Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 5 Januari 2014

Spirulina : Alga Hijau Yang Hebat


Spirulina 


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan dan selamat menyambut permulaan tahun baru kepada semua bagi tahun 2013 Masihi ini. Diharap anda semua sihat sejahtera dan memulakan azam baru. Bermula tahun ini, pelbagai perkara baru mula mengambil tempat dalam kehidupan seharian kita ini termasuklah penukaran hari bekerja bagi negeri Johor yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu. Maka, hari Ahad adalah waktu bekerja bagi kakitangan awam di negeri tersebut. Ini merupakan satu langkah yang bijak bagi menghormati hari Jumaat dan memberi lebih peluang kepada golongan Adam untuk mengerjakan solat Jumaat pada hari tersebut. Baiklah, bukan niat saya mahu mengulas lanjut berkaitan isu ini, namun saya ada kaitan antara penukaran waktu bekerja dan juga topik yang bakal saya bincangkan sebentar nanti. Bagi kebanyakan individu dan masyarakat yang akan mula bekerja pada hari Ahad, pasti mereka memerlukan masa untuk mengumpul semula kekuatan dna semangat bekerja di hujung minggu. Ini dapat diatasi dalam satu tempoh jangka masa akan datang. Cuma pada permulaannya, ada antara mereka akan berasa letih atau kurang bersemangat kerana telah terbiasa menghabiskan hujung minggu di hari Ahad. Baiklah, bagi menaikkan semangat ini, mungkin dengan pengambilan supplement mampu membantu menjadikan diri anda lebih bertenaga semasa bekerja. Pengambilan Spirulina mampu membantu, namun adakah manfaatnya terhad di sini sahaja? Ketahui jawapannya dengan meneruskan pembacaan anda.



Spirulina : Rahsia Laut Dalam

Spirulina merupakan antara hidupan paling terawal di dunia. Ia merupakan antara jenis-jenis alga yang telah wujud sejak 3.5 bilion tahun lalu.Ramai tidak mengetahui bahawa Spirulina adalah salah satu daripada bahagian bakteria yang dihasilkan melalui proses fotosentesis dan menjadi sebahagian daripada mikro alga sama seperti Chlorella. Spirulina terkenal sebagai salah satu daripada sumber makanan dunia yang paling kaya dan bernilai. Ia dikatakan mampu menjadi bantaun penyelamat sekiranya berlaku kebuluran secara besar-besaran. Ini kerana Spirulina mengandungi pelbagai khasiat termasuk mineral, zat galian, vitamin serta lain-lain Caretenoids yang sangat tinggi. Spirulina boleh didapati di kawasan air tawar bersih seperti tasik, kolam dan juga sungai. Ia memerlukan keadaan air tawar yang bersih, disinari sinaran matahari secara berterusan dan pH air yang seimbang. Ini kerana, ia amat sensitif terhadap perubahan persekitaran termasuk kualiti air yang sering menjadi medium paling asas dalam proses pembiakannya di sesuatu lokasi tersebut.




Nutrien Spirulina jauh mengatasi lain-lain sumber tumbuhan 
yang wujud di muka Bumi ini


Spirulina berbeza dengan Chlorella dari beberapa sudut walaupun pada dasarnya, kedua-dua ciptaan seni ini mengandungi klorofil. Spirulina memiliki struktur berlingkar dan saiznya lebih besar daripada Chlorella sehingga mampu mencapai 100 kali ganda berbanding Chlorella. Spirulina juga adalah alga biru-kehijauan berbanding Chlorella yang sepenuhnya kehijauan. Disebabkan strukturnya yang sedikit berbeza dan unik, ia memiliki paras mirela, zat, vitamin serta lain-lain khasiat yang jauh mengatasi Chlorella. Secara perbandingan, Spirulina adalah :

1) 60% lebih protein berbanding mana-mana sumber tumbuhan dan merupakan antara sumber asid amino paling lengkap 

2) 7% kepekatan Gamma-Linolic Acid ( GLA ) dan menjadikannya sumber paling tinggi GLA selepas bunga Safflower, minyak Borage dan juga Evening Primrose Oil ( EPO )

3) Satu-satunya sumber Vitamin B Complex paling pekat dan jauh mengatasi sumber tumbuhan

4) Berbanding sumber tumbuhan lain, Sipurlina disahkan sebagai satu-satunya sumber paling tinggi mineral termasuk zink, selenium, manganese, fosforus, kuprum dan juga zat besi. 

