Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 25 Ogos 2013

Vitamin B17 : Antara Fakta & Kontroversi ! Bahagian 2


Aprikot & Biji : Penawar Kanser Bahagian 2

Assalamulaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca sekalian, sebelum saya memulakan bicara, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang telah membaca pengenalan topik Vitamin B17 pada entri yang lpeas. Semasa yang masih belum membaca, anda digalakkan membaca entri tersebut kerana ia menjadi asas dan pengenalan kepada topik yang bakal menyusul ini memandangkan pada pos kali ini, saya akan mengulas lebih lanjut tentang Vitamin B17. Baiklah tanpa membuang  masa lagi, saya akan memulakan bicara bahagian kedua ini. Teruskan setia bersama saya!




    Vitamin


Siapa yang tidak mengenali istilah vitamin ? 2/3 daripada populasi dunia kenal akan istilah ini dan mereka mendakwa bahawa ia adalah sebahagian daripada diet harian mereka. Sedangkan anak-anak kecil berumur 6 tahun juga telah kenal akan vitamin terutama Vitamin C. Ini merupakan satu fenomena sejagat yang hampir semua individu mengambil berat akan kepentingan vitamin dalam kehidupan seharian mereka. Namun persoalannya, adakah anda benar-benar kenal apakah itu vitamin ? Apakah kepentingan vitamin yang sebenar-benarnya ? Adakah anda ketahui dengan secara lanjut tentang info mahupun maklumat terperinci berkaitan nutrisi ini? Kita sering dimomokkan dengan kepentingan dan manfaat vitamin seharian namun jarang sekali mengkaji atau mengambil tahu info lanjut berkaitan perkara ini.


Vitamin merupakan sebatian organik yang yang diperlukan organisma hidup dalam menjalani kehidupan seharian. Ia diperlukan dalam kuantiti yang sangat sedikit dalam menjadikan kehidupan lebih bermanfaat. Ia tidak boleh dihasilkan oleh organisma hidup. Ia hanya boleh didapati di dalam tumbuhan, sayuran mahupun hidupan hijau yang wujud di muka Bumi ini. sehingga kini penyelidik telah dikenal pasti sehingga 16 jenis vitamin yang menjadi komponen utama dalam keluarga vitamin. Di dalam setiap kumpulan Vitamin ini, terdapat pecahan-pecahan asas yang menjadi komponen lain sifat bioaktifnya, namun ia masih digelar vitamin kerana sifatnya yang membawa ciri sesuatu vitamin itu. Saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang penyataan ini sebentar lagi. Namun, daripada 15 jenis komponen utama yang wujud, hanya 6 jenis sahaja yang benar-benar memenuhi kreteria tetap dan standard pakar-pakar perubatan, jurnal dan artikel perubatan juga penetapan Badan Kesihatan Sedunia ( WHO ). Untuk mengenali lebih lanjut akan jenis-jenis vitamin yang wujud, lihat senarai di bawah :

Vitamin A ( Penting untuk mata, jantung dan otak dan bersifat antioksida )
Vitamin B ( Penting untuk metabolisma sel dan penghasilan tenaga )
Vitamin C ( Mencegah skurvi dan bersifat antioskida )
Vitamin D ( Penting dalam penyerapan kalsium di dalam tulang )
Vitamin E ( Penting untuk melindungi jantung dan salur darah, bersifat antioksida )
Vitamin F ( Asid Lemak Perlu [ Essential Fatty Acids ], membawa sifat anti-keradangan )
Vitamin G ( Riboflavin, yang kemudiannya dikelaskan sebagai Vitamin B2 0
Vitamin H ( Biotin, yang kemudiannya dikelaskan sebagai Vitamin B7 )
Vitamin J ( Catechol, menjadi precursor kepada pewangi )
Vitamin K ( Penting untuk faktor pembekuann darah )
Vitamin L ( Anthranilic Acid, bahan membuat pewangi )
Vitamin M ( Folic Acid, yang kemudiannya dikelaskan sebagai Vitamin B9 )
Vitamin O ( Carnitine, dihasilkan dalam badan dan penting untuk penghasilan tenaga )
Vitamin PP ( Niacin, dikelaskan semula sebagai Vitamin B9 )
Vitamin S ( Salicyclic Acid, asas kepada pembuatan Aspirin dan ubat anti jerawat )
Vitamin U ( S-Methylmethionine, didakwa sebagai penyembuh ulser )

