Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 19 September 2012

Oat : Kebaikan Dalam Setiap Hidangan


Bijirin penuh nutrisi, Oat

Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog setia saya. Hari ini saya ingin membicarakan satu topik yang saya rasa ramai sudah mengetahuinya namun, masih kurang kesedaran tentang kebaikan dan manfaat yang mampu diberikan oleh makanan ini. Apakah ia ?

Oat...

Dengar sahaja nama oat, pasti ramai memalingkan muka, mahu termuntah dan tidak lari juga yang 'kembang' tekak apabila melihat, mendengar dan meghidu bau serta rasa oat ini. Lihatlah, betapa hebatnya penangan oat ini sehingga ramai yang tutup hati melihat makanan bernama oat ini. Tetapi, tahukah anda, Tuhan itu menciptakan sesuatu dengan bertujuan memberi manfaat kepada hamba-Nya ?

Jadi pada hari ini, saya akan membincangkan tentang 1001 rahsia dan manfaat oat kepada kesihatan manusia. Mana tahu, setelah anda membaca entri ini, mungkin pandangan anda terhadap oat bakal berubah ? Mari kita saksikan !!!


Pokok oat

Oat merupakan sejenis gandum yang banyak ditanam di ladang-ladang gandum dunia seperti di Rusia, Kanada, Australia dan Amerika Syarikat. Ia merupakan satu-satunya gandum paling berkhasiat di dunia yang mengandungi pelbagai nutrient dan zat-zat penting untuk tumbesaran termasuklah protein, Vitamin B, kalsium dan magnesium. Ia mengandungi peratusan serat yang paling tinggi dalam kelasnya malah jauh mengatasi kultur hidup lain seperti minuman probiotic dan nasi.

Di negara Barat seperti Amerika Syarikat dan Kanada, oat menjadi hidangan harian mereka kerana komposisi protein nya yang jauh dan kaya malah mengatasi segelas susu. Ini juga mengandungi karbohidrat yang tinggi dan ini menjelaskan sesiapa yang mengambil oat pada sebagai sarapan pagi mereka akan berasa kenyang sehingga 4-6 jam berikutnya !!!

Tetapi tahukah anda bahawa oat merupakan salah satu daripada 3 makanan di dunia mampu menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah dengan effektif ?

Pasti ramai tahu akan fakta ini namun masih kurang penjelasan mengapa dan bagaimana ia bertindak. Oleh itu, ramai pesakit darah tinggi,koleterol tinggi, sakit jantung dan diabetis lebih gemar mengambil preskripsi harian ubatan mereka berbanding sumber semula jadi seperti oat tanpa mengetahui kesan buruk ubat-ubatan ini. 

Untuk pengetahuan, ubat darah tinggi seperti amlodipine mampu memberi kesan yang buruk kepada kadar denyutan jantung untuk jangka masa yang panjang. Ubat penurun kolesterol paling berjaya di pasaran dunia, Lovastatin, Simvastatin dan Atorvastatin pula lebih parah. Ia boleh menurunkan paras antioksidan semula jadi badan, CoQ10 secara mendadak walaupun dengan hanya sekali pengambilan. Ini menjelaskan mengapa ramai pesakit yang mengambil ubat ini mengadu sakit-sakit otot, pening kepala, keletihan dan lesu dan sebagainya. Ubat diabetis seperti metformin pula boleh mengakibatkan masalah berkaitan pencernaan dan gangguan usus yang serius.

Kebaikan Oat diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Maka, anda memerlukan alternatif semula jadi dalam menurunkan paras kolesterol dan gula dalam darah anda tanpa menghadapi sebarang kesan sampingan. Jawapan ini terletak pada oat.

Oat mengandungi Beta-glucan, sejenis bahan aktif yang berfungsi sebagai pengikat kolesterol paling mujarab di dunia. Fakta paling utama yang perlu anda ketahui ialah, 80% kolesterol dihasilkan di hati dan 20% lagi melalui makanan. Ini menjelaskan mengapa ramai yang cuba mengawal pemakanan mereka tetapi 'gagal' kerana tidak mengetahui fakta yang sebenar kerana kolesterol banyak dihasilakan di hati dan bukan melalui pemakanan. Oleh itu, kita harus mencari punca utama kolesterol itu dihasilkan dan mengawal 'kilang hati' daripada terus mengeluarkan kolesterol secara berlebihan ke dalam dalam.

beta-glucan yang terkandung di dalam oat bertindak seperti vakum kolesterol dengan bergabung bersama kolesterol dan membuangnya keluar melalui saluran najis. Tidak setakat itu, ia juga bergabung dengan asid hempedu untuk mengelakkan penyerapan semula kolesterol ke dalam darah. Ini menjadikan oat serat yang 100% sihat dan mampu menurunkan parasa kolesterol darah dalam hanya 30 hari !!!