5) Mengandungi lain-lain Caretenoid termasuk Beta-Carotene dan Zeaxanthin. Spirulina disahkan sebagai salah satu sumber paling tinggi bagi Caretenoid.

6) Kaya dengan Vitamin A, B, C, D, E dan K

7) Mengandungi lebih banyak klorofil berbanding sayuran lain

Ia merupakan sebahagian daripada khasiat dan nutrien yang terkandung di dalam ciptaan seni ini. Disebabkan itu, maka tidak hairanlah ia digelar antara sumber makanan paling lengkap di dunia. Apa yang menarik perhatian saya ialah, terdapat beberapa pendapat yang menyatakan bahawa pengambilan Spirulina dapat menggantikan supplement Vitamin B Complex dan sumber daging. Ini disebabkan paras vitamin ini yang sangat tinggi di dalam Spirulina dan ia sering menjadi pilihan kepada individu vegetarian dan tidak menggemari daging. Pendapat ini sedikit kontroversi dan disangkal oleh badan-badan kesihatan ternama seperti Dietitians of Canada. Mereka mendakwa bahawa andaian ini tidak disokong oleh kajian saintifik disamping Spirulina masih lagi kekurangan tiga jenis asid amino yang bermanfaat, Methionine, Cysteine dan Lysine. Saya kurang arif berkaitan perkara ini dan ini memerlukan justifikasi daripada pengamal perubatan bertauliah dalam mendapatkan pandangan walaupun saya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa Spirulina dapat menjadi alternatif kepada Vitamin B Complex berbanding sumber daging. Ini berdasarkan pandangan yang dikeluarkan oleh ahli farmasi terkemuka USA, Suzy Cohen. 

Oleh kerana ia mengandungi pelbagai nutrien, banyak kajian dilakukan terhadap kesihatan manusia dan antaranya :

1) Meningkatkan imunisasi badan
2) Perlindungan dan kesihatan terhadap mata
3) Mengurangkan kesan simptom putus haid 
4) Mengurangkan sembelit
5) Membersihkan usus
6) Agen detoks
7) Mengurangkan alahan termasuk ekzema dan ruam-ruam
8) Meningkatkan tenaga badan
9) Membantu pembinaan tulang dan sel
10) Merejuvinasi sel-sel kepada sel baharu dan segar
11) Meningkatkan daya ingatan dan tumpuan
12) Mengurangkan masalah kulit termasuk jerawat
13) Mengakalikan badan dan darah
14) Antioksida
15) Menguat dan menyihatkan rambut




Spirulina, 'sayuran' hijau yang amat berkuasa


Satu soalan yang sering diajukan oleh para pembaca kepada saya, bagaimanakah cara pengambilannya? Memandangkan Spirulina adalah sejenis alga dan sensitif, maka ia perlu diambil 5-10 tablet sebanyak 1-2 kali sehari sebelum makan. Ia memerlukan keadaan perut kosong untuk diserap dan kehadiran makanan boleh mengurangkan kadar resapan ke dalam tubuh. Setelah membaca dan memahami serba sedikit berkenaan topik ini, pasti anda tertanya-tanya apakah produk Spirulina terbaik memandangkan ketika ini, lambakan produk Spirulina seperti cendawan tumbuh seperti hujan. Bagi membantu anda, saya akan menyenaraikan  tiga jenama Spirulina yang menjadi pilihan saya. Seperti biasa, ia telah diambil kira kualiti, harga dan lain-lain faktor berkaitan.





Pure Hawaiian Spirulina Pacifica 



Spirulina ini diiktiraf paling bersih, semulajadi, bebas pencemaran dan paling berkualiti di dunia . Ia dikeluarkan oleh syarikat Nutrex Hawaiian, sebuah syarikat supplement yang berpangkalan di Hawaiia, USA dan merupakan syarikat yang sama mengeluarkan BioAstin Hawaiian Nutrex Astaxanthin. Apa yang menarik  Spirulina ini diternak di Kepuluan Hawaiian dan menggunapakai sumber air Lautan Pasifik yang diambil sehingga kedalaman 2000 kaki di bawah paras air laut. Ia kemudiannya melalui satu kaedah berpaten yang menjadikan Spirulina yang dihasilkan adalah sangat tinggi kualiti nutrienya, jauh mengatasi mana-mana produk lain di pasaran. Maka, tidak hairanlah ia diangkat sebagai jenama Spirulina paling bersih, organik dan semulajadi di dunia.