Dalam16 jenis ini, hanya 6 sahaja yang disahkan bermanfaat kepada kesihatan manusia dan mamalian lain. Ini kerana ia telah dilakukan pelbagai kajian yang menyokong pengambilan Vitamin untuk menjadi sebahagian diet harian kita. Bagaimana pula nasib kepada 10 jenis yang lain ? Sebenarnya, kesemua jenis ( termasuk 6 yang disahkan ) vitamin telah dikenal pasti semenjak tahun 1910 dengan penemuan Vitamin B1. Bermula dari era, saintis mula mengkaji dan menemui pelbagai jenis vitamin. Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan jenis Vitamin yang ditemui, hanya Vitamin B sahaja yang mempunyai perbezaan strukur yang ketara tetapi pada masa yang sama membawa satu peranan yang utama iaitu penting dalam metabolisma sel.

Sejak penemuan Vitamin B1, saintis mula percaya bahawa Vitamin B masih lagi mempunyai komponan lain kerana pada awal penemuannya, Vitamin B dipercayai adalah tunggal seperti Vitamin C. Namun penemuan ini mengubah segala-galanya berkaitan kepercayaan Vitamin B sehingga ia dikenali sebagai komponen Vitamin B Complex. Secara umum terdapat 8 jenis Vitamin B yang telah dikenal pasti bermanfaat untuk kesihatan manusia. Tetapi, hakikatnya, terdapat 29 jenis ( termasuk 8 jenis yang bermanfaat ) komponen Vitamin B yang telah dikenal pasti! Ia adalah :

Vitamin B1 : Thiamine
Vitamin B2 : Riboflavin
Vitamin B3 : Niacin
Vitamin B4 : Adenine ( dihasilkan oleh badan )
Vitamin B5 : Panthothenic Acid
Vitamin B6 : Pyridoxine
Vitamin B7 : Biotin
Vitamin B8 : Adedonise monophosphate ( dihasilkan oleh badan )
Vitamin B9 : Folic Acid
Vitamin B10 : Para-aminobenzoic Acid ( PABA ) [ komponen utama dalam produk sunscreen ]
Vitamin B11 : Pteryl-hepta-glutamic Acid. Salah satu faktor pertumbuhan yang dikenali sebagai Factor S
Vitamin B12 : Cobalamin
Vitamin B13 : Orotic Acid ( tidak lagi distatuskan sebagai vitamin )
Vitamin B14 : Diekstrak daripada air kencing dan didakwa membawa sifat anti anemia.
Vitamin B15 : Pangamic Acid ( didakwa sebgai agen detoks dan rawatan penyakit )
Vitamin B16 : Dimethylglycine ( didakwa sebagai rawatan sawan dan penguat imunisasi badan )
Vitamin B17 : Nitrilosides ( juga dikenali sebagai Amygdalin atau Laetrile. Dipercyai sebagai PENAWAR
                    KANSER
Vitamin B18 : Data tidak ditemui
Vitamin B19 : Data tidak ditemui
Vitamin B20 : Carnitine ( agen pembakar lemak dan penjana tenaga badan terutama di mitokondria )
Vitamin B21 : Data tidak ditemui
Vitamin B22 : Ekstrak aloe vera
Vitamin Bm  : Dikenali sebagai 'mouse factor'.
Vitamin Bp   : Choline ( komponen utama pembinaan sel otak )
Vitamin Bt    : L-carnitine ( bentuk aktif Carnitine, juga dikenali sebagai 'reduced form " )
Vitamin Bv   : Jenis Vitamin B6, namun bukan Pyridoxine
Vitamin Bw  : Jenis Biotin, namun bukan Biotin
Vitamin Bx   : PABA




