Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 18 Jun 2013

Kolagen : Apa Anda Perlu Tahu ?


Struktur jaringan kolagen 

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog setia saya, apa khabar anda semua ? Sihat ? Saya harap anda sihat sejahtera dan gembira memandangkan cuti persekolahan baru sahaja selesai. Pasti anda semua telah mengambil dan meluangkan masa anda bersama anak-anak anda dan keluarga anda. Baiklah, hari ini saya ingin mengetengahkan sedikit topik yang agak tidak jangal lagi dalam dunia kecantikan terutama kepada wanita. Sebut sahaja perkataan ini, jangan katakan wanita, lelaki pun telah mula menunjukkan minat terhadapnya. Jangan terkejut sekiranya lelaki ketika ini telah mula menunjukkan minat dalam dunia kecantikan. Ini kerana mereka juga ingin menjaga penampilan dalam menempuh kehidupan seharian mereka. Apakah ia ? Ia adalah kolagen. Namun pasti anda semua merasakan bahawa anda telah mengetahui sepenuhnya tentang kolagen. Adakah benar ? Apakah perkara lain yang perlu anda ketahui ? Teruskan pembacaan anda !



Jaringan kolagen beserta Hyalaronic Acid


Kolagen merupakan sejenis kumpulan protein semulajadi yang hadir di dalam haiwan. Ia merupakan sejenis protein yang paling banyak hadir di dalam tisu mamalia dimana ia mewakili 25-35% daripada jumlah keseluruhan protein badan. Ia juga mewakili 70% daripada jumlah sturktur kulit. Sinaran UV, merokok, minuman beralkohol, sinus, kurang menagmbil protein dan kurang meminum air kosong merupakan antara penyumbang utama kepada kemusnahan kolagen di dalam badan. Maka tidak hairanlah bahawa hampir semua masalah kulit sering dikaitkan dengan kekurangan atau kerosakan kolagen. Kolagen terletak di dalam lapisan kulit bawah ( Dermis ) kerana ia bertanggungjawab membina jaringan kulit agar kekal anjal, lembut, lembab dan gebu. Namun tahukah anda, kolagen sendiri tidak kekal di dalam lapisan kulit ? Ia memerlukan bantuan lain seperti Hyalaronic Acid dan elastin untuk kekal di dalam kulit agar tidak termusnah dan mengekalkan kelembapan kulit. Namun, seiring dengan peningkatan usia, kolagen mulai berkurangan secara beransur-ansur. Ini kerana, bermula usia 25 tahun, 1.5% jumlah keseluruhan kolagen akan mulai berkurangan. Maka, sejumlah 50% kolagen akan mulai hilang apabila anda mencecah usia 60 tahun ! Ini menjelaskan mengapa antara kita, terutama wanita akan kelihatan mulai tua, kulit kendur, berkedut, kusam dan berpigmentasi setelah anda mencecah usia 35 tahun dan ke atas! Anda jangan terkejut kerana ia merupakan proses semulajadi badan kerana ketika ini, metabolisma dan pengaruh hormon telah mulai berkurangan. Wanita lebih berisiko terdedah kepada proses penuaan kerana hampir setiap sistem badan mereka dipengaruhi oleh hormon seperti estrogen. Estrogen penting dalam menguatkan tulang dengan mengikat kalsium dan Vitamin D di tulang, menjadikan wanita lebih bernafsu dalam hubungan intim, bertanggunjawab dalam sifat kewanitaan dan sebagainya. Ini menjelaskan mengapa wanita apabila berusia lanjut, mereka lebih terdedah kepada osteoprosis dan mula kehilangan identiti feminin dan kecantikan mereka. 



Wanita & lelaki memerlukan penjagaan kulit yang optimum


Untuk itu, bagi anda, terutama wanita mahupun lelaki yang mementingkan kerjaya dan penampilan, penampilan wajah dan kulit adalah penting dalam menjadikan anda lebih berkeyakinan untuk mendapatkan wajah dan kulit yang muda sama sewaktu usia 20-an. Kolagen juga penting dalam pemulihan sturktur kulit yang rosak termasuk pembaikan parut dan lecur. Tubuh badan akan berusaha memperbaiki sturktur kulit agar kekal seperti normal, namun sekiranya kolagen mulai berkurangan, adakah anda boleh menjamin kulit anda akan terus kekal pulih seperti biasa sekiranya terdapat parut ? Ini menjelaskan mengapa terdapatnya pembaikan parut yang kurang memuaskan iaitu parut yang hodoh dan mendalam. Bagi mengatasinya, kolagen diperlukan untuk menjadikan penampilan parut lebih licin dan samar. Walaupun ia tidak membantu sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya ia mampu menjadikan penampilan parut anda tidak terlalu hodoh.

Terdapat satu fakta yang ramai tidak ketahui, kolagen bukan sahaja terletak di kulit, namun hampir setiap bahagian badan terutama yang terdapatnya tisu sambungan ( connective tissue ). Sehingga kini, saintis telah mengenalpasti sehingga 28 jenis kolagen dan lima daripadanya adalah yang paling umum dan banyak di dalam badan iaitu Jenis 1 -5. Walaubagaimanapun, daripada 5 yang utama, Jenis 1 merupakan yang paling banyak sehingga mewakili 90% daripada jumlah keseluruhan kolagen badan. Setiap jenis kolagen mewakili fungsi yang berbeza dalam tubuh badan. Walaubaimanapun, saya hanya akan menyenaraikan lima jenis yang utama yakni, Jenis 1-5 kerana fungsinya terhadap badan amat penting dan utama. 

Jenis 1 : Penting untuk tulang, tendon, organ dan kulit
Jenis 2 : Penting untuk rawan 
Jenis 3 : Fiber reticular ( sejenis tisu sambungan )
Jenis 4 : Penting untuk pembinaan asas membran sel
Jenis 5 : Penting untuk permukaan sel, rambut dan placenta

Kelima-lima jenis kolagen ini terdapat di bahagian tubuh yang dinyatakan dan ia terkumpul mahupun penting di bahagian ini bagi menjadikan fungsi organ dan badan kekal normal dan baik. Peningkatan usia menjadikan kawasan utama ini mulai terdedah kepada kerosakan, maka, tidak hairanlah risiko osteoprosis, sakit sendi, masalah rawan dan lutut juga kulit mulai bermula. Maka, anda mungkin mengalami masalah ini lebih-lebih lagi usia anda mula melebihi 35 tahun dan ke atas. Untuk itu, anda memerlukan penyelesaian dan ini dapat diatasi dengan pengambilan supplement luaran. Memandangkan kolagen terdapat di dalam kulit mamalia mahupun sisik ikan, maka ia boleh diambil melaui sumber ini. Dalam kebanyakan sumber ini, sisik ikan paling menjadi pilihan kerana ia lebih mudah diekstrak dan prosesnya tidak begitu rumit berbanding kulit mamalia kerana ia melibatkan sumber ketelusan terutama halal yang kurang diyakini. Kolagen sisik ikan bersumberkan sisik ikan marin mahupun air tawar. Dos saranan sehari untuk memperbaiki dan mengantikan kolagen yang hilang adalah serendah 5000mg sehari dan boleh mencecah sehingga 10 000mg mahupun lebih. Sekiranya diambil lebih, ia akan dibuang melalui saluran kencing kerana kolagen adalah larut air. Kini, terdapat pelbagai produk kolagen di pasaran Malaysia dan ada di antaranya terdapat tambahan bahan aktif lain termasuk antioksida dan vitamin bagi meningkatkan kesan yang diingini. Anda mesti tertanya-tanya, apakah produk kolagen terbaik dan saya akan menyenarikan beberapa jenis produk kolagen yang dinyakini setelah dianalisis oleh saya. Namun perlu ingat ! Ini hanya cadangan saya, terdapat banyak lagi produk kolagen di pasaran dan anda boleh mencubanya. Apa yang saya senaraikan di sini adalah setelah dianalisis serta dibuat perbandingan oleh saya melalui kualiti, harga dan sebagainya. Berikut adalah senarainya : 




AuraWhite 


AuraWhite : Ia merupakan salah satu daripada inovasi kolagen di Malaysia kerana ia menggabungkan kolagen, Glutathione, sel stem dan Hyaloronic Acid dengan berat keseluruhan mencecah 900 000 mg ! Ia menjadi fenomena hangat di Malaysia kerana kebanyakan pengguna menunjukkan kesan pencerahan dan kemulusan kulit yang sangat drastik. Mak tidak hairanlah ia menjadi pilihan NO.1 saya dalam produk berasaskan kolagen di pasaran Malaysia kerana harganya yang mampu milik dengan dos yang sangat tinggi




Maixara C-Sential


Maixara C-Sential : Salah satu daripada fenomena ajaib masa kini. Seperti AuraWhite, ia juga produk Malaysia yang mendapat tempat di hati pengguna. Dengan gabungan kolagen, Glutathione, Vitamin C dan Hyalaronic Acid dengan dos setinggi 10 000 mg dalam setiap tablet. Ia merupakan salah satu inovasi yang sangat mengujakan kerana gabungan Vitamin C dengan kolagen sangat berkesan dalam menghasilkan kolagen secara semulajadi.




Eskayvie Radianze



Eskayvie Radianze : Sebelum ini, saya sama sekali tidak mengetahui akan produk ini. Namun terima kasih diucapkan kepada salah seorang pembaca setia blog saya yang memperkenalkan saya dengan kewujudan produk ini. Apa yang membuatkan saya agak berminat dalam meletakkan produk ini dalam senarai saya ialah, ia merupakan sebahagian kecil produk kolagen yang diiktiraf di USA, Eropah dan Jepun. Ia juga memenangi anugerah kecermelangan tertinggi yang menjadi pilihan dunia, Anugerah Frost & Sullivan bagi kategori inovasi produk. Eskayvie Radianze bukan sahaja mengandungi kolagen, namun ia mengandungi Astaxanthin dan pemegang paten AstaReal di pasaran dunia. Seperti yang sedia maklum, Astaxanthin merupakan antioksida terkuat di dunia. Ia juga mengandungi ekstrak Prunus Persica dan Vitamin C yang bertindak menghasilkan kolagen dan sebagai antioksida juga. 



Inner Shine Ruby Essence



Inner Shine Ruby Essence : Ia menjadi antara pilihan utama saya terutama saranan kepada wanita. Jika sebelum ini, Inner Shine hanya mengeluarkan produknya yang berasaskan ekstrak biji anggur terhadap kesihatan mata dan kulit, namun kemunculan Ruby Essence seolah-olah membuka lembaran baharu dalam revolusi Inner Shine untuk kejelitaan wajah dan kulit, juga perlindungan badan yang menyeluruh. Inner Shine Ruby Essence mengandungi 2 komponen utama dan semestinya Astaxanthin menjadi pilihan. Ia menggunapakai paten AstaReal dan menggabungkan kolagen. Walaupun harganya agak mahal namun ramai pengguna sangat berpuas hati dengan pengambilan produk ini kerana kesannya yang cepat terutama bantuan Astaxanthin yang sangat berkuasa.


Kinohimitsu : Siapa yang tidak kenal akan jenama No.1 di Jepun dan Malaysia ini. Walaupun ia agak mahal dan mendapat saingan daripada produk-produk lain, namun ia masih bertahan di pasaran kerana inovasi dan teknologi Jepun membantu menghasilkan produk yang sangat berkualiti. Produk kolagen Kinohimitsu terdiri daripada beberapa jenis namun saya ingin menyentuh 5 jenis produk yang sangat inovatif ini. 

1) Kinohimitsu Japan Beuty Drink : Ia menggabungkan kolagen, Perilla Seed, Seed Protein, Isoflavone 3 jenis buahan, epal, lemon dan laici


Kinohimitsu Japan Beuty Drink


2) Kinohimitsu Collagen Diamond 5300 Drink : Ia menggabungkan dos kolagen sehingga 5300 mg        ( tertinggi ) beserta Perillia Seed, Seed Protein, Isoflavone dan 3 jenis buahan, epal, lemon dan laici



 Kinohimitsu Collagen Diamond 5300 Drink


3) Kinohimitsu Japan Beuty BB Drink : Ia mengandungi pati sarang burung yang mengandungi sumber kolagen dan amino asid yang baik untuk keremajaan kulit. Gabungan rawan ayam yang merupakan sumber uatam Hyalaronic Acid juga dapat menjadikan kulit kekal lembab. Apa yang lebih mengujakan, produk ini menggunapakai yis yang telah ditapaikan. Ia merupakan sumber utama antioksida anti penuaan terulung, CoQ10. Gabungan Vitamin C dan Rice Bran juga membantu menjadikan produk ini lebih terserlah dan berkualiti.