Spirulina Manna



Ini adalah pilihan No.2 saya kerana Spirulina ini adalah Spirulina sumber air tawar sepenuhnya paling berkualiti dan semulajadi. Ia dipungut di Tasik Texcoco di Lembah Mexico yang merupakan sebahagian ekosistem semulajadi di kawasan pergunungan di negara ini. Lebih mengujakan, Spirulina di sini telah diternak dan dipungut sejak zaman peradaban purba lagi iaitu di zaman Aztec. Ini menjadikan Spirulina yang dipungut di kawasan perairan air tawar ini adalah antara termahal di dunia kerana kualitinya yang 100% diambil di kawasan beralkali tinggi. 




Spirulina Keiun Kodo ( Elken )



Ini adalah satu-satunya jenama Spirulina paling berkualiti yang terdapat di pasaran Malaysia. Ia dipasarkan oleh syarikat jualan lansung Elken. Walaupun harganya mahal berbanding mana-mana produk Spirulina di pasaran negara ini, namun ianya menjadi pilihan saya kerana produk ini diformulasi oleh pakar dan saintis Spirulina antara terbaik di dunia, Jepun. Spirulina ini dihasilkan dengan kajian lanjutan melebihi 30 tahun dan dihasilkan melalui paten antarabangsa. Lebih menarik, produk ini adalah SATU-SATUNYA produk Spirulina di negara ini yang mendapat pengiktirafan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah USA ( FDA ). 

Setelah membaca segala input di atas, adakah anda telah bersedia untuk mendapatkan tablet Sipurlina pertama anda hari ini? Selamat mencuba!

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh stabilkan metabolisme x?

Fariqh berkata...

Hi, sehingga kini tiada kajian yang menjurus dan mengfokuskan sepenuhnya manfaat Spirulina terhadap fungsi metabolisma badan. Namun, memandangkan ianya mengandungi julat Vitamin B Complex yang tinggi dan menyeluruh, maka ia mungkin dapat membantu menstabilkan fungsi metabolisma badan. Metabolisma badan seseorang individu adalah satu perkara yang subjektif. Banyak faktor boleh mempengaruhinya termasuk diet harian dan juga perbubahan hormon. Anda dinasihatkan merujuk terlebih dahulu kepada pakar perbuatan dan pakar nutrisi anda untuk mendapatkan infomasi lanjut berkaitan perkara ini. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

salam..sy ingin bertanya..sy ada beli chlorella di cosway..kemudian penjual kata chlorella elok digabungkan bersama spirulina dan milk thistle..untuk detox dan memperbaiki sel darah katanya..

betul ke kata2 penjual tu? sy baca kat blog awak chlorella dgn milk thistle je..

dan lagi satu...saya baru dibekalkan zyrtec untuk 2 bulan(utk alergi /1 hari sekali) dan methylcobalamin selama 2 minggu(untuk saraf, katanya vitamin /1 hari sekali) ...(bermula hari ini)

1.bolehkan saya ambil chlorella bersama ubat2 tersebut?

2.bolehkah detox dijalankan secara berasingan? mcm sebulan untuk chlorella dan sebulan untuk milk thistle?

3. boleh x saudara aturkan jadual untuk ubat dan suppliment jika boleh dimbil bersama?


terima kasih kerana sudi membaca ulasan saya..sori lari tajuk...

Unknown berkata...

Salam.. harap maaf kerana saya salah tajuk, saya Telah mengikuti rawatan methadone selama 5tahun(110mg),kebelakangan ini saya dapat rasa ada masalah pada hati @paru paru saya. Soalanya bolehkah saya mengambil produk glutathione disamping dose methadone? Saya harap saudara dapat berikan pandangan pada persoalan ini!. T.kasih.

Fariqh berkata...

Kepada saudara/ saudari TANPA NAMA, ini adalah padangan saya. Chlorella, Milk Thistle dan Spirulina AMAT DIGALAKKAN diambil bersama cuma saya lebih mencadangkan, Spirulina diambil setelah selesai melakukan detoks. Berkenaan dengan soalan anda, ini adalah pandangan dan jawapan saya :

1) DILARANG mengambil SEBARANG JENIS ubat-ubatan bersama supplement detoks. Ini dikhuatiri akan menyebabkan masalah interaksi terutama melibatkan Milk Thsitle memandangkan Milk Thistle mengfokuskan kepada detoks hati.

2) Boleh, cuma saya lebih menggalakkan ia diambil bersama selama 3 bulan berturut-turut dan kemudian anda harus berhenti mengambilnya.

