Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 14 Ogos 2014

Isotretinoin : Rawatan Jerawat Moden Pilihan Akhir


Jerawat 

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca dan pengikut setia blog saya. Sudah lama saya tidak mengemaskini blog saya ini memandangkan beberapa masalah dan kekangan yang saya hidapi dan ini menyebabkan saya tidak memiliki masa yang cukup kompetetif dalam menerbitkan entri terbaharu setiap masa. Sebelum saya mengulas dan membincangkan lebih lanjut berkaitan dengan topik perbincangan kita kali ini, terlebih dahulu saya mahu mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca sekalian kerana setelah lebih tiga tahun blog ini diwujudkan, ia berjaya mencatatkan  jumlah capaian lawatan ( visit ) pembaca bagi kategori blog santai Bahasa Melayu, kategori kesihatan dan pengetahuan umum berkaitan kesihatan antara yang tertinggi dan paling pantas berkembang dengan hampir 100 000 jumlah lawatan! Terima kasih saya ucapkan atas sokongan tidak berbelah-bahagi anda semua dan saya akan berusaha dengan lebih lagi untuk menerbitkan lebih banyak topik berkaitan kesihatan. Maka dengan ini, bermula dari saat ini, saya akan menyentuh skop kesihatan yang lebih meluas dan tidak hanya tertumpu kepada satu skop perbincangan sahaja seperti yang dipaparkan sebelum ini. Bagi menyempurnakan anjakan paradigma ini, saya akan mulakan topik perbincangan baharu kita dengan sebuah tajuk entri seperti yang tertera di atas. Tanpa membuang masa, teruskan pembacaan anda.

Roaccutane 


Isotretinoin lebih dikenali sebagai Accutane ( pasaran USA ) juga dikenali sebagai Roaccutane           ( pasaran Eropah dan global ), merupakan sejenis ubat anti jerawat paling terkenal dengan kesan sampingannya walaupun ia menawarkn kesan pemulihan dan penyembuhan yang sangat signifikan. Isotretinoin merupakan sejenis ubat merawat jerawat di dalam kategori Retenoid, iaitu sebahagian daripada keluarga Vitamin A. Namun, ia merupakan sintetik Vitamin A yang dihasilkan untuk merawat masalah jerawat terutama jerawat yang melibatkan kesan nodula dan sista ( cysts ) yang teruk dan kronik. Ia sering ditag dan dijadikan sebagai rawatan pilihan terakhir ( last resort ) dalam merawat masalah jerawat sekiranya SEMUA jenis rawatan termasuk rawatan topikal dan penggunaan antibiotik TELAH GAGAL. Ini kerana, Isotretinoin terkenal sebagai salah sejenis ubat yang memiliki kesan sampingan paling major dan sering menjadi perdebatan dalam penggunaannya. Sebelum kita mengulas lebih lanjut berkaitan Isotretinoin, saya ingin membawa anda mengenali lebih lanjut sejarah penciptaan Isotretinoin dan mengapa ianya cukup berkesan dalam merawat masalah jerawat.

Isotretinoin ditemui secara tidak sengaja sebagai rawatan menangani masalah jerawat kronik pada tahun 1982 oleh seorang ahli dermatologi, Dr. Gary Peck. Pada awal penciptaan dan penemuannya sebagai sintetik Vitamin A, ia diklasifikasikan sebagai ubat merawat masalah berkaitan kulit terutama kanser kulit melanoma. Namun begitu, beliau mendapati kesan toksik yang terdapat di dalam Isotretinoin memiliki sifat pengecutan kelejar minyak dan ini menjadi asas kepada teori dalam merawat masalah jerawat kronik memandangkan, kebanyakan jerawat kronik terutama yang melibatkan rosacea dan sista disebabkan pengeluaran minyak atau sebum yang berlebihaan di kulit. Oleh yang demikian, setelah melalui pelbagai penyelidikan dan percubaan klinikal, akhirnya Isotretinoin dipatenkan di baawah nama dagangan Accutane untuk pasaran USA dan paten ini dimiliki dan dipasarkan oleh sebuah syarikat farmaseutikal terkenal, Hoffmann-La Roche yang berpangkalan di Switzerland. Hoffman-La Roche juga dikenali sebagai Roche merupakan antara syarikat farmaseutikal terbesar di dunia dari segi pulangan dan keuntungan tahunan dan juga saiz dana penyelidikan bagi penciptaan ubat-ubatan generasi baharu terutama ubat berasaskan kimoterapi Trastuzumab ( Herceptin ) yang terkenal, Roche juga memasarkan beberapa ubatan lain termasuk Mycophenolate ( Cellcept ), Recormon dan Capecitabine ( Xeloda ).

Pada awal pemasaran Accutane bagi pasaran USA, ia dihantui oleh pelbagai spekulasi dan perdebatan dalam kalangan pengamal perubatan moden kerana kesan sampingannya yang sangat major terutama untuk tempoh penggunan yang panjang. Ini kerana Isotretinoin memerlukan masa sekitar 6-8 bulan bagi mendapatkan kesan positifi maksimum dan sekirnaya ia gagal, regim rawatan kedua diperlukan. 


Pengecutan kelenjar minyak, sekaligus mengurangkan pembiakan bakteria


Bagaimana Isotretenioin bertindak?

Secara saintifik, mod tindakan a bertindak di dalam badan masih TIDAK DIKETAHUI sehingga kini namun dipercayai ia bertindak dengan mengecutkan kelenjar minyak ( sebaceous gland ) yang memainkan perana besar dalam mengekalkan kelembapan kulit. Secara umum, kulit memiliki lapisan minyak secara semualajadi. Ianya dirembeskan oleh kelenjar minyak yang terdapat di dalam kulit. Bakteria yang sering wujud di atas permukaan kulit, dikenali sebagai P.Acne, menjadikan minyak       ( sebum ) di kulit sebagai salah satu sumber makanan dan agen pembiakan mereka. Namun begitu, sesetengah pesakit yang menghidapi masalah jerawat terutama yang melibatkan kesan perubahan dan ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh badan, pengeluaran minyak di wajah menjadi terlampau aktif. Ini kerana, hormon androgen yang terdapat di dalam tubuh badan lelaki mahupun wanita merupakan pencetus kepada pengaktifan kelenjar minyak. Ini menjadikan kelenjar minyak merembeskan lebih banyak minyak ke kulit wajah dan menjelaskan mengapa penghidap jerawat cenderung memiliki kulit yang lebih berminyak berbanding individu normal lain. Namun begitu, kulit wajah seseorang individu masih tidak diserang jerawat KECUALI setelah peranan bakteria P.Acne mengambil alih tempat. Ini menyebabkan, bakteria P.Acne yang wujud di permukan kulit akan menjangkiti lapisan dalam kulit terutama kelenjar minyak. Ia menjadikan kelenjar minyak kemerahan, bengkak dan menghasilkan nanah mahupun gumpalan minyak dalam kes-kes yang kronik. 