 Kinohimitsu Japan Beuty BB Drink


4) Kinohimitsu Japan Beuty Collagen Men Drink : Produk yang khas untuk lelaki! Ia mengandungi kolagen, Perilla Seed, Cactus Extract, Hyalaronic Acid dan Wheat Dextrin. Ia diformulasikan khas untuk lelaki dan hasilnya ketara dalam 7 hari sahaja.



 Kinohimitsu Japan Beuty Collagen Men Drink


NH Colla Plus Advance : Ia merupakan antara produk pilihan saya. Walaupun harganya agak mahal, namun kesan yang diberikan sangat mengujakan. Ia mengandungi kepekatan OPC antara tertinggi di pasaran Malaysia dalam bentuk formulasi minuman yakni sehingga 95% ! Ekstrak biji anggur dan 6000mg kolagen menjadikan produk ini antara terbaik di pasaran Malaysia




NH Colla Plus Advance


Iz Pure Collagen : 100% produk Bumiputera dengan menggunakan formulasi dan teknologi dari Perancis, ianya mengandungi kepekatan kolagen Jenis 1-3 yang paling tinggi di pasaran Malaysia. Ia adalah 99.9% kepekatan kolagen asli dengan dos 10 000mg kolagen di dalam setiap sachet. Dalam tempoh 3-4 hari anda akan dapat melihat perubahan positif selepas pengambilan produk ini. Walaupun rasanya agak sedikit hanyir, namun ia tidak begitu menggangu kerana sekali anda mencuba, anda pasti mahukannya secara berterusn. 



Iz Pure Collagen

Total Image Collagen Drink Jumbo Pack : Ia merupakan antara alternatif lain untuk produk kolagen. Apa yang lebih menakjubkan, harganya lebih berbaloi untuk kadungan di dalamnya. Ia mengandungi campuran 20 jenis bahan aktif yang bertindak sebagai antioksida dan paling penting campuran Vitamin dan juga ekstrak teh hijau. 

Total Image Collagen Drink Jumbo Pack


Kesemua produk-produk kolagen di atas adalah antara cadangan dan perbandingan yang dibuat oleh saya. Namun, anda masih boleh memilih produk lain yang anda rasakan bersesuaian. Diharap ini dapat membantu ande memilih produk yang terbaik dan dapat memuaskan hati anda. Kolagen, anda pelrukan mereka untuk kesihatan yang menyeluruh.


p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.



87 ulasan:

raida berkata...

Salam...akak ingin btanya...apakah kesan pengambilan rumpai laut yg mentah terhadap pesakit kanser spt akak.rumpai tsebut akak rebus sehingga hancur, dsejukan d dlm peti sejuk dan diambil 3 sudu 2kali sehari sebelum mkn.Di kata kan rumpai laut juga pembekal colagen yg baik utk kulit dan anti kanser kerana bersifat alkali yg tingi...apa komen farigh.
Lagi 1 akak nk tahu apakah pemakanan yg bersifat growth factor...adakah gamat antaranya...ini kerana akak d fahamkan pemakanan yg bsifat sedemikian tidak sesuai utk lesakit kanser kerana akan mjadi makanan yg sihat utk sel kanser yg harus d elak oleh pesakit kanser...kalau btol kenyataan tsebut adakah rumpai laut juga bersifat growth faktor...akak telah mngamalkan mkn rumpai ini selama 2 bln...harga yg murah dan mudah d perolehi menarik minat akak..kulit pn nmpak ok...blh kah akak tetuskan atau stop...apa komen farigh....terima kasih...moga farigh sentiasa sihat.

Fariqh berkata...

Wasalam kak, terlebih dahulu saya ingin katakan bahawa sehingga kini tidak terdapat sebarang kajian saintifik yang mengaitkan kandungan kolagen di dalm rumpai laut. Ia hanya satu mitos, pembohongan dan ura-ura tidak berasas kerana rumpai laut hanya mengandungi sejumlah iodin dan multi vitamin yang baik untuk kulit. Ia sama sekali tidak mempunyai sebarang kolagen, ibu kolagen dan seumpama dengannya. Kemungkinan kesan kulit yang lembab dan baik selepas pengambilan rumpai laut adalah disebabkan oleh kandungan vitamin di dalamnya. Selain itu, rumpai laut adalah sensitif kepada haba. Memanaskannya pada suhu yang tinggi kan menyebabkan kandungan di dalamnya musnah atau berkurangan. Namun, memang tidak dinafikan bahawa rumpai laut bersifat alkali, ia juga adalah penyejuk badan. Maka sesuai untuk menyejukkan badan, meneutralkan pH darah dan sebagainya.

Berkaitan dengan pemakanan beraaskan Growth Factor ( GF ), ada banyak supplement dan sumber adalam berasaskan GF. Contoh : alga AFA, Fucoidan, gamat, Colostrum, chlorella dan probiotik. Namun, ada di antara supplement ini menjadi kontroversi dalam kajian berkaitan sel kanser kerana sel kanser memerlukan faktor pertumbuhan ( GF ) bagi membiak. Walaupun tidak begitu jelas bagaimana GF mempengaruhi pertumbuhan sel kanser, namun ia masih menjadi kontriversi dan nasihat saya, saya sama sekali tidak menyarankan akak mengambil makanan berasaskan GF KECUALI Fucoidan. Saya akan menjelaskna berkaitan Fucoidan sebentar lagi, namun terlebih dahulu saya ingin menyatakan saranan saya hanya satu nasihat. Nasihat saya dibuat selepas saya mengambil kira kajian dan analisis yang telah diterbitkan di jurnal dan artikel perubatan. Ia hanya satu nasihat, hanya DOKTOR sahaja yang LAYAK menentukan apa yang sesuai dan sebaliknya untuk keadaan akak memandangkan DOKTOR dan pakar onkologi lebih arif berkaitan pesakit mereka. Saya harap akak tidak tekeliru.

Baiklah, berkaitan dengan Fucoidan, ia adalah sejenis rumpai laut yang hidup subur di beberapa perairan dunia terutama perairan Pasifik. Ia telah dibuktikan dalam banyak kajian yang menyokong bahawa ia mampu mengaktifkan sel stem badan. Pengaktifan sel stem badan telah dikaitkan dengan kemampuan badan membunuh sel kanser tanpa menjejaskan pertumbuhan sel sihat malah meningkatkan lagi daya pemulihan sel sihat! Ada kajian yang hampir menyamakan kehebatan Fucoidan seperti pemindahan sel stem melalui pembedahan seperti pemindahan sum-sum tulang dari individu sihat ke pesakit leukimia! Walaupun masih kekurangan data, kajian serta bukti saintifik, namun tidak salah mencubanya.

Rata-rata individu yang mengambil Fucoidan menunjukkan hasil yang sangat positif seperti pertumbuhan kuku, rambut dan kulit yang mengujakan kerana Fucoidan dibuktikan menghasilkan lebih banyak sel stem. Sel stem juga dikenali sebagai sel akar di mana ia merupakan sel paling AWAL di dalam badan. Ia boleh diumpamakan seperti batu-bata yang digunakan untuk membina rumah. Ia adalah asas kepada pembinaan sel badan yang sihat. Maka, ia dikatikan dengan kemampuan imunisasi badan melawan penyakit termasuk kanser dan sebagainya.

Sekiranya akak berminat, saya cadangkan akak memilih Fucoidan yang diternak di dua negara ini sahaja, pertama Jepun kerana ia mementingkan kualiti dan Jepun merupakan antara negara pengeluar Fucoidan segar dan organik juga bebas kimia terbesar di dunia. Malah Fucoidan di sana menjadi santapan harian penduduk Jepun di beberapa wilayah negaranya dan sememangnya Jepun adalah pelopor kepada pengeluaran Fucoidan dunia. Kedua adalah Fucoidan dari Australia yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat Australia, Maritech. ia adalah satu-satunya roduk Fucoidan di dunia yang disahkan organik. Akak bebas memilih kedua-dua jenis produk ini di pasaran online mahupun Malaysia.

Saya harap penjelasan ini cukup untuk akak fahami. Segala permaslahan boleh diajukan. Saya sedia membantu. Terima kasih

raida berkata...

Tkasih mberi komen yg bguna kpd akak...insyaallah akak akam mdptkan produk cosway supafuko yg d percayai d proses dr rumpai Fucoidan dr Ausralia...tkasih byk2 sudi mlayan pertanyaan akak...ok takecare...jaga kesihatan d musim jerebu ini

Fariqh berkata...

Sama-sama saya ucapkan kepada akak. Saya harap SUPAFuco dapat membantu kesihatan akak. Terima kasih

ayusliza berkata...

Salam hi fariqh, saya student journalism, dn sekarg ini sdg buat assignmt pasal dietary supplement, jadi sy nk mnta fariqh jelaskan cara yg berkesan/betul atau waktu yg betul untuk ambil supplemet, sebab selama ini kita hanya didedahkan mengenai kebaikkan supplement tetapi kurang pendedahan cara pengambilan yg betul sbb setiap jenis supplement ada fungsi yg berbeza, di harap dpt memberi penjelasan yg terperinci. Terima kasih

Fariqh berkata...

Wasalm dan hi, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi bertanya. Berkenaan dengan soalan anda,sekali lagi saya ucapkan tahniah kerana saudari benar-benar mengambil berat akan cara pengambilan supplement yang betul. Sebenarnya, cara pengambilan supplement yang betul dan sesuai memerlukan penjagaan dan pengawasan yang benar-benar teliti, sama seperti ubatan moden. Selain itu, semua jenis supplement juga memerlukan pantang larang tersendiri lebih-lebih lagi sekiranya indidivu tersebut mengambil regim ubatan model walaupun ubatan remeh seperti Paracetamol ( Panadol ). Ini kerana, ubatan moden dan supplement akan berinteraksi dengan supplement yang diambil. Ia boleh membawa kesan buruk kepada individu seperti pengurangan dos supplement atau ubatan moden, kesan sampingan ubatan moden, kekurangan kesan baik dan peningkatan kesan buruk ubatan moden dan kadang kala boleh membawa maut. Supplement juga ada yang tidak boleh diambil dengan makanan seperti kopi dan kafein, namun ada juga yang boleh dan WAJIB diambil beserta makanan. Supplement juga mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri dan kesemua informasi ini sangat panjang untuk saya jelaskan. Ini kerana regim supplement hampir sama seperti ubatan moden dan ada sesetengahnya sangat sukar diagak sejauh mana kesan sampingannya sekiranya ia disalah ambil oleh kita. Untuk menjelaskan lebih lanjut bagaimana cara pengambilan supplement yang betul, saudari boleh bertanya kepada saya di ruangan komen entri ini. Ini kerana ia lebih mudah untuk kita berinteraksi bersama dan pada masa yang sama, para pembaca lain mendapat maklumat tambahan berkaitan dengan informasi ini. Saya pernah juga terfikir mahu menerbitkan sebuah pos berkaitan dengan cara pengambilan supplement yang betul, namun terlalu banyak informasi yang patut dimuatkan di dalam satu entri. Maka, saya lebih selesa sekiranya para pembaca dapat bertanya kepada saya secara terus di ruangan komen kerana ini lebih memnbantu dan dapat memuatkan semua informasi berkaitan dalam satu ruangan secara berperingkat-peringkat, iaitu soal jawab. Saya harap saudari dapat memahami situasi yang saya maksudkan, dan sekiranya mahu bertanya, hanya poskan soalan saudari di ruangan komen entri ini dan saya akan menjawab semua soalan saudari berdasarkan apa yang saya ketahui. Terima kasih

ayusliza berkata...

terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan saya. maaf lambat memberi respon kerana sibuk dengan final exam.
berkenaan dengan soalan saya cara pengambilan dietary supplement yang betul itu, di sini saya sertakan beberapa soalan yang berkaitan:

1. Terangkan kategori supplement yang ada di pasaran malaysia dan kesinambungan kepada keperluan manusia mengambil makanan tambahan tersebut.

2. Seperti yang kita semua sedia maklum, terdapat pelbagai jenis dietary supplement yg berada dipasaran, adakah selamat atau boleh jika seseorang itu mengetahui tentang kebaikan sesuatu jenis supplement tersebut kemudian bertindak membeli terus di farmasi tanpa merujuk kepada doktor? "sebagai contoh saya yang begitu obses dengan kecantikan mendapat tahu kebaikan vitamin C dapat memutihkan kulit maka terus membeli di farmasi."

