Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca setia blog saya ini. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf di atas kelewatan saya yang sudah lama tidak mengemas kini blog ini memandangkan saya sangat sibuk dengan pelbagai tugasan, assignments serta hidup sebagai pelajar yang sememangnya memerlukan masa dan pengorbanan. Jika ada masa sekali pun, saya tidak sempat mengemaskini blog memandangkan Blogger semakin lama semakin 'berat' untuk dibuka. Ini memandangkan Blogger semakin 'update' maka ia memerlukan masa untuk stabil dan senang dilayari kelak.
Anda semua mesti tertanya-tanya apakah tajuk
perbincangan blog saya hari ini. Melihat tajuk tersebut, anda semua mesti
tertanya-tanya " Apa tu Astaxanthin ? " "Apa tu Pycnogenol ?
" " Apa yang menarik tentang benda ni ? " "Apa sebenarnya
benda ni ?" . Soalan-soalan sedemikian sudah pasti bersarang di pemikiran
anda dan oleh itu, tibalah masanya untuk saya menerangkan secara mendalam
apakah yang dimaksudkan dengan Astaxanthin dan Pycnogenol ini.
Tuhan menciptakan sesuatu unsur itu untuk diguna
pakai oleh umat manusia sama ada untuk kebaikan mahupun keburukan. Terpulang
kepada kita untuk memilih. Alam semulaajdi merupakan antara nikmat serta
anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Pelbagai rahsia alam yang sehingga kini
masih belum mampu dirungkai oleh para saintis mahupun penyelidik. Namun, kajian
demi kajian dilakukan untuk mendapatkan manfaat yang jitu dalam melengkapi
hidup kita sebagai manusia. Antara anugerah Tuhan yang paling berharga kepada
manusia melalaui alam semulajadi ialah Pycnogenol. Apa itu Pycnogenol ?
Ikuti temubual bersama Dr. Fred Pescatore tentang manfaat terulung Pycnogenol
Pycnogenol merupakan ekstrak/pati kulit kayu pain
maritim Perancis yang berpaten dan merupakan jenama sebuah syarikat, Horphag
Research Ltd. yang berpengkalan di Switzerland. Pycnogenol diambil daripada kulit pokok pain maritim Perancis yang tumbuh subur di sebuah hutan simpan pokok pain
antara terbesar di Eropah. Ia bebas daripada sebarang pencemaran, baja kimia
serta racun perosak dan pokok ini tumbuh subur tanpa sebarang gangguan ekologi
serta sistem semula jadinya antara yang terbaik di dunia untuk pemuliharaan dan
pemeliharaan pokok pain. Kulit kayu pokok pain maritim Perancis ini diambil
setelah pokok tersebut mencecah usia 30-50 tahun.
Kulit kayu pain maritime Perancis merupakan sumber Pycnogenol terulung di dunia
Bahan aktif utama yang terkandung di dalam kulit
pokok ini dikenali sebagai Prosianidin ( OPC ) serta beberapa jenis
bioflavonoid semula jadi yang beratus kali ganda berkesan memberi perlindungan
daripada serangan radikal bebas berbanding antioksida yang lain. Berbeza dengan
ekstrak biji anggur di mana ia juga mengandungi OPC namun kandungan OPC yang
diperolehi daripada biji anggur hanya tunggal yakni tidak bersama dengan
lain-lain bioflavonoid. Pycnogenol merupakan campuran dan gabungan Prosianidin
dan lain-lain bioflavonoid yang hanya wujud di dalam ekstrak kulit kayu pain
maritim Perancis ini. Penemuan OPC beserta bioflavonoid di dalam satu bahan ini
begitu menakjubkan serta menggemparkan dunia sains di mana sangat jarang untuk
OPC bergabung dengan antioksidan lain di dalam satu medium. Penemuan ini juga menjadikan
Horphag Research Ltd. memenangi beberapa anugerah kecermelangan dan anugerah
tertinggi yang pernah dicapai ialah Anugerah Kajian Cemerlang Bahan Kesihatan
Amerika Utara 2008 Frost & Sullivan. Anugerah Frost & Sullivan sangat
terkenal kerana ia merupakan sebuah badan pengiktirafan dunia yang terunggul
dalam menilai sesebuah kajian,pembangunan serta ekonomi dunia.
Disebabkan Pycnogenol merupakan sejenis antioksidan kuat yang memberi perlindungan kepada sel selular ia juga dikenali sebagai
" Antioksidan Hebat Alam Semulajadi " terunggul dan sehingga kini Pycnogenol merupakan satu-satunya sebatian antioksidan terkuat pernah ditemui oleh para saintis di dunia. Kekuatan sesebuah
antioksidan diukur menggunakan bacaan ORAC di mana semakin bacaan ORAC semakin
kuat aktiviti penghalang kesan oksidasi terhadap sel. Walau bagaimanapun, nilai
ORAC yang dicatat oleh Pycnogenol masih lagi menjadi pertikaian. Ia didorong
oleh beberapa faktor tetapi ada teori mengatakan bahawa nilai ORAC Pycnogenol
melebihi beri Maqui. Beri maqui merupakan satu-satunya buah yang mengandungi
nilai ORAC tertinggi di dunia yang mencatatkan nilai ORAC sehingga 27 600 .
Dalam kes Pycnogenol, nilai ORAC tidak memainkan peranan yang ketara tetapi
kesan nilai ORAC nya yang menjadi perbualan hangat kerana gabungan OPC dan
bioflavonoid lain di dalam ekstrak kulit kayu ini menunjukkan kesan penghalang
oksidasi yang terunggul malah ia jauh mengatasi beri maqui.