Vitamin B Comlplex


Setelah melihat senarai Vitamin B di atas, pasti ada antara anda yang tidak percaya bahawa sebenarnya terdapat pelbagai jenis Vitamin B di atas. Kajian menunjukkan bahawa daripada 22 jenis Vitamin B yang ditemui, hanya Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12 sahaja yang memenuhi kreteria penetapan vitamin seperti diperlukan dalam kuantiti yang amat sedikit dalam kehidupan seharian, juga tidak dihasilkan oleh tubuh badan. Ada juga komponen Vitamin B lain yang memenuhi kreteria tersebut namun ia sama sekali tidak disenaraikan sebagai berguna atau bermanfaat untuk kehidupan seharian. Contoh paling jelas adalah Vitamin B15 dan B17. Ia diketagorikan tidak bermanfaat kerana kekurangan bukti dan kajian saintifik selain berbahaya kepapa kesihatan sekiranya diambil terutama Vitamin B17. Ini yang menjadi perdebatan dalam kalangan penyelidik kerana ada yang mendakwa Vitamin B17 adalah penawar kepada kanser! Namun, sebahagian lagi mendakwa bahawa Vitamin B17 sama sekali tidak bermanfaat dan sangat berbahaya terutama risiko kematian diakibatkan oleh keracunan sianida ( Cyanide Poisoning ) yang akut! Namun, sejauh manakah kebenaran ini? Adakah ianya benar ? Kumpulan yang menyokong penggunaan Vitamin B17 sebagai penawar kanser majoritinya adalah daripada kumpulan doktor perubatan yang berstatus homeopati. Tedapat pelbagai dakwaan daripada pihak sebegini yang menyatakan bahawa rawatan kanser berasaskan Vitamin B17 adalah 'selamat' sekiranya kena pada caranya. Mereka mendakwa bahawa Vitamin B17, walaupun pada dasarnya adalah sangat toksik, ia sebenarnya selamat kerana elemen yang membina Vitamin B17 terkunci ketat dan hanya boleh dirungkaikan oleh sel kanser sendiri! Sekiranya difikir sejenak, mungkin dakwaan mereka benar kerana ada juga ubatan moden yang digunapakai di kebanyakan hospital negara ini diekstrak daripada tumbuhan beracun. Antaranya adalah Digoxin. Ia merupakan sejenis ubatan moden yang diekstrak daripada pohon berbunga Digitalis. Ia merupakan sejenis pohon berbungan yang sangat toksin dan beracun yang banyak didapati di negara beriklim sederhana seperti Asia Tengah dan Barat Daya Eropah. Ia merupakan ubatan yang kerap kali digunapakai kepada individu yang mempunyai masalah jantung dan kebarangkalian diserang penyakit jantung secara tiba-tiba. Selain itu, terdapat juga unsur kimia lain yang bersifat toksik, namun masih digunakan sebagai preskripsi moden. Antaranya GTN, lebih dikenali sebagai Glyceryl Trinitrate. Ia dihasilkan melalui fungsi radikal bebas Nitric Oxide ( NO ).  Seperti Digoxin, ia juga digunapakai kepada pesakit jantung berisiko dan kekerap diserang sakit dada. Ia sangat sensitif, maka ia disimpan di dalam botol gelap ( amber bottle ), dilindungi daripada punca cahaya sepanjang masa dan perlu dibuang lebihan baki penggunaannya kedalam tandas selepas 2 bulan setelah penutup kedap udaranya dibuka. Pelupusannya juga harus sistematik dimana ia tidak boleh dibuang sewenang-wenangnya di kawasan terbuka terutama halaman rumah kerana sifatnya yang sangat toksik dan risiko keracunan GTN secara terbuka boleh berlaku.