3. Apa yang saya tahu mengenai Vitamin asas seperti B&C yang larut air dan ADEK yang larut lemak, terangkan waktu yang sesuai untuk mengambil kesemua vitamin tersebut. dan sekiranya terdapat beberapa supplement tambahan seperti calcium, glutathione, Evening Primrose oil, fish oil dan banyak lagi, apakah waktu yg sesuai untuk mengambil kesemua supplement tersebut.

4. terdapat pengguna yang mengambil hampir tujuh atau lebih beberapa jenis supplement dalam sehari adakah itu merupakan perkara biasa dan tiada kesan sampingan?

5. Pandangan anda sendiri mengenai pengambilan makanan tambahan dengan gaya hudup masyarakat kini, adakah sangat penting atau tidak ambil pun takpa tapi mengamalkan diet yang seimbang seperti mematuhi piramid makanan.

Fariqh berkata...

Hi, maaf sekiranya saya lewat membalas komen dan pertanyaan anda. Ini kerana saya sedikit sibuk sejak kebelakangan ini. Baiklah berkaitan dengan soalan anda :

1) Sebenarnya sehingga kini TIADA sebarang kategori khas di dalam produk berasaskan supplement kerana supplement berbeza dengan produk lain. Ia tidak mempunyai standard khas yang boleh digunapakai secara sah dan saksama dalam sesuatu penggunaan. Ini kerana kebanyakan supplement adalah sumber asli dan semula jadi. Maka, ia tidak mendapat kelas kategori secara SAH dan diiktiraf dalam panduan pengambilan,dos, regim, protokol dan lain-lain infomasi yang berkaitan. Ia tidak seperti ubatan. Ubat adalah bahan ciptaan manusia yang dipatenkan. Maka ia mendapat garis panduan yang menyeluruh dalam proses pengambilan dan seumpama dengannya.Disebabkan ia ciptaan manusia, maka satu garis panduan perlu diwujudkan dalam mengwujudkan persekitaran yang selamat semasa pengambilan dan pembuatannya. Maka, di sini lahirlah buku panduan farmasi yang dikenali sebagai Farmakopea ( Pharmacopoeia ). Ia adalah satu garis panduan menyeluruh yang merangkumi cara pembuatan, penghasilan, sukatan bahan, kesan sampingan, nasihat, kategori ubatan dan sebagainya di dalam satu buku. Ia lebih juga dikenali sebagai Buku Resepi Ubat kerana semuanya erkandung di dalam satu buku. Antara yang popular ialah United State Pharmacopoeia ( USP ) dan British Pharmaceutical Codex ( BPC ).

Berbeza dengan supplement, walaupun, banyak kajian menyokong pengambilannya, namun sehingga kini masih tiada kategori yang khas dalam menjadikan semua supplement itu benar-benar selamat dan standard dalam semua kategori pengambilan termasuk dos, kesan sampingan dan sebagainya. Inilah yang menjadi kerisauan saya terhadap pengguna kerana mereka sedar akan kebaikan supplement, cuma mereka tidak mengetahui akan maklumat tambahan lain. Apa yang mereka tahu, supplement TIADA KESAN SAMPINGAN. Ini SALAH sama sekali kerana supplement juga boleh membawa kesan sampingan sekiranya di ambil pada kadar yang berlebihan atau berkurangan. Sekiranya anda bertanya apakah kategori supplement di negara ini dan seluruh dunia, jawapannya TIADA kerana ia sama sekali tidak dipatenkan mahupun dihasilkan mahupun didokumentasikan. Namun, mengikut PENDAPAT PERIBADI saya, saya boleh nyatakan supplement terdiri daripada 3 kategori ini, semulajadi, semi-semula jadi dan bukan semula jadi. Ini hanya pendapat peribadi saya dan ia sama sekali tidak disokong oleh mana-mana jurnal mahupun artikel perubatan.

Walaubagaimanapun, manusia masih memerlukan pengambilan supplement kerana diet dan makanan harian kita pada hari ini telah tercemar. Adakah kita boleh menjaminbahawa sayuran yang dibeli di pasar adalah semula jadi, organik dan bebas racun perosak 100% ? Adakah kita yakin bahawa persekitaran hari ini adalah baik untuk tubuh badan ? Adakah kualiti udara, makanan dan minuman pada hari ini adalah bersih ? Di sinilah peranan supplement muncul! Bagi saya, supplement dapat diumpamakan seperti pelengkap kepada kelompongan kualiti dan jisim yang hilang di dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan juga, kita memerlukan ubatan moden untuk menyembuhkan penyakit, namun ia juga membawa kesan sampingan yang mengancam tubuh. Maka di sinilah peranan supplement muncul dengan menampal semula kelompongan yang dibawa oleh kesan ubatan tadi. Kesimpulan, YA. Kita memerlukan supplement untuk kesinambungan kehidupan kita yang lebih berkualiti.

Fariqh berkata...

2) Tidak dinafikan, kini terdapat beribu jenis supplement di pasaran. Daripada yang semurah nilai tambah nilai sehingga semahal pakaian berjenama. Namun, adalah satu KEPERLUAN dan KEWAJIPAN untuk setiap pengguna mengetahui akan kebaikan dan kandungan di dalam setiap supplement yang dibeli oleh mereka. Ini kerana ia adalah HAK pengguna dan pengguna wajib mengetahuinya. Semua supplement yang dipasarkan di pasaran negara ini disahkan selamat dan ia mendapat kelulusan. Untuk lebih keyakinan, saya amat menyarankan kepada pengguna agar membeli di farmasi yang diiktiraf atau mana-mana kedai kecantikan dan kesihatan yang disahkan. Ini bagi mengelakkan agar anda tidak tertipu. Tetapi, anda juga anda peka akan setiap jenis yang diambil oleh anda. Jangan terburu-buru membeli sesuatu produk tanpa membuat kaji selidik terlebih dahulu. Ini bagi memastikan agar produk itu sesuai dengan tubuh badan. Sekiranya pengguna mengambil ubatan moden, saya SANGAT MENYARANKAN agar mereka bertemu dengan doktor, ahli farmasi mahupun pakar perubatan dan pengamal perubatan. Ini bagi mengelakkan kesan sampingan ubatan daripada mengancam nyawa pengguna semasa pengambilan supplement. Ini lah yang paling ditakuti saya kerana ada pengguna terus mengambil supplement mereka TANPA was-was akan kesan sampingan yang bakal dihadapi mereka kerana pada masa yang samaa, mereka mengambil ubatan moden. Malangnya, tidak ramai doktor dan ahli farmasi yang terbuka dalam rawatan berkaitan supplement. Duka cita saya maklumkan, mereka masih memilih ubatan moden dan ramai yang tidak tahu menahu lansung akan kesan sampingan uabtan moden dan suppelement. Ini sangat memeranjatkan saya tetapi ini adalah hakikat. Minda warganegara di negara ini masih rendah dan tidak terbuka. Bebeza dengan negara Barat, ramai dalam kalangan ahli farmasi dan doktor mereka sangat terbuka dalam hal berkaitan supplement di samping pakar dalam ubatan moden. Saya amat berharap agar pembaca sekalian, terutama doktor, ahli farmasi atau pengamal perubatan yang sedang membaca komen ini agar membuka mata anda untuk hal berkaitan supplement ini.

3)Ini merupakan soalan Favourite saya! Saya sedar, ramai di luar sana yang sedar akan kewujudan Vitamin larut air dan larut lemak. Vitamin ADEK adalah larut air, manakal Vitamin B & C adalah larut air. Baiklah, lihat secara teliti. Badan manusia mengandungi sekurang-kurangnya 70% air dan selebihnya adalah otot, lemak dan sebagainya. Apa-apa bahan yang larut di dalam air akan dibuang melalui air. Contoh, Vitamin C adalah larut air, maka seiring dengan proses perkumuhan, ia akan dikeluarkan semula melalui air kencing dan peluh sekiranya kuantiti Vitamin C telah mencukupi di dalam badan. Vitamin yang larut air harus BERTERUSAN di ambil. Ini kerana, ia adalah larut air, maka ia akan dibuang keluar dan tidak akan tersimpan di dalam badan. Beberza dengan vitamin larut lemak ADEK, setelah diambil, ia akan tersimpan di dalam tisu-tisu lemak kerana sifatnya sendiri yang berlemak ( belipid ) dan suka akan kehadiran lemak dan lipid. Maka, ia akan tersimpan di dalam badan untuk satu jangka masa yang panjang sehingga ia habis digunapakai oleh tubuh badan.

Fariqh berkata...

Vitamin B & C harus diambil dengan air. Bermaksud, semasa pengambilannya, pastikan ada meneguk air yang banyak bagi memudahkan proses penyerapan ke dalam badan kerana ia suka akan kehadiran air. Anda masih boleh mengambil tanpa air cuma kadar penyerapannya tidak tinggi dan sedikit terganggu. Untuk vitamin ADEK pula, ia WAJIB diambil dengan apa-apa makanan yang berlemak, berminyak, bergoreng mahupun apa-apa makanan yang menggunapakai minyak. Ini kerana ia bagi meningkatkan proses penyerapanny kerana sifatnya sendiri yang suka akan kehadiran lemak dan lipid.Anda masih boleh mengambil tanpa makanan berminyak atau bergoreng, cuma kadar penyeparannya sedikit terganggu. Kesemua proses penyerapan berlaku di usus. Air atau lemak/minyak membantu penyerapnnya di usus. Ini dapat diumpamakan seperti anda mahu menuju ke sebuah destinasi. Anda harus menaiki kereta untuk cepat tiba. Namun, anda juga masih boleh berjalan kaki cuma anda kemungkinan lambat walaupun akan tiba ke destinasi yang dituju. Sama seperti air dan lemak/minyak. Mereka seperti agen yang membantu kadar penyerapan ke dalam usus dan badan. Untuk supplement lain seperti Kalsium, glutathione EPO dan Fish Oil, mereka juga memiliki sifat kelarutan mereka sendiri. Dalam konteks supplement, kelarutan sesuatu supplement tersebut dipengaruhi oleh air dan lemak/minyak. Seperti Glutathione, ia adalah larut air, EPO dan Fish Oil adalah larut lemak. Namun, ada juga segelintir supplement yang memerlukan agen lain yakni bukan air dan lemak/minyak dalam proses penyerapannya. Contoh, kalsium memerlukan Vitamin D dalam proses penyerapnnya. Maklumat berkaitan dengan info ini sangat sukar diperolehi kerana sehingga kini, seperti yang saya katakan, tiada garis panduan menyeluruh dalam membantu memandu cara pengambilan supplement dan info berkaitan. Kebanyakan maklumat yang diperoleh oleh saya adalah melalui internet namun ia disertakan dengan cadangan dan saranan daripada pengamal perubatan yang diiktiraf. Saya sedar, amat sukar untuk seseorang individu memahami apa yang mereka ( pengamal perubatan ) katakan berkaiatn hal seperti ini lebih-lebih lagi mereka menggunapakai bahasa Inggeris dan ada daripada pengguna yang tidak datang dari latar belakang perubatan. Maka, disebabkan itu, saya amat-amat mengalu-alukan sebarang soalan daripada pembaca blog saya untuk bertanya sekerap dan seberapa banyak yang anda mahukan kerana sememangnya niat saya mahu membantu anda semua memahami regim supplement dengan lebih teratur dan sempurna.

Fariqh berkata...

4) Ini juga adalah soalan favourite saya. Jawapan kepada soalan ini adalah BERGANTUNG kepada KEPERLUAN individu. Ini kerana, ada yang memerlukan satu jenis sahaja. Ada yang meemerlukan 2-3 dan ada yang memerlukan lebih daripada 5 jenis sehari. Ini kerana, supplement hanya membantu dalam menjadikan kualiti hidup lebih bermanfaat. Setiap supplement membawa manfaat yang berbeza, namun ada yang sama. Contoh, anda mengalami masalah panas badan, maka anada memerlukan Chlorella kerana ia mengandungi klorofil. Namun pada masa yang sama anda juga kekurangan Vitamin dan sering mengalami daya kurang tumpuan. Adakah anda perlu mengambil Vitamin B Complex bersama Chlorella ? jawapannya TIDAK sama sekali! Ini kerana anda hanya perlu bertukar kepada Spirulina. Ia mengandungi klorofil, sama seperti Chlorella cuma ia mengandungi Vitamin-vitamin serta mineral. Maka, anda hanya perlu tetap pada satu produk sahaja.

Contoh yang lain, anda mahukan wajah yang cantik dan cerah maka anda perlukan kolagen. Namun, kolagen sahaja tidak cukup untuk kecerahan, maka anda perlukan tambahan Glutathione + kolagen.