Disebabkan ini, Pycnogenol mampu mengitar semula
Vitamin C dan E yang teroksida kembali menjadi bentuk yang aktif dan ini sangat
memeranjatkan banyak pihak terutama pengkaji kerana Vitamin C dan E sendiri merupakan
sejenis antioksidan yang kuat. Kesan paling ketara yang diperolehi daripada
pengambilan Pycnogenol ialah dari segi kesihatan kulit, mata serta
penyakit-penyakit kornik.Terdapat beberapa kajian membuktikan dengan
pengambilan 50-100mg Pycnogenol selama 8 minggu akan memperoleh kulit yang
kurang kedut. Selain itu Pycnogenol juga memberi perlindungan terhadap sinaran
UVA dan UVB secara menyeluruh. Ini disokong oleh sebuah kajian yang dilakukan
di California, USA dimana Pycnogenol mampu bergabung secara stabil dengan
kolagen kulit. Apabila radikal bebas seperti sinaran UV mencecah kulit, ia akan
merungkaikan jaringan elastisi kolagen dan menyumbangkan kepada penguraian
serat kolagen. Namun, kekuatan Pycnogenol yang bergabung di setiap penghujung
serat kolagen mengurangkan penguraian kolagen dan ini melindungi serat kolagen
daripada kerosakan yang maksimum.
Selain itu, Pycnogenol juga mampu merentasi
rintangan darah retina ( Blood Retinal Barrier, BRB ) dengan mudah. Antioksidan
hebat ini menunjukkan perlindungan yang sangat tinggi terhadap kerosakan mata
lebih-lebih lagi kepada pesakit diabetis jenis 2. Ini menjadi satu harapan baru
kepada pesakit kencing manis dalam melindungi mata mereka daripada kerosakan
dalaman. Namun, pencapaian terhebat Pycnogenol yang sehingga kini menjadi
perbualan hangat ialah ia merupakan satu-satunya flavonoid yang mampu merentasi
rintangan darah otak ( Blood Brain Barrier, BBB ). BBB merupakan sejenis
lapisan perlindungan otak yang sangat tepu serta berlipid yang menyelaputi otak
daripada kemasukan anasir-anasir luar. Lapisan ini sangat berlipid sehingga
tidak banyak antioksidan yang wujud di dunia ini mampu melepasinya memandangkan
otak merupakan organ neuorlogi terpenting manusia dan setiap inci kerosakan
yang berlaku di otak mampu membunuh kita dalam sekelip mata.
Tetapi, antioksidan semula jadi ini mampu melintasi
BBB dengan mudah. Mengapa ? Ini masih lagi menjadi persoalan dan pertikaian
para penyelidik kerana struktur Pycnogenol sendiri tidak cukup berlipid untuk
melintasi BBB. Walau bagaimanapun, ia tetap selamat diambil sehingga dos
seharian boleh diambil sehingga 200mg tanpa mendatangkan apa-apa kesan
sampingan. Disesabkan ia merupakan antioksidan yang sangat berkuasa,jauh
mengatasi Vitamin C dan E, dianggarkan kekuatan Pycnogenol adalah 1.5 kali lebih
daripada catechin ( Esktrak teh Hijau ), 10 kali lebih daripada ektraks biji
anggur, 40 kali lebih daripada Vitamin E, 350 kali lebih daripada Vitamin C dan
1000 kali daipada Asid lipoik, ia juga dikenali sebagai penghalang kanser
terunggul pernah ditemui. Ia juga digunakan untuk meningkatkan imun sistem
seseorang pada tahap yang maksimum sehingga ia mampu mengurangkan simptom
alahan,resdung, selesema, batuk, alergi serta meningkatkan pernafasan normal
pada tahap yang tinggi.
Terlalu banyak kebaikan serta manfaat yang
diperoleh daripada kuasa ekstrak kulit kayu pain maritim Perancis ini. Terlalu
banyak jurnal serta artikel kesihatan yang diterbitkan sehingga ada antaranya
diguna pakai berulang kali untuk mendapatkan ekstrak yang benar-benar tulen dan
lebih bermutu. Namun begitu, Pycnogenol bukanlah antioksidan terkuat pernah
ditemui serta diketahui oleh manusia. Terdapat satu lagi antioksidan yang
dikenali sebagai "Mother of Antioxidant and Carotenoid " dan
"World's Strongest Antioxidant in Nature". Apakah antioksida tersebut
? Teruskan pembacaan anda !!!
ASTAXANTHIN
Mesti ramai antara anda yang tergelak mahupun
tergigit lidah mahu menyebut perkataan ini secara betul. Secara ringkas, anda
boleh menyebut secara sebegini, Asta-Zhan-Thin
Apakah Astaxanthin ini ? Mengapakah ia digelar
antioksidan terkuat yang pernah wujud di dunia ? Apakah kelebihannya ?