Glyceryl Trinitrate ( GTN ), 'penyelamat' jantung 


Walaupun ia ditimbangtara selamat diambil, namun risiko kesan sampingannya masih boleh berlaku. Seperti GTN, ubatan ini telah menjalani kajian penyelidikan yang sangat teliti dalam mengenalpasti kesan teraputik dan risiko penggunaan termasuk kesan positifnya. Berbeza dengan Vitamin B17, kekurangan data kajian menyebabkan ia dianggap kepercayaan karut perubatan ( Quack Remedy ). Anda pasti ingin mengetahui selanjutnya berkaitan asal-usul Vitamin B17 ini. Saya akan mengulas lebih lanjut segala info dan sejarah penemuan sebatian yang sangat kotroversi ini dalam pos akan datang. Ini kerana, di dalam entri ini, saya mahu mengfokuskan kepada anda penerangan berkaitan vitamin dan sel kanser. Untuk info lanjut berkaitan sel kanser, sila teruskan pembacaan anda!



Kanser 


Kanser, siapa yang tidak mengenali penyakit paling digeruni oleh umat sejagat ini ? Ia adalah satu mimpi ngeri kepada mereka yang menghidapinya termasuk juga ahli keluarga dan rakan-rakan yang mengenali pesakit. Ia umpama bom jangka masa  yang boleh meletus bila-bila tanpa mengira waktu dan masa. Terdapat 4 kelas kanser yang mewakili hampir 200 jenis kanser yang telah dikenalpasti sehingga kini. Ia adalah Carcinoma, Sacroma, Lymphoma dan Germ Cell Tumor. Carcinoma dan Lymphoma adalah yang paling umum dan banyak didiagnos dalam kebanyakan pesakit kanser di seluruh dunia dimana Carcinoma melibatkan sel-sel epithelial termasuk payudara, prostat dan kolon. Manakala Lymphoma pula melibatkan sel-sel darah terutama di sum-sum tulang. Antara jenis kanser darah paling umum adalah Leukemia. Sehingga kini, tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar kanser. Ia tidak diketahui adakah kanser merupakan sejenis penyakit metabolik ( diabetes ) atau ianya adalah faktor luaran. Namun, pendapat paling sahih mengatakan bahawa ianya bukan penyakit metabolik kerana penyakit metabolik berpunca daripada kegagalan sistem badan itu sendiri. Pelbagai teori dan faktor dikemukan oleh penyelidik dalam mencari dan merumuskan punca utama kanser. Ia termasuklah :


Pendedahan bahan kimia yang memiliki sifat karsinogen seperti rokok 




Diet yang tidak teratur kerana kebanyakan sel kanser mendapat makanan melalui pemakanan yang diambil oleh kita. Gula adalah makanan dan teman No.1 sel kanser untuk terus hidup dan membiak. 




Jangakitan oleh virus atau kuman. Contohnya, kebarangkalian individu yang menghidapi Hepatitis B dan C kerap kali menghidapi kanser hati. Penghidap HIV/ AIDS juga paling risiko menghidapi hampir kebanyakan jenis kanser termasuk kanser hati




Radiasi. Pendedahan kepada radiasi yang berion dan tidak berion seperti sinaran X, sinaran UV dan sinaran radiasi dari loji nuklear adalah paling ketara. Ini kerana sinaran ini meningkatkan mutasi dan kerosakan sel dan seterusnya menyumbangkan kepada kitaran sel tidak terkawal dinamakan sel kanser






Genetik/ Keturunan. Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci, namun memandangkan genetik boleh diwarisi melalui gen-gen yang terdapat di dalam kromosom DNA yang terletak di dalam nukleus sel, ia boleh diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Sebagai contoh, sesetengah individu memiliki rupa bentuk sama seperti ibu mereka dan sebahagian yang lain mengikuti ayah mereka. Ini disebabkan gen-gen tersebut dibawa di dalam proses perseyawaan. Seperti sel kanser, ia sebahagian kecil boleh diwarisi kerana mutasi sel daripada generasi terdahulu akan kekal di dalam diri seseorang individu. Ia bagaimana pun tidak dapat dipastikan samada akan membawa kesan buruk yang menyumbangkan kepada berlakunya kanser. 