Doxycyclin ( Vibramycin ) yang terkenal

Lazimnya, pesakit yang merujuk masalah jerawat yang dihadapi mereka kepada pakar kulit ( ahli dermatologi ) di hospital, mereka akan diberikan rawatan pencegahan dan percubaan yang merangkumi, antibiotik, krim sapuan dan krim mengurangkan keradangan. Antibiotik dalam kumpulan Tetracyclines seperti Doxycycline ( Vibramycin ) mahupun Minocycline antara beberapa jenis  antibiotik yang kerap digunakan. Ini kerana, kemampuan kumpulan antibiotik jenis ini yang memiliki kesan membunuh bakteria di lapisan kulit selain ianya pantas memberi kesan konsisten dalam tempoh rawatan. Namun begitu, kesemua jenis antibiotik Tetracyclines memiliki pantang larang yang menyukarkan pesakit untuk mengambilnya. Ia WAJIB diambil semasa perut kosong kerana antibiotik ini akan bertindak dengan pelbagai jenis mineral yang terkandung di dalam makanan terutama kalsium ( keju, susu dan yogurt ), aluminium ( antasid ) mahupun zat besi              ( supplement berasaskan zat besi ). Sekiranya interaksi berlaku, kadar resapan dan kesan positif antibiotik ini akan berkurangan dan lebih membimbangkan, ianya akan termendap di dalam komponen badan yang memiliki peratusan kalsium tinggi seperti tulang dan gigi. Ini akan menyebabkan tulang dan gigi menjadi reput atau bertukar warna kepada surih. Kebanyakan doktor menyarankan pesakit mengambil antibiotik ini selepas makan. Ini disebabkan, sesetangah pesakit akan merasa loya, mual atau muntah sekiranya diambil semasa perut kosong. Saya TIDAK MENYARANKAN manhupun MENGGALAKKAN pesakit yang mengambil SEBARANG JENIS antibiotik di dalam kumpulan Tetracyclines mengambilnya sejurus selepas makan kerana RISIKO interaksi boleh berlaku. Saya lebih menggalakkan pesakit mengambilnya sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan dan dikehendaki tidak mengambil SEBARANG jenis makanan KECUALI air kosong selama 1 jam setelah mengambil antibiotik ini. 

Pesakit juga akan diberikan krim sapuan yang memiliki sifat anti bakteria atau anti radang. Lazimnya, krim berasaskan Benzoyl Peroxide dengan kekuatan 2.5%, 5% atau 10% diberikan untuk membunuh bakteria P.Acne di kawasan kemerahan jerawat. Ia harus disapu senipis yang mampu kerana Bezyoxyl Peroxide merupakan sejenis krim yang bertindak dengan mengelupas lapisan kulit yang dihidapi jerawat. Ini menjadikan kulit lebih kering dan mudah mengelupas. Maka, bergantung kepada justifikasi pakar kulit yang merawat pesakit, ia boleh disapu pada siang atau malam hari. Namun, kebanyakkan pakar kulit lebih menyarankan pesakit memakainya pada malam hari bagi mengelakkan kesan kerosakan kulit sekiranya terdedah kepada sinaran matahari di siang hari. Sesetangah pesakit pula, tidak memerlukan bantuan Benzyl Peroxide, mereka hanya memerlukan krim sapuaan anti bakteria sahaja. Oleh itu, krim berasaskan antibiotik seperti mengandungi Clindamycin dan terkenal dengan nama dagangan Dalacin-T digunakan. Ia bertindak dengan membunuh terus bakteria jerawat tanpa kompromi walaupun risiko kerintangan antibiotik boleh berlaku. Namun begitu, penggunaan Dalacin-T tidak lagi menjadi popular kerana matlamat utamanya hanya membunuh bakteria jerawat dan sama sekali tidak merawat masalah jerawat kronik, terutama yang melibatkan perembesan minyak ke kulit wajah secara drastik. Oleh yang demikian, ketika ini, kebanyakan hospital mahupun klinik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengunapakai krim berasaskan sulfur. Ia menggunakan sulfur sebagai agen anti bakteria dan anti pengurangan minyak di kulit wajah. Ia kerap dipreskripsikan oleh pakar kulit bersama dengan krim Benzyl Peroxide dan antibiotik. Ia bagaimanapun, mengeringkan kulit wajah terutama kepada individu yang menghidapi ketidak toleransi kepada alkohol memandangkan alkohol merupakan salah satu komponen utama penghasilan krim ini.


Ubat hormon Diane-35


Bagi sesetengah individu, rawatan yang menggunapakai ubat-ubatan di atas adalah TIDAK mencukupi atau GAGAL. Ini menyebabkan pakar perubatan beralih kepada barisan rawatan kedua yang menggunakan beberapa jenis ubat-ubatan yang lebih kuat. Khas untuk wanita, sekiranya masalah jerawat yang dihidapi mereka disebabkan oleh pengaruh hormon, maka sesetengah pakar kulit akan menggunakan ubat hormon bagi menstabilkan semula hormon androgen mereka. Cyproterone merupakan agen utama anti androgen yang juga memiliki sifat menstabilkan kitaran haid. Ia dipasarkan atas nama dagangan Diane-35 yang popular dan sehingga kini, ia menjadi salah satu daripada pil hormon wanita paling berjaya di pasaran dunia. Dari segi kawalan masalah jerawat, ia bertindak dengan menyekat reseptor androgen di kawasan kelenjar minyak. Ini menjadikan kelenjar minyak kurang merembeskan minyak ke wajah dan memberi sinar baharu kepada pesakit. Namun, keselamatan penggunaan Diane-35 bagi tempoh jangka masa panjang menjadi persoalan yang sangat kotroversi disebabkan, gangguan penyekatan reseptor androgen dalam tubuh badan. 