Beta-glucan juga mampu menurunkan paras gula dalam darah dengan meningkatkan pertahanan dan imuniti badan agar tidak kebal terhadap insulin. Disebabkan itu juga, Beta-glucan mampu meningkatkan serta mengelakkan alahan daripada berlaku kerana ia memiliki sifat anti alahan dan penguat imun badan terunggul.
maka, sesiapa yang mengalami masalah alahan, anda sisyorkan mengambil oat setiap hari dan lihatlah hasilnya.

Disebabkan oat merupakan serat yangs angat larut, maka ia mampu melancarkan pergerakan usus untuk membuang sisa tinja yang terperangkap di usus. Ini sesuai untuk mereka yang menhgadapi masalah sembelit dan buang air tidak lawas.

Saya memilihi Instant Oatmeal kerana senang dimasak

Rasa ?

Ketika saya mula mengambil  semangkuk oat, saya hampir termuntah kerana rasanya yang seperti payau dan agak meloyakan. Oleh itu, saya cuba menukar sedikit menu tersebut dengan campuran susu dan gula. Semakin hari, saya mengurangkan pengambilan gula dalam semangkuk oat dan akhirnya saya mampu memakan oat yang hanya dididihkan dengan air panas. Sudah pasti rasanya agak meloyakan pada mereka yang mula-mula berjinak dengan oat. Tetapi, saya mahu mendapatkan kebaikan pengurangan kolesterol dan gula oleh yang demikian saya makan dengan bancuhan air panas kosong sahaja. 

Mula-mula agak payau rasanya, tetapi setelah biasa dengannya, saya merasakan adalah lebih sedap tanpa apa-apa tambahan kecuali buah-buahan sebagai perasa dan pelengkap keenakan oat.

Oleh itu, tunggu apa lagi, nikmatilah hidangan oat pertama anda hari ini dengan harapan SIFAR penyakit jantung



p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.

45 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

em...selain daripada khasiatnya di atas bolehkah ia menurunkan berat badan? admin tolong jawab... pelawat diluar sana juga pasti nak tahu, bukan? harap admin dapat jawab secepat yang mungkin...terima kasih

Fariqh berkata...

Hi, oat sememangnya dapat membantu menurunkan berat badan. Saya nasihatkan anda menukarkan pengambilan makanan berat seperti nasi dan seumpama dengannya di waktu malam dengan pengambilan oat. Dalam 1 bulan anda akan dapt lihat hasilnya. And aperlulah berdisiplin. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

hi admin, sebarang jenama untuk oat pun ok je kan..ke ada spesifik brand yang ok.

*just found ur page.very informative.keep it up dude.thumb up.

Fariqh berkata...

Hi, terima kasih atas sokongan anda. Berkaitan dengan soalan anda, anda boleh memilih sebarang jenama oat. Namun sila pastikan ianya benar-benar pekat dan mengandungi sekutangnya-kurangnya 3 Gram Beta-Glucan dalam setiap hidangan. Sekiranya anda mahukan pada harga mampu milik, Quaker Oat boleh menjadi pilihan. Namun sekiranya anda mahukan paras Beta-Glucan yang lebih tinggi, Oat BG22 boleh dipertimbangkan. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Hi admin sekarang saya mengandung dan saya menghidapi gestational diabetes...boleh kah saya makan oats setiap hari untuk menhilangkan gestational diabetes ini...

Tanpa Nama berkata...

hai admin..apa perbezaam ketara instant oat dan quaker quick cook..boleh ke masukkan isntant oat dlm msakan kita?

Tanpa Nama berkata...

Setiap hari mgamalkan bfast 1 sudu susu omega + 2 sudu oat bancu dgn air panas.dah setahun amalkan.... :-)

Fariqh berkata...

