Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 16 Mac 2013

Keajaiban Teh Hijau




Teh Hijau

Salam sejahtera semua saya ucapkan, apa khabar anda di luar sana ? Saya harap anda sihat dan sejahtera, mulakan hari anda dengan senyuman. Sudah lama saya tidak mengemaskini blog saya ini memandangkan saya telah pun memulakan latihan amali saya untuk sepanjang tahun ini. Walaupun tidak sesibuk ketika belajar, tetapi kepenatan yang terpaksa ditampung takala habis bekerja menyebabkan saya terus rebah di persada katil. Baiklah, bukan saya mahu menceritakan tentang kepenatan saya, tetapi kali ini saya akan menceritakan tentang sebuah lagi keajaiban sumber semula jadi yang kita sebenarnya terlepas pandang. Sekiranya anda tahu pun, tetapi adakah anda cukup informasi berkaitan dengannya ? Apakah ia ? 

Teh Hijau

Dikenali juga sebagai Green Tea, teh hijau merupakan salah satu daripada tiga jenis teh yang sangat popular di dunia. Secara umum, teh terbahagi kepada tiga jenis, iaitu, Teh Hitam ( Black Tea ), Teh Oolong ( Teh Cina ) dan Teh Hijau ( Green Tea ). Ketiga-tiga jenis teh ini berasal daripada satu-satunya pokok renek yang dikenali sebagai pokok teh, atau nama saintifiknya  Camellia sinensis


Camellia sinensis

Semenjak 4000 tahun selepas penemuan teh, ia merupakan minuman kedua paling banyak diminum di dunia selepas air kosong. Ia dikaitkan dengan pelbagai mitos, lagenda, sejarah peradaban dunia mahupun peperangan. Ia merupakan satu anugerah Tuhan yang tidak ternilai dan menjadi antara kegemaran penduduk dunia tidak kira budaya, bangsa mahupun agama. Seperti yang nyatakan sebentar tadi, ketiga-tiga jenis teh tersebut berasal daripada pohon yang sama. Tetapi apakah yang membezakannya ? Secara ringkas, ia berbeza antara kandungan antiokxidannya, rasa, warna dan bau. Teh hitam bewarna lebih gelap dan coklat, aromanya lebih harum dan rasanya lebih sedap. Ia merupakan jenis teh yang paling banyak dinikmati oleh manusia. Antara jenama teh yang menjadi kegilaan ialah Boh dan Lipton. Teh oolong pula lebih terkenal dan dinikmati oleh masyarakat Cina terutama mereka yang berusia. Teh ini yang menjadi titik permulaan kepada pengenalan teh sebagai minuman komersial dunia apabila Mahraja China yang ketika itu, sedang duduk berehat dibawah sebuah pohon sambil menikmati minuman baginda, tiba-tiba sehelai daun teh jatuh ke dalam cawan baginda, dan dari situlah baginda jatuh cinta terhadap teh malah menjadikannya sebagai minuman rasmi kerabat diraja berabad lamanya. Teh ini bewarna kurang gelap, seakan-akan perang dan rasanya sedikit pahit.

Seterusnya, teh hijau, jenis teh paling terkenal di Jepun dan Korea. Sebut sahaja Jepun, pasti teh hijau menjadi ingatan. Teh ini benar-benar bewarna hijau seperti daun teh. Berbau agak payau dan rasanya yang pahit. Tetapi, ia sebenarnya mengandungi lebih banyak antioksidan dan lebh bermanfaat walaupun dalam satu cawan. Ini menjelaskan mengapa masyarakat Jepun lebih kurang terdedah kepada penyakit, memiliki kulit yang sangat cantik dan sangat fokus terhadap kerja harian mereka. Mereka juga kurang mendapat kanser berbanding kaum lain di dunia.

Apakah komposisi utama yang sangat berkuasa di dalam teh hijau ?

Jawapannya terletak di dalam struktur kimia teh itu sendiri. Antara bahan-bahan yang boleh ditemui di dalam teh hijau ialah phenol dan asid organik lain. Namun, phenol merupakan kumpulan antioksidan terkuat yang di temui di dalam teh hijau dan jenis phenol yang ditemui ialah Catechin. Catechin juga mempunyai beberapa isomer, yakni jenis-jenis tersendiri, iaitu,  epicatechin (EC), epigallocatechin (EGC),epicatechin gallate (ECG), and epigallocatechin gallate (EGCG)



Struktur Catechin 

Diantara empat jenis isomer ini, EGCG merupakan yang paling kuat menurut kajian saintifik yang dibuat oleh kebanyakan saintis di dunia. Secara umum, Catechin memberi kebaikan dan manfaat kesihatan kepada badan. Antaranya :