Retin-A yang cukup popular 


Bagi individu lain yang tidak boleh bertoleransi dengan pengambilan Diane-35 terutama lelaki, kaedah sapuan menjadi jalan terakhir dengan penguaan krim berasakan Tretinoin. Retin-A adalah antara krim pilihan kerana kemampuannya dalam mengelupas dan mengurangkan kesan kemerahan disebabkan oleh masalah jerawat. Ia memberikan kesan pengelupasan yang sederhana kuat dan ia menyebabkan sesetangah pesakit tidak mampu bertoleransi terhadap pengguaannya. Maka, sesetengah pakar kulit mengadaptasikan penggunaan Tretinoin generasi seterusnya seperti Adapelene. Penggunaan krim berasaskan Tretnoin tidak memberi kesan yang cukup konsisten kerana disamping ianya menjadikan kulit kemerahan, ia juga menjadikan kulit lebih kering dan hanya perlu disapu pada malam hari. Ini kerana, penggunaannya pada siang hari akan mendedahkan kulit kepada risiko kerosakan dan lebih parah, risiko kanser. Kebanyakan pesakit yang merekodkan masalah jerawat akan mula menunjukkan kesan perubahan yang positif selepas tempoh rawatan yang berpanjangan dengan pengambilan antibiotik sehingga penggunaan krim Tretinoin. Namun begitu, ia sama sekali tidak mengurangkan terus masalah jerawat dan dalam kebanyakan kes, jerawat akan lebih kerap menyerang walaupun dengan pesakit telah mengaplikasikan krim Tretinoin. Di sinilah, peranan rawatan moden terakhir ( last resort ), Isotretinoin digunakan.



Bagaimana jerawat terjadi?

Mengapa ia berkesan?

Seperti yang diulas oleh saya pada perenggang lepas, Isotretinoin bertindak ( diteorikan ) dengan mengecutkan terus kelenjar minyak dan ini menjadikan kulit hampir tidak berminyak sepenuhnya. Ini sekaligus mengurangkan risiko jangkitan bakteria, P.Acne yang bertanggungjawab menjadikan kulit kemerahan. Pada awal pemasaran Isotretinoin di pasaran USA, ia lebih dikenali sebagai Accutane dan menjadi pilihan rawatan akhir ( last resort ) sekiranya kesemua rawatan lain TELAH GAGAL. Pentadbiran Makanan dan Dadah USA ( FDA ) menetapkan Isotretinoin HANYA perlu digunakan dalam kes yang benar-benar serius. Isotretinoin adalah bersifat teratogenik, iaitu mencacatkan bayi dalam kandungan sehingga mampu membawa keguguran! Oleh yang demikian, FDA menetapkan Isotretinoin perlu diletak dibawah sebuah program khas yang dinamakan iPLEDGE. Program ini diwujudkan bertujuan untuk mengelakkan pesakit wanita daripada hamil sepanjang tempoh pengambilan Isotretinoin dijalankan ekoran kesan kecacatan bayi adalah sangat tinggi. iPLEDGE juga mengarahkan setiap ahli farmasi dan pakar kulit untuk mendaftar sebelum mendispensi dan mempreskripsikan Isotretinoin kepada pesakit wanita. Di USA, iPLEDGE adalah program mandatori dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pengamal perubatan boleh kehilangan lesen perubatan mereka sebagai pakar perubatan atau ahli farmasi. 



Program iPLEDGE


Berbeza di Malaysia, sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia mahupun Lembaga Farmasi Malaysia TIDAK melaksanakan SEBARANG program khas khusus kepada pesakit wanita yang ingin memulakan regim rawatan Isotretinoin. Ini menjadi persoalan keselamatan dan ketirisan dalam pemberian Isotretinoin kepada pesakit. Sehingga kini, hanya borang persetujuan dan pengakuan pengguna sahaja yang ditetapkan sebelum pesakit memulakan rawatan Isotretinoin. Ini adalah sangat berbeza seperti yang diamalkan di negara maju lain selain pesakit perlu menjalani ujian tahap kolsterol dan triglyserida setiap bulan. Ini disimpulkan oleh kerana Isotretinoin berisiko tinggi dalam meningkatkan kadar kolesterol di dalam badan. Pada awal pemasaran Isotretinoin di USA, ia menjadi antara penyelesaian masalah jerawat dalam kalangan penghidap terutama remaja. Ia meraih populariti ekoran lebih 80% pesakit menunjukkan kesan pemulihan yang sangat ketara sepanjang dan selepas tempoh rawatan. Namun begitu, memandangkan Isotretinoin bersifat toksik, maka ia sering menjadi sasaran saman bernilai ribuan malah jutaan Dollar oleh pesakit yang mengambil rawatan ubat ini. Antara yang paling terkenal adalah saman bernilai lebih USD 11 juta yang difailkan oleh seorang pelakon Amerika, James Marshall ekoran dakwaan beliau yang mengaitkan  kerosakan dan kehilangan usus besar beliau setelah mengambil ubat ini. Ia merupakan satu tamparan hebat kepada Roche memandangkan Isotretinoin yang terkenal, seolah-olah tidak memberi sebarang pulangan pendapatan mereka dan krisis saman oleh pengguna yang semakin meningkat. Maka, pada tahun 2009, Roche mengesahkan mereka menarik keluar sepenuhnya Accutane di pasaran USA dan kemudian menjenamakan semula Isotretinoin dengan nama dagangan baharu, Roaccutane. Roche mengfokuskan Roaccutane untuk pasaran Eropah dan global. 


Bagaimana dengan tempoh rawatan?

Pesakit dikehendaki menjalani rawatan Isotretinoin selama 6-8 bulan berturut-turut dan memandangkan Isotretinoin tergolong dalam keluarga Vitamin A, ia perlu diambil sejurus selepas makan dan makanan berlemak digalakkan kerana ia mampu meningkatkan kadar resapan. Ia bergantung kepada potensi dan keberkesanan Isotretinoin dalam merawat masalah jerawat dan menjadikan jerawat benar-benar hilang dan tidak kembali. Setelah benar-benar menunjukkan kesan positif pemulihan, pesakit akan diawasi sepenuhnya bagi membendung potensi relapse ( berulang ). Sekiranya ini berlaku, regim rawatan kedua akan dimulakan setelah 1-2 bulan regim rawatan pertama tamat.


Berapakah dos Isotretinoin yang perlu diambil oleh pesakit?

Kadar dos yang ditetapkan bagi pesakit yang mengambil Isotretinoin adalah dikira berdasarkan berat badan dimana julat dos antara 0.5mg/kg - 1mg/kg dan dos terkumpul yang perlu dicapai oleh pesakit adalah pada kadar 120mg/kg - 150mg/kg di akhir rawatan mereka. Dos ini perlu dicapai di akhir tempoh rawatan kerana ia adalah panduan asas dalam mengelakkan potensi relapse berlaku. Namun begitu, pakar kulit akan memanjangkan untuk tempoh beberapa bulan bagi memaksimumkan jumlah dos terkumpul di dalam badan. Ini juga bermaksud semakin berat seseorang individu, semakin tinggi dos yang perlu diambil mereka. Sebagai contoh :


Pengiraan A :

Berat individu = 70kg

Dos terkumpul akhir yang perlu dicapai = ( 120mg x 70kg = 8400mg )

Dos harian = ( 1mg x 70kg = 70mg )

Bilangan hari yang perlu ditempuhi ( 8400mg/70mg = 120 hari )


Pengiraan B :