Maaf kerana lambat membalas pertanyaan anda, berkaitan dengan pertanyaan anda, saya sangat menggalakkan anda mengambil oat. Hanya terdapat dua jenama yang saya percayai, Quaker Oat dan Oat BG22. Ia mengandungi paras 3 gram Beta-Glucan yang diperlukan dalam menurunkan paras kolesterol dan masa yang sama mampu menurunkan paras gula dalam darah. Bagi pemilihan Quaker Oat, saya lebih menggemari Instant Oat kerana ia hanya perlu ditambah air panas. Berbanding dengan Quick Cook, ia perlu dimasak untuk mendapatkan rasa yang dingini. Saya sangat menggalakkan anda memamsukkan oat ke dalam hidangan mahupun masakan anda. SIla layari laman web Quaker oat untuk menu tambahan. Berkaitan soalan terakhir anda, saya gembira kerana anda telah memulakan regim pengambilan Omega cuma untuk oat, sila pastikan anda mengambil 5 sudu oat. Ia akan membekalkan separuh daripada saranan yang ditetapkan. Sekiranya anda mengambil 2 sudu, ia hanya mewakili 1/5 daripada 3 gram Beta-Glucan ( +- 600gram ) untuk sekali hidang. Ini tidak mencukupi dan diharap anda mengambil 5 sudu untuk separuh kuantiti yang disarankan. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Info yang sgt berguna.. Sudikan lawat blog saya pula ya http://jomhealthywithme.blogspot.com

Fariqh berkata...

HI, terima kasih atas feedback anda.

Tanpa Nama berkata...

kalau oat cereal drinks bgs d minum kah?

Fariqh berkata...

Hi, untuk menu berasaskan minuman bijiran oat, ia juga bermanfaat cuma ia kurang pekat berbanding dengan bijiran penuh oat sebenar ( mentah ). Terima kasih

Fariqh berkata...

Hi, untuk menu berasaskan minuman bijiran oat, ia juga bermanfaat cuma ia kurang pekat berbanding dengan bijiran penuh oat sebenar ( mentah ). Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

ok tq admin

Fariqh berkata...

Hi, sama-sama atas sokongan anda.

Unknown berkata...

Kat mana nakbdapatkan oat bg22.dah banyak pasaraya saya cari tapi tak ada

Tanpa Nama berkata...

Masalah perut buncit n lemak tepu d perut blh kurang ke mkn oat?mohon pencerahan

Fariqh berkata...

Hi, berkaitan dengan soalan anda :

1) Anda boleh dapatkan di rangkaian farmasi seluruh negara termasuk Watson dan Guardian.

2) Ia kurang membantu kerana masalah lemak di bahagian abdomen memerlukan kaedah pengurangan lemak yang lain termasuk diet yang seimbang dan senaman yang aktif. Oat hanya membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah dan bukan membuang lemak di bahagian otot yang menyimpan lemak tepu.

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam. Sy nk tnya. Untuk oat, bolehkah saya campurkan dengan susu tepung anlene untuk menggantikan susu segar. Saya baru nk cuba2. Sblm n saya makan yg instant 3 in 1 je. Klu nk campur susu segar, saya x minum susu segar kecuali berperisa strawberry. So boleh x saya gantikan dgn susu tepung tu sementara nak ajar selera saya terima rasa oat yg asli tu.

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, saya kurang menggalakkan anda mencampurkan susu tepung Anlene bersama oat kerana dikhuatiri anda akan kurnag mendapat resapan kalsium yang terkandung di dalam susu tersebut. Ini kerana, oat adalah serat ( fiber ) yang berperanan dalam menarik atau menyingkirkan lebihan sisa yang tertinggal di usus. Ia tidak menjadi masalah untuk anda mengambilnya, namun saya kurang menggalakkan kerana ianya tidak begitu praktikal. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Bolehkah quaker oat dimakan bersama dgn ikan bilis yg digoreng dgn olive oil?

Fariqh berkata...

Hi, sekiranya anda merasakan tidak lalu makan atau loya untuk mengambil oat, anda boleh mencampurkannya dengan ikan bilis yang digoreng dengan menggunakan minyak zaitun. Namun begitu, saya kurang mengalakkan ia diambil bersama kerana, sekiranya anda benar-benar mahukan kesan penurunan berat dan kolesterol, pengambilan oat secara tunggal lebih ditekankan. Namun begitu, ia tidak menjadi masalah sekiranya anda mahu mengambilnya bersama ikan bilis yang digoreng menggunakan minyak zaitun. Tetapi digalakkan anda memilih produk minyak zaitun yang berstatus organik, USDA dan persijilan EU Certified. Pastikan juga ia kurang kalori bagi mengurangkan risiko kegemukkan kerana minyak zaitun secara umum mengandungi kandungan kaloi yang tinggi berbanding minyak kelapa sawit cuma ia lebih berkuasa ekoran kandungan antioksida Phenol di dalamnya. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam. Sy ingin bertanya bolehkah oat dicampur dgn madu asli dlm penyediaannya sebagai menggantikan gula.