3) Anda perlu mengambil 5 tablet Chlorella pada pagi bersama 2 kapsul Milk Thistle, 1 jam sebelum sarapan pagi. Kemudian disusuli dengan pengambilan sarapan pagi setelah 1 jam. Kemudian, and aboleh mengambil 5 tablet Chlorella dan 2 kapsul Milk Thistle pada malam sebelum tidur. namun pastikan perut anda telah kosong setelah 2 jam selepas makan. Terima kasih

Kepada saudara Amirl Rashid, ini adalah pandangan saya, anda SEHARUSNYA terlebih dahulu berbincang dengan ahli farmasi atau doktor atau pakar perubatan yang merawat anda ketika ini sekiranya anda benar-benar menghidapi masalah berkaitan peparu atau hati. Ini kerana, beberapa ujian pengesahan perlu dilakukan bagi mengenal pasti adakah anda benar-benar menghidapi masalah kesihatan yang disyaki oleh anda. Saya TIDAK MENGGALAKKAN anda mengambil sebarang jenis produk yang mengandungi Glutathione kerana ia dikhuatiri akan memberi kesan interaksi dengan Methadone yang diambil oleh anda sepanjang rawatan Methadone dijalankan. sila berbincang dengan pakar perubatan, ahli farmasi atau doktor yang merawat anda terlebih dahulu sekiranya anda benar-benar mahu mengambil produk yang mengandungi Glutathione. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Yg no.1nutrex spirulina tu nak.beli kat mana malaysia ni?

Fariqh berkata...

Kepada saudara/ saudari Tanpa Nama, ingin dimaklumkan bahawa produk tersebut tidak DIPASARKAN di Malaysia. Namun anda boleh mendapatkan secara atas talian. Terima kasih

Fariqh berkata...

Kepada saudara/ saudari Tanpa Nama, ingin dimaklumkan bahawa produk tersebut tidak DIPASARKAN di Malaysia. Namun anda boleh mendapatkan secara atas talian. Terima kasih

Dang Wangi berkata...

Salam En. Fariqh.. Baru terjumpa blog ni dan sangat tertarik dgn info tentang makanan kesihatan yg sangat membantu org ramai.. Tahniah kerana awk prihatin dengan setiap komen dan rajin memberi respond pd setiap soalan..

Sy ingin bertanya tentang proses detoks menggunakan milk thistle dan chlorella.. Bolehkan sy telan serentak semasa perut kosong selepas bgn tido atau perlu jarakkan pengambilan kedua dua supplement tersebut?

Sy bercadang utk stop makan supplement kecantikan sms dlm proses detoks tersebut dan akan sambung semula selepas 3 bulan menjalani detoks.. Saya ingin bertanya, sekiranya sy mengambil vitamin c organik, vitamin e, protein soya non gmo dan glutathione dari brand vitahealth setiap hari, adakah semua supplement tersebut terlalu banyak dan akan memberi kesan kpd ginjal? Boleh beri cadangan waktu pengambilan supplement tersebut supaya boleh beri kesan terbaik dari kesihatan dan kecantikan kulit..

Terima kasih..

Unknown berkata...

Salam en. Fariqh, sy nk tnya skiranya sy mengambil spirulina untuk mmbantu mslh alergi kulit, adakah perlu untuk sy ambil vitamin C dan E? Sy baru bercadang utk mengambil supplements seperti yg sy nytakan trsebut krn sblm ini sy pnh dberi ubat brnma Loratadine dan sy Khuatir ianya mmudaratkan skiranya diambil utk jngka msa pjg kesan pengambilan Loratadine tu. TQ

Unknown berkata...

Salam en. Fariqh, sy nk tnya skiranya sy mengambil spirulina untuk mmbantu mslh alergi kulit, adakah perlu untuk sy ambil vitamin C dan E? Sy baru bercadang utk mengambil supplements seperti yg sy nytakan trsebut krn sblm ini sy pnh dberi ubat brnma Loratadine dan sy Khuatir ianya mmudaratkan skiranya diambil utk jngka msa pjg kesan pengambilan Loratadine tu. TQ

Unknown berkata...

Spirulina brand apa yg paling bagus eh? Cosway atau elken? - azhan

Unknown berkata...

Yg murah dah berkualiti bole ambil.spirulina cosway

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Bukan semua jenama spirulina membekalkan faedah peningkatan kesihatan Yang sama. Proses menanam Dan memproses dalam penghasilan serta pengekalan kandungan nutrien spirulina adalah amat penting.

Elken spirulina 100% organic,100% semula jdi Dan 100% alkali..

Tidak sama dengan spirulina lain..

Pilihan saya elken spirulina..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum, bagaimana pula pandangan cik terhadap spirulina bio life ?