Berat individu = 70kg

Dos terkumpul akhir yang perlu dicapai = ( 150mg x 70kg = 10 500mg )

Dos harian = ( 1mg x 70kg = 70mg )

Bilangan hari yang perlu ditempuhi ( 10 500mg/70mg = 150 hari )

Namun begitu, terdapat sesetengah pakar kulit memiliki justifikasi mereka dalam menentukan kadar yang optimum untuk merawat pesakit mereka da ini didorong dengan justifikasi mereka bagi mengurangkan kesan sampingan memandangkan, kesan sampingan Isotretinoin adalah bertambah serius seiring dengan peningkatan dos. Ada dalam kalangan mereka menetapkan Isotretinoin hanya perlu diambil pada dos serendah yang mungkin iaitu sekitar 10mg - 30mg sehari atau ia boleh diselang-seli selama beberapa hari. Justifikasi ini adalah masih samar walaupun ada kajian awal menunjukkan bahawa dos minimum terkumpul iaitu dos yang tidak mengikuti julat pengiraan badan individu dapat memberikan kesan optimum yang sama atau hampir sama dengan dos konvesional yang diamalkan mengikut ketetapan asas yang digunapakai.


Apakah kesan sampingan yang boleh berlaku sepanjang pengambilan Isotretinoin?

Sepanjang tempoh rawatan dilakukan, pesakit akan menghidapi kesan sampingan seperti bibir kering, mata yang kering dan pedih, kulit kering dan merekah, kulit menjadi nipis dan mudah terluka, kulit kepala kering dan tidak berminyak malah sakit kepala. Bagi membendung kesan sampingan ini, krim pelembab berasaskan air, salap bibir, losyen dan pelembab kulit dan banyakkan mengambil air kosong sehari adalah perlu. Kesan sampingan hanya akan hilang setelah rawatan dihentikan selepas tempoh 2-3 minggu dari tarikh akhir rawatan. Pasakit juga perlu merujuk kepada pakar merawat mereka sekiranya terdapat SEBARANG kesan sampingan lain. Disamping itu, kesan sampingan seperti tekanan perasaan dan kejadian bunuh diri pernah dilapor dan dikaitkan dengan pengambilan Isotretinoin. Ia masih samar, namun sekiranya pesakit memiliki sejarah tekanan perasaan, kemurungan atau lain-lain penyakit berkaitan mental, ia DILARANG diambil sama sekali KECUALI dibawah pengawasan ahli dermatologi dan lain-lain justifikasi yang relevan.


PERINGATAN : Isotretinoin terpalit dengan reputasi buruk sebagai salah sejenis ubatan moden yang meningkatkan kecenderungan pesakit dengan masalah kesihatan mental seperti kemurungan, tekanan perasaan dan bunuh diri. Sehingga kini, kajian saintifk yang benar-benar telus masih GAGAL membuktikan adakah ubatan ini benar-benar menyumbangkan kepada kejadian sedemikian. Oleh itu, sekiranya anda mengalami sebarang simptom berkaitan sebelum ATAU semasa ATAU selepas rawatan dijalankan, sila rujuk kepada pakar kulit yang merawat anda dengan kadar segera. 


Bagaimana dengan interaksi dengan ubatan lain?

Vitamin A atau sebarang pelopor Vitamin A termasuk Beta-Carotene adalah DILARANG sama sekali diambil sepanjang tempoh rawatan dijalankan. Ini kerana, memandnagkan Isotretinoin adalah di dalam keluarga Vitamin A, maka pengambilan dengan lain-lain komponen Vitamin A akan meningkatkan risiko toksik yang akut termasuk toksik hati. Sekiranya anda mahu mengambil   Vitamin A, sela masa sekitar 2-3 bulan adalah diperlukan. Selian itu, Isotretinoin juga TIDAK boleh diambil bersama SEBARANG jenis antibiotik dalam kelas Tetracyclines. Ini termasuk Tetracycline, Doxycycline dan Minocycline. Pengambilan Isoretinoin dengan kumpulan ubat ini akan meningkatkan risiko tekanan kepada otak dan dalam kes yang jarang, ia boleh menjejaskan penglihatan secara kekal. Tidak dapat dipastikan mengapa ini terjadi, namun sila berhubung dengan pakar kulit yang merawat anda.


Kontraindikasi

Memandangkan Isotretinoin memiliki struktur yang hampir sama dengan famili Vitamin A terutama Retinoic Acid, maka, wanita yang merancang kehamilan ATAU sedang hamil adalah DILARANG SEPENUHNYA mengambil ubatan ini. Di kebanyakan negara termasuk Malaysia, ia dikategorikan sebagai X iaitu larangan penuh terhadap pengambilan bagi wanita hamil di dalam Indeks Keselamatan Kehamilan.Ini kerana, risiko kecatatan bayi dalam kandungan adalah sangat tinggi. Pesakit wanita yang mahu merancang kehamilan harus mengambil sela masa sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh akhir pengambilan Isotretinoin. Ini kerana, memandangkan Isotretinoin memiliki sifat larut lemak, ia sangat mudah termendap di dalam tubuh badan dan sela masa diperlukan bagi menyingkirkan lebihan Isotretinoin yang tertinggal. Bagi pesakit wanita yang telah mendirikan rumah tangga dan masih di dalam regim rawatan Isotretinoin, anda WAJIB menggunakan lebih daripada dua jenis kaedah pencegah kehamilan, ini termasuk penggunaan kondom dan pil perancang. Kaedah ini WAJIB dilakukan kerana kebergantungan kepada hanya salah satu daripada kaedah pencegah kehamilan adalah tidak mencukupi di mana kadar keberkesanannya adalah hanya sekitar 97% -98%. Ini masih berisiko tinggi dan membawa mudarat kepada kandungan kelak.


Pilihan atau paksaan?

Setelah membaca segala ulasan ini, apakah keputusan anda dan adakah anda menghidapi masalah jerawat yang kronik sehingga memerlukan bantuan pakar? Saya harap anda menemui sesuatu yang ingin dicari anda selama ini walaupun ianya berisiko. Sekiranya anda pernah atau masih mendapatkan rawatan berkaitan jerawat terutama pengambilan Isotretinoin, Accutane mahupun Roaccutane, kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dibawah.

47 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

A very good article. Bagus info macamni. Saya dalam tempoh rawatan roaccutane. Dan kulit saya mmg sangat sangat kering dan kemerahan, pelembap ape yg perlu saya pakai? Any suggestion?

Fariqh berkata...

