. TETAPI, pastikan anda membasuh tangan anda terlebih dahulu dengan menggunakan sabun anti bakteria kerana tangan adalah emdium paling mudah bakteria membiak dan menyentuh kulit wajah yang berminyak akan menyebabkan jerawat menjadi lebih teruk. Tetapi, perlu diingatkan bahawa hadkan kadar cucian harian wajah anda dengan menggunakan air sekitar 3-5 kali sahaja ( tidak termasuk wudhuk ). Ini penting kerana keekrapan mencuci wajah secara berlebihan akan menyebabkan kulit menjadi kering. Terima kasih

Zunarti Hj Zubaidi berkata...

Salam fariqh..bagaimana pula dengan mendetox menggunakan teh herba khas..adakah ia juga akan memberi kesan tidak baik jika digunakan dlm jangka masa panjang? Dan jangka masa berapa lamakah yg terbaik utk saya mendetox dengan selamat? Adakah selama sebulan berturut2 atau ber selang?terima kasih

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi kepada saudari Zunarti Hj Zubaidi, berkenaan dengan soalan anda, ini adalah pandangan saya. Saya lebih menggalakkan pengambilan Milk Thistle dan Chlorella untuk tujuan detoks kerana ia merupakan regim detoks yang lebih menyeluruh. Saya TIDAK MENGGALAKKAN pengambilan SEBARANG jenis teh sebagai detoks untuk jangka masa panjang kerana teh walaupun memiliki peratusan yang lebih separuh berbanding kopi, namun pengambilan kafein secara berterusan boleh meningkatkan risiko kekurangan elektrolit di dalam badan. Walaupun jarang kedengaran, namun pengambilan teh bagi tujuan detoks adalah TIDAKI DIGALAKKAN. Tidak terdapat jangka masa yang tetap dalam melakukan regim detoks namun pada pandangan peribadi saya, regim detoks boleh diamalkan secara berterusan sehingga 3 bulan secara berterusan. Ini adalah mengikuti kitaran darah yang yang berkitar bagi setaip 120 hari. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Boleh ke sy amalkan minum teh detox clenx seharian Harian....adakah ia member I kesan pada usus memandangkan kekerapan membuang air besar adalh kerap

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Nk tanya psl milk thistle.. Milk thistle yg mana patut sy beli? Ade milk thistle 1000mg dan ade yg 250 mg.. Yg. Mana paling baik?

mrs smith berkata...

Assalam fariqh,

Sekarang ni sy mengambil supplement vit c 1000mg bserta glutathione dr vitahealth. Sekiranya sy ingin mengambil milk thistle dan chorella adakah akan.mbebankan buah pinggang atau ada kesan sampingan? Bolehkn glutathione diambil secara bterusan dlm jangka ms yg pnjang atau ada kaedah pengambilan yang boleh fariqh cadangkan spy tidak mberi kemudaratan? Sekian, terima kasih

fuzah berkata...

salam...sy nk tanye, macam mana nak detoks untuk kanak-kanak 1-12 thn terutamanya kerana pencemaran logam berat?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. keluarga ada sejarah kanser hati (arwah ibu). Saya disahkan diabetes type 2. bawah mata gelap, mata pun dah tak jernih dan nampak macam gambarpecah-pecah/dot memanjaang (doktor cakap okay je mata n abaikan je),sekarang mata saya selalu rasa 'panas' waktu pagi, saya juga gastrik teruk.Dulu tekanan darah sangat tinggi bila gastrik menyerang tapi lepas ambil ubat homeopathy jadi rendah sangat la pulak 85/57. Nadi pun selalunya 90++ keadaan rehat. Boleh tak saudara cadangkan pengambilan detox hati yang sesuai dengan masalah saya. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam doktor. Apa kbr doktor? Nakkwn ngan doktor blh tak?

Tanpa Nama berkata...

hye adik. assalamualaikim. sy aisyah. trima kasih byk2.. info yg dikongsi byk menyedarkan sy. sy ada 2 soalan.
1. apakah kesan sampingan semasa dalam tempoh melakukan detoks? maksud nya.. adakah kita akan buang2 air besar atau lain2 kesan.
2. ada x cara yg plg cpt utk kita buat detoks. maksudnya.. x perlu buat detoks 1 ke 3 bulan, mungkin 3 mngu shj makan chlorela n milk thisle dgn meningkatkan dos.
* ini krn dlm hujung bulan ni sy akan mengerjakan umrah, in sha allah.kalau bole nak siapkan badan sy spy bertenaga semasa di mekah. jadi sy btl2 nak buat detoks krn sy mmg ada tanda2 toksin berat dlm badan spt cpt letih, mengantuk yg berpanjangan, rambut gugur, kaki kebas dll tanda. sy ingatkan sy kurang zat dlm badan. jadi sy amik suplement ostematrix bcomplex n omega spy bertenaga.. tp masih sama.. makanya sy rasa mungking sy perlu detoks dulu badan sy.

Vanessa Andy berkata...

Hi Fariqh, blog yang sangat mantap dan berilmu , akak suka sgt dgn informasi dan pengetahuan yg adik berikan, akak ada beberapa soalan nak tanya, harap adik dapat jawab sebab akak da tnya seller semua jawapan akak tak meyakinkan akak..
1. Apa perbezaan alfafa shaklee dengan yaeyama chlorella ,? Seller shaklee kata alfafa adalah utk detox, yeke? Dan mana satu yang terbaik bagi pendapat fariqh?
2, Fariqh ada mengatakan bahawa yaeyama chlorella detox agak kuat so tak boleh consume other supplement ke? Boleh tak akak consume chlorella then lepas 2-3 jam consume omega guard shaklee untuk kurangkan cholesterol? Or akak kena stop dulu other supplement ?
3. Milk Thisle brand apa ye yang terbaik di gabungkan dengan yaeyama chlorella?
4. Boleh x akak amek product untuk slim semasa consume milk thisle dan chlorella? Or akak kena stop dulu amek slimming product?
Harap sangat Fariqh dapat tolong jawab soalan2 akak sebab akak mengalami di mana makan apa2 supplement kurang berkesan..
Terima kasih Fariqh😊 semoga Fariqh success selalu dan di rahmati Allah swt, aminn😊

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya nak tanya pendapat saudara tentang produk Shaklee. Kerana dalam Shaklee ada set detox iaitu, alfafa + B-Complex + Vita C. Apa pandangan saudada?

safiah adibah berkata...

Thank you for such an informative entry! Saya baca sampai habis. Saya juga dah pernah detoks. Terasa kesan positifnya :)