Contoh lain, anda mahu nampak kekal anggun dan feminin, maka anda perlukan kacip fatimah. Namun setelah diambil, ia seolah-olah tidak memberi kesan yang dingini, maka anda memerlukan supplement lain. Maka anda boleh mencuba EPO dan ia berkesan.

Seperti yang saya katakan tadi, bergantung kepada keperluan individu tersebut dalam sejauh mana mereka mahukan hasil yang mereka ingini. Ada yang memerlukan satu sahaja, tetapi ada yang perlukan lebih 5 sehari. ia bergantung kepada individu dan disebabkan itu, sekali lagi saya mengalu-alukan sebarang soalan daripada pembaca agar anda mengajukan soalan anda. Ini kerana anda harus ketahui apa yang terbaik untuk diri anda dan INGAT, tidak semua supplement perlu diambil bersama supplement lain mahupun ubatan! Ini kerana sesetengah daripadanya membawa kesan interaksi yang tidak dingini, maka saya sekali menyarankan anda bertanya dan saya akan mencuba menjawab persolan yang dikemukan.

5) Seperti yang saya nyatakan di jawapan No.1 sebentar tadi, mengikut pandangan saya, YA, kita memerlukan supplement kerana ia memberi kita seribu satu manfaat. Kualiti hidup kita dirompak setia hari oleh radikal bebas, racun perosak, ubatan mode, gaya hidup yang tidak sihat dan sebagainya, maka kita memerlukan supplement untuk menyokong dan merawat lompong kosong yang ditinggalkan oleh faktor-faktor ini. Namun, anda harus ingat, supplement sahaja tidak cukup, ini kerana gaya hidup yang sihat adalah kunci kepada kesihatan yang unggul dan piramid makanan merupakan salah satu asas kepada gaya hidup yang sihat

Saya harap, segala jawapan saya ini dapat difahami oleh anda dan sekiranya masih ragu-ragu, bertanyalah kepada saya dan saya akan cuba menjelaskan kepada anda.Terima kasih

ayusliza berkata...

Salam fariqh, terima kasih sebab sudi explain dgn detail pertanyaan saya.. dan sgt membantu..

dan sekarang ini saya juga merupakan pengguna supplement. antara supplement yg saya ambil setiap hari vitamin B,C,&E dan Fishoil+EPO.

untuk vitamin B&C saya biasa akan ambil pada waktu pagi selepas sarapan dan kalau saya terlepas bersarapan saya akan ambil selepas makan tgh hari sekali gus.

kemudian Vitamin E saya akan ambil selepas mkn petang atau malam.
dan Fishoil+EPO pula saya ambil sebelum tidur.

cara pengambilan saya ini semua saya rujuk kepada sumber internet dan juga nasihat dari kawan saya.

jadi saya nk tnya awak adakah cara saya ini betul atau awk boleh advice sya cara yg betul sbb saya tidak pernah merujuk kepada pakar.
dan status kesihatan saya normal cuma saya ada sejarah alergi kpd seafood tapi sekarang dh baik and ok dan ada ekzema.
terima kasih (",)

Fariqh berkata...

Wasslam dan hi, terima kasih atas sokongan anda. Saya harap informasi yang diberi oleh saya dapat membantu anda serba sedikit berkaitan regim penjagaan kesihatan berasaskan supplement anda.

Memandangkan anda mengambil regim seupplement sebagai sebahagian diet harian anda dan cara pengambilan yang anda ikuti sememangnya tepat, cuma jika anda mahu mengikuti nasihat saya berkaitan supplement yang anda ambil, ini adalah cadangan saya.

Vitamin B WAJIB diambil sewaktu pagi, yakni selepas makan pagi atau semasa tengah hari. Ini kerana ia merupakan kumpulan vitamin yang membantu menukarkan gula kepada tenaga. Anda harus mengambilnya selepas makan kerana ia akan bertindak terus dengan makanan dengan membantu menukarkan kanji dan gula di dalam makanan kepada tenaga tetapi dengan SYARAT. Selepas anda mengambil Vitamin B, pastikan anda bergerak atau melakukan sebarang kerja yang menggunapakai tenaga dan aktiviti fizikal. Ini kerana Vitamin B hanya mula berfungsi apabila terdapat keperluan tenaga dalam menghasilkan tenaga untuk badan seperti bergerak, berjalan dan seumpama dengannya. Sekiranya tidak melakukan sebarang aktiviti, maka ia akan dibuang terus dari badan melalui saluran kencing. Disebabkan itu, walaupun anda mengambil sejumlah air kosong yang banyak tetapi tidak melakukan sebarang kerja berbentuk fizikal, maka anda akan lihat bahawa air kencing kelihatan lebih pekat dan sedikit berbau kerana ia mengandungi lebihan Vitamin B yang tidak digunapakai. Anda juga akan sedar badan berasa panas setelah mengambil Vitamin B kerana proses metabolisma badan sedang dirancakkan dengan bantuan Vitamin B. DILARANG sama sekali mengambil Vitamin Bdi waktu malam walaupun selepas makan kerana vitamin ini akan menyebabkan anda bertenaga, maka dikhuatiri akan menyebabkan anda tidak dapat tidur kerana kehadiran tenaga yang melampau dan terlampau cerdas.

Untuk Vitamin C, terdapat dua cara pengambilan iaitu di waktu pagi dan malam sebelum tifur. Ini kerana kedua-dua waktu pengambilan memberi manfaat kepada tubuh badan. Untuk waktu pagi, ia akan merangsangkansel badan agar lebih bertenaga dan melindungi sel badan terutama kulit daripada kerosakan radikal bebas. Pengambilan waktu malam pula akan merangsangkan pemulihan sel semasa anda sedang tidur dan membantu menghasilkan kolagen secara semula jadi. Anda juga boleh memilih pada kedua-dua waktu iaitu pagi dan malam namun dengan dos yang sedikit sederhana besar, 500 mg pagi dan 500 mg malam. Ini kerana maximum dos untuk badan menyerap Vitamin C adalah 1000mg untuk individu sihat.

Fariqh berkata...

Untuk Vitamin E pula, selaku Vitamin pilihan saya, anda boleh mengambil pada waktu pagi atau malam atau kedua-duanya sekali. Untuk pengambilan waktu pagi, ia harus diambil sejurus selepas makan kerana ia adalah larut lemak dan ia pengambilan di waktu pagi membantu leindungi kulit daripada kerosakan terutama kerosakan akibat radikal bebas dan pancaran UV. Manakala untuk pengambilan waktu malam pula, ia membantu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah kerana penghasilan kolesterol berlaku di waktu malam semasa sedang tidur. Saya lebih mencadangkan and amelilih jenis Tocotrienol kerana ia lebih berkuasa daripada jenis Tocopherol. Untuk maklumat lanjut, sila lihat entri blog saya yang lain berkaitan Tocotrienol.

Bagi Fish Oil saya mencadangkan anda mengambinya di waktu malam kerana Fish oil bukan sahaja baik untuk otak, namun untuk saluran darah dan jantung. ia harus diambil di waktu malam selepas makan kerana ketika ini badan sedang menjalani proses pemulihan sel dan lebih utama ia WAJIB diambil sejurus selepas makan kerana ia adalah larut lemak.

Fariqh berkata...

Manakala untuk EPO pula, saya lebih mencadangkan anda mengambilnya di waktu pagi selepas makan kerana ia adalah larut lemak dan pengambilan di waktu pagi untuk EPO dicadangkan kerana ketika ini, hormon estrogen dan cortisol adalah tinggi di waktu pagi. Maka pengambilan di waktu pagi membantu memperbaiki ketidak seimbangan hormon di waktu pagi.

Saay mencadangkan anda menekankan pengambilan Vitamin E dan C kerana ia baik untuk kulit, maka ia sesuai untuk mengurangkan masalah alergi dan ekzema anda. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

now ni dalam pasaran ada radiglow? yg ni ok tak?

Fariqh berkata...

Hi, setelah saya menyemak kandungan bahan aktifnya, tidak dinafikan ianya antara produk yang berkualiti. Namun, saya masih tidak dapat menjejaki berapakah dos sukatan yang terkandung di dalamnya. Memandangkan ia mengandungi Astaxanthin, saya yakin ia telah mencukupi untuk memberi kesan anti penuaan yang diingini kerana gabungan Astaxanthin dan kolagen telah cukup dalam menjadikan wajah dan kulit anda kekal muda dan berseri. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

As salam fariqh..sy Mina
Sy mau tanya berkenaan dengan maisara C-sential, kalau sy ambil,sy x perlu ambil vit c ke?
Lg satu soalan..vitamin apa yg sy perlukan antara vit b,c dan e?
Keadaan kulit sy ni ok sikit dri dulu tp pori2 muka masih terbuka sikit..kulit sederhana cerah..tp lebih kpd gelap la..hehe.
Jd,blh kamu tlg bagi pandangan dan nasihat..
Oh ya,sy baru cadang mau ambil vit ni..jenama blackmores tu ok ke?tqvm in adv..

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana sudi melewati blog ini. Baiklah, berkaitan dengan soalan anda, ini adalah pandangan saya :

1) Sekiranya anda telah mengambil Maixara C-Sential, maka anda tidak memerlukan lagi pengambilan Vitamin C. Ini kerana, Vitamin C sudah terkandung di dalam produk tersebut. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan akan dibuang melalui saluran kencing. Ini kerana had maksimum individu sihat dewasa menyerap Vitamin C ialah 1000mg sehari. Untuk perokok dan pesakit kanser pula, dos sekitar 1500-2000mg sehari.

2) Untuk soalan ini, ia bergantung kepada anda mahupun setiap individu dalam mendapatkan keperluan vitamin harian mereka. Cuma yang pasti, pengambilan Vitamin C amat diperlukan. Ini kerana Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan. Ia perlu diambil daripada sumber luar. Namun, pengambilan dalam bentuk supplement digalakkan kerana ia lebih mudah. Untuk Vitamin B Complex, ia diperlukan samada anda seorang yang aktif mahupun tidak. Ini kerana Vitamin B Compelx bertindak dalam membantu menukarkan setiap makanan yang dimakan oleh kita kepada tenaga. Sekiranya anda seorang yang aktif, anda mungkin memerlukan Vitamin B Complex. Namun, anda harus ingat bahawa vitamin ini boleh meningkatkan selera makan individu. Tetapi, kenaikan berat badan beragntung kepada sesetengah individu. Seperti saya, saya hanya mengambilnya selama beberapa bulan setahun dan ini berkesan dalam menurunkan berat badan. Tetapi, sesetengah individu menghidapi kenaikan berat badan akibat selera makan yang bertambah. Untuk Vitamin E, walaupun tidak terdapat kajian secara jelas yang menyatakan bahawa pengambilannya adalah wajib, namun saya sangat menggalakkan anda mengambilnya, terutama sekiranya anda hidup atau lahir dalam sejarah keluarga pesakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan kanser. Ini kerana, Vitamin E adalah antara segelintir vitamin yang mempunyai sifat antioksida. Ia lebih berkuasa daripada Vitamin C. Vitamin E bersigat lemak, bermaksud, ia suka akan kehadiran lemak/ lipid/ minyak. Maka, anda perlu mendapatkan sumber makanan sebegini dalam mendapatkan vitamin E. Namun, masalah yang sering timbul ialah kenaikan berat badan akibat pengambilan kalori yang terkandung di dalamnya. Oleh yang demikian, pemilihan supplement digalakkan. Terdapat ribuan kajian yang menyatakan bahawa Vitamin E sangat baik dan bermanfaat untuk kesihatan. Antaranya, memelihara jantung, mencegah strok, menurunkan kolesterol, mencegah buta akibat diabetes ( Diabetes Retinophaty , membunuh sel kanser dan sebagainya. Vitamin E wujud dalam 2 famili, Tocopherol dan Tocotrienol. Tocopherol adalah paling banyak digunapakai dalam kebanyakan produk kesihatan. Namun, Tocotrienol adalah paling berkuasa. Saya lebih memilih Tocotrienol untuk manfaat kesihatan yang menyeluruh. Untuk maklumat lanjut,sila layari entri saya yang lai, Tocotrienol : Kehebatan Luarbiasa Vitamin E

3) Blackmores adalah antara jenama pilihan saya. Namun anda masih boleh memilih jenama lain. Pemilihan jenama adalah perkara No.2 dalam kreteria pemilihan sesuatu supplement oleh saya. Saya melihat kepada kekuatan/ dos supplement tersebut dan disusuli dengan jenama kemudian diakhiri dengan harga. Blackmores adalah jenama yang terkenal, namun masih terdapat banyak lagi produk di luar sana yang setanding malah melebihi daripada jenama tertentu termasuk dari nilai mata wang yang dilaburkan. Ia terpulang kepada individu. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

As salam ..fariqh..sy mina
Terima kasih jg sbb sudi kongsi ilmu..