Astaxanthin merupakan sejenis pigmen kerotenoid
semulajadi yang dihasilkan oleh alga Haematococus pluvialis. Ia banyak didapati
di kawasan yang mempunyai aktiviti volkanik seperti di Jepun dan Kepulauan
Hawaii. Namun, alga di Kepulauan Hawaii merupakan yang terbaik dunia kerana ia
ditemui sedalam 5000 kaki di bawah paras air laut. Disebabkan ia merupakan
karotenoid, maka ia berpigmen merah dan ini menjelaskan mengapa ikan salmon,
udang laut, ketam, flamingo serta beberapa hidupan laut yang lain berwarna
merah-oren mahupun merah kejambuan. Ini kerana haiwan-haiwan ini
menjadikan Haematococus pluvialis antara
diet makanan seharian mereka. Sebab itu mengapa ikan salmon serta ketam laut
amat mahal disebabkan ia mengandungi isi yang enak dan lembut serta khasiatnya
yang tinggi. Ini juga menjelaskan mengapa ikan salmon mampu berenang melawan
arus deras selama 7 hari tanpa henti !!!
Sebenarnya, Astaxanthin
merupakan mekanisma terakhir alga Haematococus pluvialis untuk hidup
sekiranya alga ini mengalami tekanan suhu sejuk dan panas melampau, perubahan
cuaca keterlaluan, kekurangan makanan dan air haba serta pancaran matahari yang
keterlaluan. Alga ini secara semula jadi menjana Astaxanthin untuk meneruskan
kehidupannya. Dengan kehadiran Astaxanthin, alga ini mampu hidup tanpa makanan dna tahan tekanan persekitaran selama 40 tahun. Maka tidak hairanlah, alga merupakan antara tumbuhan tertua
pernah ditemui oleh umat manusia tanpa mengalami sebarang proses evolusi secara
mendadak. Astaxanthin merupakan antara pelopor dalam melindungi alga ini
daripada dimamah kesan evolusi melampau.
Berbeza dengan karotenoid yang lain, Astaxanthin
merupakan satu-satunya karotenoid yang tidak mendatangkan kesan toksik sekiranya diambil pada dos yang berlebihan. Malah ia lagi menggalakan aktiviti
selular sel serta melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal
bebas. Sehingga kini, para penyelidik masih kurang memahami bagaimana ia mampu
memberi kesan perlindungan oksidasi sedangkan Astaxanthin tidak ditukar menjadi
Vtamin A setelah dicernakan oleh badan. Namun teori yang diberikan ialah,
Astaxanthin mampu melakukan kesemua ini berdasarkan strukturnya yang sangat
menakjubkan serta panjang, sehingga ia mampu mengapai lapisan atas kulit ( epeidermis ) serta
lapisan dermis kulit.
Berbeza dengan Beta Carotene lain, Astaxanthin mampu mencapai lapisan atas dan bawah sel dengan sempurna dan ini sekaligus melindungi kerosakan sel kulit
Astaxanthin memiliki kekuatan yang tinggi malah
jauh mengatasi Pycnogenol. Oleh yang demikian ia mampu mengitar semula Vitamin
C dan E serta lain-lain antioksida yang teroksida di dalam badan secara
menyeluruh, malah melebihi Hyroxytyrosol, yang diyakini antara antioksidan terunggul yang pernah wujud. Astaxanthin merupakan satu-satunya karotenoid yang
mampu merentasi BBB serta BRB dengan mudah. Tidak ada satu pun karotenoid yang
mampu melepasi rintangan darah ini terutama BBB dengan mudah. Ini menjadikan ia
sangat berguna untuk melindungi sel otak daripda kerosakan. Sememangnya ada
harapan untuk pesakit Alzheimer sembuh disebabkan ia mampu melindungi kerosakan daripada terus kronik. Bagi pesakit darah tinggi, Astaxanthin bertindak pada sel-sel utama
organ terutama ginjal. Ia mampu merentasi lapisan dalam sel badan dengan lebih
mendalam dan terus melindungi sel tersebut setelah ia bergabung dengan sel
tersebut.
Harapan pesakit diabetis juga cerah memandangkan
Astaxanthin mampu merentasi serta melindungi pankreas dengan menggalakan
penghasilan dan pengeluaran insulin. Ia meransangkan sel Beta di dalam pankreas
dan ini menjadikan insulin lebih banyak terhasil daripada yang sepatutnya.
Namun, kesan terhebat Astaxanthin yang pernah dikaji ialah kesan terhadap kulit.
Kulit merupakan organ terbesar manusia. Ia menjadi pelindung pertama terhadap
anasir luar daripada memasuki badan. Kulit sangat unik. ia terdiri daripada 7
lapisan yang sentiasa berganti selama 28 hari. Lapisan dalam kulit terdiri
daripada lapisan dermis yang mengandungi kolagen yang membantu pengurangan
kedutan serta melanosit yang membantu pengeluaran melanin sekiranya terdedah
kepada sinaran UV matahari.
Astaxanthin sangat unik kerana strukturnya yang
panjang mampu melindungi daripada lapisan atas sehingga dalaman kulit tanpa
pecahan struktur molekulnya. Ini menjadikan ia mampu melindungi kulit daripada
serangan UVA dan UVB dan sekaligus melindungi kolagen kulit daripada penguraian
yang total. Paling terserlah ialah ia juga mampu mengurangkan 40% penghasilan
melanin dan ini sekali gus mengurangkan penggelapan kulit. Tona kulit tidak
sekata juga diperbaiki sehingga 78% tanpa sebarang cela.
Perbandingan kekuatan antioksida lain terhadap Astaxanthin
Terlalu banyak kajian yang dilakukan dalam mengenal
pasti kebaikan Astaxanthin namun saya sendiri tidak mampu menulis di sini kerana
antioksidan ini meliputi hampir keseluruhan antioksidan lain yang wujud di dunia.