Hi, terima kasih atas sokongan saudara/ saudari. Berkaitan dengan soalan anda, ia bergantung kepada jenis kulit anda sebelum mengambil Isotretinoin. Kulit kering menandakan ia adalah kesan utama pengambilan Isotretinoin. Lazimnya, pelembab berasaskan air ( water based ) boleh digunakan untuk mengelakkan kulit menjadi terlalu kering akibat pengambilan ubat ini. Anda bagaimanapun harus merujuk kepada pakar kulit yang merawat anda untuk rujukan lanjut. Ini kerana mereka lebih mengetahui akan keadaan semasa anda. Terima kasih

Aya berkata...

Saya pernah ambil Roaccutane atas nasihat dan aturan doktor. Dalam tempoh 4 bulan. And yes, jerawat yang teruk pernah saya hadapi alhamdulillah beransur surut. And sangat berpuas hati. Cumanya kos rawatan Roaccutane ni luar kemampuan. Saya cuba teruskan dgn pengambilan shaklee. Saya consume esp, vit e, b complex dan gla. Alhamdulillah okay. Takde tanda2 jerawat akan tumbuh mcm dulu. Kalau ade, sikit2. So its okay for me. Tapi, kulit muka saya already sunburn sejak sekolah menengah. Even jerawar takde, but still ade macam biji2 kasar saya taktahu. Maybe whitehead ke blackhead.
Okaylah muka saya berbanding dulu. Saya cuma taktahu macam mana nak kembalikan kecerahan muka sya sebelum ni.. Muka kusam. Gelap. Tona tak sekata. So, saya cuba satu produk muka ni and dalam tempoh sebulan muka saya cerah dan tona sekat So, saya cuma satu produk muka ni and dalam tempoh sebulan muka saya cerah dan tona sekataa, And now. Saya tak tahu ape kesilapannya. Sejak 4 bulan lepas sampai sekarang, setelah bertahun takes time untuk pulih, sekarang saya kembali ada jerawat macam dulu dan kerap tumbuh terutama di pipi. Dan byk blackhead di hidung. Kulit kembali gelap dan kusam x bermaya. Sorry lebar pula saya cerita. Apa pandangan dan suggestion? Saya nak pulihkan semula muka saya bebas dari jerawat dan blackhead tu semua and dptkan kulit muka yg cerah sekata dan bermaya.

Tanpa Nama berkata...

Mmg bagus sgt sgt sgt artikel ni ..
Semua artikel tntang perubatan jerawat diatas mmg betul
Saya salah seorang penghidap acne vulgaris (jerawat) ...
First mmg doc pakar akan bagi krim benzoil peroxide ..
So next appointment..klu x ok jugak
Doc akan prescribe oncuci muka cetrimide(antiseptic) dan krim tretinoin(retin-a)...so next appointment lg .. klu still x ok jugak ..
Doc akan prescribe antibiotik doxycycline untuk 6 bulan
Next appoinment ..
Still x ok jugak ..
Antibiotik tetracycline 500mg akan diberikan ...
So ...
Klu still x ok .
Baru lah ubat last resort (roaccutane) akan digunakan
Mcm saya ..
Ini semua pengalaman mempunyai muka berminyak yg sgt3 kronik smpai da bole bukak stesen minyak sndiri ..

Tanpa Nama berkata...

Klu doc dah suruh makan ubat roaccutane nie .. amek jerr ..
Jgn takut ..
Mcm sy doc bg roaccutane 10mg

Fariqh berkata...

Hi Aya, berkenaan dengan masalah kulit anda, saya merasakan bahawa anda kemungkinan TIDAK melengkapkan regim pengambilan Isotretinoin. Ini kerana, isotretinoin memerlukan masa sekitar 6-8 bulan bagi melihat kesan jangka masa panjang. Sekiranya anda gagal mengikuti saranan pakar kulit yang merawat anda, potensi relapse adalah SANGAT TINGGI. Tidak dinafikan kos rawatan yang menggunapakai Isotretenoin adalah tinggi namun perlu diingatkan bahawa ia memerlukan masa dalam menangani masalah jerawat yang dihidapi anda. Cadangan saya, anda harus berjumpa semula dengan pakar kulit yang merawat anda bagi mendapatkan konsultensi yang sewajarnya. Terima kasih.

Kepada saudara/ saudari Tanpa Nama, terima kasih atas kesudian berkongsi pengalaman anda. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Lama tak menulis? Harap kembali menulis artikel ilmiah.

Tanpa Nama berkata...

I really want to ask, kalau sya di diagnose dgn endometriosis.bole x sya consume supplement yg mengandungi pueraria mirifica? Is that safe? Sbb I read , it has phtoestrogen, like a sintetik hormon..last time I penah consume noriday, I ave seyesly almost all the side effect taking sintetik hormon..so does puraria mirifica does the same?.. thnk u

mohd ronaldo berkata...

krim tretinoin dgunkn wktu malam..
bila dh pg..sya membasuh muka dgn cetrimide lotion yg dbrikan oleh doktor..
btolkaa..

ANGGUN berkata...

Hi... Saya betol2 need advice... Plz also respon by email rafizahabdwahid@yahoo.com
Saya ada masalah kulit muka, usia 33thn tp minyak muka masih aktif mengeluarkan minyaknya. Bila banyak berfikir dan risau akan kesempurnaan majlis atau tugas yg diamanahkan, jerawat akan naik dan bernanah di sekitar dagu dan pipi serta dahi. Jadi tadi 22042015 saya ke klinik kulit, doktor memberi saya beberapa jenis ubat antaranya deriva (krim sapu malam), papulex moussant soap free cleansing gel(pencuci muka) dan ubat makan isotretinoin.

Saya suka survey sebelum makan dan lebih nak survey bila dokt xbagi pregnant sepanjang penggunaan dan 6 bulan selepas tempoh penggunaan ubat tersebut. Katanya saya hanya perlu ambil sebulan setengah ubat ini iaitu kaedah pemakanannya sebiji sehari bagi 10 hari pertama dan kemudiannya selang sehari pengambilan dan selang 2 hari dan sebulan dari tarikh ini saya perlu jumpa utk khidmat nasihat seterusnya.

Persoalannya: saya jadi nervous dan ngeri bila membaca artikel tuan, bila mana saya rasa saya baru pertama kali jumpa dokt, dokt dh bg ubat yg dituliskan diartikel sebagai "pilihan terakhir". Sedangkan saya dicadangkan pada kali pertama saya berjumpa doktor kulit. Buat saya lebih risau bila mana kesan sampingannya sehingga boleh buat hilang usus besar. Bagaimana saya boleh tahu sama da saya perlu ambil atau tidak?

Nazaroni Nadia berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nazaroni Nadia berkata...

kalau kulit brminyak,jerawat skit2 boleh tak consume accutane ni

Fariqh berkata...

Hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 1, terima kasih atas sokongan anda, nantikan entri 4 pos terbaharu berkenaan dengan pemilihan pelan takaful dan pengguna bijak takaful. Terima kasih

Hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 2, berkenaan dengan soalan anda, saya TIDAK MENGGALAKKAN anda mengambil SEBARANG bentuk supplement yang mengandungi hormon kerana dikhuatiri akan memburukkan keadaan kesihatan yang dihidapi anda. Terima kasih

Hi kepada saudara Mohd Ronaldo, berkenaan dengan soalan anda, anda perlu mengikuti setiap langkah yang diterangkan oleh pakar dermatologi atau doktor yang merawat anda. Sebarang persoalan, anda harus bertanya kepada mereka kerana setiap doktor atau pakar perubatan mempunyai justifikasi mereka secara peribadi. Terima kasih

Kepada saudari Anggun, ingin saya tegaskan dan jelaskan di sini bahawa, Isotretinoin sememangnya merupakan rawatan jerawat PALING AKHIR sekiranya kaedah konvesional lain seperti krim sapuan dan antibiotik TELAH GAGAL atau tidak menunjukkan sebarang kesan pemulihan positif secara panjang. Ia tidak boleh digunakan sebagai pilihan pertama rawatan kerana risiko ebrdepan dengan pelbagai kesan sampingan yang sesetengah daripadanya boleh membahayakan pesakit. Namun begitu, sesetengah pakar dermatologi akan terus menggunakan Isotretinoin kepada pesakit mereka sekiranya mereka pernah memilki sejarah penggunaan krim sapuan antibiotik, krim sapuan Tretinoin mahupun pengambilan antibiotik. Lazimnya, hal ini sering berlaku di klinik persendirian atau swasta kerana di kebanyakkan hospital atau klink kerajaan, Isotretinoin adalah ubat yang benar-benar diletakkan dibawah kawalan ketat kerana pertama, hargnya yang sangat mahal dan ekdua, kebanyakkan formulasi ubatan kerajaan TIDAK meletakkan Isotretinoin sebagai regim rawatan pasca 6-8 bulan setelah rawatan menangani jerawat dilakukan ke atas pesakit. Ini bererti, pesakit yang mendapatkkan rawatan menangani masalah jerawat di hospital atau klinik kerajaan akan diletakkan dibawah regim Isotretinoin selepas 12 bulan atau 24 bulan dan ke atas. Ini kerana, Isotretinoin adalah ubat yang memiliki potensi kesan sampingan yang sangat tinggi walaupun ia diambil pada dos yang rendah! Maka, kebanyakan polisi di hospital atau klinik kerajaan meletakkan sebagai pilihan yang benar-benar akhir. Ini berbeza dengan amalan di sektor perubatan swasta yang memerlukan amsa yang pendek sebelum memulakan regim rawatan Isotretonin iaitu sekitar 12 bulan. Namun ia masih bergantung kepada justifikasi pakar dermatologi kerana mereka berhak memulakan regim rawatan Isotretinoin kepada pesakit sekiranya pesakit memiliki sejarah penggunaan rawatan konvesnional yang dinyatakan oleh saya sebentar tadi. Terima kasih

Hi kepada saudari Nazaroni Nadia, seperti yang saya jelaskan di dalam artikel di atas, Isotretinoin DILARANG diambil sebagai regim rawatan pertama. Walaupun wajah dan kulit pesakit memilki kecenderungan menjadi sangat berminyak, namun perlu diingatkan bahawa permulaan rawatan hanya ditentukan oleh pakar dermatologi. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

macam mana nak order glthion brpa hargs

Tanpa Nama berkata...

Saya Aida nak bertanya, saya pergi hkl jabatan dermatologi dan rawatan pertama saya dapat doxycycline. Selepas sebulan saya alami pedih ulu hati. Saya jumpa Dr. tu semula and dia tukar ubat kepada tetracycline tapi dia suruh makan ubat omeprazole untuk hilangkan sakit pedih ulu hati dulu. Banyak jugak dapat stok ubat omeprazole dan tetracycline ni. Makan lah ubat omeprazole dlm seminggu. masa ni, keadaan muka lepas stop doxycycline, muka jadi merah tapi belum start keluar cyst pustules semua tu. just merah kat pipi n dahi.lagi teruk sebelum makan apa2 ubat. Lepas seminggu makan omeprazole,sakit pedih ulu hati dah ok tapi muka pulak start kua pustule nanah sume tu. Pastu makan lah ubat tetracycline sbb doc suggest makan tetra lepas pedih ulu hati ok. sekarang ni lepas makan seminggu ubat tetracycline ni, muka saya makin keluar banyak jerawat n nanah. Persoalannya, benda ni normal ke? ke saya alergik dengan ubat? saya patut teruskan makan ubat atau jumpa Dr semula ye?

Dr Akbar Abdullah berkata...

Info yang menarik mengenai cara merawat jerawat dengan menggunakan isotretonoin.

saifuddin mohd yasin berkata...

Hi, sy din.. sy nk tanye kenapa di malaysia hanya dibolehkan mengambil dose yg rendah sahaja untuk accutane? Ini adalah bulan ke-4 rawatan sy untuk accutane. sy mengambil 20mg/2 hari sekali, adakah sama dengan mengambil 10mg/setiap hari? sy ambil tanpa berjumpa dengan doc. terima kasih.

Fariqh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fariqh berkata...

Hi kepada saudari Aida, terdapat dua kemungkinan yang mungkin dihidapi oleh anda sepanjang tempoh rawatan pengambilan Tetracycline dan Doxycyline. Pertama, anda benar-benar alah kepada SEBARANg jenis ubatan di bawah famili Tetracyclines dan kedua, perkara ini adalah normal bagi kebanyakan individu yang mengambil antibiotik dalam kumpulan Tetracylines ini. Ini kerana, ia bertindak balas dengan keadaan kulit berjerawat dengan bakteria yang menyebabkan keradangan selain sifat antibiotik tersebut yang sememangnya meningkatkan kadar sensitiviti kulit terhadap pancaran UV matahari. Perkara ini tidak dapat dirungkai sepenuhnya oleh kajian saintifik atas beberapa sebab tertentu. Namun apa yang pasti, anda perlu mematuhi saranan dan nasihat pakar kulit yang merawat anda seperti kurangkan pendedahan kepada cahaya matahri dan bertanya kepada mereka adakah anda sebenarnya alah kepada ubatan dalam famili Tetracycline ini. Terima kasih

Hi kepada Dr Akhbar Abdullah, terima kasih atas kunjungan anda.