Hormon. Sebahagian sel kanser terutama sel kanser payudara memerlukan bantuan hormon untuk membiak. Hormon seperti estrogen mengandungi faktor pertumbuhan yang pernting dalam pertumbuhan sel. Hormon dijadikan sebagai salah satu makanan sel kanser yang paling subur dalam terus membiak. Maka tidak hairanlah kebanyakan bekas pesakit kanser payudara ( post-chemotherapy dan post-surgical ) memerlukan pengambilan ubatan moden yang menghalang sel kanser daripada menggunapakai estogen untuk dijaidikan faktor pembesaran sel kanser tersebut. Antara ubatan moden yang diambil secara oral untuk bekas pesakit kanser adalah Tamoxifen. Ia adalah antara ubatan paling kerap digunapakai kepada bekas pesakit kanser payudara kerana walaupun selepas pembedahan atau kimoterapi dilakukan, namun, cebisan sel kanser masih aktif. Ia tidak dapat dimusnakan oleh agen kimoeterapi mahupun radiasi kerana saiznya yang sangat kecil. Namun, ia masih aktif dalam membiak dan memerlukan hormon untuk terus aktif. Maka, pengambilan regim oral Tamoxifen dilakukan oleh pakar onkologi untuk memusnahkan cebisan sel kanser yang termendap/ tertinggal di dalam badan.






Melihat semua faktor-faktor di atas, ia adalah sebahagian kecil daripada berpuluh jenis faktor yang didakwa menjadi punca utama kanser. Ironinya, saya ingin menyentuh satu fakta yang KEMUNGKINAN BESAR menjadi punca utama kanser kerana hampir kebayakan faktor yang dinyatakan memiliki satu persamaan yang jitu. Ia adalah mutasi sel. Sebelum saya mengorak bicara lebih mendalam, saya ingin kongsikan secara ringkas bagaimana sel kanser terbentuk.

Sel kanser terbentuk akibat mutasi sel yang berlaku di dalam proses pembiakannya. Ia pada dasarnya adalah sel yang normal. Seperti sel normal lain, ia memerlukan pelbagai faktor tumbesaran dalam menjadikan sesuatu sel itu mencapai matlamatnya. Sel badan perlu diganti setiap hari kerana setiap sel mempunyai jangka hayat yang berbeza. Sel darah ( termasuk sel darah merah/putih ) dan sel rambut adalah antara paling cepat membiak. Ia tumbuh dengan kadar yang pantas untuk menggantikan sel yang layu, lemah dan mati. Ini penting agar sel yang mati dapat diisi dengan sel baharu dan mengambil alih tugasan sel yang mati akan terus berkekalan. Setiap sel badan yang dihasilkan untuk menjadi sesuatu sel yang spesifik ( rambut, kuku, kulit dan sebagainya ), ia harus mempunyai kod genetik sel tersebut. Kod genetik inilah yang dinamakan gen. Gen adalah maklumat keturunan yang terkandung dalam jaringan DNA dan RNA. DNA dan RNA pula adalah satu rantaian yang membina kromosom dan ia terkandung di dalam nukleus. Nuklues inilah yang menjadi 'ketua' dalam setiap sel badan untuk melakukan tugas-tugas yang dikehendaki mengikut maklumat dan data yang terkandung di dalam kromosom.




Radikal bebas


Berbeza dengan sel kanser, ia sebenarnya merupakan DNA sel yang telah rosak dan termutasi atas faktor-faktor yang dinyatakan di atas. Apabila jaringan DNA rosak, maka nukleus tidak dapat mengawal aktiviti sel. Ini menjadikan sel mula hilang arah kerana arahan yang diberikan oleh nukleus adalah samar dan bermasalah. Maka, kebarangkalian sel untuk membiak dan melakukan antiviti di luar jangkaan sangat tinggi. Inilah yang menjadi jawapan mengapa sel kanser membiak dengan pantas dan tidak mengikuti kitaran sel badan. Dalam keadaan yang lebih parah, ia akan mengganggu kitaran sel normal dan sekaligus mencacatkan dan memusnahkan sel-sel normal badan yang lain. Sel kanser boleh ditakrifkan sebagai sel termutasi yang membiak secara rawak dan tidak terkawal. Pembiakan sel kanser yang tidak terkawal ini dikenali sebagai tumor. Tumor terbahagi kepada 2 jenis iaitu tumor benign dan tumor malignant. Tumor benign merupakan tumor yang tidak mengganas. Iaitu, ia sama sekali tidak merebak ke bahagian sel lain. Ini bererti,  ia tertumpu kepada satu kawasan sahaja. Lazimnya, tumor benign ini dibuang melalui prosedur pembedahan. Berbeza dengan tumor malignant, ia merupakan sel kanser yang telah merebak ke bahagian badan lain di mana ia telah memasuki saluran darah, nod limfa dan lain mengikuti dua aliran ini. Maka, kerap kali kita mendengar bahawa walaupun seseorang pesakit itu menghidapi kanser payudara, namun ia telah merebak ke bahagian badan lain seperti sum-sum tulang, perut, organ kulit lain dan sebagainya. Ini kerana, tumor malignant adalah sel kanser aktif yang terkeluar daripada posisi asalnya dan merebak di kawasan sel badan lain. Ini sekaligus menggangu sel-sel normal lain. 