Soalan sy..
1. Bolehkah sy ambil vitamin2 b,c,e sekali sehari atau lg baik sy mkn vit e untuk 2 blh baru diikuti vit c dan b?
2. Cadangan jenama vitamin dri pdgan kamu..
3.apa vitamin yg kamu syorkan saya makan selain vit b,c dan e..sbb sy ni jarang mkn buah dan sayur...?
Terima kasih ya...

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, terima kasih atas sokongan anda. Berkaitan dengan soalan anda, ini adalah jawapan dan pandangan saya :

1)Sekiranya anda mahu mengambil vitamin-vitamin tersebut bersama, ia tidak menjadi masalah, namun ada beberapa langkah pengambilan yang perlu anda ikuti. Untuk Vitamin B Complex, anda perlu mengambil 1 biji sehari selepas sarapan pagi atau tengah hari. Pastikan anda mengambilnya sejurus selepas makan. Ini kerana, Vitamin B Complex memerlukan keadaan perut yang penuh dalam menukarkan kibohidrat kepada tenaga. Saya tidak menggalakkan anda mengambilnya semasa perut kosong, dikhuatiri akan menyebabkan kehilangan gula yang mendadak di dalam badan. Pastikan juga anda mengambil air kosong yang cukup, sekitar 3-6 liter sehari. Ini penting kerana vitamin B Complex memerlukan kehadiran air untuk diserap. Lebihan Vitamin B Complex yang tersimpan akan mudah dibuang dari dalam badan sekiranya kehadiran air yang mencukupi di dalam badan. Dilarang mengambil Vitamin B Complex di waktu malam kerana dikhuatiri akan menyebabkan kecergasan melampau. Untuk Vitamin C, terdapat 2 cara pengambilan. Sekiranya anda mengfokuskan kepada penampilan wajah dan kulit yang cantik, saya mencadangkan anda mengambilnya 2-3 minit sebelum tidur. Namun, sekiranya anda mahu mengfokuskan kepada kesihatan, pengambilan di waktu pagi adalah digalakkan. Namun, Vitamin C di waktu pagi harus diambil sejurus selepas sarapan. Ini penting kerana kebanyakan produk Vitamin C adalah ersifat asid, maka ia menggangu perut. Namun, anda masih boleh memilih yang tertera Acid-Free. Dos saranan yang disyorkan adalah 250-1000mg sehari bagi tujuan kesihatan dan kecantikan. Namun, sekiranya anda hidup dalam persekitaran yang penuh dengan tekanan, stress, pencemaran udara seperti di bandar, dalam kalangan perokok dan mempunyai sejarah kesihatan keluarga yang kurang aik, saya cadangkan dos serendah 500-1000mg adalah digalakkan. Ini bagi membekalkan perlindungan antioksida terhadap tubuh anda. Manakala untuk Vitamin E, and aboleh memilih untuk mengambilnya dalam 2 cara, samada pagi atau malam. Sekiranya anda mengfokuskan kepada kecantikan, saya syorkan anda mengambilnya di waktu pagi, sejurus selepas sarapan. Vitamin E WAJIB diambil sejurus selepas makan terutama setelah anda mengambil makanan yang berlemak atau berminyak. Ini termasuk makanan yang bergoreng atau apa-apa yang menggunakan minyak. Ini penting kerana Vitamin E memerlukan kehadiran terutama makanan berlemak/berminyak untuk diserap. ia adalah Vitamin yang bersifat lipid. Maka ia gemar akan kehadiran lemak/ minyak. Pengambilan di waktu pagi dapat membekalkan perlindungan daripada sinaran UV matahari dan pencemaran lain. Pengambilan di waktu malam pula adalah sejurus selepas makan malam. Rasional pengambilan di waktu malam ialah, ia akan bertindak dengan merencatkan dan merendahkan penghasilan kolesterol di dalam badan. Ini dapat mengekang paras kolesterol yang tinggi selain baik untuk perlindungan jantung. Vitamin E juga baik untuk penglihatan yang cerah dan tajam.

Fariqh berkata...


2. Untuk Vitamin B Complex, anda bebas memilih sebarang jenama. Untuk Vitamin C, saya lebih menyarankan anda memilih yang organik. Ini kerana Vitamin C organik lebih berkuasa dan berkesan. Jenama yang saya syorksn adalah Natural's Factors. Ia merupakan jenama Vitamin C organik yang saya percayai. Namun, ia sedikit mahal dan sekiranya anda tidak mampu, pemilihan yang sintetik juga tidak menjadi masalah. Untuk Vitamin E, saya hanya percayai 2 jenama sahaja. ia mengandungi Vitamin E Tocotrienol yang sangat berkuasa. ETrienol daripada Cosway dan Toco SPAN yang dikeluarkan oleh Live Well. Untuk ETreinol, ia memiliki dos delta dan gamma Tocotrienol yang tertinggi di pasaran negara ini. Umum mengetahui bahawa delta dan gamma adalah komponen terkuat Vitamin E. Ia juga mengandungi alfa dan beta Tocotrienol juga alpha Tocopherol. Berbeza dengan Toco SPAN live Well, walaupun dosnya rendah sedikit, namun ia memiliki kesemua isomer famili Vitamin E Tocopherol dan Tocotrienol iaitu alpha, beta, delta dan gamma. tetapi, ia tidak menjadi masalah sekirnaya kekurangan iomser Tocopherol yang lain. Anda bebas memilih kedua-dua jenama ini mengikut kemampuan anda.

3. Memandangkan anda kurang mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran, makan pengambilan Spirulina adalah digalakkan. Ini kerana spirulina mengandungi zat galian, mineral, hampir kesemua gabungan Vitamin dan lain-lain antioksida seperti beta-Carotene dan caretenoid.Tetapi awas, sekiranya anda telah mengambil Spirulina, anda harus berhenti mengambil Vitamin B Complex. Ini kerana, Spirulina mengandungi komponen Vitamin B Complex yang tinggi. Pengambilan bersama Vitamin B Complex yang lain dikhuatiri akan membebankan hati. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

As salam fariqh..
Terima kasih sgt2 atas jawapan kamu..

Soalan sy
1. Apakah ada limit untuk makan vit?cth vit c, kalau kecerahan kulit sdh tercapai, ia nya perlu dikurangkan?
2.vit c yg 500mg sesuai utk mereka yg ada masalah resdung?kalau ada mslh bersin dan macam selsema kalau pagi2 tu kira resdung ke?cara atasi?
3. Sy hanya mahukan kulit wajah dan tubuh sekata (sawo matang) tapi tidaklah pula sampai jadi macam kulit org Korea ..sbb sy mmg kerja d bawah matahari..Jd kalau sy makan vit c, sy takut kulit jadi putih lepak macam adira af tu..x sesuai la kan..
Terima kasih ya...

Fariqh berkata...

Wasalam dan terima kasih atas sokongan anda. Berkaitan dengan soalan anda, ini jawapan dan pandangan saya :

1) Untuk individu sihat, dos seharian Vitamin C adalah antara 250-500mg sehari. Namun, sekiranya anda mahukan pencerahan, dos sekitar 500-1000mg sehari disarankan. Bagaimanapun, bagi perokok, penghidap kanser dan individu kurang sihat, dos serendah 500mg sehingga 1500mg dan dipertingkatkan sehingga 2000mg sehari dibenarkan. Walaupun tiada jumlah yang tepat dalam mengenalpasti dos maksimum pengambilan Vitamin C dalam sehari, namun ramai pakar menyatakan bahawa dos 1000mg sehari adalah maksimum bagi kebanyakn individu.

2) Berkaitan dengan resdung, agak panjang untuk saya jelaskan disini. Untuk lebih maklumat lanjut, sila layari Fan Page saya ( Glutamax 2 ) berkaitan soalan pembaca di Wall Fan Page tersebut. Namun, kemungkinan besar bersin di waktu pagi adalah antara simptom utama masalah resdung. Anda perlu berjumpa dengan doktor bagi mengesahkan bahawa anda benar-benar menghidapi resdung. Untuk dos Vitamin C dalam mengatasi masalah resdung, dos sekitar 500mg adalah paling minimum. Saya cadangkan dos 1000mg sehari. Namun diingatkan bahawa Vitamin C hanya mengurangkan kesan inflamasi terhadap masalah resdung yang dihidapi. Untuk mengatsai masalah resdung, anda memerlukan supplement yang dapat mencuci darah dengan sempurna kemudian disertakan bersama dengan antioksida yang mampu mengurangkan kesan inflamasi resdung sehingga ke akarnya iaitu di sel kulit. Lazimnya, saya mengesyorkan pengambilan Chlorella beberapa bulan beserta Milk Thistle dan kemudian disusuli dengan pengambilan Astaxanthin bagi mengekang masalah inflamasi agar tidak terlalu teruk.

3. Sekiranya anda mahukan wajah yang kekal dengan tona warna asal, saya cadangkan anda mengambil kolagen berasaskan soya. Ini kerana soya bukan sahaja mengandungi protein, namun ia mengandungi agen pencerah dan pengekalan warna kulit. Namun, sekiranya anda alah terhadap produk berasaskan kekacang, anda hanya perlu mengambil Vitamin C. Terima kasih

mina berkata...

As salam..terima kasih byk2 atas jwp yg diberikan..
Tp sy masih ada soalan ni..
Soalan sy..
1. Boleh ke makan susu jenis tablet (hi goat brand) bersama2dengan vit yg lain sbb sy x suka minum susu?
2. Vit ADEK & B,C boleh ditelan semua sekali atau setiap satu tu perlukan jarak masa macam setengah jam ke satu jam baru mkn vit yg lain?atau vit ADEK blh makan sekaligus dan vit B,C blh makan sekaligus?
3.jenama shaklee sgt2 popular dan hampir semua org pn makan vit dr brand itu,pendapat kamu?
4.blh tolong senaraikan jenama vit yang semulajadi?
Terima kasih

Fariqh berkata...

Wasalam dah hi, terima kasih atas sokongan anda dan terima kasih kerana anda sudi bertanya. Ini membuktikan anda sangat peka terhadap regim supplement harian anda. Berkaitan dengan soalan anda, ini adalah pandangan dan jawapan saya :

1) Pengambilan semua jenis vitamin, ABCDEK dibolehkan diambil bersama produk berasaskan susu. Ini kerana susu adalah protein dan ia tidak menjadi masalah kecuali sesetengah supplement yang benar-benar memerlukan keadaan perut ksoong seperti Chlorella, Spirulina, herba dan beberapa jenis supplement lain yang memiliki sifat ketidakstabilan semasa proses penyerapannya. Pengambilan dengan vitamin tidak menjadi masalah bagi kedua-dua jenis produk ( vitamin dan susu ).

2) Pengambilan vitamin ADEK dan B, C bersama juga tidak menjadi masalah kerana walaupun vitamin larut lemak ADEK memerlukan bantuan makanan untuk diserap, namun vitamin B dan C memerlukan bantuan air. Memandangkan vitamin C bersifat asid dan kadang-kala mengganggu perut, maka ia digalakkan diambil selepas makan. Ini termasuk juga Vitamin B Complex. Sesetengah individu mengalami simptom gangguan perut, maka ia dibenarkan diambil selepas makan.

3) Untuk soalan ini, ia bergantung kepada individu. Sekiranya anda benar-benar menyakini kualiti sesuatu produk, ia tidak menjadi masalah. Secara jujur saya katakan, saya meletakkan kualiti sesuatu produk sebagai penanda aras utama. Kualiti yang saya maksudkan adalah dari mana produk itu dihasilkan, jenis sumber yang digunapakai, mutu dan profil syarikat yang mengeluarkan dan juga kepercayaan pengguna yang menggunapakai produk tersebut. Kemudian ia akan disusuli dengan kandungan/ peratusan produk tersebut dan akhir sekali diikuti dengan harga yang ditawarkan. Disebabkan itu, saya tidak bersikap pilih kasih ( bias ) dalam pemilihan sesuatu produk. Saya membuat perbandingan semua produk terlebih dahulu dan kemudian memilih terbaik antara yang terbaik. Disebabkan itu, mengapa saya menyatakan sebahagian produk di blog ini setelah diambil kira semua faktor di atas. Diharap anda mengerti akan mesej yang saya sampaikan.