Kekuatannya 17 kali ganda berbanding ekstrak biji anggur ( OPC / Pycnogenol ),
40 kali berbanding mana-mana beta karoten, 75 kali ganda lebih kuat berbanding
asid lipoik, 500 kali ganda berbanding Vitamin E, 560 kali ganda berbanding
catechin ( ekstrak teh hijau ), 800 kali ganda berbanding enzim CoQ10 dan
paling menakjubkan, 6000 kali ganda lebih kuat berbanding Vitamin C !!! Malah nilai ORAC yang dicatat oleh Astaxanthin
setinggi 28 222 !!! Ini sekali gus memecahkan mana-mana rekod antioksidan lain
yang pernah ditemui oleh para penyelidik seperti Beri Maqui ( 27 600 ) dan beri
acai ( 16 700 ).
Masakan tidak, kelebihan serta kuasa pemulihan antioksidan ini
diakui sendiri oleh Suzy Cohen. Suzy Cohen yang lebih dikenali sebagai
"America's Most Trusted Pharmacist " sendiri mengamalkan pengambilan
Astaxanthin sebagai diet makanan tambahan beliau kerana beliau sendiri mendapat
perubahan yang sangat ketara terhadap pengambilan antioksidan hebat ini.
Ikuti temubual bersama Suzy Cohen tentang manfaat Astaxanthin
Setelah anda mendapat maklum tentang kesemua info-info
ini, pastinya anda tertanya, di manakah saya boleh mendapatkan kedua-dua
antioksida ini ? Adakah saya perlu menempah tiker penerbangan ke Perancis ? Menangkap ikan salmon liar di Jepun,Kanada mahupun USA yang tidak pasti sama ada ianya dipenuhi dengan logam berat merkuri atau juga perlu
pergi ke Hawaii dan menyelam sedalam 5000 kaki ke dalam laut ?
AstaPycnogenol
Tidak perlu bersusah payah kerana saya akan
mencadangkan satu porduk yang saya amalkan sehingga kini. Hasilnya sangat jelas
pada mata, kulit serta alahan saya yang semakin berkurangan. Saya memilih AstaPycnogenol
yang dipasarkan oleh Cosway memandangkan produk ini memiliki paten Horphag (
Pycnogenol ) yang tulen dari Switzerland. Sehingga kini, Cosway merupakan
satu-satunya syarikat di Malaysia yang menggabungkan kedua-dua antiooksidan
hebat ini di dalam satu kapsul dengan dos yang lebih tinggi berbanding
mana-mana produk Astaxanthin serta Pycnogenol yang berada di pasaran Malaysia.
Harganya juga sangat berbaloi untuk penggunaan sebulan di mana harga keahlian
Cosway hanya RM 98.00 dan sekiranya terdapat promosi bulanan, ia mampu dimiliki
dengan harga lebih murah, sekitar RM 82.00 atau RM 55.00 sahaja.
Bercerita mengenai pengalaman saya mengambil produk
ini, pada mulanya saya meragui keberkesanaannya memandangkan pelbagai produk
telah saya cuba untuk menghilangkan kesan cela di wajah serta lengan saya,
namun saya kuatkan semangat untuk mencubanya dan saya melakukan sedikit
pembacaan serta penyelidikan berkaitan dengan produk serta kedua-dua
antioksidan hebat ini. Akhirnya, saya memilih untuk mencubanya semula dan
sangat memeranjatkan apabila walaupun saya baru sahaja mengambil 2 kapsul
AstaPycnogenol, penglihatan saya semakin jelas. Saya mengalami masalah penglihatan
yakni silau yang agak serius disebabkan faktor keturunan. Mata saya sering
letih dan berair lebih-lebih lagi pada waktu malam ketika terkena cahaya lampu
dan pancaran terik matahari yang sememangnya mengeluarkan sinaran UVA dan UVB
yang tinggi. Walaupun saya telah memakai cermin mata khas untuk menghalang
penembusan sinaran UVA dan UVB beserta radiasi, namun mata saya tetap akan
kering dan berair. Setelah saya mengambil 2 kapsul AstaPycnogenol, penglihatan
saya bertambah baik, cerah, jelas dan terang. Ini menyakinkan saya bahawa
kedua-dua antioksidan ini merupakan terbaik yang pernah saya cuba. Jerawat saya
juga semakin menghilang dan kulit saya bertambah cerah tanpa memakai apa-apa
losyen SPF mahupun mengambil kolagen.
Oleh yang demikian, rebutlah peluang ini untuk anda menjaga kesihatan dan keremajaan anda daipada serangan radikal bebas, kanser mahupun lain-lain masalah kesihatan. Anda cuba anda tahu.
p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran No.1 DI SINI
p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran No.1 DI SINI
38 ulasan:
blhkah ibu menyusu dan ada alahan seafood mngambil astaxanthin?selain kebaikan ada x side effect lain2?
info yang menarik.. terima kasih atas perkongsian.
Hi, maaf kerana lewat mebalas pertanyaan anda semua. Berkaitan dengan soalan anda, ini adalah pandangan saya :
1) Ibu mengandung dan menyusu TIDAK DIGALAKKAN mengambil Astaxanthin kerana sehingga kini tidak terdapat sebarang kajian jangka masa panjang terhadap kesan pengambilan Astaxanthin terhadap ibu mengandung/ menyusu badan.