Hi kepada saudara Saifuddin Mohd Yasin, sebelum saya menjawab soalan anda, saya ingin MENEGASKAN di sini bahawa pengambilan Isotretinoin adalah MANDATORI di bawah pengawasan pakar kulit ( ahli dematologi ) kerana, undang-undang di hampir kebanyakkan negara di seluruh dunia menetapkan bahawa ia HANYA boleh dipreskripsikan oleh pakar kulit yang mendapat lesen dan pertauliahan tertentu. Undang-undang ini termasuk di Malaysia dan Singapura. Saya tidak mengetahui dari mana anda mendapatkan kebenaran mengambil ubatan ini tanpa berjumpa doktor kerana seperti apa yang saya tegaskan di entri di atas, Isotretinoin adalah diibaratkan seperti RISIKO vs KEBAIKAN di mana imbangan risiko dan kebaikan adalah sangat bermargin kecil. Untuk menjawab soalan anda, sila rujuk kepada entri di atas ( kemaskini ). Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

hai sy nk brtnya mgpa jrawar sy sering tumbuh di sekitar ank rmbut dan dahi scara brterusan ? adakah faktor rambut brkelumumur turut trlibat ?

amey berkata...



salam saya nak bertnya, sy ada berbual dengan pakar kulit ni melalui whatssup shj, sy menceritakan masalah jerawat saya dan ada bg gmbr muka saya, dan dia terus rekemen kan sy isotroin-20, dan untuk 10 biji pertama ni dia bg percuma pada saya. dan saya dah start mkn 3 hari. dan ada oder dengan dia lagi 2 caplet (rm140). bila saya baca artikel dr fariqh rasa risau dan takut pula. andai kata saya mkn untuk tempoh sebulan shj, ada masalah tak

amey berkata...

tambahan, saya tidak berjumpa secara berdepan dengan dr tersebut, hanya melihat dia di tv dan berhubung melalui whatssup shj, saya di jb dan dr tersebut di kelantan.

Filzah Syahirah berkata...

Assalamualaikum, sy telah melengkapkan tempoh pengambilan isotretinion 5mg sy selama 5 bulan pada tahun lepas. Beberapa bulan lepas jerawat kembali pada wajah sy. Sy berjumpa dengan dermatologist sy tapi dia hanya bagi sy consume utk rawatan kedua sy kali ini hanya sebulan dan isotretinoin 10mg. Adakah hanya tempoh masa sebulan shj mampu mengubati masalah jerawat sy? Sebelum ini sy mempunyai masalah jerawat batu. Tq

Fariqh berkata...

Hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama, sebenarnya, jerawat tidak hanya menyerang kawasan muka, leher mahupun belakang badan, namun ia juga boleh menyerang kawasan kulit kepala. Lazimnya, kulit kepala cenderung berminyak dan perpeluhan menggalakkan pertumbuhan jerawat di akwasan kulit kepala. Ini terjadi apabila pori di sekitar anak rambut tersumbat. Kehadiran kelumumur merupakan petanda awal keadaan ulit kepala tidak sihat. Apabila kulit kepala menjadi terlalu berminyak,ia akan mempengaruhi kesihatan rambut dan kawasan sekitar wajah terutama bahagian dahi. Ini akan meningkatkan risiko penyumbatan liang pori di kawasan tersebut dan akibatnya, jerawat boleh terjadi. Anda perlu merujuk kepada pakar kulti untuk pemerikasaan lanjut. Terima kasih.

Wasalam dan hi kepada saudari Amey, seperti yang jelaskan di entr blog saya di atas, masalah ketirisan merupakan masalah utama pemberian preskripsi Isotretinoin kepada pesakit dan melalui soalan yang dikemukan saudari, saya amat yakin bahawa perkara tersebut telah terjadi. Ini kerana, Isotretinoin HANYA SAH dipreskripsikan oleh pakar kulit yang benar-benar bertauliah dan memiliki kebenaran tertentu. Pesakit perlu bertemu secara bersemuka dengan pakar kulit dan bukan secara atas talian seperti yang didakwa saudari. Ini amat berbahaya kerana pengamatan dan diagnos secara bersemuka dalam merawat masalah kulit yang melibatkan regim Isotretinoin memerlukan pakar kulit melihat pesakit secara dekat dan bukan secara atas talian. Ini amat bertentangan dengan etika pemberian Isotretinoin yang sebenarnya memerlukan diagnos rapi dari pakar kulit yang merawat. Sebarang risiko penipuan boleh dielakkan dengan melakukan protokol ini. Selain itu, seeprti yang saya jelaskan di dalam blog di atas, regim minimum rawatan Isotretinoin adalah sekitar 6 bulan dan ke atas. Namun ada juga pakar kulit yang mengarahkan pesakit mereka mengambil untuk tempoh yang singkat seperti antara 4-6 bulan sahaja. Ini bergantung kepada justifikasi mereka serta dos terkumpul maksimum di akhir tempoh rawatan. Kegagalan berbuat demikian akan meningkatkan risiko relapse iaitu risiko berlakunya kembali jerawat terjadi. Terima kasih

Wasalam dan hi kepada saudari Filzah Syahirah, potensi relapse berlaku setelah pengambilan Isotretinoin sememangnya ada dan ia terjadi sekitar 20% -30% kepada sesetengah pesakit. Ini kerana, terdapat dua fakor yang berlaku, pertama, pakar kulit anda tidak memanjangkan tempoh rawatan atau kedua, dos yang diberi adalah kurang seperti yangs ewajarnya. Lazimnya, faktor kedua menjadi penyebab utama relapse berlaku kerana, dalam kes sebegini, jerawat hanya benar-benar hilang sepenuhnya setelah dos terkumpula maksimum dicapai oleh pesakit dan kes seumpama ini lebih dirujuk sebagai kebergantungan kepada berat badan, Sila rujuk dan berbincang kepada pakar kulit yang merawat anda untuk lebih kepastian. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Nak tanya. Saya pernah pergi jumpa dr kulit dan telah consume antibiotik. Pernah juga consume roaccutane ni sbb dr pnah ckp ubat mcm telur cicak. So pnah ambil ubat tu, pernah buat chemical peelinh jugak. Muka jap ok then naik balik jerawat. Penah buat laser pon. Then ok jap pastu naik. Sy pun pernah ambil pil hormon atas nasihat dr. Sampai satu tahap sy stop semua sbb tgk mcm takda kesan. Spjg hari2 yg sy lalui pimples mcm biasa la, kejap ok, kejap naik teruk pastu ok balik dan continuously. Baru2 ni pimples mmg naik teruk smpai semua org pon tegur . Naik kali ni x mcm before. So sy dlm keadaan sebersalah tgh pikir patut pegi jmpa dr pakar yg lain@ pun biar je. Masa naik tu mcm2 try utk kecutkan. Alhamdulillah kecut juga jerawat but muka nmpk merah2 . Apa saranan yg sepatutnya utk sy? Sbb sy hmpir putus asa dgn sbrang rwatan. Plus sy ade masalah nephrotic syndrom.