4) Berkaitan dengan soalan ini, saya kurang ejlas apakah yang dimaksudkan oleh anda. Ini kerana secara hakikat, semua vitamin yang wujud adalah semulajadi cuma kebanyakan produk supplement yang dijual di pasaran ketika ini telah disintetikkan, yakni dipalsukan secara kualiti semula jadinya. Hanya terdapat satu jenis produk yang 100% menggunapakai sumber semulajadi walaupun dalam regim produk vitamin mereka, ia adalah Natural's Factors. Ia adalah satu-satunya rangkaian produk kesihatan berstatus semula jadi yang saya percayai pada harga yang mampu milik. Terima kasih

Mina berkata...

Ok..terima kasih jg..

Sy sebenarnya baru mau perbaiki tahap kesihatan sy..sbb sy ni kerja bisnes keluarga, perlukan banyak tenaga untuk bekerja..
Soalan sy yg no 4 tu, rasanya ngam dgn apa yg kamu jawab tu..boleh paham la..

Ada soalan lagi la..

1. macam mana cara untuk ketahui vit2 tu semulajadi?ada ditulis ke?
2. blh bagi cadangan untuk mkn vit yg betul?cz ada sy terbaca yg kita perlu detox badan sblm mkn vit/suppliment?
3. Cara baca RDA pada label vit tu macam mana utk ketahui ia nya sesuai atau tidak?

Soalan ni bkn ttg vit..
hidung sy ada mslh x dapat hidu (awal thn 2013)..tp kalau bau yg kuat macam durian tu blh la..sblm ni, doc ada bg ubat..kesannya macam selsema la..selalu keluar lendir2..tp bila habis ubat tu,doc x bg lg cz dia ckp perkara ni mmg akan berulang..ianya x mengganggu sistem pernafasan sy tp takut jg la utk jangka masa panjang..cth, kalau makanan tu basi..sy x tau..mesti minta tolong famili utk pastikan..

Terima kasih sbb sudi jawab dan bg pendapat..

Fariqh berkata...

Hi, terima kasih atas sokongan anda. Berkaitan dengan soalan anda, ini pandangan dan jawapan saya :

1) Untuk mengenal pasti ketulenan sesuatu vitamin, anda boleh melihat dilabel yang tertera di botol pembungkusan. Untuk setiap vitamin ( kecuali Vitamin B Complex ), ia akan dinyatakan secara jelas kandungan sesuatu produk itu samada tulen/ semula jadi atau sintetik. Setiap vitamin yang berstatus semulajadi ia akan tertera abjad 'd' dan bagi bestatus bukan semulajadi atau sintetik, ia akan tertera abjad 'dl'. Sebagai contoh, 'd-alpha Tocopherol' adalah Vitamin E tulen berstatus semulajada. bagi 'dl-alpha Tocopherol' pula adalah sintetik Vitamin E. Ingin saya maklumkan bahawa tidak semua syarikat pengeluar produk kesihatan akan meletakkan status ini kerana ia didorong oleh beberapa faktor yang saya sendiri tidak ketahui. Apa yang saya lihat, kebanyakan label 'd' atau 'dl' hanya dinyatakan kepada sesetengah vitamin sahaja seperti Vitamin A, Vitamin D, Vitamin E ( paling ketara ) dan Vitamin K. Maka disinilah peranan kita untuk mengetahui apakah status ketulenan vitamin atau supplement yang diambil oleh kita melalui syarikat pengeluar tersebut. Ini penting kerana tidak semua yang baik adalah bagus dan yang bagus itu adalah baik.

Fariqh berkata...

2) Untuk soalan ini, amat panjang untuk saya huraikan kerana saya boleh membincangkan bab detoks 2 jam tanpa henti sekiranya pembaca sekalian mahu mendengarnya. Ini kerana saya amat meminati regim detoks kerana ia merupakan sebahagian daripada kehidupan kita yang semakin tercemar. Sekiranya ada masa kelak, saya akan mengepos sebuah entri berkaitan topik ini agar pembaca dapat memahaminya dengan jelas. Baiklah, berbalik semula kepada soalan anda, secara jujur saya katakan dan ia juga disokong oleh ribuan kajian saintifik yang diterbitkan, detoks amat penting kerana ia adalah proses paling asas dalam menjadikan badan kita lebih cergas, cerdas, bertenaga, bebas daripada pencemaran, kotoran, mendapan toksik dan kekotoran yang diperolehi sepanjang hari semasa kita bernafas, makan, minum, mengambil ubatan dan juga bekerja. Ini kerana detoks dapat menjadikan sel badan lebih bersedia dalam menjalankan tugasnya. Ini dikaitkan dengan kebersihan usus kerana usus adalah tempat utama setiap supplement diserap. Sekiranya ianya kotor, maka kadar resapan boleh terganggu. Disebabkan itu, saya amat MENGESYORKAN semua pembaca di luar sana agar melakukan detoks 1 atau 2 kali setahun, dan regim detoks lebih menampakkan hasilnya sekiranya ianya dilakukan semasa berpuasa. Puasa di bulan Ramadhan adalah waktu terbaik dalam mendetoks badan kerana ketika ini, keseluruhan sel melakukan proses rehat semasa siang hari dimana ia berfungsi dalam mendetoks keseluruhan badan terutama organ hati, usus dan darah. Sekiranya badan telah mula bersih, maka hampir sepenuhnya kesan supplement yang diambil akan menampakkan hasilnya. Saya harap anda memahami penjelasan ini secara ringkas dan sekiranya ada masa kelak, saya akan mengulas lebih lanjut dalam pos akan datang.

Fariqh berkata...

3) Berkaitan dengan soalan ini juga, ia merupakan satu topik yang amat panjang untuk saya huraikan secara mendalam. Ini kerana RDA yang lebih dikenali sebagai Recommended daily Allowance adalah sama sekali ketinggalan zaman ( outdated ). Percaya atau tidak, ini kerana RDA hanyalah satu penanda aras yang digunapakai sebagai nutrisi harian pihak tentera semasa Perang Dunia Ke-2 yakni melebihi 70 tahun yang lepas! Ramai yang menyangkakan bahawa apabila terteranya label RDA, maka mereka percaya bahawa mereka telah mendapat 100% keperluan vitamin/ supplement harian mereka. Ini tidak benar sama sekali kerana RDA hanyalah satu penanda aras yang tidak lagi relevan dalam dunia ketika ini. Oleh yang demikian, maka RDA telah dinaiktaraf dan diggantikan dengan Recommended Daily Intake ( RDI ) dan Daily Value ( DV ). Namun RDI hanyalah berdasarkan keperluan MINIMUM seseorang individu untuk kekal sihat. Sebagai contoh dos saranan RDi bagi Vitamin C adalah 100mg sehari. Namun, pernahkah kita berfikir bahawa adakah dos 100mg itu cukup untuk menjadikan badan kita mendapat manfaat Vitamin tersebut ? Ini didorong pula dengan cabaran harian hidupan kita yang penuh dengan pencemaran. Saya dapat umpakan bahawa RDI di dalam kes ini hanyalah mewakili 1/50 daripada yang sepatutnya. Berkaitan dengan DV pula, ia digunapakai dalam hampir kebanyakan produk supplement/ vitamin ketika ini. Ia diselaraskan berdasarkan penggunaan kalori harian kita yang menggunapaki 2000kcal ( tenaga ). Bererti, semakin banyak tenaga yang digunpakai, maka semakin tinggi dos yang diperlukan. Namun DV juga tidak tepat dalam beberapa keadaan. Sebagai contoh, dos saranan DV bagi Vitamin E adalah 30IU. Namun, banyak kajian yang menunjukkan bahawa 30IU sama sekali tidak memberi kesan yang sepatutnya. Untuk mendapatkan perlindungan antioksida menyeluruh, anda memerlukan 200-400IU sehari dan sekiranya anda berada dalam keadaan yang penuh dengan pencemaran seperti dalam kalangan perokok dan suasana ibu kota, dos saranan harian boleh mencecah dari 400-800IU sehari. Persolannya, berapakah dos saranan yang diperlukan ? Ia bergantung kepada individu dan untuk soalan ini, anda ( juga pembaca di luar sana ), harus melihat sendiri apakah gaya hidup anda? Bagaimana anda menjalani hidup anda dan apakah yang menjadi masalah utama terhadap kesihatan anda ketika ini ? Dan memandangkan anda telah menyatakan serba sedikit gaya hidup dan persekitaran hidup anda, maka ini jawapan saya untuk anda.

Fariqh berkata...

4) Ini menunjukkan bahawa KEMUNGKINAN BESAR anda menghidapi Sinus atau Allergic Rhinitis atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai resdung ( namun ia bebeza sedikit kerana resdung memeliki banyak ciri yang berlainan dan resdung sendiri adalah satu perkataan umum untuk semua masalah rongga di wajah ). untuk lebih kepastian, anda harus bertanya kepada doktor, apakah diagnos penyakit yang dihidapi anda. Doktor lebih mengetahui keadaan pesakit kerana mereka mengdiagnos keadaan. Berbalik kepada soalan anda, saya tidak memastikan apakah jenis ubatan yang diambil oleh anda. Ini kerana, ubat merawat maslaah berkaitan rongga hidung pelbagai. Ia dapat dikategorikan dalam dua jenis, oral dan sedutan. Untuk oral, pengambilan ubatan antihistamine seperti Loratadine, Cetrizine, Betahistine dan Desloratadine hanya membantu dalam merencatkan penghasilan histamine yang terjadi ketika gangguan rongga hidung berlaku. Ini kerana, apabila rongga hidup menghidapi masalah, histamine akan dibebaskan. Histamine adalah sejenis bahan semulajadi di dalam badan yang memainkan peranan dalam proses imunisasi badan. Apabila gangguan terjadi, histamine yang dibebaskan akan mentarget kawasan yang terganggu. Ini menjadikan kawasan tersebut mengalami simptom sampingan. Antaranya pengembangan kapilari darah, pengembangan saluran pernafasan dan sebagainya. Rongga hidung mengadungi ratusan kapilari darah yang halus, apabila histamine diremebskan, ia akan menjadikan kapilari darah mengembang dan ini menjadikan air yang terkandung di dalam aliran darah di dalam kapilari darah keluar. Maka disebabkan itu, anda mengalamai simptom sampingan yakni lelehan air yang keluar dari hidung. Bagi mengatasi masalah ini, pengambilan ubatan oral dapat menutup tapak penerimaan histamine, tetapi ia hanya sementara dan sama sekali tidak menyembuhkan keadaan. Dalam keadaan yang lebih teruk, ramai yang telah toleransi terhadap ubatan antihistamine dan ini menjadikan pengambilan ubatan ini tidka memberi apa-apa kesan kepada pesakit. Maka, kaedah rawatan terakhir ditimbangtara iaitu melalui sedutan

Fariqh berkata...

Hampir semua ubat sedutan ( inhalation ) menggunapakai steroid. Ia secara terus akan mengurangkan aktiviti antihistamine dan sel darah putih yang memainkan peranan dalam proses semulajadi ini. Walaupun kesannya amat memuskan, namun penggunaan masa panjang dikhuatiri akan mendatangkan kesan sampingan seperti osteoporosis ( tilang rapuh ) dan imuniti badan yang lemah. Secara jujur, saya sama sekali tidak menggunakan sebarang ubatan dalam merawat masalah ini. Ini kerana setiap ubatan tersebut amat berisiko dan paling ditakuti adalah steroid walaupun secara rasmi ia dinyatakan selamat oleh sesetengah pihak. saya lebih menggemari kaedah rawatan holistik dan berasaskan supplement. Untuk mengatasi masalah ini, pelbagai supplement boleh ditimbangtarakan, antaranya, ekstrak Kunyit ( Curcumin ), Astaxanthin, Chaga, Beta-Glucan, Vitamin C, Chlorella, Milk Thistle, Cordeceps dan juga LingZhi. Sekiranya anda berminta untuk mengetahui atau mencuba salah satu daripada senarai di atas, anda boleh terus bertanya kepada saya dan saya akan menerangkan secara terperinci. Terima kasih.

m!na berkata...

Ok..Terima kasih..
Harap2 dalam masa terdekat la kamu akan huraikan pasal detoks ni..
1.Jadi,seeloknya detoks badan dulu sbl mkn vit?detoks yg tampal d kaki tu ke atau dengan cara bpuasa je?
2. Mungkin sy akan mkn vit c la utk atasi masalah resdung ni..

m!na berkata...

Vit c tu sama fungsi dgn radiglow ?sbb ianya ada astaxanthin..

Fariqh berkata...