Pengebomam Hiroshima & Nagasaki


Mutasi sel sering dikaitkan sebagai punca utama kanser. Ia boleh disumbangkan oleh faktor-faktor di atas terutama pendedahan kepada sinaran UV, sinaran X dan radiasi dari loji nuklear yang bertindak sebagai radikal bebas. Maka, tidak hairanlah ramai mangsa yang terselamat ketika pengeboman kota Hiroshima dan Nagasaki di Jepun, 68 tahun yang lalu menghidapi kanser. Apa yang lebih memeranjatkan, generasi mangsa yang terselamat sehingga kini juga menghidapi kanser! Ini berlaku apabila pendedahan kepada radiasi nuklear menyebabkan mutasi sel berlaku dan ia diwarisi ke generasi seterusnya dan sehingga kini, tidak dapat dipastikan, adakah mutasi sel yang berlaku 68 tahun yang lepas boleh menyebabkan kebarangkalian kes kanser kepada generasi mendatang kerana mereka mewarisi sel termutasi daripada generasi pengeboman itu berlaku. Salah satu kajian yang turut mendakwa bahawa mutasi sel adalah punca utama kepada sel kanser adalah faktor pemakanan. Makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi sering dikaitkan dengan mutasi sel. Ini dipercayai apabila garam dan gula yang berlebihan akan teroksida di dalam badan sekiranya tidak digunapakai, lalu menghasilkan kesan radikal bebas yang memusnahkan sel-sel normal lalu menjadikan sel-sel normal termutasi. 

Walaupun kajian sedemikian amat kontroversi dan penuh dengan perdebatan, namun, pada pendapat saya radikal bebas bertanggungjawab kepada mutasi sel. Kita sebenarnya tidak dapat lari daripada radikal bebas. Ia wujud secara semula jadi di alam, makanan dan minuman malah di dalam tubuh badan kita sendiri. Radikal bebas yang tidak dikawal akan menyebabkan pelbagai maslaah kesihatan terutama penyakit yang berkaitan dengan inflamasi/ keradangan. Namun ia juga dikaitkan dengan masalah kanser. Bukti paling jelas adalah amalan merokok. Rokok mengandungi pelbagai jenis bahan beracun yang sekiranya disedut, ia akan bertukar kepada radikal bebas yang sekali gus memusnahkan sel-sel normal badan. Maka, tidak hairanlah pesakit kanser lelaki dewasa terutama kanser paru-paru adalah perokok! 


Jaringan Terhebat Tubuh Badan !