Tanpa Nama berkata...

saya selalu tumbuh jerawat dekat dahi
bhagian muka laen jerawat tidak muncul
cuma dahi shaja jrawat muncul
jika cuaca panas jrawat lgi kerap muncul di dahi tetapi bhagian wajah laen tidak
stakat sya hidup jrawat sya hnya di dhi shaja
pada pndangan doc kulit sya mmg sensitif trhadap cahaya matahari dan apakah rwatan yg sya perlu lakukan

naieela berkata...

salam Dr
sy telah jalani semua yg Dr ceritakan d atas. dari ubat sapu, antibiotic, diane35, dan sekarang sy d cadangkan oleh kakak sy utk ambil roaccutane. harini appointment Dr pakar d HKL sy minta Dr sy beri roaccutane dan beliau setuju krn masalah sy sejak 2007 dan sy dah cuba macam3. Dr minta sy buat ujian darah dan cadangan pengambilan 10mg yg akan bermula pd bulan April16. sy masih ragu3 lagi untuk ambil roaccutane memandangkan sy baca pelbagai entry blog/website tentang kesan sampingan pengambilan roaccutane. cadangan Dr pula bagaimana? adakah sy patut teruskan? sy dilema ni ):

ismi shahida berkata...

SALAM.. SY NK TANYA, BOLEH KE AMBIL ORATANE DENGAN SUPPLEMENT KCOLLY?? SEBAB MUKA SAYA GELAP DR XBG PAKAI APA2 BEDAK PUN UNTUK KELUAR. SY XPASTI ORATANE ATAU APA TAP BENTUK SY GOOGLE SEMACAM ORATANE.TQ

Zumaihanisa hm berkata...

Salamm,
Saya pernah mengambil ubat Isotretinoin untuk merawat jerawat saya setelah disarankan oleh seorang doktor pakar kecantikan di Thailand untuk mengambil Isotratinoin 10mg sehari. Alhamdulillah walaupun kosnya mahal tetapi memang berkesan dalam masa beberapa minggu saja wajah saya tidak lagi berjerawat. Namun begitu memang ada kesan sampingan yang saya alami, saya berhadapan dengan tekanan dan kemurungan.. itu pun sahabat-sahabat terdekat saya yang perasan kerana saya berkelakuan pelik..

Tanpa Nama berkata...

Sy dalam rawatan ubat ini, pada bulan pertama, dr menyaran utk makan sebiji 20mg selang sehari. Pada bulan kedua dr menyaran sy mengambil sebiji 20mg sehari. Dan skrng adalah bulan ketiga. Kulit sy semakin teruk dan jerawat makin tumbuh hingga ke leher. Kulit sy kering sgt dan sering bawa lip balm kemana sy pergi utk mengelakkan bibir sy berdarah disebabkan kering teramat sgt. Betul ke bila consume ubat ini, kulit sy akan tumbuh jerawat byk2 dan akan berkurangan pada bulan ke 7-8?

Tanpa Nama berkata...

Sy pernah alami. Doktor kata mmg mcm tu. Tapi selepas makan ubat tu, kena sapu ubat benzoyl. Kalau dah teruk sgt sampai ke leher, lebih baik pergi jumpa doktor. Nanti doktor suruh buat check darah.

Amirul hafiz berkata...

Terima kasih atas reply awak. Sy dah amek doktor. Dan doktor sarankan sy ambil 20mg setiap hari. Ni dah masuk bulan ke 4, jerawat tetap tumbuh spt biasa, dan ada jugak rasa gatal2 bila tersentuh. Betul ke ia akan berkurangan bila sampai bulan 7-8?

Nazelin Fairuz berkata...

Salam ..nak tanya ibu yg menyusu boleh ke makan roaccutane ni..anak saya dah nak masuk 2 tahun...tolong balas...

Nazelin Fairuz berkata...

Salam ..nak tanya ibu yg menyusu boleh ke makan roaccutane ni..anak saya dah nak masuk 2 tahun...tolong balas...

Nazelin Fairuz berkata...

Salam ..saya nak tanya ibu yang menyusu boleh ke..mengambil ubat roaccutane ini..anak saya dah nak masuk 2 tahun..please reply asap..buntu....

Nazelin Fairuz berkata...

Salam ..saya nak tanya ibu yang menyusu boleh ke..mengambil ubat roaccutane ini..anak saya dah nak masuk 2 tahun..please reply asap..buntu....

Nazelin Fairuz berkata...

Tolong emailkan kepada saya farlindina@gmail.com..tq

Nazelin Fairuz berkata...

Tolong emailkan kepada saya farlindina@gmail.com..tq

AmOi berkata...

Dah dapat jawapan ke ibu yg menyusu boleh je x consume accutane?

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya saya ambil Isotretinoin ini dalam tempoh mna yg saya akan lihat keberkesananya

Tanpa Nama berkata...

As salam macam mna kulit awak sekarang boleh tahh mesej saya 01124028161 sebab saya baru nk cuba ubat ini

Tanpa Nama berkata...

Boleh saya nk tahu lebih lanjut 01124028161

ZiV Jun berkata...

Saya ingin bertanya . Sy juga consume accutane . Apabila sy baca article ini. Jarak untuk hamil selepas pngambilan adalah selama 6 bulan . Doc pkar di hospital yg sy consult mengatakan hanya sebulan selepas consume boleh hamil . Adakah risiko untuk dpt baby tnpa sebarang kecatatan boleh berlaku ?

ZiV Jun berkata...

Saya ingin bertanya . Sy juga consume accutane . Apabila sy baca article ini. Jarak untuk hamil selepas pngambilan adalah selama 6 bulan . Doc pkar di hospital yg sy consult mengatakan hanya sebulan selepas consume boleh hamil . Adakah risiko untuk dpt baby tnpa sebarang kecatatan boleh berlaku ?

Tanpa Nama berkata...

Sy ada jerawat kecil2 dkt dahi..muka pun berminyak dan liang pori jelas kelihatan. Ubat apa yg sesuai utk masalah kulit mcmtu yer

Fyda Fateha berkata...

Salam.. nak tau macamana kondisi kulit awak...? Saya sedang makan accutane 20mg .. baru 20 hari .. jerawat saya makin sangat sangat teruk ... saya risau sgt .. haruskah saya teruskan? Saya sanggup berenti susukan bayi saya utk ambil ubat ni hari tu .. rupanye makin teruk... perlukah saya teruskan atau stop?

Fyda Fateha berkata...

Salam.. nak tau macamana kondisi kulit awak...? Saya sedang makan accutane 20mg .. baru 20 hari .. jerawat saya makin sangat sangat teruk ... saya risau sgt .. haruskah saya teruskan? Saya sanggup berenti susukan bayi saya utk ambil ubat ni hari tu .. rupanye makin teruk... perlukah saya teruskan atau stop?