1) Mencegah penyakit jantung dan menurunkan parasa kolesterol
2) Membantu melawan radikal bebas
3) Membantu menurunkan berat badan dengan membakar lebih kalori
4) Mencegah hampir semua jenis kanser
5) Melindungi sel-sel otak daripada kerosakan degenerasi seperti Alzheimer dan Parkinson's 
6) Kandungan Catechin di dalamnya juga bertindak sebagai antibakteria dengan melawan pereputan gigi 
    dan mengurangkan masalah nafas berbau. 
7) Mengurangkan dan menstabilkan semula paras gula dalam darah, ini membantu mencegah diabetis 
8) Membantu mendetoks badan dan darah
9) Paling penting, ia mampu bertindak sebagai anti penuaan dan sangat baik untuk kulit

Maka tidak hairanlah masyarakat Jepun kurang mendapat penyakit dan memiliki kulit yang sangat cantik dan bersih kerana walaupun mereka tinggal di negara empat musim, tetapi kadar kelembapan yang tidak stabil boleh menjadikan kulit lebih cepat kering dan ketika musim panas, selar matahari atau sunburn boleh berlaku lebih-lebih lagi, bagi sesiapa yang kurang melanin seperti masyarakat Jepun. Namun, ajaibnya, kulit mereka masih kelihatan seperti biasa. Mengapa ini berlaku ? Sebuah kaji selidik dilakukan di Jepun mendapati mereka menjadikan teh hijau sebagai minuman utama harian mereka selepas air kosong. Apa yang lebih memeranjatkan lagi ialah, teh hijau dipelbagaikan dalam pelbagai perisa, bungkusan dan rasa. Mereka  menjual minuman ini seperti air mineral yang sangat mudah diperolehi di kedai-kedai, kafe, pasaraya dan sebagainya !!!

Sebagai perbandingan, catechin di dalam teh hijau bertindak sebagai antioksidan yang sangat kuat. Ia mampu mengitar semula Vitamin C kembali menjadi bentuk aktif semula dan ia dikatakan 100 kali lebih berkuasa daripada Vitamin C dan 24 kali lebih kuat berbanding Vitamin E. Disebabkan ia jauh berkuasa berbanding kedua-dua vitamin ini, pelbagai kajian dilakukan untuk mengaitkan keberkesanaan catechin terhadap pencegahan kanser malah menjadi penawar kanser juga. 

Walaupun ia hanya sekadar teori dan tidak dapat dibuktikan oleh kajian saintifik, namun semuanya berubah sama sekali apabila pada tahun lepas ( 2012 ) sekumpulan saintis dari Edinburgh, Scotland berjaya membuktikan bahawa ekstrak teh hijau mampu membunuh sehingga 40% sel kanser dan mengecutkan sehingga 30% sel kanser. Kajian ini mengemparkan dunia perubatan moden kerana mereka berjaya membuktikan bahawa catechin sangat berkuasa dalam melawan sel kanser dan ia terbukti sama sekali. Dengan menggunakan sejenis kaedah saintifik dalam penghantaran catechin ke tapak sel kanser, mereka berjaya membuktikan bahawa ia berkesan membunuh sel kanser hampir separuh daripada bilangan asal. 

Kajian mereka mendapat liputan meluas media seluruh dunia dan mereka berharap agar penawar kanser menggunakan bahan ini dikormesialkan kerana ekstrak ini bukan hanya membunuh sel barah malah ia lansung sama sekali tidak menganggu sel normal yang lain !!! Dan yang paling mengejutkan ialah mereka menggunakan isomer EGCG yang terkenal sebagai pencegah kanser terunggul dan paling kuat.

Tetapi, dalam kalangan kita, ada yang mengetahui bahawa teh juga mengandungi kafein. Walaupun ia hanya separuh daripada secawan kopi, tetapi ramai yang takut untuk meminumnya. Kerana mereka berasakan bahawa kafein di dalamnya akan memberi kesan buruk terutama kepada sesiapa yang tidak suka kafein dan kopi. Anda jangan takut kerana teh hijau merupakan salah satu minuman yang mengandungi Theanine, sejenis bahan yang didatangkan bersama dengan catechin. Ia sangat unik kerana kopi tidak mengandungi Theanine. Theanine berfungsi dalam menjadikan otak lebih mudah tertumpu dan fokus apabila melakukan sesuatu dan mengurangkan kesan kafein. Ia menjadikan tubuh lebih tenang dan oleh itu, sesuai diambil ketika tidur kerana ia merangsangkan tubuh untuk lebih berehat tetapi fokus. Maka tidak hairanlah, sesiapa yang mengambil teh hijau sebelum tidur, mereka akan berasa lebih segar dan tidur yang lebih nyenyak. Ini kerana, Theanine mampu merentasi rintangan darah otak ( Blood brain Barrier, BBB ) dan bertindak di saraf otak tetapi secara lembut, tidak seperti kafein yang mengacu terus saraf otak. 

Setelah anda tahu akan manfaat teh hijau, adakah anda ingin mencubanya ? Katakan YA untuk kesihatan yang menyeluruh pada harga yang mampu milik !!!