Disebabkan tubuh badan menerima hentaman radikal bebas setiap hari, maka disinilah muncul peranan antioksida semulajadi badan dalam meneutralkan semula radikal bebas yang terhasil. Melatonin, Glutathione, Alpha Lipoic Acid, CoQ10 dan Superoxide Dismustes adalah pertahanan semula jadi badan yang unggul. Ia membawa sifat antioksida dalam melawan radikal bebas dan pada masa yang sama, melindungi sel dan organ badan agar kekal mantap dan sihat. Namun, kita tidak boleh bergantung kepada peranan mereka sahaja kerana bantuan luar juga diperlukan. Ini kerana, seiring dengan  peningkatan usia, antioksida ini akan mula menurun dan sistem pertahanan badan juga akan lebih terdedah kepada ancaman radikal bebas. Oleh yang demikian, bagaimanakah kita mahu mendapatkan bantuan ? Ianya mudah, melalui pemakanan. Makanan boleh menjadi teman dan lawan. Namun, sekiranya kita pandai berlawan, maka ia akan menjadi teman kita. Makanan organik, tidak diperoses, semula jadi dan bebas kimia adalah sumber terbaik nutirisi yang diperkaya dengan antioksida. Terdapat beratus jenis antioksida yang berperanan membantu menguatkan daya pertahanan badan dan memberi manfaat menyeluruh kepada kita. Sekiranya ada masa terluang, saya akan mengulas kebaikan antikoksida-antioksida yang wujud secara semula jadi di alam. Antaranya, Rasevratrol, Astaxanthin, Quercetin, Vitamin E, Hydroxytyrosol dan sebagainya. Dengan bantuan mereka, maka badan dapat menjalani proses anti radikal bebas secara efisien. Bagaimanapula dengan sel kanser ? 



Pembongkaran diteruskan !


Berkaitan dengan persoalan ini, saya akan mengulasnya di dalamnya entri seterusnya yang lebih mengfokuskan kepada asal-usul Vitamin B17. Ini kerana di dalam entri akan datang, saya akan menyentuh mengapa sel kanser dikatakan sejenis penyakit metabolik ( metabolic disorder/ metabolic syndrome/ metabolic disease ) yang dikaitkan dengan faktor pemakanan ? Mengapakah garam/ gula sering dikaitkan sebagai salah satu faktor utama kanser ? Adakah rawatan kimoterapi benar-benar mengubati ? Adakah ianya benar ? Nantikan !

p/s : Dapatkan produk Astaxanthin campuran pilihan No.1 DI SINI.

4 ulasan:

kak raida berkata...

Salam....akak pbaca setia artkel anda...pengamal b17 selama +-2 thn...dan x sabar nk tngu nxt artkel mengenai b17...tq

Fariqh berkata...

wasalm dan terima kasih kak, teruskan pembacaan entri seterusnya yang telah dipos oleh saya. Terima kasih

sya.ncma.fiq berkata...

Assalamualaikum..saya penah tgk dalam halal bio di tv ttg vitamin b17 ini..kebanyakan org asli dan org eskimo mendapat faedah dri b17 yg semula jadi..boleh saya tahu adakah org seperti kita bokeh mendapatkan b17 secara semulajadi atau dri sumber2 yg disediakan..saya setia untuk tahu dan ingin mengamalkan nya

Fariqh berkata...

Wasalam dan hi, seperti yang ulas di dalam 4 buah entri topik ini, saya ingin MENEGASKAN sekali lagi bahawa, Vitamin B17 boleh diambil sekiranya KENA atau BERTEPATAN pada cara dan kaedah pengambilannya. Anda tidak perlu mempercayai sesuatu intisari yang diutarakan di media kerana sesetengah daripadanya adalah sebagai salah satu teknik promosi atau pemasaran mereka. Saya TIDAK MENGGALAKKAN individu normal mengambil SEBARANG JENIS supplement berasaskan Vitamin B17 kerana sehingga kini, kajian lanjut berkaitan kesan pengambilan bahan ini terhadpa kesihatan manusia masih samar. Tetapi sekiranya anda masih mahu mengambilanya, terpulang kepada anda untuk membuat penilaian dan justifikasi yang tidak memberi sebarang kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan anda. Saya lebih menggalakkan individu normal mengambil sayuran atau buah-bauhan yang mengandungi Vitamin B17 secara semulajadi seperti buah Aprikot. Ia merupakan pilihan yang lebih selamat dan dinyakini memandangkan puak Hunza di Lembah Hunza di kawasan pergunungan utara Pakistan telah mengamalkan pengambilan buah Aprikot berserta bijinya semenjak hampir 1000 tahun yang lalu. Terima kasih