2) Astaxanthin didatangi di dalam dua sumber, sumber primer dan sumber sekunder. Untuk sumber primer, ia dihasilkan secara terus melalui alga Haematococcus Pluvialis. Maka ia selamat diambil kepada mereka yang alah terhadap seefood. Sumber sekunder pula merupakan sumber berasaskan hidupan marin seperti salmon, krill dan lobster. Ia tidak sesuai diambil kepada anda yang alah terhadap makanan laut.
3) Sehingga kini, tidak dikhususkan secara terperinci berkaitan kesan sampingan pengambilan Astaxanthin terutama secara berpanjangan. Namun, beberapa kesan sampingan kecil seperti tekanan darah rendah, pening, kulit kemerah-merahan pernah dilaporkan. Ini kerana Astaxanthin adalah Beta-Carotene, maka sifatnya adalah suka kehadiran lemak/lipid. Ia akan termendap di bawah lapisan kulit untuk tempoh jangka masa yang panjang sekiranya pengambilan 6 bulan berturut-turut diamalkan. Sesetengah individu akan mengalami perubahan warna kulit seakan-akan kuning-merah-kemerahan. Ia berlaku selepas pengambilan pengambilan 6 bulan berturut-turut diamalkan. Ia lebih ketara dilihat di kawasan tapak tangan dan tapak kaki. Namun, tiada yang perlu dirisaukan kerana ia hanya termendap di kawasan tersebut dan ini mampu membantu menjadi penampan sinaran UV terhadap kulit.
Terima kasih atas sokongan anda dan teruskan menyokong. Terima kasih
Salam.seawal umur berapakah sesuai untuk mengambil produk ini.bolehkah kanak kanak berusia 11 tahun mengambilnya utk mengurangkan masalah resdung
Salam.
Sye nak tnye boleh ke makan astaxanthin & glutathione at the same time? Sye baru nak cuba tp takut ade side effects kalau consume both of it on the same time.
Wasalam dan hi,anda perlu menjarakkan Astaxanthin dan Glutathione . Ini kerana, Astaxanthin perlu diambil sejurus selepas makan atau semasa makan, sebaik-baiknya ketika sarapan pagi. Manakala Glutathione perlu diambil sejurus selepas bangun dari tidur. Ini penting kerana Glutathione memerlukan kadar resapan yang tinggi, yakni semasa perut kosong ketika bangun dari tidur pagi. Walaupun tidak dilaporkan sebarang kesan sampingan yang timbul ekoran pengambilan Astaxanthin dan Glutathione, namun ia masih memerlukan kaedah pengambilan yang betul agar kadar resapan dan kesan yang diigini tinggi. Terima kasih
Hye.
Sy nak testimoni pasal astapycnogenol tu boleh tak?sebab sy nak cuba produk tu tp still takut2.sy tak biasa mkn ape2 supplement before this.i have a really sensitive skin.kulit sy b'minyak & b'jerawat.sesuai ke dgn produk astapycnogenol tu?thank u.
Hi, mengikut pengalaman saya yang juga memiliki kulit yang berminyak dan berjerawat, AstaPycnogenol didapati mengurangkan kesan keradangan setiap kali jerawat terjadi. Harus diingatkan bahawa AstaPycnogenol tidak mengurangkan ketumbuhan jerawat namun ia hanya membantu mengurangkan kesan kulit berminyak dan keradangan jerawat. Sekiranya anda menghidapi masalah kulit berminyak dan berjerawat, anda harus menggunakan produk yang bersesuaian dengan kulit anda. Ini kerana kebanyakan produk di pasaran menghakis dan menipiskan kulit, lalu menjadikan kulit lebih kering lalu berminyak dan akhirnya pembiakan bakteria berlaku dan ini menjadikan ketumbuhan jerawat. Sekiranya anda mahukan regim penjagaan luaran kulit wajah, saya akan mencadangkan beberapa jenis produk, namun ia sememangnya mahal tetapi amat berkesan dan berbaloi. Perlu diingatkan bahawa kesemua saranan ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan ianya terpulang kepada kesesuaian kulit anda. Sekiranya ia tidak berkesan atau lebih memudaratkan kulit anda, anda dinasihati berhenti menggunakannya. Produk yang saya percaya dan pernah menggunakan adalah :
1) SKII : Ini adalah rangkaian produk paling berkesan pernah saya gunakan. Walaupun harganya mahal, namun ia sangat berbaloi kerana ia membantu menjadikan kulit wajah kekela lembab dan ini mengurangkan kesan kulit berminyak. Memandangkan kulit anda berminyak, anda harus menggunakan pencuci muka ( cleanser ) dan diikuti dengan sapuan toner dan langkah terakhir adalah penggunaan Facial Treatment Essence sebelum tidur. Paling saya gemari adalah Facial Treatment Essence yang sangat menakjubkan kerana kita dapat merasakan sendiri perbezaan kelembapan dan pengurangan minyak di kulit wajah dalam hanya 7-14 hari selepas pemakaian.
2) Teen Derms oleh Isis Pharma. Ini merupakan penjagaan wajah terbaharu yang saya sangat percayi selepas disyorkan oleh pakar kulit. Saya menggemari pembersih muka ( cleanser ) dan serum bagi produk ini. Ini kerana kulit sama sekali tidak akan menjadi kering setelah penggunaan pembersih mukanya. Selain itu serum produk ini juga merupakan antara yang paling berkesan pernah saya gunakan. Ia berjaya mengurangkan masalah kulit berminyak dan pada masa yang sama masalah jerawat yang timbul. Walaubagaimanapun, produk ini tidak terdapat dan tidak dipasarkan di Malaysia. Ia hanya boleh ditempah khas melalui pakar kulit ( Dermatologist ) di hospital kerana produk ini dipercayai oleh sebilangan pakar kulit kerana ia adalah produk dan teknologi Perancis yang sangat menakjubkan.