Hi, terima kasih atas sokongan anda.. berkaitan dengan soalan anda, ini jawapan dan pandangan saya :

1) Seperti yang saya katakan sebelum ini, detoks amat digalakkan untuk membantu menjadikan fungsi badan lebih baik. Ia lebih digalakkan ketika berpuasa kerana berpuasa dapat meningkatkan proses detoks. Namun, detoks menggunapakai foot patch adalah salah satu pembohongan. Sehingga kini, tiada kajian saintifik yang mengesahkan bahawa ianya benar-benar membantu badan dalam mendetoks sepenuhnya. Ia hanyalah satu omongan kosong yang diperbesarkan

2) Saya lebih menggalakkan anda mengambil Vitamin C organik. Jenama Natural's Factors adalah pilihan utama saya. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam..Sy nk tye waktu yg plg sesuai dan terbaik untuk mkn vit c..Sy ade bce yg disarankn seblm tdo utk kulit dan wajah tp dlm mse yg sme vit c perlu air..So sy confuse ckit..Bleh terang lbh lanjut..Dan 1 lg adekah marine collagen atau rumpai laut sesuai utk yg alergik seafood..tqvm..

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, terdapat dua waktu yang sesuai dalam pengambilan Vitamin C untuk kesan kesihatan yang signigikan. Pertama ialah di waktu pagi selepas sarapan. Kedua pula, sebelum tidur malam. Pengambilan di waktu pagi dapat merangsang imunusisi badan dalam melawan penyakit. Rasional pengambilan di waktu malam pula dapat membantu proses pemulihan dan rejuvinasi badan. Ia juga membantu dalam menghasilkan kolagen semasa tidur. Ini dapat membaik pulih sel kulit daripada kerosakan. Memandangkan Vitamin C adalah larut air, maka anda perlu meningkatan pengambilan air kosong dalam membantu penyerapannya.

Sehingga kini, tidak dibuktikan secara tepat adakah rumpai laut mengandungi kolagen. Tidak dinafikan ia mengandungi beberapa jenis asid amino dan minerla penting dalam merangsangkan penambaikan kulit. Namun, komposisi kolagen di dalamnya masih dalam kajian lanjut. Walaupun rumpai laut adalah bersumberkan marin, namun ia tidak menjadi masalah kepada individu yang menghidapi masalah alahan kerana ia bukan berteraskan sumber mamalia. Terima kasih

Diyana berkata...

Salam. Sy ada 2 soalan:
1) Sy ada minor eczema. .. jadi, boleh kah sy mengambil supplement berunsur chitosan and apakah supplement yg sesuai utk sy mengurangkan eczema. ..
2) sy ada masalah kelemumur yg teruk dan mengakibatkan rambut nipis. Ada cadangan bagaimana nak rawat. Sy rasa ini bukan kelumumur biasa dan mungkin diakibatkan oleh eczema sy.

terima kasih ya.

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, sekiranya anda mengalami ekzema, ini adalah pandangan saya :

1) Digalakkan anda memilih supplement yang dapat mengurangkan kesan keradangan. Antaranya, Astaxanthin, ekstrak minyak zaitun, Evening Primrose Oil ( EPO ) dan Fish Oil. Anda juga boleh menggunakan krim pelembab seperti Vaseline untuk meningkatkan kesan kelembapan di kulit anda dalam mengurangkan kesan keradangan dan kemerahan akibat ekzema.

2) Penggunaan supplement yang dicadangkan dapat membantu mengurangkan masalah yang dihidapi anda. Namun, sila merujuk kepada pakar perubatan atau ahli farmasi terlebih dahulu kerana sesetengah individu yang menghidapi ekzema mengalami lain-lain komplikasi yang berkaitan. Anda harus merujuk kepada pakar kerana mereka akan memberikan pandangan mahupun justifikasi yang lebih bernas. Terima kasih

munirah berkata...

salam, boleh saya tahu pendapat saudara tentang produk Korean Collagen atau lebih dikenali sebagai K-colly? Ia mengandungi lebih 1.5 juta mg collagen dan kesan boleh dilihat seawal tiga hari. Adakah kandungannya selamat dan bolehkah ia saya jadikan sebagai masker di muka?

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, ingin saya tegaskan disini bahawa kandungan 1.5 juta mg itu adalah berat keseluruhan bagi satu jar/ balang K-Colly. Saya tidak memastikan kandungan dan jumlah sebenar kolagen yang terkandung bagi setiap satu saiz hidangan K-Colly Collagen. Anda harus menyemaknya di label yang tertera. Ini penting bagi mengetahui jumlah kandungan sebenarnya. Bagi aplikasi mask di wajah, saya juga kurang arif berkaitan hal ini. Anda boleh merujuk kepada perunding kecanikan yang bertauliah bagi mendapatkan kepastian. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Hi fariqh. Akak nak tanya. Supafuco tu sesuaikah diambil selepas pembedahan? Apakah khasiat supafuco dalam mencegah atau merawat sakit-sakit wanita, seperti cyst dan fibroid? Terima kasih

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, secara umum Fucoidan adalah baik untuk kesihatan kerana ia membantu meregenerasikan semula kulit termasuk pembaikan kulit, parut dan seumpama dengannya. Berkenaan dengan soalan akak, ia adalah selamat diambil oleh semua individu namun sekiranya terdapat sebarang tanda penolakan seperti alahan dan sebagainya, sila hentikan pengambilannya. Berkenaan dengan fibroid dan 'cyst', sehingga kini TIDAK terdapat SEBARANG kajian lanjut berkaitan dengan kesna positif pengambilan Fucoidan dengan masalah kesihatan tersebut. Sila rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu sekiranya pesakit ingin mengambil produk berasaskan Fucoidan. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

salam fariqh, ble tlg jelaskan ttg satu produk "SURBEX NATOPHEROL ALA PLUS" (contains alpha lipoic acid, plus vitamin C and E,)..

sya nak dptkn kulit yg putih..mana satu supplemen yg patut sya ambil..SURBEX NATOPHEROL ALA PLUS atau Pil L glutathione?

Eija berkata...

Assalamualaikum..sy ingin bertanya kesan pengambilan kolagen jangka panjang..ada kah boleh menyebabkan kanser payudara atau rahim kerana kwn sy baru2 ni disahkan menghidap kanser payudara disebabkan pengambilan kolagen jangka masa yg lama

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, kepada saudari Tanpa Nama, ingin dimaklumkan bahawa Vitamin E mahupun ALA TIDAK bertindak secara terus dalam proses pencerahan kulit. Vitamin C dan Glutathione adalah agen utama proses pencerahan kulit tetapi, Glutathione mempunyai kesan yang lebih nyata. Terima kasih

Kepada saudari Eija, saya ada menyentuh perkara ini dalam beberapa ulasa sebelum ini. Ingin dijelaskan bahawa, shingga kini TIDAK terdapat sebarang kajian lanjut mahupun saintifik yang mendakwa bahawa pengambilan kolagen menyumbangkan kepada risiko kanser. Namun, beberapa kajian awal menunjukkan, memandangkan kolagen adalah seperti seakan-akan 'sel regenerasi', ia dikaitkan dengan potensi kanser namun kajian dna dakwaan ini sangat kontroversi kerana ia kekurangan data jangka masa panjang dalam menyokongnya. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

salam...mnakah lebih berkesan antara soya,kolagen atau ros hip kapsul utk memutihkn kulit?? adakah soya terbabit ialah air soya atau dalam bentuk lain???

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikom...saya berumur 17,seorang lelaki..1:saya mempunyai masalah jerawat dan kulit yg kusam..bagaimanakah caranya utk mengatasi masalah ini..benarkah pengambilan kolagen boleh menyebabkn penghasilan sel yg terlalu aktif sehingga menyebabkn jerawat berikutan faktor usia yg masih muda???2:antara rose hip kapsul,soya atau kolagen yg mnakah lebih berkesan utk memutihkn kulit?? adakah saya hanya perlu meminum air soya sama ada air kotak atau perlukn kolagen utk memutihkn kulit???

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikom..berkesankah losyen yg mengandungi vitamin b3 untuk memutihkn kulit atau losyen susu atau losyen yg mempunyai gluthation?? yg mna lebih berkesan?? adakah vit b3 benar2 berkesan untuk memutihkn kulit ???

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi kepada saudara Tanpa Nama 1, menjawab soalan anda, terlebih dahulu anda harus mengenali apakah produk pembersih wajah yang sesuai untuk wajah anda. Ini kerana, wajah kusam dan berjerawat diakitkan dengan lapisan sel kulit mati yang masih berbaki di kulit wajah. Jerawat pula dikaitkan dengan pelbagai faktor dan disebabkan anda masih muda, maka pengaruh hormon mungkin mempengaruhi kulit wajah anda. Hip Rose Oil mengandungi antioksida dan Vitamin C merupakan salah satu daripada kandungan utamanya. Hip Rose Oil berkesan untuk merawat masalah celaan kulit di wajah namun keberkesanannya terhadap pengambilan oral masih menjadi samar memandangkan aplikasi sapuan lebih menunjukkan kesan positif yang signifikan. Produk berasaskan soya pula lebih berkesan dalam mencerahkan wajah kerana ia mengandungi bongkah utama atau pelopor dalam pembinaan Glutathione seperti NAC. NAC lebih mudah diserap ke dalam tubuh badan memandangkan dan kolagen pula hanya memainkan peranan dalam menyokong struktur kulit wajah agar lebih tegang, anjal dan tidak rapuh. Terdapat sedikit pertikaian dalam hubung kait pengambilan kolagen bagi pembentukan jerawat. Ini kerana, secara logik, kolagen bertanggungjawab mengaktifkan penghasilan sel kulit baharu dan pengjasilan yang tidak terkawal boleh menyebabkan masalah kulit terutama jerawat. Namun begitu, ada juga pendapat yang menyangkal dakwaan ini kerana ia kekurangan bukti serta kajian saintifik dalam menyokongnya. Sekiranya anda mencari produksoya, sila dapatkan produk soya asli yang bebas GMO dan berstatus organik. Ini penting kerana kebanyakan produk soya di pasaran tercemar dengan kaedah bajaan yang menggunapakai hormon tumbesaran mahupun racun perosak terutama produk soya dalam pembungkusan. Terima kasih

Kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 2, ini adalah pandangan saya. Losyen yang mengandungi Vitamin B3 lebih berkesan dalam mencerahkan kulit berbanding bahan lain. Ini kerana, Vitamin B3 bertindak ke atas lapisan kulit dan berbeza dengan Glutathione yang bertindak ke dalam kulit melalui perencatan enzim Tyrosinase. Glutathione hanya boleh diserap melalui suntikan dan oral ( walaupun kurang ). Terima kasih

cilvia berkata...

Hi.. selamat malam..saya nak tanya.. sya baru mengambil produk NH colla plus advance dalam 4 botol da.. soalan sya disini boleh ka sya ambil supplement omega guard, ostematrix dan vit E dalam masa saya mengambil produk NH colla plus advance.. ada side effect tak?

Tanpa Nama berkata...

Salam Fariqh, boleh kah sy ambil kinohimitsu walaupun masih menyusukan bayi berumur 6bln? Sekian t.kasih.

Fariqh berkata...

Hi Civilia, berkenaan soalan anda, tidak menjadi masalah anda mahu mengambil produk kolagen tersebut bersama lain-lain supplement cuma supplement berasaskan larut minyak seperti Vitamin E dan Omega 3 lebih digalakkan diambil selepas makan. Ini kerana ia memerlukan bantuan makanan untuk diserap. Kesan sampingan pengambilan kolagen bergantung kepada individu. Ada individu yang mengalami masalah ketidakselesaan perut, loya, pening dan sebagainya. Terima kasih

Kepada saudara/ saudari Tanpa Nama, saya TIDAK MENGGALAKKAN pengambilan SEBARANG produk kolagen diambil kepada wanita menyusu bayi dan hamil. Ini kerana sehingga kini tidak terdapats ebarang kajian saintifik jangka masa panjang berkaitan kesan pengambilan kolagen terhadap golongan terbabit. Sebarang maklumat pengambilan anda harus merujuk dahulu kepada doktor atau pakar perubatan yang merawat anda. Terima kasih

Nurul Mia Amirah berkata...

Assalamualaikum. Sy berumur 19 dn sy nk baru nk cuba nk ambil vit C + evening primrose oil (epo). Sy ada beberapa soalan yg mmg memerlukan jwpan dr pakar la. Hm, nak tahu, bolehkan sy makan 2 sekaligus? 2. Dn berapa dos yg diperlukan bg org seusia saya? Sy perlu amik epo ni sbb ada masalah dalaman sikit, dn perlu amik vit C sbb mengada je nak amik dr muda. Sy harap fariqh boleh tolong jawab.

nurul berkata...