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, anda boleh mencampur atau menambah madu asli ke dalam hidangan oat anda. Ia SANGAT DIGALAKKAN. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

bolehkah makan oat yang dicampur dalam air susu tepung

Fariqh berkata...

Hi, walaupun TIDAK digalakkan, namun ia dibolehkan kerana bagi mengurangkan rasa loya ( bai sesetengah individu yang menagmbil oat secara ksoong ). Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Assalam..boleh tak kalau says makan oat campur sekali dengan bush mangga?

Tanpa Nama berkata...

Assalam..boleh tak kalau saya makan oat campur sekali dengan buah mangga?

Tanpa Nama berkata...

Salam, nak tanya,, sy mula amal makan oat sbb rasa pedihulu hati yg melampau,, doktor kata gastrik,, boleh kah sy campur sama pisang mas,, supaya gulanya dr sumber asli

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 1,ia dibolehkan namun pastikan tidak terllau banyak kerana antara matlamat utama pengambilan oat adalah untuk mengurangkan gula dna kolesterol dalam darah. Terima kasih

Kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 2, ia dibolehkan namun pastikan tidak terlalu banyak kerana dikhuatiri akan mengurangkan kesan penurunan gula semasa pengambilan oat. Sekiranya anda menghidapi gastrik, sila rujuk kepada doktor anda untuk sebarang makluman lanjut. Terima kasih

Princess Aghnia berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Princess Aghnia berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Princess Aghnia berkata...

assalam..boleh x mkn oat dicampurkn dgn kismis,kurma dan susu pekat?

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Sy mcm ketagih mkn oat + ikan bilis goreng + cili padi. Baik atau buruk tabiat ni sy pun tak pasti. Harap2 xde la yg buruk.

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Sy mcm ketagih mkn oat + ikan bilis goreng + cili padi. Baik atau buruk tabiat ni sy pun tak pasti. Harap2 xde la yg buruk.

FinieDon berkata...

Very informative. Tq! Boleh saya bertanya, BETA GLUTEN tu ada nama lain or nama dalam bahasa melayu? Sebab Oat yg saya minum ni tak ada sebut berapa gram setiap hidangan. Namun dibahagian ingredient ada menyatakan bahawa Quaker oat Cereal ini ada mengandungi gluten (wheat,oats) Mohon balas. Tq so muchh :)

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,5 sudu yang awak maksudkan sudu besar atau sudu yang kecil?

Keon berkata...

Assalamualaikum..saya dimaklumkan oat blh membawa kesan sampingan yg membuatkan pengamalnya berisiko utk menaikkan asid urik dlm badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang..boleh jelaskan tak mengenai perkara ni. Saya juga difahamkan makan oat perlu minum air kosong yang banyak.

Unknown berkata...

Hi Admin, boleh tak saya campurkan oat + susu omega, iaitu 2 skop oat B22 + 1 sudu susu omega. Adakah pengambilan oat ini boleh melawaskan pencernaan setiap hari.

Unknown berkata...

Bolehkah oat + garam buluh organik.tq admin.

Rose berkata...

Hi jst mo tnya.adaka pemakanan oat secara mentah(raw oat) tnpa dimasak atau dicampur dgn air ada kesan sampingan? Dulu sya mkn oat dgn air panas tp sejak beberapa bln ni sya sda trbiasa mkn oat spt mkn snek(mcm keropok) dan pemakan oat mentah tp campuran apa2 ni jga membuat saya lebi suka dgn oat.tp menurut beberapa rakan, cara itu tdk sehat.blh beri sdekit info.

Tanpa Nama berkata...

Sy mkn instant oat + fresh milk yg low fat + fruit...ok tak mkn mcm ni

Unknown berkata...

Sy mkn oat 10sudu+susu omega 3 sudu adakah ia telah melebihi cara pemakanan dan adakah ia baik utk kesihatan sy..

Unknown berkata...

Assalam dr apa kabaq?
Saya nk tanya ckit buleh ka quaker oat ni untuk pesakit usus mcm berak berdarah,usus kanser dan buasir, buleh terangkan dr?

Unknown berkata...

Hi...Oat Grain 35 ok..dlmnya ade campuran 6 herba.ade effect kat kidney x