Untuk pemilihan supplement, saya lebih mencadangkan anda mengambil Evening Primerose Oil ( EPO ), Fish Oil, Lycopene dan juga Chlorella. Paling saya percayai adalah EPO + Fish Oil kerana EPO bertindak sebagai penimbang ketidakseimbangan hormon. Hormon dikaitkan dengan masalah jerawat ekorang rembesar minyak yang berlebihan di sebum wajah. Fish Oil pula berkesan dalam mengurangkan kesan keradangan dan kemerahan yang diakibatkan oleh jerawat. Terima kasih
So kat mane sy boleh dapat kan supplement yg awk cakap tu?semua supplement tu ade kat pharmacy ke?
Hi, untuk EPO dan Fish Oil, anda boleh dapatkan dimana-mana farmasi persendirian termasuk Watson, Guardian mahupun Cosway. Dos saranan EPO adalah antara 500-1000mg sehari dan Fish Oil adalah antara 500-3000mg sehari. Bagi EPO, pastikan ia mengandungi 10% GLA dan bagi Fish Oil, pastikan ia mengandungi 3 ramuan utama iaitu Omega 3, EPA dan DHA. Saranan bagi mendapatkan kesan optimum dalam produk ini adalah 500mg dan keatas untuk Omega 3 dan 300-500mg bagi DHA dan EPA. Anda bebas memilih sebarang jenama mengikut kemampuan anda.
Untuk Chlorella pula, saya hanya mempercayai 2 jenama sahaja, Yaeyama Ishigaki Chlorella dan yaeyama Pacifica. Kedua-dua produk ini adalah paling tulen dan bersih di dunia untuk kategori produk berasaskan Chlorella. Anda boleh mendapatkan Yaeyama Ishigaki Chlorella di mana-mana cawangan Cosway berdekatan. Namun, bagi produk Yaeyama Pacifica, ia tidak dipasarkan di negara ini. Ia hanya didapati di Australia. Terima kasih
Saya berminat mengetahui tentang kesan astaxanthin kepada bayi yg menyusu akibat ibu mengambil astaxanthin. Kerana pada zaman ini byk makanan kesihatan dan kecantikan mengandungi bahan2 tersebut. Moga ada pihak yg akan melakukan kajian ini.
Hi, ingin saya TEGASKAN bahawa saya TIDAK MENGGALAKKAN pengambilan SEBARANG JENIS supplement atau produk yang mengandungi Astaxanthin walaupun memiliki dos serendah 2mg dan kebawah. Ini kerana sehingga kini tidak terdapat sebarang kajian saintifik terhadap wanita mengandung, ingin mengandung, selepas mengandung ( berpantang ) dan menyusukan bayi untuk jangka masa panjang. Sekiranya anda tergolong dalam kalangan kategori di atas, sila elakkan pengambilan Astaxanthin kerana ia boleh mengundang risiko yang sehingga kini masih belum didokumentasikan. Terima kasih
As salam..br2 ni doc mngesahkn sy ada penyakit darah tngi, bacaan bp sy antara 130-140/85-90. Doc ada suruh sy amik ubat darah tngi tp sy x nk sbb xnk brgantung pd ubat...soalan sy, bleh x sy amalkn ambil suplement ataxanthin ni pulihkn penyakit darah tngi tanpa ambil ubat darah tingi...antara suplement ataxanthin, jenama ape yg paling bgus utk pulihkn darah tngi, cosway, biolife atau kordel?
Wasalam dan hi, melihat kepada masalah kesihatan yang dihidapi oleh anda iaitu penyakit tekanan darah tinggi, ia sebenarnya terletak kepada paras bacaan tekanan darah yang dihidapi oleh seseorang individu. Lazimnya, sekiranya seseorang menghidapi tekanan darah tinggi, doktor akan memulakan regim rawatan Amlodipine sebagai rawatan asas. Namun, ia bergantung juga kepada justifikasi doktor dalam merawat masalah pesakit berdasarkan bacaan tekanan yang dihidapi, sejarah keluarga dan sebagainya.
Sekiranya doktor anda telah mengarahkan anda mengambil ubat darah tingg, anda disarankan mengikuti nasihat beliau. Walaubagaimana pun, ada juga para doktor yang masih prihatin dalam memberikan 'peluang kedua' kepada pesakit sebelum memulakan regim rawatan tekanan darah tinggi. Sekrianya anda masih belum bersedia mengambil ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor anda dan masih memerlukan masa untuk mengawal tekanan darah anda secara holistik tanpa bergantung kepada ubat, anda harus berbincang dan merujuk doktor anda terlebih dahulu.
Anda dilarang menghentikan pengambilan ubat yang diberi kerana ini boleh membawa risiko dan kesan mudarat lain. Berbincanglah terlebih dahulu dengan doktor anda sebelum membuat sebarang keputusan.