Assalamualaikum.. Saya ingin tahu, adakah terdapat kesan buruk pengambilan supplemen kecantikan yang mengandungi glutathione? Ini kerana saya ada terbaca di blog seorang doktor bahawa pengambilan gluta secara berlebihan akan menghentikan penghasilan gluta secara semulajadi di dalam tubuh. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

Tanpa Nama berkata...

salma - assalamualaikum..bolehkah saya memakan supplement kinohimitsu colegen diamond 5300 dan kinohimitsu detox plum drink pada hari yang sama..dan bolehkan encik cadangkan cara pengambilan kedua-dua supplement ini pada hari yang sama..waktu bila yang tepat untuk minum kedua-dua supplement ini..maklum balas anda amat diperlukan..

Aisya Ahmad berkata...

Assalam.. nk tahu.. adakah jenis2 makanan dan minuman yg perlu dielakkan semasa mengambil kolagen tambahan? Adakah makanan dan minuman tersebut boleh merosakkn fungsi kolagen yg diambil?

Tanpa Nama berkata...

as salam. saya nk tahu. macam mana cara pengambilan amino zinc? adakah sebelum makan atau selepas makan? saya keliru kerana ada yg kata sebelum makan dan ada juga yg kata selepas makan. mohon pencerahan. ��

Tasha berkata...

Salam sejahtera,

Sila jelaskan kaitan pengaktifan kanser dengan pengambilan kolagen.saya adalah pengguna colla plus tetapi terpaksa memberhentikan pengambilan kerana berita tersebut.harap dapat membantu saya.terima kasih

Tanpa Nama berkata...

bolehkah mengambil secara serantak epo,vit c ,kolagen,vit e dan innershine prune??umur 33 thun..dan cara pengambilan yg sesuai??

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi kepada saudari Nurul Mia Amirah, berkenaan dengan soalan anda. Terdapat beberapa kajian yang menyimpulkan bahawa pengambilan Glutathione melalui sumber luar boleh menyebabkan kesan yang dimaksudkan oleh saudari. Tetapi, kajian sedemikan masih lagin terlalu awal dalam menyimpulkan kesan yang dimaksudkan. Kes sedemikian tidak begitu kedengaran. Disebabkan itu, saya lebih menggalakkan pengambilan precursor atau pelopor Glutathione seperti N-Acetylcysteine ( NAC ). Terima kasih

Wasalam dan hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 1, berkenaan dengan soalan anda, anda boleh mengambil Kinohimitsu Collagen Diamond 5300 pada siang hari iaitu 1 jam sebelum sarapan dan Kinohimitsu Detox Plum Drink pada sebelah malam yakni sebelum tidur. Namun pastikan perut anda telah kosong 2 jam sebelum pengambilan. Terima kasih

Wasalam dan hi kepada saudari Aisya Ahmad, berkenaan dengan soalan anda, SEBARANG bentuk makanan atau minuman yang mengandungi kafein adalah TIDAK dibenarkan semasa pengambilan kolagen. Ini kerana, kafein ebrsifat deuretik iaitu meningkatkan pengeluaran air keluar dari tubuh badan yakni air kencing. Ramai dalam kalangan pakar perubatan holistik percaya bahawa pengambilan kafein secara bersama akan menyebabkan gangguan kepada kadar serapannya di dalam tubuh badan terutama serapan melalui usus. Anda seharusnya menjarakkan sekurang-kuranya 2 jam sebelum atau 2 jam selepas pengambilan kolagen. Terima kasih

Wasalam dan hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 2, saya lebih menggalakkan anda mengambil supplement yang mengandungi zink selepas makan. Ini kerana, zink adalah sejenis mineral iaitu galian Bumi, maka ia memiliki sifat yang agak 'keras' terhadap tubuh badan terutama dinding perut. Pengambilan zink selepas makan dapat mengurangkan kesan sampingan kesakitan yang dirasai kerana ia terganggu dengan kehadiran makanan tetapi, kadar resapannya adalah tidak begitu signifikan. Terima kasih

Salam sejahtera dan hi kepada saudari Tasha, berkenaan dengan soalan anda, saya pernah mengulasnya dalam ulasan yang terdahulu dan saya berpandangan ( peribadi ) bahawa pengambilan kolagen MUNGKIN meningkatkan risiko kepada serangan kanser. Namun begitu, ia masih menjadi kontroversi kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan tersebut. Terpulang kepada anda mahu meneruskan atau berhenti mengambil kolagen. Terima kasih

Hi kepada saudara/ saudari Tanpa Nama 3, berkenaan dengan soalan anda, ini adalah cadangan yang disarankan :

1) Kolagen dan Innershine Prune perlu diambil semasa perut iaitu 1 jam sebelum sarapan pagi

2) EPO, Vitamin E dan Vitamin C perlu diambil selepas sarapan kerana EPO dan Vitamin E memerlukan kehadiran makanan terutama makanan yang seidkit berminyak atau berlemak untuk meningkatkan kadar resapannya manakala Vitamin C digalakkan pengambilan selepas makan kerana ia membantu mengurangkan ketidakselesaan perut kerana Vitamin C bersifat asid. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam fariqh, saya ingin bertanya tentang kesan minum green tea, at the same time ambil supplement collagen. Contoh, pagi ambil supplement collagen, sejam lepas tu minum green tea. Adakah green tea akan mngurangkn kadar penyerapan supplement collagen?

Tanpa Nama berkata...

Salam..saya ingin bertanya.saya ada ambil kolagen berasaskan buah-buahan dalam 2 bulan..sejak seminggu ni badan saya dipenuhi ruam-ruam..adakan ini adalah kesan alahan terhadap kolagen?

zul iskandarz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zul iskandarz berkata...

saya ingin bertanya .. adakah elok jika saya ambil sekaligus produk kolagen yg dinyatakan di atas .. adakah ia akan memberi manfaat .. saya juga ada mengambil vitamin c dan e adakah ini membantu bagi mendapatkan tubuh badan sihat dan kulit yg elok ?

Unknown berkata...

Salam farigh,sudah 7 bulan saya consume Toujours Advanced collagen.tp malangnya 2 bulan kebelakangan ni secara tiba2 saya jd allergic pd seafood dan kulit jd sensitif-ruam2 dan merah.saya sdg pertimbangkan utk tukar pd produk lain.apakah langkah yg dperlukan sblm mengambil produk lain?

Tanpa Nama berkata...

Salam. Sy ada fibroid blh ke mkn produk yg ada hydrolyzed tilapia collagen.

Yusmanita mohd yusof berkata...

Salam..sya nk tahu mengenai supplement yg SESUAI utk menghilangkn/memudarkan kesan parut lama..skrg sya amalkn Kolagen BB PLUS dan minyak dri Palmers..ada cadangan lain yg terbaik utk sya.

Yusmanita mohd yusof berkata...

Salam..sya nk tahu mengenai supplement yg SESUAI utk menghilangkn/memudarkan kesan parut lama..skrg sya amalkn Kolagen BB PLUS dan minyak dri Palmers..ada cadangan lain yg terbaik utk sya.

Yusmanita mohd yusof berkata...

Salam..sya nk tahu mengenai supplement yg SESUAI utk menghilangkn/memudarkan kesan parut lama..skrg sya amalkn Kolagen BB PLUS dan minyak dri Palmers..ada cadangan lain yg terbaik utk sya.

Unknown berkata...

Assalamualaikum..sy nak tanya..betul ke org yang ada cyst x boleh ambik kolagen?

Zee Azy berkata...

saya sudah berhenti mkn collagen K-colly sebulan yg lepas..dlm masa sebotol setengah sy makan bersamaan sebulan lebih...sy mengalami syntom yg terok sekali..cerita pada doc sy mengalami gatal2 hampir semua tempat..yg paling teruk di muka seperti udang dibakar kemerahan, bengkak segalanya..di bibir pulak seperti terbakar, mengelupas hitam jadinya..Alhamdulillah sudah pulih dan sy sudah tobat nk makan..doc mengatakan sy alahan pada collagen..n xgalakkan mkn sebab kita xtahu cara pemprosesan mcm mana maybe ada racun..wallahualam...sekarang just mkn vit c kanak2 sahaja..

Tanpa Nama berkata...

Hi..saya baru jumpa blog ni.saya nak tanya,sekarang ada jenama yg mengeluarkan supplement wheatgrass.boleh saya tahu apakah kebaikan exctract wheatgrass itu.terima kasih.

adam aiman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
adam aiman berkata...

salam fariqh...
saya ingin minta pendapat sedikit
saya dalam perancangan untk mengeluarkan produk pencerahan..
jika saya mengunakan kandungan spt
-gluta
-kolagen
-astaxantin
-HA(hyaloric acid)
-vit c
-salmon plancenta
-rosehip extract
-berry extract
adakah kandungan ini sesuai
dimana saya perlu buat R&D
tujuan saya membuat produk nie
saya nk menolong mereka yg tidak berkemampuan utk memiliki supplemnt seprti nie.
dengan harga yg murah..
.
.
lagi 1
saya dpt supplier barang2 seprti
gluta,HA,rosehip exct dan berry exct
siap dlm bentuk pill..dengan harga yg murah..
pada pendpt fariqh kenapa barang2 dri sana murah dan jika amik barang2 nie dr sana ,perlu ke saya membuat ujikaji dahulu di lab sblm dipasarkan..

mizzpinkkiss berkata...

Faqih boleh contact sis tak. urgent.019-4239533

Mikhail 24 berkata...

Salam faqih , boleh sy tanya skit , sy ada tersalah guna produk di muka . Kemudian naik mcm ruam2 .. dan skrg sy dah mula makan kolagen .. kesan awal untuk pembersihan pada wajah . Adakah ia akan membersihkan darah dan membuang toksin dri dlm wajah melalui menjadikan ia jerawat sbelum menjadi baik ?

Tanpa Nama berkata...

Boleh x saudara kaji tentang Meiji aamino Acid Collogen? Dan adakah ia 100% fish collogen dan halal

Azilah Azman berkata...

Assalamualaikum faqih..
Saya berminat nak tanye tentang pearl white collagen.. nak pastikan adakah ia meruapakan produk growth factor atau x n mendatangkan bahaya x untuk org yg ad kanser
.. terima kasih

Qaseh Edaya berkata...

Assalamualaikum faqih. Saya ada osteoporosis scoliosis. Boleh ke saya ambik sebarang supplement yang berasaskan collagen? And tk memudaratkan lagi kesihatan saya? Boleh awak whatsapp saya 0142413017. Saya memerlukan nasihat awak. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualikum faqih..sya ada msaalah untuk memilih produk kecantikan..dan perkara utama yg sya inginkan ialah kecerahan kulit..sya nak mintak pendapat awak tentang produk perla king dan k.coly..perla king mengandungi serbuk mutiara..mnakala k.coly mengandungi glutathion,colagen,dan vitamin c..tetapi..perla king mendapat sambutan hangat di pasaran..setahu sya untuk kecerahan kulit cukup sja kalo kita mngambil gluthation..tetapi perla king lebih mendpt sambutan hangat disebabkan mengandungi serbuk mutiara..bolehkah faqih terangkan..

Nor Rasidah berkata...

Hai Assalamualaikum.byk info di blog awak ni.Saya just nak tanye supplement mcm glutab dan ssc magic white baik ke utk kulit.apa saranan anda antara 2 product ni?mana yang patut diambil?

Tanpa Nama berkata...

Salam. Ada yang mendakwa kolagen dalam supplement boleh trigger sel kanser. Adakah itu benar? Saya sedang menggunakan aurawhite kolagen dan khuatir kalau dakwaan tersrbut benar. Sila bantu saya. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Hi saya nak tanya, saya berunur 26 tahun, boleh ka saya mengambil atau minum collagen kinohimitsu diamond, sebab saya ternampak umur 30+ d galakan, saya tidak boleh kah?

Tanpa Nama berkata...

Hye.. Saya mahu tanya, umur saya 23 tahun ni dan saya ingin mula mengambil NH colla plus advance. Adakah umur saya sesuai? Dan saya risau kalau suatu hari nanti jika saya berhenti mengambil produk ni akan mendatangkan kesan kepada saya.

Tanpa Nama berkata...

Hi boleh bertanya,..
Saya ada seorang kawan yang vegetarian..
Dia memberitahu saya, dia menyukai produk kolagen.
Namun dia amat berhati2 untuk produk kolagen terutama sekali kolagen berasal dari haiwan.

Dia ingin tahu bagaimana nak memastikan dengan tetap bahawa produk kolagen yang dijual tidak mengandungi sumber haiwan?

Tanpa Nama berkata...

hai saya dayang ingin bertanya tentang kolagen marin .sesuai tak budak umur 2 tahun minum kolagen marin walaupun jumlah yang sikit .