Secawan teh hijau sebelum tidur 


Anda boleh memilih pelbagai jenama teh hijau di pasaran, kebanyakkannya boleh diperolehi di Aeon Jusco, farmasi dan pasaraya besar berhampiran. Seelok-eloknya, saya mencadangkan anda memilih yang berlabel ORGANIK atau juga memiliki cop EU Certificate kerana ia diiktiraf organik dan semula jadi.

Nikmati secawan teh hijau anda hari ini dan rasakan kesannya dalam dua minggu !!! Selamat mencuba !!!


p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.

19 ulasan:

raida berkata...

Salam farigh....akak ingin btanya...plz berikan 1 jenama green tea yg tbaik d pasaran msia...tq

Fariqh berkata...

wslm kak... sekiranya akak mahu memilih jenama teh hijau, saya amat mencadangkan akak boleh memilih SEBARANG jenama TETAPI sila pastikan tertera label ORGANIC atau EU CERTIFICATE atau seumpama dengannya. Teh hijau boleh diperoleh di JUSCO, farmasi persendirian mahupun kedai-kedai makanan organic seperti Country Organic Farm atau Organic Shop terpilih. Saya sangat mengesyorkan akak meminum teh hijau 2-4 cawan setiap hari dan sila bancuh dalam air suam. Jangan minum bersama kopi atau kafein. Catechin di dalamnya adalah komponen Phenol yang telah dibuktikan untuk mengecutkan sel barah.

Unknown berkata...

Salam Fariqh.
Khasiat teh hijau sangat bagus. Ia amat diperlukan untuk saya yang bekerja yang memerlukan daya fokus dan kecekapan yang tinggi.
Sesuai tak jika minum teh hijau sebelum memulakan kerja awal pagi?
Sebab kita telah minum sebelum tidur dan gap masa 6-8 jam sahaja.
Terima kasih.

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, teh hijau sememangnya baik untuk kesihatan, kemudaan dan kecantikan. Maka tidak hairanlah ramai penduduk Jepun kelihatan cantik dan memiliki kulit yang bersih. Pengambilan waktu malam sebelum tidur dapat membantu proses detoks sewaktu tidur lebih lancar. Manakala pengambilan di waktu pagi selepas saralan membantu menjadikan minda lebih fokus terhadap kerja yang dilaksanakan. Namun harus diingatkan,anda DILARANG mengambil teh hijau sejurus selepas makan kerana kandungan Thianine di dalamnya akan menggangu proses resapan makanan. Jarakkan 2 jam atau lebih selepas makan sekiranya anda mahu mengambil teh hijau. Had maksimun seharian pula ialah 3-4 cawan sehari. Ia tidak boleh diambil secara berlebihan kerana teh hijau bersifat deuritik. Terima kasih

Teh Hijau berkata...

Salam tuan blog, saya singgah sini nak promote sikit. harap tuan blog tak kisah lah ye.o buffoons

[ Menjual Teh Hijau/ Green Tea Ahmad Tea London]

Teh Hijau berkata...

o buffoons tu adalah capcha word masa dekat komen.. ntah macam mana lak boleh termasuk dalam komen.

Tanpa Nama berkata...

Salam..sy guna jenama lipton.. ok x..then sy amik after lunch..

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama, Lipton adalah jenama teh yang terkenal namun ia bukan berstatus organik. Saya lebih menggalakkan anda memilih teh berasaskan sumber organik semulajadi. Terima kasih.

Unknown berkata...

Salam....
Kat mana ye saya boleh dapatkan teh hijau organik??

Unknown berkata...

Dari cosway...

Unknown berkata...

Terima kasih atas ilmu yg bermanfaat

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi kepada saudari Hani Malini, anda boleh mendapatkan di mana-mana cawangan kedai kesihatan berhampiran atau secara atas talian. Anda juga boleh mendapatkannya di mana-mana cawangan Cosway berhampiran. Terima kasih

Hi kepada saudari Anda Sihat, terima kasih atas cadangan anda.

Hi kepada saudara Warn Oren, terima kasih atas sokongan anda

Unknown berkata...

Salam...kalau teh boh berstatus organik atau tidak..mohon pencerahan..

Unknown berkata...

Salam...kalau teh boh berstatus organik atau tidak..mohon pencerahan..

Tanpa Nama berkata...

Maaf bertnya mengapa tidak boleh minum bersama kopi. Kerana sy biasanya minum dua2 skli secara berturut. Adakah memeberi kesan buruk?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, saya ada 2 soalan nak tanya :)
Adakah teh hijau ini mengandungi kafein?
Saya sedang mengamalkan vitamin c dan e, jika dalam masa yang sama saya turut minum green tea adakah vit c dan e yang saya amalkan ini untuk kecantikan kulit tidak berhasil kerana adanya kafein di dalam green tea?

Unknown berkata...

adakah Boh Green tea sesuai diambil?

Unknown berkata...

Assalamualaikum..adakah Ahmad jasmine green tea nie organic...Mohon balas

Nur haura afeeya berkata...

Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570