Sekiranya anda meminta pendapat dan pandangan saya, saya hanya memberikan beberapa jenis cadangan supplement untuk diambil anda bagi membantu mengawal tekanan darah anda. Namun perlu diingatkan, anda harus merujuk dan berbincang terlebih dahulu berkaitan hal ini dengan doktor atau ahli farmasi anda. Saya hanya memberikan garis panduan asas dalam regim berasaskan supplement.Antara supplement yang menjadi pilihan saya adalah :
1) Astaxanthin
2) Pycnogenol
3) Ekstrak minyak zaitun
4) Omega 3 & Fish Oil
5) Alpha Lipoic Acid ( ALA )
6) Probiotk & prebiotik
7) Vitamin E
8) Vitamin A
Bagi produk Astaxanthin, saya memilih BioAstin Hawaiian Nutrex Astaxanthin kerana ia merupakan produk Astaxanthin paling bersih dan bermutu di pasaran dunia. Bagi produk Pycnogenol, saya memilih AstaPycnogenol. Ia dipasarkan oleh syarikat jualan lansung Cosway. bagi produk ekstrak minyak zaitun, saya menyarankan anda memilih Hidrox, untuk pasaran Malaysia, ia dipasarkan oleh syarikat jualan lansung Cosway. Omega 3 dan Fish Oil, anda bebas memilih sebarang jenama di pasaran termasuk juga produk Alpha Lipoic Acid ( ALA ). Bagi produk probiotik dan prebiotik, saya menyarankan anda memilih Yakult. Hanya terdapat tiga jenama produk Vitamin yang saya percayai. Ia adalah Kyani Sunset ( tidak dipasarkan di Malaysia ), TOCO-Span yang dipasarkan oleh Liwe Well Malaysia dan E-Trienol yang dipasarkan oleh syairkat jaulan lansung Cosway. Bagi Vitamin A, anda boleh mendapatkannya secara bersama dengan pengambilan Spirulina. Ia terkandung di dalam Spirulina. Hanya jenama Spirulina Elken sahaja yang saya percayai kualitinya. Bagaimanapun, anda harus merujuk kepada doktor dan ahli farmasi anda terlebih dahulu. Terima kasih
Terima kasih atas maklumat yg diberi. Sgt brguna...
Hi, sama-sama atas sokongan anda. Terima kasih
salam sedara farigh!
sedara ckp astaxanthin bole putihkan kulit?? saya konpius la..macam mana pulak dengan glutathion?? bukan ke l-glutathion lebih berkuasa dalam pemutihan kulit? lagi saya bertambah konpius! saya pernah bertanya pakar kulit, untuk putihkan kulit hanya boleh dilakukan dengan injection iaitu memasukkan gluta dalam salur darah. itupun bersyarat dilakukan dengan jumlah mg yang besar dan kerap! kalau makan pil kesan sangat slow dan kadang2 tak menjadi. adira setahu saya menyuntik putih setiap hari untuk mendapatkan kulit seperti sekarang. kalau macam tu, membazir duit la ye beli segala bagai pil2 yang ada di pasaran tetapi x mendapatkan kesan yang diharapkan! bole sedara komen n jelaskan x? saya betol2 nak putih ni..obses ni! tak nak la perabih duit telan pil macam2 tapi kesan zero! hep! hep!
Wasalam dan hi, ingin saya jelaskan di sini bahawa, Astaxanthin bukan agen pemutih atau pencerah kulit. Ia hanya berfungsi dalam mengurangkan kesan selaran matahari dan melindungi kulit daripada kesan kerosakan pancaran UV matahri. Ia termendap di bawah lapisan kulit dan bertindak dengan melindungi kolagen kulit daripada kesan kerosakan akibat sinaran UV matahari. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, Glutathione adalah amat sukar diserap oleh badan. Ini kerana, molekulnya adalah amat besar untuk melepasi saluran penyerapan usus. Walaupun kini terdapat beberapa jenama produk Glutathione di pasaran yang mamiliki kadar resapan dan bio-ketersediaan yang tinggi, namun adalah dimaklumkan bahawa ia memerlukan kos yang amat tinggi.
Glutathione adalah lebih mudah menampakkan hasilnya sekiranya diambil secara suntikan. Namun begitu, ia bukan satu pilihan yang utama kerana ia memerlukan kos yang tinggi sekiranya mahu berbuat demikian. Kebanyakan produk berasaskan Glutathione di pasaran adalah didatangkan dalam formulasi berasaskan kapsul, tablet atau serbuk. Maka, ia perlu diambil tetapi, bergantung kepada setiap individu, ia memerlukan masa untuk diserap sepenuhnya ke dalam badan. Bagaimanapun, saya tidak boleh menyatakan bahawa Glutathione tidak boleh diambil, ia masih boleh diambil cuma ia sebenarnya kurang praktikal.
Sekiranya anda telah mencuba pelbagai cara dalam mendapatkan hasil yang diingini, saya mencadangkan anda melakukan detoks terlebih dahulu. Ia membuang mendapan toksin yang terperangkap di dalam tubuh anda. Tksin berlebihan akan mengurangkan kesan supplement yang diambil oleh kita. Terima kasih
Slm Fariqh,
Bolehkah produk cosway asta pycnogenol ini diambil oleh pesakit G6PD. Terima kasih diatas kesudian anda berkongsi info :-)
Wasalam dan hi, ingin saya TEGASKAN di sini bahawa saya TIDAK MENGGALAKKAN pesakit G6PD mengambil Astaxanthin memandangkan sehingga kini TIDAK terdapat sebarang kajian saintifik dalam menyokong kesan posifit Astaxanthin terhadap penyakit tersebut. Anda harus berbincang dengan doktor, pakar perubatan dan ahli farmasi yang terlibat dalam merawat pesakit G6PD berkaitan SEBARANG jenis supplement yang bersesuaian. Terima kasih
Terima kasih atas info yg diberikn..sgt berguna kepada saya..:-)
Bolehkah produk cosway asta pycnogenol ini diambil oleh pesakit dengan masalah buah pinggang?
Hi, kami TIDAK MENGGALAKKAN pesakit buah pinggang mengambil sebarang jenis produk yang mengandungi Astaxanthin termasuk AstaPycnogenol. Ini kerana, ia dikhuatiri akan membebankan ginjal memandangkan Astaxanthin adalah larut lemak dan ia boleh tersimpan dan termendap di dalam tisu badan untuk tempoh jangka masa yang panjang. Selain itu, shingga kini tiada satu kajian saintifik yang benar-benar menyokong pengambilan Astaxanthin oleh pesakit buah pinggang. Terima kasih
Salam, kt mn nk beli produk BioAstin Hawaiian Nutrex Astaxanthin?
Wasalam dan hi,kepada saudari Ainul, sila layari Fan Page Glutamax 2 untuk keterangan lanjut. Terima kasih
Assalam
Assalam fariqh.Akak berkulit kering dan mudah sun burn apabila terkena sinaran matahari walaupun memakai sunblock.hanya kulit muka yang sun burn.sun burn tu plak lmbt hilang.Akak juga ada smile line yg sgt ketara di kiri dan kanan tepi hidung sehingga ke tepi mulut.Akak berumur 32thn.Namun kwn2 akak yg sudah 45 ke atas tdk mempunyai smile line seteruk akak.garisan yg sgt dalam sehinggakan nmpak sprti kedutan. Akak menggunakan avon anew reversalist hampir setahun tp tiada apa2 perubahan.Adakah dgn pengambilan astapycnogenol dan collagen blh mengurangkan garis kedutan dan memulihkn sun burn?apakah supplemen yg sesuai utk kulit kering?terima kasih.assalam
Wasalam dan hi, anda seharusnya merujuk kepada pakar kulit kerana mereka akan mengdiagnos masalah anda terlebih dahulu. AstPycnogenol dan kolagen lebih kepada pengurangan kesan kedutan dan mencantikkan kulit wajah. Anda juga boleh menimbangtara penggunaan produk organik. Terima kasih
ASLM FARIQH..SY NK TNYA CARA SY AMBIL SUPLEMEN NI BTL X... PAGI BANGUN TIDUR AMBIL 1BIJI GLUTA, TGARI LEPAS MAKAN AMBIL 1 BIJI ASTA PYNOGENOL, LPS MAKAN MLM AMBIL 1 BIJI EPO(1000MG)+ 1BIJI FISH OIL... SY MINUM AIR L/KURANG 3LITER SEHARI..
Wasalam dan hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama, urutan pengambilan supplement anda adalah sesuai namun bagi mengelakkan keamatan dalam jadual pengambilan yang ketat, anda masih boleh mengambil bersama Fish Oil dan Evening Primerose Oil ( EPO ) anda di waktu malam kepada waktu tengah hari, selepas makan bersama AstaPycnogenol.Namun, tidak menjadi masalah juga sekiranya anda mahu mengambil ketika malam hari.Pastikan ia diambil sejurus selepas makan kerana kehadiran makanan membantu kadar penyerapan supplement tersebut KECUALI Glutathione yang memerlukan keadaan perut kosong untuk diserap.Terima kasih
sy mahu MENCERAHKAN KULIT BADAN SAHAJA..apakah y anda syorkan..sila bantu sy..dan harap sy dpt contact num y jual glutamax tu di malaysia kerana sy tidak gemar pm fb..sy sgt brharap krna seller lain malaysia jual y dlm botol..tdk sama sperti gmbar diatas..adakah produk y sama atau bgaimana..harap anda boleh emailkan contact num kpd sy dan hrap dpt bantu sy,apakah produk y paling berkesan utk MENCERAHKAN KULIT shja
As salam Fariqh. Astaxanthin ni sesuai tak bg pesakit fatty liver dan gout. Dan boleh tak hilangkan ketagihan merokok dan alchohol spt arak.
Salam, bolehkah Astaxanthin diambil oleh pesakit sawan sebagai tambahan kepada ubat yang diberikan doktor. Sekiranya tidak, apakah suplement yang dapat membantu. Terima kasih
Hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 1, dukacita ingin saya maklumkan bahawa saya tidak menjual atau memasarkan jenama Glutamax. Terima kasih
Wasalam dan hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 2, Astaxanthin sangat digalakkan diambil kepada penghidap hati berlemak dan gout. Ini kerana, sifat anti keradangan yang dibawa oleh Astaxanthin adalah tinggi. Namun begitu, Astaxanthin sama sekali tidak mengurangkan ketagihan merokok atau alkohol secara lansung atau secara tidak lansung. Terima kasih
wasalam dna hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 3, saya TIDAK MENGGALAKKAN SEBARANG bentuk supplement atau makanan tambahan kepada pesakit yang menghidapi sawan. Sila rujuk kepada pakar perubatan atau doktor yang merawat. Terima kasih
Salam saudara fariqh,
Ada kesan sampingankah jika saya mengambil astapycnogenol + chlorella + spirulina dari cosway. Terima kasih
Assalamualaikum... bolehkah kita mengambil astapycnogenol + fish oil pada waktu yang sama?
assalamualaikum.saya nak tanya saya tengah berpantang dan menyusu skrg ni.anak saya ada G6pd.saya nak makan kolagen jenama maganda glow tp selepas pantang baru nak minum.dalam produk tu ada astaxanthin
Catat Ulasan